You are on page 1of 9

KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

KUMPULAN F

KUMPULAN 12

AHLI KUMPULAN

AHMAD FAIZ FIRDAUS BIN MAT DAM (D2016107

CECELIA RONA BINTI PANCRAS (D2016107

JOHANA ANAK SAMADA (D20161075070)

MOHAMAD IZMET BIN TARMILI (D2016107

FLORECA JUPRIN (D2016107

PENSYARAH PEMBIMBING

DR NORWALIZA BINTI ABDUL WAHAB


PENGENALAN

Kursus Pengurusan Pembelajaran ini memerlukan kajian untuk mengkaji bab-bab yang

terkandung dalam pembelajaran dan setiap bab tersebut dibahagikan mengikut

beberapa kumpulan yang terdiri daripada lima orag ahli pada setiap satu kumpulan.

Kursus ini mengandungi 14 bab atau tajuk yang perlu dipelajari khususnya bagi

mahasiswa yang mengambil kursus tersebut di Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu:

1) Sosiologi dan Pembelajaran

2) Interaksi dan Pembelajaran

3) Kajian Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar

4) Kepimpinan dan Organisasi

5) Pengurusan Murid

6) Pengurusan Bilik Darjah

7) Pengurusan Sumber

8) Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran

9) Pengurusan Tingkah Laku

10) Pengurusan Penasihatan Murid

11) Pengurusan Pelbagai Budaya

12) Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

13) Sekolah dan Persekitran

14) Pengurusan Alam Pembelajaran

Tajuk ‘Pengurusan Pelbagai Budaya’ menjadi tajuk kajian bagi kumpulan ini. Oleh hal

yang demikian, mahasiswa diperlukan untuk mendalami atau mengkaji dengan lebih

mendalam mengenai bab ini. Justeru, pengkaji perlu mengumpulkan maklumat di

sekolah dan lokasi sekolah yang menjadi pilihan pengkaji terletak di SMK Ampang
Pecah. Masa perjalanan untuk sampai ke destinasi dari Tg. Malim ke sekolah tersebut

adalah lebih kurang setengah jam.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk memenuhi keperluan kursus KPS3014

Pengurusan Pembelajaran di samping mengetahui secara lebih mendalam pengurusan

kepelbagaian budaya murid di sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang akan dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, Kuala

Kubu Bharu Selangor adalah untuk:

i. mengetahui pengurusan yang digunakan oleh pihak sekolah untuk mengawal

pelajar yang pelbagai kaum.

ii. mengenalpasti langkah yang telah diambil pihak sekolah untuk menyatukan

pelajar pelbagai kaum.

iii. menganalisis persekitaran yang terhasil daripada penyatuan murid pelbagai

kaum.

iv. mengenalpasti pengurusan pelbagai budaya di sekolah mengambil kira

beberapa aspek penting.

METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang akan digunakan ialah kaedah temubual dan pemerhatian.

Kaedah temubual ini akan digunakan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan

berkaitan dengan pengurusan pelbagai budaya di SMK Ampang Pecah. Pengkaji akan

menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan tajuk kajian dan menemubual

guru di SMK Ampang Pecah.

Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan. Kaedah ini lebih kepada

pemerhatian semata-mata tanpa sebarang pertanyaan soalan atau komunikasi yang

memerlukan pengkaji berkomunikasi dengan pelajar. Melalui kaedah ini pengkaji akan

memerhati para pelajar yang mengamalkan pelbagai budaya di SMK Ampang

Pecah.Dengan melakukan kaedah ini pengkaji dapat melihat sendiri keadaan dan

fenomena yang berlaku di SMK Ampang Pecah yang mempunyai kepelbagaian budaya

dalam kalangan pelajar yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan objektif

kajian

Lokasi Kajian
Sekolah yang telah dipilih untuk membuat kajian mengenai pengurusan

pelbagai budaya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah (SMK Ampang

Pecah), sekolah ini terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Rajah 1 Peta Sekolah Menengah Ampang Pecah (3°32’31.46” N, 101°39’50.52” E)

Sumber: www.Google.Maps.Com
PENUTUP

Perpaduan dalam masyarakat pelbagai budaya merupakan nadi kepada kestabilan politik,
pembangunan ekonomi dan keharmonian rakyat. Peranan guru sebagai pemimpin di dalam bilik
darjah amat penting untuk membudayakan ciri-ciri kesederhanaan, kepekaan terhadap orang lain,
toleransi dan berakomodasi dalam kalangan pelajar.

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras : Dr Norwaliza binti Abdul Wahab

Pengarah program : Ahmad Faiz Firdaus bin Mat Dam

Setiausaha : Johana Anak Samada (D20161075070)

Bendahari : Cecelia Rona binti Pancras

Jawatankuasa kecil

Sijil & cenderahati : Floreca Juprin

Pengangkutan : Mohamad Izmet bin Tarmili


Disediakan oleh: Ahmad Faiz Firdaus Bin Mat Dam,
Ketua Projek :
KPS3014 Pengurusan Pembelajaran
“Pengurusan Pelbagai Budaya”.

Universiti Pendidikan Sultan Idris


35900, Tanjung Malim

Tandatangan : ………………
Tarikh : …………………...

Disemak oleh : Dr Norwaliza Binti Abdul Wahab


Pensyarah,
KPS3014 Pengurusan Pembelajaran.
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900, Tanjung Malim.

Tandatangan : ……………….
Tarikh : …………………..
LAMPIRAN

Soalan Temu Bual

1. Apakah isu/masalah yang pernah dihadapi di SMK Ampang Pecah yang disebabkan oleh
kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar.

2. Apakah langkah yang telah diambil oleh pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah berkaitan
dengan isu yang timbul disebabkan oleh kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar?

3. Apakah cabaran yang guru hadapi untuk menangani cabaran kepelbagaian budaya dalam
kalangan pelajar?

4. Apakah program yang dijalankan oleh pihak sekolah dalam menyatupadukan pelajar yang
pelbagai kaum di SMK Ampang Pecah ?.

5. Adakah program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah di SMK Ampang Pecah sentiasa
mengambilkira aspek kepelbagaian budaya pelajar?.

6. Adakah program yang dijalankan oleh pihak sekolah SMK Ampang Pecah membantu
mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra budaya?

7. Adakah pihak sekolah mengamalkan situasi bilik darjah mesra budaya antara pelajar dan guru?

8. Apakah implikasi dapat di peroleh daripada amalan yang diterapkan berdasarkan kepada
kepelbagaian sosiobudaya guru di sekolah?
9. Kehidupan menimba ilmu dalam kalangan pelajar daripada pelbagai budaya berbeza, apakah
kesan positif dan kesan negative kepada para pelajar?

10. Apakah cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam pengurusan merentas budaya?

11. Apakah langkah yang telah dilakukan oleh pihak sekolah dalam pengurusan merentas budaya
ini?

12. Jika pengurusan merentas budaya ini tidak tercapai, apakah inisiatif lain pihak yang akan
dilakukan oleh pihak sekolah?

You might also like