Professional Documents
Culture Documents
KONSEP ETNIK
• Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu
kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa
kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-
budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap
dan tingkahlaku yang sama.
• Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian,
pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan hibuuran. Di
Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap
sebagai etnik. Etnik pada daasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri
budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang
rendah dan anggil ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral.
• Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia
membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali
dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih
kurang sama. Orang Melayu, Cinaa dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga
dipanggil ras dalam kehidupan seharian.
• Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling
ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah
pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui
perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan
sebagainya.
• Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa
perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan
etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan
etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek
moyang itu.
• Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan
mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di
Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang
berbeza.
KONSEP MASYARAKAT
• Masyarakat boleh juga didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama
di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
Ciri-Ciri Masyarakat
1.Manusia Yang Hidup Berkelompok
Manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok ini lah yang
membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan.
Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak
mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain.
2.Melahirkan Kebudayaan
Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan
kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari
generasi ke generassi berikutnya dnegan proses penyesuaian.
3.Mengalami Perubahan
Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu perubahan terjadi
kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu snediri. Sebagai contoh, suatu
penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu.
4.Berinteraksi
Salah satu syarat kewujudan massyarakat ialaah terdapatnya perlakuan berhubung dan
bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh berlaku
secara lisan atau tidak lisan.komunikasi berlaku apabila masyarakat bertemu di antara satu
sama lain.
5,Terdapat Kepimpinan
Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan
sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercorak tertutup kerana
pemilihan berdasarkan keturunan.
6.Stratifikasi Sosial
Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus
dimainkannya atau merujuk kepada susunlapis masyarakat. Stratifikasi sosial boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta. Kelas ialah kedudukan
seseorang dalam masyarakat berdasaarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang
kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan
Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti
penerimaan gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan sebagainya. Kasta ialah kelas sosial yang
keahlinya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti
sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman tradisional India yang memecahkan kasta kepada
Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sundra
KONSEP BUDAYA
Definisi: Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran
manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu
• Budaya kebendaan
• Budaya bukan kebendaan
Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu,
senjata dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan
orang Inggeris atau orang Eskimo
Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya,
setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan
seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran
kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan
diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.
Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan
terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai alat
komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam
mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.
Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai ‘budaya’
dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan
hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dari
itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan
yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya
dengan keadaan sekeliling.
Ciri-Ciri Budaya
• Kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit daripada
tingkahlaku dan akal manusia :
*Dipelajari
Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi, Budaya
tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai
ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya
itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.
Apakah bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa
faktor iaitu:
a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan
sebagainya.
b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.
c. Umur seseorang.
d. Tahap pendidikan
e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
*Dikongsi
Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini
bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan mansuia. Nasi
lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat menggemarinyabahasa Melayu
adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan
seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam
budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa
perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.
*Sejagat
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua
kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan.
Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor
pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota
Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. bahasa
v. kesenian
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
(Budaya dan tamadun sinonim terutama dalam tradisi keilmuan Barat; eg. Hutington etc.)
*Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa
budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya
terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga
diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil
teknologi awal manusia masa lampau.
*Berubah
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang
tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan
proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia.
Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan
jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun,
perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.
*Perlambanggan
Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna
tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan
sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan
berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.
*Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandnagan semesta ini timbul kerana manusia
mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula
diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan
tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.
PLURALITI BUDAYA
Di Malaysia, setelah wujudnya perjanjian di antara kaum Melayu dengan wakil-wakil kaum
bukan Melayu di dalam Kontrak Sosial, pendekatan konsep pluraliti budaya digunakan
sebagai satu penyelesaian masalah hubungan ras.
.
“Pluraliti budaya menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada
negara seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-
ciri kebudayaannya tersendiri. Konsep ini diwakili oleh formula
A + B + C = A + B + C. (A,B dan C merujuk kepada budaya) “
• Akomodasi
Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama
lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka
hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan
pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka
saling bergantungan. Negara Swtzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik
bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat
penyesuaian antara mereka.
• Akulturasi
Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau
kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.akulturasi terjadi apabila satu
kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari
suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akahirnya
diterima dan dioleh ke dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses
akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.
Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:
• 1. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan seperti
pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.
• 2. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi,
pemikiran dan sebagainya.
• Asimilasi
Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia
berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang
sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan
dan identiti. Di Malaysia, apa yang beerlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina
Kelantan, Baba dan Nyonya, antara contoh berlakunya proses asimilasi
.Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.
TAJUK 2
PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA
Definisi
• Pluraliti bermaksud kemajmukan ataupun kepelbagaian
• Masyarakat Plural dari J.S.Furnivall (1948):
– Di Burma , seperti juga di Jawa, barangkali perkara yang awal menarik hati seorang
pelawat ialah campuran kumpulan manusia – orang Eropah, Cina, India dan bumiputera.
Dalam ertikata yang lebih tepat, mereka bergaul tetapi tidak bersatupadu. Setiap kumpulan
mempunyai agama, kebudayaan, bahasa, pemikiran dan cara hidup masing-masing. Sebagai
individu mereka bergaul tetapi hanya di pasar iaitu semasa berjual beli. Wujudnya satu
masyarakat majmuk yang terdiri daripada kumpulan manusia yang hidup berdampingan
tetapi berasingan dalam setiap unit politik yang sama. Malahan dalam bidnag ekonomi
wujud pembahagian tugas mengikut garis perkauman
• Ciri dari segi politik Masyarakat plural pula ialah terbentuk akibat penjajhan dan tiada
azam sosial bersama
HURAIAN : Pluraliti
kekayaanMereka datang berdagang secara sukarela utk cari kehidupan dan
tinggal terus/menetap- keputusan scr bersama ini menyebabkan hidup mereka
tenangmereka dtg bersama ahli keluarga, kadangkala mereka bersepakat utk
sistem sosial-politik-agama di tempat baru ituKESANNYA: wujud interaksi yg harmoni
dgn penduduk, alam sekitar dan
dgn masyarakat tempatan (asimilasi) – seperti masyarakat Cina babamereka sanggup juga
berkahwin
dan adat resam yg diamalkan oleh pendatang juga diterima pakai oleh penduduk tempatan
seperti adat bersanding, maggar, bunga telor. Hasil asimilasi dgn pendtg Indiaamalan
• Asas ilmu epistemologi fizikal ialah pembuktian sesuatu material menerusi pancaindera &
kemudian diperkukuhkan dgn alat2 saintifik spt mikroskop
• Epistemologi inilah yg kemudiannya memperkenalkan ilmu, kontrak sosial,
perbendaharaan kata, & institusi yg tidak diketahui oleh msrkt peribumi spt peta, banci,
muzium, ekonomi kapitalis, birokrasi politik dll
• Semua ini kemudiannya dikenali ‘ILMU KOLONIAL’.
PEMERINTAHAN
Kehebatan Empayar Melaka (yg menjadi pusat pertemuan pedagang seluruh dunia) diakui
sehingga digelar “The Venice of the East’
Pegawai istananya terdiri dr pelbagai bangsa (dtg berdagang & menetap).
Perlembagaan melaka berdasarkan ajaran Islam – Hukum Kanun Melaka & Undang-undang
Laut Melaka.Tidak wujud unsur2 terorisme dlm pemerintahan kerajaan Melaka
2) PERDAGANGAN
Hasil pentadbiran yg cekap dan pemerintahan terbuka, perdagangan dapat berjalan dgn
lancar dan maju
Keselamatan laut drpd ancaman perompak dan lanun dpt dikawal, ini menjamin sussana yg
aman dan selamat kpd pedagang
Kepulauan Melayu terkenal dgn rempah ratus yg dianggap mewah ketika itu
Sbb itulah pedagang seluruh pelusok dunia dtg ke Melaka utk mendapatkannya.
3) KEPENDUDUKAN
Zaman pluraliti – proses penghijrahan berlaku secara alamiah, bukan paksaan
Tidak perlu pasport & visa utk masuk sesuatu kawasan
Mereka berasimilasi dgn penduduk tempatan
Wujud masyarakat Baba, mamak
Interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum
4) KEBUDAYAAN
• Keterbukaan pemerintah empayar Melaka (terima pedagang luar), Melaka maju sbg
pelabuhan utama dunia, hasil rempah ratus sebagai daya tarikan, keselamatan Selat Melaka
KEDUA: berlaku di zaman masyarakat plural hasil drpd syarat yg dikenakan oleh Inggeris
utk memberikan kemerdekaan kpd Malaysia
Setiap etnik mestilah mempunyai wakil mereka dlm bentuk parti politik dan setiap mereka
mestilah mencapai persetujuan tuk hidup bersama secara aman damai
1948, terbentuk Communities Liason Committee (CLC)
Setiap kaum yg terbesar di T/Melayu iaitu Melayu, Cina & India hantar wakil masing2 utk
bincang kontrak sosial yg hendak dipersetujui
Sambungan..
CLC merupakan acuan/model kpd penggabungan parti2 politik seterusnya sama ada yg
mewakili pemerintah @ pembangkang
Jadi, scr naturalnya kelansungan hidup parti2 politik di Malaysia ialah secara pakatan dgn
parti2 lain
Ini bererti parti2 politik di Malaysia tidak mampu hidup secara individu
TAJUK 3:
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HE DI MALAYSIA
Kandungan Perlembagaan
• Bahagian I - Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang bagi Persekutuan
• Bahagian II - Kebebasan Asasi
• Bahagian III - Kewarganegaraan
• Bahagian IV - Persekutuan
• Bahagian V - Negeri-Negeri
• Bahagian VI - Perhubungan Antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
• Bahagian VII - Peruntukan Kewangan
• Bahagian VIII - Pilihan Raya
• Bahagian IX - Badan Kehakiman
• Bahagian X - Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam
• Bahagian XI - Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan
Perbuatan dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat
• Bahagian XII - Am dan Pelbagai
• Bahagian XIIA - Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak
• Bahagian XIII - Peruntukan Sementara dan Peralihan
• Bahagian XIV - Kecualian bagi Kedaulatan, dsb., Raja-Raja
• Bahagian XV - Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja
• Jadual-Jadual
• Senarai Pindaan
• Senarai Perkara yang Dipinda
DEFINISI :PERLEMBAGAAN
(1). Satu set peraturan tentang hak, kuasa, dan prosedur serta tanggung jawab pihak yg
mengawal dan memandu hubungan di antara satu autoriti dgn autoriti yg lain, dan juga
antara autoriti dgn rakyat awam.
(2). Satu dasar atau formula yg menyatakan tugasan kuasa2 awam di dlm sesebuah negara
dibahagikan dan digunakan.
KONSEP PERLEMBAGAAN
• Perlembagaan adalah sumber undang2 tertinggi sesebuah negara
• Berperanan sbg panduan bg pembentukan undang2 samada di pihak kerajaan @ rakyat
• Umumnya ia terbahagi 2 jenis:
• Pertama: perlembagaan bertulis - Perlembagaan bertulis: perlembagaan yg dikumpul &
disusun dlm satu dokumen
• Kedua: perlembagaan tidak bertulis (dalam satu naskhah yang khusus) -Perlembagaan
tidak bertulis: semua prinsip perlembgn yg tidak terkumpul dlm satu dokumen spt undang2
yg diluluskan oleh parlimen & keputusan2 mahkamah
• Ini kerana, perlembagaan memperuntukan dgn nyata dlm Perkara 4(1): Perlembagaan
Malaysia adalah undang2 utama persekutuan dan apa2 undang2 yg diluluskan yg
berlawanan dgn perlembagaan adalah setakat mana yg berlawanan itu terbatal.
• Ini yg disebut sbg: ketinggian perlembagaan
Merintis kemerdekaan
Pilihan raya 1:
1 Disember 1951, utk pilih wakil2 dlm Majlis Perbandaran PPinang
UMNO & MCA bergabung membentuk PERIKATAN
menang semua kerusi yg dipertandingkan (9)
Pilihan raya 2:
Februari 1952, pemilihan utk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
kerusi dipertandingkan12
Perikatan menang 9, 3 IMP & calon bebas
1953: Perikatan cdgkan British buat p/raya utk seluruh T/Melayu
1955: PILIHAN RAYA UMUM 1 (52 kerusi)
8 parti bertanding
Perikatan menang 51
PAS menang 1 (di Kerian, Perak)
• Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kpd Inggeris bhw org Melayu & bukan Melayu
boleh berkerjasama.
• Inggeris pula mensyaratkan bhw kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya rakyat
negara ini bersatu padu & berkerjasama
• Sebelum p/raya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan menjaga
kebajikan & kepentingan kaum masing2.
• Pelawaan org Melayu menggambarkan sifat keterbukaan mereka & sedia berkorban, rela
kongsi kuasa & toleransi demi perpaduan.
• Melalui p/raya umum 1 (1955) pengorbanan & kompromi UMNO cukup besar. Perikatan
yg didominasikan oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk kerajaan tanpa perlu
bergabung dgn MCA&MIC. Tetapi hal ini tidak dilakukan.
• Januari 1956: rombongan 8 org wakil berangkat ke London. 4 wakil Raja Melayu & 4 wakil
Perikatan.
• Diketuai Tunku Abdul Rahman.
• Wakil Raja2 Melayu:
• En.Abdul Aziz Hj Abdul Majid (MB Selangor)
• Datuk Mohammad Seth Mohammad Said (MB Johor)
• Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmood (bekas MB Kelantan)
• Wakil Perikatan:
• Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj (Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal Dlm Negeri)
selaku KETUA
• Datuk Abdul Razak Hussain (Menteri Pelajaran)
• Kol.H.S.Lee (Menteri Pengangkutan)
• Dr.Ismail Datuk Abdul Rahman (Menteri Hasil Bumi)
SETIAUSAHA: T.H.Tan
KONTRAK SOSIAL
• Persefahaman semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yg
sangat penting kpd kestabilan negara.
• Melalui Kontrak Sosial ini, org bukan Melayu tlh diberikan hak kewarganegaraan yg
longgar berasaskan prinsip Jus Soli (pengecualian tentang perlunya mengetahui bahasa
Melayu bg bukan Melayu)
• Org Melayu pula diperuntukkan dlm perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu
dan kedudukan istimewa org Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.
• Perlembagaan Malaya ini diisytihatkan pd 31 Ogos 1957, diperbaharui a/bila Singapura,
Sabah & Sarawak bergabung membentuk Malaysia pd 16 September 1963
JUSTIFIKASI/RASIONAL
RASIONAL PERKARA 153
• Kontrak sosial berjaya atas dasar toleransi yg tinggi antara org Melayu dan bukan Melayu.
• Org Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu menerima hakikat hak keistimewaan
org Melayu.
• Hasil prinsip ini 800,000 org Cina tlh diberi hak kerakyatan
• w/pun pd ketika itu kesetiaan sebilangan besar org bukan Melayu terhadap Persekutuan
Tanah Melayu boleh dianggap meragukan disebabkan dasar pecah dan perintah oleh
Inggeris.
3 perkara dlm Perkara 153
• Perkhidmatan Awam
• Tanggung jawab YDPA utk menentukan rezab org melayu dan bumiputera SS dgn
memperuntukkan satu kadar bilangan jawatan dlm perkhidmatan awam persekutuan yg
baginda fikirkan perlu.
• Tp YDPA tidak boleh melucutkan sesiapa juga apa2 jawatan awam yg disandang olehnya.
• Hal yg sama juga, semua org tidak kira bangsa yg menyandg jawatan dlm perkhidmatan
awam mestilah diberi layanan yg adil & baik dr segi kenaikan pangkat, gaji dan kebajikan yg
lain.
• Justeru, adalah rasional bg merezabkan utk org Melayu dan bumiputera suatu kadar
bilangan dlm perkhidmatan persekutuan kerana semasa zmn penjajah & di awal
kemerdekaan, sedikit sangat bilangan org Melayu yg bekerja dgn kerajaan.
2. Ekonomi
• Rata2 org Melayu yg terdiri golongan pesawah, penoreh getah dan nelayan berada dlm
kemiskinan iaitu 64.8% berbanding bukan Melayu iaitu 26% pd 1970.
• Ini menunjukan majoriti org Melayu adalah miskin terutama di luar bandar.
• Ini adalah kesan penjajahan Inggeris- org Melayu hanya jd pemerhati kpd kepesatan
ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia.
• Matlamat utk mencapai 30% pemilikan kekayaan neg (di kalangan org Melayu) belum
tercapai.
• Org Melayu masih kurg menceburi perniagaan (lihat k/kerja)
• Org Melayu masih perlu dibantu dan dibimbing.
• Maka Perkara 153 wajar diguna utk mencapai tujuan ini iaitu dgn memberi lesen
perniagaan dan premis perniagaan yg strategik
3. Pendidikan
• Penjajah tlh meninggalkan sistem pendidikan yg terus mengekalkan org Melayu dlm
kemiskinan.
• Sistem pendidikan Inggeris pd masa itu sekadar utk menjdkan petani Melayu yg lebih baik
drpd i/bapa mereka.
• Keadaan sekolah org Melayu juga begitu teruk, tanpa perabot yg cukup, kekurangan buku
teks dan bahan bacaan serta i/bapa Melayu sudah hilang kepercayaan terhadap sekolah
Melayu.
• 1970: bilangan pelajarbumiputera di IPTA (ijazah pertama) dlm negara adalah 40.2%
berbanding non-bumi 56.2% - contoh, di UM
• Peratusan pelajar Melayu dlm bidg sains juga rendah
Sambungan….
• Golongan profesional b/putera (arkitek, akauntan, jurutera, doktor, juruukur, peguam) pd
1970 hanya 4.9% atau 225 org.
• Berbanding non-bumi iaitu 84.3% dan sehingga kini bumiputera masih kekal ketinggalan
(tahun 1995: 33.1% berbanding Cina 52.4% )
• Akhir 2002 jumlah profesional b/putera meningkat scr purata sbyk 39%, namun ia masih
lagi tertinggal jika dibandingkan non-bumi.
• w/pun termaktub hak keistimewaan b/putera dlm pendidikan tetapi kerajaan tidak
menghapuskan sekolaj jenis kebangsaan Cina dan Tamil, apabila neg merdeka hingga
sekarang.
• Pengekalan ini seolah bercanggah dgn Penyata Razak 1956 yg mahu mewujudkan sistem
penddk kebangsaan
– Pengekalan sekolah ini t/bgt menyumbang ke arah integrasi nasional demi mengukuhkan
perpaduan kaum
Sambungan…
• Toleransi dlm pendidikan juga berlaku di peringkat menengah dan tinggi
RASIONAL PERKARA 3
• Islam dipilih sbg agama rasmi kerana ia telah bertapak lebih 500 tahun
• Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan
Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kpd Raja2 Melayu.
• Islam juga diterima sbg agama persekutuan sesuai dgn takrif Melayu dlm Perkara 60
• Sebelum penjajahan Inggeris, negeri2 Melayu tlh menggunakan undang2 Islam.
• Con: kes Ramah lawan Laton. Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan undang2 Islam
ialah undang2 negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang2
tersebut.
2) Agama Islam ( Perkara 3(1) )
• Agama Islam adalah agama persekutuan
• Pihak kerajaan (persekutuan @ negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan
utk menubuhkan /menyelenggara/membantu penubuhan institusi Islam & melaksanakan
ajaran Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yg diperlukan utk tujuan itu.
• Agama lain boleh diamalkan dgn aman & damai di mana2 bahagian persekutuan.
• Kebebasan beragama dijamin dlm perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap org
berhak utk menganut & mengamalkannya.
Hak penganut agama lain ialah:
• Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
• Menubuh dan menyelenggara institusi bg maksud agama atau khairat
• Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut
undang2
TAJUK 4
PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HE DI MALAYSIA
METOD:
Perubahan Aspek struktural dan budaya
Sekularisasi budaya politik
Partisipasi politik yang lebih besar dalam kalangan rakyat
pembentukan dan perlaksanaan dasar awam seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa
Kebangsaan, Kebudayaan Kebangsaan dan Rukun Negara.
UKURAN PENCAPAIAN
Berdasarkan tahap integrasi nasional yg dpt diukur secara kualitatif atau kuantitatif.
Ini termasuklah kejayaan dasar2 nasional, kekerapan konflik, kekerapan pilihan raya,
ukuran perbandingan dgn negara lain dan kebebasan bersuara.
MELAYU - Pesaing UMNO terhadap sokongan Melayu adalah PAS, Semangat 46, Keadilan.
CINA – pesaing MCA terhadap sokongan Cina adalah beberapa parti dlm BN (seperti
GERAKAN) dan juga di luar BN (seperti DAP).
INDIA – MIC tiada pesaing yg signifikan sehingga pertengahan 1990an. Pesaingnya
kemudiannya adalah dari dlm BN & luar BN.
Tetapi ia berubah selepas itu dgn penubuhan PPP (People’s Progressive Party) yg mendpt
sokongan padu/majoriti di Perak.
MIC – pesaing dari luar prti adalah IPF (All Malaysian Indian progressive Front) di bawah
pimpinan M.G Pandithan (bekas pemimpin MIC yg disingkirkan).
IPF sentiasa memberi sokongan/kerjasama kpd BN pada setiap pilihanraya tetapi masih
belum diterima masuk ke BN kerana bantahan MIC.
SARAWAK
Parti terawal ditubuhkan ialah Sarawak United Peoples Party – SUPP
Berasaskan berbilang etnik tapi kemudian kaum Cina mendominasikan parti ini.
Cadangan pembentukan Malaysia 1960 menyebabkan etnik2 lain menubuhkan partinya
sendiri kerana menganggap parti yg ada tidak mewakilinya.
Antaranya SNAP, Pesaka, PANAS, SCA, PBB, PBDS
SABAH
Seperti juga Sarawak, pd peringkat awal cadagan penubuhan Malaysia, parti2 berdasarkan
etnik ditubuhkan.
Sejak menyertai Malaysia,parti yg ada ialah UNKO (United Kadazan National Organization)
– menjadi gabungan UMNO, MCA, MIC sbg model.
Lain2: USNO, BERJAYA, PBS (PBS jatuh & UMNO ambil alih).
Kejatuhan PBS membawa kpd penubuhan parti2 baru spt PBRS, PDS, SAPP
TAJUK 5:
PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
KONSEP ‘MODENISASI’
Modenisasi : satu proses transformasi atau perubahan dlm segala aspek kehidupan
masyarakat. Ia dianggap sbg sesuatu yg harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara
terutama yang baru merdeka.
Perubahan berlaku samada:
1. Berencana
2. Tidak berencana
Perubahan Berencana: suatu proses di mana matlamat, metod dan ukuran pencapaian
ditentukan terlebih dahulu sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan. Inilah yg disebut
modenisasi (mengandungi 2 aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan
politik.)
Perubahan Tidak Berencana: suatu proses peniruan gaya hidup barat yang tidak disertai
oleh suatu usaha perubahan secara berencana.
Ini diistilahkan juga sebagai‘PEMBARATAN’
METODE yg digunakan:
Pembangunan teknologi; yg mana pengetahuan dan teknik tradisional dikesampingkan
untuk memberi laluan kpd penerapan ilmu saintifik dan teknik2 canggih.
Pembangunan pertanian; yg mana kegiatan pertanian subsisten diubah kpd pertanian
komersial.
Industrialisasi; iaitu proses produksi yg dilakukan secara besar-besaran dgn menggunakan
teknologi canggih.
UKURAN PENCAPAIAN:
Pertumbuhan yang lazimnya diukur dgn ukuran seperti KNK (Keluaran Negara Kasar)=GNP
(Gross National Product)
2. Semasa Penjajahan
Bersifat dwi ekonomi; Tradisional + kapitalis
3. Selepas Penjajahan
Sistem Ekonomi moden; sektor tradisional masih wujud di luar bandar
MATLAMAT:
Peringkat awal; pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kpd peningkatan infrastruktur
ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
Akhir 1960-an; pembangunan ekonomi mula berteraskan kpd pembangunan teknologi dan
peralihan dr industri gantian-import kpd industri berorientasikan eksport
Akhir 2000; ekonomi berteraskan K-ekonomi
Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan, yang
dapat diukur dengan Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8 hingga
9% terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an.
Orang melayu dan penduduk orang Asli lain menguasai ekonomi yang mundur, iaitu kerja
yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah.
Pulangan dan gajinya juga rendah.
Orang Melayu lebih menguasai sektor tradisi sementara orang Cina menguasai sektor yg
lebih maju dan berteknologi tinggi.
Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yg menyebabkan setiap kaum saling
mencemburui satu sama lain.
Orang Melayu cemburukan kemewahan dan kejayaan orang Cina sementara orang Cina &
India pula cemburukan kelebihan orang Melayu yg mendpt peluang perkhidmatan dlm
sektor2 pentadbiran.
Rasional Modenisasi
Perlu demi integrasi ekonomi!
Ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima
Tahun, Dasar Ekonomi baru, dll.
Dasar2 ini penting bagi memastikan pengasingan ekonomi yg wujud sejak zaman penjajahan
dapat dimansuhkan.
Dasar2 ekonomi juga boleh memastikan pengagihan ekonomi yg tidak seimbang selama ini
sehingga mewujudkan perasaan cemburu antara satu sama lain, dapat dikurangkan dan
seterusnya dihapuskan.
DASAR PERTANIAN
Kerajaan telah mengadakan beberapa agensi pembangunan utk memberi kemudahan kpd
petani, antaranya:
MARDI (Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian M’sia)
Jabatan Pertanian: mengeluarkan benih & penentuan jenis tanah, pembangunan teknologi
baru.
Lembaga Pertubuhan Peladang: mengadakan kemudahan perolehi bahan2 baja, racun,
jentera kenderaan, memproses dll
FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan): mengelolakan pemasaran hasil2 yg
dikeluarkan.
Bank Pertanian: mengelolakan kemudahan kredit utk rancangan projek pertanian.
Jabatan Perikanan & Haiwan: memberi nasihat & tunjuk ajar ternakan dan perikanan.
1970an kesedaran tentg perlunya sistem ekonomi Islam bg masyarakat Islam mula wujud
Kerajaan kemudiannya menubuhkan Bank Islam dan takaful. Sekarang sistem perbankan
Islam semakin meluas yg tlh ditawarkan oleh bank2 konvensional
8. Dasar Penswastaan dlm konteks HE (1983)
5 alasan dasar ini diperkenalkan
1. mengurangkan beban kewangan & pentadbiran kerajaan.
2. meningkatkan persaingan, perbaiki kecekapan & menambah produktiviti.
3. merangsang pelaburan & keusahawanan persendirian.
4. mengurangkan bilangan & saiz sektor awam.
5.membantu mencapai matlamat DEB
9. Industri Automobil Nasional & penglibatan etnik
Selaras dgn Dasar Pandang ke Timur
Usahasama dgn syarikat Mitsubishi Jepun
Dgn harapan pemindahan teknologi dan kepakaran serta penglibatan org melayu dlm
bidang ini akan tercapai.
Tajuk 6:
HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI
2. Sejarah dan pengalaman pluraliti yang telah wujud sejak zaman awal persejarahan iaitu
dengan kedatangan orang-orang Cina dan India juga meletakan asas yang kukuh untuk
berlakunya integrasi yang lebih tulin.
Dasar dari bawah ke atas lebih melibatkan partisipasi masyarakat dan NGO. Antaranya ialah
rumah terbuka, gorong royong, Rukun Tertangga dan aktiviti belia
Tajuk 7
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
1.Cabaran Sosial
2.Cabaran Ekonomi
3.Cabaran politik
4.Cabaran Nilai antara etnik; dan
5.Cabaran Globalisasi dan Teknologi
1. Cabaran sosial
Wujud kerana perbezaan seperti:
Pemisahan Fizikal
Sistem Pendidikan yang Berasingan
Polarisasi dalam kalangan Pelajar
Kontrak sosial yang didefinisikan mengikut kepentingan etnik masing-masing
Apakah jatidiri?
ciri2, gambaran atau keadaan khusus seseorang
Identiti bangsa, keperibadian nasional, semangat kebangsaan, patriotisme &
kewarganegaraan yg semuanya menjurus kpd ketahanan & kemurnian nilai sesuatu bangsa.
Oleh itu, jatidiri adalah sesuatu yg kita miliki bersama, mempunyai nilai sendiri, dihayati
secara kolektif & dominan sifatnya yg dapat mencirikan rupa & peribadi bangsa. Samada
tentang semangat, sikap,pendirian, kepercayaan, tekad & visi bangsa.
Beberapa Pendekatan Pendekatan pembinaan jati diri cara Malaysia berbeza dari
pendekatan yang digunakan oleh negara lain
Misalnya di Amerika Syarikat mereka membawa pendekatan salad bowl’ dgn segala
kumpulan etnik yg mempunyai identiti sendiri iaitu hampir semua penduduk dunia ada
wakilnya di US Mereka juga bangga dgn perbezaan ini.Semua mereka berbeza & itulah
kesamaan yg mereka war2kan
Di Indonesia pula
Menggunakan pendekatan pancasila, bahasa dan semangat keIndonesiaan yg diasaskan oleh
Soekarno.
Tidak ada rakyatnya yg tidak fasih berbahasa Indonesia.
Pancasila pula lebih penting daripada agama dlm kehidupan harian.
Ia menjadi falsafah hidup yg lebih penting drpd Syariah, jika seseorg itu beragama Islam.
1.Keazaman Politik
Pemimpin mempunyai niat yang ikhlas utk menginstitusikan hubungan etnik.
Dari sini tercetus kemahuan & kesukaan serta aktiviti yg disengajakan dlm bentuk pelan
tindakan yg berkesan, yg berlaku akibat adanya niat itu tadi.
Niat ini dicetuskan oleh kesedaran pentingnya hubungan etnik yang harmonis
2.Khalayak Kritikal
Ada 2 aspek.
1. Adanya Kumpulan sasar terutama generasi mudan, dan;
2.Adanya satu badan induk yg menjadi pemangkin kpd semua program hubungan etnik &
integrasi.Iaitu Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN)
Dan Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) yg dlm proses mengeluarkan
agen2 integrasi nasional dan hubungan etnik.
3.Kekukuhan Ekonomi
Faktor ekonomi sangat memainkan peranan dlm menentukan kejayaan & keberkesanan
hubungan etnik yg wujud di M’sia.
Pengajaran telah terpahat dlm peristiwa 13 Mei.
5.Berkongsi Wawasan.
Contohnya wawasan 2020 yang dikongsi bersama untuk membawa masyarakat Malaysia
maju ke hadapan
TAJUK 8
ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK
Prinsip ISLAM
Menerima dgn positif kemajumukan etnik/ manusia : al-Hujurat :13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan
Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
Ajaran KRISTIAN
Jesus : “Love thy neighbor as thyself”
BUDDHISME
Gautama Buddha menekankan belas kasihan sebagai salah satu jalan 8 lapis
4. HINDUISME
Konsep bakhti dan Karma adalah penekanan tentang berbuat baik sesama makhluk
BERKENAL-KENALAN
Manusia dijadikan paras rupa dan warna kulit yang berlainan supaya mereka berbaik antara
satu dengan lain agar mereka dapat hidup bersama dalam keadaan aman dan sejahtera,
bukan untuk bermusuh-musuhan.
Bermusuhan antara satu dengan lain tidak akan mendatangkan keuntungan kepada mana-
mana pihak.
Masyarakat pelbagai etnik amat perlu mengamalkan asas ini supaya tidak wujud prasangka
perkauman yang boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati dan permusuhan.
Bekerjasama bukan hanya di kalangan sesama agama tetapi melampau batas sempadan
agama.
PERSAUDARAAN
Pendekatan Islam Hadhari menganjurkan konsep hidup bersandarkan kepada
persaudaraan atas dasar beriman dan bertaqwa.
Ini disebabkan hubungan berasaskan unsur-unsur tersebut lebih bernilai daripada
hubungan yang berdasarkan kebendaan, pertalian darah, kesukuan atau yang lebih bersifat
keduniaan.
BERKASIH SAYANG
Berkasih sayang merupakan salah satu sifat kemanusiaan yang sewajarnya disemai dan
dipupuk dalam sanubari setiap anggota masyarakat.
Sifat kasih sayang mampu mengikat hubungan kemesraan di kalangan masyarakat pelbagai
etnik. Apabila hati dengan hati bertaut erat, hilanglah sifat bermusuhan, benci membenci
dan dengki mendengki antara satu sama lain.
JAMIN MENJAMIN
Rukun kehidupan bermasyarakat juga ialah saling bersedia untuk saling melindungi antara
satu dengan yang lain.
Keadaan ini melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap anggota masyarakat untuk
membantu ahli masyarakat yang lain ketika mereka menghadapi kesusahan atau
memerlukan pertolongan.
Kemesraan komunikasi
Budaya ziarah menziarah
Mengambil berat
Hormat- menghormati
Menghormati jiran
Bersama dalam membuat keputusan
HUBUNGAN SOSIAL
Hubungan sosial dalam kehidupan kini banyak terjalin melalui berikut: