You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 6 (AMBILAN JANUARI 2011)

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) LAPORAN INDIVIDU

NAMA NO. K/P NO. MATRIK KUMPULAN

: LALITHA A/P HARIRAM : 911120-10-5446 : 2011171340075 : G3.2 (PISMP MASALAH PEMBELAJARAN)

NAMA PENSYARAH : CIK. MESKINAH BT TAIB TARIKH SERAHAN : 16 OKTOBER 2013

PENDAHULUAN Pemulihan dalam Komuniti (PDK) merupakan satu kaedah pembangunan komuniti untuk OKU di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat. PDK merupakan salah satu kaedah pemulihan yang diterima pakai oleh WHO dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ialah kaedah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berasaskan terjemahan asalnya Community Based Rehabilitation System (CBR). Kaedah PDK ini telah dipelopori oleh tiga pakar perubatan dan juga physiotherapist WHO yang terdiri daripada E. Helandar, P. Mendis dan G. Nelson yang telah menghasilkan sebuah manual yang pada peringkat drafnya setebal hampir 300 muka.Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa. Program PDK berteraskan kepada 3 model iaitu home based, centre based dan centrehome based. Home Based (PDK di rumah) ialah program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan. Center Based (PDK di pusat) ialah program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4jam sehari. OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan. Manakala, Center Home Based (PDK di pusat dan di rumah) dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4 jam. Dalam seminggu, satu hari selama 4 jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah OKU untuk melihat perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan.

PDK Seri Jelok, Kajang adalah antara salah sebuah PDK yang ditubuhkan. PDK Kajang ditubuhkan pada tahun 1992. Semasa ditubuhkan, ia ditempatkan di Pusat Aktiviti Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak di No.9, Jalan Timur, Kajang. Pada masa itu hanya ada seorang pekerja / guru di PDK ini. PDK Kajang berpindah ke Taman Sri Jelok pada tahun 1996. Dengan pertambahan murid, guru PDK juga telah bertambah kepada 2 orang dan sehingga kini terdapat 10 orang guru PDK termasuk seorang sukarelawati.

PDK Seri Jelok, Kajang.

TANGGUNGJAWAB DAN JAWATAN YANG DISANDANG Program Khidmat Siswa telah diadakan dalam tempoh lima hari bermula dari 7 Oktober 2013 hingga 11 Oktober 2013 di PDK Seri Jelok, Kajang. Kursus ini memperuntukkan tugasan amali secara berkumpulan yang melibatkan 10 orang guru pelatih iaitu 5 orang guru pelatih lelaki dan 5 orang guru pelatih wanita daripada gabungan dua pengkhususan yang berbeza iaitu MasalahPembelajaran dan masalah pendengaran. Aktiviti home based, keceriaan dan akademik telah diadakan selama 5 hari tersebut. Ahli jawatankuasa Induk telah ditubuhkan supaya tugas dapat diagihkan dengan mudah. Setiap ahli jawatankuasa telah diberi satu jawatan dan diamanahkan untuk melaksanakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Walau

bagaimanapun kami telah menubuhkan AJK bagi setiap aktiviti yang dirancang. Contohnya, jawatankuasa keceriaan, jawatankuasa akademik dan jawatankuasa home based bagi melancarkan program yang telah dirancang. Melalui penubuhan jawatankuasa ini, kami dapat memastikan setiap guru pelatih memberi sumbangan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Saya telah diberi tanggungjawab sebagai AJK hadiah dan cenderamata dalam AJK induk. Manakala, sebagai setiausaha bagi jawatankuasa keceriaan, AJK aturcara dan buku program bagi jawatankuasa akademik dan sebagai bendahari bagi jawatankuasa home based. Jawatankuasa Induk Keceriaan Akademik Home based AJK Cenderamata dan hadiah Setiausaha Buku program Bendahari

Sebagai seorang AJK cenderamata saya ditanggungjawabkan untuk membeli cenderamata bagi pengerusi PDK dan penyelia PDK. Tugas yang agak berat bagi saya ialah sebagai AJK setiausaha. Saya diamanahkan untuk memanggil mesyuarat jawatankuasa dengan persetujuan pengerusi dan menjalankan segala keputusan yang

dibuat oleh mesyuarat. Selain itu, saya menyediakan minit mesyuarat dan menyimpan segala dokumen yang berkaitan dengan jawatankuasa. Kertas kerja dan segala urusan surat menyurat telah ditanggungjawabkan kepada saya. Di samping itu, saya juga menyediakan buku program bagi program khidmat siswa ini. Saya mencari segala maklumat yang perlu dimuatkan dalam buku program sebelum membuat buku program ini. Selepas itu, saya merancang dan membuat draf buku program dan mendapatkan persetujuan dalam mesyuarat. Selepas itu, saya menyediakan buku program yang lengkap. Semasa aktiviti majlis penutup saya memberikan buku program kepada VIP dan ibu bapa yang telah hadir ke majlis penutup program khidmat siswa.

Buku program Saya sebagai bendahari bagi program home-based bertanggungjawab untuk menyediakan anggaran perbelanjaan. Selepas itu, terdapat pelbagai inisiatif yang diambil untuk mendapatkan dana demi menjalankan program ini. Antaranya adalah dengan memohon sumbangan daripada pelbagai pihak sama ada badan kerajaan, badan bukan kerajaan, pihak-pihak persendirian, kedai-kedai dan sumbangan ikhlas peribadi daripada guru pelatih dan pensyarah. Melalui sumbangan dan dana yang diterima saya mengagihkannya kepada rumah 1 dan rumah 2.

KEKUATAN Banyak pengetahuan dan ilmu telah saya perolehi melalui program khidmat siswa yang telah dijalankan. Antara kekuatan yang dihadapi semasa menjalankan tugas- tugas yang ditanggungjawabkan ialah saya berpeluang untuk memperolehi banyak ilmu tentang pemulihan dalam komuniti ini. Kami merancang banyak aktiviti dalam tempoh seminggu ini. Walaupun program ini hanya dijalankan selama seminggu, namun sebelum itu sebagai seorang setiausaha saya menyediakan kertas kerja bagi aktiviti keceriaan. Sebelum menyediakan kertas kerja kami mengadakan mesyuarat untuk merancang aktiviti keceriaan. Saya belajar untuk menyediakan kertas kerja yang betul. Secara berperingkat kami mengadakan mesyuarat untuk memilih aktiviti keceriaan yang diperlukan unuk PDK Kajang ini. Kami kerap kali mengadakan perbincnagan melalui laman sosial facebook untuk mendapat persetujuan dan pandangan ahli kumpulan lain. Saya bertanggungjawab untuk update segala perkembangan aktiviti keceriaan ini. Saya pernah memegang jawatan sebagai setiausaha sebelum ini. Dengan adanya pengalaman tersebut saya dapat menguruskan segala urusan fail dan surat dengan baik. Selain itu, saya juga pernah memegang jawatan sebagai pengerusi bagi karnival permainan kecil yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan jasmani. Dengan adanya pengalaman itu, saya mengetahui prosedur yang betul untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Kami merancang tiga aktiviti bagi projek keceriaan ini iaitu taman refleksologi, mural dan dam ular atas lantai. Kesemua projek telah mendapat persetujuan ahli kumpulan dalam mesyuarat yang telah diadakan. Sebagai seorang setiausaha saya memastikan semua ahli mendapat memo sebelum mesyuarat supaya mereka dapat hadir ke mesyuarat tersebut. Selain itu, saya memastikan minit mesyuarat telah diberikan supaya semua ahli kumpulan mengetahui perkembangan aktiviti yang dirancang. Semasa menjalankan tugas sebagai bendahari saya menimba banyak ilmu tentang perbelanjaan dan agihan sumber kewangan. Antara kekuatannya ialah, saya mendapatkan sumbangan daripada pelajar yang tinggal di asrama damai. Saya mendapat sumbangan sebanyak RM112. Seterusnya, saya mendapatkan sumbangan

daripada pensyarah IPGKIK. Dengan menggunakan sumbangan dan kutipan derma ini saya berjaya memperolehi dana untuk menjalankan aktiviti home based ini dengan jayanya. Baki duit yang dikutip telah disalurkan kepada program keceriaan. Hubungan mesra bersama pelajar kolej kediaman damai telah memudahkan kerja saya. Melalui kutipan derma tersebut saya berpeluang untuk mengenali ramai pelajar kolej kediaman terutamanya pelajar junior. Saya juga berpeluang untuk menerangkan kepada pelajar daripada pengkhususan lain tentang peranan pemulihan dalam komuniti (PDK). Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kanak- kanak OKU juga. Kekuatan saya sebagai AJK buku program ialah saya mengetahui cara- cara menggunakan perisian Microsoft publisher untuk membuat brosur. Dengan adanya pengetahuan tersebut saya dapat menyediakan buku program dengan mudah. Saya hanya memasukkan maklumat tentang pengenalan PDK, ahli jawatankuasa, tentatif program dan sebagai. Saya juga tidak menghadapi masalah semasa mencetak buku program tersebut kerana penggunakan perisian Microsoft publisher

Microsoft publisher

. Selain itu, kekuatan saya sebagai AJK cenderamata ialah saya pernah mengadakan survey tentang hadiah yang diperlukan. Saya permah mengunjungu central market yang menjual banyak barangan antik. Melalui perbincangan bersama ahli kumpulan saya bercadang untuk membeli cenderamata di central market kerana harganya yang murah dan antik. Melalui survey yang dijalankan itu, saya dapat menjimatkan masa dan tenaga. Lebih- lebih lagi dalam masa yang singkat dan agak sibuk itu.

KELEMAHAN DAN CARA MENGATASI MASALAH Walaupun terdapat banyak kekuatan semasa menjalankan program khidmat siswa ini, terdapat juga banyak masalah yang dihadapi oleh kumpulan saya. Sebagai seorang guru pelatih ini merupakan pengalaman pertama saya di PDK. Walaupun saya diselia oleh pensyarah namun tugas kami diselaraskan oleh penyelia PDK iaitu Puan. Norizan. Olek sebab pengalaman yang pertama kami agak keliru pada mulanya. Antara masalah yang saya hadapi sebagai seorang setiausaha semasa menjalankan amali ini ialah, membahagikan tugas- tugas ahli kumpulan. Oleh kerana kami mempunyai tiga jawatankuasa yang berbeza saya perlu memastikan tugas yang diberikan kepada semua ahli kumpulan adalah lebih adil. Contohnya, jika ahli mendapat tugas yang agak berat dalam jawatankuasa home- based, beliau mendapat tugas yang mudah dalam jawatankuasa keceriaan. Selain itu, saya perlu mengambil tahu tentang kekuatan dan kelemahan setiap ahli kumpulan semasa membahagikan tugas. Kelemahannya ialah saya tidak mengenali kekuatan ahli kumpulan daripada pengkhususan masalah pendengaran. Hal ini demikian, ini merupakan pengalaman pertama saya bekerja bersama guru pelatih masalah pendengaran sebagai satu kumpulan. Seterusnya semasa menyediakan kertas kerja saya agak keliru dengan objektif projek keceriaan. Hal ini demikian, dana kewangan kami masih tidak mencukupi. Pada mulanya, saya menyediakan kertas kerja keceriaan bagi projek mural, semifero dan dam ular. Selepas mendapatkan dana dan sumbangan kewangan, saya terpaksa mengubahsuai kertas kerja yang sedia ada. Ini merupakan salah satu masalah yang saya hadapi. Bagi mengatasi masalah ini, saya perlu mengadakan perbincangan awal dengan ahli kumpulan sebelum menyediakan kertas kerja. Selain itu, saya perlu merancang caracara untuk mendapatkan sumbangan sebelum menyediakan kertas kerja. Dengan adanya perancangan awal saya dapat merancang aktiviti keceriaan dengan mudah. Sebagai AJK buku program masalah saya ialah mengetahui tentatif program bagi majlis penutup. Kami agak sibuk dengan aktiviti. Oleh yang demikian saya hanya mengetahui

tentang tentatif programnya pada hari khamis sahaja. Saya menyediakan buku program pada hari khamis iaitu sehari sebelum majlis penutup. Oleh itu, saya tertinggal maklumat yang perlu dimasukkan dalam buku program tersebut. Contohnya, gambar mural yang telah siap dan gambar taman refleksologi. Sebagai seorang AJK buku program saya patut mengambil gambar- gambar projek tanpa bergantung sepenuhnya dengan AJK fotografi. Dengan adanya gambar- gambar tersebut saya dapat menyediakan satu buku program yang lebih bersistematik. Sebagai seorang bendahari saya tidak menghadapi sebarang masalah selain mengutip sumbangan derma. Pada mulanya, saya bercadang untuk mengutip derma di kolej kediaman damai, sentosa dan aman. Tetapi, kumpulan PDK Taman Ehsan telah mengutip derma di kolej kediaman aman dan sentosa. Oleh yang demikian, saya hanya mengutip derma di kolej kediaman damai sahaja. Bagi menghadapi masalah kewangan bercadang untuk mengutip derma pada pensyarah. Saya juga mendapat sokongan yang tinggi daripada pensyarah. Saya berasa bersyukur dengan sikap setiap pensyarah. Masalah yang dihadapi sebagai AJK cenderamata ialah kami tidak mengetahui tentang kehadiran pengerusi PDK ke majlis penutup. Saya hanya menyediakan cenderamata bagi penyelia PDK dan kilang roti hi-5 sahaja. Sebelum mengadakan lawatan kilang roti kami bercadang untuk tidak memberi cenderamata kepada kilang roti. Hal ini demikian, kami membayar untuk mengadakan lawatan ini. Oleh yang demikian, hadiah yang telah saya belikan untuk kilang roti tidak digunakan lagi. Bagi mengatasi masalah ini, saya menggunakan hadiah tersebut untuk diberikan kepada pengerusi PDK. Kehadiran pengerusi PDK dapat membantu saya untuk mengatasi masalah ini. Semasa menjalankan satu program sama ada secara formal atau tidak formal kita perlu menrancang aktiviti- aktiviti sebelum, semasa dan selepas sesuatu program. Saya perlu menyediakan jadual supaya saya dapat membuat persediaan awal bagi setiap jawatankuasa dan aktiviti yang telah dirancang.

KESIMPULAN Program khidmat siswa ini telah memberikan banyak pengalaman yang tidak ternilai harganya. Saya memegang agak banyak jawatan dan setiap jawatan tersebut memberi pengalaman yang berbeza. Bekerja sebagai setiausaha dan bendahari jauh beza. Begitu juga dengan AJK buku program dan AJK cenderamata. Pengalaman yang ditimba melalui program ini akan membantu saya untuk menjadi seorang guru yang sangat dedikasi. Ia mengajar saya untuk mengagihkan tugas dan menjalankan tanggungjawad yang diberi dengan rasa bertanggungjawab. Kerja sebagai kumpulan jauh berbeza dengan tugasan individu. Saya juga berpeluang untuk mengenali masyarakat luar seperti pekerja PDK, OKU PDK, ibu bapa dan terutamanya pelajar daripada pengkhususan masalah pendengaran. Program ini dapat memberi ruang kepada kami untuk bekerja bersama pelajar dari pengkhususan masalah pendengaran dengan lebih rapat lagi. Kami dapat menjalinkan hubungan yang sangat baik membendung prasangan terhadap mereka. Program khidmat siswa jauh berbeza dengan amalan professional praktikum kami. Murid- muridnya terdiri daripada murid dewasa, kanak- kanak dan cerebral palsy. Saya mengenali cara-cara untuk mengendalikan ketiga- tiga kategori murid ini. Program seperti ini perlu diadakan kepada guru pelatih supaya mereka dapat membuat bandingan antara cara pengajaran sekolah dan PDK. Seterusnya memperbaiki kaedah pengajaran mereka.

LAMPIRAN

You might also like