You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa Tajuk

Jurnal : Ke-1 : Pertama : 27- 31 Januari 2014 : Minggu Pertama Di SK (L) Jalan Batu

Pada hari pertama, saya bersama pasangan- pasangan praktikum melapor diri kepada Pn. Deivika a/p K. Suppiah ,GPK 1, SK Taman Midah (2). Kami diminta untuk menghadiri perhimpunan pagi bersama guru- guru lain. Selepas perhimpunan rasmi kami berjumpa dengan guru Besar. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Beliau memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah. Misalnya, sejarah sekolah, enrolmen murid dan guru, penglibatan idu bapa dan program PPKI. Selepas mendengar taklimat daripada Guru Besar saya bersama pasangan saya diminta untuk berjumpa dengan Pn. Hjh Rosnah Bt. Dato Hj Saleh, GPK Pendidikan Khas. Selepas waktu rehat kami diperkenalkan kepada guru- guru dan staf sokongan PPKI. Selepas itu kami berjumpa dengan guru pembimbing praktikum kami iaitu Pn Siti Noor Baien bt. Abdul Latif. Kami mendapat jadual waktu daripada penyelaras jadual waktu PPKI. Kami diagihkan 5 waktu mata pelajaran bahasa melayu bagi kelas Juara, 4 waktu mata pelajaran kemahiran manipulatif bagi kelas Waja, 2 waktu matapelajaran muzik untuk kelas Exora dan 1 waktu mata pelajaran pengurusan diri bagi kelas Wira. Pada hari kedua, saya mendapatkan sukatan pelajaran dan buku teks yang berkaitan dengan matapelajaran yang akan diajar. Saya meminta keizinan guru untuk meminjam buku teks dan buku latihan. Selepas waktu rehat saya berjumpa dengan guru pembimbing untuk mendapatkan maklumat tentang murid- murid kelas Juara dan Waja. Melalui sesi perbincangan saya mendapati murid- murid kelas Juara menggunakan KSSR tahun 4 manakala murid Waja menggunakan KSSR tahun 2. Saya juga mendapati murid kelas Juara senang untuk diuruskan berbanding dengan murid kelas waja. Hal ini demikian, murid- murid kelas Waja mempunyai masalah pengurusan tingkah laku. Guru pembimbing meminta saya untuk bertegas dengan murid- murid supaya proses pengajaran dapat dijalankan dengan lancar tanpa gangguan daripada murid. Saya juga mendapati latar belakang murid mempengaruhi tingkah laku negatif. Pada hari ketiga, saya telah mengadakan sesi pengenalan bersama murid- murid kelas Juara. Saya telah menetapkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua murid seperti mengucapkan selamat sejahtera, membersihkan kelas sebelum memulakan sesi pengajaran, mengangkat tangan untuk menjawab soalan dan menyusun kasut sebelum masuk ke kelas. Selepas waktu rehat, saya berjumpa dengan

penyelaras pendidikan khas untuk mendapatkan maklumat peribadi murid- murid. Hal ini akan membantu saya untuk mengenal diri murid dengan lebih terperinci lagi. Daripada makumat yang terkumpul itu saya mengenalpasti masalah murid, latar belakang murid dan sebagainya. Pada waktu petang saya menghadiri aktiviti kokurikulum murid PPKI. Aktiviti pada hari ini dijalankan oleh penyelaras permainan dalam dan luar. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Murid yang mengalami kecacatan fizikal diminta untuk bermain permainan bowling manakala murid high functioning bermain permainan badminton. Aktiviti kokurilum tamat pada pukul 2.30 petang. Hari keempat dan kelima merupakan cuti Tahun Baru Cina. Semua murid arus perdana dan PPKI telah diberi cuti. Sekolah ganti akan diadakan pada bulan februari 2014 Disemak Oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama : Tarikh : Disemak Oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Nama : Tarikh :

You might also like