You are on page 1of 3

2.

2 Ulasan kosa ilmu (4/5 buah buku rujukan )

Perlukan nama, tahun dan tajuk buku. Xpencetakan, jangan tulis seperti pengenalan

2.3 Kajian lepas

Ulasan kajian lepas penting untuk dibincangkan secara lebih meluas kerana kebanyakan kajian
lepas akan memberi panduan kepada pengkaji dalam memperbaharui kajian yang ingin
dilakukan. Selain itu, kajian lepas juga amat penting untuk diteliti terlebih dahulu sebelum
melakukan kajian terbaru. Pengkaji telah menemui beberapa kajian lepas yang boleh dijadikan
sandaran berdasarkan tajuk kajian yang dipilih.

2.3.1

Kajian kesantunan berbahasa orang melayu menerusi gaya pengurusan air muka dalam SAGA:
aplikasi Teori Ting-Toomey oleh Noraazlina Hj. Mohd Kiram dan Raja Masitah Raja Ariffin
(2012) bertujuan mengenal pasti peristiwa yang membabitkan ketidaksantunan seseorang itu
dari segi perlakuan dan pertuturan yang boleh menjejaskan air muka seseorang dalam pelbagai
konteks, dan menganalisis gaya pengurusan air muka orang Melayu berdasarkan peristiwa malu
yang terdapat dalam novel Saga karya Abdul Talib Mohd. Hassan (2004). Sebanyak 21
peristiwa malu telah dianalisis dengan menerapkan Teori Pengurusan Air Muka oleh Stella
Ting-Toomey (1988). Teori ini mengemukakan empat jenis gaya pengurusan air muka, iaitu
baik pulih air muka, jaga air muka, tuntutan air muka dan beri muka. Dapatan kajian
menunjukkan kategori tuntutan air muka paling tinggi kekerapannya, iaitu sebanyak 16
peristiwa berbanding dengan kategori yang lain. Kajian juga mendapati bahawa orang Melayu
boleh berlembut dalam banyak perkara tetapi tidak dalam hal-hal yang melibatkan harga diri,
status dan maruah.

2.3.2

Kajian tentang kesantunan ini dilakukan bersama oleh Roswati Abdul Rashid, Isma Rosila
Ismail, Radhiah Ismail dan Roslina Mamat pada tahun 2015. Kajian ini meneliti sejauh
manakah penggunaan dan corak kesantunan bahasa Jepun yang digunakan oleh pemandu
pelancong berbahasa Jepun semasa sesi lawatan pemanduan pelancongan di sekitar destinasi
pelancongan di Malaysia. Pengkaji telah menganalisis dan menghuraikan ketidaksantunan
yang terdapat dalam Perbualan Bahasa Jepun Oleh Pemandu Pelancong Malaysia. Masyarakat
Jepun sering digambarkan sebagai memiliki budaya kesantunan yang unik dan aspek
kesantunan jelas dapat dilihat dalam bentuk linguistik bahasa mereka (Kodama, 1996). Data
diperoleh melalui kaedah pemerhatian sistematik rakaman audio visual dan pemerhatian
semasa interaksi pemandu pelancong dengan pelancong Jepun dalam lima set sesi lawatan di
sekitar destinasi pelancongan Bandar Melaka. Rakaman audio sesi lawatan pemandu pelancong
ditranskripsikan secara verbatim, manakala rakaman visual dan pemerhatian digunakan sebagai
refleksi terhadap konteks interaksi yang tidak dapat dirakam melalui rakaman audio dan visual.
Dapatan kajian mendapati kebanyakan bentuk kesantunan bahasa Jepun yang digunakan
hanyalah pada tahap Teeneego (bentuk sopan). Di samping itu, hasil kajian mendapati, ada
sesetengah pemandu pelancong menggunakan bentuk biasa (Plain Form) pada perkataan kata
kerja dan pemilihan kosa kata dari kumpulan kata yang tidak selari dengan aspek kesantunan
semasa bertutur dengan para pelancong Jepun.

2.3.4

Kajian sara beden dan indrawati mengenai kesopanan dalam novel melunas rindu. Makalah ini
membincangkan kesopanan bahasa yang dipaparkan dalam novel Melunas Rindu, iaitu
komponen sastera (Komsas) untuk para pelajar Tingkatan 4 di Zon 4 (negeri Johor, Sabah,
Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan). Kajian ditumpukan pada dialog watak utama dan
watak sampingan dalam Bab 5 novel ini. Dialog yang menjadi data kajian dianalisis
berdasarkan model kesopanan Leech dan model kesopanan Grice. Kedua-dua model ini
mengemukakan maksim kesopanan yang perlu dipatuhi bagi mewujudkan situasi bebas konflik.
Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan, analisis teks dan kuantitatif. Berdasarkan
pengklasifikasian dan analisis yang dilakukan, dapatan kajian memperlihatkan hanya empat
daripada enam maksim Leech dan dua maksim Grice yang dipatuhi. Novel ini memaparkan
kesopanan bahasa yang dominan berdasarkan paparan analisis kesopanan maksim Leech dan
Grice yang sekali gus menggambarkan sosiobudaya Melayu.
Kriteria Kekuatan Kelemahan
Data

You might also like