You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Perundingan adalah satu proses yang biasanya digunakan kepada perbincangan yang jelas dan

memerlukan keputusan yang dicapai antara pihak-pihak yang sedang bertikai seperti antara

negara, antara majikan dan pekerja, dan sebagainya. Menurut Asmah Haji Omar (2000),

perundingan dalam penggunaan bahasa sehari-hari membawa makna kepada mesyuarat atau

perbincangan. Dalam kegiatan perundingan terdapat tiga objektif yang hendak dicapai iaitu

kepentingan yang diingini oleh kedua-dua pihak, konflik yang wujud antara kedua-dua pihak atau

berkerjasama ke arah mencapai matlamat. Menurut Asmah(2000) juga, dalam perbincangan

terdapat penggunaan berbagai-bagai cara untuk pengaruh mempengaruhi supaya tujuan

masing-masing dapat dicapai. Istilah perundingan dalam yang digunakan dalam konteks ini

boleh disamakan dengan istilah negotiation dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, konflik pula boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang bertentangan

disebabkan oleh ketiadaan persetujuan, salah faham, pertelingkahan atau pergeseran kerana

perbezaan idea dan kepentingan. Konflik menyebabkan timbulnya perbahasan dalam

perundingan bagi menggambarkan adanya pendapat yang berbeza atau adanya kepentingan

yang berbeza. Bagi mengenalpasti berlakunya konflik terdapat beberapa tanda yang boleh

dikenalpasti iaitu apabila terdapat pihak yang gila kuasa, tidak puas hati terhadap pengurusan,

kepimpinan yang memilih kasih, kurang sikap keterbukaan, matlamat yang tidak jelas, sistem

nilai yang berbeza atau tikam belakang serta fitnah. Kesemua tanda memberi gambaran konflik

akan berlaku dalam sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, sekiranya berlaku konflik

perundingan perlu dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam tugasan ini, situasi yang dipilih adalah situasi satu iaitu “Siti merupakan kakak

kepada Sarah dan Siti merasakan ibu mereka sering melebihkan sarah dalam semua perkara.

Oleh yang demikian, Siti sering membuli Sarah dan menyebabkan Sarah mengadu kepada ibu

1
mereka. Akhirnya, siti memberontak dan tidak menolong ibunya melakukan kerja-kerja

rumah.” Situasi akan dianalisi berdasarkan punca konflik, jenis konflik, jenis perundingan,

strategi perundingan dan gaya perundingan.

2.0 ANALISIS SITUASI

Berdasarkan situasi Siti, Sarah dan ibunya. Analisis dilakukan untuk melihat punca

konflik, jenis konflik, jenis perundingan, strategi perundingan dan gaya perundingan.

2.1 PUNCA KONFLIK

Konflik berlaku apabila terdapat pihak yang sangat ingin mendapatkan kuasa, tidak berpuas

hati tehadap sesuatu, kepimpinan yang pilih kasih, kurang sikap keterbukaan, matlamat yang

tidak jelas, sistem nilai yang berbeza atau tikam belakang serta fitnah. Dalam situasi ini, konflik

berpunca dari kepimpinan ibu kepada Siti dan Sarah yang kelihatan seakan memilih kasih. Siti

mungkin mengganggap bahawa ibunya lebih mementingkan adiknya kerana sentiasa tidak

memihak kepadanya apabila berlaku perselisihan faham, pertengkaran ataupun perbezaan

pendapat.

Oleh itu, sebagai tanda tidak berpuas hati terhadap sikap ibunya yang kelihatan seakan

melebihkan adiknya, Siti telah bertindak dengan membuli adiknya sebagai tanda protes

terhadap ibunya. Hal ini telah menyebabkan adiknya iaitu Sarah telah mengadu kepada ibunya

tentang kelakuan kakaknya yang sering membuli dirinya. Justeru itu, ibunya mungkin telah

memarahi sarah kerana perlakuannya itu dan seterusnya telah merumitkan lagi konflik ini. hal

ini mengakibatkan Sarah memberontak terhadap ibunya dan tidak menolong ibunya lagi.

Menurut Schdmit dan Tannenbaum (1972), terdapat empat jenis isu kepada pencetus

konflik iaitu tidak setuju dengan maklumat, tidak setuju dengan cara melakukan tugas, tidak

bersetuju dengan sesuatu keterangan dan tidak setuju dengan nilai. Dalam situasi ini, konflik

2
dapat dilihat berpunca daripada tidak bersetuju dengan cara melakukan tugas, iaitu cara ibunya

dalam melayan anak-anaknya. Selain itu juga, konflik juga berpunca dengan tidak bersetuju

dengan nilai iaitu sikap ibu kepada Siti dan Sarah yang lebih memihak kepada Sarah.

2.2 JENIS KONFLIK

Konflik berlaku apa terdapat pihak yang gila kuasa, tidak berpuas hati, kepimpinan yang pilih

kasih, kurang sikap keterbukaan, matlamat yang tidak jelas, sistem nilai yang berbeza atau

tikam belakang. Dalam konflik terdapat dua jenis konflik iaitu konflik yang berfungsi dan tidak

berfungsi. Konflik yang berfungsi adalah konflik yang dapat diselesaikan dengan cara yang

baik dan akan memberi impak yang positif manakala konflik yang tidak berfungsi pula

merupakan konflik yang tidak dapat diselesaikan dengan cara baik dan memberi impak yang

negatif terhadap sesuatu pihak denga pihak yang lain.

Dalam situasi yang berlaku diantara Siti, Sarah dan ibunya ialah jenis konflik yang

berfungsi. Hal ini demikian kerana kesan daripada konflik ini akan memberikan impak yang

positif terhadap keluarga mereka. salah satu kesan konflik yang berfungsi adalah dapat

meningkatkan prestasi , sebagai contoh kesan daripada penyelasaian konflik ini akan

menyebabkan Siti tidak memberontak dan akan menyebabkan beliau menjadi lebih rajin dalam

menolong ibunya.

Selain itu, kesan konflik berfungsi yang terjadi dalam situasi ini juga adalah dapat

memperbaiki mutu dalam membuat keputusan. Sebagai contohnya, selepas konflik ini dapat

diselesaikan, pastinya ibu kepada siti sarah akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan

sekiranya berlaku pertelingkahan atau ketidaksefahaman yang terjadi diantara Siti dan juga

Sarah. Ibunya akan lebih bersikap adil dan tidak memihak kepada dua belah dengan dalam

melakukan keputuasan agar konflik yang sama tidak akan terjadi lagi.

3
Selain itu, kesan kepada konflik yang terjadi ini juga akan dapat mencerna kreativiti dan

inovasi khususnya dalam melakukan sebarang ketidaksefahaman dan pertelingkahan dua belah

pihak. Sebagai contoh, konflik yang berfungsi dalam situasi ini akan menyebabkan masalah

yang dihadapi oleh kedua belah pihak akan dapat diatasi dengan penyelesaian yang lebih kreatif

dan jitu. Masalah yang dihadapi oleh Siti dan ibunya akan menyebabkan akan dapat

diselesaikan dengan cara yang tepat dan berkesan.

Akhir sekali ialah dapat menzahirkan persekitaran untuk muhasabah diri dan perubahan.

Konflik yang dapat diselesaikan dengan cara yang baik juga akan memberi impak yang baik

dalam persekitaran. Sebagai contoh, kesan daripada konflik berfungsi dalam situasi ini akan

menyebabkan Siti akan lebih muhasabah diri dan berubah kearah yang lebih baik kerana konflik

dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan tidak berlaku sebarang ketidakpuasan hati dan

pertelingkahan.

2.3 JENIS PERUNDINGAN

Dalam perundingan, kebolehan berempati perunding akan menyumbang kepada penyelesaian

yang menguntungkan semua pihak. Umumnya, perundingan dan konflik adalah saling berkait.

Hal ini demikian kerana kadangkala perundingan akan menyebabkan wujudnya konflik dan

konflik juga akan menyebabkan wujudnya perundingan. Perundingan boleh terbahagi kepada

dua jenis iaitu perundingan distributif dan perundingan integratif. Perundingan distributif

merujuk kepada proses rundingan yang mempamerkan semua perunding mahukan kemenangan

dan inginkan kekalahan pihak lawan. Manakala perundingan jenis integratif pula merujuk

kepada pihak yang cuba bekerjasama dalam mencapai kepentingan ataupun keuntungan

maksimun yang ingin dicapai bersama.

Dalam konteks ini, jenis perundingan yang berlaku ialah perundingan integratif. Hal ini

kerana Perundingan yang dilakukan adalah secara bersepadu dengan memberi kepentingan

4
kepada semua pihak iaitu antara Siti, Sarah dan juga ibunya. Perundingan jenis ini memerlukan

kepercayaan yang tinggi kerana akan lebih terbuka dan bebas dalam perkongsian maklumat.

Tiada sebarang maklumat yang dirahsiakan atau digunakan secara strategik agar kepentingan

dapat diberikan kepada semua pihak. Hal ini akan dapat menyelasaikan kehendak yang ingin

disampaikan oleh Siti, Sarah dan Ibunya. Kedua-dua pihak akan cuba mencapai keuntungan

bersama dengan membahagikan nilai yang dicipta secara adil.

Selain itu, perundingan jenis ini juga selalu melibatkan lebih dari satu isu yang berkait.

Perundingan integratif dalam situasi ini akan memfokuskan terhadap isu yang tidak dipersetujui

bersama. Sebagai contoh, perundingan dalam konteks ini akan memfokuskan terhadap

ketidakpuasan hati Siti terhadap ibunya yang memihak kepada adiknya, kelakuan Siti yang

membuli Sarah dan sikap Siti yang memberontak dan tidak mahu menolong ibunya lagi.

Kesemua topik ini akan difokuskan agar penyelesaian yang jitu dapat diwujudkan agar

keuntungan dapat dibahagikan kepada dua belah pihak.

Akhir sekali, perundingan jenis ini juga akan menyebabkan kepentingan dan halangan

yang wujud dalam sesebuh konflik itu dapat diselesaikan. Hal ini demikian kerana perundingan

jenis ini akan mewujudkan kedua belah pihak untuk mendedahkan segala maklumat tambahan

dan mempertimbangkan setiap kepentingan. Oleh itu, segala punca kepada konflik Siti dan

ibunya akan dapat diatasi dengan baik.

2.4 STRATEGI PERUNDINGAN

Dalam perundingan, terdapat lima jenis perundingan iaitu bersaing, bersepakat, bertolak ansur,

mengelak dan berkompromi. Kesemua strategi jenis perundingan ini mempunyai matlamat

yang tersendiri samada untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Dalam situasi ini, terdapat

beberapa strategi perundingan yang boleh digunakan oleh Siti, Sarah dan ibunya iaitu

bersepakat, mengelak, berkompromi dan bertolak ansur. Bagi strategi perundingan yang

5
pertama iaitu bersepakat, strategi ini bersandarkan semua kepentingan pihak yang terlibat.

Strategi ini dapat digunakan kerana mempunyai keinginan untuk memuaskan kepetingan diri

sendiri dan orang lain. Dalam stratgei perundingan ini, kedua belah pihak iaitu Siti dan juga

ibunya akan mencari jalan dalam memuaskan kedua-dua belah pihak. Strategi ini juga

melibatkan perjanjian dan menjalinkan hubungan yang baik antara kedua-dua belah pihak.

Dalam perundingan ini juga, kestabilan emosi yang tinggi juga diperlukan agar fokus

perundingan dapat dicapai dan diselesaikan.

Seterusnya ialah, strategi perundingan mengelak. Strategi perundingan ini juga dapat

digunakan sekiranya salah satu pihak tidak mempunyai keinginan untuk memuaskan

kepentingan diri sendiri atau orang lain. Sebagai contoh, Siti mengaku bersalah atau menarik

diri dalam perundingan bersama ibunya. Siti akan mengelak daripada kehendak sebenar beliau

mungkin kerana merajuk ataupun menyimpan perasaan sebenar, ataupun percaya bahawa

masalah yang wujud tidak dapat diselesakan. Strategi ini hanya dapat digunakan sekiranya Siti

tidak sensitif dan menganggap segala konflik yang terjadi antara dia dan ibunya adalah terlalu

kecil dan tidak penting.

Selain itu, strategi berkompromi juga dapat digunakan dalam situasi ini. Strategi

perundingan jenis ini ada keinginan untuk memuaskan kepentingan diri sendiri dan orang lain.

Kompromi ataupun perkongsian ini adalah jalan tengah yang diambil bagi asertif dan

kerjasama. Kompromi ini lebih kepada pemuasan separa kepentingan kepada kedua-dua belah

pihak. Sebagai contoh, dalam situasi ini untuk mendapatkan keputusan akhir dalam

perundingan antara Siti dan emaknya, Siti bersetuju untuk menolong ibunya dan tidak

memberontak lagi sekiranya ibunya bersikap adil dan tidak memihak kepada mana-mana pihak.

Hal ini telah mewujudkan sikap kalah sedikit dan menang sedikit antara Siti dan ibunya.

Strategi ini hanya dapat digunakan apabila kuasa dan kekuatan adalah seimbang antara Siti dan

ibunya.

6
Akhir sekali ialah, strategi perundingan jenis Tolak Ansur. Strategi ini digunakan apabila

keinginan untuk memuaskan kepentingan orang lain akan diutamankan daripada diri sendiri.

Strategi ini juga digunakan sekirannya sesuatu pihak itu lebih rela untuk kalah dan memberi

kemenangan kepada pihak lain bagi menjamin keharmonian dan kestabilan dalam persekitaran.

Sebagai contoh dalam situasi ini, bagi mengelakkan siti dari terus memberontak dan membuli

Sarah, ibunya sanggup kalah dalam berundingan dan mengikuti segala kehendaknya agar dapat

menjamin persekitaran yang lebih harmoni dan aman. Hal ini dilihat bahawa ibunya sanggup

memberi kemenangan dan memuaskan kepentingan Siti berbanding dirinya sendiri.

2.5 GAYA PERUNDINGAN

Dalam perundingan terdapat beberapa gaya iaitu analisis strategi, analisis struktur, analisis

proses, dan analisis integratif. Setiap perundingan mempunyai gayanya yang tersendiri. Antara

gaya perundingan yang boleh digunakan dalam situasi ini ialah, gaya analisis srategi, analisis

struktur dan analisis proses. Gaya perundingan analisis struktur ini merupakan gaya yang

melibatkan kuasa simetri dan kuasa tak simetri. Kuasa simetri adalah kuasa yang sama kuat,

manakala kuasa tak simetri adalah kuasa yang berat sebelah. Dalam situasi ini, analisis struktur

boleh digunakan kerana mempunya kuasa tidak simetri. Kuasa yang ada pada ibu Siti dan Sarah

adalah lebih berbanding anaknya. Oleh itu, ibu kepada Siti dan Sarah akan lebih mudah untuk

memenangi perundingan kerana mempunyai autoriti yang lebih tinggi berbanding anaknya.

Perundingan dalam situasi ini akan menyukarkan Siti untuk memenangi perundingan ini kerana

kebiasaannya pihak yang kuat akan menguasai keseluruhan rundingan ini.

Selain itu, analisis strategi pula ialah gaya perundingan yang berlaku sekiranya kedua

belah pihak mempunyai kuasa dalam membuat keputusan. Gaya ini juga dapat digunakan

kerana Siti dan ibunya dapat membuat keputusan. Kerjasama yang terjalin diantara diantara

kedua belah pihak akan mewujudkan satu hasil yang baik. Namun begitu, sekiranya sesuatu

pihak tidak mempersetujui pihak yang lain maka perundingan yang dilakukan akan gagal.
7
Sebagai contoh, sekiranya Siti tidak mempersetujui syarat yang diberikan oleh ibunya, maka

rundingan yang dilakukan akan gagal sepenuhnya kerana kedua belah pihak kuasa dalam

membuat keputusan. Kebiasaannya dalam perundingan ini, kepercayaan hanya akan wujud

sekiranya perundingan dibuat berulang kali.

Gaya perundingan yang terakhir yang boleh digunakan dalam situasi ini adalah Analisis

proses. Gaya ini lebih kepada proses tawar menawar dan kedua belah pihak akan memulakan

perundingan dan akan disertai dengan beberapa siri perundingan yang lain sehinggalah berlaku

persetujuan antara kedua belah pihak. Analisis proses menunjukkan bahawa kedua belah pihak

mempunyai kuasa yang sama dalam membuat keputusan bergantung kepada fokus yang

disampaikan. Sekiranya proses rundingan menunjukkan hasil timbal balik dan memberi

keuntungan kepada kedua-dua pihak, maka keputusan akan dapat dicapai bersama. Sebagai

contoh, keputusan akan dapat dicapai bersama sekiranya syarat yang diberikan oleh ibu Siti

kepada anaknya diterima, dan syarat yang diberikan oleh ibunya kepada anaknya juga diterima,

maka proses rundingan akan berakhir dan akan menguntungkan kedua belah pihak.

2.6 PENDEKATAN PERUNDINGAN

Terdapat tiga jenis pendekatan perundingan yang dapat digunakan dalam perundingan iaitu

pendekatan linguistik, pendekatan Islam dan pendekatan Melayu. Dalam situasi ini, adalah

lebih relevan untuk menggunakan pendekatan islam iaitu prinsip dialog dalam islam. Hal ini

demikian kerana pematuhan dan adab oleh syariat islam dapat menjamin keharmonian semasa

perundingan agar tidak menjadi tegang. Antara prinsip dialog yang boleh diamalkan dalam

situasi ini ialah tiada pendustaan. Dalam perundingan, pendustaan adalah dilarang kerana setiap

apa yang disampaikan haruslah benar dan jauh dari pendustaan agar konflik yang terjadi antara

Siti dan ibunya dapat diselesaikan dengan baik.

8
Seterusnya ialah iltizam pada sesuatu topik dan perbicangan. Iltizam adalah penting

dalam situasi ini agar punca perselisihan dapat dibincangkan dan tidak lari daripada topik

sehingga mencampur-adukkan topik perbincangan tentang sesuatu isu. Dalam situasi ini, kedua

belah pihak juga haruslah rendah diri, tidak sombing dan iltizam dengan cara yang sopan agar

konflik yang terjadi itu tidak akan menjadi tegang dan rumit.

Prinsip yang seterusnya ialah memberi peluang. Siti dan juga ibunya haruslah memberi

peluang kepada setiap pihak untuk menyatakan pendapat dan tidak menghalang kata-kata pihak

lain dengan memburukkan peribadinya. Kedua belah pihak juga haruslahdiberi kebebasan

untuk membangkang dengan cara yang sopan agar segala yang disampaikan dapat diterima oleh

kedua belah pihak.

Akhir sekali, adalah penting bagi kedua belah pihak untuk saling menghormati agar

tidak mengguris hati pihak yang lain. Sebagai contoh, sekiranta Siti ingin berunding dengan

ibunya, beliau haruslah menghormagi ibunya dengan menggunakan kata-kata yang sopan,

bercakapa dengan bahasa yang baik dan menggunakan hujah yang bernas dan juga logik. Hal

ini secara tidak langsung akan dapat membantu untuk menyelesaikan konflik yang terjadi agar

dapat berakhir dengan baik.

9
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan situasi konflik Siti dan ibunya tersebut strategi perundingan yang

betul perlu digunakan untuk mengelakkan konflik tersebut terus berterusan berlaku. Konflik

boleh memberik impak negatif dan positif bergantung cara dalam menyelesaikan konflik.

Strategi perundingan dan pendekatan yang bersesuaian haruslah dilakukan dalam

menyelesaikan konflik agar kesan konflik yang berlaku menjadi konflik yang berfungsi.

Konflik yang berfungsi akan menzahirkan kesefahaman antara kedua belah pihak.

10

You might also like