You are on page 1of 13

Krisis

Kekeluargaan
CDA20103 :KELUARGA DAN KEKELUARGAAN
Kuala Lumpur: Kes pasangan berusia berusia 30 tahun
ke bawah bercerai di negara ini untuk semua bangsa
menunjukkan angka yang membimbangkan, antaranya
berpunca konflik dalam hubungan hingga
memecahbelahkan institusi perkahwinan.

Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia,


pasangan berusia 20 tahun ke bawah yang bercerai
adalah seramai 6,914 pasangan pada 2019, manakala
5,852 pasangan dilaporkan pada 2020.

Pasangan berusia 20 sehingga 24 tahun bercerai pada


2019 mencatat seramai 18,698 pasangan dan 15,022
pasangan (2020).

Pasangan berusia 25 sehingga 29 tahun bercerai pada


2019 adalah seramai 26,245 pasangan dan seramai
21,368 pasangan (2020)
Konflik kekeluargaan merujuk kepada ketegangan, pertentangan,
atau pertengkaran yang berlaku di antara anggota keluarga atau antara individu
dengan keluarganya. Konflik ini boleh muncul daripada pelbagai sebab, termasuk
perbezaan pendapat, nilai-nilai yang bertentangan, kegagalan dalam berkomunikasi,
atau kesalahfahaman.

Konflik boleh berlaku apabila ahli keluarga mempunyai


pandangan atau kepercayaan berbeza yang bertembung.
Kadangkala konflik boleh berlaku apabila orang salah faham
antara satu sama lain dan membuat kesimpulan yang salah.
Isu konflik yang tidak diselesaikan secara aman boleh
menimbulkan perbalahan dan dendam.
konflik berlaku ketika wujud pertentangan iaitu
melakukan sesuatu yang dilarang untuk dilakukan
KOTA BHARU – Pasangan suami isteri berusia 35 hingga 39 tahun dikesan paling ramai
menghadapi konflik atau masalah sehingga rumah tangga mereka retak sebelum berakhir
dengan perceraian.

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Seri
Rohani Abdul Karim berkata, berdasarkan kajian dan laporan, lebih 56.2 peratus perceraian
dalam kalangan golongan lelaki berpunca daripada tiada persefahaman, isteri curang (11.8
peratus) dan campur tangan mentua atau ipar duai (10 peratus).

Menurut Rohani, 38 peratus perceraian dalam kalangan wanita pula berpunca daripada tiada
persefahaman, pasangan curang (20.5 peratus), pasangan tidak bertanggungjawab (15.2
peratus).

Selain itu, punca lain adalah campur tangan ipar duai (6 peratus), masalah kewangan (4.7
peratus) dan enggan dimadukan (2.8 peratus)
KUALA LUMPUR: Kes perceraian pasangan Islam paling tinggi yang direkodkan di seluruh negara sepanjang
tahun lalu membabitkan negeri maju seperti Selangor dan Johor.
Daripada keseluruhan 45,420 kes penceraian yang didaftarkan di seluruh negara pada 2021, Selangor mencatatkan
8,811 kes, diikuti Johor 5,058 kes, Perak 4,215 kes dan Kelantan 4,093 kes.
Kedah merekodkan 3,873 kes penceraian, Pahang (3,409), Terengganu (3,358), Sabah (3,027), Wilayah Persekutuan
(2,785), Negeri Sembilan (2,477), Pulau Pinang (1,932), Melaka (1,597) dan Perlis (785).
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, berkata pelbagai
punca yang mendorong kepada perpisahan pasangan suami isteri iaitu merangkumi faktor fizikal dan emosi.
"Antara punca utama yang dikenal pasti ialah tiada persefahaman antara pasangan, faktor kewangan, gagal
menunaikan tanggungjawab memberi nafkah, pasangan curang dan campur tangan keluarga.
"Terdapat juga faktor keganasan, penderaan fizikal dan emosi," katanya kepada BH, semalam.
Perbezaan
dalam Pendapat
dan Nilai

Ketidakstabilan
Komunikasi
Konflik dalam Tidak Berkesan
Emosi atau
Kesihatan
sesebuah
keluarga boleh
berpunca Faktor Konflik
Keluarga
daripada
pelbagai faktor
Pengabaian Perubahan
peranan dan dalam Dinamik
tanggungjawab Keluarga

Kewangan
Media sosial dan teknologi yang berkembang pada hari
ini memberikan pengaruh yang besar kepada
pembangunan diri individu mahupun keluarga

Media sosial dan teknologi memainkan peranan


penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke
arah kehidupan yang lebih moden. Kemajuan dalam
bidang media sosial dan teknologi membuatkan
kegunaannya dalam kehidupan seharian manusia
menjadi semakin penting

Campur tangan pihak tidak sepatutnya


Menyukarkan penyelesaian
✓ Konflik dalam keluarga adalah fenomena semula jadi yang mungkin berlaku dari
semasa ke semasa, Oleh itu, penyelesaiannya memerlukan pendekatan yang
berkesan

✓ Pengurusan konflik dalam keluarga melibatkan proses memahami, menilai, dan


mengatasi perbezaan pendapat atau ketegangan yang mungkin timbul antara ahli
keluarga.
Memahami
punca konflik

Elakkan Mencari
bertindak Penyelesaian
dalam emosi Bersama

Pengurusan
Konflik
dalam
keluarga
Bantuan dan
Fokus kepada
sokongan
matlamat
pihak luar
awal
yang
perkahwinan
sepatutnya

Komunikasi
Yang
Berkesan
✓ Apabila konflik ini tidak diurus dengan baik, kesannya boleh mendalam dan meresap ke
dalam setiap aspek kehidupan keluarga.

✓ Antara kesan negatif yang mungkin timbul jika konflik dalam keluarga tidak diurus
dengan baik.

Gangguan Emosi dan Psikologi


Konflik yang berterusan dan tidak diselesaikan dapat menyebabkan gangguan emosi dan psikologi dalam keluarga. Anak-anak
mungkin tumbuh dalam suasana yang tegang, tidak stabil, dan mungkin mengalami tekanan emosi

Pemisahan dan Pertelingkahan


Konflik yang tidak diselesaikan boleh menyebabkan pemisahan fizikal atau emosi di antara ahli keluarga. Lebih cenderung
ke arah pepecahan keluarga spt perceraian

Pengaruh Negatif ke atas Anak


Anak-anak yang terdedah kepada konflik berterusan dalam keluarga mungkin mengalami kesan negatif dalam pembangunan
sosial, emosi, dan akademik mereka. Mereka mungkin memperoleh pandangan yang negatif tentang hubungan, mempunyai
masalah dalam membina hubungan dengan orang lain

Pembentukan Pola Keluarga yang Negatif. Konflik yang tidak diselesaikan boleh mengakibatkan pembentukan pola keluarga yang
negatif, di mana konflik menjadi norma dan cara untuk menyelesaikan masalah
Kesimpulan
Pengurusan konflik dalam keluarga adalah proses
yang kompleks dan memerlukan kesedaran,
pemahaman, dan komitmen dari setiap ahli keluarga

Usaha dan komitmen

Kepercayaan Komunikasi
Kesabaran

Pemahaman dan Empati

You might also like