You are on page 1of 4

HNP 3312 PENGAJIAN KENEGARAAN

TUGASAN INDIVIDU 10%


Kumpulan S

TAJUK
Konsep 'Keluarga Malaysia' telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bekerja secara bersama-sama dalam
memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik COVID-19.
Bincangkan konsep “Keluarga Malaysia” dan berikan pandangan anda
berdasarkan konsep ini.

DISEDIAKAN UNTUK
DR. INTAN SURIA HAMZAH

DISEDIAKAN OLEH
MUHAMMAD FARIS BIN SUHAIMI (D2020109752)
1.0 Pengenalan

Konsep Keluarga Malaysia telah dicetuskan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob,pada
22 Ogos 2021 dalam ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.”Marilah
kita,dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima,mencungkil persamaan dengan tidak
lagi mengenali perbezaan.Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita iaitu
Keluarga Malaysia.” (Ismail Sabri Yaakob,2021,ms. 1)

Pendekatan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan ini sifatnya lebih inklusif dan ia
melebihi sempadan agama,bangsa dan kaum.Dalam erti kata lain, kita menyedari bahawa
sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama tetapi nilai
kekeluargaan telah mengikat mereka semua.Oleh hal yang demikian,keutuhan sesebuah
negara terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga bersesuaian dengan
konsep Keluarga Malaysia.

Visi Keluarga Malaysia adalah memulihkan negara dan mencapai status Malaysia
negara maju dan berpendapatan tinggi.Keluarga Malaysia sebagai aspirasi jangka masa
panjang yang kalis cabaran masa hadapan dalam mencapai status negara maju dan
berpendapatan tinggi berlandaskan Keberhasilan Kebahagiaan menjadi matlamat Keluarga
Malaysia dicetuskan.

2.0 Keluarga Malaysia

2.1 Keterangkuman (Inclusivity)

Menurut ucapan sulung Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 bagi menjayakan Keluarga
Malaysia ini,kita perlu saling menghormati dan mengasihi sesama ahli keluarga.Dalam erti
kata lain,sebagai sebuah keluarga yang besar,menghormati dan mengasihi sesama ahli
keluarga akan mengukuhkan lagi keharmonian sesama kita dan menjamin keamanan di
negara kita.

Selain itu,Nilai keterangkuman atau inklusiviti ini perlu diamalkan dengan


menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga.Hal ini kerana,jika berlakunya
pengkhianatan atau pecah amanah,keamanan dan keharmonian akan hilang dan menyebabkan
kita berkelahi sesama ahli keluarga.Seterusnya,menjadikan prinsip keadilan sebagai teras
pengukuhan keluarga.Dengan ini,setiap ahli keluarga dapat keuntungan dan kesenangan yang
sama rata tanpa menindas ahli keluarga yang lain.

2.2 Kebersamaan (Common Ground)

Perdana Menteri kita juga menekankan supaya sentiasa mencari titik persamaan dalam
segenap perkara serta memiliki fikiran terbuka dan senang bekerjasama.Hal ini bagi
memudahkan sesuatu perkara dijalankan atau dilaksanakan kerana setiap ahli sedia
menjalankan tugas masing-masing dan sebulat suara menerima sesuatu arahan.

Di samping itu,nilai-nilai seperti membudayakan amalan ihsan dalam memupuk


semangat kebersamaan juga penting untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan di
dalam sesebuah keluarga.Toleransi di dalam komunikasi amat memainkan peranan yang
besar supaya tidak menimbulkan suasana tegang antara keluarga.Selepas itu,menerapkan
budaya kesabaran juga salah satu nilai yang perlu ada di dalam setiap diri ahli keluarga.
2.3 Kesyukuran (Contentment)

Sentiasa bersyukur dan berterima kasih serta menghargai dan memahami sejarah tanah air
merupakan petikan daripada ucapan sulung Perdana Menteri yang ke-9 kita.Melalui petikan
ucapan itu,kita dapat fahami bahawa bersyukur adalah cara terbaik bagi menghilangkan rasa
tidak cukup atau kekurangan di dalam kehidupan sesebuah keluarga.

Seterusnya,beriman kepada tuhan juga merupakan cara untuk mencapai ketenangan di


dalam kehidupan.Dengan adanya agama ia dapat mengawal perasaan kita sekaligus dapat
mengurangkan rasa resah dan gelisah.Akhir sekali,membudayakan amalan sihat fizikal dan
juga mental.Sebagai contoh,bersenam dan melakukan aktiviti yang dapat menhindarkan diri
kita daripada kerisauan dapat membantu dalam menghilangkan kegusaran.

3.0 Analisis

Dasar Keluarga Malaysia ini adalah satu usaha yang terbaik dan juga menarik untuk
dilaksanakan bagi memulihkan negara kita yang telah dilanda pandemik Covid-19 ini.Jika
dilihat dari segi visi,matlamat,hala tuju serta nilai-nilai yang diterapkan di dalam dasar ini
amat menarik dan pasti dapat memulihkan keadaan negara kita yang mengalami masalah
ekonomi ini.Persoalannya,adakah setiap orang dapat melaksanakan tanggungjawab masing-
masing bagi menjayakan dasar Keluarga Malaysia ini?

Jika setiap orang atau setiap ahli keluarga malaysia ini dapat memainkan peranan dan
tanggungjawab masing-masing dengan amanah tanpa mengkhianati mana-mana pihak,sudah
pasti masalah yang dihadapi negara kita akan selesai dan jurang ekonomi dapat
dirapatkan.Tetapi sebaliknya yang akan berlaku jika semua pihak hanya menerima dasar ini
tanpa menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya,setiap dasar yang dijalankan mempunyai kebaikan dan kelebihan tersendiri


serta mampu menyelesaikan masalah-masalah tertentu.Terpulang kepada pelaksana atau
pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugasan mereka secara amanah dan
ikhlas.Selain itu,masyarakat juga perlu saling menghormati dan bekerjasama dalam
menangani masalah pandemik yang melanda negara kita.
5.0 Rujukan

Keluarga Malaysia. (2021). Putrajaya : Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Diperoleh


daripada : https://www.marine.gov.my/jlm/admin/assets/uploads/images/contents/
20211008172718-638d0-ebookkeluargamalaysia.pdf

You might also like