You are on page 1of 33

KERTAS PEMBENTANGAN

TUAN HAJI MOHD NORIZAN BIN ABD GHANI

“AMALAN TERBAIK INISIATIF NEGARA MALAYSIA DALAM


MENYANTUNI ISU-ISU KEKELUARGAAN DAN SOSIAL”
TUAN HAJI MOHD NORIZAN BIN ABD GHANI
PENGARAH
BAHAGIAN KELUARGA, SOSIAL DAN KOMUNITI
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani dilahirkan di Besut,


Terengganu pada 7 Januari 1966. Beliau merupakan lulusan
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Beliau dilantik sebagai Pegawai Hal
Ehwal Islam di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan
Perdana Menteri (nama dahulu bagi JAKIM) pada tahun 1992.
Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Hal Ehwal
Islam, beliau pernah memegang beberapa jawatan. Antaranya,
Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di Jabatan Agama
Islam Melaka (JAIM), Ketua Penolong Pengarah (Dasar),
Bahagian Pembangunan Insan, JAKIM, Pengarah Institut
Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur, Timbalan
Pengarah (Akademik) Darul Quran JAKIM dan Ketua Penolong
Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, JAKIM. Beliau dilantik
sebagai Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti
JAKIM pada April 2021 dan memegang jawatan tersebut
sehingga kini.
AMALAN TERBAIK INISIATIF NEGARA MALAYSIA DALAM MENYANTUNI
ISU-ISU KEKELUARGAAN DAN SOSIAL

OLEH :

TUAN HAJI MOHD NORIZAN BIN ABD GHANI


Pengarah
Bahagian keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK)

PENDAHULUAN

Pembangunan negara perlu bersepadu dengan aspek kesejahteraan institusi


keluarga dan sosial masyarakatnya. Negara yang membangun tidak akan
meminggirkan sebarang usaha atau inisiatif untuk kesejahteraan institusi
keluarga kerana keluarga yang sejahtera dapat memberi jaminan kepada
pembentukan sosial masyarakat yang bertamadun, membangun secara
seimbang dari aspek jasmani, rohani dan mental.

Apabila menyebut tentang keluarga, secara tidak langsung ianya merujuk


kepada unit kecil yang terdapat dalam sesebuah masyarakat yang terdiri
daripada ibu bapa dan anak-anak. Bermula daripada unit kecil ini akhirnya
membentuk satu kumpulan sosial yang lebih besar untuk menyumbang ke arah
pembangunan sesebuah masyarakat bangsa yang bertamadun. Oleh yang
demikian, amat penting untuk memastikan unit-unit kecil tersebut dibentuk
dengan baik akan dapat melahirkan kumpulan masyarakat yang terbaik
sebagaimana yang digagaskan dalam usaha membangunkan negara maju.

Islam sangat menitikberatkan kepentingan untuk mewujudkan satu kehidupan


bekeluarga yang bahagia dengan nilai-nilai tertentu, iaitu berasa tenang
bersama, berkasih sayang dan belas ihsan. Hal ini sebagaimana yang Firman
Allah SWT dalam Surah al-Rum ayat 18 yang bermaksud “Dan di antara tanda-
tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di
antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan”.

KOMITMEN KERAJAAN DALAM MENYANTUNI ISU KELUARGA DAN


SOSIAL DI MALAYSIA

Bagi mengenalpasti tahap kesejahteraan rakyat Malaysia, kerajaan telah


melaksanakan penyelidikan secara berstruktur. Dapatan Indeks Kesejahteraan
Rakyat Malaysia (IKRM) bagi tahun 2021 meningkat 1.3% kepada 119.2 mata
berbanding 117.7 mata pada tahun 2020. Bagi aspek kesejahteraan sosial
keluarga IKRM pada tahun 2021 adalah 98.9% berbanding 97.7% pada tahun
2020.1 Peningkatan ini secara tidak langsung menunjukkan kenaikan dari masa
ke masa berkaitan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.

Berdasarkan statistik data jumlah penduduk Malaysia pada suku tahun


kedua 2023 dianggarkan berjumlah 33.4 juta.2 Kerajaan Malaysia sentiasa
komited merencana agenda bagi memastikan keseluruhan rakyat menerima
manfaat daripada apa yang dirancang dan dilaksana. Justeru, bagi memastikan
penyampaian perkhidmatan yang menyeluruh dalam pelbagai aspek
kesejahteraan institusi kekeluargaan, koloborasi antara kementerian dan agensi
sangat penting dan menjadi amalan di Malaysia. Setiap agensi kerajaan
memainkan perana masing-masing berdasarkan fungsi yang telah ditetapkan.

Dasar Keluarga Negara (DKN) dan Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara
(PTDKN) yang menetapkan arah tuju kesejahteraan keluarga yang total dan
menyeluruh, merangkumi pembangunan fizikal, mental, ekonomi, sosial,
psikologi dan kerohanian bagi setiap peringkat dalam kitaran hidup keluarga.
Tanggungjawab bagi pelaksanaan program kesejahteraan keluarga di Malaysia
digerakkan melalui rangkaian kerjasama strategik bersama agensi-agensi lain
yang mempunyai halatuju yang sama bagi mencapai objektif yang ditetapkan
oleh kerajaan.

Antara kementerian yang berperanan besar dalam aspek kekeluargaan


merentasi agama dan kepelbagaian bangsa di Malaysia ialah Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Menerusi
kementerian ini terdapat beberapa buah jabatan dan agensi lain yang turut
berperanan, iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan
Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

KPWKM berfungsi untuk memelihara hak-hak kepentingan wanita,


keluarga dan masyarakat dengan adil dan saksama tanpa unsur diskriminasi,
memperluaskan peluang yang saksama kepada wanita dan masyarakat dalam
bidang sosial, ekonomi dan politik, memantapkan institusi keluarga dan
memastikan sistem penyampaian dan sokongan yang cekap dan berkesan. Bagi
melaksanakan fungsi-fungsi ini KPWKM turut dibantu oleh agensi dan jabatan di
bawah seliaannya seperti Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebagainya.

1
Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) dibangunkan untuk mengukur tahap kesejahteraan rakyat
Malaysia daripada perspekif ekonomi dan social. Ruj. https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-
content/c368d7de-709d-11ed-80ec-0cc47a9b694a
2
https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/9c705836-8b7c-11ed-96a6-1866daa77ef9
Manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berperanan dalam
menyantuni pembangunan keluarga dan sosial masyarakat Islam di Malaysia
menerusi pelbagai program dan agenda, iaitu melalui penyelarasan undang-
undang dan pentadbiran keluarga Islam serta bimbingan dan advokasi
kesedaran. Walaupun setiap negeri mempunyai bidang kuasa pentadbiran Islam
masing-masing, namun penyelarasan akan dilaksanakan menerusi platform
persidangan, mesyuarat atau bengkel bersama seluruh negeri bagi memastikan
setiap perkhidmatan kepada masyarakat dapat disampaikan secara jelas dan
teratur.

INISIATIF PROGRAM KEKELUARGAAN DAN SOSIAL ISLAM DI MALAYSIA

a) Memperkasa Peranan Lelaki Melalui Inisiatif Lelaki Qawwam Dalam


Program Kekeluargaan dan Sosial

Keupayaan kepimpinan kaum lelaki sebagai ketua keluarga amat signifikan


dalam memastikan kebahagiaan rumah tangga, yang berupaya menyumbang
kepada keharmonian masyarakat dan pembangunan negara. Pemerkasaan
kepimpinan dan keupayaan lelaki menjadi elemen utama bagi melahirkan
keluarga, masyarakat dan negara yang sejahtera.

Lantaran itu, Inisiatif Lelaki Qawwam diwujudkan di bawah Teras 1 Pelan


Tindakan Sosial Islam melalui strategi Pengukuhan Institusi Keluarga dan Sosial,
bagi memperkukuhkan tanggungjawab dan keupayaan lelaki sebagai ketua
keluarga dan pemimpin, yang dilihat berupaya menentukan kekuatan dan
kestabilan pembangunan sosial serta ekonomi negara. Menerusi Inisiatif Lelaki
Qawwam ini, tiga matlamat telah digariskan, iaitu:

i) Memperkukuh tanggungjawab dan menyerlahkan peranan lelaki


dalam mentadbir diri, keluarga, oragnisasi dan masyarakat.
ii) Memperkasa kepimpinan dan keupayaan laleki bagi melahirkan
keluarga, masyarakat dan negara yang sejahtera.
iii) Meningkatkan keterlibatan semua pihak dalam membina institusi
keluarga yang sejahtera.

Manakala, tiga teras lelaki qawwam yang ditekankan dalam pelaksanaan


program-program kekeluargaan dan sosial ialah berkaitan akidah, syariah dan
akhlak. Penjelasan mengenai inisiatif ini dilaksanakan secara komprehensif
dalam pelbagai program secara menyeluruh di pelbagai peringkat, samada di
peringkat sekolah sehingga ke institusi masyarakat dan komuniti setempat.
b) Membimbing Pasangan Muslim Yang Ingin Mendirikan Rumah Tangga
Melalui Pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam

Penyantunan terhadap kepentingan pembinaan hidup berkeluarga bermula


sejak awal perkahwinan, iaitu melalui pelaksanaan Kursus Praperkahwinan
Islam yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
bersama Jabatan Agama Islan Negeri-negeri (JAIN) seluruh Malaysia. Kursus
ini dilaksanakan sebagai inisiatif yang wajib dihadiri oleh pasangan muslim yang
ingin mendirikan rumah tangga. Pemakaian modul bagi melaksanakan Kursus
Praperkahwinan Islam secara selaras di seluruh negeri telah bermula pada
tahun 1997, setelah perkara ini diputuskan pemakaian Modul Bersepadu Kursus
Praperkahwinan Islam (MBKPI) melalui Persidangan Ketua-ketua Jabatan (PKJ)
Kali Ke-46/1996 yang bersidang pada 16 April 1996.

Pelaksanaan kursus ini secara tidak langsung memberi peluang kepada


pasangan yang ingin berkahwin untuk menerima bimbingan awal bagi
mendirikan rumah tangga. Sehingga kini, modul yang digunakan sebagai
panduan kepada pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam telah
ditambahbaik, namun perkara asas yang terkandung di dalam modul ini, iaitu
tasawwur Islam, undang-undang keluarga Islam, pengurusan hal ehwal rumah
tangga dan kaunseling rumah tangga tetap menjadi keutamaan dalam
penyampaian. Modul yang menjadi kandungan kepada Kursus Praperkahwinan
Islam telah dibangunkan pada tahun 1996 dan sehingga kini telah melalui empat
kali pindaan, iaitu pada tahun 2002, tahun 2013 dan modul terkini telah dipinda
pada tahun 2018.

Pelaksanaan modul Kursus Praperkahwinan Islam ini merangkumi aspek


pengamalan Islami, pentadbiran dan perundangan kekeluargaan Islam,
pengurusan komunikasi serta pengurusan hal ehwal rumah tangga seperti
kesihatan dan kewangan. Keseluruhan kandungan ini disampaikan kepada
peserta selama dua (2) hari, bersamaan 13 jam dengan tajuk seperti berikut:
i) Tasawwur Islam
ii) Perkahwinan
iii) Prosedur Perkahwinan
iv) Komunikasi Suami Isteri
v) Tanggungjawab Suami Isteri
vi) Pengurusan Kewangan
vii) Pengurusan Kesihatan
viii) Pengurusan Stress dan Konflik
ix) Pembubaran Perkahwinan
x) Majlis Akad Nikah dan Walimatulurus
Purata peserta yang telah menerima manfaat kepada pelaksanaan
Kursus Praperkahwinan Islam seluruh Malaysia ialah 200,000 orang. Purata
jumlah ini merangkumi keseluruhan negeri dengan pelbagai latar belakang
pendidikan, umur dan jantina. Bagi melancarkan pelaksanaan kursus ini, JAKIM
membangunkan satu Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Praperkahwinan
Islam untuk rujukan penganjur dan penceramah. Data terkini bagi jumlah
keseluruhan penganjur seluruh Malaysia ialah 176 penganjur dan penceramah
bagi menyampaikan kandungan modul adalah seramai 1597 yang telah
mengikuti latihan Training of Trainer Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan
Islam (MBKPI)

c) Membantu Pasangan Muslim Yang Telah Berkahwinan Melalui


Pelaksanaan Kursus Pascaperkahwinan Islam

Usaha pemantapan institusi keluarga Islam terus menjadi perhatian JAKIM


rentetan isu konflik rumah tangga, pengabaian suami isteri, keganasan rumah
tangga dan penderaan anak terus menjadi barah dalam kalangan masyarakat.
Justeru, Persidangan Ketua-ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Kali Ke-26
yang bersidang pada 21-23 Februari 2012 telah bersetuju mewujudkan Modul
Pascaperkahwinan Islam. JAKIM membangunkan modul ini untuk dilaksanakan
di seluruh Malaysia sebagai salah satu program kekeluargaan yang ekslusif
dihadiri oleh kedua-dua pasangan suami isteri secara sukarela.

Penganjur yang berhasrat melaksanakan Kursus Pascaperkahwinan


Islam akan menggunapakai Modul Pascaperkahwinan Islam yang telah
dibangunkan berdasarkan tempoh fasa perkahwinan peserta, iaitu melibatkan
empat fasa perkahwinan. Modul ini merangkumi seperti berikut:
i. Fasa Bulan Madu (0 hingga 5 tahun perkahwinan)
ii. Fasa Sehati Sejiwa (6 hingga 10 tahun perkahwinan)
iii. Fasa Semarak Kasih (11 hingga 20 tahun perkahwinan)
iv. Fasa Syurga Cinta (21 hingga ke atas usia perkahwinan)

d) Menyediakan Perkhidmatan Rundingcara Keluarga di Jabatan Agama


Islam Negeri-negeri

Pengurusan khidmat nasihat dan rundingcara merupakan elemen yang penting


yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam membantu
pasangan suami isteri mengahadapi konflik rumahtangga, perceraian, tuntutan-
tuntutan di Mahkamah Syariah dan sebagainya. Perkhidmatan ini dilaksanakan
selari dengan peruntukan yang termaktub dalam Akta/ Enakmen Keluarga Islam
yang diguna pakai di JAIN masing-masing.
Perkhidmatan runding cara telah dijadikan satu kaedah di JAIN sebagai
usaha untuk membantu pasangan suami isteri yang mengalami konflik rumah
tangga serta menangani keruntuhan institusi kekeluargaan kerana masalah
keluarga bukan lagi menjadi masalah individu tetapi sudah menjadi masalah
sosial yang memerlukan perhatian serius dari pelbagai pihak untuk
menanganinya. Penerimaan masyarakat ke atas proses rundingcara sebagai
satu bentuk sistem sokongan menjadi semakin meluas dan sudah dapat diterima
kewujudannya oleh masyarakat Islam Malaysia.

e) Menyantuni Permasalahan Keluarga dan Masyarakat di Pusat Khidmat


Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK)

Kesejahteraan institusi keluarga dan sosial rakyat Malaysia sentiasa menjadi


perhatian pihak kerajaan. JAKIM selaku agensi yang bertanggungjawab
menyelaras hal ehwal Agama Islam memberi tumpuan khusus kepada
kesejahteraan keluarga masyarakat beragama Islam. Setiap dasar dan
perancangan yang disediakan akan dilaksanakan hingga ke peringkat Jabatan
Agama Islam Negeri (JAIN).

Semenjak tahun 1999 JAKIM dan JAIN bekerjasama melaksanakan


Program Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) dan Program Pembangunan
Sosial (PPS) yang kini dikenali sebagai Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan
Komuniti (PKKSK). Rasional penubuhan PKKSK berdasarkan justifikasi
masalah sosial telah menjadi isu nasional yang sangat membimbangkan dan
perlu ditangani secara serius serta penglibatan bangsa Melayu Islam yang
semakin meningkat. Pencegahan melalui pendekatan agama dipercayai antara
usaha yang paling berkesan bagi menangani masalah gejala sosial dalam
kalangan umat Islam di negara ini.

PKKSK bertujuan membantu kerajaan dalam usaha menangani masalah


sosial umat Islam dengan menggunakan pendekatan agama berteraskan
kepada al-Quran dan al-Hadis. PKKSK berfungsi sebagai pusat rujukan yang
menyediakan khidmat nasihat, bimbingan kekeluargaan dan sosial masyarakat
Islam. Ia merupakan program jangka panjang dan pelengkap kepada program
dakwah yang telah dilaksanakan oleh Jakim dan JAIN. Lokasi PKKSK terletak
sama ada di jabatan agama, masjid, pusat transformasi bandar (UTC) dan
bangunan yang disewa oleh JAIN. Aktiviti turun padang turut dijalankan bersama
agensi-agensi yang berkaitan.

Sepuluh (10) buah modul telah dibangunkan sebagai panduan dan rujukan
kepada fasilitator/ kaunselor adalah seperti berikut:
i. Modul Pengukuhan Aqidah
ii. Modul Kehamilan & Kelahiran
iii. Modul Pendidikan Kanak-Kanak
iv. Modul Kemahiran Keibubapaan
v. Modul Pengurusan Konflik Keluarga
vi. Modul Pemerkasaan Saudara Muslim
vii. Modul Pembangunan Remaja
viii. Modul Interaksi Kejiranan
ix. Modul Khidmat Nasihat Komuniti
x. Modul Kasih ke Syurga (warga emas)

f) Memperkasa Perkhidmatan Khidmat Nasihat dan Bimbingan Kaunseling


Melalui Perkhidmatan KSKCareCenter

JAKIM terus mengorak langkah bagi melengkapkan perkhidmatan PKKSK


dalam usaha untuk membantu masyarakat Islam yang berhadapan dengan
masalah kehidupan dengan memperkenalkan tiga (3) pendekatan kerohanian
iaitu kaunseling syarie, terapi psikospritual Islam dan Ilaj Syarie yang
disampaikan melalui KSKCareCentre.

Perkhidmatan KSKCareCentre disediakan sebagai One Stop Centre bagi


membantu masyarakat yang yang pertama telah ditubuhkan di Masjid Tuanku
Mizan Zainal Abidin (MTMZA) Putrajaya. KSKCareCentre ini juga terbuka
kepada orang bukan Islam sebagai kaedah dakwah Islamiah di mana ianya
bersifat Rahmatan Lil ‘Alamin.

Pemilihan lokasi di masjid adalah kerana masjid dilihat amat dekat di hati
masyarakat. Ini merupakan peluang terbaik bagi melaksanakan khidmat nasihat
dan kaunseling kepada umat Islam. Bahkan masjid yang mempunyai
kepelbagaian fungsi sebagai tempat ibadat, pusat pendidikan, ekonomi,
pelancongan dan lain-lain merupakan platform yang amat signifikan dalam
menyampaikan dakwah kepada bukan Islam.
Perkhidmatan KSKCareCentre telah diperluaskan ke negeri-negeri di bawah
seliaan Jabatan Agama Islam Negeri. Bagi melengkapkan sepuluh modul
PKKSK yang dibangunkan dan selari dengan tiga pendekatan baharu, JAKIM
telah menyediakan dokumen rujukan tambahan iaitu;

i. Manual Kaunseling Syarie.


ii. Manual Psikospiritual Islam
iii. Manual Ìlaj Syarie.

Pendekatan Kaunseling Syarie ini sama sahaja dari segi teknik dan etika
dengan kaedah kaunseling sedia ada, cuma JAKIM mengambil inisiatif dengan
menambah aspek atau elemen spiritual atau kerohanian dalam intervensi
kaunseling dan menekankan konsep tazkiyatul an-nafs dalam pelaksanaan sesi
kaunseling tersebut. Pendekatan Kaunseling Syarie yang dirangkumkan
bersama teori kaunseling sedia ada dengan elemen spiritual atau Islamik ini
digunakan bagi merungkaikan permasalahan klien.

Terapi Psikospiritual Islam adalah pendekatan yang digunakan bagi


membantu individu yang berhadapan dengan masalah kejiwaan, rasa tidak
tenang, ketakutan dan masalah-masalah dalaman seumpama itu. Psikospiritual
Islam menjadi antara disiplin ilmu baharu yang terhasil kesan perkembangan
keilmuan yang bertunjangkan kepada bidang tasawuf atau kerohanian dalam
agama. Disiplin itu dibentuk daripada gabungan psikologi dan spiritual serta mula
diterima ramai. Ia unik kerana menghubungkan pembicaraan fizikal, mental,
emosi dan spiritual, iaitu jiwa serta rohani, selain mengukuhkan hubungan antara
teori dan praktikal dalam konteks ibadat kepada Allah SWT.

Terapi `Ilaj Syarie. Satu kaedah rawatan syifa yang menggunakan ayat-ayat
Al-Quran sebagai pengubatan. Contohnya seperti rawatan rukyah. Pendekatan
ini digunakan bagi membantu individu yang menghadapi masalah gangguan
makhluk halus. `Ilaj Syar`ie juga adalah satu ikhtiar penyembuhan penyakit
jasmani dan rohani, oleh seorang Islam yang berkemahiran dalam kaedah
rawatan dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran atau hadis, atau amalan salaf
al-Soleh, dan ulamak muktabar, atau kesemuanya sekali serta menggunakan
kaedah-kaedah atau bahan-bahan yang dibenarkan Syarak.

g) Meluaskan Kerjasama Dengan Pelbagai Agensi Bagi Program Komuniti


Sejak tahun 2009 JAKIM telah melaksanakan program, aktiviti, outreach/ temu
seru bagi mendekati golongan rentan seperti gelandangan, penyalahguna /klien
dadah, remaja delinkuen /juvana, Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS
(ODHA) serta komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) lagi.

Pendekatan yang JAKIM ketengahkan dalam membimbing golongan


rentan ini adalah dengan mengutamakan aspek kerohanian dan spiritual Islam
agar jiwa dan sahsiah mereka dapat dibantu dan seterusnya berhijrah ke arah
kehidupan yang lebih baik. Program dan aktiviti yang dilaksanakan sentiasa
mendapat kerjasama erat dari rakan-rakan strategik dari kementerian, jabatan,
agensi kerajaan, badan-badan korporat dan swasta dan juga Pertubuhan
Bukan Kerajaan (NGO) sosial.

Pengisian program dan aktiviti yang dikendalikan adalah dalam bentuk


pencegahan (al-wiqayah) dan pemulihan (‘ilaj wa syifa’). Pelaksanaan program
dan aktiviti ini selaras dengan peranan dan fungsi JAKIM iaitu Memantapkan
Kefahaman dan Penghayatan Islam Secara Inklusif bagi Melahirkan
Masyarakat yang Berakhlak. Ia juga amat selaras dengan lima (5) prinsip
Maqasid Syariah yang bertujuan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan
dan harta. Model yang digunakan adalah berdasarkan Model Tazkiyah al-Nafs
(Penyucian jiwa) Imam Al-Ghazali yang meliputi lima (5) elemen iaitu;

i) Ma’rifah An-Nafs (mengenali diri)


ii) Takhalli (pembersihan hati)
iii) Tahalli (pengisian hati)
iv) Muhasabah (penilaian kendiri)
v) As-Sa’adah (mencapai matlamat kebahagiaan)

Pengisian program ini berteraskan lima (5) komponen iaitu Kesedaran


Kerohanian / Spritual, Pengetahuan Asas Agama seperti Akidah dan Fardu Ain,
Motivasi Diri dan Kerjaya, Kesedaran Kesihatan, serta aktiviti kecerdasan mental
dan kecergasan fizikal. Program dan aktiviti yang dilaksanakan ada yang
berbentuk satu (1) hari, tiga (3) hari dua (2) malam dan lawatan / outreach /
ziarah mahabbah keluarga klien sambil mengadakan sesi bimbingan, khidmat
nasihat, kaunseling kerohanian, bantuan wang dan barangan keperluan dapur.

h) Menyantuni Komuniti dan Gelandangan


Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh JAKIM dalam menyantuni komuniti
gelandangan ialah dengan membangunkan Modul Kerohanian dan Jati Diri
(Komuniti Disayangi) yang boleh dijadikan panduan dalam melaksanakan
program pemerkasaan kerohanian secara berstruktur, sistematik dan berpusat.

JAKIM juga dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah


Persekutuan (JAWI) dan NGO Islam telah mengadakan Kelas Pengajian Agama
secara berkala dengan tenaga pengajarnya adalah daripada Guru Takmir JAWI
yang diadakan dua (2) kali setiap minggu di Anjung Kembara, Anjung Kelana
dan Pusat Pembelajaran Komuniti Jalan Chow Kit.

JAKIM dari masa ke semasa bersama rakan strategik (Majlis Agama


Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan
Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam) mengadakan Program Peduli Outreach
menyantuni Komuniti Gelandangan, Sex Workers dan Drug Users di sekitar
Kuala Lumpur.

CABARAN PELAKSANAAN PROGRAM KELUARGA DAN SOSIAL DI


MALAYSIA
Pembentukan institusi keluarga dan sosial dalam masyarakat Islam di Malaysia
merupakan sebahagian daripada agenda untuk memastikan keseimbangan
pembangunan dan kemajuan negara untuk mencapai matlamat sebagai sebuah
negara maju. Perkara ini dapat dilihat bagaimana kerajaan Malaysia sangat
mengambil berat dalam usaha untuk memastikan kesejahteraan institusi
keluarga dan sosial di Malaysia.

Bagaimanapun, dalam usaha merealisasikan perkara tersebut, pelbagai


cabaran dihadapi antaranya ialah cabaran dalam menghadapi pemikiran dan
tingkah laku generasi masa kini yang menerima pelbagai maklumat dan
pendidikan gaya hidup. Dalam usaha untuk memberikan penyampaian dan
pendedahan melalui program-program dan inisiatif yang dirancang, kita perlu
terlebih dahulu memahami dan menyelami sejauh mana generasi masa kini
berfikir dan bertindak supaya dapat memenuhi kehendak mereka sebagai
sasaran program. Malah tahap penghayatan agama dalam kalangan masyarakat
untuk memahami kepentingan program yang dilaksanakan perlu dihadapi
dengan cara yang lebih berhati-hati untuk memastikan pencapaian program.

Selain itu, perkembangan teknologi dan multimedia turut menjadi


sebahagian daripada persaingan untuk memastikan penyampaian maklumat
dan program dapat disampaikan kepada sasaran. Perkambangan teknologi ini
secara tidak langsung telah mengubah cara hidup, cara berkomunikasi dan
sistem perhubungan masyarakat masa kini. Justeru, kerajaan perlu bersedia dan
menyaingi perkembangan teknologi ini bagi memastikan program-program yang
dilaksanakan kekal relevan kepada masyarakat merentasi pelbagai usia dan
latar belakang.

Peningkatan ekonomi dan perkembangan industri di Malaysia telah


mengubah sistem institusi kekeluargaan bukan sahaja di Malaysia, malah di
kebanyakan negara-negara membangun lain. Perkembangan ini menyaksikan
peranan ibu bapa bukan sahaja terhad dalam memastikan kelangsungan rumah
tangga sahaja, malah turut berperanan dalam perkembangan industri sebagai
tenaga kerja. Dalam hal ini secara tidak langsung turut memberi kesan dalam
aspek pendidikan kepada anak-anak.

Pendidikan keibubapaan terhadap anak-anak masa kini menjadi satu


cabaran besar masa kini. Kesibukan ibu bapa dengan pekerjaan dan usaha
untuk meningkatkan ekonomi keluarga secara tidak langsung merencatkan
usaha untuk memastikan anak-anak menerima pendidikan yang sewajarnya.
Malah perkara ini akan menyumbang kepada isu-isu sosial lain dalam kalangan
anak-anak yang semakin meningkat usia apabila mula menerima pengaruh lain
sehingga merosakkan pemikiran dan tingkahlaku. Justeru, menjadi satu cabaran
kepada ibu bapa bagi mengimbangi keperluan untuk kerjaya dan keluarga.

Kestabilan institusi keluarga secara tidak langsung akan mempengaruhi


perkembangan sosial dalam kalangan anak-anak. Seterusnya kestabilan ini
memberi implikasi yang besar dalam usaha untuk membangunkan negara yang
mampan dan maju. Justeru walau apa jua cabaran yang dihadapi, kerajaan
mengambil berat perkara tersebut dengan meneliti secara inklusif untuk
menyediakan program-program yang berimpak tinggi bagi mencapai outcome
yang menyeluruh.

SARANAN PELAKSANAAN INISIATIF KELUARGA DAN SOSIAL

Berdasarkan pelbagai cabaran yang telah dikenalpasti, antara saranan yang


disyorkan sebagai usaha untuk membangunkan institusi kekeluargaan
berteraskan al-Quran dan Sunnah. Antara saranan yang disyorkan ialah:

a) Bagi memperkasakan peranan lelaki sebagai ketua keluarga, adalah


dicadangkan agar usaha memperkasa peranan lelaki melalui program lelaki
qawwam di laksanakan diperingkat MABIMS terutamanya dalam program
kekeluargaan.

b) Menyedari cabaran institusi keluarga dan sosial dalam kalangan masyarakat


Islam semakin membimbangkan, kewujudan satu pusat penyelidikan
berkaitan di peringkat MABIMS disarankan bagi meneliti isu ini secara
menyeluruh merentasi negara serantau.

c) Setiap negara MABIMS mempunyai program kekeluargaan dan sosial yang


telah dilaksanakan, perkongsian program-program ini melalui penempatan
pegawai di agensi-agensi pelaksana program-program tersebut akan
memberi impak yang lebih besar.

KESIMPULAN

Pembangunan institusi keluarga dan sosial yang sejahtera akan mempengaruhi


kemajuan negara. Kerajaan Malaysia amat komited dalam usaha untuk
membantu masyarakat Islam agar dapat membina keluarga yang sejahtera dan
seterusnya menyumbang ke arah perkembangan sosial yang lebih baik.

Pelbagai inisiatif yang telah dirancang dapat dilaksanakan secara berstruktur


bagi memastikan pelaksanaan yang lebih berkesan. Dalam memastikan perkara
tersebut, kerajaan telah menyediakan infrastruktur yang lengkap bermula
daripada sumber tenaga sehingga kepada faktor fizikal lain seperti kewangan
dan sokongan pentadbiran dan pengurusan.

Kepelbagaian isu keluarga dan sosial masa kini menjadi satu cabaran besar,
namun ianya dapat diatasi dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Malah
koloborasi yang didokong dengan prinsip Malaysia Madani sebagaimana
gagasan kerajaan telah menarik perhatian pelbagai agensi bagi menjayakan
setiap inisiatif yang dirancang. Kepentingan untuk membangunkan negara
maju yang dihuni oleh masyarakat yang sejahtera di Malaysia menjadi
keutamaan dalam ruang lingkup perkembangan sosial masa kini.
AMALAN TERBAIK INISIATIF
MALAYSIA DALAM MENYANTUNI
ISU-ISU KEKELUARGAAN DAN
SOSIAL
Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani
Pengarah
Bahagian keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK)
PENGENALAN
▪ Negara yang membangun tidak akan meminggirkan sebarang usaha atau inisiatif untuk
memastikan kesejahteraan institusi keluarga dan sosial masyarakat.

▪ Islam telah menyediakan kerangka konsep pembangunan sosial yang bersepadu


merangkumi segala aspek.

▪ Pembangunan ini digembeling bersama nilai tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

Firman Allah SWT surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud “Ingatlah ketika Tuhanmu
berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di
muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu
orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami
senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
KOMITMEN KERAJAAN DALAM MENYANTUNI ISU KELUARGA DAN
SOSIAL DI MALAYSIA

Dasar Keluarga Kerjasama Inter


Indeks Kesejahteraan Agensi
117.7 Rakyat Malaysia 119.2 Negara (DKN)
Menetapkan arah tuju yang Pelaksanaan program digerakkan
menyeluruh melalui Pelan Tindakan melalui rangkaian kerjasama strategic
Dasar Keluarga Negara. antara agensi

Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia


(IKRM) bagi tahun 2021 meningkat
1.3% kepada 119.2 mata berbanding
117.7 mata pada tahun 2020

Penyelidikan Inklusif Program


Jumlah penduduk Malaysia pada suku tahun Penyelidikan berterusan berkaitan Kewujudan kementerian yang melaksanakan

33.4 juta
kesejahteraan masyarakat merangkumi program secara inklusif merentasi
aspek sosial dan keluarga, terutama kepelbagaian latar belakang rakyat
kedua 2023 dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan Malasyia, seperti Kementerian
Pembangunan Keluarga (LPPKN) dan Pembangunan Wanita, Keluarga dan
sebagainya. Masyarakat (KPWKM), Kementerian
Kesihatan Malayasia (KKM) dan
sebagainya.
KOMITMEN KERAJAAN DALAM MENYANTUNI ISU KELUARGA DAN
SOSIAL DI MALAYSIA

▪ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berperanan dalam


menyantuni pembangunan keluarga dan sosial masyarakat
Islam.

▪ Penyelarasan undang-undang dan pentadbiran keluarga Islam


akan dilaksanakan menerusi platform persidangan, mesyuarat
atau bengkel bersama seluruh negeri bagi memastikan setiap
perkhidmatan kepada masyarakat dapat disampaikan secara
jelas dan teratur.
INISIATIF PROGRAM KEKELUARGAAN DAN SOSIAL ISLAM
a) Memperkasa Peranan Lelaki Melalui Inisiatif Lelaki Qawwam Dalam Program
Kekeluargaan dan Sosial

Tujuan • Pemerkasaan kepimpinan dan keupayaan lelaki

• Teras 1 Pelan Tindakan Sosial Islam melalui strategi Pengukuhan Institusi


Strategi Keluarga dan Sosial, bagi memperkukuhkan tanggungjawab dan keupayaan lelaki
sebagai ketua keluarga dan pemimpin

• Akidah
Teras Lelaki • Syariah
Qawwam
• Akhlak

Pelaksanaan • Pelbagai program di setiap peringkat secara kerjasama seluruh negeri


INISIATIF PROGRAM KEKELUARGAAN DAN SOSIAL ISLAM
b) Membimbing Pasangan Muslim Yang Ingin Mendirikan Rumah Tangga Melalui
Pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam
Persidangan Ketua-ketua Kursus yang wajib dihadiri
Kursus dilaksana
Jabatan (PKJ) Kali Ke- oleh bakal pasangan suami
berasaskan Modul
46/1996 pada 16 April 1996 isteri sebelum
Bersepadu Kursus
memutuskan pemakaian mengemukakan
Praperkahwinan Islam
MBKPI secara selaras permohonan kebenaran
(MBKPI)
seluruh Malaysia berkahwin

Kandungan MBKPI merangkumi JAKIM


Kursus dilaksana oleh
perundangan keluarga Islam, Fiqh membangunkan
Jabatan Agama Islam
Munakahat, komunikasi dan modul dan melatih
Negeri (JAIN) seluruh
tanggungjawab suami isteri, penceramah
Malasyia sebagai
pengurusan kewangan dan melalui Kursus
penganjur
kesihatan dan pengurusan konflik. Training of Trainer.
INISIATIF PROGRAM KEKELUARGAAN DAN SOSIAL ISLAM
c) Membantu Pasangan Muslim Yang Telah Berkahwinan Melalui Pelaksanaan Kursus
Pascaperkahwinan Islam

Dilaksanakan sebagai usaha untuk memantapkan institusi


kekeluargaan

Dilaksanakan bermula tahun 2012 setelah dipersetujui dalam


Justeru, Persidangan Ketua-ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan
Rujuk Kali Ke-26

Melibatkan empat fasa perkahwinan seperti berikut:


1) Fasa Bulan Madu (0 hingga 5 tahun perkahwinan)
2) Fasa Sehati Sejiwa (6 hingga 10 tahun perkahwinan)
3) Fasa Semarak Kasih (11 hingga 20 tahun perkahwinan)
4) Fasa Syurga Cinta (21 hingga ke atas usia perkahwinan)
INISIATIF PROGRAM KEKELUARGAAN DAN SOSIAL ISLAM
d) Menyediakan Perkhidmatan Rundingcara Keluarga di Jabatan Agama Islam Negeri-
negeri

Tujuan Masyarakat
Membantu pasangan suami Sisitem sokongan kepada
isteri menghadapi konflik masyarakat untuk membantu
rumahtangga, perceraian, menyelesaikan masalah atau
tuntutan-tuntutan di Mahkamah konflik rumah tangga
Syariah dan sebagainya

Perundangan Kaedah Sokong


selari dengan peruntukan yang
termaktub dalam Akta/ Enakmen Bantu
Keluarga Islam yang diguna pakai Perkhidmatan di JAIN untuk
di JAIN masyarakat awam
INISIATIF PROGRAM KEKELUARGAAN DAN SOSIAL ISLAM
e) Menyantuni Permasalahan Keluarga dan Masyarakat di Pusat Khidmat Keluarga,
Sosial dan Komuniti (PKKSK)
Tahun 1999 JAKIM dan JAIN bekerjasama melaksanakan Program Pembangunan Keluarga Islam
(PPKI) dan Program Pembangunan Sosial (PPS)

PPKI dan PPS kini dikenali sebagai Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK

Menangani masalah sosial umat Islam dengan menggunakan pendekatan agama


berteraskan kepada al-Quran dan al-Hadis

Lokasi PKKSK sama ada di jabatan agama, masjid, pusat transformasi bandar (UTC) dan
bangunan yang disewa oleh JAIN

10 modul dibangunkan sebagai panduan


INISIATIF PROGRAM KEKELUARGAAN DAN SOSIAL ISLAM
f) Memperkasa Perkhidmatan Khidmat Nasihat dan Bimbingan Kaunseling Melalui
Perkhidmatan KSKCareCenter
One Stop Centre bagi
membantu masyarakat.
Pendekatan KSKCareCenter

Ditubuhkan di Masjid KAUNSELING PSIKOSPRITUAL


01 02 03 `ILAJ SYARIE
Tuanku Mizan Zainal SYARIE ISLAM
Abidin (MTMZA) Menambah elemen Membantu individu Kaedah rawatan syifa
Putrajaya. spiritual dalam yang berhadapan yang menggunakan
intervensi kaunseling. dengan masalah ayat-ayat Al-Quran
kejiwaan, rasa tidak sebagai pengubatan.
Perkhidmatan Menekankan konsep tenang, ketakutan dan Contohnya seperti
tazkiyatul an-nafs masalah-masalah rawatan rukyah.
KSKCareCentre telah dalam pelaksanaan dalaman seumpama
diperluaskan ke negeri- sesi. itu. Membantu individu
negeri di bawah seliaan yang menghadapi
Jabatan Agama Islam Disiplin itu dibentuk masalah gangguan
daripada gabungan makhluk halus.
Negeri psikologi dan spiritual
INISIATIF PROGRAM KEKELUARGAAN DAN SOSIAL ISLAM
g) Menyediakan Talian MyCareJakim Untuk Menyantuni Klien Melalui Pangilan

Bermula rentetan pandemik


Covid19

Membantu masyarakat melalui


panggilan. Menyantuni pelbagai
isu kesulitan masyarakat.

Selepas fasa pendemik berakhir,


perkhidmatan talian ini diteruskan
INISIATIF PROGRAM KEKELUARGAAN DAN SOSIAL ISLAM
h) Membangunkan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI)

Suatu pelan tindakan yang komprehensif,


bersifat semasa dan dibangunkan secara Tujuan PTSI bagi menangani gejala sosial
Growth Through Collaboration secara holistik dengan kerjasama strategik
inter agensi

Digubal oleh Jabatan kemajuan Islam


Malaysia (JAKIM) bersama;
• Jabatan Agama Islam Negeri-negeri
(JAIN),
• Majlis Agama Islam Negeri-negeri
(MAIN), Selari dengan pelaksanaan Dasar
• agensi dan kementerian berkaitan Sosial Negara (DSN) iaitu pelan
seperti Kementerian Pembangunan pembangunan sosial yang berteraskan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat nilai-nilai murni bagi meningkatkan
(KPWKM), Lembaga Pembangunan keupayaan insan mencapai kesepaduan
Penduduk dan Keluarga Negara dan kestabilan sosial demi kesejahteraan
(LPPKN), Kementerian Kesihatan hidup masyarakat
Malaysia (KKM),
• ahli-ahli akademik
• Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
INISIATIF PROGRAM KEKELUARGAAN DAN SOSIAL ISLAM
i) Meluaskan Kerjasama Dengan Pelbagai Agensi Bagi Program Komuniti

Program, aktiviti, outreach/ temu seru bagi mendekati


golongan rentan seperti gelandangan, penyalahguna /klien membimbing golongan rentan
ini adalah dengan
dadah, remaja delinkuen /juvana, Orang Yang Hidup Dengan mengutamakan aspek
HIV/AIDS (ODHA) serta komuniti Lesbian, Gay, Biseksual kerohanian dan spiritual Islam
dan Transgender (LGBT)

Pengisian program ini berteraskan lima Pengisian program dan aktiviti Selaras dengan peranan dan
(5) komponen iaitu Kesedaran yang dikendalikan adalah fungsi JAKIM iaitu
Kerohanian/ Spritual, Pengetahuan Asas dalam bentuk pencegahan Memantapkan Kefahaman dan
Agama seperti Akidah dan Fardu Ain, (al-wiqayah) dan Penghayatan Islam Secara
Motivasi Diri dan Kerjaya, Kesedaran pemulihan (‘ilaj wa Inklusif bagi Melahirkan
Kesihatan, serta aktiviti kecerdasan mental Masyarakat yang Berakhlak
dan kecergasan fizikal syifa’).
INISIATIF PROGRAM KEKELUARGAAN DAN SOSIAL ISLAM
j) Menyantuni Komuniti dan Gelandangan Melalui Bimbingan Kerohanian

Mengadak
an Kelas
Pengajian
Kerjasama Modul Agama
Dengan
JAWI dan Kerohanian
NGO Islam
dan Jati Diri
(Komuniti
Disayangi)
Program
Peduli
Outreach
CABARAN PELAKSANAAN PROGRAM KELUARGA DAN
SOSIAL DI MALAYSIA

Pemikiran Tahap
penghayatan Teknologi
dan tingkah
agama dalam dan
laku generasi kalangan multimedia
masa kini masyarakat

Keseimbangan Kestabilan
Ekonomi dan
antara kerjaya institusi
Industri
dan keluarga keluarga
SARANAN PELAKSANAAN INISIATIF
KELUARGA DAN SOSIAL
Memperkasa peranan lelaki melalui program lelaki qawwam
01 di laksanakan diperingkat MABIMS terutamanya dalam
program kekeluargaan

kewujudan satu pusat penyelidikan berkaitan di peringkat


MABIMS disarankan bagi meneliti isu ini secara menyeluruh
merentasi negara serantau
02

Perkongsian program-program ini melalui penempatan pegawai

03 di agensi-agensi pelaksana program-program tersebut akan


memberi impak yang lebih besar
PENUTUP

Pembangunan instusi keluarga dan sosial yang sejahtera akan


mempengaruhi kemajuan negara. Kerajaan Malaysia amat komited
dalam usaha untuk membantu masyarakat Islam agar dapat membina
keluarga yang sejahtera dan seterusnya menyumbang ke arah
perkembangan sosial yang lebih baik.

You might also like