You are on page 1of 6

KEMPEN MENANGANI KEGANASAN TERHADAP WANITA 2014

Seramai 35 orang pelajar sukarelawan daripada UTHM telah terlibat bersama iM4U,
1Malaysia For Youth dalam menjayakan Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita
yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui
agensi dibawahnya iaitu Jabatan Pembangunan Wanita yang bertempat di Plaza Angsana
Johor Bharu. Majlis Pelancaran Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2014 ini
telah berlangsung dengan meriahnya pada 2 Oktober 2014 bertempat di Plaza Angsana, Johor
Bahru. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Rohani Abdul Karim.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul
Karim yang ditemui sebelum ini dalam Majlis Sambutan Hari Wanita 2013 di Pusat
Dagangan Putera, Kuala Lumpur, baru-baru ini berkata. tumpuan khusus perlu diberikan
terhadap kepentingan keluarga yang menjadi unit asas dalam menangani isu keganasan
terhadap wanita.
Dengan itu katanya, apa yang diharapkan agar masalah seperti keganasan rumah
tangga dapat dicegah daripada berlaku atau dielakkan daripada menjadi lebih kompleks.
Dalam hal ini, saya percaya kepada perkataan back to the basics (kembali ke asas) bagi
menangani sebarang bentuk cabaran atau masalah termasuk isu keganasan terhadap wanita.
Salah satu prinsip Dasar Keluarga Negara ialah memberi penekanan kepada inisiatif
Tambah Rohani, pihak kementerian sentiasa prihatin dan komited dalam melindungi
dan memperkasakan wanita melalui program-program yang diatur dengan kerjasama
strategik agensi-agensi kerajaan yang lain, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO),
ahli akademik, dan anggota masyarakat di peringkat akar umbi.
Yang pasti, program-program seperti ini katanya, dapat memberi impak positif dalam
menangani keganasan terhadap wanita. Mengulas lanjut mengenai hal tersebut, Rohani turut
memberitahu kerajaan hari ini begitu komited dalam melindungi dan memperkasakan wanita.
Dengan itu, pelbagai program dan inisiatif untuk lebih merakyatkan perkhidmatan kerajaan-

telah dilaksanakan dan akan terus dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Dalam hal ini juga, Rohani berkata, kementerian menerusi Jabatan Pembangunan
Wanita (JPW) telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan kebajikan dan
kesejahteraan wanita terus terbela. Antaranya ialah penganjuran Hari Antarabangsa
Menangani Keganasan Terhadap Wanita yang diadakan pada 25 November setiap tahun.
"Program ini merupakan usaha advokasi kementerian untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat akan kepentingan dan peranan kita semua dalam membanteras keganasan
terhadap wanita. Program-program ini adalah bertujuan memberi kesedaran dan keyakinan
kepada masyarakat mengenai hak-hak wanita daripada aspek perundangan sivil dan syariah,
perlindungan, pembelaan serta teknik mengurus tekanan emosi dengan berkesan," kata
Rohani.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,


KELUARGA DAN MASYARAKAT

Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga adalah manifestasi


pelaksanaan iltizam negara yang dibuat di Persidangan Sedunia Keempat Wanita di Beijing
pada tahun 1995 seperti yang terkandung dalam dokumen Landasan Tindakan bagi
memajukan wanita ke tahun 2000, iaitu :

"Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen Kerajaan yang


tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini"

Penubuhan Kementerian Hal Ehwal Wanita telah diumumkan oleh YAB Perdana
Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluaskan dan
ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15
Februari 2001. Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk
dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian.
HAWA kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita
(JPW).

Selepas Pilihan Raya Umum Kesebelas pada bulan Mac 2004, fungsi dan
tanggungjawab KPWK telah diperluaskan lagi. Pada 27 Mac 2004 fungsi Pembangunan
Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah
dibubarkan, dan telah dipindahkan ke KPWK. Selaras dengan pertubuhan tersebut, KPWK
telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM).

Dengan penstrukturan baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan


Masyarakat (KPWKM) mempunyai empat (4) buah agensi di bawah pentadbirannya iaitu :

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)


Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM)
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Institut Sosial Malaysia (ISM)

Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW)


telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Julai 2006 di bawah KPWKM selepas Malaysia diberi
mandat untuk menubuhkan sebuah institusi untuk wanita dari kalangan negara-negara
Anggota NAM.

Pada masa ini, KPWKM diterajui oleh YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim sebagai menteri
yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya
peranan golongan wanita dan institusi kekeluargaan untuk mencapai agenda pembangunan
negara. Masyarakat juga diberi kesedaran dan bimbingan dalam aspek pembangunan sosial
terutamanya kebajikan masyarakat, bagi mencapai matlamat ke arah mewujudkan masyarakat
penyayang dan masyarakat maju selaras dengan Wawasan 2020. Manakala YB Datuk Hajah
Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun sebagai Timbalan Menteri.

VISI

Menjadi peneraju utama untuk mencapai kesaksamaan gender, pembangunan keluarga


dan masyarakat penyayang dan sejahtera sebagai asas pembentukan sebuah negara
maju yang terbilang.

MISI

Mengintegrasikan perspektif wanita dan masyarakat ke dalam arus perdana


pembangunan negara serta memperkukuhkan institusi keluarga ke arah peningkatan
kesejahteraan sosial.

AKTIVITI-AKTIVITI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA


DAN MASYARAKAT

18/ 02/ 2014

- Lawatan Ke Pusat Pelindungan Wanita Kuala Lumpur

7/ 03/ 2014

- Majlis Pelancaran Sambutan Hari Wanita Antarangbangsa 2014

29/ 04/ 2014

- Majlis Penutup Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care

16/ 06/ 2014

- FORUM "Deinstitutionalisation : Every Child Needs A Family

15/ 06/ 2014

- Forum Wanita dan Undang-undang

4/ 09/ 2014

- Majlis Pelancaran Kempen Sunshine September 2014

2/ 10/ 2-14

- Majlis Pelancaran Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita

8/ 10/ 2014

- Majlis Penutup Seminar Perlindungan Kanak-kanak

Lampiran

You might also like