You are on page 1of 4

Konsep 1Malaysia mula diperkenalkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak setelah memegang jawatan Perdana Menteri

Malaysia ke 6. Bincangkan kepentingan dan fungsi dasar ini dalam usaha membina negara dalam pelbagai dimensi mencakupi politik, ekonomi dan sosial.

1Malaysia (pronounced One Malaysia in English and Satu Malaysia in Malay) is an on-going programme designed by Malaysian Prime Minister Najib Tun Razak on September 16, 2010, calling for the cabinet, government agencies, and civil servants to more strongly emphasize ethnic harmony, national unity, and efficient governance. http://en.wikipedia.org/wiki/1Malaysia

1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi. Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.[1] Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.[2] Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.[3] Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah gagasan ini.[ Belia dan 1Malaysia: Antara Cabaran dan Harapan Jurnal Malaysian Journal of Youth Studies Jun 2009: Volume 1

BELIA DAN 1MALAYSIA: ANTARA CABARAN DAN HARAPAN

SHAHARUDDIN BADARUDDIN, AZMAN AYOB & MAZLAN CHE SOH

ABSTRAK
Perpaduan kaum merupakan salah satu daripada cabaran terbesar yang perlu ditangani dan diuruskan oleh Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum. Cabaran ini ternyata amat getir apabila negara pernah mengalami peristiwa berdarah 13Mei 1969. Peristiwa ini memberi kesan yang amat ketara kepada negara dan ini dapat dilihat menerusi kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB), gagasan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Bahasa Kebangsaan di mana semua ini adalah merupakan satu manifestasi terhadap kesungguhan Kerajaan dalam menyuburkan perpaduan di antara kaum di negara ini. Kelihatan ia begitu signifikan apabila kita kaitkan perpaduan kaum dengan golongan belia. Golongan yang merangkumi hampir separuh daripada populasi Malaysia mempunyai pengaruh yang amat besar dalam mencorak masa depan negara. Ini dilihat amat relevan apabila Perdana Menteri, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan konsep 1Malaysia pada bulan April 2009 sebaik sahaja mengambilalih tampuk pemerintahan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi. 1Malaysia adalah merupakan kemuncak kepada keinginan dan hasrat beliau untuk melihat erti perpaduan dalam maksud yang sebenar dan asli. Kertas ini akan meninjau cabaran-cabaran yang dilihat merintangi usaha mencapai kejayaan konsep 1Malaysia dari perspektif belia. Selain itu juga, kertas ini akan merencanakan harapan golongan ini pada masa depan, dari sudut perpaduan kaum. Kata Kunci: Belia, Perpaduan Kaum, Malaysia, Cabaran, Harapan

PENGENALAN

Belia adalah aset negara. Siapakah yang termasuk di dalam golongan belia? Mengikut Dasar Pembangunan Belia Negara, belia mengikut perspektif Malaysia ditakrifkan sebagai mereka yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun (Dasar Pembangunan Belia Negara, 1997). Kohot umur di Malaysia jauh melebar jika dibandingkan dengan tafsiran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mentafsirkan belia daripada mereka yang berumur 15 hingga 25 tahun (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, 2006) dan Pertubuhan Komanwel yang mengkategorikan belia bagi mereka yang berumur antara 15 hingga 29 tahun (Commonwealth Youth Program, Strategic

Plan, 2003-2006). Belia sebagai tiang negara. Tentu sekali kita sudah acapkali mendengar pernyataan penuh keramat ini. Kenyataan ini ternyata amat tepat sekiranya kita melihat kepada realiti sebenar yang membentuk demografi penduduk Malaysia. Pada tahun 2005, seramai 11 juta atau pun 42.5% daripada 26.13 juta penduduk terdiri daripada golongan belia. Statistik ini dilihat agak berbeza pada tahun 2008 apabila di dapati jumlah penduduk Malaysia dari kategori belia meliputi 11.26 juta atau 40.6% berbanding 27.7 juta keseluruhan penduduk Malaysia. Terkini, bagi tahun 2010, golongan belia terus meningkat kepada 11.65 juta dengan membentuk 40.2% daripada keseluruhan populasi Malaysia (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010).,br>

Satu persoalan yang amat menarik untuk ditinjau adalah bagaimanakah belia ini perlu berhadapan dengan cabaran-cabaran yang sedang melanda negara. Perpaduan adalah merupakan salah satu daripada cabaran yang mana suka atau tidak perlu didepani oleh seluruh rakyat Malaysia, dan ini tidak terkecuali bagi golongan belia. Bagi maksud tersebut, kertas ini antara lain akan cuba untuk mengupas apakah cabaran dan rintangan yang akan dihadapi oleh golongan belia terutama dalam usaha kerajaan untuk memastikan keberhasilan dan kejayaan konsep 1Malaysia. Konsep 1Malaysia jelas mendokong dan selari dengan konsep yang diperjuangkan oleh negara menerusi prinsip Rukun Negara. Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. 1Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan (Jabatan Penerangan Malaysia, 2009). Justeru amatlah jelas kepada kita bahawa konsep 1Malaysia sebagaimana penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak seperti dibawah membawa makna yang amat mendalam berkait dengan erti perpaduan iaitu:

Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera

asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.

You might also like