You are on page 1of 3

USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN UNTUK MEMASTIKAN PERPADUAN DALAM

KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

Isu perpaduan etnik adalah usaha berterusan yang mesti dilaksanakan dan dipelihara
oleh semua pihak. Sekiranya ikatan persahabatan terputus dan perpaduan masyarakat
hancur, ia akan memberi pelbagai kesan negatif kepada masyarakat, terutama negara. Oleh
itu, setiap usaha telah dilakukan untuk memupuk dan menyuburkan, agar perpaduan dapat
terus berkembang dalam kehidupan bermasyarakat, sehingga dapat mencegah kejadian
hitam peristiwa 13 Mei 1969 daripada berulang.

Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) “ Proses ini telah
dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai
objektif untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat”. Pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahum 1971 aalah hasil usaha bagi menyelesaikan
masalah penyatuan kaum sehingga tahun 1990 breakhir. Setelah itu, pada tahun 1991, bekas
Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah
memperkenalkan Wawasan 2020 berdasarkan konsep Bangsa Malaysia yang berupakan
satu bentuk perpaduan yang diharapkan dapat mencapai negara maju brpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020 kelak bertunjangkan perpaduan kaum yang kuat (Abdullah Md Zain,
2014)

Dalam usaha untuk membentuk satu bangsa malaysia yang bersatu padu dalam
pelbagai cabaran di peringkat global yang dibawa oleh arus globalisasi ini, termasuk dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dato' Sri
Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak telah memperkenalkan G1M pada tahun 2009.
gagasan ini bertunjangkan kepada teras perpaduan nasional melalui nilai-nilai murni(satu
daripadanya adalah nilai kesederhanaan) dalam Teras Perpaduan. Dalam negara yang
mempunyai kepelbagaian etnik seperti di Malaysia ini,salah laku atau tutur kata yang
bersifat melampau tidak boleh diterima kerana ia mampu menggugat kestabilan sosial.Oleh
itu Asrizal Mohamed Radzi (2013), Mazlan Ibrahim et al. (2013) dan Mohd Shukri Hanapi
(2014) berpendapat perasaan hormat menghormati dalam kalangan masyarakat perlu dipupuk
agar nilai-nilai murni dalam gagasan ini dapat membentuk perpaduan kaum pada masa akan
datang.

Setetusnya, kerajaan telah melancarkan Dasar Perpaduan Negara yang berteraskan


konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang menggariskan usaha yang berterusan dalam
memelihara, mengukuh, dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara tiga objektif yang diketengahkan adalah
mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan
serta Rukun Negara. Menurutnya, bagi memastikan tercapainya objektif tersebut, sokongan
padu serta kerjasama penuh daripada semua pihak terutamanya badan bukan kerajaan
(NGO), sektor swasta dan pihak berkepentingan adalah sangat penting.

Kesimpulannya, sebagai rakyat ,Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan negara ini
kerana terdapat kepelbagaian etnik dan perayaan tradisi. Hal ini merupakan salah satu
faktor yang menyebabkan keadaan negara ini aman dan harmoni tanpa timbulnya banyak
konflik yang besar. Ini kerana di dalam naluri dan nurani setiap penduduk di negara ini
telah wujudnya semangat ukhwah dan rasa perpaduan. Tuntasnya, Malaysia negara yang
aman dan tenteram walaupun terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum yang mana
tanggapan masyarakat antarabangsa sangat sukar dipadukan dan menyerap perbezaan
agama,budaya, dan kepercayaan.

(467 patah perkataan)

You might also like