You are on page 1of 2

Tugasan 2(A).

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 merupakan kesinambungan daripada Wawasan


2020 yang bakal berakhir pada penghujung tahun ini. Sebagai satu wawasan lanjutan, tidak
banyak yang berbeza atau berubah daripada wawasan sebelumnya cuma ia mempunyai
lebih banyak lagi perkara baharu sebagai reaksi atau penambahbaikan daripada wawasan
sebelumnya. Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 boleh dianggap sebagai satu garis
panduan yang akan memandu rakyat dan negara mencapai status sebuah negara maju di
mana seluruh rakyatnya akan dapat bersama menikmati kemakmuran dan kesenangan
secara adil dan saksama. Namun ia tetap satu wawasan kebangsaan dan setiap anggota
masyarakat pelbagai lapisan wajar memahami matlamat dan beberapa langkah inisiatif yang
perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kemakmuran negara secara berterusan,
mengukuhkan kestabilan politik dan memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka
dengan meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara
bangsa. Dalam konteks hubungan etnik, terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan
asas bagi mewujudkan landskap masyarakat yang besatu padu tanpa mengira perbezaan
sosial, ekonomi dan politik di Malaysia.

Masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama akan mewujudkan pelbagai
cabaran kepada kebanyakan negara khususnya dalam mengurus kemajmukan sosial.
Cabaran itu wujud, terutama dalam aspek membentuk keharmonian, keamanan dan
interaksi positif antara kaum, agama serta budaya, sekali gus memerlukan pendekatan
berhemah serta penuh rasa hormat. Sebagai negara moden yang melakar masa depan
yang lebih dinamik asas yang boleh diperkukuhkan adalah dengan memelihara perpaduan
nasional. Hal ini kerana, perpaduan dapat menyatukan masyarakat yang berbilang bangsa.
Jika rakyat tidak mengamalkan perpaduan, negara akan sentiasa berlaku rusuhan,
peperangan dan lain-lain lagi. Kerajaan juga mempunyai Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional untuk perpaduan pelbagai kaum di Malaysia. Negara kita mempunyai
pelbagai bangsa dan agama seperti melayu-islam, cina-bubdha, india-hindu dan lain-lain
lagi. Perdana menteri sentiasa menyeru masyarakat supaya sentiasa membina hubngan
bersatu padu dalam kehidupan seharian kita. Pada zaman sekarang sudah banyak
demokrasi yang berlaku dalam negara kita seperti contoh yang terdekat adalah demokrasi
‘Bersih’. Kesan kepada rusuhan dan ketidaksefahaman ini akan mewujudkan kerosakan
pada harta benda, menghakis perpaduan, merencatkan sosioekomoni dan tercetusnya
perang dianatra parti politik di Malaysia. Oleh itu, masyarakat sewajarnya bersatu padu dan
perlulah menanam sifat perpaduan untuk mengekalkan kehidupan yang aman dan damai
yang dikecapi sekarang.
Seterusnya, asas yang boleh menyatukan negara bangsa di Malaysia adalah melalui
pendekatan integrasi. Oleh itu, kerajaan mestilah berusaha untuk menyatukan hubungan
etnik, perpaduan dan integrasi. Hal ini kerana ianya amat penting bagi mewujudkan
kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara untuk bergerak dengan lancar tanpa
sebarang gangguan ataupun berlakunya prasangka antara kaum. Selain itu juga integrasi
kaum dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada
memajukan negara. Selaras dengan harapan pemimpin negara kini terhadap Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030, sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan
etnik, perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung
kepada perpaduan rakyat di negara. Lantaran itu Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Tan
Sri Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin, beliau telah menekankan tentang kepentingan
perpaduan kaum atau integrasi kaum di negara ini diperkukuhkan melalui ucapan khas iaitu
“Kerajaan pimpinan saya akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan
merapatkan jurang ekonomi dalam masyarakat. Marilah bersama-sama saya untuk bina
semula negara kita dan kembalikan kegemilangannya”. Secara keseluruhannya,Integrasi
Nasional merupakan perkara yang amat penting dan mempunyai pengaruh yang besar bagi
sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum ,kepercayaan serta adat yang diamalkan.

Disamping itu,

You might also like