You are on page 1of 2

Ulasan Perpaduan dan Integarasi Nasional.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, budaya serta
agama dan kepercayaan yang dianuti.Untuk mengekalkan kesepaduan berbilang
kaum ini, perpaduan dan integarasi nasional adalah satu keperluan bagi menjamin
rakyat Malaysia hidup dalam suasana aman damai.Kerajaan Malaysia juga
mengambbil pelbagai tindakan bagi mengekalkan kesepaduan ini contohnya
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan meletakkan kumpulan etnik yang
berlainan latar belakang di satu kawasan perumahan yang sama. Kerajaan
menitikberat tentang perpaduan dan integrasi ini kerana kejadian 13 mei 1966.
Ringkasnya, perpaduan dan integrasi ini dimaksudkan dengan satu proses yang
menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti.

Kerajaan telah mewujudkan beberapa strategi melalui pendekatan ekonomi, politik,


pendidikan dan sosial untuk mencapai matlamat perpaduan serta memantapkan lagi
perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Strategi pertama yang dilakukan oleh
kerajaan ialah melalui meningkatkan perpaduan politik. Kerajaan Malaysia
merupakan kerajaan demokrasi. Ini merupakan suatu cara yang dapat meningkatkan
perpaduan dan integrasi nasional. Ini kerana semua rakyat Malaysia mempunyai hak
untuk menyuarakan pendapat dan kiritikan tanpa melanggar undang-undang tanpa
mengira bangsa, agama dan kepercayaan. Pemilihan calon dalam pilihanraya juga
adalah bebas dan adil, calon yang memenangi pilihanraya dengan suara majoriti
berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarkan aspirasi rakyat melalui Dewan
Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.

Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan


Nasional, dan lain-lain dasar pembangunan ekonomi negara bagi mencapai hasrat
mengintegrasikan ekonomi. Melalui dasar ini taraf hidup rakyat dapat
meningkatkan.Selain ini dasar-dasar merupakan satu usaha kerajaan untuk
melibatkan semua rakyat menyertai pembangunan negara bukan sahaja ia dapat
meningkatkan taraf hidup rakyat malah ia juga dapat meninggikan lagi taraf
pembangunan ekonomi Negara.

Kerajaan juga melakasankan pelbagai aktiviti yang meningkatkan perpaduan social


dan kebudayaan. Pelbagai aktiviti seperti lawatan, pameran dan sebagainya akan
membolehkan rakyat berintegrasi dan menjalinkan perhubungan antara satu sama
lain. Melalui ini dapat mewujudkan suasana persehafaman mesra dan harmoni.
Akhir sekali melalui pendidikan juga kerajaan berusaha untuk memupuk perpaduan
dan integrasi nasional. Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum diberi
perhatian dan peruntukan serta kemudahan yang sama dan adil dalam pendidikan
sama ada bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar.

Kesimpulanya perpaduan dan integrasii nasional adalah asas yang mengukuhkan


semangat bangsa Malaysia untuk terus hidup secara aman damai.

You might also like