You are on page 1of 16

3.

0 USAHA-USAHA KERJAAN DAN AMALAN MASYARAKAT MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PRINSIP- PRINSIP RUKUN NEGARA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak dan penting bagi mengekalkan keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Sesungguhnya negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dan kejayaan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing.

Pihak kerajaan terutamanya harus memainkan peranan utama dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia selain menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Kita tidak mahu peristiwa hitam seperti yang telah berlaku pada 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan antara kaum di negara kita yang telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan kemusnahan harta benda yang telah merugikan semua pihak. Peristiwa ini berlaku adalah akibat daripada tidak wujudnya pihak semangat perpaduan betapa dan integrasi nasional. pemupukan

Sesungguhnya,

kerajaan

menyedari

pentingnya

perpaduan dan integrasi dalam masyarakat. Pihak kerajaan telah menjalankan usaha-usaha dan langkah-langkah dengan memperkenalkan dasar-dasar dan pelan tindakan untuk melaksanakan agenda ini.

Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara yang kini dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun 1969 untuk memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum. JPNIN kini juga dipertanggungjawab untuk memantapkan integrasi nasional, iaitu merapatkan masyarakat daripada semua negeri di Malaysia, khususnya antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Usaha-usaha lain yang diambil oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan nasional dan hubungan etnik yang harmonis ialah pengenalan Rukun Negara (Ideologi Kebangsaan), Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan; pergabungan parti-

parti politik melalui Barisan Nasional; dan integrasi antara wilayah iaitu antara kawasan bandar dengan luar bandar serta antara semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Rukun Negara Dasar Ekonomi Baru Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Wawasan 2020 Gagasan 1 Malaysia

1) Rukun Negara Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesopanan dan Kesusilaan

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Kedaulatan Undangundang

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip-Prinsip Rukun Negara

Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak dan untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden. i. Kepercayaan Kepada Tuhan Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama adalah prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (ateis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama sudah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.

Dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangunkan 'pemikiran luhur' dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu.

Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya

menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.

ii. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Di negara kita, Raja dan negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini.

Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warga negara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara.

Pada peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada Raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan

terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah `payung negara' yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

iii. Keluhuran Perlembagaan Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau Perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan kerjasama,

menjadi

asas

penting

untuk

menjamin antara

keadilan, Kerajaan

kesepakatan

dan

kepentingan

bersama

Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian Perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.

iv. Kedaulatan Undang-Undang Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan

mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi

memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undangundang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang diskriminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial).

Oleh itu, keadilan adalah elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang. Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundangan yang paling tinggi, iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warga negara Malaysia.

Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa saja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan negara apabila ada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertian kebebasan dan hak asasi. Di dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

v. Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai murni.

Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya,

asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agama yang dianutinya. Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifat mulia, beradab, bersopan santun,

bertoleransi, saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun Negara.

2) Dasar Ekonomi Baru (DEB) Pelan tindakan kerajaan yang seterusnya ialah dengan melancarkan satu program pembangunan bersepadu dan menyeluruh iaitu dengan

melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuan utamanya adalah untuk membentuk perpaduan negara.

Dua langkah telah diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang pertamanya ialah untuk mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Langkah kedua pula ialah dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki dan memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang dan setarusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah punca utama berlakunya peristawa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 apabila berlakunya ketidak tegasan melaksanakan apa yang telah termaktub dalam kontrak social terutama sekali perkara yang melibatkan isu-isu kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera dalam semua bidang. Pengasingan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi juga turut mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi ekonomi dan taraf pendidikan serta jurang perbezaan ekonomi yang sangat

ketara di antara kaum Melayu dan Bumiputera dengan Bukan Bumiputera semakin melebar hingga mengakibatkan jumlah kemiskinan dan

pengangguran di desa semakin bertambah sehingga memaksa anak-anak muda Melayu berhijrah ke kota mencari pekerjaan.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga 1990 dengan harapan daripada pihak kerajaan pada masa itu iaitu Kerajaan Perikatan agar dapat mengurangkan ketidakseimbangan antara orang Bumiputera dengan Bukan Bumiputera dari segi semua bidang. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-2, RMK-2 (1971-1975) sehingga Rancangan Malaysia ke-5, RMK-5(1986-1990) yang tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang begitu besar dari segi ekonomi tanpa mengira kaum serta mengelakkan berulangnya peristiwa 13 Mei 1969.

3) Wawasan 2020 Diperkenalkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991. Wawasan ini menegaskan bahawa matlamat pembangunan negara ialah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri dan pembentukan negara Malaysia yang maju menjelang 2020.

Wawasan 2020 ini diwujudkan atas beberapa tujuan antaranya bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama. Selain itu, mahu mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur di samping mewujudkan masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang jauh ke depan. Wawasan ini juga bertujuan untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya

menyayangi dan seterusnya memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi serta mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan.

4) Dasar Pendidikan Kebangsaan Pendidikan merupakan satu agen penting dalam memupuk perpaduan. Terdapat beberapa perkara yang menjadi asas kepada perpaduan dalam sistem pendidikan iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, perlaksanaan kurikulum yang seragam di semua sekolah dan pendidikan yang sempurna kepada semua rakyat.

Menerusi Penyata Rahman Talib pada tahun 1959 yang mengkaji perlaksanaan Penyata Razak, telah mengemukakan beberapa cadangan yang membantu dalam membina perpaduan. Antaranya ialah mulai tahun 1962, pendidikan percuma diberikan kepada semua murid sekolah rendah kerajaan. Langkah ini menunjukkan pendidikan diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan. Selain itu sekolah umum telah ditukar menjadi sekolah kebangsaan dan sekolah jenis umum telah ditukar kepada sekolah jenis kebangsaan bagi memupuk semangat kebangsaan dan perpaduan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pilihan. Penyata Rahman Talib juga turut mencadangkan sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar hendaklah ditukar kepada Bahasa Malaysia. Ini adalah penting dalam menyemai semangat kebangsaan dalam diri rakyat.

Penyata Rahman Talib yang dicadangkan telah diterima dan seterusnya digubal semula pada tahun 1961 dan dinamakan Akta Pelajaran 1961. Dasar pendidikan Kebangsaan yang dilaksanakan mempunyai dua matlamat iaitu mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai etnik serta mengkaji masalah keciciran dalam pendidikan.

5) Dasar Kebudayaan Kebangsaan Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Ia juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia telah menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur yang baik daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan. Rasionalnya dasar ini diwujudkan adalah untuk menjadi garis panduan ke arah membentuk dan mewujudkan serta mengekalkan identiti dan perpaduan dalam masyarakat. Dasar ini juga mempunyai objektif yang jelas menjurus ke arah perpaduan kaum iaitu mengukuhkan perpaduan negara melalui satu corak kebudayaan nasional. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan dan

memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu serta mengekapkan identiti negara di persada antarabangsa.

6) Gagasan 1 Malaysia Idea gagasan 1Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri keenam iaitu Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Gagasan 1Malaysia berteraskan beberapa nilai penting dan perlu menjadi amalan setiap rakyat. Gagasan 1Malaysia bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Terdapat beberapa elemen yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia.

Dari segi konsepnya, gagasan 1Malaysia bukan satu dasar baru yang terpisah daripada dasar-dasar kerajaan sebelum ini. Gagasan 1Malaysia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting bagi menjamin kestabilan negara dan kemajuan negara. Gagasan 1Malaysia merupakan satu formula untuk mencapai Wawasan 2020.

Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza daripada konsep asimilasi. Gagasan 1Malaysia menghargai dan

menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia. Gagasan 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Hal ini pasti dapat mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat dan negara.

Prinsip keadilan untuk semua kaum juga terkandung dalam gagasan 1Malaysia. Prinsip keadilan ini membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang

memerlukannya, akan terus dilaksanakan.

Gagasan 1 Malaysia ini akan terlaksana dalam dua aspek utama. Aspek pertama ialah penerapan teras-teras perpaduan. Teras-teras perpaduan

terbahagi kepada tiga iaitu sikap penerimaan, prinsip-prinsip kenegaraan dan keadilan sosial. Sikap penerimaan merujuk kepada penerimaan keunikan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia melalui sikap toleransi dan saling menghormati.

Aspek kedua ialah penerapan nilai-nilai aspirasi. Penerapan nilai-nilai aspirasi pula bertujuan merealisasikan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Memetik kata-kata Perdana Menteri kita, 1 Malaysia adalah satu adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilainilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Antaranya ialah nilai aspirasi telah diperkenalkan iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu dan budaya inovasi. Nilai lain ialah nilai integriti, ketabahan, kesetiaan dan kebijaksanaan.

4.0 KEBERKESANAN RUKUN NEGARA SEBAGAI MEKANISME PERPADUAN DI MALAYSIA

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri. Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai satu sama lain. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara

mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik. Persoalaannya sekarang, sejauhmanakah keberkesanan Rukun Negara sebagai mekanisma perpaduan di Malaysia? Memetik kata-kata mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung MCA ke-49 pada 27 Julai 2002 menyatakan bahawa Persefahaman dan hubungan baik ini hanya dapat dicapai jika kita semua iaitu semua kaum di Malaysia bersifat sederhana dan sanggup bercampur gaul semasa bekerja, bermain dan dalam aktiviti sosial kita. Hal ini menjelaskan bahawa keberkesanan rukun negara ini berlandaskan kepatuhan rakyat terhadap pengamalan lima prinsip yang terdapat dalam rukun negara tersebut. Berdasarkan usaha-usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan dalam membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat jelas menunjukkan bahawa usaha tersebut menjadi. Hal ini jelas kelihatan dalam beberapa program yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan sebagai usaha kerajaan menerapkan nilai perpaduan

dalam diri masyarakat. Antaranya ialah usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah bersatu teguh, bercerai roboh. Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk

diterapkan.Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama. Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam

membentuk perpaduan kaum di Malaysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita. Seiring dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat sekolah. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya, memang tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negara kita menjadi pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum. Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkah dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliahkuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara. Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang

merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum. Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasan 2020 dari acuan rukun negara.

You might also like