You are on page 1of 2

Sebab-sebab semangat kejiranan semakin berkurang

Bahan 1
- Alasan kesibukan seharian dalam mengejar karier masing-
masing
- Pacuan perkembangan teknologi pada hari ini
- Aktiviti yang berkaitan dengan kejiranan semakin kurang
dijalankan
Bahan 2
- Berburuk sangka terhadap jiran

Usaha-usaha mengukuhkan semangat kejiranan


Bahan 1
- Mengamalkan amalan bertegur sapa
- Setiap jiran hendaklah mempunyai matlamat hidup yang
sama yang menginginkan perpaduan
- Amalan ambil peduli terhadap sesuatu keadaan yang
dihadapi jiran
- Sikap saling menghormati kepercayaan masing-masing dan
mengamalkan amalan mulia
- Kita hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan
perkara yang menggores perasaan jiran
- Kita perlu meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah
jiran

Jawapan rumusan :
Rumusan membincangkan sebab-sebab semangat kejiranan
semakin berkurang dan usaha-usaha mengukuhkan semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Sebab semangat kejiranan semakin berkurang ialah alasan


kesibukan seharian dalam mengejar karier masing-masing.
Pacuan perkembangan teknologi pada hari ini menyebabkan
semangat kejiranan berkurang. Kita berburuk sangka terhadap
jiran.

Usaha mengukuhkan semangat kejiranan ialah mengamalkan


amalan bertegur sapa. Setiap jiran hendaklah mempunyai
matlamat hidup yang sama yang menginginkan perpaduan.
Amalan ambil peduli terhadap sesuatu keadaan yang dihadapi
jiran dapat mengukuhkan semangat kejiranan. Sikap saling
menghormati kepercayaan masing-masing dan mengamalkan
amalan mulia turut mengukuhkan semangat kejiranan. Kita
hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang
menggores perasaan jiran.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah mengukuhkan


semangat kejiranan agar masyarakat hidup aman.

(116 patah perkataan)

You might also like