You are on page 1of 1

KARANGAN : BAHAYA MEROKOK

Tulis sebuah karangan yang bertajuk akibat merokok.

Contoh Karangan:

Kerajaan telah kerap kali menaikkan harga rokok dengan harapan agar bilangan perokok di Malaysia
akan berkurangan. Namun begitu, kenaikkan harga bukan sahaja tidak berjaya untuk mengurangkan
bilangan perokok malahan bilangan perokok telah semakin meningkat. Sedarkah mereka akan akibat
yang bakal menimpa kepada diri perokok dan juga keluarga mereka yang tersayang?

Nikotin merupakan sejenis bahan yang boleh dijumpai dalam rokok. Nikotin akan menyebabkan
perokok ketagih untuk merokok. Ketagihan ini akan menyebabkan si perokok menghisap rokok
dengan lebih kerap lagi. Sebagai contoh, perokok mungkin akan hanya menghisap dua batang rokok
sehari tetapi setelah satu minggu merokok, perokok itu mungkin merokok lebih daripada lima batang
sehari.

Merokok juga akan membawakan banyak masalah kesihatan yang serius dan berpanjangan seperti
kanser hidung, penyakit jantung, dan kanser paru-paru. Apabila si perokok menghidap penyakit
tersebut, bukan sahaja mereka harus membayar kos perubatan yang tinggi tetapi mereka juga akan
?menyusahkan ahli keluarga mereka untuk menjaga mereka.

Asap-asap rokok yang dihembuskan oleh perokok merupakan ancaman kepada mereka yang berada
di sekeliling perokok. Mereka yang terhisap asap rokok dikenali sebagai perokok pasif. Perokok pasif
adalah lebih berbahaya jika dibandingkan dengan perokok aktif terutamanya jika perokok pasif itu
adalah kanak-kanak.

Merokok itu membawa padah. Merokok bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan diri sendiri tetapi
juga mereka yang berada di sekeliling anda. Cegahlah diri anda daripada roko

You might also like