You are on page 1of 4

Pengenalan

Kerja kursus pengajian am yang dihasilkan oleh saya bertemakan sosial dan
budaya:jiran pada tahun 2023. Tajuk bagi kerja kursus saya adalah “Aktiviti
kemasyarakatan pemangkin semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Kampung
Parit Baru ,Sri Medan ,Batu Pahat, Johor”.

Definisi secara literal tajuk kerja kursus pengajian am saya iaitu” Aktiviti
kemasyarakatan pemangkin semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Kampung
Parit Baru ,Sri Medan ,Batu Pahat, Johor” dimulakan melalui perkataan frasa
“Aktiviti”. Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi keempat, aktiviti
ditakrifkan sebagai kegiatan dalam social ,sukan dan budaya serta penglibatan diri
seseorang dalam sesuatu kegiatan. Kemasyarakatan pula didefinisikan sebagai
keadaan masyarakat dan sesuatu yang berkaitan masyarakat. Secara
konseptualnya,aktiviti kemasyatakatan yang ditakrifkan oleh laman sesawang rasmi
Universiti Kebangsaan Malaysia merujuk kepada  kerja-kerja kemasyarakatan yang
dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu.
Kerja-kerja kemasyarakatan adalah untuk meringankan bebanan, memberi manfaat,
dan kesejahteraan kepada komuniti tertentu. Aktiviti ini amat digalakkan dilakukan
secara berkumpulan dan berkala untuk memberi hasil dan impak kepada komuniti
yang menerima.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi keempat, definisi pemangkin pula
adalah faktor yang mempercepatkan sesuatu Tindakan. Manakala, semangat pula
ditakrifkan sebagai kemahuan untuk melakukan yang mampu membangkitkan
semangat. Kejiranan pula bermaksud hubungan antara jiran atau kehidupan dengan
jiran. Secara konsepnya frasa “pemangkin semangat kejiranan” menurut majlis
daerah Tumpat ialah Masyarakat majmuk seperti Malaysia wajar menghidupkan
kembali budaya hidup berjiran. Semangat kejiranan dapat membentuk perpaduan di
kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Kita dapat hidup dalam keadaan
yang harmoni dan tenteram.

Secara holistiknya ,kerja kursus pengajian am yang bertajuk” Aktiviti kemasyarakatan


pemangkin semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Kampung Parit Baru ,Sri
Medan ,Batu Pahat, Johor” bermaksud aktiviti berfaedah yang melibatkan penduduk
kampung parit baru seperti aktiviti Rewang ,aktiviti Munjung, aktiviti keagamaan dan
lain lain mampu menjadi perangsang kepada semangat kejiranan yang utuh dan
memberikan kesan yang positif. Antara kesan aktiviti kemasyarakatan terhadap
semangat kejiranan penduduk kampung parit baru adalah memupuk semangat
kerjasama dalam kalangan penduduk,berkongsi ilmu dan maklumat serta saling
bertukar-tukar idea dan mewujudkan masyarakat yang penyayang dan prihatin.

Dalam kerja kursus ini,saya ingin mengkaji sejauh manakah keberkesanan aktiviti
kemasyarakatan yang diamalkan oleh penduduk Kampung Parit Baru mampu
meningkatkan semangat kerjasama antara penduduk. Hal ini dikatakan demikian
kerana sikap penduduk kampung yang kita ketahui secara amnya sentiasa mengambil
berat antara satu sama lain. Warga Kampung Parit Baru yang didiami oleh pelbagai
lapisan umur masyarakat menunjukkan berlakunya interaksi dalam berkongsi ilmu
dan maklumat serta bertukar-tukar pendapat terutamanya dalam aktiviti media sosial
seperti penubuhan kumpulan whatsapp. Sikap prihatin juga telah mendorong
penduduk kampung melakukan aktiviti yang lazimnya diamalkan oleh warga
kampung seperti aktiviti Baraan, aktiviti ceramah ,yasinan dan lain-lain dilakukan
secara bersama-sama. Tanpa mengira usia seseorang,aktiviti yang dijalankan secara
kerap mampu meninggalkan kesan positif terutamanya terhadap golongan muda
Kampung Parit Baru. Penglibatan golongan muda dalam aktiviti kemasyarakatan juga
mampu menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.
Timbul sifat toleransi dan hormat-menghormati dalam diri golonan muda terhadap
warga tua.Maka, ia selari dengan usaha kerajaan dalam membangunkan dan
mewujudkan malaysia madani. semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam
mengekalkan dasar kepada pembinaan negara Malaysia malah sumbangannya adalah
mustahak bagi memastikan penduduk Kampung parit baru sentiasabersatu padu dalam
menghadapi segala kemungkinan di masa hadapan.

Malaysia madani yang diperkenalkan pada 19 januari 2023 sebagai salah satu dasar
negara. Malaysia madani merupakan ikhtiar untuk memetakan strategi pentadbiran
negara secara berkesan, menekankan kepada pemerkasaan ekonomi dan budaya, yang
berteraskan nilai, etika atau akhlak. Dalam pembangunan Malaysia menjadi sebuah
negara madani oleh perdana Menteri Malaysia ke 10, aktiviti kemasyarakatan dilihat
sebagai satu mekanisme yang efektif dalam membentuk masyarakat  menjurus ke arah
perpaduan sebuah masyarakat masa depan yang ideal dan berperadaban. Aktiviti
kemasyarakatan yang dijalankan oleh Penduduk Kampung parit baru bertepatan dan
menjurus kepada salah satu tonggak perancangan Malaysia Madani iaitu ihsan. Ihsan
itu sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan. Saya yakin dan pasti
konsepmadani ini akan diterapkan dalam setiap aktiviti kemasyarakatn yang
diamalkan oleh penduduk kampung parit baru dari dulu hingga kini. Oleh
itu,pemilihan tajuk kerja kursus pengajian am saya ini sesuai dalam mewujudkan
Malaysia Madani.
Lokasi kajian

You might also like