You are on page 1of 18

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat illahi dengan limpahan kurnia-Nya yang dianugerahkan kepada

saya untuk menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya Nuralia

Zawani Binti Mohd Puat ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua yang

terlibat dalam membantu saya menyiapkan tugasan kerja kursus Sejarah yang bertajuk

“Keunikan tradisi Kampung Parit Bugis dan kepentingannya kepada masyarakat di Parit

Bugis pada tahun 2005 hingga 2018”.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pengetua

SMK Tunku Putra, Tuan Haji Ahmad Fadzil bin Ya’ani kerana beliau telah memberikan

keizinan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

Selain itu, tidak dilupakan juga ucapan penghargaan terima kasih kepada guru

Penolong Tingkatan Enam SMK Tunku Putra, Puan Juliana Binti Panior serta guru mata

pelajaran Sejarah saya, Puan Nuraini Binti Sauji yang telah membimbing dan memberikan

tunjuk ajar sepanjang saya melengkapkan tugasan kerja kursusu ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah

memberikan sokongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan kerja kursus Sejarah. Jutaan

terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang sudi memberi tunjuk ajar. Akhir

madah, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara

langsung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursusu saya ini. Terima kasih.
ISI KANDUNGAN

BUTIRAN MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN 4
1.0 PENGENALAN 5-6
2.0 ASAL USUL MASYARAKAT DI KAMPUNG PARIT 7
BUGIS MUAR, JOHOR
2.1 Sejarah Muar, Johor 8
2.2 Kedatangan Masyarakat Bugis dan Jawa ke Tanah Melayu 9
2.3 Asal Usul Masyarakat di Kampung Parit Bugis Muar, 10
Johor
3.0 KEUNIKAN TRADISI YANG TERDAPAT DI 11
KAMPUNG PARIT BUGIS PADA TAHUN 2005 HINGGA
2018
3.1 Keraton Mbah Anang 12
3.2 Pesta Bulan Mengambang 12
3.3 Tradisi Bahasa Jawa
3.4 Keunikan Tradisi Kempling
4.0 KEPENTINGAN KEUNIKAN TRADISI DI KAMPUNG 15-19
PARIT BUGIS KEPADA MASYARAKAT PADA TAHUN
2005 HINGGA 2018
4.1 Sumber Pendapatan 15
4.2 Tarikan Pelancongan dan Pendidikan
4.3 Mengekalkan Identiti Kampung Parit Bugis
4.4 Kemudahan Infrastuktur dan Sosial
5.0 KESIMPULAN 36-38
BIBLIOGRAFI 38
LAMPIRAN 39-43
1.0 PENGENALAN

Tradisi boleh definisikan sebagai sesuatu kebiasaan yang dikekalkan menjadi amalan

turun-temurun yang sudah sebati dalam sesuatu masyarakat. 1 Hal ini boleh digambarkan

seperti amalan tradisi yang diamalkan bagi sesebuah masyarakat adalah adat dan kepercayaan

masyarakat. Tradisi ini juga sesuatu perkara yang telah diwariskan oleh nenek moyang atau

generasi ke generasi bagi tujuan mengamalkan dan mengekalkan tradisi untuk dikenalkan

pada generasi akan datang. Tradisi ini meliputi agama, masakan, budaya, kebiasaan sosial,

bahasa dan seni bina.2 Buktinya tradisi ini masih dikekalkan sehingga ke hari ini seperti

Kampung Parit Bugis yang terletak di daerah Muar, Johor yang masih mengekalkan

keunikan tradisi di kampung tersebut. Kampung ini mempunyai keunikan tradisi yang dapat

menarik generasi pada masa ini untuk melihat dan mempelajari apa yang ada di kampung

tersebut.

Seterusnya, tradisi ini juga dapat dilihat menerusi pembentukan kampung tradisi yang

wujud di Malaysia. Kampung tradisi bermaksud sesuatu petempatan di luar bandar yang

dibina dan dikekalkan keunikan tradisinya sehingga hari ini. 3 Antara kampung tradisi yang

wujud di Malaysia yang menjadi tarikan seperti Kampung Budaya Sarawak, Santubong,

Kuching dan Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor. 4 Selain itu, di

Malaysia mempunyai beberapa buah negeri yang wujudnya kampung tradisi seperti negeri

Johor. Antara kampung tradisi yang ada di negeri Johor adalah Kg. Seluyut, Kg. Gembut,

Kg. Telok Ramunia dan Kg. Parit Bugis yang mempunyai keunikan tersendiri.5

Oleh hal demikian, kajian terhadap kampung tradisi di Kg. Parit Bugis dijalankan

untuk mengenalpasti keunikan tradisi yang terdapat di kampung ini yang masih dikekalkan

sehingga ke hari ini dengan bertujuan tradisi budaya, kepercayaan dan seni bentuk dapat

diperkenalkan kepada generasi pada masa ini. Perkara ini membolehkan generasi kini dapat
mempelajari dan mengamalkan tradisi yang wujud di sesebuah kampung tradisi. Ini juga

disebabkan keunikan tradisi yang wujud mempunyai keaslian yang tersendiri yang sukar

untuk dilihat dan dirasai keunikan tradisi ini di tempat lain.

2.0 Asal Usul Masyarakat Di Kampung Parit Bugis Muar, Johor

2.1 Sejarah Muar, Johor

Negeri Johor mempunyai 10 buah daerah dan salah satunya adalah daerah Muar.

Daerah Muar ini terletak di barat laut negeri Johor yang mempunyai penduduk seramai

328695 orang mengikut bancian tahun 2000 dan meliputi 11 mukim seperti Sungai Balang

dan Air Hitam.6 Perkataan Muar ini dikenali sebagai “ Muna” dan “ Ar” yang berasal

daripada perkataan hindu yang bermaksud tiga dan sungai yang boleh digambarkan

kewujudan sungai Muar.7

Sejarah awal Muar ini sudah berlaku sejak abad ke-14 lagi. Pada tahun 1361, Muar

adalah sebahagian empayar Majapahit dan menurut catatan lain mengatakan Parameswara

iaitu pengasas empayar Melaka telah menubuhkan petempatan di Pagoh selepas beliau

melarikan diri dari Temasik sebelum menuju ke Melaka. 8 Perkembangan Muar ini dapat

dilihat pada tahun 1884, apabila Bandar Maharani telah dibuka dan diiktirafkan sebagai

Bandar Diraja Johor. Setelah itu, pada tahun 1885 pula Maharaja Abu Bakar diangkat

sebagai Sultan Johor bagi menguruskan pentadbiran negeri Johor. 9 Dengan itu, daerah Muar

ini telah menjadi satu bandar yang maju pada masa kini.

2.2 Kedatangan Masyarakat Bugis Dan Jawa Ke Tanah Melayu

Masyarakat Bugis cenderung keluar dari kampung halamannya untuk mencari

kehidupan dan petempatan baru. Perkara ini menunjukkan masyarakat Bugis ini suka

mengamalkan kegiatan merantau atau berhijrah. Kegiatan merantau oleh masyarakat ini

menyebabkan terhasilnya ikatan sejarah masyarakat Bugis dengan Semenanjung Tanah


Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.10 Pada abad ke 17 wujudnya petempatan di

mukim dan kampung yang didirikan oleh masyarakat Bugis di Semenanjung Tanah Melayu.

Walau bagaimanapun, jumlah khusus populasi mereka tidak dapat diketahui disebabkan

kekurangan sumber namun kehadiran mereka dapat dilihat dengan dua buah negeri di

Semenanjung Tanah Melayu iaitu Johor dan Selangor. Buktinya di Johor terdapat banyak

petempatan yang masih diduduki oleh masyarakat Bugis seperti Minyak Beku, Muar dan

Pengerang.11

Tambahan itu, kegiatan utama Masyarakat Bugis ini adalah berlayar, mengembara,

berdagang dan merantau. Pada abad ke 17 dan abad ke 18 berlakunya penghijrahan

masyarakat ini secara besar-besaran dan menjadikan Tanah Melayu salah satu tempat

penghijrahan mereka. Faktor penghijrahan mereka disebabkan kekurangan tanah dan sumber

makanan.12 Disamping itu, kebanyakan masyarakat ini memilih Johor sebagai petempatan

mereka. Dengan wujudnya kemahiran yang mereka perolehi seperti meneroka dan membina

petempatan telah memudahkan mereka untuk berhijrah ke Johor.13 Perkara ini tidak

dinafikan lagi, bahawa masih wujud masyarakat Bugis di Johor.

Seterusnya kedatangan masyarakat Jawa ke Tanah Melayu juga disebabkan

kekurangan sumber tanah yang disebabkan penduduknya yang padat.14 Masyarakat Jawa di

Pulau Jawa menjadikan pertanian adalah kegiatan ekonomi mereka, namun disebabkan

populasi yang ramai menyebabkan mereka kekurangan sumber tanah pertanian. 15 Oleh hal

demikian, masyarakat Jawa memilih untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

Catatan mengatakan masyarakat Jawa berada di Tanah Melayu semasa pemerintahan

Parameswara di Melaka yang dikenali sebagai masyarakat pedagang pada abad ke 15, namun

mereka meninggalkan Melaka disebabkan penjajahan Portugis.16 Pada abad ke 19

masyarakat Jawa datang semula ke negeri selat dan berhijrah ke negeri Johor, Perak dan
Selangor sebagai peneroka.17 Masyarakat Jawa ini telah membuka petempatan dan mengikut

catatan sejarah, penghijrahan masyarakat ini di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun

1835-1900 adalah paling aktif mereka berhijrah.18 Buktinya wujudnya perkampungan dan

desa yang dibuka oleh orang Jawa seperti daerah Muar dan sehingga kini petempatan tersebut

masih diduduki oleh masyarakat Jawa.19

2.3 Asal Usul Masyarakat di Kampung Parit Bugis Muar, Johor

Kampung Parit Bugis merupakan kampung yang berada di daerah Muar di dalam

negeri Johor yang bermukimkan Sungai Balang. Pembentukan Kampung Parit Bugis ini

bermula pada tahun 1909 oleh masyarakat Bugis dari Indonesia yang diketuai oleh Daeng

Abu Bakar dan Daeng Serabut.20 Mayarakat Bugis ini mengusahakan pertanian ladang getah

namun keadaan tanah gambut di kawasan tersebut kurang sesuai bagi tanaman getah.21 Pada

abad ke 20, keseluruhan kawasan Kampung Parit Bugis menanam kelapa sawit disebabkan

kesesuaian tanah gambut. Masyarakat Bugis hanya menetap dalam tempoh 5 tahun di

kawasan tersebut dan berpindah ke kawasan lain seperti Pontian dan Benot. 22 Oleh hal

demikian, tempoh masa masyarakat Bugis yang menetap adalah singkat menyebabkan

kampung tersebut diambil alih oleh masyarakat Jawa dari Kabupaten Ponorogo pada tahun

1913.23 Oleh hal demikian, nama Kampung Parit Bugis masih kekal hingga hari ini

walaupun kawasan itu dihuni oleh masyarakat Jawa.

Pada tahun 2001, Kampung Parit Bugis diketuai oleh Tuan Hj Subaher Bin Hj

Zakariah yang telah dilantik sebanyak 2 kali sebagai ketua kampung sekali lagi iaitu pada

tahun 2023. Kampung Parit Bugis ini mempunyai rangkaian 11 kampung yang di tadbir urus

oleh beliau dan antaranya ialah Parit No 1 hingga 5, Parit Gantung dan Parit Bugis.

Tambahan itu, secara kasar bancian penduduk menurut pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat

(KEMAS) terdapat 2030 penduduk dan 596 buah rumah di Kampung Parit Bugis. 24
Penduduk di kampung tersebut pada masa ini hanya berbangsa Melayu sahaja dan

menggunakan bahasa penghantar iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa sebagai pertuturan

harian mereka.

3.0 Keunikan Tradisi Yang Terdapat Di Kampung Parit Bugis Pada Tahun 2005

Hingga 2018

Kampung Parit Bugis ini sinonim dengan kepelbagaian keunikan tradisi yang

disebabkan pelbagai tradisi yang wujud dan telah diamalkan oleh masyarakat di kampung ini.

Antara keunikan tradisi yang terdapat di kampung ini ialah tempat bersejarah seperti Keraton

Mbah Anang, Pesta Bulan Mengambang, Bahasa Jawa, Kempling dan Makanan Tradisi.

Tradisi yang unik ini telah diamalkan dan dikekalkan sebagai identiti masyarakat Kampung

Parit Bugis yang sangat mementingkan tradisi turun-temurun.

3.1 Keraton Mbah Anang

Keraton Mbah Anang ini dikenali sebagai rumah yang bercirikan tradisi Jawa dari

segi bentuk dan ukiran rumah yang tersendiri yang hanya ada di Kampung Parit Bugis.

Keraton ini adalah istilah Jawa yang bermaksud istana, manakala Mbah Anang pulak

bermaksud “Mbah Lelaki” atau “ Datuk Lelaki” dan apabila digabungkan menjadi “Istana

Datuk Lelaki” dari segi Bahasa Melayu.25 Permulaan pembukaan keraton ini adalah sebuah

rumah lama atau rumah pusaka yang telah dibina pada tahun 1930 diubah suai sebanyak

empat kali pada tahun 1990 hingga 2009.26 Pemilik rumah ini ialah Haji Wahid Bin Musin

dan isterinya Hajah Siti Binti Ibrahim. Rumah ini kemudiannya, diwariskan kepada anaknya

iaitu Hajah Tinah Binti Wahid yang berumur 90 tahun dan arwah suaminya Mingan Sakimin.

Keraton ini seterusnya telah diuruskan oleh generasi yang ketiga iaitu Johar Bin Paimen dan

anaknya Aliff Ashraf Bin Johar sebagai cicit kepada Hajah Tinah. 27 Nama Keraton Mbah

Anang ini juga diambil sebagai memperingati arwah Mingan Sakimin. 28 Malahan, salah
silah keluarga ini juga berketurunan Jawa Ponorogo, Indonesia dan menyebabkan keluarga

ini mengambil inisiatif dalam mengekalkan budaya dan tradisi Jawa di dalam rumah ini.

Reka bentuk rumah keraton ini dikatakan seratus peratus bahan dan pembuat dari

Jawa Timur dan Jawa Tengah, Indonesia.29 Reka bentuk rumah ini telah dicetuskan idea

oleh ahli keluarga itu sendiri dan telah dibina oleh orang Jawa seperti arwah Wak Amin yang

mempunyai kemahiran dalam membina dan mengukir. Keunikan reka bentuk keraton ini

dapat dilihat dibahagian tangga rumah, bumbung rumah dan gapura iaitu pintu gerbang yang

diinspirasikan daripada gabungan reka bentuk Indonesia dan Malaysia. 30 Buktinya tangga

rumah keraton ini telah dibina dengan menginspirasikan Rumah Melaka. Manakala bumbung

rumah dan gapura dinspirasikan daripada Indonesia. Tambahan itu, bumbung rumah ini

mempunyai 3 tingkat yang mempunyai maksud tersendiri dan dibina berdasarkan Masjid

Demak di Jawa Tengah. Makna bumbung lapisan pertama, kedua dan ketiga adalah

“Tariqat”, “Hakikat” dan “Makrifat” yang merujuk kepada agama Islam. 31 Manakala reka

bentuk gapura mempunyai ukiran dan bentuk yang unik kerana bahan seperti batu bata untuk

gapura hanya ada di Jawa, Indonesia. Tambahan itu, pengukir gapura ini juga merupakan

orang Jawa itu sendiri kerana mereka mempunyai kemahiran yang lebih mendalam.

Selain itu, reka bentuk dalaman rumah keraton ini di isi dengan perabut antik,

gambar-gambar lama, topeng barongan, ukiran kerusi, patung-patung ukiran dan alat-alat

musik tradisional.32 Sebagai contoh perabut antik yang diletakkan di ruang tidur dinamakan

singgah sana telah dibina lebih 50 tahun.33 Hal ini menunjukkan Keraton Mbah Anang ini

menjadi pusat yang mengekalkan reka bentuk, peralatan tradisional dan ukiran-ukiran khas

dari Jawa. Tujuannya adalah mengekalkan tradisi Jawa agar tidak pupus ditelan zaman

supaya generasi baru dapat merasai dan melihat sendiri tradisi Jawa. Buktinya keraton ini

telah menjadi tempat tarikan pelancong di Kampung Parit Bugis. Tambahn pula, keraton ini

juga telah menjadi salah satu tempat tarikan pelancong ekoran terdapat pelbagai aktiviti
seperti bermain wau, gasing, mainan rakyat dan menonton persembahan budaya seperti

tarian barongan.34

3.2 Pesta Bulan Mengambang

Pesta Bulan Mengambang telah diasaskan oleh Persatuan Jawa Parit Bugis yang

dinaung oleh Johar Bin Paimin.35 Pesta Bulan Mengambang ini adalah persembahan

kebudayaan yang dilaksanakan di Keraton Mbah Anang. Pesta ini akan dijalankan pada tiap

bulan pada pukul 8 malam hingga 12 tengah malam. Pesta Bulan Mengambang ini bukanlah

berunsurkan pemujaan bulan tetapi ini adalah satu identiti masyarakat di Kampung Parit

Bugis untuk menarik masyarakat mengenali budaya Jawa.36 Dalam hal ini, pesta yang

dinamakan Pesta Bulan Mengambang disebabkan apabila bulan mengambang maka cahaya

bulan yang sangat terang dan cantik. Oleh hal demikian, ianya sangat sesuai untuk

melakukan persembahan budaya.

Antara persembahan kebudayaan yang dijalankan semasa Pesta Bulan Mengambang

adalah tarian Barongan, Kuda Kepang, Wayang Kulit, Zapin dan nyanyian daripada artis

jemputan.37 Kesemua persembahan ini tidak dijalankan dalam satu masa yang sama tetapi

hanya mengambil dua atau tiga persembahan sahaja secara bertema pada tiap bulan.

Misalnya, pada bulan empat bertemakan hari raya adanya persembahan seperti tarian

Barongan, Zapin, Kuda Kepang dan gerai-gerai kecil. Namun begitu, tarian Barongan

adalah wajib dilaksanakan dalam Pesta Bulan Mengambang sebagai pembuka gelanggang

persembahan.

Tarian Barongan atau dikenali sebagai Reog adalah tarian tradisi daripada Jawa

Ponorogo.38 Tarian ini adalah cerita rakyat Jawa yang mengisahkan perbalahan antara Patih

Singolodro Barongseto dan Raja Kelono Sewandono yang berebut untuk mendapatkan Ratu

Songgolangit dari Kerajaan Kediri.39 Selain itu, tarian ini diiringi dengan lagu dan bunyian
alat musik seperti gendang, gong dan angklong. Tambahan pula, persembahan ini turut

dilaksanakan oleh Persatuan Jawa Parit Bugis yang terdiri daripada golongan dewasa hingga

pelajar sekolah.

Namun begitu, ada yang mengatakan Pesta Bulan Mengambang ini wujudnya unsur-

unsur mistik apabila wujudnya tarian Barongan. Hal ini dikatakan demikian kerana, penari

yang memakai topeng Barongan perlu ada kekuatan rahang dan gigi untuk menggigit topeng

tersebut. Topeng Barongan itu telah diimport dari Jawa yang beratnya melebihi 25 kg dan

boleh mencapai 60 kg.40 Namun demikian, tiada unsur mistik yang digunakan dalam tarian

Barongan ini. Dikatakan lagi tarian ini sebenarnya memerlukan latihan yang banyak dan

kemahiran yang cukup sebelum dipersembahkan kepada penonton semasa Pesta Bulan

Mengambang. Oleh itu, Pesta Bulan Mengambang ini menjadi suatu keunikan yang ada di

Kampung Parit Bugis.

3.3 Tradisi Bahasa Jawa

Kemasukan masyarakat Jawa ke Tanah Melayu menyebabkan wujudnya variasi

bahasa. Kedatangan masyarakat Jawa ke Tanah Melayu telah mendorong kepada

penggunaan Bahasa Jawa sebagai bahasa pertuturan harian masyarakat Jawa di Tanah

Melayu. Hal ini dapat dibuktikan di Kampung Parit Bugis, masyarakat kampung ini majoriti

berketurunan Jawa dan mereka bertutur dalam Bahasa Jawa. Walau bagaimanapun, Bahasa

Melayu masih digunakan kerana Bahasa Melayu adalah bahasa penghantar utama manakala

Bahasa Jawa adalah pertuturan bagi masyarakat Jawa di Kampung Parit Bugis.

Selain itu, Bahasa Jawa ini diamalkan bertujuan untuk generasi akan datang

mengetahui dan memahami Bahasa Jawa.41 Kebanyakan penggunaan Bahasa Jawa di

kampung ini fasih dituturkan oleh golongan tua. Manakala golongan muda masih

menggunakan Bahasa Jawa tetapi tidak sefasih golongan tua. Tambahan pula, Bahasa Jawa
ini turut digunakan semasa aktiviti kemasyarakatan seperti rewang dan digunakan dalam

persembahan Tarian Barongan. Antara lagu yang digunakan dalam Bahasa Jawa semasa

persembahan Barongan adalah Lir-ilir, Caping Gunung, Perahu Layar dan Pepiling. 42

Disamping itu, terdapat juga lagu dalam Bahasa Melayu ditukarkan kepada Bahasa Jawa.

Dengan adanya penggunaan Bahasa Jawa ini menjadikan bahasa ini tidak akan pupus dan

diketahui oleh masyarakat.

3.4 Keunikan Tradisi Kempling

Kempling adalah kesenian yang diwarisi dari masyarakat Jawa oleh rakyat Negeri

Johor. Kempling ini merupakan satu permainan musik dengan diiringi bacaan rawi yang

diambil dari berzanji sama ada bacaannya dalam Bahasa Arab dan terjemahan daripada

Bahasa Melayu atau Jawa.43 Dalam hal ini, kempling ini turut diamalkan di Kampung Parit

Bugis yang dimainkan oleh masyarakat Jawa. Kempling ini telah diketuai oleh Encik Tamat

Bin Haji Abdullah dan dianggotai oleh 8 orang ahli. 44 Tambahan itu, semasa nyanyian

bacaan berzanji akan diikuti bunyian alat-alat musik seperti gendang, kempling dan jidur

yang melahirkan irama yang indah dan mengasyikkan.

Seterusnya, pemainan kempling ini juga melibatkan unsur-unsur agama yang memuji

kebesaran Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Dengan adanya seni kempling ini

menjadikan masyarakat lebih mendekatkan diri kepada Allah. Selain itu, kempling ini akan

dilaksanakan dalam majlis keramaian seperti majlis berkhatan, majlis perkahwinan,

maulidur rasul dan potong jambul mengikut permintaan masyarakat setempat.45 Malah,

persembahakan kemping ini juga dimainkan pada waktu malam atau pagi bagi tujuan untuk

memeriahkan suasana. Dikatakan juga, kempling ini adalah satu hiburan kepada masyarakat

pada masa itu sebelum adanya alat komunikasi seperti radio. Ini menunjukkan bahawa
kempling ini adalah satu seni kesenian yang unik dan menarik yang telah diamalkan oleh

masyarakat di kampung ini.

3.5 Keunikan Makanan Tradisi

Makanan tradisi atau makanan tradisional adalah makanan dan minuman dengan

citarasa khas yang diamalkan oleh masyarakat tertentu. 46 Makanan tradisi ini mempunyai

pelbagai keunikan budaya tradisi dari segi teknik pembuatan, pembungkusan dan penyajian

makanan. Makanan tradisi ini juga boleh dibahagikan kepada masakan yang sudah dimasak

dan masakan mentah. Oleh hal demikian, masyarakat di Kampung Parit Bugis ini telah

mengambil inisiatif sendiri dalam mengamalkan dan mewariskan makanan tradisi ini sebagai

salah satu simbol identiti masyarakat yang tidak melupakan makanan tradisi.

Antara makanan tradisi yang terdapat di kampung ini ialah Nasi Ambeng, Rempeyek,

Ayam Engkong, Tempe dan sebagainya. Selain itu, dengan mengamalkan makanan tradisi

ini telah menjadikan salah satu cara masyarakat mengeratkan hubungan mereka antara satu

sama lain semasa aktiviti penyedian, pembungusan dan penyajian makanan dilakukan secara

bergotong-royong. Sebagai contoh, penyediaan Nasi Ambeng sering dimasak ketika kenduri

tahlil. Tambahan pula, hidangan Nasi Ambeng ini dihidangkan di dalam dulang untuk 4

orang makan. Dalam hal ini, penduduk kampung akan menjamah sedikit hidangan tersebut

dan selebihnya akan di bungkus untuk dibawa pulang dan dikenali sebagai berkat atau

bontrot sebagai buah tangan.47 Ini menunjukkan bahawa makanan tradisi ini bukanlah hanya

keunikan dari segi cara masakan dan penyajian makanan tetapi dapat mengeratkan hubungan

kemasyarakatan. Dengan itu juga, adanya masakan tradisi yang dipraktikkan dalam

kehidupan harian masyarakat di kampung ini telah menjadi satu panduan kepada generasi

muda untuk diamalkan.


4.0 Kepentingan Keunikan Tradisi Di Kampung Parit Bugis Kepada Masyarakat Pada

Tahun 2005 Hingga 2018

Keunikan tradisi di Kampung Parit Bugis ini, telah menjadikannya satu kepentingan

kepada masyarakat. Keunikan tradisi ini telah mendorong kepada masyarakat untuk menjaga

keunikan yang wujud di kampung ini. Dengan adanya keunikan tradisi ini telah memberikan

pelbagai manfaat yang dapat dirasai oleh masyarakat.

4.1 Sumber Pendapatan

Kewujudan keunikan tradisi di Kampung Parit Bugis telah mendorong kepada sumber

pendapatan masyarakat di kampung ini. Perkara ini dapat dilihat apabila masyarakat telah

mengusahakan Inap Desa dan Industri Kecil Serdahana (IKS) di kampung ini. Pengusahan

Inap Desa ini telah diuruskan oleh Haji Saifuldin Bin Haji Mohd Kadak. 48 Pada

permulaannya penubuhan Inap Desa telah diilhamkan oleh Kementerian Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Majlis Tindakan

Pelancongan Negeri Johor dan Persatuan Homestay Malaysia pada tahun 2003. 49 Rentetan

perkara ini telah menyebabkan permulaan penduduk seramai 56 orang yang melibatkan diri

dalam Inap Desa yang mana mereka telah menawarkan 150 bilik penginapan kepada

pelancong. Tambahan itu, Inap Desa ini turut menawarkan pelbagai pakej yang menarik dan

mendorong kepada kehadiran pelancong ke kampung ini.

Antara pakej yang ada seperti penginapan 2 hari 1 malam yang berharga RM 165

untuk seorang. Pakej ini akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dijalankan

oleh pelancong serta penyediaan makanan dan minuman akan disediakan. Tambahan pula,

aktiviti yang menarik dilakukan melalui pakej ini adalah lawatan ke Keraton Mbah Anang,

menyaksikan persembahan Barongan, bermain permainan tradisional, mewarna batik dan

mengunjungi pusat perusahan IKS.50 Ini dapat dilihat dengan adanya pelbagai keunikan yang
ada telah menarik pelancong ke kampung ini sekaligus mendatangkan pendapatan pada

penduduk kampung. Buktinya berdasarkan Statistik Pendapatan Inap Desa Pada Tahun 2011

Hingga 2019 telah mencapai RM 1 juta.51

Disamping itu, sumber pendapatan masyarakat turut diperolehi melalui perusahan

IKS yang terdiri daripada buah 13 IKS. Antara produk IKS di kampung ini adalah

pembuatan cakar ayam, tempe, mee siput dan kuih bahulu yang menjadi tarikan kepada

pelancong untuk merasai rasa dan cara pembuatannya.52 Tambahan pula, apabila mereka

melawat ke pusat IKS, dengan secara tidak langsung mereka akan membeli produk IKS ini

sebagai buah tangan mereka dan telah memberi pendapatan pada masyarakat di kampung ini.

Oleh itu, kepentingan keunikan tradisi yang ada di kampung ini telah memberikan sumber

pendapatan kepada masyarakat di kampung ini.

4.2 Tarikan Pelancongan Dan Pendidikan

Keunikkan tradisi ini telah menyebabkan lebih ramai pelancong dari luar dan pelajar-

pelajar Universiti datang ke Kampung Parit Bugis ini untuk menikmati dan merasai sendiri

keunikan tradisi yang ada di kampung ini. Mengikut Statistik Kedatangan Pelancong

Domestik dan Antarabangsa Tahun 2011 sehingga 2019 adalah 18742 orang daripada

pelancong domestik, manakala pelancong antarabangsa seramai 10357 orang.53 Antara

pelancong domestik yang datang ke kampung ini daripada negeri Melaka, Kelantan,

Selangor dan lain-lain. Manakala pelancong antarabangsa yang hadir ke kampung ini terdiri

daripada negara Jepun, Korea, Indonesia, Nigeria dan banyak lagi.54

Selain itu, dari segi pendidikan pula, terdapat banyak pelajar Universiti yang datang

ke kampung ini bertujuan untuk mengkaji budaya dan membuat program di kampung ini.

Antara pelajar Universiti yang datang ke kampung ini daripada Universiti Tun Hussien Onn

Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Buktinya pelajar daripada
UTM telah membuat program “Parit Bugis Yuk” yang bertujuan untuk pelajar selami

budaya masyarakat Jawa.55 Pelajar-pelajar daripada UTM ini turut terdiri daripada

pertukaran pelajar serta pelajar ini akan diserap sebagai anak angkat di kampung ini.

Seterusnya, kebanyakkan pelajar yang hadir ke kampung ini adalah untuk merasai

dan mengkaji sendiri keunikan tradisi di kampung ini. Dengan itu, apabila kehadiran

pelancong dan pelajar ke kampung ini telah menaikkan suasana kemeriahan serta di

Kampung Parit Bugis.

4.3 Mengekalkan Identiti Kampung Parit Bugis

Kampung Parit Bugis ini telah mencapai pelbagai anugerah yang telah

membanggakan masyarakat di kampung tersebut. Dengan adanya anugerah yang telah

diperolehi oleh kampung ini membolehkan masyarakat mengekalkan identiti Kampung Parit

Bugis sebagai kampung yang mempunyai pelbagai keunikan tradisi serta keindahan yang ada

di kampung tersebut.

Antara anugerah yang telah diperolehi kampung ini adalah Anugerah Desa Lestari

2013, Anugerah Johan Homestay Terbaik Johor 2010, Anugerah Johan Surau Terbaik

Daerah Muar, Anugerah Johan Kampung Indah Johor Peringkat Negeri 1889 dan banyak

lagi.56 Anugerah ini membuktikan kampung ini telah menunjukkan masyarakat bersama-

sama mengekalkan identiti kampung ini dari pelbagai aspek seperti kebersihan, kerohanian

dan kemudahan. Perkara ini akan menjadikan identiti Kampung Parit Bugis ini dapat

dikekalkan.

4.4 Kemudahan Infrastuktur Dan Sosial

Kampung Parit Bugis ini terus maju lebih-lebih lagi apabila telah dijadikan salah satu

destinasi pelancongan. Oleh hal demikan, pelbagai kemudahan yang lengkap telah dibina

dan disediakan di Kampung Parit Bugis. Antara kemudahan infrastuktur yang ada di
kampung ini adalah bekalan elektrik, bekalan air dan jalan raya yang sudah di tar. 57

Manakala kemudahan sosial yang ada di kampung ini adalah surau, sekolah, gelanggang

permainan, balai raya dan klinik.58 Dengan adanya kemudahan ini membolehkan masyarakat

menggunakan kemudahan ini dengan selesa dan memudahkan aktiviti harian masyarakat di

kampung ini.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, didapati bahawa kedatangan masyarakat Bugis dan Jawa ke Tanah

Melayu telah mendorong kepada wujudnya kawasan petempatan yang telah dibuka oleh

mereka. Hal ini menyebabkan telah wujudnya satu perkampungan tradisi iaitu Kampung

Parit Bugis, Muar, Johor yang didiami oleh masyarakat Jawa yang mempunyai pelbagai

keunikan tradisi di kampung tersebut.

Keunikan tradisi di kampung seperti Keraton Mbah Anang, Pesta Bulan

Mengambang, Tradisi Kempling, Tradisi Bahasa Jawa dan makanan tradisi yang menjadi

salah satu kepentingan dan identiti kepada masyarakat di kampung ini.

Oleh hal demikian, menerusi kajian ini dapat dilihat betapa pentingnya keunikan

tradisi itu perlu diperlihara dan dikekalkan. Perkara ini disebabkan keunikan tradisi dapat

memberikan manfaat kepada masyarakat di kampung tersebut serta genersi akan datang.

Dengan wujudnya keunikan tradisi ini membolehkan generasi baru melihat dan merasai

sendiri keunikan tradisi ini.


1
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Edisi keempat. s.v. “Tradisi”. 4 Jun 23. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=tradisi
2
Ayu Sendari. “Tradisi adalah kebiasaan yang diturunkan,kenali bentuknya”. Diakses pada 29 November. 2021.
https://www.liputan6.com/hot/read/4723558/tradisi-adalah-kebiasaan-yang-diturunkan-kenali-bentuknya
3
Educalingo. “Kampung”. Diakses pada 4 Jun. 2023. https://educalingo.com/ms/dic-ms/kampung
4
YB Tuan Mohd Zawawi. “Pembangunan kampung”. Mesyuarat kedua penggal pertama dewan negeri Selangor Tahun 2018. 3-7
September. (2018).
5
Portal rasmi lembaga kemajuan johor tenggara kementerian kemajuan desa dan wilayah. “Senarai Kampung Tradisi”.
6
Universiti Kebangsaan Malaysia. “Toponymy Heritage Places of Malaysia”. Diakses pada 2014. https://heritagemalaysia.my/Jhr-
Muar.html
7
Ibid.
8
Majlis Pembandaran Malaysia. Info Muar. 2016. Portal Rasmi Perbandaran Muar. Halaman 2.
9
Noor Aimran Samsudin. “Sejarah Petempatan Tradisional Negeri Johor: Muar & Batu Pahat. Universiti Teknologi Malaysia”. Hlmn 16.
10
Rahilah Omar, Nordin Husin. “Sejarah Kedatangan Masyarakat Bugis ke Tanah Melayu: Kajian kes di Johor”. Hlmn 1. Diakses pada
Januari (2009). http://journalarticle.ukm.my/359/
11
Ibid. hlmn 1.
12
Facebook. “Kehadiran orang Bugis ke Tanah Melayu”. Diakses pada 2017. https://m.facebook.com/SayaOrangJohor/photos/kehadiran-
orang-bugis-ke-tanah-melayu-dipercayai-sudah-bermula-sejak-zaman-kesul/934159170069473/
13
Ibid.
14
Arik Dwijayanto. “Migrasi, Adaptasi Dan Tradisi Komunitas Muslim Jawa Di Semenanjung Melayu”. Hlmn 275. Diakses pada
Dicember 2017.
https://www.researchgate.net/publication/323949953_MIGRASI_ADAPTASI_DAN_TRADISI_KOMUNITAS_MUSLIM_JAWA_DI_S
EMENANJUNG_MELAYU
15
Ibid. Hlmn 275.
16
Rostam Hamzah. “ Etnik Jawa”. R H (blogspot). http://rostamhamzah68.blogspot.com/2013/04/etnik-jawa.html
17
Ibid.
18
Tun Sheikh Engku Bendahara. “ Sejarah Kedatangan Orang Jawa Ke Johor”. Sejarah (blogspot). http://sejarah-
tunsheikh.blogspot.com/2012/11/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html
19
Ibid.
20
Maszull. “Asal Usul Parit Bugis Muar”. Cerita dari hati Mama Maszull (blogspot). https://maszull.blogspot.com/2014/11/asal-usul-
parit-bugis-muar.html#:~:text=Mengikut%20sejarahnya%2C%20Parit%20Bugis%20telah,sini%20dan%20mengusahakan%20tanaman
%20getah.
21
Ibid.
22
Tuan Hj Subaher Bin Hj Zakariah. Ditemubual oleh Nuralia Zawani. 19 Mei. (2023)
23
Sejarah Muar. “ Parit Bugis”. Diakses pada 21 Mei. (2017). https://www.facebook.com/SejarahMuar/photos/parit-
bugisanakjatimuarsejarahmuarkawasan-ini-dibuka-pada-tahun-1909-oleh-orang-/443341142682208/
24
Tuan Hj Subaher Bin Hj Zakariah. Ditemubual oleh Nuralia Zawani. 19 Mei.(2023)
25
Kamus Dewan dan Pustaka. s.v. “Keraton”. 18 Jun 2023. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=keraton
26
Berita RTM. “Keraton Mbah Anang: Lestari Budaya Jawa”. Diakses pada 18 Oktober. 2022. https://youtu.be/dnZk_iYBcTA
27
Muhammad Aliff Ashraf Bin Johar. Ditemubual oleh Nuralia Zawani. 16 Jun. (2023)
28
Ibid.
29
Ibid. Minit ke 9.48.
30
Ibid. Minit ke 8.57.
31
Nurul Husnah Mahmud. Hmetro. “Uniknya Keraton Mbah Anang”. Diakses pada 13 April 2023.
https://www.hmetro.com.my/santai/2023/04/956319/uniknya-keraton-mbah-anang
32
DestinasiTV. “Budaya Jawa menyambut Pesta Bulan Mengambang”. Diakses pada 3 Jun 2022. https://youtu.be/xcbRlLHMWZU
33
Ibid.
34
Siti Nurliyana. “Mahasiswa UTM selami Budaya Jawa”. Diakses pada 26 Mac 2023. https://news.utm.my/ms/2023/03/program-parit-
bugis-yuk-peluang-mahasiswa-utm-selami-budaya-masyarakat-jawa/
35
Persatuan Jawa Parit Bugis. “Apa itu Pesta Bulan Mengambang”. Diakses pada 7 Mei 2023. https://youtu.be/JONvPTg7XQY
36
Tuan Haji Subaher Bin Haji Zakariah. Ditemubual oleh Nuralia Zawani. 19 Mei (2023)
37
Ibid.
38
Athirah Aliudin. Soscili.my. “Indonesia tuduh kita nak claim Reog Ponorogo? Ini kisah di sebalik tarian mistik ini”. Diakses pada 11
April 2022. https://soscili.my/indonesia-tuduh-kita-nak-claim-reog-ponorogo-ini-kisah-di-sebalik-tarian-mistik-ni/
39
Hafiz Ithin. METROTV. “Perang rebut Ratu Songgolangit”. Diakses pada 30 Januari 2022
https://www.hmetro.com.my/xpresi/2022/01/805256/perang-rebut-ratu-songgolangit-metrotv
40
Soon Li Wei. BERNAMA. “Pupuk jiwa anak warisi tarian barongan,legasi komuniti Jawa Johor”. Diakses pada 28 Disember 2021.
https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=2038151
41
Universiti Sains Malaysia. “ Kelestarian Budaya Orang Melayu Keturunan Jawa dan Perdamaian”. Hlmn 1.
http://eprints.usm.my/30795/1/Kelestarian_Budaya_Orang_Melayu_Keturunan_Jawa_dan_Perdamaian.pdf
42
Ibid.
43
Hal Rozzaman Jalal. “Kempling: Satu kesenian Jawa di Johor”. Diakses pada 19 Ogos 2009.
https://kemplingan.tripod.com/gendang.html#top
44
Suria. “Kesenian dan kebudayaan”. Homestay Parit Bugis (blogspot). http://homestayparitbugis.blogspot.com/p/produk.html
45
Ibid.
46
Nadhirah Razak. “Isi kandungan”. Hlmn 4. https://www.academia.edu/34905903/ISI_KANDUNGAN
47
TV3 majalah official. “Bekatea pose”. Diakses pada 24 November 2022. https://youtu.be/qm6efbXpwAI
48
Kamisukareka studio. “ Homestay Parit Bugis Promotional Video”. Diakses pada 28 Februari 2017. https://youtu.be/_tTP9NQmW1k
49
Hoocay. “ Parit Bugis ( Haji Saifudin Bin Haji Mohd Kadak)”. Diakses pada 2018. https://hoocay.com/property/parit-bugis-hj-saifudin-
bin-hj-mohd-kadak#carousel-images
50
Tuan Haji Subaher Bin Haji Zakariah. Ditemubual oleh Nuralia Zawani. 19 Mei (2023).
51
Ibid.
52
Ibid.
53
Ibid.
54
UTHM TV. “Malaysia Our Second Home, Kampung Parit Bugis”. Diakses pada 8 Februari 2023. https://youtu.be/hAV2dVbT3yA
55
Siti Nurliyana Binti Ngarbi. UTM NEWSHUB. “Program Parit Bugis Yuk! Peluang Mahasiswa UTM Selami Budaya Masyarakat
Jawa”. Diakses pada 26 Mac 2023. https://news.utm.my/ms/2023/03/program-parit-bugis-yuk-peluang-mahasiswa-utm-selami-budaya-
masyarakat-jawa/
56
Badrul Kamal Zakariah. Bharian Online. “ Sultan Johor Lawat Kampung Parit Bugis”. Diakses pada 23 Oktober 2013.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2017/10/341006/sultan-johor-lawat-kampung-parit-bugis
57
Kampung Parit Bugis. “pengenalan dan sejarah kampung”. Kampung Parit Bugis (blogspot).
http://kampungparitbugis2.blogspot.com/2011/10/sejarah-kampung-parit-bugis.html
58
Suria .“Kemudahan”. Homestay Parit Bugis (blogspot). http://homestayparitbugis.blogspot.com/p/penginapan.html

You might also like