You are on page 1of 6

Nama Pelajar:TAN YU XIN 

No Kad Pengenalan:040420010034 

Tema 

Sejarah Tempat 

Tajuk Esei 

Perkembangan Kampung Kukup Laut,Pontian,Johor dari tahun 1990 hingga 2020. 

Pengenalan

Kukup Laut merupakan sebuah perkampungan nelayan yang telah diterokai sejak 140 tahun

dahulu terletak di Pontian Selatan,Johor,Malaysia.Tugasan ini menerangkan tentang asal usul

kawasan kajian, cara kehidupan penduduknya , kemudahan awam yang ada ,kegiatan

ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat di Kampung Kukup Laut,Pontian,Johor pada

sepanjang tempoh kajian iaitu dari tahun 1990 hingga 2020 .Terdapat pelbagai perubahan

dari aspek ekonomi dan sosial.

 Objektif Kajian 

Antara objektif pengkaji menjalankan kajian ini adalah:  

1) Mengenal pasti latar belakang Kampung Kukup Laut,Pontian,Johor dari tahun 1990

hingga tahun 2020.  

2) Mengenal pasti cara kehidupan dan kegiatan penduduk Kampung Kukup Laut dan

prasarana yang terdapat di situ.  


3) Mengenal pasti kegiatan ekonomi yang dilakukan di Kampung Kukup Laut,Pontian,Johor. 

Pemasalahan Kajian 

1) Apakah latar belakang Kampung Kukup Laut,Pontian,Johor dari tahun 1990 hingga tahun

2020 ?

2) Apakah cara kehidupan dan kegiatan penduduk Kampung Kukup Laut,Pontian,Johor ?

3) Apakah kegiatan ekonomi yang dilakukan di Kampung Kukup Laut,Pontian,Johor ?

Skop Kajian 

Fokus kajian hanya berkisar sejarah dan perkembangan Kampung Kukup Laut,Pontian,Johor

dari aspek asal usul,cara kehidupan penduduk,kegiatan ekonomi dan social dan perubahan

Kampung Kukup Laut,Pontian,Johor.Kajian ini dibuat dalam tempoh 30 tahun,Misalnya dari

tahun 1990 hingga tahun 2020.

Kepentingan kajian

Kajian ini diharap dapat memberi manfaat dan maklumat kepada masyarakat awam yang

ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang sejarah asal-usul,sejarah

perkembangan,faktor kejayaan,cabaran serta wawasan masa depan Kampung Kukup

Laut,Pontian,Johor ini.Ia juga diharap dapat menyebar luaskan lagi kaedah penyebaran

maklumat berkaitan kampung ini di alam siber selain daripada penulisan di dalam buku-buku

sahaja.
Sorotan Kajian Lepas

Sebelum penyelidik melakukan kajian tentang perkembangan Kampung Kukup

Laut,Pontian,Johor ini didapati tiada penyelidik lain yang telah membuat

kajian yang serupa. Namun begitu, penyelidik mendapati bahawa terdapat beberapa

kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan kampung-kampung lain di negara ini.

Kajian kampung-kampung ini telah digunakan oleh penyelidik sebagai sorotan kajian

untuk kajian yang sedang dijalankan.

Contoh buku yang boleh dijadikan sebagai sorotan kajian ialah buku yang

Bertajuk Sejarah Kampung Bahru : Disini Awal Segalanya Bermula yang ditulis oleh

Sulaiman Mohamed Lokman Haji Mohd.Zen.Buku ini diterbitkan di Malaysia oleh Insitut

Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dan dicetak pada tahun 2005 di Malaysia oleh

Percetakan Asni Sdn BHd.Buku ini memceritakan latak belakang Kampung Bahru Kuala

Lumpur.Kampung Bahru Kuala Lumpur terletak di bahagian Utara pusat bandar Kuala

Lumpur,dilingkungi oleh Jalan Raja Muda di sebelah Utara dan Jalan Tunku Abdul Rahman

di sebelah Barat.Batas bahagian selatan adalah Jalan Dang Wangi dan Sungai Kelang di

sebelah Timur.Keluasan Daerah ini adalah 220 ekar dengan jumlah penduduk seramai 36.650

orang (bancian 1985).Salah satu projek besar yang dijalankan pada tahun 1900 ialah

penubuhan penempatan Melayu di tanah rizab kerajaan seluas 220 keadaannya sebahagian

tanah yang rata,sebahagian lagi tanah tinggi dan sebahagiannya lagi berpaya terletak di

sempadan bandar Kuala Lumpur.

Contoh buku yang lain yang dijadikan sorotan kajian ialah buku yang bertajuk Kampung

Pandai Besi Menyusur Zaman yang ditulis oleh Awang Hj Abd Kadir Bin Taha, Awang Hj

Abd Manap bin Hj Adam dan Hj Abu Bakar Hj Zainal.Buku ini diterbitkan pada tahun 2015

dan diterbitkan oleh PHMD Publishing Company, negara Brunei Darulssalam.Buku


Kampong Pandai Besi: Menyusur Zaman, tercatat banyak peristiwa bersejarah yang telah

melakarkan beberapa peristiwa yang mungkin tidak banyak diketahui oleh penduduk Negara

Brunei Darussalam, bahkan warga penduduk Kampong Pandai Besi itu sendiri. Dengan

terhasilnya buku ini maka, sedikit sebanyak dapat meristakan dan memberikan pengetahuan

tentang sejarh Kampong Ayer di Negara Brunei Darussalam yang di dalamnya terdapat salah

sebuah Kampong yang bernama Kampong Pandai Besi.

Selain itu,Contoh buku yang lain yang dijadikan sorotan kajian juga ialah buku yang

bertajuk Koleksi Cerita Siti:Kampung Pulau Kelapa.Buku ini ditulis oleh Sasterawan Negara

Siti Zainol Ismail dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1 MAC 2021.Koleksi

Cerita Siti:Kampung Pulau Kelapa ini menceritakan asal usul sebuah kampung yang

dinamakan sempena buah kelapa yang ditemukan terdampar di sebuah pulau.Penulis

menceritakan manfaat dan kelebihan buah kelapa yang begitu banyak dan hal itu sangat

menggembirakan penduduk.Buah kelapa menjadi simbol kemeriahan dan kedamaian hidup di

kampung.

Kaedah Kajian

Pengkaji akan memggunakan kaedah pemerhatian,kaedah temu bual dengan pihak yang

berkuasa dan beberapa orang penduduk Kampung Kukup,Laut,Pontian,Johor.Selain

itu,pengkaji akan mendapatkan maklumat dan fakta berkaitan melalui laman sesawang.

Pembahagian Kajian

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Kampung Kukup Laut,Pontian,Johor.

2.0 Perkembangan Kampung Kukup Laut,Pontian,Johor dari tahun 1990 hingga 2020
2.1 Kegiatan ekonomi Kampung Kukup Laut,Pontian,Johor.

2.2 Kegiatan masyarakat Kampung Kukup Laut,Pontian,Johor.

2.3 Pengurusan organisasi Kampung Kukup Laut,Pontian,Johor.

3.0 Kesimpulan

Nota hujung

Bibliografi

Lampiran

Penutup

Pada keseluruhannya, kajian pengkaji diharap memberi manfaat dan pendedahan berguna

kepada masyarakat,khasnya penduduk negeri Johor tentang sejarah kewujudan dan

perkembangan Kampung Kukup Laut,Pontian ,Johor dari tahun 1990 hingga tahun 2020.

Bibliografi

Sulaiman Mohamend Lokman Haji Mohd.Zen.Sejarah Kampung Bahru : Disini Awal

Segalanya Bermula.(Insitut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),Percetakan Asni Sdn

Bhd,2005)

Awang Hj Abd Kadir Bin Taha,Awang Hj Abd Manap Bin Hj Adam dan Hj Abu Bakar Hj

Zainal.Kampung Pandai Besi Menyusur Zaman.(PHMD Publishing Company ,Negara

Brunei Darulssalam,2015)

Sasterawan Negara Siti Zainol Ismail.Koleksi Cerita Siti : Kampung Pulau Kelapa.(Dewan

Bahasa dan Pustaka,2021)


Visit Johor Laman Facebook,diakses pada 14/10/2021.

https://www.facebook.com/visitjohorofficial/posts/kampung-nelayan-air-masin-kukup-

merupakan-sebuah-perkampungan-nelayan-yang-telah/5158522234164289/

You might also like