You are on page 1of 23

030902130101

MAKANAN TRADISIONAL PULUT KUNING DALAM PELBAGAI UPACARA


ADAT MASYARAKAT MELAYU DI IBU PEJABAT DAERAH , TELUK INTAN,
PERAK

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji makanan tradisional pulut kuning dalam pelbagai upaca
adat masyarakat melayu di Ibu Pejabat Polis Daerah, Teluk Intan, Perak. Objektif kajian ini
adalah untuk mengenalpasti pasti majlis yang menghidangkan pulut kuning dalam
masyarakat Melayu dan mengkaji simbolik pulut kuning terhadap masyarakat Melayu.
Seramai 30 orang responden yang di soal selidik secara rawak. Metodologi yang digunakan
di dalam kajian ini adalah borang soal selidik dan juga rujukan perpustakaan. Berdasarkan
dapatan kajian ini menunjukan bahawa terdapat beberapa upacara yang menghidangkan pulut
kuning dalam kalangan masyarakat Melayu seperti perkahwinan, perayaan, dan kesyukuran.
Kajian ini menyimpulkan bahawa pulut kuning ini harus dikekalkan dalam kehidupan dalam
komuniti masyarakat Melayu di Malaysia. Oleh itu, pengaruh dari generasi yang terdahulu
perlu mencorakkan generasi muda pada masa kini berkenaan tentang makanan tradisional
pulut kuning. Kajian ini telah di lakukan berpandukan objektif kajian yang telah dikaji.

1
030902130101

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN
Abstrak 1

Isi Kandungan 2

Penghargaan 3

1.0 Pengenalan 4

2.0 Objektif Kajian 5

3.0 Lokasi Kajian 6-7

4.0 Metodologi Kajian 8-9

5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 10

5.1 Demografi Responden 10-13

5.2 Majlis Yang Menghidangkan Pulut 14-16


Kuning Dalam Masyarakat Melayu Di Ibu
Pejabat Polis Daerah, Teluk Intan, Perak

5.3 Mengkaji Simbolik Pulut Kuning 17-19


Terhadap Masyarakat Melayu di Ibu Pejabat
Polis, Daerah Teluk Intan, Perak

6.0 Rumusan 20-21

Rujukan 22

PENGHARGAAN

2
030902130101

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir
SMK Seri Perak, Perak khasnya kepada Pengetua cemerlang SMK Seri Perak, Puan Hajah
Nurul Huda Binti Jailani dan Penolong Kanan Tingkatan Enam Encik Abdul Karim Bin
Abdul Basir.

Dalam usaha saya menjayakan kerja khusus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada guru pembimbing Mata Pelajaran Pengajian Am saya Cik
Norraihan Binti Zainal Abidin kerana telah memberi sokongan kepada saya untuk
menjayakan kerja khusus ini. Seterusnya saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
guru-guru yang memberikan nasihat dan juga galakan kepada saya sepanjang tempoh
penghasilan kerja khusus ini.

Khasnya untuk kedua ibu bapa yang saya kasihi iaitu Encik Khairul Nizam Bin
Osman dan juga Puan Marina Binti Hanip Omar yang telah membantu untuk memberikan
sokongan moral dan juga dari segi kewangan kepada saya sepanjang penghasilan kerja
khusus ini.

Selain itu, penghargaan kepada rakan-rakan sekelas saya yang telah sudi membantu
dan memberi nasihat kepada saya sepanjang penghasilan kerja khusu ini. Tidak lipa juga
degan para responden yang telah sudi untuk meluangkan masa bagi menjawap soal selidik
yang disediakan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
sudi untuk membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja
khusus ini.

3
030902130101

1.0 PENGENALAN
Pulut kuning yang pada asalnya dihidangkan untuk penunggu, dijadikan jamuan
Istana untuk rakyat jelata sebagai simbolik perkenan Raja,memandangkan pulut merupakan
salah satu komoditi yang lebih mahal berbanding beras biasa,ditambah warna kuning kunyit
sebagai identiti Raja. Pulut kuning saling melekat di tangan itu menggambarkan keakraban
hubungan sesama masyarakat. Kerana itulah pulut kuning akhirnya menjadi makanan
istimewa dalam pelbagai keraian. Kini selera masyarakat juga berubah dan pulut kuning tidak
lagi menjadi makanan yang bernilai dan istimewa sepertimana dahulu maka ia perlahan-lahan
hilang dari keraian Melayu, diganti dengan juadah yang lain.

Beras (makanan ruji) melalui sejarah yang sangat panjang di alam Melayu (dikatakan
10,000 – 14,000 tahun dulu di Asia). Sebagai sumber makanan utama, beras dipandang
sebagai tanda syukur-nikmat masyarakat, petanda kecukupan rezeki – kemewahan penduduk
dan kegembiraan-kemakmuran.

Rasional kajian adalah bermaksud untuk melihat tentang apakah kepentingan dalam
memilih tajuk untuk kajian dan apakah kesan sekiranya sesuatu isu tersebut tidak dikaji.
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji makanan tradisional pulut kuning dalam
pelbagai upacara adat masyarakat Melayu di Ibu Pejabat Daerah, Teluk Intan, Perak. Kesan
sekiranya kajian ini tidak dilakukan termasuklah kita tidak dapat mengenal pasti apakah
majlis yang menghidangkan pulut kuning dalam masyarakat Melayu dan kita juga tidak dapat
mengenal pasti apakah sebenarnya simbolik pulut kuning terhadap masyarakat Melayu.

Secara kesimpulannya, pulut kuning ini adalah makanan yang dimakan oleh
masyarakat Melayu dalam pelbagai majlis mengikut kesesuaian majlis tersebut dan pulut
kuning turut digunakan sebagai simbolik iaitu memberi makna yang tersendiri terhadap
masyarakat Melayu.

4
030902130101

2.0 OBJEKTIF KAJIAN:

Kajian dibuat berdasarkan dua objek kajian iaitu

I) Mengenalpasti pasti majlis yang menghidangkan pulut kuning dalam masyarakat Melayu
di Ibu Pejabat Daerah Polis Daerah, Telok Intan, Perak.

II) Mengkaji simbolik pulut kuning terhadap masyarakat Melayu.

5
030902130101

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Peta Daerah Hilir Perak

Peta 1 : Daerah Hilir Perak


Sumber : Google Maps

Daerah Hilir Perak terletak di selatan Negeri Perak sempadan dengan Bagan Datuk di
sebelah selatan dan Selat Melaka di sebelah Barat. Ia juga bersempadan dengan daerah-
daerah Batang Padang di sebelah Timur dan sempadan-sempadan Perak Tengah dan Manjung
di sebelah Utara dan Barat Lautnya. Kerajaan tempatan yang mentadbir di daerah ini ialah
Majlis Perbandaran Teluk Intan. Luas Hilir Perak ialah 166,306 Ha (415,766 Ekar) iaitu
keenam dari segi keluasan kawasan daerah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan

6
030902130101

3.2 Peta Lokasi Kajian

Peta 2 : Lokasi kajian


Sumber : Google Maps
Peta lokasi kajian ini menunjukkan perjalanan dari Menara Condong Teluk Intan ke
lokasi kajian. Jarak dari Menara Condong ke lokasi kajian adalah sejauh 4.4 km dan
mengambil masa selama 9 minit jika menaiki kereta untuk sampai ke lolasi kajian. Sepanjang
perjalanan terdapat beberapa kedai kelengkapan rumah dan banyak gerai-gerai makan di
sepanjang perjalanan sebelum belok kearah kiri dan lurus kemudian sampai ke lokasi kajian.

7
030902130101

4.0 METADOLOGI KAJIAN

Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini. Kaedah
yang berlainan digunakan untuk untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah betul
dan tepat.

4.1 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, intrument yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan
menggunakan borang temubual dan borang soal selidik.

Jadual 1 : Instrumen kajian

Kaedah Instrumen kajian

Kuantitif Borang soal selidik

Kualitatif Rujukan Perpustakaan

4.1.1 Kaedah Soal Selidik

Soal selidik merupakan kaedah yang terbaik untuk mengumpulkan data yang
diperolehi berdasarkan pandangan yang telah di soal. Kaedah ini memerlukan borang dalam
bentuk Google Form untuk memudahkan pengkaji mengkaji menjalankan proses kajian.
Soalan di dalam borang “Google Form” tersebut tertutup dan sudah di berikan pilihan
jawapan untuk memudahkan responden untuk menjawap semua soalan yang diberikan untuk
dibuat analisis oleh pengkaji.

Pengkaji hanya menyoal secara tertutup dan tidak terbuka kepada orang ramai.
Pengkaji hanya menyoal penduduk di Ibu Pejabat Polis Daerah, Teluk Intan, Perak untuk
mengisi borang Google Form tersebut. Borang soal selidik tersebut diedarkan kepada 30
orang responden sebaik sahaja waktu kajian berlangsung dan semua responden hendaklah
memberi maklum balas dengan sebaiknya untuk mengkaji tentang pulut kuning dalam
upacara adat masyarakat Melayu di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah, Teluk Intan, Perak
dan simbolik pulut kuning terhadap masyarakat Melayu.

8
030902130101

4.1.2 Rujukan Perpustakaan

Rujukan perpustakaan juga telah di buat bagi melancarkan proses kajian oleh
pengkaji. Dengan sumber yang pengkaji telah perolehi di perpustakaan, pengkaji boleh
membuat lebih kajian dan mendapat maklumat dengan lebih terperinci mengnai objektif
kajian yang hendak dilakukan. Pengkaji mencari maklumat berdasarkan objektif-objektif
kajian yang dikaji oleh pengkaji. Dengan menggunakan kaedah tersebut sedikit sebanyak
dapat memberikan gambaran tentang apa yang hendak dikaji dan identiti kawasan yang
hendak dikaji.

9
030902130101

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAAN

5.1 Demografi Responden

Jadual 1 menunjukkan pecahan responden dari kalangan penduduk IPD Hilir Perak.

Maklumat Kategori Bilangan(orang) Peratusan(%)


demografi
Jantina Lelaki 17 57
Perempuan 13 43
Umur(Tahun) 20 Hingga 30 14 47
31 Hingga 41 11 37
42 Hingga 52 4 13
53 Dan ke atas 1 3
Status perkahwinan Bujang 15 50
Berkahwin 15 50
Bercerai 0 0

10
030902130101

5.1.1 Jantina

JANTINA

43% Lelaki
Perempuan
57%

Rajah 1 : Jantina

Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan hasil kajian , daripada 30 orang responden yang disoal selidik, sebanyak
17 orang responden lelaki bersamaan dengan 57% manakala sebanyak 13 orang responden
perempuan bersamaan dengan 43%.

11
030902130101

5.1.2 Umur

UMUR

3%
13%
20-30
31-41
47%
42-52
53 dan ke atas
37%

Rajah 2 : Umur
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai 14
orang responden yang berumur sekitar 20 tahun hingga 30 tahun bersamaan dengan 47%
manakala seramai 11 orang responden yang berumur sekitar 31 tahun hingga 41 tahun
bersamaan dengan 37% dan sebilangan kecil yang ditunjukan oleh responden yang berumur
sekitar 42 tahun hingga 52 tahun iaitu 4 orang bersamaan dengan 13% serta responden yang
berumur 53 tahun keatas mempunyai bilangan sebanyak seorang bersamaan dengan 3%.

12
030902130101

5.1.3 Status Perkahwinan

STATUS PERKAHWINAN

Bujang
Berkahwin
50% 50%
Bercerai

Rajah 3 : Status Perkahwinan

Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, sebanyak 15
orang responden bersamaan dengan 50% yang bujang manakala 15 orang responden lagi
bersamaan dengan 50% sudah berkahwin dan tiada reponden yang disoal selidik berstatus
bercerai.

13
030902130101

5.2 Majlis Yang Menghidangkan Pulut Kuning Dalam Masyarakat Melayu Di Ibu
Pejabat Polis Daerah, Teluk Intan, Perak

MENGENAL PASTI MAJLIS YANG MENGHIDANGKAN


PULUT KUNING DALAM MASYARAKAT MELAYU DI IBU
PEJABAT POLIS DAERAH, TELUK INTAN, PERAK
120.00%

100.00%

80.00%

60.00%

40.00%

20.00%

0.00%
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7 Soalan 8 Soalan 9 Soalan 10

Ya Tidak

Rajah 4 : Mengenal pasti Majlis Yang Menghidangkan Pulut Kuning Dalam Masyarakat
Melayu di Ibu Pejabat Polis Daerah, Teluk Intan, Perak

Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan hasil kajian saya untuk objektif 1, soalan 1 sebanyak 83%


bersamaan dengan 25 orang bersetuju bahawa pulut kuning dihidangkan untuk tetamu di
majlis perkahwinan dan 17% bersamaan dengan 5 orang lagi tidak bersetuju. Hal ini
dikatakan demikian kerana pulut kuning adalah makanan yang sering dihidangkan kepada
tetamu sebagai pembuka selera dan diletakkan di atas meja setiap tetamu yang hadir di majlis
perkahwinan tersebut. Oleh kerana itu, pulut kuning tidak pernah lekang di majlis
perkahwinan.

14
030902130101

Berdasarkan soalan 2 pula, sebanyak 87% bersamaan dengan 26 orang


bersetuju bahawa pulut kuning dihidangkan untuk majlis do'a selamat dan 13% bersamaan
dengan 4 orang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini dikatakan demikian
kerana pulut kuning dimakan selepas majlis do'a selamat berlangsung dan pulut kuning
dihidangkan bersama hidangan-hidangan yang lain. Oleh kerana itu, pulut kuning sentiasa
ada di majlis masyarakat melayu.

Berdasarkan soalan 3, sebanyak 100% bersamaan dengan 30 orang


mengatakan bahawa pulut kuning dihidangkan untuk majlis khatam Al-Quran dan tiada
seorang pun responden menafikan perkara tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana pulut
kuning sudah menjadi kebiasaan dihidangkan untuk majlis tersebut untuk para-para peserta
khatam Al-Quran. Pulut kuning tersebut dihidangkan di dalam gelas plastik bersama telur
rebus. Oleh kerana itu, pulut kuning turut dikenali oleh masyatakat kini terutama sekali yang
menghadiri majlis tersebut.

Berdasarkan soalan 4, sebanyak 83% bersamaan dengan 25 orang


bersetuju bahawa pulut kuning dihidangkan untuk majlis rumah terbuka perayaan masyarakat
Melayu dan 17% bersamaan dengan 5 orang lagi tidak bersetuju. Hal ini dikatakan demikian
kerana pulut kuning adalah makanan yang senang untuk dihidangkan dan menjadi pelengkap
untuk menu rumah terbuka masyarakat Melayu. Oleh kerana itu, pulut kuning tidak asing lagi
untuk majlis rumah terbuka perayaan masyarakat Melayu.

Berdasarkan soalan 5 pula, sebanyak 97% bersamaan dengan 29 orang


bersetuju bahawa pulut kuning digunakan untuk majlis keagamaan masyarakat Melayu dan
hanya seorang responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini dikatakan
demikian kerana pulut kuning sinonim dengan majlis-majlis masyarakat Melayu Islam
sebagai contoh Maal Hijrah, Tilawah Al-Quran dan lain-lain. Oleh kerana itu, pulut kuning
mudah didapati di majlis-majlis masyarakat Melayu.

Berdasarkan soalan 6, sebanyak 90% bersamaan dengan 27 orang


bersetuju bahawa pulut kuning dihidangkan pada majlis perayaan hari raya dan 10%
bersamaan dengan 3 orang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini dikatakan
demikian kerana pulut kuning bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja. Memandangkan
hari raya menghidangkan makanan berkuah seperti kari ayam boleh dimakan bersama pulut

15
030902130101

kuning. Oleh itu, pulut kuning tetap menjadi pilihan dalam pelbagai hidangan makanan
kerana boleh dikombnasikan dengan makanan masyarakat Melayu.

Berdasarkan soalan 7, sebanyak 90% bersamaan dengan 27 orang


bersetuju bahawa pulut kuning dihidangkan untuk majlis hari lahir atau hari jadi dan 10%
bersamaan dengan 3 orang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini dikatakan
demikian kerana pulut kuning turut dijadikan makanan untuk mengantikan kek hari jadi serta
dapat memberi kelainan terhadap sambutan hari jadi tersebut. Oleh kerana itu, pulut kuning
turut dikenali oleh golongan kanak-kanak hingga golongan dewasa.

Berdasarkan soalan 8, sebanyak 93% bersamaan dengan 28 orang


responden mengakui bahawa pulut kuning dihidangkan untuk majlis Maulidurasul dan
sebanyak 7% bersamaan dengan 2 orang responden tidak bersetuju terhadap pernyataan
tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana pulut kuning tidak asing lagi bagi majlis
keagamaan masyarakat Melayu. Pulut kuning tersebut di berikan untuk jamuan para peserta
yang terlibat dalam perarakan Maulidur rasul tersebut. Oleh kerana itu, masyarakat Melayu
setiap tahun menyambut majlis tersebut tidak akan melupakan jamuan pulut kuning..

Berdasarkan soalan 9, sebanyak 87% bersamaan dengan 26 orang


responden bersetuju bahawa pulut kuning turut dihidangkan semasa majlis cukur jambul
masyarakat melayu dan 13% bersamaan dengan 4 orang tidak bersetuju dengan pernyataan
yang diberikan dalam soalan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana pulut kuning adalah
makanan yang boleh melambangkan kesyukuran terhadap sesuatu yang berlaku terhadap
perkara yang berkenaan dengan kaum mahupun agama masyarakat islam. Oleh kerana itu,
martabat pemakanan pulut kuning ini terus dijaga hingga ke hari ini.

Berdasarkan soalan 10, sebanyak 50% bersamaan dengan 15 orang


responden bersetuju bahawa pulut kuning dihidangkan semasa majlis pengebumian dan 50%
bersamaan dengan 15 orang responden lagi tidak bersetuju. Hal ini dikatakan demikian
kerana sesetengah masyarakat melayu menjadikan pulut kuning sebagai hidangan untuk
tetamu yang datang untuk menyempurnakan majlis tersebut dan sesetengah masyarakat
melayu lagi tidak menghidangkan pulut kuning di majlis berkenaan. Oleh itu, pulut kuning
tidak begitu digunakan di majlis pengebumian.

16
030902130101

5.3 Mengkaji Simbolik Pulut Kuning Terhadap Masyarakat Melayu di Ibu Pejabat
Polis, Daerah Teluk Intan, Perak

MENGKAJI SIMBOLIK PULUT KUNING TERHADAP


MASYARAKAT MELAYU DI IBU PEJABAT POLIS DAERAH,
TELUK INTAN, PERAK
100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 soalan 7 Soalan 8 Soalan 9 Soalan 10

Ya Tidak

Rajah 5 : Mengkaji simbolik pulut kuning terhadap masyarakat Melayu di Ibu Pejabat Polis,
Daerah Teluk Intan, Perak

Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan hasil kajian saya di objektif yang ke 2, soalan 1 menunjukkan sebanyak


50% bersamaan dengan 15 orang responden mengakui bahawa pulut kuning adalah hidangan
untuk orang-orang besar istana sahaja dan 50% bersamaan dengan 15 orang lagi tidak
bersetuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah
masyarakat mengetahui tentang sejarah silam pulut kuning ini terutamanya generasi-
gernerasi yang sudah berumur berbanding generasi pada masa kini. Oleh itu, pulut kuning ini
perlu di pastikan kesahihan nya sama ada pemakanan pulut kuning ini ada lah untuk golongan
istana atau umum.

Berdasarkan soalan yang seterusnya iaitu soalan 2 adalah sebanyak 70% bersamaan
dengan 21 orang bersetuju bahawa warna pulut kuning adalah simbol bagi raja-raja dan 30%

17
030902130101

bersamaan dengan 9 orang responden lagi tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini
dikatakan demikian kerana warna pulut kuning yang keemasan itu sama dengan warna
kuning diraja. Pulut kuning mempunyai identiti tersendiri iaitu berwarna kuning. Oeh sebab
itu pulut martabat kuning terus dijaga dan dihormati sehingga masa kini.

Bardasarkan soalan 3 seramai 90% bersamaan dengan 27 orang responden bersetuju


bahawa pulut kuning adalah sebagai hantaran perkahwinan dan seramai 10% bersamaan
dengan 3 orang tidak bersetuju dengan pernyataan berikut. Hal ini dikatakan demikian kerana
pulut kuning adalah makanan yang mempunyai nilai makna yang tinggi. Sewaktu
perkahwinan pulut kuning tersebut turut dihiasi telur rebus, cili dan daun pandan untuk
membuatkan pulut kuning itu nampak lebih istimewa dan cantik. Oleh hal yang demikian,
pulut kuning boleh dikekalkan di perkahwinan khusus nya perkahwinan masyarakat Melayu
bagi mengekalkan identiti pukut kuning itu sendiri.

Berdasarkan soalan 4, sebanyak 87% bersamaan dengan 26 orang responden


mengakui bahawa pulut kuning adalah makanan yang dihidangkan untuk tetamu yang datang
semasa pembukaan majlis perkahwinan dan 13% bersamaan dengan 4 orang responden tidak
bersetuju tentang perkara tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana pulut kuning boleh
dijadikan makanan untuk mengalas perut sementara menunggu jamuan makanan untuk
dihidangkan dari meja ke meja. Dengan itu tetamu tidak berasa bosan dan sabar menunggu
hidangan yang seterusnya untuk sampai. Oleh itu, pulut kuning semakin digemari oleh
masyarakat kerana sangat mudah ditemui di majlis- majlis masyarakat melayu seperti majkis
perkahwinan.

Berdasarkan soalan 5, sebanyak 83% bersamaan dengan 25 orang bersetuju bahawa


pulut kuning dijadikan sebagai hadiah penghargaan daripada tuan rumah kepada tetamu yang
berkunjung ke rumahnya dan 17% bersamaan dengan 5 orang responden tidak bersetuju
dengan pernyataan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana pulut kuning adalah sebuah
makanan kesukaan masyarakat Melayu kerana makanan pulut kuning ini begitu istimewa
nilai nya dan tidak jemu untuk dimakan. Oleh kerana itu, pulut kuning adalah makanan yang
slalu dianggap istimewa dan dijaga nilai estetika nya hingga ke hari ini.

Berdasarkan soalan 6, sebanyak 87% bersamaan dengan 26 orang bersetuju bahawa


pulut kuning adalah sebagai tanda kasih sayang masyarakat Melayu dan 13% bersamaan
dengan 4 orang lagi tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini dikatakan demikian
kerana cara masyarakat Melayu menghargai antara satu sama lain dengan memberikan

18
030902130101

sesuatu dan pemberian yang sesuai ialah pulut kuning. Oleh itu, pulut kuning kekal menjadi
makan yang melambangkan kasih sayang kepada masyarakat melayu.

Berdasarkan soalan 7, sebanyak 87% bersamaan dengan 26 orang bersetuju bahawa


pulut kuning adalah tanda kesyukuran dalam masyarakat Melayu dan 13% bersamaan dengan
4 orang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana pulut
kuning sering digunakan untuk majlis kesyukuran. Masyarakat melayu menghidangkan pulut
kuning bersama dengan hidangan-hidangan yang lain. Oleh itu, pulut kuning adalah makanan
yang sangat dihormati oleh seluruh masyarakat melayu.

Berdasarkan soalan 8, sebanyak 77% bersamaan dengan 23 orang bersetuju bahawa


lekitan pulut kuning adalah sebagai tanda keakraban persaudaraan antara masyarakat Melayu
dan selebihnya sebanyak 23% bersamaan dengan 7 orang tidak bersetuju. Hal imi dikatakan
demikian kerana pulut kuning ini dihasilkan dengan keadaan yang sedikit melekit antara satu
sama lain dan itu adalah ibarat kepada perpaduan masyarakat Melayu. Oleh itu, pulut kuning
boleh dijadikan panduan masyarakat Melayu untuk terus bersatu padu dan pulut kuning ini
bukan sekadar makanan semata-mata.

Berdasarkan soalan 9, sebanyak 57% bersamaan dengan 17 orang responden


mengakui bahawa makanan pulut kuning adalah makanan untuk orang yang berada dan 13
orang responden bersamaan dengan 43% tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini
dikatakan demikian kerana pulut kuning adalah makanan yang memerlukan bahan-bahan
yang agak sukar untuk dibeli untuk golongan yang berkemampuan. Dengan itu, golongan
yang kurang berkemampuan tidak dapat membuat mahupun membeli pulut kuning. Oleh itu,
pulut kuning ini adalah makanan yang perlu digaja dan dikongsi supaya dapat dirasa oleh
semua golongan masyarakat.

Berdasarkan soalan 10, sebanyak 80% bersamaan dengan 24 orang responden


bersetuju bahawa pulut kuning antara makanan yang dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim antara masyarakat Melayu dan 20% bersamaan dengan 6 orang responden tidak
bersetuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana pulut kuning adalah
makanan yang boleh disajikan di pelbagai majlis dan dimakan oleh semua lapisan masyarakat
tidak kira muda atau tua. Pulut kuning antara makanan yang terbaik pilihan masyarakat

19
030902130101

Melayu untuk dinikmati bersama-sama tanpa mengira darjat atau pangkat. Oleh itu, pulut
kuning perlu dijaga untuk kekal membentuk masyarakat melayu yang aman dan harmoni.

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan keseluruhan, tajuk kajian yang telah saya jalankan adalah makanan
tradisional pulut kuning dalam pelbagai upacara adat masyarakat Melayu di Ibu Pejabat Polis
Daerah, Teluk Intan, Perak. Makanan tradisional khususnya pulut kuning ini harus
dikekalkan dalam kehidupan dalam komuniti masyarakat Melayu di Malaysia. Oleh itu,
pengaruh dari generasi yang terdahulu perlu mencorakkan generasi muda pada masa kini
berkenaan tentang makanan tradisional pulut kuning. Kajian ini telah di lakukan berpandukan
objektif kajian yang telah dikaji.

Hasil ataupun data yang diperoleh daripada kaedah soal selidik dan beberapa rujukan
perpustakaan. Borang soal selidik tersebut diedarkan dalam bentuk Google Form dan
mempunyai dua bahagian. Pada bahagian pertama adalah tentang latar belakang responden
dan bahagian kedua pula adalah tentang keputusan responden terhadap kajian. Dapatan kajian
yang telah dilakukan tentang latar belakang responden kajian lapangan mengikut jantina
kebanyakannya lelaki(57%), lingkungan umur antara 20 hingga 30 tahun(47%), dan status
pula menunjukkan bilangan yang seimbang antara golongan yang bujang(50%) dan golongan
yang sudah berkahwin(50%). Bahagian kedua borang responden tersebut adalah tentang
keputusan responden dan terbahagi kepada soalan berdasarkan objektif pertama dan kedua.

Objektif pertama termasuklah, mengenal pasti majlis yang menghidangkan pulut


kuning dalam masyarakat melayu di Ibu Pejabat Polis Daerah, Teluk Intan, Perak.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, mendapati bahawa pulut kuning dihidangkan untuk
majlis perkahwinan(83%), pulut kuning dihidangkan untuk majlis doa selamat(87%), pulut
kuning semestinya dihidangkan untuk majlis Khatam Al-Quran(100%), pulut kuning juga
dihidangkan untuk majlis rumah terbuka(83%), pulut kuning digunakan di dalam upacara
keagamaan masyarakat Melayu(97%), pulut kuning juga dihidangkan pada sambutan hari
raya(90%), pulut kuning dihidangkan untuk majlis hari lahir atau hari jadi(90%), pulut
kuning dihidangkan untuk majlis Maulidurasul(93%), dan pulut kuning juga digunakan untuk
majlis cukur jambul(87%).

20
030902130101

Objektif kedua adalah untuk mengkaji simbolik pulut kuning terhadap masyarakat
Melayu di Ibu Pejabat Polis Daerah, Teluk Intan, Perak. Melalui kajian yang telah dilakukan
berdasarkan objektif yang kedua, warna pulut kuning sebagai simbol bagi raja-raja(70%),
pulut kuning sebagai makanan hantaran perkahwinan(90%), pulut kuning menjadi makanan
pembuka selera untuk majlis perkahwinan(87%), pulut kuning turut dijadikan sebagai hadiah
penghargaan daripada tetamu kepada jiran(83%), pulut kuning sebagai tanda kasih sayang
dalam masyarakat Melayu(87%), pulut kuning sebagai tanda kesyukuran dalam masyarakat
melayu(87%), lekitan pulut kuning sebagai tanda keakraban persaudaraan(77%), pulut
kuning sebagai tanda makanan untuk golongan yang berada(57%), pulut kuning sebagai
tanda untuk mengeratkan sesuatu hubungan silaturrahim antara masyarakat Melayu(80%).

Berdasarkan kajian pulut kuning di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah, Teluk Intan,
Perak yang telah dilakukan secara menyeluruh jelaslah bahawa majis Khatam Al-Quran
adalah majlis yang mengunakan pulut kuning dengan menampilkan identiti pulut kuning
yang sangat jelas dalam kalangan masyarakat Melayu dengan mencatatkan nilai majoriti
sebanyak 100% serta simbolik yang paling terkenal menggunakan makanan tradisional pulut
kuning termasuklah pulut kuning adalah sebagai makanan hantaran perkahwinan dengan
mencatatkan nilai majoriti iaitu sebanyak 90% .

21
030902130101

7.0 Rujukan

Rujukan Internet

 Anem Arnamee(2022). Sejarah Asal Pulut Kuning. Dicapai pada Mac 07 2022 dari
https://arnamee.blogspot.com/2022/03/sejarah-asal-pulut-kuning.html
 Diyana AR(2017). Sebab Pulut Kuning Signifikasikan Dalam Keraian Orang Melayu.
Dicapai pada Febuari 23 2017 dari
https://www.thevocket.com/sebab-signifikan-pulut-kuning-orang-melayu/
 Ustaz Kenali(2013). Rasional: Mengapa perlu buat kajian Dicapai pada Januari 15
2013 dari
https://ustazkenali.wordpress.com/2013/01/15/rasional-mengapa-perlubuat-kajian/
 Mapcarta(2022). Hilir Perak Map- Perak, Malaysia. Dicapai pada Januari 01 2022
dari
https://mapcarta.com/36808378
 Google My Maps(2018). Maps of Teluk Intan, Perak. Dicapai pada May 22 2018
dari
http://www.timothytye.com/asia/perak/teluk-intan.htm

22
030902130101

23

You might also like