You are on page 1of 4

030821040251

030821040251

6.0 Rumusan
Walaupun amalan makan kuih dodol dalam kalangan masyarakat Melayu di Kampung
Tebong memberi manfaat mengekalkan budaya dan tradisi , namun amalan ini semakin
dilupakan mengikut arus perubahan. Hal ini telah mendorong pengkaji membuat kajian
berkaitan tajuk ini . Pengkaji telah memilih Kampung Tebong , Alor Gajah sebagai lokasi kajian
kerana majoriti populasi di Kampung Tebong adalah kalangan masyarakat Melayu dan ini
memudahkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat dan data – data yang berkaitan.

Kajian yang bertajuk amalan makan kuih dodol dalam kalangan masyarakat Melayu di
Kampung Tebong, Alor Gajah, Melaka dijalankan untuk mengenalpasti jenis- jenis kuih dodol
yang dimakan dan mengaji cara – cara untuk mengekalkan kuih dodol sebagai warisan budaya
dalam kalangan Melayu di Kampung Tebong, Alor Gajah, Melaka.

Pengkaji telah mengenalpasti jenis-jenis kuih dodol yang dimakan oleh masyarakat
Melayu di Kampung Tebong. Jenis-jenis kuih dodol tersebut ialah dodol pekat , dodol
durian,dodol pandan,dodol cair dan dodol pisang. Majoriti penduduk suka makan dodol pekat ,
dodol Pandan dan dodol durian.Bagi Objektif pertama kuih dodol pekat mencapai min yang
paling tinggi iaitu 5.0 . Min yang paling rendah ialah kuih dodol pisang iaitu 3.33.

Cara kuih dodol dapat dikekalkan sebagai warisan tradisi masyarakat Melayu di
Kampung Tebong Alor Gajah, Melaka ialah dijadikan sebagai buah tangan dalam sesuatu
majlis,menjadi kuih dodol hidangan wajib semasa perayaan, dijadikan sebagai produk
perniagaan, diiklankan dalam media massa dan menggunakan teknologi moden dalam
membuat kuih dodol. Majoriti responden setuju bahawa pelibatan penduduk Kampung Tebong
untuk kuih dodol dapat dikekalkan sebagai warisan . Dijadikan sebagai buah tangan dalam
sesuatu majlis ialah min paling tinggi iaitu 5.0.
030821040251

Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalan soal selidik terhadap 30 orang responden yang
terdiri daripada penduduk di Kampung Tebong. 30 orang responden ini dipilih secara rawak
mudah dari kalangan penduduk Melayu Kampung Tebong, Alor Gajah, Melaka.Para responden
yang dipilih mempunyai pelbagai tahap umur ,Jantina dan jenis pekerjaan. Temu bual jaga
dilakukan terhadap tiga orang Informen untuk mendapat pandangan mereka berkaitan dengan
objektif kajian ini.

Pengkaji berharap pengkaji akan datang akan membuat kajian yang lebih menyeluruh
tentang tajuk berkaitan dengan amalan makan kuih dodol dengan skop kawasan kajian yang
lebih luas dan populasi yang lebih besar supaya hasil kajian yang diperoleh lebih lengkap ,
sempurna dan tepat . Kajian boleh meliputi skop yang lebih luas seperti melibatkan negeri dan
populasi yang lebih besar bagi menggambarkan kaedah dan situasi sebenar.

Amalan makan kuih dodol ini merupakan suatu amalan tradisi dalam kehidupan
masyarakat Melayu di Kampung Tebong. Kuih dodol ialah sebahagian daripada kebudayaan
Melayu dan lambang budaya Melayu . Sebagai penyambung warisan kita perlu mengambil
langkah bijak untuk mengekalkan kebudayaan ini. Oleh itu, semua pihak haruslah berbanding
bahu untuk memantap dan mengekalkan kuih dodol ini agar ia dapat diteruskan hingga ke masa
hadapan.
030821040251

7.0 Rujukan
1.Google map (2005). Dicapai pada 20 Mei 2021 , from http://maps.google.com
2.Kamus Dewan Pustaka (2005). Dicapai pada Mei 2022,form http://prom.dbp.gov.my/cari1?
keyyword= kuih
3. Kamus Dewan Edisi Keempat, (2004) https://prom.dbp.gov.my/cari?keyword=dodol
4. Dewan Edisi Keempat atas talian, ( 2017) . Dicapai pada 12 Mei 2022, from
https://prpm.dbp.gov.my
5. Kamus Pelajar Edisi Keempat , 2015. Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka

6.Mardin Shah bin Omar, et.al. , 2016 . Buku Teks Bahasa Melayu Tingatan 1. Kuala Lumpur ;
Dewan Bahasa dan Pustaka

7. Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan informen A yang bernama Encik
Muhammad Said Bin Amir sebagai penduduk warga emas di Kampung Tebong, Alor Gajah,
Melaka, 2 June 2022
8. Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan informen B yang bernama Puan Fatiah
Binti Nur Azmi sebagai penduduk remaja di Kampung Tebong ,Alor Gajah, Melaka,4 June 2022
9. Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Informen C yang bernama Ain Nur Mariah
Bin Abdul Kannir sebagai penduduk Kampung Tebong Alor Gajah Melaka, pada4:00 petang, 3
June 2022.

You might also like