You are on page 1of 34

950907-03-

1

ABSTRAK
Kerja kursus Pengajian Am telah ditetapkan kepada semua calon 2014 oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia(MPM). Kertas projek ini dihasilkan dengan menyatakan tajuk yang sesuai
berdasarkan tema yang diberikan oleh NPM. Calon dikehendaki membina soalan berdasarkan
tema yang dipilih serta dibimbing oleh guru penasihat. Selain itu juga, kerja kursus ini juga
mengemukakan beberapa objektif kajian untuk menetapi kehendak tajuk. Tajuk kajian adalah
Pembuangan Sampah Sarap Telah Memberi Kesan Negatif Terhadap Penduduk Di Kampung
Peria. Lokasi kajian mesti dipilih di kawasan yang sesuai untuk melakukan kajian ini dan
memudahkan pengumpulan maklumat. Bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat, pengkaji
perlu menggunakan pilihan yang sering digunakan oleh pengkaji seperti soal selidik, temu bual,
dan pemerhatian kepada orang yang dipanggil responden. Maklumat yang diambil daripada 30
orang responden akan diproses untuk menjawab tajuk berkaitan Pembuangan Sampah Sarap di
lokasi kajian di Kampung Peria, Kuala Krai. Kerja kursus ini juga menyelitkan laporan peratusan
penduduk yang tinggal di kampung ini. Akhir sekali tidak ketinggalan juga, kajian ini telah
mengemukakan rumusan dan kesimpulan kajian sebelum dihasilkan pada helaian akhir iaitu
rumusan.









950907-03-
2

ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN :

M/S
ABSTRAK

1
PENGHARGAAN

2
PENGENALAN

OBJEKTIF KAJIAN

LOKASI KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

DAPATAN KAJIAN

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

RUJUKAN

LAMPIRAN











950907-03-
3

PENGHARGAAN
Kerja kursus ini dapat saya laksanakan dengan sempurna, dengan bantuan dan kerjasama
daripada beberapa pihak atasan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-
pihak yang berkaitan seperti berikut, Encik Fauzi Bin Salleh, Ketua Kampung Peria di atas
kerjasama tuan yang telaah membantu dan memberi maklumat tentang sejarah Kampung Peria
kepada saya dengan tepat dan berguna. Selain itu, terima kasih juga kepada Tuan Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra Satu (SMKSYP1), Tuan Komaruddin Bin
Abdullah kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini dari
mulanya sehinggalah siap dan kepada gur yang mendidik dan mengajar saya tentang semua
yang terkandung dalam matapelajaran Pengajian Am sejak penggal 1 sehingga penggal 2 ialah
Encik Azahir bin Che Mat. Tambahan pula, tidak lupa juga kepada keluarga yang lain turut
memberi dorongan, sokongan dan juga semangat untuk saya melaksanakan kertas ini sehingga
selesai semuanya serta tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang membantu
saya dalam melaksanakan kajian ini.











950907-03-
4


PENGENALAN
Tugasan telah ditetapkan kepada semua calon STPM 2014 di seluruh Malaysia dan diwajibkan
untuk membuat kerja kursus ini. MPM juga telah memberikan dua tema kepada semua calon
STPM dalam menjalankan kajian ini iaitu Ekologi (Persekitaran) dan integrasi dan perpaduan
(sukan dan permainan). Dalam kajian ini,saya telah memilih tema ekologi bagi memudahkan
kajian saya. Saya juga telah memilih tajuk kajian ini ialah Pembuangan Sampah Sarap telah
Memberi Kesan Negatif terhadap Penduduk di Kampung Peria. Tajuk ini amat sesuai dengan
situasi di kampung saya disebabkan kesukaran lori pemungut sampah memasuki ke kampung
saya.
Ekologi adalah ilmu yang mempelajari interaksi antara organisme dengan
lingkungannya dan yang lainnya. Berasal dari kata Yunani oikos (habitat) dan logos
(ilmu).Ekologi diartikan sebagai ilmu yang mempelajari baik interaksi antara makhluk hidup
maupun interaksi antara makhluk hidup dan lingkungannya.
Dalam ekologi, kita mempelajari makhluk hidup sebagai kesatuan atau sistem dengan
lingkungannya.Pembahasan ekologi tidak lepas dari pembahasan ekosistem dengan berbagai
komponen penyusunnya, iaitu faktor abiotik dan biotik. Faktor biotik antara lain suhu,
air,kelembapan, cahaya, dan topografi, sedangkan faktor biotik adalah makhluk hidup
yangterdiri dari manusia, hewan, tumbuhan, dan mikroba. Ekologi juga berhubungan erat
dengan tingkatan-tingkatan organisasi makhluk hidup, yaitu populasi, komunitas, danekosistem
yang saling mempengaruhi dan merupakan suatu sistem yang menunjukkan kesatuan.
Ilmu yang mempelajari ekosistem disebut ekologi. Ekologi berasal dari dua kata dalam
bahasa Yunani, yaiyu oikos dan logos. Oikos ertinya rumah atau tempat tinggal, danlogos
artinya ilmu. Istilah ekologi pertama kali dikemukakan oleh Ernst Haeckel (1834 -
1914).Ekologi merupakan cabang ilmu yang masih relatif baru, yang baru muncul padatahun
70-an. Akan tetapi, ekologi mempunyai pengaruh yang besar terhadap cabang.
Kita sering dikejutkan dengan pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat
terutamanya di sungai Klang. Sampah sarap ialah semua bahan yang terutama dihasilkan oleh
950907-03-
5

aktiviti manusia seperti industri, pertanian dan pertambangan dan lainnya yang dianggap tidak
berguna.
Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan sampah bukan
domestik. Sampah domestik adalah bahan-bahan buangan yang dibuang dari rumah atau dapur.
Contohnya ialah pakaian lama atau buruk, botol, kaca, kertas, beg plastik, tin aluminium dan
juga sisa makanan. Sampah bukan domestik pula ialah bahan-bahan buangan yang terhasil dari
industri, tapak pembinaan, pekedai atau pasar dan pejabat. Bahan-bahan buangan ini terdiri
daripada berbagai jenis termasuklah sisa jualan, sisa pembungkusan dan sisa daripada proses
pengilangan.
Dengan berlakunya pembuangan sampah ini telah menyebabkan beberapa kesan negatif
terhadap penduduk kampung ini. Penduduk kampung selalu merugut akibat bau busuk yang
berpunca dari pembuangan sampah ini. Sesetegah pihak yang tidak bertanggungjawab juga
sanggup membuang sampah di merata2 tempat seperti di dalam longkang dan sungai. Hal ini
menyebabkan penduduk mengalami bau busuk sekaligus menyebabkan saliran dan perparitan
ini tersumbat.
Tambahan pula, penduduk kampung ini tidak mempunyai pendidikan yang mantap di
dalam diri mereka kerana sesetengah penduduk ini hanyalah bekerja sebagai penoreh getah dan
buruh. Hal ini menyebabkan sesetengah penduduk memandang rendah terhadap pembuangan
sampah di merata-rata tempat dan tidak memandang enteng terhadap permasalahan ini.







950907-03-
6


OBJEKTIF KAJIAN
Dalam masa saya menyiapkan kajian kerja kursus ini, saya telah mengenal pasti beberapa
objektif kajian, antaranya :
Untuk mengkaji punca punca pembuangan sampah sarap di Kampung Peria.
Mengenal pasti kesan pembuangan sampah kepada penduduk Kampung Peria.
















950907-03-
7


LOKASI KAJIAN

Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Seperti
yang dinyatakan, pilihan lokasi sesuai untuk kajian saya ialah di kampung peria yang terletak di
daerah Kuala Krai. Daerah Kuala Krai merupakan bandar dalam negeri kelantan yang
mempunyai pelbagai kaum seperti kaum Melayu, cina, dan India serta bangsa Siam, bangladesh,
vietnam dan Indonesia yang berkerja di kilang, pusat perniagaan, penoreh getah, dan buruh
kasar.
Lokasi kajian terletak di kawasan kampung yang dinamakan kampung Peria. Kampung
Peria terletak 15km dari bandar kuala krai. Kampung ini juga berhampiran lebuhraya Kuala
Krai-Gua musang. Kampung ini terletak di antara Kampung Pahi dan Manik Urai. Kampung
peria merupakan salah sebuah kampung yang kaya dengan pokok getah. Ini menarik ramai
terutamanya kaum indonesia dan siam berhijrah ke kampung ini.
Jumlah penduduk mengikut kaum ialah; kaum melayu 20%, India 2% dan selebihnya
bangsa asing yang berkerja di kawasan kampung Peria seramai 18%. Hal ini menyebabkan
bilangan bangsa asing hampir dengan kaum melayu di kampung ini.
Oleh kerana kampung peria mempunyai penduduk yang sederhana dapat memudahkan
lagi untuk saya mendapatkan maklumat daripada 30 orang responden di sekitar kampung Peria.
Kata-kata responden memberi kerjasama yang baik dan memuaskan malah dapat membantu saya
mendapatkan maklumat yang benar dan berguna. Kerjasama daripada responden amat saya
hargai.




950907-03-
8

PETA KELANTAN





950907-03-
9

PETA DAERAH KUALA KRAI





950907-03-
10



PETA KAWASAN KAJIAN


















950907-03-
11


4.0 KAEDAH KAJIAN
Beberapa kaedah telah dipilih untuk mendapatkan maklumat dan menulis kajian daripada
maklumat yang di peroleh seramai 20 orang respoden yang telah dipilih untuk menyokong
kajian. Maklumat yang diperoleh akan diproses dan dianalisis untuk membuktikan kebenaran
objektif kajian.
4.1 Kaedah Mendapatkan Responden
Kaedah kajian ini dilakukan secara rawak dengan mudah dengan melibatkan seramai 30
orang responden yang dipilih dalam menjalankan kajian ini.
4.2 Kaedah Mendapatkan Maklumat
Dalam kaedah ini, kajian ini menggunakan borang soal selidik, temu bual, dan pemerhatian.

















950907-03-
12


4.2.1 Soal selidik
Soal selidik yang digunakan mempunyai 10 soalan yang diberikan kepada 30 orang. Soalan 1
adalah soalan yang mana responden perlu menandakan atau menulis YA atau TIDAK di petak
yang disediakan.
4.2.1.1 Sila tandakan tahap pembuangan sampah kepada penduduk di Kampung Peria, Kuala
Krai.


Bil.

Perkara
Tidak
Pasti
Sangat Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Setuju Sangat
Setuju
1. Tiada tempat
pembuangan sampah
yang sesuai

2. Sistem pungutan sampah
yang tidak teratur?

3. Tiada program gotong
royong di kawasan ini?

4. Sikap tidak
bertanggungjawab dalam
diri individu

5. Tiada pemantauan dari
pihak berkuasa

6. Kawasan persekitaran
berbau busuk?

7. Pembiakan nyamuk
Aedes sering berlaku

8. Pembiakan makhluk
perosak seperti lipas,

950907-03-
13

tikus dan sebagainya
9. Penularan penyakit
berjangkit dan berbahaya

10. Persekitaran kotor

4.2.2. Menemu bual
Pengkaji juga telah menggunakan proses temu bual bagi mengetahui kesan-kesan negatif
pembuangan sampah terhadap penduduk di Kampung Peria. Pengkaji telah menemu bual ketua
kampung bagi menyempurnakan lagi kajian ini.
1. Apakah punca yang menyebabkan pembuangan sampah di Kampung Peria?
i)
ii)
2. Bagaimanakah cara mengatasi masalah pembuangan sampah ini?
i)
ii)
3. Jika penduduk membuang sampah sarap di merata-rata, apakah tindakan yang tuan ambil
terhadap mereka?
i)

4.2.3. Pemerhatian
Selama 7 hari pengkaji telah berada di kawasan atau lokasi kajian dan mendapati pelbagai kesan
negatif akibat pembuangan sampah sarap kepada penduduk Kampung Peria. Berdasarkan
pemerhatian yang dibuat, seramai 70% penduduk kampung Peria sendiri yang membuang
sampah sarap di dalam sungai. Pengkaji juga dapat melihat pelbagai gaya dan ragam penduduk
950907-03-
14

kampung ini. Ramai penduduk di kawasan ini membuang sampah di dalam sungai sebagai jalan
yang mudah untuk membuang sampah tanpa mengambil kira kesan-kesan negatif tersebut.



4. Rujukan dan perpustakaan
Pengkaji juga telah membuat kajian dengan melakukan rujukan dengan mencari
maklumat dari sumber-sumber rujukan seperti buku teks, buku-buku ilmiah, dan internet untuk
mendapatkan maklumat tambahan. Kaedah kajian ini dijalankan bagi menjadikan kaedah
tambahan kepada kajian pengkaji.












950907-03-
15


5.0 DAPATAN KAJIAN
Kajian ini mengemukakan 2 objektif kajian. Bahagian ini akan mengemukakan data empirikal
bagi memenuhi kedua dua objektif kajian.
Responden dipilih secara rawak sama ada lelaki ataupun perempuan , beberapa peringkat
umur dan juga jenis pekerjaan. Responden dipilih secara rawak bertujuan untuk mengenal pasti
purata keseluruhan penduduk kampong mengkiut umur, pekerjaan dan jantina.
5.1 Demografi Responden
Jadual 1 berikut menunjukkan pecahan responden daripada kalangan penduduk Kampung
Peria tentang Persepsi masyarakat terhadap longgokan sampah berdasarkan jantina.

JANTINA KEKERAPAN ( ORANG ) PERATUS (%)
Lelaki 9 70
Perempuan 21 30

Jadual 1 :Demografi responden berdasarkan jantina










950907-03-
16



Rajah 1 : Demografi responden berdasarkan jantina.

Responden dalam kajian ini terdiri daripada 30 orang Persepsi masyarakat terhadap
pembuangan sampah di Kampung Peria. Daripada jumlah tersebut, seramai 9 orang lelaki
bersamaan 30% dan 21 orang perempuan bersamaan 70%. Hal ini demikian kerana penyelidik
membuat kesimpulan, pada waktu itu berkemungkinan lelaki lebih ramai tiada di rumah kerana
bekerja manakala perempuan kebanyakkannya berada di rumah malah ada yang menjadi suri
rumah. Oleh Itu, Pengkaji telah membuat rumusan seperti berikut.

Jadual 2 berikut menunjukkan pecahan responden daripada persepsi masyarakat terhadap
pembuangan sampah di Kampung Peria berdasarkan umur.






70%
30%
Jantina
Perempuan
Lelaki
950907-03-
17

UMUR KEKERAPAN(ORANG) PERATUS (%)
15-20 3 10
21-30 6 20
36-45 12 40
45-55 6 20
56-70 3 10

Jadual 2 : Demografi responden berdasarkan umur.




Rajah 2 : Demografi berdasarkan umur.

Jadual 2 menunjukkan responden yang terdiri daripada 30 orang persepsi masyarakat
terhadap pembuangan sampah di Kampung Peria. Daripada jumlah tersebut , seramai 3 orang
penduduk yang berumur 15-20 tahun bersamaan 10% , 6 orang penduduk yang berumur 21-35
tahun bersamaan 20%. Pada peringkat umur 36-45 tahun seramai 12 orang sahaja bersamaan
40%. Umur 45-55 ialah seramai 6 orang bersamaan 20%. Pada peringkat warga emas iaitu yang
10%
20%
40%
20%
10%
Umur
15-20
21-35
36-45
46-55
56-70
950907-03-
18

berumur 56-70 ialah seramai 3 orang bersamaan 10%. Hal ini dapat disimpulkan
kebanyakkannya golongan muda tinggal di kawasan Kampung Peria diikuti dengan golongan tua
yang sudah menetap lama di kawasan tersebut. Hal ini kerana, penyelidik difahamkan kawasan
perkampungan Kampung Peria merupakan kawasan tanah kerajaan yang sudah dimiliki oleh
penduduk kampung tersebut. Walaubagaimanapun, golongan dewasa juga masih lagi tinggal di
kawasan tersebut kerana perkampungan ini berdekatan dengan sektor ekonomi iaitu pusat
perdagangan dan perkilangan.


Jadual 3 berikut menunjukkan pecahan responden daripada persepsi masyarakat terhadap
pembuangan sampah sarap berdasarkan pekerjaan.


PEKERJAAN KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)
Kerajaan 3 10
Swasta 12 40
Tidak bekerja 9 30
Lain-lain 6 20

Jadual 3 : Demografi responden berdasarkan pekerjaan.


950907-03-
19




Rajah 3 : Demografi responden berdasarkan pekerjaan


Jadual 3 menunjukkan responden yang terdiri daripada 30 orang persepsi masyarakat
terhadap pembuangan sampah di Kampung Peria. Daripada jumlah tersebut , seramai 3 orang
penduduk yang bekerja di kerajaan bersamaan 10% , 12 orang penduduk yang bekerja sendiri
bersamaan 40% , 9 orang penduduk yang tidak bekerja bersamaan 30% manakala 6 orang
penduduk yang masih bergelar pelajar bersamaan 20%. Rekod yang dihasilkan ini menunjukkan
responden bekerja sendiri berbanding dengan responden yang bekerja di sektor kerajaan. Ini
menunjukkan kedudukan kawasan kajian adalah berdekatan dengan sektor perhutanan yang
banyak seperti pokok getah yang menyebabkan ramai penduduk Kampung Peria lebih cenderung
bekerja sendiri berbanding kerajaan. Manakala Penduduk di kawasan tersebut yang tidak bekerja
hampir sama bilangannya dengan penduduk yang berkerja sendiri. Hal ini kerana penduduk yang
tidak bekerja kebanyakkannya suri rumah ataupun warga tua yang berehat di rumah. Penyelidik
juga mendapati seorang responden adalah pelajar yang masih bersekolah yang tinggal di
kawasan tersebut.

12%
49%
37%
2%
Pekerjaan
Kerajaan
swasta
tidak bekerja
lain-lain
950907-03-
20


5.2 FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMBUANGAN SAMPAH
Jadual 4 menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan pembuangan sampah di Kampung Peria.


Bil.

Perkara
Tidak
pasti
Sangat
tidak
setuju
Tidak
setuju
Setuju Sangat
setuju
Bil % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
1. Tiada tempat
pembuangan sampah
yang sesuai?
5 17 4 13 2 7 14 47 5 16
2. Sistem pungutan sampah
yang tidak teratur?
2 7 3 10 8 27 10 33 7 23
3. Tiada program gotong
royong di kawasan ini?
3 10 1 3 3 10 14 47 9 30
4. Sikap tidak
bertanggungjawab dalam
diri individu
3 10 0 0 2 7 15 50 10 33
5. Tiada pemantauan dari
pihak berkuasa
3 10 1 3 1 3 11 37 14 47

Jadual 4 : Faktor-faktor yang menyebabkan pembuangan sampah


950907-03-
21



Rajah 4 : Faktor-faktor yang menyebabkan pembuangan sampah

Berdasarkan jadual 4, seramai 14 orang responden bersamaan 47% telah memilih sangat
setuju bagi faktor tiada pemantauan daripada pihak berkuasa berbanding 11 orang responden
bersamaan 37% memilih setuju untuk faktor tersebut sebagai pemangkin pembuangan sampah
di Kampung Peria. Namun begitu, terdapat 1 orang responden bersamaan 3% telah memilih
aspek tidak setuju dan juga 1 orang responden bersamaan 3% memilih sangat setuju. Menurut
pandangan salah seorang temu bual , En Ahmad bin sulaiman menyatakan pandangannya tidak
semestinya pihak berkuasa membuat pantauan dan rondaan kerana beliau beranggapan, setiap
penduduk perlulah bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan tersebut. Dengan cara
berikut, sampah sarap yang bertaburan tidak akan kelihatan bersepah. Walaubagaimanapun,
tedapat 3 orang responden bersamaan 10% memilih tidak pasti di kawasan tersebut.
Seterusnya, Faktor kedua adalah Sistem pemungutan sampah yang tidak teratur.
Seramai 10 orang bersamaan 33% telah memilih setuju dan 7 orang responden bersamaan 23%
memilih sangat setuju bagi faktor tersebut. Perkara ini dapat dibuktikan apabila melihat
longgokan sampah di kawasan kajian yang tidak diambil oleh lori sampah kerana sistem
pemungutannya yag tidak semestinya menyebabkan sampah terlalu banyak. Namun begitu ,
seramai 8 orang responden bersamaan 27% telah memilih tidak setuju berbanding 3 orang
0
10
20
30
40
50
60
tidak pasti
sangat tidak pasti
tidak setuju
setuju
sangat setuju
950907-03-
22

responden bersamaan 10% telah memilih sangat tidak setuju bahawa sistem pungutan sampah
yang tidak teratur. Ini menunjukkan bahawa mereka menyuarakan sistem pungutan sampah tidak
sistematik disebabkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menguruskan pungutan sampah.
Walaubagaimanapun, terdapat 2 orang responden bersamaan 7% memilih tidak pasti terhadap
faktor tersebut.

Seramai 14 orang responden bersamaan 47% telah memilih setuju manakala 9 orang
responden bersamaan 30% telah memilih sangat setuju bagi faktor tiada program gotong royong
di kawasan tersebut. Menurut temu bual penyelidik bersama dengan salah seorang responden
menyatakan bahawa program gotong royong dilakukan di kawasan tersebut tetapi kebanyakkan
penduduk kawasan tersebut tidak menitikberatkan kebersihan mahupun program atau aktiviti
gotong royong. Terdapat 3 orang responden bersamaan 10% telah memilih tidak setuju
berbanding 3 orang responden bersamaan 10% telah memilih tidak pasti terhadap faktor yang
menyebabkan pembuangan sampah di Peria.
Selain itu, seramai 15 orang responden bersamaan 50% memilih setuju bagi faktor sikap
tidak bertanggungjawab dalam diri individu berbanding 10 orang responden bersamaan 33%
memilih sangat setuju bagi faktor tersebut. Hal ini menyebabkan sikap tanggungjawab dalam
dirin seseorang individu menjadi salah satu punca pembuangan sampah di kawasan kajian terlalu
banyak dan tidak terkawal. Melalui pemerhatian, penyelidik mendapati kawasan perkampungan
tersebut terlalu banyak sampah sarap akibat daripada sikap sambil lewa penduduk Kampung
Peria. Terdapat 2 orang responden bersamaan 7% telah memilih tidak setuju manakala 3 orang
responden bersamaan 10% memilih tidak pasti bahawa sikap tidak bertanggungjawab dalam diri
individu merupakan faktor yang menyebabkan pembuangan sampah di merata-rata di Kampung
Peria.
Akhir sekali, seramai 14 orang responden bersamaan 47% telah memilih setuju
manakala 5 orang responden bersamaan 16% memilih sangat setuju untuk faktor tiada tempat
pembuangan sampah yang sesuai. Walaubagaimanapun, terdapat 4 orang responden bersamaan
13% memilih sangat tidak setuju dan 2 orang responden bersamaan 7% telah memilih tidak
setuju dengan faktor ini. Terdapat juga 5 orang responden bersamaan 17% telah memilih tidak
pasti kerana tiada kepastian dari pihak responden tentang faktor tiada tempat pembuangan
sampah di Kampung Peria. Terdapat juga 4 orang responden bersamaan 13% telah memilih
950907-03-
23

sangat tidak setuju tentang faktor ini. Berdasarkan data yang diperoleh ini, majoriti daripada
semua responden bersetuju bahawa bahawa tiada tempat pembuangan sampah yang sesuai
menjadi faktor pembuangan sampah di Kampung Peria memandangkan kampung Peria
memandangkan kampung tersebut dilihat sebagai tempat pembiakan sampah yang tidak terurus
di kawasan tersebut.


5.3 KESAN PEMBUANGAN SAMPAH KEPADA ALAM PERSEKITARAN
Jadual 5 menunjukkan kesan pembuangan sampah kepada alam persekitaran di Kampung
Peria.


Bil.

Perkara
Tidak
pasti
Sangat
tidak
setuju
Tidak
setuju
Setuju Sangat
setuju
Bil % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
1. Kawasan persekitaran
berbau busuk?
4 13 2 7 7 23 6 20 11 37
2. Pembiakan nyamuk
aedes sering berlaku?
1 3 1 3 8 27 12 40 8 27
3. Pembiakan makhluk
perosak seperti lipas,
tikus dan sebagainya
1 3 0 0 6 20 11 37 12 40
4. Penularan penyakit
berjangkit dan berbahaya
1 3 2 7 9 30 11 37 7 23
5. Persekitaran Kotor 2 7 3 10 5 17 13 43 7 23

Jadual 5 : Kesan pembuangan sampah di Kampung Peria


950907-03-
24



Rajah 5 : Kesan pembuangan sampah di Kampung Peria

Jadual di atas menunjukkan kesan terhadap pembuangan sampah di Kampung Peria.
Dapatan kajian menunjukkan 11 orang responden bersamaan 37% telah memilih sangat setuju
bagi kesan kawasan persekitaran berbau busuk manakala 6 orang responden bersamaan 20%
memilih setuju bagi kesan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan lagi apabila penyelidik telah
membuat pemerhatian dan juga menemu bual beberapa orang responden tentang kesan tersebut,
Hasil daripada penyelidikannya, penyelidik mendapati majoriti daripada responden yang telah
ditemu bual mengatakan kawasan kajian ini mempunyai masalah persekitaran yang berbau busuk
akibat daripada longgokan sampah. Ini dibuktikan lagi, penyelidik telah memerhatikan kawasan
kajian yang terlalu banyak sampah dan berbau busuk diikuti dengan makhluk serangga atau
perosak berkeliaran di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat 7 orang responden
bersamaan 23% telah memilih tidak setuju dan 2 orang responden bersamaan 7% memilih sangat
tidak setuju dengan kesan kawasan persekitaran berbau busuk. Hal ini kerana, kebarangkalian,
responden yang telah memilih aspek tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi kesan ini kerana
mereka tinggal berjauhan daripada tempat pembuangan sampah. Mereka tidak merasai bau yang
tidak menyenagkan terlalu kerap dan mereka juga tidak selalu berada di kawasan pembuangan
sampah. Maka, responden telah menyatakan tidak setuju dengan pernyataan kesan yang telah di
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
kawasan
persekitaran
berbau busuk
pembiakan
nyamuk aedes
pembiakan
makhluk
perosak
penularan
penyakit
berjangkit dan
berbahaya
persekitaran
kotor
tidak pasti
sangat tidak setuju
tidak setuju
setuju
sangat setuju
950907-03-
25

nyatakan iaitu kawasan persekitaran berbau busuk. Meskipun ada responden tidak setuju,
majoriti daripada responden malah penduduk kampung menyatakan setuju kawasan persekitaran
berbau busuk akibat daripada pembuangan sampah di Kampung Peria.

Seterusnya, seramai 12 orang responden bersamaan 40% telah memilih setuju bagi kesan
pembiakan nyamuk aedes manakala seramai 8 orang responden bersamaan 27% memilih sangat
setuju bagi kesan tersebut. Hal ini disebabkan, Kawasan perkampungan ini telah mencatatkan
penularan wabak denggi yang merbahaya. Akibat daripada pembuangan sampah yang bertimbun,
pembiakan nyamuk aedes telah menjadi banyak sekaligus mendatangkan penyakit yang
membawa maut iaitu kes demam denggi. Terdapat 8 orang responden bersamaan 27% memilih
tidak setuju manakala seramai 1 orang responden bersamaan 3% memilih sangat tidak setuju
terhadap kesan yang dinyatakan iaitu pembiakan nyamuk aedes. Hal ini dapat disimpulkan,
tedapat beberapa responden tidak setuju kerana mereka beranggapan pembuangan sampah di
kawasan kajian tersebut tidak mempunyai kesan hingga ke tahap pembiakan nyamuk aedes
sekaligus mempunyai penyakit yang merbahaya iaitu demam denggi.

seramai 12 orang responden bersamaan 40% telah memilih sangat setuju bagi kesan
pembiakan makhluk perosak seperti lipas,tikus,dan sebagainya manakala seramai 11 orang
responden bersamaan 37% memilih setuju bagi kesan tersebut. Berdasarkan temu bual
penyelidik bersama beberapa orang responden menyatakan pembiakan makhluk perosak kerap
berlaku kerana sampah sarap merupakan tempat paling disukai oleh makhluk perosak ini.
Sampah sarap juga menjadi sumber makanan kepada makhluk perosak itu. Disebakan itu
makhluk perosak sentiasa membiak di kawasan persekitaran yang kotor dan penuh dengan
sampah sarap. Terdapat 6 orang responden bersamaan 20% telah memilih tidak setuju dengan
kesan yang dinyatakan iaitu pembiakan makhluk perosak di Kampung Peria.

Selain itu, seramai 11 orang responden bersamaan 37% telah memilih setuju bagi kesan
penularan penyangkit berjangkit dan berbahaya dan 7 orang responden bersamaan 23% telah
memilih sangat setuju bagi kesan tersebut. Hal ini kerana, hasil daripada temu bual daripada
beberapa orang responden menyatakan kesan daripada pembuangan sampah di kawasan kajian
iaitu penularan penyakit berjangkit dan berbahaya. Hal ini dapat dibuktikan apabila indeks
950907-03-
26

kesihatan penduduk kawasan perkampungan ditahap yang rendah. Bermaksud majority daripada
penduduk Kampung Sentosa Barat mengalami penyakit da nada yang mempunyai kes penyakit
yang tinggi akibat daripada pembuangan sampah yang tidak diuruskan dengan baik. Meskipun
begitu, terdapat 9 orang responden bersamaan 30% memilih tidak setuju dan 2 orang responden
bersamaan 7% memilih sangat tidak setuju bagi kesan penularan penyakit berjangkit dan
berbahaya.

Akhir sekali, Seramai 13 orang responden bersamaan 43% telah memilih setuju kesan
bagi kawasan persekitaran kotor manakala 7 orang responden bersamaan 23% memilih sangat
setuju bagi kenyataan kesan tersebut. Berdasarkan pemerhatian, penyelidik mendapati kawasan
persekitaran amat kotor dengan sampah sarap yang bersepah di merata-rata tempat. Penyelidik
juga mendapati kawasan pembuangan sampah bersebelahan dengan jalan kecil untuk laluan
kereta atau motosikal. Ini menyebabkan pandangan yang tidak berapa menyenangkan apabila
sampah itu bersepah dan persekitaran kotor. Namun begitu, tedapat juga 5 orang responden
bersamaan 17% telah memilih tidak setuju dan 3 orang responden bersamaan 10% memilih
sangat tidak setuju bagi kesan kawasan persekitaran kotor di Kampung Peria.

Berdasarkan kesan-kesan yang dinyatakan menerusi jadual 5, dapat disimpulkan bahawa
masalah pembuangan sampah ini memberikan kesan yang negatif kepada penduduk kampong
Peria. Berdasarkan temu bual yang dijalankan ke atas penduduk kampung, mereka menyatakan
kawasan persekitaran berbau busuk dengan kehadiran makhluk perosak tidak menyenangkan
pemandangan persekitaran. Meskipun begitu, penduduk masih lagi menetap di perkampungan
tersebut walaupun mempunyai kawasan longgokan sampah yang banyak.








950907-03-
27


6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Kajian ini telah mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan
merumuskan hasil dapatan kajian.

6.1 Faktor Yang Menyebakan Pembuangan Sampah
Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor yang menyebabkan pembuangan sampah ialah
disebabkan tiada tempat pembuangan sampah yang sesuai, sistem pungutan sampah yang
tidak teratur, sikap tidak bertanggungjawab dalam diri individu, tiada program gotong royong di
kawasan tersebut, dan tiada pemantauan daripada pihak berkuasa. Namun begitu, aspek yang
paling ketara ialah sikap tidak bertanggungjawab dalam diri individu. Hal ini disebabkan oleh
sikap sambil lewa penduduk untuk membersihkan kawasan persekitaran. Ini yang
menyebabkan sampah sarap menjadi banyak dan bersepah di merata-rata tempat. Berdasarkan
temu bual yang dilakukan oleh penyelidik terhadap penduduk kampung, Mereka
mencadangkan penduduk kampung bekerjasama membersihkan kawasan persekitaran, sikap
diri individu seperti saling bantu-membantu dalam menangani masalah ini. Di samping itu juga,
Pemantuan daripada pihak berkuasa amat memerlukan supaya mereka boleh mengambil
tindakan yang sewajarnya terhadap penduduk mahupun pihak lori sampah yang memungut
sampah. Selain itu juga, Pungutan sampah yang tidak teratur salah satu punca yang amat
dititikberatkan. Berdasarkan temu bual beberapa orang responden, Mereka menyatakan Pihak
lori sampah itu memungut sampah seminggu sekali. Ini membuktikan longgokan sampah yang
banyak menyebabkan lori sampah tidak memungut sampah dengan sistemaik dan teratur.
Sepatutnya lori sampah datang memungut sampah seminggu 3 kali untuk mengelakkan
pembuangan sampah yang banyak.





950907-03-
28


6.2 Kesan pembuangan Sampah Kepada Alam Persekitaran
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesan terhadap pembuangan sampah kepada alam
persekitaran akan menyebabkan kawasan persekitaran berbau busuk. Hal ini dapat dibuktikan
apabila penyelidik menemu bual dengan beberapa orang responden. Majoriti daripada
responden ini menyatakan kawasan tempat pembuangan sampah berbau busuk. Ini amat tidak
memberi keselesaan kepada penduduk untuk menghirup udara yang segar. Meskipun begitu,
kesan pembiakan makhluk perosak seperti lipas,tikus dan sebagainya merupakan kesan yang
diutarakan melalui borang soal selidik. Kebanyakkanya responden menyatakan longgokan
sampah menjadi tempat pembiakan makhluk perosak itu.
Selain itu , Kesan yang ketara diutarakan adalah Kawasan persekitaran kotor akibat
daripada pembuangan sampah yang terlalu banyak. Sampah terlalu banyak dan bersepah
merata-rata tempat malah bertambah kotor akibat daripada hujan dan kawasa ini terletak di
sebelah jalan yang sering penduduk kampung menggunakan laluan ini. Justeru itu, penduduk
tidak berapa selesa dengan keadaan yang persekitaran kotor.


6.3 Kesimpulan
Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati penduduk Kampung Peria mempunyai
masalah berkaitan dengan pembuangan sampah. Menerusi temu bual yang dilakukan oleh
penyelidik terhadap penduduk kampung, penduduk kampung menyatakan pungutan sampah
tidak teratur menyebabkan sampah terkumpul lama dan mengeluarkan bau yang busuk.
Mereka menyatakan sewajarnya pungutan sampah dilakukan seminggu 3 kali untuk
mengelakkan longgokan sampah yang terlalu banyak.

Faktor utama yang menyebabkan pembuangan sampah di Kampung Peria ialah Sikap
tidak bertanggungjawab dalam diri individu. Hal ini disebabkan individu tidak mengambil
inisiatif untuk menangani masalah tersebut dan membiarkan sampah itu banyak dan bersepah
di merata tempat.
950907-03-
29




Kesan yang paling ketara akibat pembuangan sampah ini ialah Kawasan persekitaran
berbau busuk. Akibat daripada pembuangan sampah yang terlalu banyak, Maka kawasan itu
bergelumang dengan bau yang tidak menyenangkan. Penduduk kampung tidak berasa selesa
dengan keadaan yang berbau busuk.

Natijahnya, Langkah yang sewajarnya untuk menangani masalah ini adalah
tanggungjawab bersama untuk membersihkan kawasan kampung di samping pihak berkuasa
mengambil inisiatif untuk menangani masalah pembuangan sampah di Kampung Peria.

















950907-03-
30


RUJUKAN
1. http://syarifmawahib.wordpress.com/2007/03/26/pencemaran-sampah-sarap
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekologi
3.http://www.slideshare.net/chandsu/sejarah-ekologi
4.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=J
ohor&pg=wj_01.htm
5. En. Amran bin Idris, 2012, buku pengajian AM, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka
6. Kamus Dewan Edisi Keempat, 1995, Kuala Lumpur, Dewan bahasa dan Pustaka










950907-03-
31


LAMPIRAN

LAMPIRAN 1
TAJUK: Pembuangan sampah sarap telah memberi kesan negatif terhadap penduduk di
Kampung Peria, Kuala Krai.
UMUR:
JANTINA:

SOAL SELIDIK

Bil.

Perkara
Tidak
Pasti
Sangat Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Setuju Sangat
Setuju
1. Tiada tempat
pembuangan sampah
yang sesuai

2. Sistem pungutan sampah
yang tidak teratur?

3. Tiada program gotong
royong di kawasan ini?

4. Sikap tidak
bertanggungjawab dalam
diri individu

5. Tiada pemantauan dari
pihak berkuasa

6. Kawasan persekitaran
950907-03-
32

berbau busuk?
7. Pembiakan nyamuk
Aedes sering berlaku

8. Pembiakan makhluk
perosak seperti lipas,
tikus dan sebagainya

9. Penularan penyakit
berjangkit dan berbahaya

10. Persekitaran kotor















950907-03-
33


TAJUK: Pembuangan sampah sarap telah memberi kesan negatif terhadap penduduk di
Kampung Peria, Kuala Krai.
UMUR ;
JANTINA:

TEMU BUAL
Apakah punca yang menyebabkan pembuangan sampah di Kampung Peria?
i)
ii)
Bagaimana cara mengatasi masalah pembuangan sampah ini?
i)
ii)
Jika penduduk membuang sampah sarap di merata-rata, apakah tindakan yang tuan ambil
terhadap mereka?
i)
ii)





950907-03-
34

You might also like