You are on page 1of 32

951211-02-6248

1

PACIFIC STAR PARADE : KAJIAN MENGENAI SAMBUTAN PENGGUNA TERHADAP
HARI TANPA BEG PLASTIK
ABSTRAK
Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan
alam sekitar. Kajian ini mengemukakan dua objektif iaitu untuk mengkaji sejauh mana
keberkesanan pelaksanaan program ini dan mengkaji kebaikan dan keburukan melalui
pelaksanaannya. Kajian ini dijalankan di Pacific Star Parade Jalan Telok Wanjah 05200
Alor Setar Kedah. Kaedah kajian yang digunakan ialah tinjauan. Instrumen kajian yang
digunakan ialah soal selidik dan temubual. Sampel kajian ialah pengguna Pacific yang
berada di sekitar kawasan kajian. Jumlah responden adalah seramai 30 orang dan
temubual bersama 3 orang informen. Soal selidik yang dikemukakan menggunakan skala
likert yang memerlukan responden menanda pada kertas soal selidik. Kaedah pemerhatian
juga dijalankan bagi menambahkan lagi maklumat untuk menyiapkan kajian ilmiah ini di
samping pambacaan ilmiah di perpustakaan. Keseluruhan kajian ini mendapati bahawa
penggunaan plastik di supermarket sangat diperlukan oleh pengguna. Kajian ini
merumuskan bahawa beg plastik boleh digunakan tetapi perlu dihadkan dan dikitar
semula bagi menyelamatkan bumi.





951211-02-6248

2

ISI KANDUNGAN

BILANGAN BUTIR HALAMAN
1. Abstrak
2. Isi Kandungan
3. Penghargaan
4. Pengenalan
5. Objektif Kajian
6. Lokasi Kajian
7. Metodologi Kajian (Kaedah Kajian)
8. Dapatan Kajian
9. Rumusan
10. Kesimpulan
11. Rujukan
12. Lampiran










951211-02-6248

3


PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah dengan
penuh kesyukuran dan keredhaan dari Allah, dengan usaha yang telah disatukan, akhirnya
terhasil juga satu tugasan iaitu Pentadbiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai melengkapkan
salah satu keperluan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2014.
Terima kasih diucapkan kepadaPuan Norizah Bt Mat, gurumata pelajaran Pengajian
Am SMK Tunku Abdul Rahman, yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu pengetahuan dan
idea serta panduan dalam menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, jutaan terima kasih buat Tuan
Pengetua, Tuan Haji Turin Bin Ahmad, kerana memberi saya kebenaran untuk melakukan
kajian ini.
Terima kasih juga kepada ayahanda dan bonda tercinta, Encik Ahmad Zahri Bin Mat
Saad dan Puan Norma Bt Awangkerana sentiasa memberi dorongan, semangat dan kerjasama
serta keprihatinan yang tidak terhingga sehingga saya dapat melengkapkan tugasan saya ini.
Tidak lupa juga, ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada para responden yang
telah memberi informasi kepada saya sepanjang melaksanakan tugasan ini.Tanpa mereka, sukar
untuk saya menjalankan tugasan ini.
Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran serta pertolongan dari semua pihak, Kerja
Kursus Pengajian Am 4 (900/4) dapat berjalan dengan lancar dan disiapkan mengikut masa yang
ditetapkan.

951211-02-6248

4

1.0 PENGENALAN
Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa,
agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air
seperti sungai dan laut. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada
fenomena fizikal yang melingkungi suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini
termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. Alam sekitar masa kini
semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan
pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan
pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada
masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Alam sekitar merupakan
segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi.

Oleh yang demikian, saya telah mengambil keputusan untuk mengkaji isu tentang
Program Hari Tanpa Beg Plastik terhadap alam sekitar. Oleh itu, usaha pihak-pihak tertentu
seperti pihak berkuasa tempatan (PBT)yang telah melancarkan Hari Tanpa Beg Plastik (HTBP)
amat dialu-alukan. Di Selangor, HTBP dilangsungkan pada hari Sabtu, manakala di Pulau
Pinang ia dilangsungkan selama tiga hari iaitu Isnin, Selasa dan Rabu. Di negeri lain juga
mungkin ada menganjurkan kempen seumpama ini, tetapi tidaklah dikenali dengan
namatersebut. Sebenarnya, kempen mengurangkan penggunaan plastik seperti program 3R iaitu
Reduce, reuse, recycle sudah lama diadakan tetapi kuran gmendapat sambutan. Justeru itu,
kempen HTBP ini amat memerlukan sokongan masyarakat. Kempen ini sedikit sebanyak dapat
memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pemuliharaan alam sekitar dan menyeru
masyarakat untuk turut serta membantu usaha murni kerajaan dalam meningkatkan kualiti alam
sekitar.Tanpa kerjasama pengguna, program ini tidak akan ke mana. Peranan utama bagi
951211-02-6248

5

menjayakan program ini sudah tentu terletak di atas bahu pihak yang
bertanggungjawabmenyediakan beg plastik iaitu pusat membeli-belah termasuk pasaraya
besar.Sehubungan itu, pengguna digalakkan membawa beg sendiri kerana beg plastik tidak akan
dibekalkan kepada pengguna di kedai atau pasaraya yang mengambil bahagian dalam kempen
ini. Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak membawa beg sendiri, mereka diberikan pilihan
untuk membeli setiap beg plastik dengan harga serendah 20 sen. Walaupun bayaran yang
dikenakan adalah untukdisalurkan kepada kebajikan, ia sedikit sebanyak menjejaskan matlamat
kempenHTBP.Hal ini demikian kerana pengguna masih diberi pilihan menggunakannya seperti
biasapada hari kempen berlangsung. Ini hanya menampakkan kempen HTBP ini
sekadar melepaskan batuk di tangga. Apalah ertinya jika 'tangan kanan' tidak memberi begplastik
tetapi 'tangan kiri' pula menjualnya.Sedikit ketidakadilan (atau boleh dikatakan penipuan) juga
boleh terjadidalam situasi ini. Misalnya, katakanlah, seorang pengguna dari negeri
lain(contohnya, Kelantan) datang membeli-belah di Selangor pada hari Sabtu, merekaakhirnya
terpaksa membayar untuk beg plastik bagi membawa barang-barang yangtelah dibeli sedangkan
dia tidak tahu menahu langsung mengenai kempen tersebut. Pasaraya juga tidak membekalkan
beg plastik kepada pelanggan sebaliknya menyediakan Recyclable Bag yang berharga
20sen.
Program ini dijalankan bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi mampu
dijadikan tabiat harian dan bukan sahaja untuk hari Jumaat dan Sabtu. Namun demikian
kerajaan Selangor untuk melaksanakan Program Hari Tanpa Beg Plastik kurang mendapat
sambutan daripada kedai-kedai kecil contohnya kedai runcit. Hal ini demikian kerana
terdapat organisasi dan pasaraya besar seperti Giant,Tesco, dan SpeedMart sahaja yang
menyokong program tersebut.
951211-02-6248

6

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji sejauh mana keberkesanan pelaksanaan Program Hari Tanpa Beg Plastik
di Pacific Alor Star Mall

2. Mengenalpasti kebaikan yang dapat dicapai melalui pelaksanaan Program Hari
Tanpa Beg Plastik.

















951211-02-6248

7

3.0 LOKASI KAJIAN

Dalam membuat kajian ini, kawasan yang terlibat ialah Alor Setar. Alor Setar
merupakan ibu negeri Kedah yang terletak 93 kilometer Utara Butterworth, Pulau
Pinang dan 45 kilometer dari selatan. Kawasan Alor Setar meliputi tanah seluas
666 km 2 (persegi) yang diduduki lebih daripada 300 000 penduduk mengikut
bancian tahun 2010. Keluasan mukim Alor Setar adalah 60523 km 2 dan
mempunyai 34 buah mukim. Di bahagian Pusat Bandar Alor Setar terdapat
beberapa kawasan perindustrian. Pacific merupakan sebuah pasaraya yang terletak
di kawasan Pusat Bandar. Di sekitarnya terdapat Pekan Rabu, Menara Alor Setar
dan Holiday Villa.



Peta 1 : Peta Daerah Kota Setar
Sumber : Google Map

951211-02-6248

8


4.0 KAEDAH KAJIAN

( 1 ) KAEDAH SOAL SELIDIK

- Untuk menyempurnakan kaedah soal selidik ini, pengkaji telah menyediakan
25 soalan kepada pelanggan. Kaedah ini dijalankan selama 7 hari tetapi
hanya di lakukan pada hari minggu sahaja terutamanya pada hari Jumaat
dan Sabtu. Kaedah ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
pelanggan di Pacific Star Parade kerana kaedah ini lebih mudah daripada
kaedah temubual. Selain itu, melalui kajian soal selidik ini juga pengkaji
dapat menyiapkan data dan analisis kajian.


( 2 ) KAEDAH TEMUBUAL
- Pengkaji telah menemubual pengurus Pacific Star Parade untuk
mendapatkan data-data yang penting .Beberapa soalan telah disiapkan untuk
dijawab oleh pengurus. Soalan-soalan ini berkaitan dengan sambutan
pengguna terhadap Program Hari Tanpa Beg Plastik yang dijalankan setiap
hari minggu dan kebaikan program tersebut kepada alam sekitar. Kajian ini
dijalankan selama 7 hari walaupun keadaan masa agak suntuk, pengkaji
tetap berusaha untuk menyiapkan kajian ini sebaik mungkin.

( 3 ) KAEDAH PENYELIDIKAN
- Kaedah ini mengambil masa selama 3 hari kerana pengkaji berulang-alik
dari cyber cafe dan perpustakaan awam, dalam mencari bahan-bahan untuk
menyiapkan kajian ini.





951211-02-6248

9


5.0 DAPATAN KAJIAN

ANALISIS BAHAGIAN A ( Demografi responden )
Dapatan kajian adalah hasil daripada maklum balas responden melalui kajian soal selidik
yang digunakan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan pelaksanaan Program Hari
Tanpa Beg Plastik dan mengenalpasti kebaikan dan keburukan program tersebut. Kajian
yang dijalankan berdasarkan respon daripada 30 orang responden yang terdiri daripada
pengguna di Pacific Star Parade Jalan Telok Wanjah 05200 Alor Setar Kedah Darul Aman

( i ) Taburan responden berdasarkan jantina.
Jadual 1 : Jantina responden
Jantina Bilangan
Lelaki 12
Perempuan 18


Jadual 1 menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Didapati responden
perempuan merupakan golongan majoriti yang mengunjung pasaraya Pacific Alor Setar. Hasil
daripada soal selidik mendapati bahawa responden lelaki seramai 12 orang (40%) manakala
responden perempuan seramai 18 orang (40%)


951211-02-6248

10






Rajah 1 : Jantina responden
Sumber 1 : Kajian lapangan 2014


(ii) Taburan Responden Berdasarkan Status
Jadual2 : Taburan Responden Berdasarkan Status
Status Frekuensi Peratusan (%)
Bujang
Berkahwin
10
15
40
60
Jumlah 30 100


Lelaki
Perempuan
60%
40%
Jantina
951211-02-6248

11



Rajah 2 : Taburan responden berdasarkan status
Sumber 2 : Kajian lapangan 2014
Jadual 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan status. Hasil analisis menunjukkan
bahawa status responden antara bujang dan sudah berkahwin adalah tidak sama.Responden yang
sudah berkahwin ialah 15 orang (60%) dan responden yang bujang adalah 10 orang (40%)

(iii)Taburan responden berdasarkan umur
Jadual3 : Menunjukkan Bilangan Responden Yang Dipilih Secara
Random Berdasarkan Umur
40%
60%
Taburan responden berdasarkan status
Bujang
Berkahwin
Umur Frekuensi ( ) Peratusan ( % )
19-25 tahun 2 7.0%
26-32 tahun 4 13.0%
33-39 tahun 11 37.0%
40-46tahun 10 33.0%
47-53 tahun ke atas 3 10.0%
951211-02-6248

12



Rajah 3 : Taburan responden berdasarkan umur
Sumber 3 : Kajian lapangan 2014


Jadual 3 menunjukkan taburan responden berdasarkan umur. Hasil analisis menunjukkan bahawa
majoritinya responden berumur di antara 19-25 tahun iaitu seramai 2 orang responden (7%), dan
diikuti responden berumur 26-32 tahun iaitu seramai 4 orang (13%). Responden yang berumur
33-39 tahun seramai 11 orang (37%) dan ke 40-46 tahun memiliki bilangan iaitu seramai 10
orang responden (33%). Responden yang berumur 47-53 tahun dan ke atas pula adalah seramai
3 orang (10%).


(iii) Pekerjaan
7%
13%
37%
33%
10%
Umur
19-25 tahun
26-32 tahun
33-39 tahun
40-46 tahun
47-53 tahun ke atas
JUMLAH 30 100
951211-02-6248

13

Jadual 4 menunjukkan bilangan responden berdasarkan pekerjaan. Hasil kajian
mendapati bahawa kebanyakan responden bekerja sebagai penjawat awam atau
kakitangan kerajaan seramai 11 orang iaitu 50% dan diikuti dengan responden pekerjaan
lain lain seramai 9 orang iaitu 5%. Manakala, responden yang bekerja sendiri seramai 8
orang iaitu peratusan sebanyak 36% dan terakhir responden yang bekerja dengan
syarikat atau pekerja swasta seramai 2 orang iaitu 9%.

Jadual 4 : Menunjukkan Bilangan Responden Berdasarkan Pekerjaan
Kategori Frekuensi ( ) Peratusan ( % )
Penjawat
Awam/Kakitangan
Kerajaan
11 50%
Bekerja Dengan
Syarikat/Pekerja Swasta
2 9%
Bekerja Sendiri 8 36%
Lain-Lain 9 5%
Jumlah 30 100%



50%
9%
36%
5%
Pekerjaan
Kakitangan kerajaan Pekerja swasta Bekerja sendiri Lain-lain
951211-02-6248

14

Rajah 4 : Taburan Penduduk Berdasarkan Pekerjaan
Sumber 4 : Kajian lapangan 2014
Analisis Bahagian B
Penyelidik telah mengedarkan soal selidik kepada responden mengenai Program Hari Tanpa Beg
Plastik dimana responden perlu mengisi ruangan yang disediakan mengikut persepsi masing-
masing.Berikut merupakan jadual dan graf yang telah di analisis mengikut 30 orang responden.
1. Persepsi responden tentang Hari Tanpa Beg Plastik
Persepsi Responden Bilangan Responden
Sangat setuju 6
Setuju 15
Tidak pasti 3
Tidak setuju 4
Sangat tidak setuju 2
Jadual 5: Persepsi yang dipilih oleh responden

Rajah 5 : Bilangan persepsi responden tentang Hari Tanpa Beg Plastik
20%
50%
10%
13%
7%
Persepsi responden tentang Hari Tanpa
Beg Plasik
Sangat setuju
Setuju
Tidak pasti
Tidak setuju
Sangat tidak setuju
951211-02-6248

15

Sumber 5 : Kajian Lapangan 2014
Berdasarkan maklumat di Jadual 5, terdapat pelbagai persepsi yang terdiri daripada
golongan wanita dan lelaki tentang Program Hari Tanpa Beg Plastik. Hasil soal selidik yang
diperoleh mendapati sebanyak 6 orang iaitu (20%) responden sangat bersetuju tentang
pelaksaan Program Hari Tanpa Beg Plastik. Hal ini demikian kerana, mereka percaya dengan
pelaksanaan program ini, ianya dapat membantu memelihara alam sekitar. Enam orang
responden tersebut dilihat sangat mencintai alam sekitar daripada tercemar dengan
pembuangan beg plastik yang terlalu banyak.
Seterusnya responden yang hanya bersetuju tentang pelaksanaan Program Hari Tanpa Beg
Plastik adalah seramai 15 orang iaitu (50%).Mereka ini merupakan individu yang
mementingkan penjagaan alam sekitar. Hal ini demikian kerana, responden yang setuju
Hari Tanpa Beg Plastik diadakan telah mencatat jumlah yang tertinggi berbanding skala
yang lain. Perkara ini jelas membuktikan bahawa kebanyakan responden adalah bersetuju
dengan Program tersebut. Selain itu juga, sebanyak 3 orang responden iaitu (10%) yang tidak
pasti samaada Program Hari Tanpa Beg Plastik ini wajar diadakan ataupun tidak. Mereka
keliru dan tidak mempunyai pandangan yang tepat untuk memberikan respon tentang
Program Hari Tanpa Beg Plastik.
Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan persepsi responden di mana 4 orang iaitu (13%)
responden yang tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju seramai 2 orang iaitu (7%) mengenai
pelaksanaan Program Hari Tanpa Beg Plastik. Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat
segelintir masyarakat yang masih tidak dapat menerima pelaksanaan program ini.Mereka tidak
menyokong hasrat kerajaan untuk mengadakan Program Hari Tanpa Beg Plastik.
951211-02-6248

16


2. Hari Tanpa Beg Plastik dapat membantu memelihara alam sekitar
Skala persepsi responden Bilangan responden (orang)
Sangat setuju 10
Setuju
Tidak pasti
15
2
Tidak setuju 2
Sangat tidak setuju 1
Jumlah 30
Jadual 6 : Persepsi responden

Rajah 6 : Persepsi responden tentang Hari Tanpa Beg Plastik dalam memelihara alam sekitar
Sumber 6 : Kajian lapangan 2014

Rajah diatas menunjukkan persepsi responden yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum yang
menjawab soal selidik. Hasil analisis daripada soal selidik mendapati bahawa 10 orang
responden sangat bersetuju tentang pelaksanaan Program Hari Tanpa Beg Plastik kerana
program ini dapat membantu memelihara alam sekitar. Mereka bersedia menerima program ini
kerana tanpa penggunaan beg plastik, alam sekitar dapat dipelihara dengan baik. Seterusnnya,
0
2
4
6
8
10
12
14
16
Sangat
setuju
Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat
tidak setuju
Persepsi responden
951211-02-6248

17

hasil daripada soal selidik yang diedarkan kepada pengguna, analisis mendapati terdapat 15
orang responden yang bersetuju bahawa pelaksanaan Program Hari Tanpa Beg Plastik dapat
membantu memelihara alam sekitar. Hal ini demikian kerana plastik mengambil masa kira-
kira 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan secara semulajadi. Oleh itu dengan pelaksanaan
program ini pada hari Jumaat dan Sabtu dapat mengurangkan penggunaan beg plastik.
Di samping itu, terdapat 2 orang responden yang tidak pasti samaada Program Hari Tanpa
Beg Plastik dapat membantu memelihara alam sekitar ataupun tidak. Hal ini disebabkan mereka
kurang pendedahan tentang Hari Tanpa Beg Plastik kerana mereka sibuk dalam kerjaya
sehingga tidak mempunyai masa untuk memikirkan hal lain.
Namun demikian, terdapat perbezaan pendapat antara responden. Hal ini jelas dilihat dalam
analisis soal selidik yang menunjukkan terdapat 2 orang responden yang tidak bersetuju dan
seorang responden yang sangat tidak bersetuju bahawa Hari Tanpa Beg Plastik tidak dapat
membantu memelihara alam sekitar. Hal ini demikian kerana mereka berpendapat bahawa
program ini tidak akan mengubah alam sekitar yang semakin tercemar kerana semasa program ii
dijalankan pihak pengurus pasar raya masih membekalkan beg plastik dengan mengenakan
bayaran.Hal ini bermakna program ini tidak dapat membantu untuk memelihara alam sekitar
disebabkan segelintir masyarakat yang tidak memberi komitmen untuk menjayakan program ini.
3. Pengguna sukar membawa barang tanpa penggunaan beg plastik

Skala Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak
setuju
Bilangan
responden
15 10 3 1 1
Jadual 7 : Taburan responden berdasarkan skala
951211-02-6248

18



Rajah 7 : Taburan responden tentang beg plastik
Sumber 7 : Kajian lapangan 2014

Carta di atas menunjukkan bahawa responden yang sangat bersetuju tentang Hari tanpa Beg
Plastik menyukarkan pengguna membawa barang ketika membeli belah telah mencatatkan
jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 15 orang. Hal ini jelas dilihat bahawa beg plastik sangat
penting dan sangat diperlukan oleh pengguna untuk membawa barangan ketika membeli belah.
Pengguna akan sukar membawa barang sekiranya penggunaan beg plastik dihentikan. Oleh itu
beg plastik sangat penting kepada pengguna apabila membeli belah di pasaraya.
Seterusnya, melalui soal selidik yang dijalankan di pasaraya PacificStar Parade, terdapat 10
orang responden yang setuju bahawa tanpa penggunaan beg plastik pengguna akan sukar
membawa barang. Skala ini mencatatkan jumlah kedua yang tertinggi selepas skala sangat
setuju. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakkan pengguna sangat memerlukan beg
50%
34%
10%
3%
3%
Pengguna sukar membawa barang tanpa beg
plastik
Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju
951211-02-6248

19

plastik dalam penggunaan harian mereka. Selain itu, responden yang tidak pasti samada tanpa
penggunaan beg plastik akan menyukarkan pengguna membawa barang adalah sebanyak 3
orang. Hal ini demikian kerana mereka kurang membeli belah sehinggakan mereka tidak
pasti akan kepentingan beg plastik ketika membawa barang. Mereka juga hanya berbelanja
pada Hari Tanpa Beg Plastik tidak diadakan. Hal ini menyebabkan mereka tidak pasti
akan kepentingan beg plastik.
Di samping itu, terdapat seorang responden yang tidak bersetuju dan seorang responden
yang sangat tidak bersetuju bahawa penggunaan beg plastik menyukarkan pengguna
membawa barang. Hal ini demikian kerana responden tersebut beranggapan bahawa troli
yang disedikan memudahkan pengguna membawa barang. Mereka hanya perlu menolak
troli ke kenderaan tanpa perlu memegang barang yang banyak.

4 . Kurang membeli belah pada Hari Tanpa Beg Plastik

Jadual 8 : Persepsi responden pada Hari Tanpa Beg Plastik
Tahap Bilangan
Sangat setuju 1
Setuju 3
Tidak pasti 1
Tidak setuju 20
Sangat tidak setuju 5


951211-02-6248

20


Rajah 8 : Bilangan pengguna kurang membeli belah pada Hari Tanpa Beg Plastik
Sumber 8 : Kajian lapangan 2014

Carta di atas menunjukkan bahawa ramai responden yang tidak bersetuju tentang Hari
Tanpa Beg Plastik menyebabkan pengguna kurang membeli belah pada hari tersebut.
Skala ini mencatatkan jumlah yang paling tinggi iaitu sebanyak 30 orang responden. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa walaupun Hari Tanpa Beg Plastik diadakan, masyarakat
tetap membeli belah seperti biasa. Mereka tetap membeli belah pada hari program tersebut
diadakan kerana hari tersebut merupakan hari minggu di mana kebanyakkan masyarakat
bercuti.
Namun demikian terdapat persepsi berbeza antara responden yang disoal. Terdapat
seorang responden yang sangat bersetuju dan 3 orang responden yang setuju bahawa
program Hari Tanpa Beg Plastik menyebabkan kebanyakkan masyarakat kurang membeli
0
5
10
15
20
25
Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak
setuju
Respon pengguna
951211-02-6248

21

belah pada hari tersebut. Hal ini disebabkan mereka tidak seronok untuk membeli belah
pada Hari Tanpa Beg Plastik diadakan. Oleh itu mereka tidak suka membeli belah pada
hari tersebut kerana untuk memiliki beg plastik mereka perlu membayar wang.
Di samping itu, terdapat segelintir responden yang berjumlah seorang yang tidak pasti
samada melalui Program Hari Tanpa Beg Plastik pengguna sering berbelanja ataupun
tidak. Hal ini demikian kerana kemungkinan beliau terlalu sibuk sehingga tidak
mengetahui keadaan pada Hari Tanpa Beg Plasik dijalankan.


5. Kejayaan Program Hari Tanpa Beg Plastik

Jadual 9 : Pendapat responden tentang kejayaan Hari Tanpa Beg Plastik
Skala Sangat
setuju
Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak
setuju
Pendapat
responden
5 7 3 10 5
Peratus
%
17% 23% 10% 33% 17%

951211-02-6248

22


Rajah9 :Pendapat responden
Sumber 9 : Kajian lapangan 2014

Jadual di atas menunjukkan pendapat responden tentang pelaksanaan Program Hari
Tanpa Beg Plastik berjaya ataupun tidak. Melalui analisis yang dibuat, pengkaji mendapati
bahawa responden yang menandakan tidak setuju adalah seramai 10 orang iaitu 33%,
manakala responden yang menandakan sangat tidak setuju adalah seramai 5 orang iaitu
17%. Hal ini demikian kerana responden yang berpihak kepada tidak setuju dan sangat
tidak setuju mendapati bahawa program ini tidak Berjaya sepenuhnya. Hal ini dibuktikan
melalui pemerhatian responden yang mendapati bahawa terdapat ramai pengguna yang
sanggup membeli beg plastik demi membawa barangan mereka. Hal ini menyebabkan
usaha kerajaan untuk mengadakan Program Hari Tanpa Beg Plastik tidak berjaya
disebabkan terdapat segelintir masyarakat yang tidak memberi kerjasama.
17%
23%
10%
33%
17%
Pendapat responden tentang Hari Tanpa Beg
Plastik
Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju
951211-02-6248

23

Seterusnya, terdapat 3 orang responden iaitu 10% yang tidak pasti samada Program
Hari Tanpa Beg Plastik Berjaya dilaksanakan sepenuhnya ataupun tidak. Mereka tidak
dapat memberi kenyataan yang tepat kerana mereka sendiri kurang mengetahui tentang
kewujudan program ini. Hal ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai masa untuk
membeli belah kerana sibuk menguruskan hal-hal lain.
Namun demikian, terdapat perbezaan persepsi responden kerana terdapat 5 orang
responden yang sangat bersetuju iaitu 17% dan 7 orang setuju iaitu 23% bahawa
Program Hari Tanpa Beg Plastik Berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Hal ini demikian
terdapat juga sesetengah pengguna yang menyokong program ini. Hal ini jelas dilihat
apabila terdapat sesetengah pengguna yang tidak merungut dan tidak membeli beg plastic
yang disediakan kerana mereka ingin menjaga alam sekitar. Tetapi hal ini tidak
membuktikan bahawa Hari Tanpa Beg Plastik telah Berjaya dilaksanakan dengan
sepenuhnya kerana responden yang menandakan skala tidak setuju adalah lebih tinggi
berbanding skala sangat setuju. Oleh itu program ini dapat dirumuskan bahawa tidak
berjaya dengan sepenuhnya.

6. Kewajaran Pengurus pasaraya menawarkan harga 20 sen setiap beg plastik

Jadual 10 : Persepsi responden tentang harga beg plastik
Skala Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak
setuju
Bilangan 5 5 0 5 15


951211-02-6248

24





Rajah 10 : Persepsi pengguna tentang tindakan pengurus pasaraya
Sumber 10 : Kajian lapangan 2014

Rajah di atas menunjukkan persepsi pengguna tentang tindakan pengurus pasaraya
mengenakan bayaran sebanyak 20 sen ke atas beg plastik pada Hari Tanpa Beg Plastik
dijalankan. Hasil daripada soal selidik tersebut, pengkaji mendapati bahawa pengguna yang
sangat tidak bersetuju dengan bayaran untuk memiliki beg plastik telah mencatat jumlah
yang tertinggi iaitu seramai 15 orang (50%), manakala responden yang menandakan skala
tidak setuju adalah seramai 5 orang (17%). Hal ini jelas membuktikan bahawa responden
sangat tidak setuju dengan tindakan pengurus kerana mereka tidak ingin membayar untuk
memiliki beg plastik. Tindakan pengurus juga adalah tidak wajar kerana mereka
16%
17%
0%
17%
50%
Persepsi penguna tentang tindakan pengurus
mengenakan caj untuk pembelian beg plastik
Sangat setuju
Setuju
Tidak pasti
Tidak setuju
Sangat tidak setuju
951211-02-6248

25

sepatutnya tidak membekalkan langsung beg plastik agar Program Hari Tanpa Beg Plastik
akan Berjaya dilaksanakan sepenuhnya.
Di samping itu, skala tidak pasti tidak mencatatkan sebarang jumlah (0%) kerana 30
orang responden tersebut menandakan skala yang lain. Namun demikian, terdapat
sesetengah responden yang menandakan skala setuju dan sangat setuju. Responden yang
menandakan setuju adalah seramai 5 orang (17%) dan yang menandakan sangat setuju
adalah 5 orang (16%). Hal ini menandakan bahawa terdapat segelintir responden yang
menyokong tindakan pengurus pasaraya mengenakan bayaran untuk memiliki setiap beg
plastik. Hal ini demikian kerana mereka sanggup membayar untuk memiliki beg plastik
agar barang yang dibeli oleh mereka mudah dibawa. Oleh itu terdapat perbezaan persepsi
pengguna kerana terdapat segelintir yang menyokong dan kebanyakannya adalah menolak.

7. Sambutan masyarakat tentang Program Hari tanpa Beg Plastik
Jadual 11 : Sambutan masyarakat
Skala Bilangan responden
Sangat setuju 2
Setuju 4
Tidak pasti 2
Tidak setuju 12
Sangat tidak setuju 10
JUMLAH 30


951211-02-6248

26



Rajah 11 : Sambutan masyarakat tentang Hari Tanpa Beg Plastik
Sumber 11 : Kajian lapangan 2014
Carta di atas menunjukkan sambutan masyarakat mengenai Program Hari Tanpa Beg
Plastik yang dijalankan di pasaraya Pacific Star Parade. Hasil daripada analisis tersebut
mendapati bahawa responden yang tidak setuju dan sangat tidak setuju telah mencatat
nilai yang tertinggi. Responden yang tidak setuju bahawa Program Hari Tanpa Beg Plastik
mendapat sambutan yang memberangsangkan adalah seramai 12 orang (40%), manakala
responden yang sangat tidak setuju adalah seramai 10 orang (33%). Kebanyakan
responden melihat bahawa Program Hari Tanpa Beg Plastik tidak mendapat sambutan
yang memberangsangkan. Hal ini demikian kerana terdapat ramai pengguna yang masih
menggunakan beg plastik iaitu dengan membawa plastik sendiri dari rumah. Perkara ini
membuktikan bahawa usaha kerajaan tidak akan berjaya disebabkan sikap segelintir
masyarakat yang enggan bekerjasama dalam memelihara alam sekitar.
7%
13%
7%
40%
33%
Sambutan masyarakat
Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju
951211-02-6248

27

Di samping itu, terdapat 2 orang responden iaitu (7%) yang menandakan skala sangat
setuju dan 4 orang (13%) yang menandakan skala setuju. Hal ini demikian kerana mereka
melihat bahawa program telah mendapat sambutan kerana terdapat sesetengah pengguna
yang tidak membeli mahupun membawa beg plastik sendiri ketika membeli belah.

8. Penjualan beg evergreen memudahkan pengguna
Jadual 12 : Penjualan beg evergreen
Skala Sangat
setuju
Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak
setuju
Bilangan
responden
10 20 0 0 0


Rajah 12 :Persepsi pengguna tentang penjualan beg evergreen
Sumber12 : Kajian lapangan 2014
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
Sangat
setuju
Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak
setuju
Respon pengguna
Column1
Series 3
951211-02-6248

28

Jadual di atas menunjukkan bahawa 30 orang responden adalah sangat setuju dan
setuju dengan penjualan beg evergreen. Hal ini demikian kerana 30 orang responden
tersebut tidak menandakan jawapan mereka di skala tidak pasti, tidak setuju dan sangat
tidak setuju. Responden tersebut telah memilih skala sangat setuju seramai 10 orang,
manakala skala setuju seramai 20 orang.
Hal ini membuktikan bahawa responden sangat memerlukan penggunaan beg plastik
walaupun beg plastik telah digantikan dengan beg evergreen. Meskipun beg evergreen
tersebut dijual dengan harga yang tinggi, pengguna sanggup membeli kerana beg tersebut
menarik dan boleh diguna pakai berkali-kali berbanding beg plastik biasa.Oleh itu, beg
evergreen sewajarnya dijual di setiap pasaraya kerana kebanyakkan pengguna adalah
bersetuju dengan penjualan beg evergreen tersebut.Beg evergreen itu juga akan
memudahkan pengguna membawa barangan yang dibeli oleh mereka. Beg tersebut sangat
sesuai digunakan untuk membawa pakaian kerana beg tersebut adalah cantik berbanding
beg plastik biasa.

9. Harga beg evergreen berpatutan.

Jadual 13 : Persepsi pengguna tentang harga beg evergreen
Skala Sangat
setuju
Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak
setuju
Bilangan 8 12 5 5 0


951211-02-6248

29


Rajah 13 : Pandangan responden
Sumber 13 : Kajian lapangan 2014
Carta 13 menunjukkan persepsi pengguna tentang harga beg evergreen samada
berpatutan ataupun tidak. Skala setuju mencatatkan responden yang paling tinggi iaitu
seramai 12 orang dengan kadar peratusan 40%. Hal ini demikian kerana harga beg
evergreen yang ditawarkan bersesuaian dengan beg evergreen tersebut. Beg itu diperbuat
daripada plastic yang mempunyai corak yang menarik dan mempunyai nama pasaraya
Pacific Star Parade.
Skala kedua yang mencatatkan jumlah tertinggi ialah sangat setuju. Hal ini demikian
kerana mereka berpuas hati dengan harga beg evergreen yang bersesuaian dengan beg
evergreen tersebut.Oleh itu, Beg tersebut sering menjadi tumpuan pengguna pada Hari
Tanpa Beg Plastik dijalankan. Namun begitu, terdapat 5 orang responden iaitu 17% yang
tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh pengurus pasaraya. Hal ini demikian
26%
40%
17%
17%
0%
Harga beg 'evergreen' berpatutan
Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak setuju
951211-02-6248

30

kerana mereka menganggap pengurus pasaraya sengaja mencari keuntungan lebih melalui
beg evergreen tersebut.






















951211-02-6248

31

6.0 RUMUSAN

Konklusinya, hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa kebanyakkan
responden tidak bersetuju dengan tindakan pihak kerajaan mengadakan Program Hari
Tanpa Beg Plastik kerana tanpa penggunaan beg plastik mereka akan sukar membawa
barang. Hasil dapatan kajian juga mendapati program ini tidak berjaya dilaksanakan
sepenuhnya kerana sikap pengurus pasaraya yang masih menyediakan beg plastik dengan
menawarkan harga yang tertentu. Pengguna juga sering membeli beg plastik ataupun beg
evergreen yang disediakan oleh pengurus pasaraya Pacific kerana mereka sudah terbiasa
dalam penggunaan beg plastik semasa membawa barang. Antara golongan pengguna yang
sering berkunjung ke Pacific adalah golongan wanita kerana mereka gemar membeli belah
terutamanya golongan wanita yang berkerjaya. Hasil daripada dapatan kajian tersebut juga
mendapati bahawa kebanyakkan responden yang membeli belah di pasaraya Pacific adalah
antara lingkungan umur 33-39 tahun. Oleh itu penggunaan beg plastik di pasaraya
hendaklah diteruskan memandangkan pengguna yang datang membeli belah
kebanyakkannya sudah berusia. Hal ini demikian umur mereka telah meningkat dan tidak
lagi sesuai membawa barangan yang terlalu banyak tanpa penggunaan beg plastik.
Namun demikian Program Hari Tanpa Beg Plastik juga dapat membantu memelihara
alam sekitar daripada tercemar. Hal ini demikian kerana sekiranya penggunaan beg plastik
dapat dikurangkan, risiko untuk berlakunya pencemaran alam sekitar dapat dielakkan. Beg
plastik perlu dikurangkan juga kerana plastik mengambil masa yang lama untuk
mengalami pereputan dan hal ini akan membahayakan alam sekitar. Oleh itu program ini
mendatangkan pelbagai kesan baik dan buruk kepada masyarakat dan alam sekitar.
951211-02-6248

32

RUJUKAN
Google (2007).Google Search- https://www.google.com.my/#q=hari+tanpa+beg+plastik
Google (2006). Hari Tanpa Beg Plastik- http://www.ppsppa.gov.my/index.php/program/kempen-
ks/hari-tanpa-beg-plastik
Utusan Online (2008). Kempen Hari Tanpa Beg Plastik -
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0614&sec=Rencana&pg=re_08.htm
Ahmad Syuwari bin Saluddin. ENVIRONMENTAL SUSTAINABILITY : USAGE OF
POLYSTYRENE AND PLASTIC BAGS. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti
Teknologi Mara. 2009/2010

You might also like