You are on page 1of 14

PENGENALAN SISTEM PENGURUSAN MEMILIH (SMS) DI SEMENANJUNG MALAYSIA Oleh Dato Shaharuddin Mohamad Ismail Felo Penyelidik Utama,

LESTARI UKM 1.0 PENDAHULUAN lagi dengan penubuhan Jabatan Perhutanan pada tahun 1901. Sejak itu, amalan pemeliharaan serta pengurusan hutan yang menitikberatkan aspek ekologi dan alam sekitar telah digubal untuk menjamin sumber hutan serta perolehan hasil hutan yang berkekalan.

1.1 Sumber hutan di Semenanjung Malaysia telah diurus secara sistematik mulai awal abad ke-20

1.2 Rekod terawal sejarah pengurusan hutan yang penting di Malaysia secara umumnya dirujuk
sebagai era "gutta percha" bermula dari tahun 1900 hingga 1910. Gutta percha diperolehi daripada sumber getah beberapa spesies Taban (Palaquium spp.). Memandangkan tiada teknik penorehan yang sesuai diamalkan pada ketika itu, banyak pokok tersebut telah ditebang secara berleluasa untuk mendapatkan getah taban.

1.3 Selain daripada aktiviti pengambilan getah taban, pembalakan yang dijalankan pada ketika itu
hanya terbatas kepada penebangan pokok daripada beberapa jenis kayu keras berat sahaja terutamanya Chengal (Neobalanocarpus heimii) dan Balau (Shorea spp.) untuk dijadikan sebagai kayu landasan keretapi. Oleh yang demikian, pelaksanaan di peringkat awal pengurusan hutan di negara ini yang melibatkan aktiviti silvikultur adalah tertumpu kepada penanaman pokok daripada jenis gutta percha dan kegiatan tanaman mengaya daripada jenis Chengal (Neobalanocarpus heimii) serta penubuhan ladang getah (Hevea brasiliensis).

1.4 Dalam tempoh 1911-1922, rawatan silvikultur yang dikenali sebagai Improvement Fellings
telah diperkenal dan dilaksanakan dengan memberi penumpuan khusus kepada pengurusan spesies Palaquium gutta dan kayu jaras daripada jenis yang terkemuka. Rawatan silvikultur ini melibatkan pemusnahan pokok-pokok yang silaranya mengganggu pokok-pokok daripada spesies yang lebih bernilai serta pemotongan akar pepanjat dan pemusnahan bertam (Eugeissona triste) yang dijalankan selepas pembalakan. Adalah diperhatikan bahawa pertumbuhan semula jadi adalah baik untuk semua spesies kecuali Palaquium gutta. Oleh itu, telah dicadangkan bahawa adalah lebih baik membantu pertumbuhan semula jadi sedia ada dengan memberi lebih ruang dan cahaya daripada melakukan penanaman. Pemerhatian ini telah menjadi asas kepada amalan awal pemulihan hutan yang melibatkan pembebasan pokok muda yang mempunyai nilai pasaran.

1.5 Pada tahun 1922, perubahan dalam amalan pengurusan hutan telah berlaku ekoran daripada
pembukaan kawasan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) untuk pengusahasilan. Perubahan ini berlaku disebabkan terdapatnya peningkatan permintaan ke atas kayu api dan juga permintaan yang tinggi ke atas kayu jaras bagi kegunaan aktiviti perlombongan. Perkembangan tersebut boleh dianggapkan berkaitan dengan pelaksanaan Improvement Fellings di peringkat awal yang bertujuan untuk membantu dirian hutan sedia ada. Memandangkcm respons dirian hutan terhadap Improvement Fellings tidak begitu

mengalakkan, kecurigaan telah timbul ke atas keberkesanan rawatan berkenaan. Tambahan pula, dengan peningkatan permintaan ke atas kayu, adalah difikirkan tidak wajar untuk menggelang racun pokok-pokok yang boleh digunakan sebagai kayu jaras atau kayu api.

1.6 Semakan semula ke atas amalan silvikultur pada tahun 1926 menunjukkan bahawa faedah
pelaksanaan Improvement Fellings di peringkat awal yang hanya mementingkan pertumbuhan spesies pokok daripada jenis kayu keras berat adalah tidak berpadanan disebabkan oleh peningkatan permintaan ke atas spesies Kayu Keras Sederhana dan Kayu Keras Ringan. Walau bagaimanapun adalah diperhatikan pertumbuhan semula jadi spesies yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi adalah menggalakkan dan daripada segi kesannya Improvement Fellings telah menjadi Regeneration Fellings. Hasil daripada semakan semula ini, dua (2) kelas operasi telah dikenalpasti: (i) Departmental Regeneration Fellings atau Regeneration Improvement Fellings (RIF) dijalankan bagi membantu pertumbuhan anak benih semula jadi baru yang muncul selepas tebangan. Secara amnya, operasi ini tertumpu di kawasan di mana tiada permintaan ke atas kayu api darat. Operasi ini melibatkan pembukaan naungan secara beransur-ansur atau drastik diikuti dengan dua (2) atau lebih kerja pembersihan semua tumbuhan bawah (undergrowth) yang dilaksanakan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan. (ii) Commercial Regeneration Fellings (CRF) melibatkan pembuangan secara berperingkat pokok-pokok daripada spesies yang tidak berpasaran sebelum tebangan pokok spesies berpasaran dibenarkan melalui operasi komersial apabila terdapatnya pasaran untuk kayu api dan kayu jaras. Operasi ini dijalankan oleh pihak swasta dengan memberi keuntungan kepada Kerajaan melalui pengeluaran kayu jaras dan kayu api.

1.7 Selepas Peperangan Dunia Kedua, amalan RIF telah dihentikan berikutan permintaan yang
meningkat terhadap bahan mentah dan bertambahnya bilangan kilang papan yang beroperasi serta penggunaan jentera berat dalam aktiviti pengusahasilan hutan. Di samping itu, kawasan hutan yang telah ditebang tanpa kawalan dan rawatan semasa pendudukan Jepun, didapati mengandungi anak benih yang mencukupi yang boleh memulihkan semula kawasan tersebut. Selain daripada itu, didapati anak-anak benih spesies Shorea yang sedia ada telah memberi respons dengan cepat kepada pembukaan naungan yang drastik dan keadaan ini telah mempercepatkan pertumbuhan anak-anak pokok tersebut tanpa banyak persaingan. Faktor ini telah menyumbang kepada penggubalan Sistem Sebaya Malaya atau Malayan Uniform System (MUS) pada tahun 1948.

1.8 Sistem Sebaya Malaya pada asasnya adalah sistem untuk menukarkan kawasan hutan dara
tanah pamah yang merupakan hutan yang kaya dan kompleks dengan pelbagai spesies dan pelbagai umur kepada hutan yang lebih kurang sebaya dan mengandungi nisbah spesies berpasaran yang tinggi. Di bawah sistem ini, semua jenis pokok berpasaran sehingga 45cm diameter paras dada (dpd) ditebang secara sekaligus (single felling) dan diikuti dengan aktiviti menggelang racun pokok-pokok saka (relic trees) yang tiada pasaran untuk membantu pertumbuhan anak benih daripada spesies pilihan. Kecukupan anak benih ditentukan melalui pensampelan linear sistematik yang dikenali sebagai Linear Sampling Milliacre (LSM)

1.9 Memandangkan MUS memberi tumpuan kepada anak benih dan anak pokok, yang dijangka
akan membentuk sebahagian besar dirian berikutnya, maka rawatan silvikultur yang dijalankan memberi tumpuan kepada kumpulan anak benih dan anak pokok ini dengan mengenepikan pokok-pokok besar dan pertumbuhan terdahulu (advanced growth). Rawatan ini membawa kepada pemusnahan banyak pokok besar melalui aktiviti menggelang racun yang berlebihan dan dalam keadaan tertentu mengakibatkan pembukaan naungan yang drastik. Oleh yang demikian, MUS telah diubahsuai pada tahun 1968 dengan mengalih tumpuan daripada anak benih dan anak pokok kepada pertumbuhan terdahulu (advanced growth). Pengubahsuaian sistem ini telah membawa kepada penggunaan teknik menggelang racun yang berhati-hati dan lebih menekankan kepada aspek pemeliharaan dalam rawatan silvikultur.

1.10

Sistem Sebaya Malaya yang telah berjaya dilaksanakan di kawasan hutan pamah didapati tidak sesuai untuk pengurusan hutan dipterokarpa bukit. Ini disebabkan oleh faktor kedudukan kawasan yang terpencil, keadaan muka bumi yang curam, kandungan hutan yang tidak sekata, kekurangan anak benih semula jadi di lantai hutan sebelum pembalakan dan ketidakpastian pertumbuhan anak benih semula jadi selepas pembalakan disebabkan oleh musim berbunga dan berbuah yang tidak menentu. Tambahan pula, pembukaan naungan yang drastic boleh menyebabkan hakisan tanah ditebing yang curam di samping mewujudkan keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan bertam dan juga tumbuhan sekunder lain. Sehingga tahun 1970an, hampir kesemua kawasan hutan pamah dan hutan bukit yang mudah dihubungi telah dimajukan, terutamanya untuk skim pembangunan pertanian secara besar-besaran seperti FELDA dan FELCRA yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Oleh itu, baki hutan dara kebanyakannya hanya terdapat di kawasan curam yang terpencil terutamanya di bahagian tengah dan timur Semenanjung Malaysia. Sistem Sebaya Malaya didapati sesuai dan berjaya di hutan pamah dipterokarpa tetapi tidak sedemikian di kawasan hutan bukit dipterokarpa. Di samping masalah silvikultur dan alam sekitar yang dihadapi dalam pelaksanaan MUS di kawasan hutan bukit, sistem ini juga tidak ekonomik dan tidak menguntungkan serta tidak sesuai dari segi ekologi untuk dilaksanakan. Pusingan tebangan yang lama dengan sekali tebangan (monocyclic)di bawah MUS juga memerlukan kawasan hutan yang lebih luas bagi menjamin pengeluaran kayu-kayan yang berterusan. Oleh kerana kawasan hutan adalah terhad, satu cara bagi menjamin tahap pengeluaran yang berkekalan adalah dengan memendekkan tempoh giliran tebangan atau menambah bilangan tebangan bagi setiap pusingan. Salah satu daripada perubahan utama dalam pengurusan hutan tropika di Semenanjung Malaysia ialah kesedaran bahawa kepelbagaian flora dan spesies kayu-kayan tidak semestinya mendatangkan kesan negatif kepada dasar dan strategi pengeluaran kayu negara. Sebaliknya, kepelbagaiaan tumbuhan hutan memberikan perlindungan terbaik bagi tanah serta pemeliharaan sumber air dan membolehkan penggunaan pelbagai spesies kayu oleh industri berasas kayu. Tambahan pula, perkembangan teknologi pemprosesan kayu yang lebih canggih serta perubahan dalam penggunaan kayu menjadikan kayu-kayan yang tidak berpasaran meningkat nilainya, sarna ada di pasaran tempatan atau eksport. Dengan itu Sistem Pengurusan Memilih atau lebih dikenali sebagai Selective Management System (SMS) telah diperkenalkan pada tahun 1978.

1.11

1.12

2.0 2.1 2.1.1

SISTEM PENGURUSAN MEMILIH (SMS) Konsep SMS SMS yang diperkenalkan pada tahun 1978 bertujuan untuk membolehkan rejim usahasil yang lebih fleksibel di mana adalah selaras dan bertepatan dengan kehendak pemeliharaan alam sekitar dan permintaan pemasaran kayu. Lebih penting lagi, ianya tidak menggalakkan penggelangan racun kepada kebanyakan spesies yang tidak komersial yang mana ini bukan sahaja akan memulihkan kayu tetapi juga memelihara sumber genetik untuk masa akan datang. Faktor-faktor lain yang menggalakan penerimaan SMS di Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut: (i) (ii) keperluan untuk menjaga kepentingan spesies jenis kaum dipterokarp khususnya spesies Meranti; keperluan untuk mengadakan satu pusingan tebangan yang singkat (kawasan hutan yang produktif berkurangan);

(iii) terdapat had kecerunan bagi penubuhan ladang hutan (kurang dari 30%); (iv) (v) (vi) kos terbabit di dalam penubuhan ladang hutan adalah tinggi; pasaran bagi spesies kayu keras berperepang kecil adalah terhad; ianya merupakan kaedah yang "termurah" dan cara yang sepastinya untuk penstokan semula hutan tropika dipterokarp (secara semulajadi pengeluaran bijibenih tahunan adalah tidak menentu);

(vii) ianya telah diperhatikan bahawa hutan dipterokarp dengan struktur dirian, pembiakan, tabiat pertumbuhan dan tindakbalasnya kepada cahaya selepas dibalak adalah sesuai untuk diurus di bawah penebangan memilih; (viii) pokok-pokok kecil dan jaras (30 - 45 cm ppd) akan tumbuh dengan cepat ke saiz yang boleh diusahasil (dalam 30 tahun) jika dibandingkan dengan anakbenih; tebangan berikutnya memerlukan tempoh dua kali ganda bagi pokok yang tumbuh dari anakbenih; (ix) bilangan pokok muda yang mencukupi dari berbagai kelas saiz boleh diselamatkan di bawah tebangan berarah yang cermat serta boleh hidup dan tumbuh dengan pantasnya; dan ianya dapat disesuaikan kepada berbagai tahap keadaan silvikultur melalui penggunaan had tebangan yang berbeza bagi kaum dipterokarp dan kaum bukan dipterokarp.

(x)

2.1.2

Dengan yang demikian, objektif SMS ialah untuk menyelamatkan sebanyak mana yang boleh spesies pokok perdagangan muda yang berpotensi daripada rosak semasa pengusahasilan hutan khususnya dari kawasan hutan dara melalui penandaan pokok dan

tebangan berarah. Ini akan memastikan bilangan dan isi kandungan yang mencukupi, pokok-pokok yang subur dan terpilih untuk ditinggalkan selepas tebangan. 2.1.3 Lanjutan itu, SMS telah dirumus untuk memenuhi keperluan berikut:(i) (ii) ianya mempunyai fleksibiliti untuk mengurus hutan di dalam keadaan yang berlainan dan juga perubahan dalam persekitaran sosio-ekonomi; ianya dirumus secara rasionalnya berasaskan sifat semulajadi hutan dan keadaan sosio-ekonomi; dan untuk perolehan ekonomik secara berkekalan. 2.1.4 Adalah didapati SMS telah dicorakkan bagi mengoptimakan objektif pengurusan yang berekonomik dan cekap dalam pengusahasilan, pemampanan hutan dan pengurangan kos pembangunan hutan. la memerlukan pemilihan rejim (had tebangan) pengurusan berasaskan kepada data inventori hutan yang mana akan dimanfaat bersama oleh pembalak dan juga pemilik hutan serta juga memastikan keseimbangan ekologi dan kualiti alam sekitar. Bagi menetapkan had batas tebangan yang sesuai di bawah sistem ini, satu Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) akan dilaksanakan bagi mendapatkan anggaran yang tepat mengenai taburan pokok yang dibanci, iaitu semua spesies pokok berukuran 5 cm ppd dan ke atas, dan juga spesies pokok yang kurang dari 5 cm ppd, tetapi mempunyai ketinggian minima 15 cm. Parameter yang dibanci termasuk perepang, spesies, isipadu/dirian sehektar dan kelas kesuburan. Bentuk fisiografi yang direkodkan termasuk kecuraman, ketinggian dari paras laut, jenis tanah dan sistem sungai. Berasaskan kepada maklumat di atas dan maklumat lain yang berkaitan seperti pasaran, keadaan sosio-ekonomi semasa, satu rejim tebangan akan ditetapkan yang mana akan mengoptimakan matlamat yang dinyatakan. Peta stok berwarna yang membolehkan pembahagian kompartmen kepada kawasan stok pokok yang berbeza dari segi keunggulan kumpulan spesies serta kelas saiz akan disediakan. Pendekatan pengurusan hutan secara konservational yang diterimapakai di bawah SMS dijangkakan akan mempunyai kesan berfaedah seperti berikut : (i) (ii) (iii) (iv) (v) kecil; (vi) pemuliharaan sumber hutan; pemampanan sumber asas yang produktif; mengurangkan pelaburan untuk pemulihan hutan; memastikan kestabilan dan kualiti alam sekitar; mengurangkan kerosakan kepada pertumbuhan pokok-pokok meminimakan sisa pembalakan; dan

(iii) ianya boleh mengoptimakan matlamat pengurusan hutan

2.1.5

2.1.6

2.1.7

(vii) 2.1.8

menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber hutan.

Walau bagaimanapun, kejayaan SMS adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut: (i) (ii) kadar pertumbuhan dan kematian spesies mengikut kumpulan spesies dan kelas perepang di bawah berbagai intensiti tebangan; kerosakan kepada dirian tinggal akibat pembalakan dan perepang; kaitannya dengan kelas

(iii) tebangan bersih yang berekonomi yang akan dimanfaatkan bersama oleh pihak pembalak dan pemilik hutan; dan (iv) simpanan stok yang mencukupi bagi kelas perepang yang tertentu sebagai tumbuhan masa hadapan yang mana akan menjaminkan pengeluaran hasil yang berkekalan.

2.2 2.2.1

Aspek Teknikal SMS Pertumbuhan dan Kematian (i) Kadar pertumbuhan dan kematian adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti spesies, tapak, umur/saiz, perkembangan silara, bentuk genetik dan status persaingan. Dalam hubungan ini, satu siri [lebih kurang seratus (100)] petak sampel inventori yang berterusan berkeluasan 0.4 hektar setiap satunya dan beratus lagi petak percubaan tebangan atau petak kajian silvikultur yang bersaiz 4 hektar setiap satu yang mengandungi petak pemerhatian kekal, telah ditubuhkan di kawasan hutan bukit yang telah dibalak semenjak tahun 1974. Petak-petak ini membekalkan data asas mengenai purata kadar pertumbuhan perepang dan isipadu mengikut spesies, saiz serta kematian (mati semulajadi atau humbanan angin) dan juga kadar penokokan di bawah berbagai intensiti tebangan. Pertumbuhan perepang yang rendah dan kadar kematian yang tinggi akan bermakna pusingan tebangan perlu dipanjangkan dan catuan tebangan tahunan yang rendah, manakala pertumbuhan perepang yang tinggi dan kadar kematian yang rendah akan mengakibatkan pusingan tebangan yang pendek dan catuan tebangan tahunan yang lebih tinggi. Berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dijalankan, kadar pertumbuhan purata nasional serantau bagi pokok-pokok bersaiz 30 cm ppd dan ke atas adalah seperti berikut: Pertumbuhan perepang dalam cm/ tahun : (a) (b) (e) (d) (e) Semua spesies berpasaran Meranti Merah/ Meranti Merah Muda Spesies kayu keras sederhana dan kayu keras berat Spesies kayu keras ringan - bukan Meranti berpasaran Spesies tidak berpasaran 0.80 1.05 0.75 0.80 0.75

(ii)

Pertumbuhan isipadu kasar dalam

meterpadu/ ha/ tahun : (a) (b) Semua spesies berpasaran Semua spesies 2.20 2.75

Peratus pertumbuhan isipadu kasar: (a) (b) Semua spesies berpasaran Semua spesies 2.1 % 1.9 % 0.9 %

Peratus kematian tahunan : (bagi bilangan spesies berpasaran) Peratus penokokan tahunan : bagi spesies berpasaran yang menjangkau had lebih daripada 30 cm ppd) 2.2.2 Kerosakkan Pembalakan (i)

0.6 %

Pengusahasilan hutan di kawasan hutan pamah kurang merosakkan pokok strata pertengahan jika dibandingkan dengan pengusahasilan hutan di kawasan hutan bukit. Di dalam kawasan hutan bukit, pembalak mesti berhadapan dengan kawasan yang lebih curam, lembah yang dalam dan kawasan yang berbatu. Kajian awal yang dijalankan berhubung dengan kerosakan pembalakan telah menilai kerosakan kepada baki pokok yang berperepang 30 cm ppd dan ke atas pada tahap 30%, manakala pembaziran akibat pecah dan tualan yang ditinggal dalam hutan adalah di dalam lingkungan 6.5% ke 8.0% dari isipadu kasar kayu. Melaksanakan tebangan berarah boleh mengurangkan kesan kerosakan ke atas dirian yang ditinggalkan. Perkaitan di antara peratus kerosakan tebangan dengan saiz pokok pertengahan adalah seperti di Jadual 1. Jadual l : Peratus Kerosakan Mengikut Kelas Perepang Kelas Perepang (cm) +60 45 - 60 30 - 45 I5 - 30 Peratus Kerosakan 20 30 40 50

(ii)

2.2.3

Tebangan Bersih Ekonomik (i) Aspek ekonomi pengusahasilan hutan di Semenanjung Malaysia tidak diketahui dengan mendalamnya kerana kurangnya kajian ekonomi yang dijalankan di bawah berbagai sistem tebangan. Walau bagaimanapun, berasaskan kepada harga pasaran balak sekarang, anggaran kos pembalakan dan caj-caj kerajaan lain, pendapatan minima bersih dari tebangan adalah di dalam lingkungan 30 hingga 40 meterpadu

sehektar yang terdiri dari spesies komersial dan spesis yang boleh digunakan. (ii) Kajian awal di lapangan ke atas sisa pengusahasilan hutan telah menganggarkan kerugian/pembaziran dalam bentuk cacat, pecah semasa tebangan dan lain-lain kerugian seperti tunggul yang tinggi dan balak pendek yang ditinggalkan di dalam hutan sebanyak 40% bagi pokok berperepang kurang dari 60 cm ppd dan 30% bagi pokok berperepang 60 cm ppd dan ke atas. Oleh itu, pada kebiasaannya, potensi isipadu kayu bersih yang dikeluarkan dari hutan ialah 60% dari isipadu kasar dirian untuk pokok yang berperepang kurang daripada 60 cm ppd dan 70% bagi pokok yang berperepang 60 cm ppd dan ke atas.

2.2.4

Stok Dirian Tinggal (i) Penentuan bilangan pokok minima yang diperlukan dalam pelbagai kelas ppd adalah berasaskan kepada keseluruhan dirian stok yang diperolehi melalui Inventori Hutan Nasional yang telah dilaksanakan pada tahun 1973 bagi kawasan hutan dara. Adalah dianggapkan angka ini mewakili purata keupayaan stok hutan semulajadi. Kandungan stok ini ditambah 30% hingga 50% bagi pokok berperepang lebih daripada 2 cm untuk mengambilkira kadar kematian semulajadi yang tinggi, tumbang oleh angin dan pertumbuhan yang terhenti (stagnate) oleh sebahagian pokok yang matang. Dalam menentukan stok dirian tinggal yang mencukupi bagi pusingan tebangan yang akan datang, bilangan pokok dalam dirian tinggal dari kelas diameter yang tinggi adalah dianggap mempunyai nilai yang setara (equivalent) dengan pokok dari kelas diameter yang rendah. Konsep ini dinyatakan dengan jelas dalam Jadual 2: Jadual 2 : Piawaian Minima Stok Dirian Tinggal Kelas Saiz diameter (em) +45 30-45 15-30 Bilangan pokok sehektar bagi tebangan yang akan datang 25 32 96 Pokok yang setara dengan jumlah pokok dalam kelas ppd 30-45cm 2 1 (1/3) (biasanya pokok di bawah 30 cm ppd tidak diambilkira untuk tebangan masa depan)

(ii)

Pokok besar Pokok kecil Kayu jaras besar

(iii) Dalam amalan biasa, selepas pembalakan, stok minima dirian tinggal (pokok bersaiz sederhana) hendaklah tidak kurang dari 32 pokok yang berpasaran dan mempunyai bentuk yang baik daripada kelas perepang 30-45 cm atau pokok yang setara dengannya. Ini boleh diperolehi melalui penandaan pokok yang digabung dengan tebangan berarah untuk pokok yang akan ditebang yang mana akan mengurangkan kerosakan kepada dirian tinggal serta memastikan penggunaan sepenuhnya sumber kayu. Di samping itu, melalui penandaan pokok, stok dirian yang baik termasuk spesies yang amat diperlukan selepas tebangan boleh

ditinggalkan. Kerosakan alam sekitar ke atas saliran dan pergerakan tanah di kawasan mukabumi yang curam juga boleh dikurangkan dengan pengekalan hutan asal sebagai zon penimbal. (iv) Sebagai contoh, jika dirian tinggal selepas pembalakan mempunyai 8 batang pokok yang berukuran 45 cm ppd dan ke atas dan 17 batang pokok dari kelas 30-45 cm ppd. Adalah didapati jumlahnya iaitu 25 pokok adalah tidak memenuhi kehendak untuk kelas 45 cm ppd dan ke atas; tidak juga untuk kelas 30-45 cm atau jumlah semua pokok 30 cm ppd dan ke atas. Walau bagaimanapun, baki 8 pokok yang ditinggalkan dari kelas 45 cm ppd dan ke atas adalah setara dengan 16 pokok dari kelas ppd 30-45 cm dan menjadi jumlah persetaranya 16 + 17 iaitu 33 pokok, yang mana telah memenuhi bilangan minima yang diperlukan bagi kelas 30 - 45 cm ppd. Adalah perlu ditegaskan bahawa bila menggunakan teknik seumpama ini, umur keseluruhan dirian tinggal seharusnya direndahkan dan umur ini digunakan untuk menganggarkan hasil yang diharapkan dan tempoh masa untuk giliran tebangan masa depan. Pada umumnya, pokok-pokok dari kelas 15 - 30 cm ppd tidak diambilkira dalam pengiraan bilang pokok dirian tinggal. Jika ianya digunakan, maka giliran tebangan yang akan datang akan dipanjangkan melebihi 40 tahun. Tambahan pula, bagi memastikan atau memperbaiki komposisi dipterokarp dalam dirian tinggal untuk tebangan akan datang, had tebangan yang ditetapkan untuk spesies dipterokarp seharusnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan spesies bukan dipterokarp bagi mana-mana blok tebangan atau kompartmen.

(v)

2.2.5

Turutan Operasi (i) Di bawah SMS, di mana tebangan berikutnya adalah dijangkakan dalam tempoh 25-30 tahun selepas tebangan pertama dengan perolehan ekonomi bersih sebanyak 30 hingga 40 meterpadu sehektar yang terdiri dari spesies dipterokarp, beberapa peraturan perlu diikuti seperti berikut : (a) had tebangan yang ditetapkan untuk kumpulan spesies dipterokarp hendaklah tidak kurang dari 50 cm ppd (kecuali bagi Cengal (Neobalanearpus heimii) di mana had tebangannya ditetapkan tidak kurang daripada 60 cm ppd); (b) had tebangan yang ditetapkan untuk kumpulan spesies bukan dipterokarp hendaklah tidak kurang dari 45 cm ppd; (c) stok dirian tinggal hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 32 pokok komersial sehektar bagi kelas perepang 30 - 45 cm atau pokok yang setara dengannya; (d) perbezaan had tebangan yang ditetapkan di antara spesies dipterokarp dan spesies bukan dipterokarp hendaklah sekurang-kurangnya 5 cm; dan (e) peratus spesies dipterokarp dalam dirian tinggal bagi pokok yang berukuran 30 cm ppd dan ke atas hendaklah tidak kurang dari yang terdapat dalam dirian asal. (ii) Turutan operasi di bawah SMS adalah seperti di Jadual 3 manakala profil hutan yang diurus di bawah SMS selaras dengan konsep pengurusan hutan secara

berkekalan adalah seperti di Rajah 1.

Jadual 3 : Turutan Operasi Sistem Pengurusan Memilih (SMS) Tahun n-2 hingga n-1 n-1 hingga n Operasi Inventori Hutan Sebelum Tebangan dengan menggunakan petak barisan yang sistematik dan menentukan rejim tebangan. Pemotongan pepanjat untuk mengurangkan kerosakan hutan semasa pembalakan. Penandaan pokok digabungkan dengan tebangan berarah. Tiada penandaan pokok ke atas dirian pokok yang ditinggalkan. Menebang semua pokok mengikut had tebangan yang ditetapkan. Inventori Hutan Selepas Tebangan menggunakan petak barisan yang bersistematik untuk menentukan baki stok dirian tinggal dan jenis rawatan silvikultur yang sesuai untuk dilaksanakan.

n n+2 hingga n+5

3.0

PERLAKSANAAN SMS Amalam SMS di hutan melibatkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti dalam tiga (3) peringkat iaitu: Aktiviti Sebelum Pengubahasilan Aktiviti Semasa Pengubahasilan Aktiviti Selepas Pengubahasilan

3.1 3.1.1

Aktiviti Sebelum Pengubahasilan Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) dilaksanakan ke atas sesuatu kawasan kerja (kompartmen atau subkompartment) bagi tujuan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan kemaskini berkaitan keadaan dirian hutan bagi merumus had batas tebangan (BHT) yang optimum di samping dapat merancang dan mengurus pengubahasilan hutan secara teratur, sempurna, dan berkesan supaya kaedah yang maksimum dapat diperolehi secara berkekalan. Inventori ini dilaksanakan dalam tempoh dua (2) tahun sebelum pengubahhasilan dijalankan dalam kawasan kerja berkenaan setelah penandaan sempadannya siap disediakan. Objektif Inventori Hutan Sebelum Tebangan (i) Mengumpul maklumat yang tepat dan bererti mengenai stok, keadaan dan taburan semua pokok besar, kayu jaras, anak pokok dan anak benih supaya diketahui gambaran isi hutan yang sebenar bagi merumuskan HBT yang optimum untuk

10

menjamin pembangunan jangka panjang hutan tersebut; (ii) Mengumpul maklumat berkenaan dengan taburan buluh dan rotan bagi menilai keupayaan bekalan sumber hutan bukan kayu untuk kegunaan industri berasaskan bahan tersebut;

(iii) Mengumpul maklumat berhubung dengan sifat fisiografi hutan seperti ketinggian, kecuraman, keadaan dan jenis tanah, geologi dan sistem sungai dalam hutan tersebut supaya dapat dirancangkan kaedah pengusahasilan yang sesuai bagi meminimumkan kesan negatif ke atas alam sekitar; dan (iv) 3.1.2 Mengumpul maklumat tentang kewujudan pokok musuh dan pepanjat supaya dapat dirancang rawatan yang diperlukan sebelum pengusahasilan hutan dilaksanakan.

Penentuan Had Batas Tebangan Had batas tebangan (HBT) yang optimum perlu ditentukan sebelum sesuatu kawasan hutan diusahasil bagi memastikan pengusahasilan hutan yang ekonomik dan dirian tinggal yang mencukupi untuk pusingan tebangan yang berikutnya. Penentuan had batas tebangan ini dibuat berdasarkan analisis data Pre-F yang boleh diproses sarna ada secara manual atau berkomputer. Objektif Penentuan Had Batas Tebangan (i) (ij) (iii) (iv) mendapatkan pengeluaran yang ekonomik; memastikan bilangan pokok bersih sehektar dalam dirian tinggal yang mencukupi bagi pusingan tebangan yang akan datang; memastikan komposisi pokok-pokok spesies kaum dipterokarpa dalam dirian tinggal tidak kurang daripada komposisinya dalam dirian asal; dan membolehkan tebangan yang akan datang dalam tempoh 30 tahun.

3.1.3

Penandaan Pokok Penandaan pokok lazimnya dijalankan dalam tempoh satu (1) tahun sebelum sesuatu kawasan hutan dibuka untuk pengusahasilan setelah HBT ditetapkan. Pada asasnya kerjakerja penandaan pokok adalah termasuk kerja-kerja penandaan pokok tebangan, pokok ibu, pokok perlindungan, pokok jalan, pokok matau, pokok tapak kongsi dan sempadan zon penampan alur air. Objektif Penandaan Pokok Objektif penandaan pokok adalah untuk: (i) mengelak berlaku tebangan tanpa kebenaran sama ada di luar kawasan lesen atau tebangan pokok di bawah HBT di dalam kawasan lesen kerana balak-balak dari pokok berkenaan tidak akan dapat dikeluarkan disebabkan tidak mempunyai tag; membolehkan pembinaan rangkaian jalan yang lebih terancang dalam kawasan

(ii)

11

lesen kerana pembalak tidak boleh dengan sesuka hati membina jalan-jalan tanpa kebenaran terutamanya yang bertujuan untuk mendapat balak dari jalan-jalan tersebut kerana pengeluaran balak-balak berkenaan tidak dapat dibuat disebabkan tidak mempunyai tag; (iii) mengelakkan berlakunya pengeluaran kayu secara menumpang lesen lain kerana tag bagi sesuatu lesen mempunyai nombor siri yang berbeza; (iv) membolehkan penyediaan Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan kerana maklumat berhubung dengan bilangan pokok yang ditebang dan tidak ditebang dapat diperolehi dari Borang Kawalan Tebangan Pokok serta Buku Penandaan Pokok dan Pengeluaran Kayu; memastikan terdapat pokok ibu yang mencukupi dan berada pada jarak yang sesuai untuk sebaran biji benih; dan meminimumkan kerosakan alam sekitar melalui penentuan arah tebangan, penandaan pokok perlindungan (yang tidak boleh ditebang) dan penandaan zoo penampan alur air.

(v) (vi)

3.2

Pengusahasilan Hutan (i) Sistem pengusahasilan hutan yang diamalkan secara meluas di Semenanjung Malaysia ialah sistem tebang tarik (ground skidding system) yang menggunakan kombinasi jentolak dan lori win (San Tai Wong). Jentolak digunakan untuk menarik kayu dengan win ke lorong penarik dan mengheret kayu ke matau sementara, manakala lori win digunakan untuk mengangkut kayu ke matau utama. Terdapat juga teknik baru yang menggunakan kombinasi jengkaut yang diubahsuai untuk menarik kayu dengan win ke lorong penarik, jentolak untuk mengheret kayu ke matau sementara dan lori win untuk mengangkut kayu ke matau utama.

(ii)

(iii) Pelaksanaan sistem ini disokong dengan amalan pembalakan berimpak rendah (reduced impact logging) seperti pembinaan jalan hutan yang terkawal berpandukan kepada Spesifikasi Jalan Hutan (Jalan Tuju dan Lorong Penarik) untuk Semenanjung Malaysia 1999; penandaan pokok, penandaan sempadan zen penampan alur air, tebangan berarah dan sebagainya berpandukan kepada Guideline for Reduced Impact Logging in Peninsular Malaysia. 3.3 Aktiviti Selepas Pengubahasilan Inventori Hutan Selepas Tebangan Inventori Hutan Selepas Tebangan dilaksanakan bagi tujuan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan kemaskini mengenai dirian tinggal serta maklumat mengenai kewujudan pepanjat, bertam dan tumbuhan-tumbuhan lain untuk menentukan jenis rawatan silvikultur yang perlu dijalankan ke atas sesuatu kawasan. Inventori ini dilaksanakan dalam tempoh dua (2) hingga lima (5) tahun selepas sesuatu kompartmen atau subkompartmen diusahasilkan. Objektif

12

(i)

Mengumpul maklumat yang tepat dan bererti mengenai kedudukan stok, isi kandungan, keadaan dan taburan semua pokok besar, kayu jaras, anak pokok dan anak benih supaya dapat diketahui gambaran isi hutan yang sebenar selepas tebangan dan dapat ditentukan rawatan silvikultur yang sesuai ke atas kawasan tersebut untuk perancangan hutan yang berkesan; Mengumpul maklumat berhubung dengan sifat fisiografi hutan seperti ketinggian, kecuraman, keadaan dan jenis tanah, ekologi dan sistem sungai kawasan tersebut supaya dapat dirancang amalan silvikultur yang optimum dan pengurusan hutan bagi mengelakkan kesan buruk terhadap alam sekitar; dan

(ii)

(iii) Mengumpul maklumat tentang kedapatan rotan, buluh, pepanjat, bertam dan tumbuhan lain supaya dapat dirancang cara rawatan selepas tebangan yang diperlukan untuk kawasan hutan tersebut. 3.4 Rawatan Silvikultur Berdasarkan analisis keputusan Pre-F pegawai hutan akan tentukan jenis rawatan yang akan dilaksanakan bagi kawasan hutan yang telah diubahasilkan. Jenis rawatan silvikultur adalah seperti berikut:3.4.1 Menggelang Pokok dan Memotong Akar/Pepanjat Menggelang Pokok dan Memotong Akar/Pepanjat (GCL) adalah merupakan suatu rawatan pemulihan hutan untuk memberikan pertolongan kepada dirian tinggal selepas pengubahasilan dijalankan. Rawatan ini dijalankan tidak lewat dan tiga (3) tahun selepas Post-F. ia melibatkan aktiviti menggelang pokok yang bersifat buruk atau cacat serta melindungi anak-anak pokok spesies pilihan (RS) dan memotong akar/ pepanjat. Objektif

(i)
(ii)

untuk membuka silara kepada pokok spesies RS secara beransur-ansur bagi membolehkan anak-anak pokok semula jadi spesies RS membesar dengan cepat. Untuk mengurangkan saingan pokok spesies RS dengan spesies pokok dan tumbuhan lain yang tidak berpasaran.

(iii) Untuk membebaskan pokok spesies RS daripada gangguan akar/pepanjat bagi penambahbaikan kualiti dirian dan membantu tumbesaran. (iv) 3.4.2 Untuk membaiki status ekonomi dirian dengan pemilihan spesies bermutu.

Tanaman Mengaya Tanaman mengaya merupakan suatu rawatan pemulihan hutan ke atas kawasan hutan miskin dan kawasan lapang. Aktiviti tanaman mengaya akan membantu meningkatkan produktiviti sesuatu kawasan hutan supaya mencapai tahap yang dikehendaki terutamanya dari segi komposisi spesies berpasaran dan bermutu. Objektif

13

(i) (ii)

untuk meningkatkan stok dirian hutan miskin dengan komposisi spesies berpasaran dan bermutu tinggi bagi pengubahasilan seterusnya. untuk memulihkan kawasan-kawasan lapang supaya menjadi berhutan semula dengan spesies berpasaran dan berkualiti supaya menjadi sumber hutan yang dapat memberikan hasil.

4.0

PENUTUP SMS telah digubal bagi pengurusan hutan bukit dengan mengambil kira aspek ekonomi, pengubahasilan yang berkesan, kelestarian hutan dan kos pemulihan dan pembangunan yang rendah. SMS juga adalah satu sistem yang flexible kerana had batas tebangan ditentukan berdasarkan analisa data inventori hutan sebelum tebangan. Disamping itu ianya juga memastikan dirian tinggal yang mencukupi dari pokok-pokok bersaiz sederhana serta menjamin komposisi spesies di kawasan hutan. Justeru itu perlaksanaan di lapangan hendaklah dijalankan dengan teliti dan sempurna bagi menjamin sumber hutan diurus secara berkekalan.

5.0

RUJUKAN 1. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. (1997). Manual Kerja Luar Sistem Pengurusan Memilih. 2. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. (2005). Manual Perhutanan Jilid III. 3. Forestry Department HQ. (1997). Proceedings of the Workshop on Selective Management System and Environment Planting.

14

You might also like