You are on page 1of 20

Soalan- Jawapan Tutorial - Sistem Hidrologi

1.(a) Apakah yang dimaksudkan dengan banjir kilat?[5]


Banjir kilat boleh ditakrifkan sebagai peningkatan aras air permukaan yang cepat terutamanya di
kawasan bandar yang disebabkan oleh curahan hujan yang lebat dalam satu tempoh masa yang agak
singkat dan air akan surut dalam masa yang siungkat juga.

(b)Jelaskan sebab banjir kilat kerap berlaku di kawasan bandar.[10]
Sebab banjir kilat kerap berlaku di kawasan bandar ialah:
Pertambahan permukaan tak telap air spt tar dan simen
Kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan
Kapasiti sungai yang rendah
Sistem perparitan kurang sempurna, tidak sistemetik dan tidak mencukupi
Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai

(c) Jelaskan kesan banjir kilat terhadap aktiviti manusia.[10]
Kesan banjir kilat terhadap aktiviti manusia;
Sistem pangangkutan terggendala
Kegiatan perindustrian terjejas
Aktiviti perniagaan mengalami kerugian.
Aktiviti pertanian terjejas tanaman rosak
Aktiviti penternakan terganggu ternakan mati
Aktiviti pelancongan merosot
Aktiviti harian penduduk terganggu tidak dapat ke sekolah atau ke tempat kerj
1.(a)Apakah yang dimaksudkan dengan kerpasan?[5]
Kerpasan bermaksud lembapan yang terdapat di atmosfera terpeluwap dan jatuh ke permukaan
bumi dalam pelbagai bentuk pepejal seperti salji, hujan batu, hujan beku danhujan batu serta bentuk
cecair iaitu hujan dan embun. Kesemua bentuk kerpasan ini turun ke permukaan bumi dalam
intensiti yang berbeza.

(b)Terangkan proses pembentukan dua jenis hujan.[8]
Proses pembentukan hujan perolakan;
Terjadi ketika hari dan udara yang panas proses sejatan giat
Proses sejatan menyebabkan wap-wap air dibawa naik ke atmosfera dan mengalami proses
penyejukan mengikut kadar tukaran adiabatik.
Udara yang mengandungi wap air akan mengalami penyejukan dan pemeluwapan wapair
bertukar menjadi titisan air.
Titisan air akan membentuk awan komulunimbus tepu turun sebagai hujan perolakan.
Biasa berlaku pada waktu lewat petang.

Proses pembentukan hujan bukit;
Turun di kawasan kaki bukit yang menghadap arah tiupan angin lembap dari laut.
Angin lembap akan dipaksa naik ke kawasan bukit mengalami proses penyejukanmengikut kadar
tukaran adiabatik sehingga mencapai takat pemeluwapan.
Wap air akan bertukar menjadi bintik-bintik air membentuk awan.
Awan yang tepu akan menurunkan hujan bukit.
Kekuatan tiupan dan kelembapan angin yang menentukana kelebatan hujan jika anginkencang
dan lembap hujan lebat.
Kawasan yang terlindung dari tiupan angin lembap menjadi kawasan lindungan hujan menerima
angin kering.
(c)Bincangkan ENAM (6) kesan lebihan air terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap.[12]
Kesan lebihan air terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap;
Menjejaskan aktiviti pertanian banjir
Menjejaskan aktiviti perikanan (penternakan ikan) ikan terlepas ketika banjir
Menjejaskan aktiviti pembalakan jalan pembalakan rosak
Mengganggu sistem pangangkutan jalan ditenggalami banjir
Industri pelancongan terjejas
Aktiviti perniagaan merosot

1.(a)Nyatakan jenis-jenis kerpasan.[5]
Jenis-jenis kerpasan;
Hujan
Salji
Hujan beku
Gerimis
Embun
Hujan batu

(b)Jelaskan pemboleh ubah yang membentuk bajet imbangan air.[10]
Secara formula;
P = E + R + S
di mana,
P = kerpasan
E = sejatan
R= larian air permukaan
S = simpanan air bawah tanah

(c)Jelaskan kesan ketakseimbangan bajet imbangan air terhadap aktiviti manusia[10]
Kesan ketidakseimbangan bajet imbangan air terhadap aktiviti manusia.
Kurangan air
Aktiviti pertanian terjejas kemarau
Aktiviti perikanan merosot kolam kering
Aktiviti penternakan haiwan ternakan tiada air minuman
Lebihan air
Aktiviti pertanian terjejas tanaman ditenggelami air
Aktiviti perikanan mengalami kerugian ikan terlepas dari sangkar
Aktiviti pelancongan terjejas pergerakan pelancong terhad
Aktiviti perniagaan terjejas

1.(a)Apakah yang dimaksudkan dengan akuifer?[5]
Akuifer bermaksud satu lapisan takungan air bawah tanah yang terdapat di bawah lapisan batuan
tidak telap air membentuk stok air tanah yang banyak.
(b)Jelaskan proses edaran air tanih.[10]
Proses edaran air tanih;
Aliran air subpermukaan
Susupan (infiltrasi)
Akuifer
(c)Jelaskan kepentingan air bawah tanah kepada manusia.[10]
Kepentingan air bawah tanah kepada manusia;
Bekalan air domestik
Stok atau simpanan air bersih masa depan
Mengekalkan kelembapan tanih bagi kegunaan pertanian
Akuakultur membekalkan air kepada kolam ternakan ikan
Industri air mineral

1.(a) Apakah yang dimaksudkan dengan penyahhutanan?[3]
Penyahhutanan bermaksud kegiatan penerokaan atau pelupusan hutan secara meluas untuk tujuan
pertanian ladang atau pembangunan baru.
(b)Huraikan impak penyahhutanan terhadap kitaran hidrologi.[10]
Impak penyahhutanan terhadap kitaran hidrologi;
Hujan berkurangan proses sejat-peluhan berkurangan
Air larian permukaan meningkat permukaan tanah gondol
Kadar susupan/infiltrasi berkurangan
Pintasan silara berkurangan
Meningkatkan kadar sejatan air tanah penggurunan

(c)Jelaskan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan di kawasan hutan tropika lembap.[12]
Pemeliharaan dan pemuliharaan di kawasan hutan tropika lembap;
Pemeliharaan
Mewujudkan kawasan hutan simpan kekal
Penguatkuasaan undang-undang
Program pendidikan penjagaan alam sekitar
Langkah R&D
Pemuliharaan
Penanaman semula hutan
Rawatan silvikutur
Penubuhan ladang hutan

1.(a) Dengan merujuk kepada rajah di atas, nyatakan proses-proses perubahan bentuk air yang
bertanda A, B dan C.[5]
Proses-proses perubahan bentuk air;
A proses pembekuan/penghabluran (daripada cecair kepada pepejal)
A proses pencairan/peleburan (daripada pepejal kepada cecair)
B proses sejatan (daripada cecair kepada gas)
B proses pemeluwapan (daripada gas kepada cecair)
C proses pemejalwapan (daripada wap air kepada salji/ais)

(b)Jelaskan proses-proses kitaran hidrologi yang berlaku di atas permukaan bumi.[8]
Proses-proses kitaran hidrologi yang berlaku di atas permukaan bumi ialah;
Proses sejatan perubahan air kepada wap air
Proses sejat-peluhan perubahan daripada perpeluhan/peluh kepada wap air
Proses pintasan silara jatuhan hujan ke atas daun, ranting, dahan dan batang
Proses air larian permukaan pergerakan air di atas permukaan bumi.


(c)Terangkan bagaimana kegiatan manusia mempengaruhi kadar susupan air ke dalam tanah.[12]
Kegiatan manusia mempengaruhi kadar susupan air ke dalam tanah;
Meningkatkan susupan
Tanaman/pertanian tanaman pokok atau tutup bumi
Mengekalkan hutan
Pembinaan teres
Menutup permukaan dengan daun
Meratakan permukaan
Mengurangkan susupan
Penyahutanan
Menurap/meyimen permukaan
Penerokaan cerun
Mencuramkan permukaan

1.(a) Nyatakan proses-proses utama dalam kitaran hidrologi.[5]
Proses-proses utama dalam kitaran hidrologi;
Sejatan dan sejat-peluhan
Pemeluwapan
Kerpasan
Pintasan silara
Air larian permukaan
Susupan

(b)Huraikan proses-proses pergerakan air secara menegak dalam kitaran hidrologi.[10]
Proses-proses pergerakan air secara menegak dalam kitaran hidrologi;
Sejatan/sejat-peluhan
Kerpasan
Susupan
Pintasan silara
Aliran batang

(c)Bagaimanakah kegiatan manusia dapat menjejaskan air tanah?[10]
Kegiatan manusia dapat menjejaskan air tanah;
Penyahhutanan meningkatkan kadar sejatan air tanih
Penggunaan baja kimia/racun rumpai mencemar air tanih
Industri air mineral menyusutkan stok air tanih
Industri pemprosesan pengaliran sisa efluen
Perindustrian bengkel kejuruteraan enjin tumpahan minyak
Industri binaan penanaman cerucuk cemar air bawah tanah

1.(a)Apakah yang dimaksudkan dengan kelembapan?[3]
Istilah umum yang merujuk kepada kandungan wap air yang terdapat dalam udara padasesuatu masa
yang tertentu. Terbahagi kepada kelembapan mutlak iaitu jumlah sebenar wapair dalam udara dan
kelembapan bandingan yang merujuk kepada nisbah wap air yangmampu ditampung oleh udara.

(b)Jelaskan lima proses menegak dalam kitaran hidrologi.[10]
Proses menegak dalam kitaran hidrologi;
Sejatan
Sejat peluhan
Kerpasan
Resapan/susupan
Pemejalwapan
Pintasan/cegatan silara

(c)Huraikan kesan-kesan ke atas aktiviti manusia apabila kadar kerpasan lebih tinggi berbanding
dengan kadar sejatan.[12]
Kesan-kesan ke atas aktiviti manusia apabila kadar kerpasan lebih tinggi berbandingdengan kadar
sejatan
Aktiviti pertanian tanaman ditenggelami banjir
Aktiviti seharian terganggu tidak dapat pergi ke/balik dari tempat kerja
Aktiviti pelancongan terjejas kerana banjir
Industri perikanan akuakultur ikan terlepas dari kolam/sangkar
Aktiviti perniagaan merosot kedai/premis ditenggalami banjir
Aktiviti perindustrian kilang/jentera rosak ditenggalami banjir

1.(a) Apakah yang dimaksudkan dengan sejatan?[5]
Sejatan ialah proses penukaran air daripada cecair atau pepejal kepada wap-wap air dengan bekalan
haba yang mencukupi. Sejatan berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebihtinggi daripada
tekanan wap air di dalam atmosfera yang belum mencapai takat tepu.

(b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar sejatan di permukaan bumi.[10]
Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar sejatan di permukaan bumi;
Suhu air apabila suhu air meningkat, tekanan wap air atau keupayaan wap air untuk terbebas ke
atmosfera juga meningkat.
Tekanan wap di permukaan air lebih tinggi berbanding dengan tekanan tekanan wap sebenar di
atmosfera
Tiupan angin/turbulens yang kencang
Kemasinan air semakin tinggi takat kemasinan air, semakin rendah kadar sejatan
Nilai kelembapan bandingan yang tinggi akan mengurangkan kadar sejatan

(c) Jelaskan aktiviti manusia yang mempengaruhi kadar sejatan di atmosfera.[10]
Aktiviti manusia yang mempengaruhi kadar sejatan di atmosfera;
Penyahhutanan penebangan hutan secara besar-besaran akan meningkatkan suhu danseterusnya
akan meningkatkan kadar sejatan.
Perlombongan penggondolan tanah memudahkan sejatan berlaku
Pembinaan empangan peningkatan keluasan badan air meningkatkan kadar sejatan
Pembandaran fenomena pulau haba berlaku akibat terdapat banyak bangunan dan permukaan
yang disimen maka suhu akan tinggi dan seterusnya meningkatkan kadar sejatan.
Pertanian pokok yang masih kecil pada awal proses penanaman meningkatkan suhu
danmempengaruhi kadar sejatan
Perindustrian udara tercemar yang dilepaskan oleh sektor perindustrian akan meningkatkan suhu
kadar sejatan tinggi.

1.(a)Apakah yang dimaksudkan dengan sejatpeluhan?[5]
Sejatpeluhan bermaksud proses pengangkatan air ke atmosfera membentuk wap air melalui sejatan
dari badan air dan perpeluhan dari tumbuhan


(b)Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar sejatpeluhan.[10]
Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar sejatpeluhan;
Dipengaruhi oleh kadar kelembapan permukaan tanah dan tumbuhan
Dipengaruhi oleh suhu ambien yang berada di atas permukaan bumi dan tumbuhan
Tanah mempunyai kadar kelembapan yang mencukupi
Bahang suria yang mencukupi
Aliran atau pergerakan udara yang mencukupi bagi membolehkan kadar sejatpeluhan berlaku

(c)Jelaskan kesan kekurangan kandungan kelembapan udara terhadap kegiatan manusia
seharian.[10]
Kesan kekurangan kandungan kelembapan udara terhadap kegiatan manusia seharian;
Kekurangan kandungan kelembapan boleh meningkatkan kadar ketidakselesaan manusiadan
seterusnya mengurangkan kegiatan seharian
Boleh melembapkan pergerakan manusia kerana keadaan menjadi panas apabila kandungan
kelembapan semakin kurang
Cepat berasa dahaga dan dengan itu melemahkan manusia dan berkurangnya dayakegiatan
manusia
Cepat berpeluh dan ini mengurangkan kandungan air dalam badan sekiranya tidak membanyakkan
minum air dan seterusnya melemahkan manusia
Menyebabkan manusia cepat letih dan berasa lesu dan malas.

1.(a) Takrifkan konsep imbangan air.[5]
Menerangkan mengenai keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari atmosfera oleh
permukaan bumi antara sama dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera. Jumlah air yang diterima
oleh permukaan bumi dalam bentuk kerpasan adalah sama banyak dengan yang akandibebaskan
semula ke atmosfera menerusi proses sejat peluhan dan sejatan, air larian permukaan dan juga yang
disimpan di dalam tanah sebagai storan.

(b)Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air.[10]
Faktor-faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air;
Jumlah kerpasan khususnya hujan
Nilai sejat-peluhan
Litupan tumbuhan
Lembapan tanih
Geologi yang mempengaruhi susupan
Tindakan manusia

(c) Huraikan kesan-kesan aktiviti manusia terhadap kitar hidrologi.[10]
Kesan-kesan aktiviti manusia terhadap kitar hidrologi;
Aktiviti pembandaran air larian permukaan meningkat, kadar susupan berkurangan
Aktiviti penyahhutanan mengurangkan sejat peluhan, cegatan silara dan pintasan
Aktiviti penghutanan semula dan penghijauan persekitaran meningkatkan kadar sejat peluhan dan
pemeluwapan atmosfera, pintasan dan cegatan silara meningkat
Aktiviti perindustrian bahan pencemar bertindak sebagai nukleus higroskopik hujan bertambah
Pembinaan empangan meningkatkan kadar sejatan

1.(a)Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan air?[5]
Lebihan air atau banjir merujuk kepada jumlah air yang diterima oleh permukaan bumi dariatmosfera
sama ada dalam bentuk hujan, salji, embun dan sebagainya melebihi jumlah air yang hilang daripada
permukaan bumi dan atmosfera melalui sejatan, sejat peluhan, larian air permukaan dan yang
tersimpan dalam storan bawah tanah.

(b)Jelaskan faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air.[10]
Faktor-faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air;
Perbezaan latitud
Aspek cerun
Tumbuhan
Musim
Siang dan malam

(c)Huraikan kesan lebihan air terhadap aktiviti manusia.[10]
Kesan lebihan air terhadap aktiviti manusia;
Aktiviti pertanian tanaman pertanian musnah ditenggelami banjir
Aktiviti perikanan/akuakultur ikan terlepas
Aktiviti pengangkutan/perhubungan jalan perhubungan ditengelami banjir
Aktiviti perlombongan kawasan lombong tenggelam jentera rosak dan alat perlombongan
Aktiviti perindustrian kawasan industri tenggelam

1.(a)Apakah yang dimaksudkan dengan konsep kurangan air?[5]
Konsep kurangan air atau kemarau merujuk kepada jumlah air yang hilang ke atmosfera melalui
sejatan dan sejat peluhan, hilang melalui larian air permukaan dan dalam alur sungai serta hilang
melalui resapan (infiltrasi) ke dalam storan tanah melebihi air yang diterima oleh permukaan bumi
dari atmosfera sama ada dalam bentuk hujan, salji, embun dan sebagainya.

(b) (i) Huraikan tiga faktor yang menyebabkan berlakunya kurangan air di sesuatu kawasan.[6]
Faktor yang menyebabkan berlakunya kurangan air di sesuatu kawasan;
Fenomena cuaca luar biasa seperti El-Nino
Perubahan angin
Penyahutanan

(ii) Jelaskan tiga kaaaedah untuk mengatasi masalah kurangan air.[6]
Kaedah perundangan
Pembenihan awan
Penghutanan semula
Penyahgaraman air laut
Meneroka sumber air bawah tanah
Membina empangan

(c) Huraikan bagaimana kurangan air memberi kesan kepada aktiviti manusia.[8]
Kesan kurangan air;
Aktiviti pertanian terjejas
Aktiviti akuakultur terjejas
Aktivti pelancongan terjejas
Krisis bekalan air domestik
Industri bergantung kepada sumber air terjejas


1.(a) Dengan menggunakan gambar rajah, tanda dan labelkan proses kitaran hidrologi.[5]


(b)Terangkan proses-proses menagak dalam kitaran hidrologi.[10]Proses-proses menagak dalam
kitaran hidrologi.
Proses sejatan
Proses pemeluwapan
Proses kerpasan
Proses infiltrasi
Proses transpirasi

(c)Jelaskan aktiviti-aktiviti manusia yang boleh mengganggu kitaran hidrologi.[10]
Aktiviti-aktiviti manusia yang boleh mengganggu kitaran hidrologi;
Penebangan hutan untuk mendapatkan balak di kawasan tanah tinggi
Pembandaran yang melibatkan kawasan asalnya hutan ditebang menjadi kawasan lapang
Penebusgunaan kawasan paya menjadi kawasan pertanian
Aktiviti pembakaran untuk menerangkan tanah menjadi kawasan pertanian
Pertambahan permukaan tak telap air seperti simen dan tar

1.(a)Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air?[5]
Konsep imbangan air ialah;
Imbangan air dipengaruhi oleh kadar menerima air di permukaan bumi dan kehilangan air dari
permukaan bumi.
P = ET + ST + R
P ialah kerpasan ET ialah sejatan dan transpirasi ST ialah air yang disimpan atau hilang dalam lapisan
tanah R ialah larian air permukaan
(b)Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi aras air bawah tanah.[10]
Faktor yang mempengaruhi aras air bawah tanah;
Litupan bumi
Keamatan hujan
Topografi
Iklim
Kegiatan manusia

(c)Jelaskan kesan kurang air dalam kurangan air dalam kehidupan manusia.[10]
Kesan masalah kurangan air kepada manusia ialah;
Mengganggu bekalan air domestik
Menjejaskan aktiviti pertanian
Menjejaskan aktiviti industri bersumberkan air
Mengganggu aktiviti pelancongan
Menjejaskan aktiviti penternakan

1.(a)Jelaskan proses-proses menegak dalam kitaran hidrologi.[8]
Proses-proses menegak dalam kitaran hidrologi;
Proses sejatan
Proses kerpasan
Proses infiltrasi
Proses pemeluwapan
Proses cegatan/pintasan silara

(c)Bincangkan pengaruh litupan tumbuhan terhadap proses-proses hidrologi.[7]
Pengaruh litupan tumbuhan terhadap proses-proses hidrologi;
Proses intersepsi
Proses infiltrasi
Larian air permukaan
Proses transpirasi

1.(a)Apakah yang ditakrifkan dengan larian air permukaan?[5]
Larian air permukaan merujuk kepada bentuk-bentuk kerpasan seperti hujan atau hasil pencairan
salji yang mengalir di permukaan bumi. Ia merupakan baki dari jumlah air yang telah menyusup
kedalam lapisan tanah.

(b)Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar infiltrasi di sesuatu kawasan.[10]
Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar infiltrasi di sesuatu kawasan;
Litupan bumi
Urbanisasi
Iklim
Intensiti hujan
Jenis lapisan tanah

(c)Bincangkan bagaimana kegiatan ekonomi manusia boleh menyebabkan pencemaran sumber
air.[10]
Kegiatan ekonomi manusia boleh menyebabkan pencemaran sumber air;
Industri perkilangan pembuangan bahan kimia bertoksik
Perniagaan pembuangan sampah sarap
Pertanian penggunaan baja kimia dan racun serangga
Penternakan najis haiwan
Perlombongan sisa tanah (sedimen)

1.(a)Apakah yang dimaksudkan dengan sejat peluhan?[5]
Istilah sejat peluhan bermaksud satu proses kehilangan air ke atmosfera melalui proses
transpirasidari litupan bumi dan proses sejatan dari permukaan tanih.

(b)Huraikan peranan tumbuhan dalam proses kitaran hidrologi.[8]
Peranan tumbuhan dalam proses kitaran hidrologi
Proses intersepsi
Proses infiltrasi
Proses larian air permukaan
Proses transpirasi
Proses cegatan silara

(c)Terangkan bagaimana aktiviti manusia boleh mempengaruhi kitaran hidrologi.[12]
Aktiviti manusia boleh mempengaruhi kitaran hidrologi;
Penerokaan hutan untuk pertanian
Pembalakan berleluasa
Penanaman semula
Proses urbanisasi
Pembinaan empangan dan kejadian tasik

1a)Apakah yang dimaksudkan dengan konsep kitar hidrologi? [5]
Kitar hidrologi ialah proses perubahan bentuk air yang berterusan dalam pelbagai bentuk seperti
wap, cecair danpepejal melalui pelbagai ruang samada ruang hidrosfera, atmosfera, biosfera dan
litosfera. Contohnya air tersejat ke atmosfera dari lautan oleh sinaran matahari lalu membentuk wap
air yang akan berkumpul membentuk awan. Wap-wap air di dalam awan ini akan dialirkan secara
melintang oleh tiupan angin ke bahagian daratan. Wap-wap air ini apabila mencapai peringkat tepu
akan turun sebagai kerpasan(hujan,embun,salji dan sebagainya). Kerpasan ini akan dialirkan ke
sungai melalui larian permukaan ke sistem sungai dan terus ke laut. Semua air larian akan sampai ke
laut dan akan disejat semula oleh oleh matahari. Sebahagian kerpasan akan menyusup masuk ke
bawah tanah sebagai air bawah tanah yang juga menuju ke laut. Proses ini akan berulang dan
dikenali sebagai kitaran hidrologi[5 markah]




b)Dengan bantuan gambarajah , jelaskan proses-proses yang terlibat dalam kitar hidrologi.

1. Lukis gambarajah (2m)
2. Proses sejatan iaitu proses pertukaran daripada bentukcecair(badan air) kepada bentuk wap ke
atmosfera
3. Proses sejat peluhan iaitu proses kehilangan air melaluiproses perpeluhan daripada tumbuhan
dan sejatan daripadalembapan tanih dan lain-lain.
4. Pemeluwapan /kerpasan iaitu proses pertukaran wap air kepada bentuk air semula apabila
berlaku kejatuhan suhudalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalamatmosfera dan turun
sebagai hujan,ibun,dan sebagainya
5. Proses pintasan dan cegatan silara- proses halangan air oleh tumbuhan(daun, ranting,
dahan,batang) menyebabkanbukan 100% titisan hujan menimpa bumi
6. Penyerapan/air bawah tanah susupan air secara menegakke dalam lapisan tanih
7. Proses alir lintang atmosfera iaitu proses pergerakantitisan air dari lautan ke daratan atau
sebaliknya
8. larian air permukaan- iaitu proses pergerakan/aliran air dipermukaan dan di dalam alur
9. Aliran air bawah tanah- iaitu proses pergerakan /aliran air dibawah tanah secara mendatar

You might also like