You are on page 1of 2

1 (a) Kenal pasti tiga perubahan fasa air.

[3]

(i) Pencairan iaitu perubahan pepejal kepada cecair (ais bertukar air)
(ii) Pembekuan perubahan cecair kepada pepejal (air bertukar ais)
(iii) Pemejalwapan iaitu perubahan gas kepada pepejal (wap air bertukar ais)

(b) Jelaskan dua kepentingan sumber air terhadap aktiviti perindustrian [4]

(i) sumber air digunakan dalam industri menghasilkan produk minuman manakala industri
memproses juga banyak menggunakan sumber air.

(ii) air penting dalam industri IKS dan diguanakan dalam kuatiti yang banyak seperti industri
batik seperti proses merendam, mencuci, mewarna.

(c) Jelaskan dua faktor semulajadi yang mengganggu sumber bekalan air [4]

(i) kejadian gempa bumi boleh mengakibatkan batuan pecah atau tanah menjadi longgar dan
apabila hujan turun akan menyebabkan berlaku banjir lumpur/runtuhan batu masuk ke dalam aliran
sungai. Sungai boleh tercemar atau terganggu aliran.

(ii) kejadian kemarau yang berpanjangan menyebabkan bekalan air berkurangan dan badan air
seperti tasik/kolam dan sungai menjadi kering.

(d) Jelaskan dua langkah penyesuaian untuk mengatasi masalah kekurangan air. [4]

(i) kempen berjimat cermat dan berhemat dalam penggunaan air kepada penduduk melalui
media massa agar sumber air tidak sewenang-wenangnya dibazirkan.

(ii) Pendidikan alam sekitar secara formal disampaikan kepada pelajar di sekolah/universiti bagi
mendedahkan tentang kepentingan mengekalkan punca sumber air, kepentingan sumber air dalam
kehidupan dan cara penggunaan air secara berhemat sekiranya berlaku krisis sumber air.

ESEI

2 (a) Bincangkan faktor yang mempengaruhi kadar larian air permukaan yang tinggi di kawasan bandar.
[13]

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar larian air permukaan di kawasan bandar
seperti kekurangan permukaan telap air, system saliran bandar, kekurangan litupan tumbuhan dan
penebusgunaan kawasan tanah lembap.

Di antaranya ialah kekurangan permukaan yang telap air dimana lebih 80% muka bumi di
kawasan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Ipoh dan lain-lain adalah dilitupi
dengan permukaan yang tidak telap air seperti simen, aspalt yang boleh mengurangkan kadar susupan
sebaliknya meningkatkan larian permukaan air.

Sistem longkang dan parit yang banyak dibina di kawasan bandar serta struktur binaan yang
sempit dan cetek tidak mampu menampung kuantiti air hujan pada satu-satu tempoh masa khususnya
apabila hujan lebat. Ditambah sistem longkang dan parit yang tersumbat dengan sampah/sisa
domestik/sisa binaan yang menyekat aliran longkang/parit dan air melimpah semula menjadi air larian
permukaan.

Kawasan bandar yang biasanya kekurangan litupan tumbuhan dan pokok-pokok peneduh. Oleh
itu, kadar pintasan air hujan kurang berlaku. Air hujan yang tidak dapat dipintas akan mengalir menjadi
air larian permukaan berbanding masuk ke dalam tanah melalui proses cegatan silara.

Sesetengah kawasan bandar terdapat kawasan tanah lembap (wet land) yang berfungsi sebagai
kawasan tadahan dan simpanan air dalam bandar. Oleh itu, penebusgunaan kawasan tanah lembap
yang terdapat di kawasan bandar untuk projek pembangunan akan menyebabkan kawasan tanah
lembap yang berfungsi untuk menyimpan air akan musnah. Justeru itu, hujan yang turun tidak ada
tempat simpanan lagi dan terpaksa melimpah sebagai air larian permukaan di bandar.

Oleh itu adalah penting sebarang pembangunan yang dilaksanakan di bandar mestilah dirancang secara
sistematik agar aspek yang berkaitan dengan kejadian banjir kilat yang biasa berlaku di bandar apabila
hujan lebat ini dapat diatasi dengan cepat.

You might also like