You are on page 1of 21

PROSES ENDOGENIK & LIPATAN

Konsep endogenik

• Proses endogenetik merujuk kepada tenaga


yang wujud dan berpunca dari lapisan mantel
seperti tenaga graviti, dan tenaga haba yang
menghasilkan pelbagai fenomena di lapisan
kerak bumi seperti gempa bumi, letusan
gunung berapi, lipatan, gelinciran ,gerakan
tektonik dan pembentukan batuan
metamorfosis. 
Proses  endogenik

• Berasal daripada tenaga dalaman bumi seperti tenaga tarikan graviti dan
tenaga radiogenetik seperti pereputan nukleus atom uranium dan kalium. 
• Proses ini terdiri daripada gerakan-gerakan bumi, kegiatan igneus dan
metamorfosis.
• Proses- proses tersebut ialah :-
i.     Gelinciran   ( pengangkatan dan penurunan kerak bumi daratan dan dasar
laut )
ii.    Lipatan ( pembentukan banjaran-banjaran gunung yang dikenali sebagai
orogenesis )
iii.   Gempa bumi ( melibatkan gerakan secara kuat dan tiba-tiba hasil
daripada  pergerakan dan  penyesuaian  lapisan-lapisan batuan pada kerak
bumi )
PROSES LIPATAN

Konsep Lipatan
• Lipatan merujuk kepada proses lenturan dan
kedutan kerak bumi hasilkan tindakan kuasa-
kuasa dalaman bumi ( proses endogenik ) yang
menyebabkan berlakunya pertembungan plat-
plat lalu menghasilkan berlakunya lipatan
pada kerak bumi.
Proses lipatan

• Di lapisan astenosfera yang terletak di atas mantel bumi, wujud


pergerakan arus perolakan magma yang sangat panas.
• Arus perolakan ini mempunyai daya yang kuat untuk pergerakan plat-
plat ( kerak bumi ) yang terapung di atas lautan magma tersebut.
• Plat-plat bergerak dalam tiga cara iaitu pertembungan, pemisahan
( pencapahan ) dan perselisihan plat.
• Pergerakan plat-plat berlaku secara perlahan dan berbeza-beza antara
satu kawasan dengan kawasan yang lain.
• Lipatan kerak bumi terjadi apabila plat-plat bertembung antara satu
sama lain khususnya antara plat benua dengan plat benua.
• Contoh, pertembungan plat Indo-Australia dengan plat Eurasia ( plat
benua ) menghasilkan Banjaran Himalaya.
BAGAIMANAKAH BANJARAN GUNUNG LIPAT
TERBENTUK?

• KERAK BUMI
DIMAMPATKAN

SEBELUM
• PROSES MAMPATAN
MENYEBABKAN KERAK BUMI
TERMAMPAT DAN TERLIPAT
• BAHAGIAN YANG TERANGKAT
MEMBENTUK TANAH TINGGI

SELEPAS

PROSES PEMBENTUKAN GUNUNG LIPAT


Jenis-jenis Lipatan
Jenis-jenis Lipatan
• Lipatan Monoklin
• Lipatan yang cembung di atas dan cekung di bahagian bawah.

• Lipatan Simetri
• Mempunyai cerun yang seimbang di kedua-dua belah.
• Terjadi disebabkan tindakan daya mampatan yang sama kuat di kedua-dua belah kerak bumi.

• Lipatan Asimetri
• Merujuk kepada lipatan yang mana salah satu daripada cerunnya lebih curam berbanding dengan cerun bersebelahannya yang lebih
landai.

• Lipatan Lampau
• Lipatan LampauTerbentuk apabila lipatan itu retak , bertindih dan terlipat di atas kerak bumi.

Lipatan Rebah
Mempunyai dua cerun yang tidak seimbang.
• Terjadi akibat tindakan daya mampatan yang lebih kuat di satu bahagian berbanding bahagian sebelahannya.

Lipatan Nappe
Lipatan bertindih antara satu lain.
Bentuk muka bumi lipatan
Gunung lipat dan lurah

• Bahagian kerak bumi yang lemah dipaksa naik


ke atas dikenali sebagai antiklin membentuk
kemuncak gunung lipat.  
• Bahagian batuan lemah yang dipaksa ke
bawah pula dikenali sebagai sinklin
membentuk lurah gunung lipat.
• Terdapat dua jenis system gunung lipat iaitu
lipat muda dan lipat tua. 
JENIS-JENIS SISTEM GUNUNG LIPAT DI DUNIA.
Jenis Huraian
Gunung lipat tua kalidonia Terbentuk lebih 350juta tahun dahulu. Meliputi kawasan
di benua Eropah barat.

Gunung lipat tua hercynia Terbentuk lebih 270 juta tahun dahulu. Meliputi kawasan
tanah tinggi Appalachian ,banjaran pemisah Australia.

Gunung lipat muda alps- Terbentuk lebih 35juta tahun dahulu . Meliputi kawasan
himalaya sekitar mediterannean, banjaran himalaya, banjaran besar
Malaysia.

Gunung lipat muda Terbentuk lebih kurang 35 juta tahun dahulu. Meliputi
lingkaran pasifik kawasan dari Amerika Selatan sehingga ke Alaska
sehingga ke Jepun dan Filipina
CIRI-CIRI GUNUNG LIPAT MUDA

• TERBENTUK KIRA-KIRA 35 JUTA TAHUN


DAHULU
• BANJARAN ADALAH TINGGI DAN KASAP
• MENGALAMI GUNUNG BERAPI KERANA
TERLETAK DI KAWASAN LINGKARAN API
PASIFIK
• TERLETAK DI PERTEMBUNGAN PLAT-
PLAT YANG RETAK DAN TIDAK STABIL
CIRI-CIRI GUNUNG LIPAT TUA
• TERBENTUK KIRA-KIRA 100 JUTA
TAHUN
• BANJARAN ADALAH RENDAH
KERANA MENGALAMI HAKISAN
• KAWASAN STABIL KERANA PROSES
LIPATAN TELAH TERHENTI
• TIDAK BERLAKU GEMPA BUMI DAN
LETUPAN GUNUNG BERAPI
BANJARAN-BANJARAN YANG TERBENTUK
DARIPADA SISTEM GUNUNG LIPAT MUDA

• BANJARAN HIMALAYA
Banjaran gunung yang tertinggi dan terpanjang
di dunia. Gunung Everest (8848m) yang
terletak di Banjaran Himalaya adalah gunung
tertinggi di dunia

• BANJARAN KARAKORAM
Gunung kedua tertinggi di dunia, iaitu Gunung
K2 terletak di Banjaran Karakoram
• BANJARAN KUNLUN SHAN
• BANJARAN TIEN SHAN
• BANJARAN BARISAN
• BANJARAN KAPUAS HULU
• BANJARAN IRAN
• BANJARAN CROCKER
• PROSES LIPATAN SISTEM GUNUNG
LIPAT MUDA BERMULA DARI
PUSARAN PAMIR dan menganjur ke
arah timur, menganjur ke tenggara dan
melengkok ke selatan Asia Tenggara.
• PROSES LIPATAN SISTEM GUNUNG
LIPAT TUA pula bermula dari
DATARAN TINGGI YUNAN,
menganjur ke Dataran Tinggi Shan di
Myanmar, Banjaran Bilauktaung di
Thailand, Banjaran Anam di Vietnam dan
Banjaran Titiwangsa di Malaysia.

You might also like