You are on page 1of 64

BAHAGIAN A

ALAM SEKITAR FIZIKAL

SISTEM BUMI
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN
DENGAN SISTEM BUMI?
MERUJUK KEPADA SATU SISTEM YANG
DINAMIK, MENGANDUNGI SISTEM
ATMOSFERA, HIDROLOGI, GEOMORFOLOGI
(LITOSFERA) DAN EKOLOGI (BIOSFERA)
SISTEM DALAM SISTEM BUMI SALING
BERINTERAKSI ANTARA SATU SAMA LAIN.
KOMPONEN SISTEM BUMI
TERDIRI DARIPADA

Atmosfera (udara)
Hidrosfera (air)
Litosfera (daratan)
Biosfera (hidupan)
KOMPONEN ATMOSFERA
MAKSUD ATMOSFERA
LAPISAN GAS TANPA BAU, WARNA DAN RASA TERAPUNG DI ATAS PERMUKAAN
BUMI AKIBAT TARIKAN GRAVITI.

LAPISAN BUMI
PALING BAWAH TROPOSFERA
KEDUA STRATOSFERA
KETIGA MESOSFERA
KEEMPAT - TERMOSFERA
KELIMA - IONOSFERA
KEENAM -EKSOFERA
KOMPONEN ATMOSFERA
TERDIRI DARIPADA
GAS KEKAL ( NITROGEN, OKSIGEN DAN ARGON)
GAS BERUBAH ( KARBON DIOKSIDA, WAP AIR DAN ARGON)
JUZUK BUKAN GAS (ASAP, HABUK, ZARAH GARAM)
PERANAN ATMOSFERA
MENGAWAL SUHU
MENAPIS SINARAN UTRA UNGGU
MEMBEKALKAN OKSIGEN DAN HUJAN
MEMANTUL GELOMBANG RADIO
KOMPONEN ATMOSFERA
KOMPONEN HIDROSFERA

SEMUA BAHAGIAN BUMI YANG MENGANDUNGI AIR


2. 70 % DARIPADA PERMUKAAN BUMI IALAH AIR
3. 97.2 % ADALAH AIR MASIN DAN HANYA 2.8 % AIR TAWAR
KOMPONEN TERPENTING HIDROSFERA IALAH LAUTAN
LIMA LAUTAN UTAMA : PASIFIK, ATLANTIK, HINDI, ANTARTIK,
ARTIK.

FUNGSI :
- MENYEDERHANAKAN ALAM SEKITAR
- BEKALAN AIR HUJAN
- WUJUDKAN EKOSISTEM MARITIM
KOMPONEN LITOSFERA
KOMPONEN LITOSFERA

LAPISAN KERAK BUMI YANG PEJAL


TERDEDAH SEBAGAI DARATAN YANG MEMBENTUK
BENUA DAN PULAU
LITOSFERA JUGA MEMBENTUK DASAR LAUTAN
KETEBALAN BERBEZA IAITU KURANG 5 KM DI DASAR
LAUTAN DAN 50 KM DI DARATAN
KOMPOSISI UTAMA IALAH BATUAN
PENTING UNTUK HIDUPAN - SEBAGAI HABITAT,
PERTANIAN, PERLOMBONGAN, PETEMPATAN DAN
SEBAGAINYA
KOMPONEN BIOSFERA
KOMPONEN BIOSFERA

BAHAGIAN YANG DIHUNI OLEH HIDUPAN


MEMBENTUK EKOSISTEM
MENJADI HABITAT, MEMBEKALKAN SUMBER
MAKANAN DAN KAYA DENGAN KEPELBAGAIAN
BIODIVERSITI
PENTING UNTUK SUMBER MAKANAN,
PERUBATAN, PELANCONGAN, BALAK, KAWASAN
TADAHAN DAN LAIN LAIN
KEDUDUKAN BUMI DALAM SISTEM
SURIA
APAKAH BENTUK BUMI?

Bumi
Berbentuk
Sfera, tetapi
Rata pada
Kedua kutub.
Ciri-ciri bumi berbentuk sfera
BUMI SEBAGAI SATU PLANET
BERBENTUK SFERA
Bukti bumi berbentuk sfera
1. Pelayaran mengelilingi bumi
2. Melihat kapal di lautan
3. Kaki langit melengkung
4. Terbit dan terbenamnya matahari
5. Kejadian gerhana
6. Gambar dari satelit.
1. Bukti pelayaran mengelilingi Bumi
Pelayaran sesebuah kapal mengelilingi bumi
akan bermula dan boleh berakhir di tempat
yang sama.
2.Melihat kapal di laut
Semasa melihat kapal di laut, bahagian atas
kapal akan dilihat terlebih dahulu,
barulah diikuti oleh seluruh badan kapal
berkenaan apabila kapal itu semakin hampir
ke arah daratan
3. Kedudukan Kaki langit yang
melengkung
Bukti daripada kedudukan kaki langit yang
melengkung ianya dapat dilihat di kawasan
pantai /pinggir laut atau di tepat yang tinggi
atau di kawasan yang luas.
4. Terbit dan terbenamnya matahari
Matahari akan terbit dan terbenam pada
waktu dan arah yang berbeza. Akibat putaran
bumi di atas paksinya, matahari akan terbit
dari arah timur dan bahagian ini mengalami
siang terlebih dahulu.
5. Kejadian gerhana bulan
Bumi berbentuk sfera dimana ianya dapat
dilihat pada waktu gerhana bulan. Semasa
kejadian gerhana bulan , garis luar bentuk
bayang bumi kelihatan berbentuk sfera di
permukaan bulan.
6. Gambar dari Satelit
Bukti satelit dimana gambar bumi yang
diambil melalui satelit dari ruang angkasa
menunjukkan bumi jelas berbentuk sfera.
PERGERAKKAN BUMI
Pergerakkan bumi di bahagikan kepada
Putaran bumi
Peredaran bumi
Putaran bumi
Apakah maksud putaran bumi?
Putaran bumi merujuk kepada bumi berputar
sambil beredar mengelilingi matahari di atas
paksinya yang condong 23 1/2 darjah dari
satah tegak ke arah timur.
Bumi berputar dari barat ke timur mengikut
arah lawan jam.
Satu putaran lengkap mengambil masa 23 jam
56 minit atau satu hari.
Putaran bumi
Arah
Putaran
bumi
Arah Putaran Bumi
Arah putaran
Bumi dari Barat
Ke timur
Kecondongan paksi bumi semasa
putaran
Sudut
Kecondogan
Paksi bumi
Pada 231/2
Darjah.
Kesan kesan putaran bumi
Kejadian siang dan malam
Kejadian pasang surut air di lautan
Perbezaan waktu tempatan
Pembiasan angin lazim dan arus lautan
Kejadian fajar dan senja.
1.Kejadian Siang dan Malam
Putaran bumi menyebabkan satu bahagian
bumi menerima cahaya matahari dan
sebahagian lagi terlindung dari cahaya
matahari.
Bahagian yang menghadap atau menerima
cahaya matahari akan mengalami waktu siang
dan bahagian bumi yang membelakangi
matahari akan mengalami waktu malam.
Kejadian siang dan malam
Menghadap
Matahari - Siang
Membelakangi
Matahari Malam
2.Kejadian air pasang surut di lautan
Putaran bumi diatas paksinya menyebabkan
berlakunya kejadian pasang surut air laut
kerana terdapatnya perbezaan daya tarikan
graviti bulan dan matahari di sebarang titik
permuakaan bumi.
Air pasang pada aras tertinggi terjadi apabila
tarikan graviti menjadi lebih kuat apabila
graviti bulan dan graviti matahari bertindak
secara bersama.
Air pasang Perbani/ besar
Berlaku
Apabila bumi
Bulan dan
Matahari
Berada pada
lurus
Air pasang Anak
Berlaku
Apabila bulan,
Bumi dan
Matahari
Berada pada
Sudut tegak.
3.Perbezaan waktu tempatan.
Putaran bumi menyebabkan berlakunya
perbezaan waktu tempatan. Waktu tempatan
berbeza di atas permukaan bumi mengikut
garisan longitud. Satu putaran lengkap bumi
iaitu 360 darjah terdapat 360 garisan longitud
mengambil masa 24 jam.
Jika bumi berputar 15 darjah berlaku
perbezaan masa 15 minit dan apabila bumi
berputar 1 darjah masa yang diambil 4 minit.
Perbezaan waktu tempatan
1 darjah 4 minit
15 darjah I jam
180 darjah 12 jam
360 darjah 24 jam
Perbezaan waktu tempatan
Waktu
Berbezaa
Mengikut
Garisan
longitud
4. Pembiasan arus lautan dan angin
lazim
Putaran bumi di atasnya menyebabkan daya
koriolis atau daya memusat terbentuk. Ini
menyebabkan berlakunya pembiasan angin dan
arus lautan
Di hemisfera utara angin dan arus lautan akan
terbias ke kanan atau mengikut arah pusingan
jam
Di hemisfera selatan angin dan arus lautan akan
terbias ke kiri atau mengikut arah lawan jam.
Pembiasan angin dan arus lautan
Arah
Pergerakan
dan arus
lautan
5. Berlaku kejadian fajar dan senja
Putaran bumi menyebabkan belaku fajar dan
senja.
Fajar ialah waktu singkat antara terbitnya
matahari dengan waktu siang, senja waktu
singkat antara terbenamnya matahari waktu
petang.
Berlaku disebabkan oleh pembiasan cahaya
matahari semasa berada di kaki langit.
PEREDARAN BUMI
Apakah maksud peredaran bumi?
Apakah maksud peredaran bumi?
Peredaran bumi merujuk kepada bumi
beredar atau bergerak mengelilingi matahari
mengikut orbitnya yang berbentuk elips(bujur)
Peredaran bumi mengelilingi matahari
mengambil tempoh masa selama 3651/4 hari
atau 1 tahun.
Beredar dengan kelajuaan 3600 km /j
Kesan peredaran bumi
1. Kejadian 4 musim
Kejadian
4 musim
1. M. Bunga
2. M. Panas
3. M. Luruh
4. M. Sejuk
Kejadian 4 musim
Peredaran bumi mengelilingi matahari di atas paksinya
yang condong 231/2 darjah menyebabkan kejadian 4
musim
1) Musim bunga/Ekuinoks musim bunga pada 21 Mac
apabila matahari tegak di atas garisan Khatulistiwa
2) Musim panas/ Solstis musim Panas - pada 21 Jun
apabila matahari tegak di atas garisan sartan
3) Musim luruh/Ekuinoks musim luruh pada 23 Sept
apabila matahari apabila tegak di atas garisan
khatulistiwa
4) Musim sejuk /solstis musim Sejuk pada 22 Dis
apabila matahari tegak di atas garisan jadi.
Kejadian 4 musim di kawasan
sederhana sejuk
2. Perbezaan panjang waktu siang dan
malam
Di hemisfera utara
Mengalami siang
Yang lebih panjang
Kedudukan
matahari
Perbezaan panjang waktu siang dan
malam
Peredaran bumi mengelilingi matahari
menyebabkan berlakunya kejadian siang dan
malam tidak sama panjang terutamanya di
kawasan negara yang mengalami 4 musim.
Perbezaan panjang siang dan malam dipengaruhi
oleh kedudukan matahari di atas garis lintang.
Kedudukan matahari di atas garisan khatulistiwa
menyebabkan siang dan malam sama panjang
Kedudukan matahari di atas garisan sartan dan
jadi menyebabkan tempoh panjang siang dan
malam berbeza.
3. Kejadian gerhana matahari dan
gerhana bulan
Kejadian gerhana
Peredaran bumi mengelilingi matahari
menyebabkan berlakunya kejadian gerhana
matahari dan gerhana bulan
Gerhana matahari
Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada
di antara matahari dan bumi.
Cahaya matahari akan terlindung oleh bulan dan
bayangan bulan jatuh di permukaan bumi
menyebabkan sebahagian bumi berada dalam
bayangan gelap atau dipanggil Penumbra
/gerhana separa.
Gerhana penuh matahari berlaku apabila bumi
berada sepenuhnya dalam kawasan bayangan
gelap iaitu umbra.
Gerhana matahari
Gerhana bulan
Gerhana bulan terjadi ketika bumi berada di
antara matahari dengan bulan.
Cahaya matahari akan dihalang oleh bumi
menyebabkan gerhana bulan berlaku.
Gerhana Bulan
4. Perubahan ketinggian dan
kedudukan matahari tengahari
Perubahan ketinggian dan kedudukan
matahari tengahari
Peredaran bumi mengelilingi matahari serta
kecondongannya menyebabkan matahari
tengahari berbeza-beza mengikut garisan
latitud.
Perubahan ketinggian dan kedudukan
matahari tengahari adalah berbeza- beza
mengikut musim
Perubahan ketinggian dan kedudukan
matahari pada kejadian solstis
Pada kejadian solstis musim sejuk dan musim
panas kedudukan matahari tegak di atas garisan
jadi dan sartan. Pada masa ini kedudukan
matahari bersudut condong di kawasan garisan
khatulistiwa.
Pada kejadian ekuinoks musim bunga dan musim
luruh matahari tegak di atas garisan khatulistiwa
dan kedudukan matahari bersudut tegak di
kawasan garisan khatulistiwa.
5. Kejadian Afelion dan perihelium
Perihelion
berlaku
Pada 3 Januari

Afelion
berlaku
Pada 4 Julai
Perihelium
Perihelium ialah jarak bumi paling dekat
daripada matahari.
Jarak bumi dari matahari 147 juta km.
Berlaku pada 3 Januari setiap tahun.
Pada masa ini bumi menerima paling banyak
matahari kerana kedudukan yang paling dekat
dengan bumi.
Afelion
Afelion ialah jarak bumi paling dekat dengan
matahari.
Jarak bumi dari matahari 152 juta km
Berlaku pada 4 julai setiap tahun
Pada masa ini bumi menerima paling sedikit
cahaya matahari kerana kedudukannya paling
jauh dari matahari.
Perihelion dan Afelion
EKUINOKS DAN SOLSTIS
EKUINOKS
Terbahagi kepada 2
1. Ekuinoks Musim Bunga ( 21 Mac)
2. Ekuinoks Musim Luruh ( 23Sept)
SOLSTIS
Terbahagi kepada 2
1. Solstis Musim Panas ( 21 Jun)
2. Solstis Musim Sejuk ( 22 Dis)
Apakah maksud Ekuinoks?
Ekuinoks merujuk kepada kejadian siang dan
malam yang sama panjang di Hemisfera utara
dan Hemisfera Selatan apabila matahari tegak
di atas garisan khatulistiwa. Berlaku pada 21
Mac iaitu ekuinoks musim bunga dan 23 sept
iaitu ekuinoks musim luruh.
Ciri- ciri yang terdapat di permukaan
bumi semasa kejadian ekuinoks.
Panjang siang dan malam adalah sama
panjang di semua tempat di hemisfera utara
dan hemisfera selatan, iaitu 12 jam siang dan
12 jam malam.
Pancaran matahari waktu tengahari adalah
bersudut tepat di atas garisan khatulistiwa
pada 21 mac dan 23 sept. Kawasan
khatulistiwa menerima tenaga matahari paling
banyak.
Pada masa Ekuinoks musim bunga (21 mac) di
Hemisfera Utara mengalami musim bunga
manakala di Hemisfera Selatan mengalami
musim luruh pada masa yang sama.
Pada masa Ekuinoks musim Luruh( 23 sept)
Hemisfera utara mengalami musim Luruh
manakala di Hemisfera Selatan mengalami
musim bunga pada masa yang sama.
Pada kejadian Ekuinoks kedua kutub ( kutub
utara dan Kutub selatan ) menerima cahaya
matahari yang sama banyak.
Berlaku perubahan tekanan udara udara
menyebabkan perubahan tiupan angin dan
hujan . Angin bergerak dari kawasan tekanan
udara tinggi ( kawasan sejuk) ke kawasan
yang mengalami tekanan udara rendah
( panas) di kawasan khatulistiwa.

You might also like