You are on page 1of 26

1.7.

1 Jihad { SEJARAH STPM PENGGAL 2 }


Pengertian Jihad

1) Dari segi bahasa,jihad berasal daripada perkataan “ jahada “ yang bermaksud


menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan
sesuatu.

2) Dari segi syarak pula,jihad boleh didefinisikan dengan pengertian yang


lebih luas,iaitu berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
sesuatu maklumat yang disasarkan dalam menengakkan agama Allah SWT di atas
muka bumi ini.

3) Definisi yang lebih sempit bagi perkataan jihad ialah mencurahkan segala
tenaga dan keupayaan dalam memerangi orang kafir dan menahan serangan
mereka dengan jiwa , harta dan lisan.

Tujuan Jihad

1) Dalam Islam,tujuan jihad adalah untuk membangunkan masyarakat


berdasarkan syariah Islam, memelihara dan memastikan maslahat masyarakat Islam
dan manusia keseluruhannya agar terbela atas prinsip keadilan yang telus.

2) Jihad juga berperanan untuk memastikan ketinggian agama Allah SWT


supaya agama ini dapat disampaikan secara terbuka kepada manusia tanpa
dihalang oleh sesiapa.

3) Oleh sebab itu,para fuqaha` Islam telah bersepakat menyatakan bahawa


menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk mempertahankan setiap tanah
yang dikuasai dan dijajah oleh golongan yang tidak beriman.

4) Pengembelingan usaha sama ada dalam bentuk tenaga,wang ringgit,fikiran


ataupun kepakaran,malahan jiwa dan raga sekalipun adalah perlu untuk
memastikan ketiga-tiga tujuan tersebut tercapai.

5) Mereka juga mengatakan bahawa jihad ialah tuntutan fardu ain


bagi setiap Muslim yang tinggal di tanah air yang dijajah oleh golongan kafir.

6) Jihad ialah prinsip Islam yang agung kerana jihad merupakan cara memelihara
kebesaran,kemuliaan dan kedaulatan Islam.

Jenis-jenis Jihad

a) Jihad Nyawa dan Tenaga

i. Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang paling utama,iaitu melalui
pengorbanan jiwa dan raga.
ii. Lazimnya,jihad sebegini ialah jihad di medan perang dan mereka yang terkorban
diistilahkan sebagai syahid.
iii. Contohnya, Saidina Hamzah telah gugur atau syahid di medan Perang Uhud.
b) Jihad Harta

i. Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam jihad fi sabillah


ii. Bagi golongan kaya,mereka boleh menyumbang harta bagi menyokong usaha
jihad golongan yang berperang di medan perang.
iii. Contohnya,Saidina Abu Bakar al-siddiq menyerahkan semua hartanya demi
menegakkan syiar Islam

c) Jihad Akal Fikiran

i. Idea yang bernas dan positif serta memberi manfaat kepada masyarakat dan
Negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT
ii. Contohnya,Salman al-Farisi yang telah menyumbangkan idea bagi pembinaan
parit dalam Perang Khandak.

d) Jihad Melawan Nafsu

i. Berjihad melawan nafsu ialah jihad yang paling tinggi darjatnya di sisi Islam
ii. Melaluinya,seluruh tenaga disalurkan supaya menuruti jalan { manhaj} yang
digariskan oleh Allah SWT
iii. Perjuangan melawan nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah fardu ain
iv. Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam jihad
melawan nafsu,iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal kepada ajaran
Islam,menyebarkan dakwah Islamiah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran
yang diterima.

e) Jihad Menentang Syaitan

i. Syaitan ialah musuh yang sebenar-benarnya.Buktinya,banyak ayat-ayat al-Quran


yang menjelaskan permusuhan di antara syaitan dengan
manusia.Misalnya,dendamIblis kepada Nabi Adam a.s
ii. Jihad menentang syaitan juga tergolong sebagai jihad dalam kategori fardu ain
kerana setiap manusia Islam mestilah sentiada berjihad menentang hawa nafsu dan
syaitan.Ini kerana kedua-duanya menjadi musuh di dalam diri mereka sendiri.

f) Jihad Menentang Golongan Munafik

i. Jihad dalam kategori ini bermaksud menentang golongan yang berselindung di


sebalik nama Islam
ii. Terdapat banyak ayat dalm al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan
munafik ini.
g) Jihad Menentang Kemungkaran dan Mempertahankan Kebenaran
i. Umat Islam digalakkan menentang kemungkaran dan kezaliman dalam sesebuah
pemerintahan
ii. Oleh sebab itu,segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah
ditentang sama ada melalui perbuatan,perkataan ataupun dengan hati.

h) Jihad Menuntut Ilmu


i) Selain berjihad di medan perang, manusia juga disyariatkan berjuang dalam
bidang keilmuan.Ini penting bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam
setiap lapangan.
ii) Umat Islam digalakkan mempelajari ilmu yang bermanfaat sama ada fardu
ain seperti feqah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains,perubatan
dan kejuruteraan
iii) Tujuannya supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain,bahkan
fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang Islam yang
mempelajarinya

ETIKA PEPERANGAN DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM

1. PENGENALAN

- Islam ialah agama damai dan cinta akan keamanan dan perdamaian kerana
perkataan Islam sendiri bermaksud aman dan perdamaian. Oleh itu, Islam tidak
menggalakkan peperangan dan melarang sebarang pencerobohan ke atas wilayah
atau negara lain tanpa mempunyai sebab yang munasabah
- Namun apabila agama Islam, negara dan maruah diri diancam, umat Islam wajib
mengangkat senjata utk mengelak maruah dipermainkan oleh pihak tertentu seperti
mana ayat al-Quran melalui Surah al-Baqarah, ayat 190. Melalui ayat ini, jelas
menunjukkan Allah SWT membenarkan berperang sekiranya diserang oleh pihak
musuh spt kafir Quraisy Makkah yg memusuhi Islam, Nabi Muhammad SAW dan
umat Islam.
- Perjuangan inilah dikatakan jihad iaitu berjuang krn Allah SWT dan konsep ini
berjaya melahirkan individu yg benar-benar mempunyai jati diri dan mampu
mempertahankan agama Islam.
- Peperangan dlm Islam dilakukan mempunyai tujuan spt mempertahankan diri atau
meneguhkan kedudukan; mempertahankan agama, mempertahankan kedaulatan
negara; mencari keamanan, menegakkan keadilan; dan melindungi hak asasi
kehidupan dan melindungi rumah ibadat. Dalam Islam, peperangan mempunyai
etikanya yg mampu memupuk disiplin tentera Islam.

2. ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM

- Secara umumnya, etika peperangan dlm Islam terbhg kpd 3 mengikut situasi iaitu
etika sebelum peperangan, semasa peperangan dan selepas peperangan.
- Islam telah mengariskan prinsip-prinsip umum dlm berjihad atau berperang yg
mesti dipatuhi oleh tentera Islam ketika berperang. Etika utama peperangan dlm
Islam ialah mematuhi perintah Allah SWT serta mencari keredhaan-Nya.
- Islam membenarkan umat Islam berperang dgn tujuan utk mempertahankan diri
apb diserang oleh musuh dan utk menyebarkan dakwah Islam. Namun, peperangan
merupakan jalan terakhir utk menyebarkan Islam.
- Oleh itu, sebelum berperang org kafir hendaklah diseru atau diajak kpd Islam,
berdamai atau berperang. Ini dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq ketika
menggempur wilayah Hirah.
- Islam juga hanya membenarkan umatnya memulakan peperangan sekiranya
diserang oleh musuh terlebih dahulu. Ini berlaku ketika Perang Badar iaitu tentera
Islam hanya menunggu serangan drp musuh yg menceroboh barulah peperangan
dimulakan.
- Dlm ekspedisi ketenteraan juga, tentera Islam tidak boleh memerangi musuh yg tdk
memiliki kekuatan dan daya usaha spt kanak-kanak, kaum wanita, org cacat atau
lumpuh, paderi atau pendeta. Berdasarkan etika inilah maka mrk tidak dikenakan
jizyah di zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin krn mrk dianggap tdk
mendatangkan ancaman kpd negara Islam.
- Etika seterusnya, tentera Islam juga dilarang merosakkan harta benda, memotong
pokok atau membakar rumah kecuali dlm keadaan darurat. Ini menunjukkan betapa
Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan kpd masyarakat seluruhnya. Ini
terbukti ketika Nabi Muhammad SAW mengepung kota Taif iaitu harta musuh Islam
langsung tdk diusik. Tentera Islam juga tdk boleh memerangi org yg sudah
menyerah, kafir dhimmi atau mrk yg sudah mengikat perjanjian damai serta
mengaku taat setia kpd pemerintah Islam.
- Tentera Islam juga dilarang melakukan sebarang perbuatan yg boleh mengaibkan
musuh spt tentera tdk boleh mencencang mayat atau musuh yg terbunuh seperti
mana yg telah dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap mayat Saidina Hamzah
ketika Perang Uhud.
- Islam juga dikehendaki tentera Islam wajib atau mematuhi sebarang perjanjian
damai yg dimenterai. Sebagai contoh, Perjanjian Hudaibiyah yg dimenterai pada 6H
telah dipatuhi oleh Nabi Muhammad SAW walaupun perjanjian itu seolah-olah
memberi kelebihan kpd musuh. Akibat pelanggaran perjanjian inilah telah
membolehkan Nabi Muhammad SAW mengetuai tentera Islam membuka Kota
Makkah pada 8H.
- Etika seterusnya dlm peperangan ialah tentera Islam dikehendaki memberikan
layanan yg baik terhadap tawanan perang bukannya menyeksa atau membunuh
mereka. Ini merupakan salah satu cara berdakwah yang dianjurkan oleh Nabi atau
Islam.
- Sebagai contoh, dlm Perang Badar sahabat Nabi telah mencadangkan agar musuh
yg ditawan dibunuh sahaja ttp Rasulullah tdk menerima cadangan tersebut. Malah
baginda menggunakan cara diplomasi iaitu tawanan perang harus menebus diri dgn
ilmu pengetahuan iaitu dgn mengajar ilmu pengetahuan kpd kanak-kanak Madinah
atau menebus diri dgn sejumlah wang tertentu. Kaedah baginda ini ternyata tlh
berjaya menarik ramai musuh atau tawanan perang memeluk Islam.
- Tentera Islam juga diajar oleh Nabi Muhammad SAW supaya patuh kpd ketua dan
tdk boleh meninggalkan medan peperangan melainkan dgn keizinan ketua. Islam
juga membenarkan tentera Islam melakukan helah dlm peperangan krn perbuatan
itu termasuk dlm strategi peperangan.
- Tentera Islam juga diajar melakukan pengagihan harta rampasan perang dilakukan
secara adil mengikut ketetapan Allah SWT dlm al-Quran. Harta-harta yg diperolehi
dlm peperangan bukan menjadi milik Rasulullah SAW ttp mesti diagihkan secara
sama rata dlm kalangan tentera yg terlibat dlm peperangan tersebut.

3. STRATEGI PEPERANGAN DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW DAN ZAMAN


KHULAFA’ AL-RASYIDIN

- Ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq tdk
mempunyai organisasi ketenteraan yg khusus dan tidak ada org tetap yg
menguruskan hal pertahanan dan ketenteraan.
- Angkatan tentera Islam dibentuk apb keadaan memerlukan dan mrk tidak dibayar
gaji, cuma akan menerima habuan drp harta rampasan perang (ghanimah). Mrk
berperang secara suka rela dgn niat berjihad pada jalan Allah SWT.
- Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, organisasi ketenteraan telah diwujudkan dan
semakin berkembang. Antaranya diwujudkan al-Diwan (daftar tentera);
membahagikan tentera kpd 2 iaitu tentera Nizomi (sepenuh masa) dan tentera
sukarela; dan memperkenalkan pembayaran gaji dan elaun.
- Dalam peperangan, penyusunan tentera Islam adalah berdasarkan sistem berbaris
(al-saf) yg diasaskan oleh baginda Nabi. Sebagai contoh dlm Perang Badar tentera
Islam dibhg kpd 2 barisan iaitu barisan hadapan terdiri tentera pejalan kaki dan
penunggang kuda bersenjatakan tombak,pedang dan perisai. Manakala barisan
belakang terdiri pasukan pemanah dan perisai.
- Sistem ‘Arif pula diperkenalkan apabila bilangan tentera Islam bertambah iaitu
tentera Islam dibhg kpd kelompok kecil yg mengandungi 10 org tentera dan diketuai
oleh seorg ‘Arif.
- Di zaman Khalifah Umar al-Khattab iaitu dlm Perang Yarmuk, tentera Islam telah
disusun menggunakan sistem ‘al-Kurdus’ yg ditiru drp sistem penyusunan tentera
Byzantine. Setiap kurdus (unit) mengandungi antara 300-600 org iaitu terdiri drp
pasukan berkuda, pemanah dan tentera biasa.
- Pada peringkat awal tentera Islam hanya terdiri drp tentera darat shj. Tentera laut
mula ditubuhkan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan dan diteruskan pada
zaman pemerintahan Islam yg seterusnya.
- Tentera Islam mempunyai senjata dan alat kelengkapan perang busur dan panah,
pedang, tukul besi(diwarisi dari Parsi), kapak, menjaniq (alat melontar), kereta kebal
(al-dabbabah), baju besi, perisai, parit dan kuasa semula jadi dan haiwan.
- Kemenangan tentera Islam dalam setiap peperangan berpunca drp pelaksanaan
pelbagai strategi bagi menewaskan musuh, sama ada cara bertahan, menunggu
ketibaan musuh atau menyerang mengikut sittuasi dan keadaan.
- Antara strategi yg digunakan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan
pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin ialah menguasai tempat strategik, kaedah
bertahan, menempatkan pasukan pemanah di atas bukit, kaedah penyamaran,
mementerai perjanjian persahabatan dgn musuh, strategik mengepung dll.

4. STRATEGI ATAU TAKTIK DALAM PEPERANGAN

1. Menguasai Tempat Strategik

Kaedah ini merupakan satu cara di mana tentera Islam akan menguasai tempat
strategik seperti menguasai kawasan punca air. Ini akan menyebabkan pihak musuh
akan terputus bekalan air sehingga memaksa pihak musuh menceroboh kubu
pertahanan tentera Islam. Kaedah ini telah memberikan kemenangan kpd tentera
Islam seperti dalam Perang Badar (2H) dgn tentera Quraisy Makkah, walaupun
tentera Islam hanya 313 org shj berbanding tentera Quraisy Makkah berjumlah 1000
org.

2. Kaedah Bertahan

Kaedah ini mula dilakukan apb seorg sahabat iaitu Salman al-Farisi mencadangkan
sebuah parit digali bagi melindungi Kota Madinah drp serangan musuh Islam.
Kaedah ini digunakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika Perang al-Ahzab
(Khandak) iaitu tentera Islam hanya 1000 org utk berhadapan dgn tentera musuh
seramai 10 000 org. Parit telah digali utk menghalang tentera musuh memasuki Kota
Madinah dan tentera Islam hanya bertahan dlm kota shj. Oleh kerana pihak musuh
tdk pernah lagi menghadapi taktik ini telah menyebabkan keadaan pertahanan
musuh menjadi huru-hara. Ribut yg diturunkan oleh Allah SWT telah
memecahbelahkan tentera musuh.

3. Menempatkan Pasukan Memanah Di Atas Bukit

Dlm Perang Uhud, Nabi Muhammad SAW telah menggunakan strategi meletakkan
pasukan pemanah di kawasan tinggi iaitu Bukit Uhud bagi memberi perlindungan
kpd pasukan infantri. Strategi ini ternyata telah berjaya mengalahkan musuh iaitu
pasukan memanah tentera Islam diketuai oleh Abdullah bin Zuber berjaya dgn
mudah mengalahkan tentera musyrikin Makkah yg diketuai oleh Khalid al-Walid.
Akibat tidak mematuhi arahan ketua akhirnya tentera Islam telah kalah dlm Perang
Uhud ekoran mereka meninggalkan kedudukan di atas bukit utk memunggut
rampasan perang. Tentera musuh telah mengambil kesempatan utk menyerah balas
sehingga tentera Islam kucar-kacir.

4. Kaedah Penyamaran

Dlm kaedah ini seorang tentera Islam dihantar utk menyamar bagi merisik
maklumat drp tentera musuh. Ketika Perang Khandak (Ahzab), seorg sahabat iaitu
Nu’aim bin Mas’ud telah dihantar utk memecahbelahkan benteng pertahanan serta
kekuatan tentera Quraisy dan Yahudi yg akhirnya menyebabkan berlaku
pertelagahan sesama mereka. Tentera yg menyamar ini juga akan melaporkan
kekuatan dan kelemahan musuh yg bakal bakal dihadapi oleh tentera Islam. Nabi
Muhammad SAW terlebih dahulu akan bermesyuarat dgn para sahabat sebelum
berhadapan dgn musuh. Begitu juga dgn tindakan Nabi Muhammad SAW yg hanya
memakai pakaian biasa menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan sebagaimana
tentera biasa.

5. Mementerai Perjanjian Persahabatan Dengan Musuh

Perjanjian persahabatan dgn musuh juga merupakan salah satu strategi perang spt
Perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah dgn pihak Quraisy Makkah. Pada peringkat
awal, para sahabat mempertikaikan tindakan baginda krn menerima syarat-syarat
Perjanjian Hudaibiyah. Walau bagaimanapun baginda tetap menerima syarat
perjanjian tersebut krn baginda dpt menjangkakan bhw kemenangan akan berpihak
kpd Islam nanti. Akhirnya, pihak Quraisy telah mencabuli syarat perjanjian tersebut.
Ini telah memberi peluang kpd baginda Nabi dan tentera Islam yg berjumlah
seramai 10 000 org utk bertindak balas dan berjaya membuka kota Makkah tanpa
pertumpahan darah.

6. Tidak Mengejar Musuh Yang Lari Ke Sempadan Mereka

Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka juga
merupakan salah satu strategi yg digunakan oleh tentera Islam seperti larangan oleh
Nabi Muhammad SAW sewaktu Perang Mu’tah. Strategi ini juga diteruskan oleh
pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin. Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera
Islam terperangkap dgn strategi musuh yg akan mengorbankan lagi byk nyawa atau
syuhada. Antara yg terkorban dlm perang ini ialah Ja’afar bin Abi Talib dan Abdullah
bin Rawahah.

7. Strategi Mengepung Dan Menyerang Secara Bertubi-Tubi


Dlm Perang Taif, tentera Islam telah menggunakan strategi mengepung dan
menyerang secara bertubi-tubi ke atas pertahanan musuh yg dipimpin oleh Malik
bin Auf. Melalui kaedah ini, tentera Islam akan mengepung kota atau sesuatu
kawasan buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan dari tempat
musuh dan bertindak melancarkan serangan. Semasa perang ini, Nabi Muhammad
SAW juga memaklumkan kpd penyokong Bani Thaqif bahawa kebun mrk akan
dibakar seandainya enggan menyerah diri serta tunduk di bawah pemerintahan
kerajaan Islam.

8. Perang Satu Lawan Satu

Strategi perang satu lawan satu merupakan satu lagi kaedah yg digunakan oleh
tentera Islam dan juga bangsa Arab lain sebelum berperang secara besar-besaran.
Kaedah ini sebenarnya akan menyemarakkan lagi semangat para pejuang lain seperti
mana yg digunakan ketika Perang Badar. Dlm perang ini, 3 org sahabat Nabi telah
keluar utk mencabar 3 org Quraisy sebelum berlakunya perang secara besar-besaran.

9. Merahsiakan Jumlah Musuh

Bagi menjaga moral tentera Islam supaya tidak terjejas ketika berperang, kaedah
merahsiakan jumlah sebenar musuh telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Kaedah ini juga akan dapat merangsangkan perjuangan para sahabat utk berjuang
bermatian-matian demi agama, diri dan negara.

10. Menyusun Tentera Berasaskan Sistem al-Saf

Mengikut kaedah ini, tentera Islam dibhgkan kpd beberapa barisan atau saf
bergantung kpd jumlah tentera yg ada. Barisan pertama biasanya diletakkan tentera
berjalan kaki (infantri) dan diikuti oleh pasukan pemanah. Tentera berkuda pula
dijadikan tentera sokongan utk menguatkan lagi jentera serangan dan memantapkan
benteng pertahanan.

11. Membina Bandar atau Pusat Tentera

Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, beberapa bandar atau pusat tentera telah
dibina spt di Iraq, Syam, Mesir dan kawasan lain berhampiran sempadan bagi
mengelakkan pencerobohan pihak musuh. Pusat tentera ini akan dilengkapi dgn
kubu atau benteng pertahanan di samping memperluaskan dakwah Islamiah dan
mempergiatkan lagi aktiviti ketenteraan di kawasan berhampiran. Tentera-tentera
ini akan sentiasa menjalani latihan dan tidak dibenarkan melibatkan diri dlm
kegiatan lain.

12. Menggunakan Helah

Utk menimbulkan perasaan takut dan gerun pihak musuh, tentera Islam mestilah
kelihatan dan kedengaran hebat. Ketika peristiwa pembukaan Kota Makkah,
Rasulullah SAW telah memerintahkan tentera Islam supaya menyalakan unggun api
yg byk dan dipacakkan di tanah atau diikat pada pokok kayu. Ini telah menakutkan
musuh dan mrk telah berundur krn menyangkakan unggun api itu ialah jumlah
tentera Islam. Rasulullah SAW juga telah memerintahkan supaya peralatan perang
digilat supaya berkilat dan boleh memantulkan cahaya utk menakutkan musuh.
Rambut tentera Islam yg beruban juga dihitamkan supaya musuh menyangkakan
tentera Islam kesemuanya muda dan mempunyai kekuatan yg luar biasa.

5. KESIMPULAN

Dgn adanya strategi dan taktik peperangan yg diperkenalkan oleh Nabi Muhammad
SAW telah menguatkan kedudukan pemerintahan dan pentadbiran Islam di
Madinah. Kekuatan dan keunggulan tentera Islam telah menyebabkan Islam dapat
berkembangan luas di Sem. Tanah Arab. Strategi dan taktik yg digunakan oleh
tentera Islam adalah berkonsepkan wahyu yg diturunkan kpd Nabi Muhammad
SAW. Kemudian kaedah ini telah digunakan oleh pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin
terutama oleh Khalifah Umar al-Khattab. Ini telah membawa perkembangan Islam
keluar Sem. Tanah Arab spt Palestin, Parsi, Afrika Utara dan Syria.

Sumbangan Salehuddin al-Ayyubi (Kepimpinan)


Bincangkan sumbangan Salehuddin al-Ayyubi dalam bidang ekonomi, politik dan
sosial.

Pengenalan

Salehuddin al-Ayyubi atau nama penuhnya Salahuddin Yusof bin Najmuddin


Ayub berketurunan Kurdi dari kaum Quraisy suku Ruwaidhah. Di dunia Eropah,
beliau digelar sebagai Saladin. Beliau merupakan seorang panglima tentera,
pemimpin dan pentadbir negara yang berbakat tinggi dan masyhur semasa Perang
Salib. Kejayaan terbesar ialah mengalahkan kerajaan tentera Salib serta mengambil
semula Baitulmaqdis dan Palestin daripada penguasaan Kristian pada abad ke12M.

Isi

Sumbangan Salehuddin al-Ayyubi boleh dilihat dari aspek sosial. Beliau


memberi penekanan kepada pemulihan banteng kota Kaherah yang diawasi oleh al-
Tawasyi iaitu seorang jurutera bangunan. Benteng ini dibina untuk mengawal negara
daripada diceroboh musuh. Beliau juga mengarahkan pembinaan kubu Qal’ah al-
Jabal bagi membendung saki-baki musuh yang masih ada di Kaherah.
Selain itu, Salehuddin al-Ayyubi juga membangunkan Pasar al-Raudah dan al-
Gizah. ‘Diwan Armada’ turut ditubuhkan untuk menyelia urusan pembinaan kapal-
kapal perang dan armada perang yang besar. Beliau turut mengubah sebuah dewan
dalam istana lama untuk dijadikan sebagai hospital. Sebuah bangunan gedung ubat-
ubatan disediakan bagi mengagihkan ubat kepada pesakit. Hospital ini menyediakan
sebuah ruangan khas untuk pesakit wanita dan pesakita mental.
Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, beliau membina banyak
sekolah dan menjemput golongan ulama dan cerdik pandai. Sistem pendidikan pra
sekolah iaitu al-Katib diperkenalkan bagi menggalakkan kanak-kanak mempelajari
al Quran, menghafal hadis serta meningkatkan kemahiran seni khat selain diajar
asas ilmu matematik, syair, kata-kata hikmat serta beribadat.
Dalam bidang politik, Salehuddin al-Ayyubi berjaya membebaskan kota
Baitulmaqdis daripada cengkaman golongan Kristian. Beliau memastikan kesucian
kota Baitulmaqdis dipelihara dengan menandatangani perjanjian bersama orang
Kristian. Beliau mengamalkan dasar toleransi dengan penganut Kristian dengan
membenarkan mereka mengunjungi kota Baitulmaqdis untuk beribadat dan
berziarah.
Dalam bidang ekonomi, Salehuddin al-Ayyubi telah meningkatkan sumber
pendapatan negara melalui pembayaran jizyah, fidyah dan harta rampasan perang.
Selain itu, beliau telah menghapuskan cukai-cukai yang membebankan. Sektor
pertanian dan perdagangan pula dimajukan.
Penutup
Sumbangan Salehuddin al-Ayubi dalam perkembangan dan kesucian agama
Islam amat besar khasnya kejayaan mengembalikan kota suci Baitulmaqdis. Beliau
turut berusaha memulihkan imej umat Islam.

SUMBANGAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH

SultanMuhammad al-Fatih – Khalifah Uthmaniyyah

Latar belakang Sultan Muhammad al-Fatih

Kepimpinan dan pentadbiran :

a) Politik

Pemimpin yang warak dan bertoleransi


Penaklukan kota Konstantinople melalui pelbagai strategi dan perancangan -
membuka laluan penaklukan ke Eropah /Balkan
Penyatuan wilayah dan peluasan empayar hingga ke Eropah -
Serbia, Murah, Romania, Albania dan Bosnia Herzegovina

b) Sosial

Pertambahan penduduk Istanbul


Mendirikan masjid-masjid
Instituisi pendidikan
Kebajikan rakyat

c) Agama

Kebebasan beragama
Gerakan jihad dakwah Islamiah ke benua Eropah.
Latar belakang Sultan Muhammad al-Fatih
Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad binMuhammad bin
Bayazid.Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Adrianapolis iaitu
sebuah bandar bersempadankan Turki-Bulgaria.Baginda juga dikenali
dengan gelaran Muhammad al-Fatih kerana kejayaannya membebaskan kota
Constantinople.Sultan Muhammad al-Fatih menaiki takhta seawal usia 19 tahun
apabila menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah
empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahun (1451-1481).Baginda
merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera yang
agung kerana telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan.Baginda telah
meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 tahun.[2]

Kepimpinan dan pentadbiran :


a) Politik

Pemimpin yang warak dan bertoleransi


Sultan Muhammad mengikuti sistem pendidikan yang sistematik di bawah
pengawasan sekumpulan ulamak terkenal pada zamannya contohnya Syeikh Aq
Shamsuddin dan Mulla al-Kurani. Kumpulan ulamak inibanyak mempengaruhi
keperibadian dan pandangan bangindatentang kehidupan sehingga menjadi seorang
pemimpin yang warak dan bertoleransi. Ketika zaman kanak-kanak baginda
mempelajari al-Quran, hadis, feqah dan ilmu-ilmu semasa seperti matematik, falak,
sejarah dan pendidikan ketenteraan. Baginda seorang pemuda yang warak. Malah
jarang sekali baginda menunaikan solat bersendirian, melainkan di masjid.
Penaklukan kota Konstantinople
Sejak kecil, Muhammad al-Fatih telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat
oleh ayahandanya untuk menawan kota Constantinople. Sepanjang dua tahun
pertama selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan kota
Costantinople secara terperinci pada setiap malam bagi mengenal
pasti sebarang faktor-faktor kelemahan kota tersebut.Baginda juga turut
mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang
terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi-
strategi terkini yang sesuai untuk digunakan. Baginda telah membuat persiapan
untuk menawan kota Constantinople dengan menyediakan angkatan tentera yang
besar dan canggih. Angkatan tenteranya disertai kira-kira 265 000 orang para
mujahid dan dilengkapi dengan 400 buah kapal laut. Baginda juga
mengarahkan pembinaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang
boleh menembak bom seberat 300 kilogram dengan jarak sejauh 1.5 kilometer.
Membuka laluan penaklukan ke Eropah /Balkan
Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang lapan
kilometer dari kota Constantinople. Benteng ini dapat mengawal rapi kapal-
kapal yang melintasi Selat Bosphorus.Baginda juga telah
mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk
memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.Dalam usaha untuk menawan
kota Constantinople, baginda membawa bersama batalionnya dengan para ulama
dan pakar motivasi ke medan perarig bagi membakar, semangat jihad tenteranya
terutama semasa mereka ,menghampiri dinding kubu kota tersebut.
Mengepung dan membuka Kota Konstantinople
Kota Konstantinolple telah dikepun dan diserang pada hari Rabu 19 April 1453
bersamaan 12 Rabiulakhir 857H bersama angkatan tenteranya seramai 265 000
orang. Dengan dihujani peluru meriam selama 48 hari, namun hanya dapat
merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.Antara taktik peperangan yang
digunakan ialah menggunakan menara bergerak yang lebih inggi daripada Kota
Konstantinople. Baginda juga membawa kapal-kapal melalui jalan darat di atas
gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Golden Horn.Taktik peperangan
ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini.Tentera
Uthmaniyah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik
67 kapal ringan dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas.
Kapal-kapal Byzantine habis terbakar dibedil meriam tentera Islam. Tentera Islam
turut diberi motivasi dan diterapkan semangat jihad supaya tidak jemu kerana
pengepungan selama 53 hari tanpa tanda-tanda akan menang. Tentera Islam
beramai-meramai melaungkan takbir dan mengorek terowong untuk memasuki kota
Konstantinople. Akhirnya pada 29 Mei 1453 baginda bersama tenteranya berjaya
menawan Konstantinople.Beliau telah membuktikan kebenaran hadis nabi
Muhammad SAW. Nama kota Konstantinople ditukar kepada Istanbul. Istanbul
telah dijadikan sebagai ibu kota semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah. Gereja
besar St. Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi MasjidAya Sphia.
Penyatuan wilayah dan peluasan empayar hingga ke Eropah
Tindakan penyatuan dilakukan bertujuan menyekat serangan kaumMagyar. Bagi
merealisasikannya, baginda terpaksa mengambil alih
pemerintahan Serbia.Namun, usaha mendapatkan wilayah tersebut tidak direstui
oleh tentera Kristian menyebabkan Sultan Muhammad al-Fatih
berundur seketika.Walau bagaimanapun, ekoran perebutan takhta yang berlaku
dalam kalangan kerabat diraja Belgrade, peluang tersebut telah digunakan oleh
Sultan Muhammad al-Fatih untuk menawan Belgrade dan akhimya baginda
berjaya.Sultan Muhammad al-Fatih juga berjaya mennghapuskan perikatan
tentera kerajaan Albania yang berhasrat menjatuhkan baginda.Kesan kejayaan ini,
kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyah semakin berkembang di Eropah.

b) Sosial

Pertambahan penduduk Istanbul


Tindakan ini dilakukan kerana bilangan penduduk kota berkenaankian
berkurangan akibat terkorban dalam peperangan.Baginda mengarahkan supaya
orang Yunani yang meninggalkan kediaman mereka kembali semula ke kota
berkenaan.Baginda juga mengarahkan negeri-negeri di bawah taklukannya
menghantar wakil masing-masing ke kota tersebut bagi memakmurkannya.Orang
Islam dari Asia turut berpindah secara beramai-ramai ke ibu kota yang baharu
untuk menjalankan aktiviti perniagaan disebabkan kedudukannya yarrrg
strategik.Namun, faktor utama yang mendorong kebanjiran golongan imigran ke
kota ini ialah sifat baik dan pemurah Sultan Muhammad al-Fatih yang sering
melayani rakyatnya tanpa diskriminasi.
Mendirikan masjid-masjid
Gereja Besar St. Sophia dijadikan pusat ibadat orang Islam.Pada hari ini,
gereja tersebut dikenali sebagai Masjid Aya Sofia.Bangunan masjid diubah suai
mengikut seni bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi dengan ayat-
ayat al-Quran bertulisan khat yang indah. Di luar masjid pula dibina sebuah
menara. Padazaman sultan berikutnya, bilangan menara meningkat kepada tiga
buah.Baginda juga membina 1l buah masjid termasuk sebuah masjid yang
berhampiran dengan makam Abu Ayyrb al-Ansarri. Di tepi masjid ini dibina
sebuah kubah yang berwarna putih. Tempat ini akhirnya menjadi tumpuan ahli
tasawuf.
Instituisi pendidikan
Institusi pendidikan khasnya madrasah dan perpustakaan telah dibuka dan ini
menggambarkan baginda amat mementingkan aspek pendidikan.
Kebajikan rakyat
Bagi menjaga kebajikan rakyat, baginda mendirikan hospital, rumah
kebajikan, rumah fakir-miskin dan menyediakan kemudahan telaga.Untuk tujuan
keselamatan pula, baginda telah membina limbungan kapal, gedung senjata dan
sebuah kubu yang dilengkapi dengan menara kawalan.

c. Agama

Kebebasan beragama
Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Andalus telah berpindah ke
Istanbul. Sultan Muhammad al-Fatih juga telah membenarkan agama.Kristian
diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalanMazhab Ortodoks
mereka.Baginda juga telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih
seorang ketua paderi dalam kalangan mereka. Akhirnya, Anadius dipilih sebagai
ketua. Anadius kemudian berkata bahawa beliau lebih suka melihat serban Sultan
daripada melihat topi Latin (Katholik) kerana pihak Katholik Barat telah
menindas pihak Ortodoks.Sultan juga mengarahkan supaya gereja tidak
dimusnahkan atau diapa-apakan.

Ciri-ciri dan kegiatan ekonomi masyarakat Madinah pada Zaman Nabi Muhammad
SAW

BINCANGKAN CIRI-CIRI DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT MADINAH


PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW.

PENGENALAN

1. Konsep ekonomi Islam merujuk kepada suatu ilmu yang mengkaji kegiatan
manusia selaras dengan tuntutan syariat sama ada di peringkat
perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri dan
masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapatkan keredhaan
Allah SWT.
2. Ekonomi Islam berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang
beriman, amanah dan bertanggungjawab untuk mengendalikan harta benda dan
wang yang diamanahkan oleh Allah kepada manusia.
3. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah telah mengubah sistem ekonomi
yang dijalankan di Madinah. Sebelum hijrah, aktiviti ekonomi di Madinah
dimonopoli oleh kaum Yahudi.

ISI:

a. Ciri-ciri ekonomi masyarakat Madinah

i.Sumber wahyu merupakan asas kepada penggubalan dan pelaksanaan segala


kegiatan ekonomi yang melibatkan umat Islam khasnya dan umat manusia amnya.
ii.Mengharamkan segala aktiviti dan amalan yang berunsur penindasan seperti
riba, penipuan, rasuah dan monopoli sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat
kaum Yahudi di Madinah.
iii.Pengagihan kekayaan secara sama rata melalui kewajipan berzakat dan galakan
bersedekah.
iv.Prinsip utama berasaskan keadilan dan mementingkan
kebajikan. Contoh, golongan Muhajirin yang berhijrah ke Madinah telah dibantu
oleh golongan Ansar atas prinsip keikhlasan dan persaudaraan berasaskan akidah
yang sama.

b. Kegiatan ekonomi masyarakat Madinah

i.Pertanian
· Menjadi punca ekonomi yang utama kerana Madinah merupakan kawasan yang
subur.
· Golongan Muhajirin dan Ansar mengusahakan tanah sebagai aktiviti utama.
· Kebanyakan golongan Ansar terlibat dalam bidang pertanian.
· Golongan Muhajirin juga melakukan aktiviti bertani, mengurus dan
menyelenggarakan kebun tamar golongan Ansar.
· Kerjasama yang tidak terbatas antara golongan Muhajirin dan Ansar membawa
kejayaan kepada golongan Muhajirin dan dapat memulakan kehidupan baru setelah
berhijrah ke Madinah.

ii.Perdagangan

· Terdapat beberapa pasar harian dan bermusim di dalam dan di sekitar Madinah.
· Pasar-pasar tersebut terus berkembang pada zaman Islam seperti pasar Ukaz, Zu
al-Majaz, Majannah dan Hubashah.
· Nabi Muhammad SAW menerapkan sistem ekonomi Islam berasaskan aspek moral
yang terpuji dalam perdagangan.
· Islam melarang amalan yang diharamkan seperti perdagangan barangan yang
tidak halal, pengambilan riba, penipuan dalam
· sukatan dan timbangan, monopoli dan pemindasan dalam perdangangan.
· Nabi Muhammad SAW bijaksana dan mempunyai visi dalam
membangunakan Madinah dengan menggunakan lokasi Madinah yang strategik
bagi menjadikan Madinah sebagai pusat perdagangan.
· Kedudukan Madinah yang berada di tengah-tengah kesibukan jalan perdagangan
antara Yaman dan Syam. Malah pedagang dari arah Makkah dan Ta’if juga
menggunakan jalan ini sebagai laluan utama.
· Keadaan ini telah menggugat aktiviti perdagangan kaum Quraisy dari Makkah ke
Syam atau Yaman.

KESIMPULAN:

-Perancangan Nabi Muhammad SAW dalam bidang ekonomi adalah mengikut


syariat Islam dan telah menjadikan Madinah sebagai pusat kegiatan ekonomi yang
penting.
-Malah ekonomi di Madinah tidak lagi dimonopoli oleh kaum Yahudi di Madinah.
Kegiatan ekonomi Masyarakat Melaka (Abad ke-15M)

BINCANGKAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT MELAKA PADA ABAD


KE-15 M.

PENGENALAN

-Kegiatan ekonomi di Melaka pada abad ke-15 dibahagikan kepada dua jenis iaitu
ekonomi sara diri dan ekonomi perdagangan.
-Ekonomi sara diri melibatkan kegiatan seperti bercucuk tanam khususnya sayur-
sayuran dan padi, berdusun, memungut hasil-hasil hutan, menangkap
ikan, berburu, menternak binatang dan kraf tangan.

ISI: AKTIVITI EKONOMI PENDUDUK MELAKA

1. Pertanian
· Aktiviti menanam padi dijalankan.
· Kegiatan tanam padi mula wujud di Melaka dengan kemunculan kerajaan Melaka.
· Orang Melaka hanya mengeluarkan sedikit sahaja beras bagi menampung
keperluan penduduk.
· Oleh itu, Melaka import beras dari Siam, Palembang dan Jawa.
· Sayur-sayuran ditanam untuk keperluan keluarga dan hanya akan dijual sekiranya
ada lebihan.

2. Berdusun

· Aktiviti ini dijalankan oleh orang Melaka.


· Mengikut Tom Pires, Sultan Iskandar serta 1 000 orang pengikutnya
telah menebas hutan untuk menanam pokok dan membuat dusun.
· Antara tanaman yang ditanam ialah tebu, pisang, nanas dll.

3. Menangkap ikan dan hasil laut

· Ikan merupakan sumber protein yang khusus bagi orang Melayu.


· Sultan Iskandar Syah serta pengikutnya pernah menjadi nelayan semasa berada di
Muar bagi menampung keperluan seharian.
· Kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut juga dilakukan oleh orang laut.
· Kebanyakan orang Melaka bergantung hidup dengan aktiviti penangkapan ikan.
· Mereka menggunakan perahu yang diperbuat daripada kayu bulat yang ditebuk
menjadi perahu.

4. Memburu

· Penduduk Melaka menjalan aktiviti berburu untuk menampung kehidupan


seharian.
· Kegiatan memburu merupakan aktiviti yang diwarisi.
· Memburu juga merupakan aktiviti raja-raja Melayu Melaka.
· Rakyat biasa juga melakukan aktiviti berburu kerana mereka tidak terlibat dalam
aktiviti perdagangan.
· Aktiviti berburu ini dijalankan sebagai aktiviti sampingan untuk menambah
pendapatan.

5. Menternak binatang

· Aktiviti penternakan binatang secara kecil-kecilan merupakan sebahagaian


daripada kegiatan ekonomi sara diri penduduk di Melaka.
· Antara binatang ternakan ialah kambing, kerbau, lembu ayam, itik dsb.
· Di Melaka dikatakan Bendahara Seri Maharaja membela kerbau dan binatang-
binatang yang lain.

6. Memungut hasil hutan

· Aktiviti memungut hasil hutan merupakan aktiviti ekonomi sara diri yang
dilakukan oleh penduduk Melaka.
· Antara hasil hutan yang dikutip ialah rotan, dammar, dan getah jelutong.
· Aktiviti ini dijalankan kerana mereka banyak bergantung hidup dengan
persekitaran seperti sungai, hutan dan tanah pertanian.
· Hasil pertanian ini mendapat pemintaan yang baik dari pedagang luar.

7. Kegiatan perdagangan

· Aktiviti perdagangan di Melaka merupakan warisan dan penerusan aktiviti


ekonomi masyarakat peribumi.
· Dijalankan secara kecil-kecilan dan besar-besaran.
· Perdagangan secara kecil-kecilan dilakukan oleh rakyat biasa yang berjaja di pasar-
pasar dan ada yang menggunakan perahu kecil.
· Bagi golongan pembesar, kegiatan perdagangan diwakilkan kepada kiwi untuk
berurus niaga bagi pihaknya.
· Aktiviti perdagangan besar-besaran melibatkan urus niaga dengan pedagang luar.

8. Pertukangan kayu, besi dan kraf tangan

· Pertukangan kayu dihasilkan seperti pembinaan perahu, rumah dan istana.


· Ketukangan besi melibatkan penciptaan senjata.
· Barangan kraf tangan seperti bubu dan tikar mengkuang dihasilkan daripada
rotan, buluh dan kayu.

KESIMPULAN

-Kehidupan masyarakat Melaka amat bergantung kepada persekitaran seperti


sungai, hutan dan tanah.-Mereka telah mengeksploitasi sumber persekitaran ini
untuk menampung keperluan seharian mereka.Selepas abad ke-15,masyarakat
Melaka mula melibatkan diri dalam bidang perdagangan secara besar-
besaran sehingga Melaka muncul sebagai pelabuhan entreport terkenal pada abad
ke-15.

Pelaksanaan dan peranan Baitulmal pada Zaman Khulafa' Al-Rasyidin

NILAIKAN PELAKSANAAN DAN PERANAN BAITULMAL PADA ZAMAN


KHULAFA AL-RASYIDIN.

PENGENALAN

1. Baitulmal (Perbendaharaan Negara) merupakan sebuah institusi kewangan.


2. Fungsinya untuk menyelenggarakan harta-harta umum atau tempat menyimpan
barangan yang berharga sperti wang emas, perak, batu permata dan barang
perhiasan yang berharga.
3. Sejarah penubuhan Baitulmal sudah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW
lagi.
4. Tetapi pendapatan negara pada waktu itu terlalu sedikit, maka Baitulmal tidak
diperlukan dan semua hasil yang diperoleh sama ada melalui zakat, sedekah atau
peperangan telah diagihkan oleh Baginda kepada yang berhak pada waktu itu.

ISI:

A. PELAKSANAAN BAITULMAL PADA ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN


1. Zaman Khalifah Abu Bakar al- Siddiq
· Telah wujud institusi Baitulmal
· Bukti; Abu Ubaidah adalah pemegang kunci Baitulmal ketika itu
· Walau bagaimanapun, pelaksanaannya masih tidak formal dan sistematik
2. Zaman Khalifah Umar al-Khattab
· Baitulmal ditubuhkan secara rasmi pada tahun 13 H.
· Pada ketika itu agama Islam berkembang pesat dan pemerintah mendapat harta
yang banyak dari rampasan perang dan penaklukan daerah-daerah yang luas.
· Oleh itu, memerlukan pengurusan yang cekap dan tersusun rapi supaya
perbelanjaan yang dilakukan tidak membazir dan mengikut apa yang
ditentukan oleh undang-undang Islam.
· Khalifah Umar melantik ‘Uqail bin Abu Talib, Makhramah bin Naufal dan Jubair
bin Mu’tam mengendalikan Baitulmal ini.
· Kota Madinah dijadikan pusat pentadbiran Baitulmal.
· Institusi Baitulmal ditubuhkan di setiap wilayah Islam sebagai cawangan Baitulmal
yg berpusat di Madinah.
· Disetiap cawangan Baitulmal ini dilantik pegawai-pegawai Baitulmal yg
menjalankan tugas di bawah pentadbiran Baitulmal pusat
· Khalifah Umar menyediakan buku kira-kira bagi mengesan perbelanjaan dan
pendapatan yang sistematik.
· Khalifah Umar telah mengasaskan penyelarasan pentadbiran kewangan negara dan
penggunaan harta awam bersesuaian dengan perkembangan sosial, politik dan
ekonomi negara pada masa itu
3. Zaman Khalifah Uthman bin Affan
· Khalifah Uthman dituduh menyalahgunakan harta Baitulmal untuk kepentingan
diri dan keluarganya.
· Beliau dikatakan mengerah rakyat bayar cukai yang lebih, tidak agih harta
arampasan perang dan boros berbelanja.
· Semua tuduhan itu tidak tepat kerana khalifah Uthman terkenal dengan kekayaan
dan sifat dermawannya.
4. Zaman Khalifah Ali bin Abu Talib
· Masih dilaksanakan walaupun menghadapi masalah dalaman.
· Khalifah Ali menolak gesaan pengikutnya agar mengambil sebahagian daripada
harta Baitulmal untuk menguatkan tenteranya bagi menangani tentera Muawiyah.

B. PERANAN BAITULMAL PADA ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

1. Melalui Baitulmal, khalifah bertanggungjawab secara langsung menentukan


sumber pendapatan negara dan mengagihkannya secara adil kepada mereka yang
berhak dan untuk pembangunan negara secara keseluruhannya.
2. Matlamat pelaburan di dalam Baitulmal ialah memberi kemakmuran kepada
umat Islam. Baitulmal adalah satu lambang penyertaan setiap individu yang berada
dengan mengeluarkan zakat, sedekah, wakaf dsb untuk mengatasi masalah
kemiskinan mereka yang tidak bernasib baik.
3. Harta dalam Baitulmal hendaklah sentiasa mengalir sama ada diagihkan kepada 8
asnaf (mereka yang berhak menerima zakat), untuk membina infrastruktur
dan pelaburan di dalam aktiviti-aktiviti sosial, perdagangan dan perindustrian.
4. Membayar gaji pegawai-pegawai kerajaan dan golongan tentera yang berkhidmat
secara tetap atau sukarela.
5. Untuk mempertingkatkan pendapatan umat Islam melalui pinjaman subsidi dan
mengeluarkan biasiswa untuk keperluan pelajar Islam.
6. Untuk menyediakan keperluan-keperluan asas bukan sahaja untuk tujuan
pembangunan negara, bahkan merupakan tanggungjawab dari sudut kebajikan.
KESIMPULAN
1. Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan
syariat Islam dan tidak berlaku penyelewengan. Baitulmal dapat meningkatkan
ekonomi masyarakat Islam.
2. Pentadbiran Baitulmal zaman Khalifah Umar al-Khattab diikuti oleh khalifah-
khalifah selepasnya dan khalifah-khalifah kerajaan Bani Umayyah.

Pelaksanaan Jizyah pada Zaman Khulafa' Al-Rasyidin


HURAIKAN PELAKSANAAN JIZYAH PADA ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN.

PENGENALAN

1. Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan oleh kerajaan Islam


terhadap orang bukan islam yang tinggal di negara islam demi untuk menjamin
keamanan dan keselamatan jiwa dan harta benda mereka.
2. Tujuan jizyah; merupakan gantian bagi usaha dan penat lelah yang dicurahkan
oleh orang Islam bagi melindungi mereka dan diberi kebebasan beragama serta
dikecualikan daripada bertugas dalam tentera.
3. Orang bukan Islam (zimmi) diwajibkan membayar jizyah mestilah mempunyai
syarat-syarat seperti sihat dari segi fizikal dan
mental, lelaki, baligh, berkemampuan, sihat, dan merdeka.
4. Jizyah dibahagikan kepada dua bahagian:
Jizyah secara baik yang kadarnya ditetapkan secara persetujuan kedua-dua belah
pihak.
Jizyah secara paksa yang kadarnya ditetapkan oleh kerajaan Islam.
5. Biasanya, pembayaran dilakukan pada awal tahun. Kadar paling minimum ialah 1
dinar.
6. Kewajipan membayar jizyah dengan sendirinya gugur apabila seseorang itu
memeluk Islam atau kerajaan Islam gagal member jaminan keselamatan kepada
orang kafir zimmi.

PELAKSANAAN JIZYAH PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA AL-


RASYIDIN

1. Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq


§ Beliau telah hantar beberapa ekspedisi tentera ke kawasan Iraq dan Syria
§ Ekspedisi di bawah pimpinan Khalid al-Walid dan panglima al-Qu’qa bagi
menyaingi kekuatan kerajaan Parsi dan Byzantine(Rome)
§ Pemimpin Hirah yang tidak memeluk Islam telah bersetuju untuk membayar
jizyah kepada kerajaan Islam Madinah setelah diberi 3 pilihan iaitu memeluk
Islam, membayar jizyah atau diperangi
§ Kadar jizyah yang dibayar ialah sebanyak 19 ribu dirham setahun.
§ Jizyah dibayar terus kepada kerajaan Islam Madinah.
2. Zaman Khalifah Umar al-Khattab
§ Gabenor-gabenor wilayah telah dilantik untuk melaksnakan jizyah ke atas wilayah
masing-masing.
§ Antara kawasan penting yang telah dapat dikuasai ialah Palestin, Iraq, Mesir dan
Syria.
§ Wilayah-wilayah tersebut dikehendaki membayar jizyah.
§ Pemerintah Byzantine yang memerintah Baitulmaqdis telah menandatangani
perjanjian damai dengan kerajaan Islam di bawah pimpinan Khalifah Umar al-
Khattab.
§ Antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah:
i. Kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan nyawa dan harta penduduk
ii. Menjamin kebebasan beragama
iii. Mereka dikehendaki membayar jizyah kepada kerajaan Islam
iv. Mereka diberi hak untuk mengerjakan tanah yang telah dimiliki sebelumnya
dengan syarat membayar cukai kharaj (cukai tanah)
§ Babylon yang ditawan oleh kerajaan Islam telah bersetuju untuk membayar
jizyah.
§ Rakyat Mesir member jizyah sebanyak 2 dinar setahun.
§ Syria dikenakan kadar jizyah sebanyak 1, 2 @ 4 dinar mengikut keupayaan dan
kemampuan seseorang kafir zimmi
3. Zaman Khalifah Uthman bin Affan
§ Beberapa wilayah berjaya ditakluki seperti Tarablus (Tripoli)- Libya, Nubah –
Sudan dan Qairawan.
§ Penduduk kawasan tersebut telah meminta perdamaian dan perlindungan
daripada kerajaan Islam dan besetuju untuk membayar jizyah.
4. Zaman Khalifah Ali bin Abu Talib
§ Perlaksanaan jizyah terus dikuatkuasakan walaupun berlaku kegawatan politik.
§ Tetapi kadar dan kawasan yang dipungut tidak jelas.
§ Buktinya, surat Khalifah Ali kepada al-Asytar al-Nakhaii supaya tidak menolak
perjanjian damai yang dihulurkan oleh orang kafir dhimmi yang bersetuju
membayar jizyah.

KESIMPULAN

1. Jizyah merupakan antara punca pendapatan negara Islam yang penting.


2. Sumber jizyah yang diperoleh pada zaman Khulafa al-Rasyidin dapat
dimanfaatkan untuk memajukan negara seperti infrastruktur dan dapat membantu
golongan yang tidak bernasib baik serta berjaya mewujudkan iklim politik yang
stabil.

Pembentukan Negara Bangsa


1. Huraikan Pembentukan Negara Bangsa Turki Pada Abad ke-20

Pendahuluan :

§ Zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876 - 1909) merupakan kemuncak


kepada tanzimat atau pembaharuan dan baginda merupakan Khalifah Uthmaniyah
terakhir yang mempunyai kuasa autonomi ke atas kerajaannya sendiri.
§ Empayar Uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi
namun Sultan Abdul Hamid II berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki
Uthmaniyah serta mampu menepis serangan daripada imperialis Barat. Baginda
telah melakukan beberapa pembaharuan dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya.

Isi-isi Penting :
§ Pembentukan negara bangsa Turki bermula sejak empayar Turki Uthmaniyah
diperintah oleh Sultan Abdul Hamid II apabila baginda memperkenalkan sistem
pemerintahan berperlembagaan menggantikan sistem pemerintahan khalifah. Selain
daripada menukar sistem pemerintahan Turki Uthmaniyah, baginda juga tidak lagi
mengamalkan sistem syura yang menjadi amalan dalam sistem pentadbiran Islam.
§ Pada 23 Disember 1876, Sultan Abdul Hamid II meluluskan draf perlembagaan
yang dirangka oleh Midhat Pasha dan beberapa pembantunya berdasarkan
Perlembagaan Belgium dan Prussia. Walau bagaimanapun, Sultan Abdul Hamid II
menambah satu fasal dalam perlembagaan tersebut yang membenarkan Sultan
membuang sesiapa sahaja yang dianggap mengancam keselamatan negara. Melalui
perlembagaan ini, Sultan ddiisytiharkan sebagai khalifah bagi seluruh dunia Islam.
Perlembagaan ini juga menekankan persamaan hak untuk semua rakyat tanpa
mengira agama.
§ Selain itu, tumpuan pembaharuan baginda ialah dalam bidang pendidikan. Beliau
sangat mementingkan ilmu pengetahuan dan memuliakan golongan cerdik pandai.
Perbelanjaan negara telah diperuntukkan untuk menyelenggara sekolah dan institusi
pendidikan tempatan. Baginda menubuhkan sekolah dan pusat penyelidikan yang
berkaitan dengan ilmu perubatan, penternakan ulat sutera, perikanan dan
perhutanan. Pada ketika itu, pembinaan sekolah diperhebatkan oleh kerajaan Turki
Uthmaniyah di wilayah naungannya. Penduduk tempatan mendapat faedah daripada
pembinaan sekolah tersebut khususnya sekolah atau kolej ketenteraan. Pendekatan
pembinaan sekolah di wilayah naungan berlaku dalam rentak dan pendekatan yang
berbeza. Wilayah Yaman dan Hijaz tidak didirikan sekolah tentera sebaliknya
menceduk ilmu pengetahuan dari sumber Islam yang tulen. Pada zaman itu, di Syria
terdapat aktiviti penyebaran agama Kristian Katolik dan Protestan yang hebat dalam
bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan. Oleh itu, pendekatan di Syria secara
umumnya dan Lubnan khususnya adalah cenderung kepada kebudayaan Eropah.
§ Sultan Abdul Hamid II menggunakan seluruh tenaganya untuk merealisasikan
matlamat penubuhan Pan-Islamisme. Baginda cuba menghidupkan kembali sistem
dan gelaran khalifah dalam kalangan umat Islam seluruh dunia dan mengharapkan
penjajah terutamanya Britain merasa gerun kerana menjajah berjuta-juta umat
Islam. Namun, dasar Pan-Islamisme yang dibawa oleh Sultan Abdul Hamid II tidak
bertahan lama kerana benih-benih nasionalisme Barat yang telah ditanam sekian
lama dalam pemikiran golongan terpelajar Islam di Turki sehingga berjaya
membuahkan bibit-bibit perpecahan dan keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.
§ Turki Muda (Young Turks) merupakan golongan radikal yang menentang Sultan
Abdul Hamid II. Golongan ini merupakan pelajar-pelajar muda yang dihantar oleh
kerajaan Turki Uthmaniyah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara terutama
dalam bidang perubatan. Pada tahun 1908, Rejim Turki Muda atau Committee of
Union and Progress (CUP) bersama Tentera Division Ketiga di Salonika telah
mengisytiharkan pemberontakan terhadap pemerintahan Sultan Abdul Hamid II
dengan slogan “Equality, Fraternity, Liberty and Justice”. Slogan ini merupakan
semangat daripada Revolusi Perancis 1789.
§ Semenjak peristiwa itu, kuasa pemerintahan Turki Uthmaniyah bertukar tangan
daripada khalifah jatuh kepada Rejim Turki Muda. Sultan Abdul Hamid II disingkir
dan sultan lain dilantik untuk menjadi boneka penyatuan umat Islam di bawah
empayar Turki Uthmaniyah. Empayar Turki Uthmaniyah berakhir apabila Rejim
Turki Muda melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama bersama sekutunya,
Jerman dan kalah dalam perang tersebut kepada Tentera Bersekutu yang dianggotai
oleh Britain, Perancis, Itali dan Rusia. Banyak daerah di bawah naungan Turki
Uthmaniyah dibahagikan antara kuasa-kuasa Bersekutu yang menang dalam Perang
Dunia Pertama sehingga menghimpit penduduk Turki dan memaksa mereka untuk
berjuang mendapat kemerdekaan tanah air sendiri.
§ Selepas Perang Dunia Pertama, kebanyakan pemimpin Turki Muda meninggalkan
empayar Turki Uthmaniyah terumbang-ambing menimbang nasib untuk berkubur
sehinggalah muncul tokoh yang dikatakan penyelamat oleh rakyat Turki, iaitu
Mustafa Kamal Ataturk yang cuba memperjuangkan kedaulatan Turki dan
menggunakan propaganda menyelamatkan umat Islam bagi meraih sokongan
rakyat. Apabila Tentera Bersekutu menguasai Istanbul, Mustafa Kamal Ataturk
mengisytiharkan perang terhadap mereka dan mendapat sokongan padu daripada
ulama, syeikh tariqat dan seluruh rakyat Turki. Berbekalkan semangat jihad, rakyat
Turki bersama-sama di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk berjaya
mengisytiharkan kerajaan kebangsaan merdeka di kawasan Ankara.

Penutup :

§ Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa Turki
namun beliau gagal dengan asakan Barat yang bersatu untuk menamatkan riwayat
empayar Turki Uthmaniyah.
§ Golongan Turki Muda pula sukar membina negara bangsa Turki kerana mereka
telah termasuk dalam perangkap kuasa-kuasa Barat.

2. Huraikan Faktor-faktor Pembentukan Negara Bangsa Turki Pada Abad ke-20

Pendahuluan :

§ Zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876 - 1909) merupakan kemuncak


kepada tanzimat atau pembaharuan dan baginda merupakan Khalifah Uthmaniyah
terakhir yang mempunyai kuasa autonomi ke atas kerajaannya sendiri.
§ Empayar Uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi
namun Sultan Abdul Hamid II berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki
Uthmaniyah serta mampu menepis serangan daripada imperialis Barat. Baginda
telah melakukan beberapa pembaharuan dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya.
§ Pada awal abad ke-20, Sultan Abdul Hamid II telah mempunyai kuasa,
sungguhpun kuasa tersebut semakin merosot dan hilang selepas pelucutan baginda
sebagai Sultan Uthmaniyah pada tahun 1909. Dalam tempoh 1900 hingga 1909,
baginda cuba sedaya upaya mempertahankan wilayah dan keselamatan rakyat di
bawah empayar Turki Uthmaniyah. Tempoh tersebut juga merupakan tempoh
kuasa-kuasa barat cuba mengenakan tekanan ke atas kerajaan baginda.
§ Britain, Perancis dan Rusia khususnya bersaing sengit untuk mendapatkan
kekayaan yang terdapat dalam wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah. Kuasa-kuasa
barat telah bersatu untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah.
§ Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila penduduk bukan Islam
dalam wilayah Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk menghancurkan
empayar Turki Uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak barat
ini menyebabkan melakukan beberapa rancangan untuk membina negara bangsa
Turki.

Isi-isi Penting :

Faktor Dasar Pan-Islamisme


§ Pembentukan negara bangsa Turki pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan dasar
Pan-Islamisme yang merupakan satu dasar terpenting pada masa pemerintahan
Sultan Abdul Hamid II. Sebagai satu dasar, fahaman ini menekankan perpaduan dan
kerjasama umat Islam sejagat di bawah pimpinan seorang khalifah yang berperanan
membela hak umat Islam, bukan sahaja di Turki malah di seluruh dunia.
§ Melalui dasar Pan-Islamisme ini, orang-orang Islam di Turki dan berada dalam
empayar Turki hendaklah disatukan di bawah pimpinan Sultan Turki Uthmaniyah.
Manakala umat Islam yang berada di bawah penguasaan orang barat hendaklah
menyokong khalifah kerajaan Turki Uthmaniyah bagi memperjuangkan
kemerdekaan negara masing-masing daripada belenggu penjajahan barat.
§ Baginda berusaha menghidupkan dan membangunkan keagungan sistem khalifah
Islamiyah dan usaha ini menggerunkan penjajah terutamanya Britain. Menurut
baginda, walaupun empayar Turki Uthmaniyah lemah dari sudut politik, namun
negara-negara Barat masih takut kepada kekuatan Islam.
§ Untuk mencapai dasar Pan-Islamisme ini, Sultan Abdul Hamid II telah
menggerakkan seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kalangan ulama,
pemikir dan pembesar daripada pelbagai kaum, negeri dan aliran pemikiran serta
pelbagai bidang kepakaran. Di antara tokoh yang menyertai Projek Pan-Islamisme”
ini termasuklah Jamaludin al-Afghani, Abd. Al-Qadir al-Maghribi dan Rashid Rida.

Faktor Pendidikan

§ Oleh kerana kedudukan Turki berhampiran dengan negara-negara Barat yang


maju, maka bidang pendidikan diberi keutamaan untuk memajukan empayar Turki
Uthmaniyah supaya setanding dengan negara-negara barat. Sultan Abdul Hamid II
dianggap sebagai pengasas kepada pendidikan peringkat rendah dan menengah yang
memberi perhatian kepada kemajuan modenseperti yang terdapat di dunia Barat
tetapi tidak mengenepikan pengetahuan agama dan akhlak Islam.
§ Banyak sekolah menengah, sekolah rendah dan institusi pendidikan tinggi di Turki
didirikan. Sekolah rendah didirikan di setiap kampung. Bilangan sekolah di seluruh
bandar dan kampung dalam wilayah Uthmaniyah mencapai angka 36 320 buah
manakala bilangan pelajar berjumlah 331 140 orang. Jumlah institusi pengajian
tinggi di Turki pada awal abad ke-20 pula bertambah kepada 18 buah.

Faktor hubungan dengan golongan minoriti

§ Untuk membina negara dan bangsa Turki, Sultan Abdul Hamid II juga sedar
bahawa golongan minoriti yang tinggal di bawah penguasaan kerajaan Turki
Uthmaniyah perlu dilindungi dan diberi hak mereka selaras dengan tuntutan Islam
terhadap Ahl al-Dhimmah.
§ Hubungan yang baik serta mesra cuba diatur dengan golongan minoriti ini supaya
masalah keselamatan dalam negeri dapat dihindarkan. Antara golongan minoriti
yang tinggal dalam empayar Turki Uthmaniyah ialah orang Armenia, Maronite dan
Rom dan kebanyakan mereka beragama Kristian dan Yahudi.
§ Pemerintah Turki Uthmaniyah telah mengeluarkan pelbagai peraturan meliputi
pelbagai keistimewaan untuk golongan minoriti. Sultan Abdul Hamid II sendiri
menggunakan khidmat golongan minoriti yang menjawat jawatan tinggi dalam
jabatan-jabatan kerajaan seperti di kedutaan dan pentadbiran wilayah.
§ Bagaimanapun kesetiaan golongan minoriti terhadap empayar Turki Uthmaniyah
teruji apabila orang-orang barat menghasut mereka menentang kerajaan Turki.
Mereka telah bekerjasama dengan negara-negara Eropah untuk menghancurkan
kerajaan Turki Uthmaniyah. Justeru, berlakulah pemberontakan seperti yang
dilakukan oleh puak Armenia. Puak Yahudi dan Yahudi Dunama pula campur tangan
bagi menyemarakkan lagi semangat puak nasionalis Turki dan Arab yang membawa
kepada kemerosotan sistem khalifah Islamiah.

Faktor komunikasi dan pengangkutan

§ Bagi menghadapi era pemodenan khususnya perkembangan teknologi, Sultan


Turki Uthmaniyah memberi perhatian yang serius dalam bidang komunikasi dan
pengangkutan. Kemudahan sistem telegraf disediakan di seluruh negara sedangkan
ketika itu sebahagian daripada negara eropah masih belum menyediakan
kemudahan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibina talian telegraf
sepanjang 30 000 km di seluruh pelusuk negara.
§ Stesen-stesen telegraf telah dibina di seluruh bandar di Turki dan wilayah
penguasaan serta bandar-bandar lain seperti Makkah, Madinah, Damsyik, Tripoli
Barat dan India. Untuk melaksanakan projek ini, baginda telah menubuhkan
Kementerian Telegraf yang bertanggungjawab menjayakannya.
§ Sesungguhnya sistem telegraf dapat menyampaikan maklumat dalam bidang
pentadbiran, ekonomi dan politik denga lebih cepat dan membawa faedah kepada
perkembangan ekonomi dan politik di seluruh empayar Turki Uthmaniyah.
§ Dalam bidang pengangkutan, Sultan Abdul Hamid II telah melancarkan projek
landasan kereta api Hijaz yang dimulakan pada tahun 1901 dan berjaya disiapkan
pada tahun 1908. Projek ini telah menghubungkan bandar Constantinople degan
kota Madinah iaitu sepanjang 1327 batu. Pembinaan ini telah menelan belanja
sebanyak 3 juta pound sterling.
§ Projek landasan kereta api Hijaz merupakan satu projek Islam yang tulen kerana
tenaga kerjanya terdiri daripada orang-orang Islam manakala kos pembinaannya
pula adalah hasil sumbangan pemimpin dan masyarakat Islam.
§ Kakitangan awam dan tentera pula dipotong 10% daripada gaji mereka untuk
menjayakan projek ini. Kerajaan juga menyediakan kenaikan pangkat serta
menganugerahkan bintang-bintang kebesaran kepada sesiapa yang menyumbang
tenaga dan harta terhadap projek ini.
§ Pembinaan landasan kereta api Hijaz merupakan langkah yang wajar kerana
pembinaannya membawa faedah dalam bidang ekonomi, perdagangan, dakwah
politik dan strategi keselamatan. Apa yang lebih penting, projek ini akan
merealisasikan dasar Pan-Islamisme yang diperkenalkan oleh baginda.

Faktor Dasar Turkifikasi

§ Sultan abdul hamid II mewarisi sebuah negara yang sedang berada di peringkat
muflis. Jumlah hutang kerajaan turki uthamaniyah pada awal pemerintahan baginda
mencecah angka 300 juta lira. Baginda memutuskan untuk membayar keseluruhan
hutang sebagai langkah untuk membebaskan kerajaan Turki Uthmaniyah daripada
tekanan politik Barat. Dengan melunaskan hutang itu juga bermakna baginda tidak
memberi peluang kepada pihak musuh untuk melakukan pencerobohan ke atas
wilayahnya. Demi bangsa dan negaranya, baginda sanggup berbuat demikian.
§ Semasa rejim Turki Muda menguasai politik Turki sekitar tahun 1910 hingga 1915,
mereka menekankan kepada dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Turki
Uthmaniyah sebagai reaksi kepada penentangan dan pemberontakan yang
datangnya dari negara Balkan. Kajian oleh Eeman Mohamed Abbas mendapati
pemerintahan al-Ittihad wa al-Taraqqi bermula secara rasmi pada tahun 1909 iaitu
selepas penyingkiran Sultan Abdul Hamid II, bukanlah pada tahun 1924 iaitu selepas
Mustafa Kamal Ataturk memansuhkan sistem Khalifah Uthmaniyah.
§ Dalam tempoh selepas itu, semua keputusan utama dalam pentadbiran kerajaan
kerajaan Turki dibuat oleh golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi seperti keputusan
untuk melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama dan menyokong Jerman dalm
perang tersebut. Golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang menganjurkan
nasionalisme Turki sebenarnya dipelopori oleh bangsa Rusiadan Yahudi Dunama
yang kebanyakannya lepasan sekolah Kristian atau Eropah. Merekalah yang
mengasaskan gerakan ini yang kemudiannya bertanggungjawab meniupkan
semangat nasionalisme Turki atas nama merealisasikan impian bangsa Turaniah.
§ Gerakan ini menyeru ke arah fahaman baru yang berpaksikan kepada slogan
“kebangsaan, perlembagaan, persamaan dan kebebasan.” Golongan ini telah
menyebarkan fahaman mereka dalam golongan Turki Muda. Rejim Turki Muda yang
diketuai pemimpin tiga serangkai (Tal’at Pasha, Enver Pasha dan Kolonel Jamal
Pasha) kemudiannya telah memaksa seluruh rakyat di bawah empayar Turki
Uthmaniyah sama ada Arab, Armenia, Greek dan yang lain-lain untuk menjadi
Turki.

Penutup :

§ Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa Turki
namun beliau gagal dengan asakan Barat yang bersatu untuk menamatkan riwayat
empayar Turki Uthmaniyah.
§ Golongan Turki Muda pula sukar membina negara bangsa Turki kerana mereka
telah termasuk dalam perangkap kuasa-kuasa Barat.

3. Huraikan Pembentukan Negara Bangsa Mesir Pada abad Ke-20

Pendahuluan

§ Mesir secara geografinya merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika
dan bukanlah negara Arab pada mulanya.
§ Mesir mula terdedah kepada kebudayaan Barat khususnya Perancis apabiala
Napoleon berjaya menawan Mesir yang ketika itu berada di bawah pemerintahan
kerajaan Mamluk pada tahun 1798.
§ Namun, penguasaan Perancis terhadap Mesir hanya untuk seketika. Selepas tiga
tahun, Sulta salim 3 menghantar tentera Turki Uthmaniyah dengan pakatan Britain
untuk merampas Mesir daripada tangan Perancis.Angkatan tentera ini diketuai oleh
Muhammad Ali Pasha.

Isi-isi penting:

§ Selepas berjaya menghalau Perancis dari bumi Mesir, Sultan Turki Uthmaniyah
mengiktiraf kekuasaan Muhammad Ali Pasha di Mesir. Namun, penganti-penganti
Ali Pasha yang banyak dilanda masalah terutamanya Ismail yang berhutang
sebanyak 100 Juta Pound Euro dengan bank-bank Eropah telah membuka pintu
kuasa imperialis Barat campur tangan secara terang-terangan dalam pentadbir
Mesir.
§ Pada tahun 1882, selepas pemberontakan Urabi dalam menentang diskriminasi
yang dikenakan kepada tentera fellhahin (atau penduduk asal Mesir) berjaya
dipatahkan, Britain meletakkan seorang Prokonsul British di Mesir bermulalah
penjajahan secara rasmi oleh Britain terhadap Mesir. Semasa berada di bawah
cengkaman British, banyak perubahan yang telah berlaku di Mesir. Antaranya ialah
sistem pemerintahan Khedif (Gabenor) diletakkan di pengawasan Britain dan sistem
buruh paksa yang menjadi amalan tradisonal di Mesir dihapuskan.
§ Sebelum tahun 1914, sistem pendidikan British mengenakan yuran pendidikan
kepada pelajar yang menuntut di sekolah kerajaan, walhal di bawah pemerintahan
Khedif sebelum ini, pendidikan di Mesir adalah percuma. Ini meluaskan jurang
perbezaan kelas dalam masyarakat Mesir. Di sekolah agama dan sekolah rendah,
Britain menggalakkan penggunaan dialek tempatan, iaitu bahasa Arab Misriyah atau
Amiiyah dalam pengajaran di dalam kelas. Ini mengukuhkan lagi identiti Mesir
sambil menjauhkan generasi baharu Mesir memahami bahasa Arab Fushah yang
digunakan dalam al-Quran.
§ Selepas Perang Dunia Pertama tamat, Mesir secara rasmi diumumkan sebagai
jajahan British yang berlindung di bawah Kerajaan Diraja British. Namun,
disebabkan kekacauan dalaman yang melanda Mesir apabila rakyat dipaksa
menyertai Perang Dunia Pertama, rakyat mula bangkit memberontak. Pada 13
November 1918, satu delagasi (wafd) yang terdiri daripada pemimpin nasionalis
yang diketuai olah Saad Zaghlul telah menemu Pesuruhjaya Tinngi British di Mesir,
Jeneral Ser Reginald Wingate untuk memohon kemerdekaan Mesir secara formal
dan menuntut untuk menghantar seorang wakil ke perundagan Damai Paris.
Permintaan delagasi wafd ini ditolak mentah-mentah oleh British malah pemimpin
utama deligasi ditangkap dan dibuang negeri serta-merta ke Malta. Tindakan British
ini mencetuskan kebangkitan nasional yang melibatkan seluruh penduduk Mesir
tanpa mengira darjat,pekerjaan mahupun agama.
§ Kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat dibendung lagi oleh British dan pada
Disember 1919, mereka menghantar satu suruhanjaya peninjau yang dikenali sebagai
Misi Milner untuk melihat keadaan di Mesir. Misi Milner mencadangkan kepada
kerajaan British untuk memberi kemerdekaan kepada Mesir namun dengan
bersyarat. Empat Prasyarat Kemerdekaan Mesir menyatakan Kerajaan Diraja British
bertanggugjawab untuk menguruskan:
ü Keselamatan sitem komunikasi (Terusan Suez) empayar British di Mesir.
ü Pertahanan di Mesir, iaitu dicerobohi sama ada secara langsung atau tidak
langsung oleh kuasa asing.
ü Perlindungan bagi kepentingan orang asing dan golongan minoriti di Mesir.
ü Kepentingan di Wilayah Sudan.

Penutup

§ Akhirnya pada tahun 1992, British telah mengisytiharkan kemerdekaan Mesir


selepas Mesir bersetuju dengan semua syarat yang diberikan oleh British.
§ Sejurus kemerdekaan diumumkan, Perlembagaan Mesir diisytiharkan pada tahun
1923 dan Raja Fuad 1 ditabalkan menjadi Sultan Mesir Dalam pilihan raya pertama
Mesir, Saad Zaghlul menang dalam pilihan raya tersebut dan dilantik menjadi
Perdana Menteri Mesir.

4. Huraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa Mesir abad ke-20.

Pendahuluan

Mesir secara geografinya merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika
dan bukanlah negara Arab pada mulanya.
Mesir mula terdedah kepada kebudayaan Barat khusunya Perancis apabila tentera
Napoleon berjaya menawan Mesir yang ketika itu berada di bawah pemerintahan
kerajaan Mamluk pada tahun 1798.
Namun penguasaan Perancis terhadap Mesir hanya untuk seketika. Selepas tiga
tahun, Sultan Salim III menghantar tentera Turki Uthmaniyah dengan pakatan
Britain untuk merampas Mesir daripada tangan Perancis.

Isi-isi penting

Faktor-faktor pembentukan negara bangsa Mesir

1. Kemunculan golongan nasionalis

Diskriminasi pihak British telah mewujudkan golongan nasionalis yang menuntut


kemerdekaan Mesir dan sistem parlimen seperti di Barat. Pihak tentera(orang Mesir)
telah dikawal rapi oleh pihak British, manakala lulusan undang-undang tidak disekat
aktivitinya. Golongan pemimpin ini ialah Mohammad Farid dan Mustafa Kamil.
Lulusan undang-undang dididik oleh pensyarah berketurunan Perancis yang
bertugas di Mesir. Mereka telah menjalankan kegiatan untuk menghasut pelajar agar
memusuhi pihak British. Hal ini berkembang dengan subur dan merasakan
diskriminasi British dalam bidang pentadbiran.
Walaupun kedudukan Mesir berada di Afrika Utara tetapi sebahagian besar
penduduknya merasakan mereka adalah sebahagian daripada orang Arab.Pihak
British cuba menghapuskan keadaan tersebut dengan menggalakkan masyarakat
Mesir bertutur dalam dialek Misriyah bagi mengukuhkan identiti Mesir.
Generasi baharu Mesir akan tersisih daripada bahasa Arab Fushah yang digunakan
dalam al-Quran. Oleh itu timbul rasa gelisah dalam kalangan ulama Mesir.

2. Pembukaan Terusan Suez

Pembukaan Terusan Suez sejak tahun 1869 menarik perhatian kuasa Barat seperti
Perancis dan British untuk sama-sama menguasainya sehingga mereka berjaya
memeteri perjanjian dengan Mesir supaya terusan ini menjadi terusan antarabangsa
yang akan membenarkan kapal-kapal dari seluruh pelusuk dunia.
Kebijaksanaan pihak British memasang perangkap supaya Khedif ismail dibelenggu
masalah hutang dan akhirnya muflis membolehkan mereka menguasai Terusan
Suez.Terusan Suez menjadi sensitif kepada penduduk Mesir kerana pihak penjajah
akan menempatkan tentera di kawasan terusan itu.Penduduk tempatan
sememangnya tidak dapat berbuat apa-apa terhadap perkembangan tersebut.

3. Faktor Politik

Suasana di Mesir antara tahun 1900 hingga 1918 tidak memihak kepada penduduk
tempatan.Mesir masih berada di bawah empayar Utmaniyah yang diwakili oleh
Khedif,namun kuasa pemerintahan sebenar berada di tangan pihak British yang
sudah bertapak kukuh sejak tahun 1882.
Kedua-dua pihak yang memerintah,iaitu Khedif dan pihak British tidak berusaha
membaiki keadaan rakyat dan pada masa yang sama tidak bersikap untuk menerima
kritikan serta protes daripada rakyat yang tidak sukakan mereka.

4. Kebudayaan masyarakat
Budaya masyarakat Mesir juga mengalami saat yang tenat akibat pengaruh
kebudayaan penjajah yang bersifat sekular.Akhbar dan majalah di Mesir selalu
mengungkapkan tulisan yang menyatakan Mesir merupakan sebahagian daripada
Eropah.Akibatnya kebudayaan penjajah yang sekular mempengaruhi secara
mendalam rakyat Mesir sehingga mengenepikan ajaran Islam.

5. Kedudukan ekonomi

Rakyat Mesir sangat lemah. Ramai wanita Mesir hanya menjadi pembantu rumah
kepada orang-orang British yang bekerja di tapak projek Terusan Suez. Ini bermakna
sebahagian besar masyarakat Mesir ketika itu hanya bergantung kepada kedudukan
ekonomi penjajah. Biarpun Mesir merupakan negara yang kaya dengan hasil
buminya, namun hasil-hasil itu dikaut oleh pedagang-pedagang kaya dari Barat.
Pembinaan negara dan bangsa Mesir pada abad ke-20 terhalang kerana dominasi
Barat terhadap negara Sungai Nil itu serta pemerintah yang mengabaikan kebajikan
rakyat.

Penutup

Akhirnya pada tahun 1922, British telah mengisytiharkan kemerdekaan Mesir


selepas Mesir bersetuju dengan semua syarat yang diberikan oleh British.
Sejurus kemerdekaan diumumkan, perlembagaan Mesir diisytiharkan pada tahun
1923 dan Raja Fuad I ditabalkan menjadi Sultan Mesir. Dalam pilihan raya pertama
Mesir, Saad Zaghlul menang dalam pilihan raya tersebut dan dilantik menjadi
Perdana Menteri Mesir.

You might also like