You are on page 1of 26

GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL

HANYUTAN BENUA
KONSEP HANYUTAN BENUA
• Merujuk kepada satu benua tunggal
(pangea)yang boleh bergerak dan telah
berpecah( Laurasia dan Gondwana) dan
kemudiannya hanyut disebabkan kelemahan
kepingan bumi lalu membentuk benua-benua
yang ada sekarang. Berlaku berjuta-juta
tahun dahulu.
Apakah maksud hanyutan benua?
• Anjakan atau pergerakan secara mendatar
secara besar-besaran relatif kepada benua
dan lautan pada masa lampau. Pada masa
lampau semua daratan bercantum dalam satu
daratan yang besar dipanggil PANGEA. Pangea
ini kemudiannya dipisahkan kepada Laurasia
dan Gondwana dan mula bergerak
membentuk benua-benua yang ada pada
masa sekarang.
Teori Hanyutan benua
• Teori Awal
 Dikemukakan oleh Alfred Wegener pada tahun 1925
Pada masa lampau terdapat hanya satu benua di permukaan
bumi dikenali sebagai Pangea.
 Pangea dikelilingi oleh sebuah lautan purba yang dikenali
sebagai Panthalassa (merupakan lautan pasifik hari ini)
 Pangea dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Laurasia di
hemisfera utara dan Gondwanaland di hemisfera selatan.
 Benua-benua ini kemudiannya berpecah dan bergerak
secara perlahan-lahan meninggalkan antara satu sama lain.
200 juta tahun lalu (Zaman Triasik
Tengah)
• Berlaku pergerakan/ hanyutan benua.
• Hanyutan pertama telah memisahkan Pangaea
kepada 2 bahagian yang utama iaitu Laurasia
di sebelah utara / bergerak ke utara yang
mengandungi benua-benua Amerika Utara,
Eropah dan Asia.
• Laurasia juga mengandungi lautan Atlantik
Utara dan Lautan Artik.
 Manakala di sebelah selatan ialah Gondwana
land yang terdiri daripada benua-benua Afrika,
Amerika Selatan,Antartik,Australia dan benua
kecil India.
 Bahagian ini juga mengandungi Lautan Atlantik
Selatan, dan lautan Hindi.
 Lautan Pasifik terletak di sebelah timur dan
terpisah daripada kedua-dua bahagian ini.
Zaman Triasik
135 juta tahun lalu ( Zaman Jurasik
Akhir)
• Proses hanyutan benua telah berlaku dengan
lebih giat.
• Benua Amerika Selatan mula bergerak
meninggalkan Afrika
• Benua kecil India pula hanyut/ bergerak ke arah
utara dan menghanpiri benua Asia.
• Benua Australia bergerak kearah timur dan
berpisah daripada Antartik.
Zaman Jurasik
65 juta tahun lalu ( Zaman Kretasius
Akhir)
 Proses hanyutan benua berlaku dengan lebih serius.
 Amerika Selatan bergerak lebih jauh meninggalkan
benua Afrika.
 Benua Afrika hanyut 10 darjah kearah timur dan
menghampiri benua Asia.
 Benua kecil India terus hanyut ke arah utara
menghampiri benua Asia.
 Benua Australia terus bergerak meninggalkan lautan
Atlantik.
Zaman kretasius
50 Juta Tahun lalu ( Zaman Tertiari)
 Proses hanyutan benua terus berlaku.
 Benua Amerika Utara berpisah daripada benua
Eropah.
 India telah bercantum dengan Asia.
 Amerika Utara dan Selatan bercantum semula.
• Saki baki tanah daratan yang hanyut tertinggal
lalu membentuk pulau-pulau atau gugusan pulau
seperti Kepulauan Asia Tenggara,Madagascar,
Hindia Barat dan Kepulauan Pasifik.
Zaman Tertiari
BUKTI- BUKTI HANYUTAN BENUA
• Bukti keselanjaran benua/ persamaam Garis
Pantai.
• Wujudnya persamaan garis pantai antara
pantai timur Amerika Selatan dengan pantai
Barat Afrika. Kedua-dua benua ini sepadan
dan boleh dicantumkan seperti Jigsaw Puzzle.
• Pantai timur Amerika Utara juga dapat
dicantumkan dengan pantai barat benua
Eropah.
Bukti Geologi/ persamaan galian
• Persamaan ciri bijih besi yang dijumpai di
Singhbum dan Bastar , India dengan yang
dilombong Yampi Sound, Australia.
• Emas yang dilombong di Kolar, India, sama
usianya ( 2,400 juta tahun ) dengan emas yang
terdapat di Kalgoorlie, Australia.
• Bukti-bukti tersebut menunjukkan kedua-dua
benua tersebut pernah bercantum.
Bukti Iklim Purba/ Kesan Penglasieran
• Proses glasier purba zaman Karboniferus membuktikan
bahawa benua Afrika dan Amerika Selatan pernah
bercantum. Contoh, terdapat persamaan kedudukan
batuan ( mendapan Till) yang terdapat di Iapo, berdekatan
Sao Paulo, Brazil dengan lapisan batuan yang terdapat di
Cape Town , Afrika Selatan. Mendapan glasier ini terbentuk
pada zaman karboniferus.
• Terdapat juga mendapan glasier Pra Kambrian yang
terdapat di Katanga, Barat laut Afrika sama jenis dengan
mendapan glasier yang dijumpai di Lavras, Brazil (kedua-
duanya berusia antara 600 -800 juta tahun )
Bukti paleontologi/ fosil
• G.G. Simpsons ( 1943 ), menyatakan sebahagian besar reptilia
Trasik yang pernah hidup di Amerika Selatan bersamaan keturunan
yang hidup di Afrika. Di kedua-dua benua ini pernah dijumpai fosil
reptilia yang hidup di dalam air bernama Mesosaurus.
• Fosil glossopteris iaitu sejenis tumbuhan yang jarang dijumpai di
semua benua dijumpai di Amerika selatan dan Brazil.
• Fosil kerangan dan lapisan batu kapur yang dijumpai di Umaria,
bahagian utara India mempunyai persamaan dengan yang dijumpai
di Pantai Barat Australia.
• Terdapat juga fosil sejenis binatang molusca dijumpai di Brazil dan
Amerika Selatan.
Bukti sistem gunung lipat/ sistem
pergunungan
• Tanah Tinggi Appalachian di sebelah timur
Amerika utara mempunyai persamaan dengan
banjaran-banjaran yang wujud di Scotland.
Banjaran-banjaran Kaledonia yang terdapat di
sebelah barat Greenland dikatakan mempunyai
sifat yang sama dengan Tanah Tinggi Scandinavia
di barat laut Eropah. Kedua-dua persamaan ini
membuktikan bahawa benua Amerika utara
pernah bercantum dengan benua Eropah
Bukti paleomagnetisme/ kemagnetan
purba
• . S.K. Runcorn ( 1962 ), menyatakan bahawa batuan
mempunyai kandungan mineral yang tertentu semasa
pembentukannya dan akan menetap medan
magnetnya supaya sama dengan medan magnet bumi
iaitu ke arah utara . Kedudukan magnet batuan
yang mengarah ke arah kutub utara mula mengalami
perubahan pada zaman geologi yang
berlainan. Kedudukan kutub utara sebenarnya tidak
pernah berubah tetapi perubahan medan magnet
batuan tersebut berlaku disebabkan pergerakan benua-
benua.
KESAN-KESAN FIZIKAL AKIBAT
HANYUTAN BENUA
1. Pemisahan benua-benua utama / pembentukan
benua-benua

• Semasa zaman karboniferus, bumi mempunyai


hanya sebuah benua yang besar yang dikenali
sebagai Pangaea . Pergerakan atau hanyutan
benua telah menghasilkan benua-benua baru
seperti sekarang seperti benua Asia, Afrika,
Amerika utara, Amerika Selatan, Eropah, Austrlia
dan Antartika.
2. Pembentukan jurang lautan selari
dengan bumi.

• Hanyutan benua telah menghasilkan jurang-


jurang lautan terutama sekali di pinggir benua
Asia, iaitu di Lautan Fasifik dan Lautan Hindi
seperti Jurang Mariana, Jurang Mindanao,
Jurang Jepun, Jurang Jawa, Jurang Puerto Rico
dan sebagainya
Pembentukan garis pantai yang
panjang
• Pemisahan benua tunggal ( Pangea ) telah
menghasilkan benua-benua dan pulau-pulau
di permukaan bumi.
• Pembentukan benua-benua dan pulau-pulau
telah menyebabkan kawasan pinggir pantai (
garis pantai ) lebih panjang daripada
sebelumnya.
Pembentukan pulau-pulau
• Evolusi hanyutan benua pada zaman tertiari
menjelaskan benua Amerika Utara telah berpisah
dengan benua Eropah, Benua Kecil India
bersambung dengan benua Asia, Amerika Selatan
dan Amerika Utara bercantum.
• Saki baki tanah yang tertinggal membentuk
pulau-pulau atau gugusan pulau seperti
Kepulauan Asia Tenggara, Madagascar, Hindia
Barat dan kepulauan Fasifik.
Pembentukan laut dan selat
Hanyutan benua telah mewujudkan laut-laut
baru dan selat-selat seperti Lautan Fasifik,
Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan selat-selat
seperti Selat Melaka , Selat Bass, Selat Gibraltar
dan sebagainya.
Pembentukan permukaan bumi di
pinggir pantai
• Pembentukan ciri-ciri fizikal khusus di
permukaan bumi khususnya di
kawasan pinggir pantai seperti fiord,
tebing tinggi dan sebagainya.

You might also like