You are on page 1of 25

1.

2 TABURAN
PENDUDUK
HASIL PEMBELAJARAN

• Mengenal pasti pola taburan dan kepadatan penduduk mengikut wilayah dunia dan negara
Malaysia
• Menerangkan faktor yang mempengaruhi ketakseimbangan taburan penduduk wilayah dunia dan
negara Malaysia
• Mengira kepadatan penduduk mengikut wilayah dunia, Asia Tenggara, dan negeri-negeri di
Malaysia
1. Taburan penduduk bermaksud sebaran penduduk ataun agihan penduduk di atas
ruang bumi(penduduk bumi)
2. Sebaran ini menghasilkan taburan penduduk yang tidak sekata :
a) kawasan berpenduduk padat
b) kawasan berpenduduk sederhana
c) kawasan berpenduduk jarang
3. Terdapat hubung kait yang sangat rapat antara taburan penduduk dengan
kepadatan penduduk. Taburan penduduk di sesebuah negara dibezakan melalui nilai
kepadatan penduduknya.
4. Kepadatan penduduk bermaksud nisbah antara jumlah penduduk di sesebuah
kawasan berbanding dengan keluasan kawasan yang diwakilinya
5. Taburan penduduk di sesuatu kawasan dapat dilihat melalui perbezaan nilai
kepadatan yang diwakili oleh kawasan tersebut
6. Formula pengiraan kepadatan penduduk:
kepadatan penduduk=jumlah penduduk(orang)
luas kawasan (km2)
TABURAN PENDUDUK DUNIA DIPENGARUHI OLEH ASPEK-ASPEK
BERIKUT
• Benua
• Garis lintang
• Kawasan
• Ketinggian
• Kebenuaan dan kepulauan
TABU R AN PEN D U D U K D U N I A M EN G I KU T BEN U A
• BENUA ASIA
• Lebih daripada 60% (4.2 billion orang) daripada jumlah pendudk dunia tinggal di benua Asia .
Daripada jumlah ini penduduk negara China dan India merangkumi 40% daripada jumlah
penduduk
• Separuh daripada jumlah penduduk dunia yang berjumlah 7.0 billion orang terdapat di negara
China, India, Pakistan, Jepun dan Indonesia
• Didapati kawasan paling padat penduduk di dunia terletak di asia timur, iaitu di China, Kore dan
Jepun. Berdasrkan peta jelas menunjukkan taburan dan kepadatan penduduk yang tidak sekata.
Terdapat perbezaan jelas antara kawasan padat penduduk dengan kawasan jarang penduduk.
BENUA EROPAH
• Kawasan berpenduduk padat di eropah menganjur dari kepulauan British hingga ke Soviet Rusia
dan sebahagian besar kawasan di Jerman, Poland, Belanda, Belgium, Perancis dan Utara Itali
• Dianggarkan 736 juta atau 11% daripada penduduk dunia terdapat di Eropah
• Suatu ciri yang membezakan kawasan berpenduduk padat di asia dengan di eropah ialah
kawasan berpenduduk padat tiada kaitan dengan kesuburan tanah
• Di eropah kawasan berpenduduk padat terletah di kawasan agak berbukit , iaiatu di kawasan
perlombongan arang batu. Didapati kawasan perlombongan arang batu juga merupakan kawasan
perlombongan bijih besi. Di kawasan inilah kilang perusahaan mula didirikan dan terletaknya di
banda-bandar utama
• Proses perindustrian dan pembandaran terus berkembang pesat berbanding dengan kawasan-
kawasan sekitarnya dan menjadi tumpuan penduduk . Hari ini kawasan tersebut bukan sahaja
menjadi kawasan perindustrian termaju dan terbesar di dunia malah bandar-bandarnya
merupakan antara bandar raya terbesar dunia. Contohnya, lebih daripada 80% penduduk di UK
dan kesatuan jerman tinggal di kawasan bandar berbanding asia selatan yang hanya 20%
daripada penduduknya tinggal di bandar.
AMERIKA UTARA
• Taburan dan kepadatan penduduk di Amerika Utara mempunyai ciri-ciri yang hampir sama
dengan eropah . Penduduknya tertumpu di bandar raya utama
• Sebanyak 514 juta penduduk dunia atau 8% daripada penduduk dunia terdapat di Amerika
Utara dan Caribbean di mana taburan penduduknya tidak sekata. Kawasan penduduk padat di
amerika syarikat tertumpu di sepanjang pinggir pantai timur(pantai atlantik) yang menganjur
dari Boston hingga ke Washington. Satu lagi kawasan berpenduduk padat ialah di pinggir tasik-
tasik besar seperti di Chicago, Detroit, Cleveland dan Pittsburgh
• Di Kanada pula, tumpuan penduduk padatnya terletak di sekitar sungai St. Lawrence dan tasik-
tasik besar separti di Montreal, Toronto, Ottawa dan Quebec
AMERIKA SELATAN/AFRIKA/AUSTRALIA/OCENIA
• Amerika Selatan menyumbang 5.3% (371 juta) daripada jumlah penduduk dunia. Tidak terdapat
kawasan yang dapat dikatakan betul-betul padat seperti mana yang terdapat di asia dan eropah
• Penduduk di Afrika pula berjumlah 840 juta orang atau 12% daripada jumlah penduduk dunia.
21 juta atau 0.3% daripada penduduk dunia tinggal di Australia
• Sama seperti di Amerika Selatan, di Afrika dan Autralia tidak terdapat kawasan yang dapat
dikatakan berpenduduk padat . Hanya di Afrika Utara terdapat satu kawasan yang padat
penduduknya, iaitu di lembah Sungai Nil dan eltanya
• Sungguhpun pola taburan penduduk di delta Sungai Nil hampir serupa dengan Asia timur dan
Asia Selatan, namun tumpuan kepadatan penduduk ndi lembah-lembah sungai dan deltanya
adalah tidak sepadat di Lembangan Ganges, Chang Jiang atau Huang He
Afrika

Amerika
selatan
Australia dan Ocenia
TABURAN PENDUDUK DUNIA MENGIKUT GARIS LINTANG
• Taburan dan kepadatan penduduk dunia juga dapat dilihat dari sudut garis lintang .berdasrkan
peta yang menunjukkan taburan penduduk kita dapati kurang daripada 10% penduduk dunia
tinggal di antara garis garis lintang khatulistiwa(0°) dengan garis lintang 20°U
• Hampir 50% penduduk dunia tinggal di antar garis lintang 20°U hingga 40°U dan 30% daripada
penduduk dunia tinggal di antara garis lintang 40°U dengan 60°U . Kurang daripada 10%
penduduk dunia tinggal di hemisfera selatan
• Kurang daripada 1.5% penduduk dunia tinggal ke utara garis lintang 60°U . Hampir 80%
daripada penduduk dunia tinggal di antara garis lintang 20°U dengan 60°U.
TABURAN PENDUDUK DUNIA MENGIKUT KAWASAN
Kepadatan penduduk Kawasan tumpuan
Berpenduduk padat • Kawasan perindustrian
Manchester, United Kingdom ,Saar dan Ruhr di
Jerman,Yokohama, Kobe dan Tokyo di Jepun, serta
rangkaian tasik-tasik besar hingga ke New York
melalui Pittsburgh di Amerika Syarikat.
• Kawasan pertanian
Lembangan Chang Jiang, China, Lembangan Indus-
Ganges,India, Dataran Kanto, Jepun, dan Lembangan
Nil, Mesir
• Bandar-bandar utama yang maju dengan sektor
industri dan perkhidmatan seperti Tokyo, London,
New York, dan Jakarta

Berpenduduk sederhana padat • Hutan sederhana sejuk , hutan taiga di Eurasia, dan
hutan pokok tirus di Kanada
• Kawasan padang rumput hawa sederhana seperti
Steppe, Prairie, Veld, dan Pampas.
• Kawasan Mediterraniean Eropah, Afrika Selatan,
dan sebhagian besar Asia Tenggara
Kepadatan penduduk Kawasan tumpuan
Jarang penduduk • Kawasan kutub di Artik dan Antartika
• Kawasan tundra di Greenland
• Kawasan pergunungan tinggi di
Himalaya dan Rocky
• Kawasan gurun panas di Gurun Sahara,
Gurun Mohave, Gurun Kalahari, Gurun
Atacama dan lain-lain
• Lembangan Amazon, lembangan
Congo, dan kawasan pedalaman Asia
Tenggara
Kawasan berpenduduk padat

Manchester
Lembangan Sungai Nil

New York
Kawasan berpenduduk sederhana padat

Hutan taiga

Steppe
Kawasan jarang penduduk

Kutub utara Gurun sahara

Tundra, Greenland Lembangan congo

Himalaya
TABURAN PENDUDUK DUNIA MENGIKUT KETINGGIAN TEMPAT
• Penduduk semakin berkurang apabila ketinggia sesuatu tempat bertambah
• Perbezaan ini disebabkan kesulitan penduduk untuk mengeksploitasi sumber alam di kawasan
tanah tinggi
• Dinyatakan 56.2% daripada penduduk dunia tinggal di kawasan antara 0 hingga 200 meter dari
aras laut
• Min aras laut yang menunjukkan taburan penduduk mengikut ketinggian tempat bagi setiap
benua ialah
Benua Min aras ketinggian
Afrika 590 meter dari aras laut
Asia 319 meter dari aras laut
Oceania/Australia 95 meter dari aras laut
Eropah 168 meter dari aras laut
Amerika Utara 430 meter dari aras laut
Amerika Selatan 644 meter dari aras laut
DUNIA 320 meter dari aras laut
• Manusia tidak dapat tinggal di kawasan tanah tinggi kerana keadaan tekanan atmosfera dan
tekanan oksigen yang kurang. Faktor ini boleh membahayakan nyawa manusia.
• Terdapat beberapa buah bandar yang terletak di kawasan tanah tinggi yang berpenduduk padat.
Antaranya :
a) Addis Ababa (2450 meter dari aras laut)
b)La Paz (3650 meter dari aras laut)
c)Quito (2800 meter dari aras laut)
d)Bogota (2640 meter dari aras laut)
e)Bandar raya Mexico (2240 meter dari aras laut)

La paz
TABURAN PENDUDUK DUNIA MENGIKUT KEBENUAAN
DAN KEPULAUN
• Taburan penduduk dunia lebih ramai di kebenuaan berbanding dengan kepulauan
• Di kawasan benua,jumlah penduduk akan berkurangan apabila menghala ke kawasan pedalaman
• ¾ daripada penduduk dunia tinggal dalam lingkungan 1000 km dari pinggir laut
• 2/3 daripada jumlah ini tinggal dalam lingkungan 500 km dari pinggir laut
• Pecahan ini menunjukkan penduduk dunia lebih tertarik tinggal di kawasan pinggir laut
berbanding dengan kawasan pedalaman
• Ini disebabkan faktor iklim,bentuk muka bumi,ekonomi,dan aktiviti ekonomi yang terdapat di
kawasan pinggir laut
• Walapun penduduk di kepulaun tidak seramai di kebenuaan, terdapat pulau-pulau yang
berpenduduk padat seperti kepulauan British,Jepun,Sri Lanka,Indonesia,Filipina, Hong Kong, dan
Taiwan
• Hal ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti saiz,letakan,keadaan geografi ,kesuburan tanih,
sejarah, dan sumber ekonomi yang wujud di kawasan kepulauan.
FAKTOR ALAM SEKITAR FIZIKAL YANG MEMPENGARUHI
KETIDAKSEIMBANGAN TABURAN PENDUDUK DUNIA
• Elemen-elemen dalam alam sekitar fizikal mempengaruhi taburan penduduk secara saling
berinteraksi dan bergantungan antara satu sama lain
• Antara elemen alam sekitar fizikal yang mempengaruhi taburan penduduk ialah :
a)iklim
b)konfigurasi bentuk muka bumi
c)tanah-tanih
d)saliran
FAKTOR IKLIM
Faktor iklim jelas mempengaruhi
Kawasan gurun sejuk yang bercirikan ketidakseimbangan taburan penduduk
musim sejuk melampau dan panjang dunia. Keadaan iklim yang melampau
manakala musim panasnya pula pendek, seperti gurun panas dan gurun sejuk
bukan sahaja tidak sesuai bagi petempatan merupakan sempadan kawasan
manusia, malah tidak sesuai untuk aktiviti petempatan utama penduduk. Iklim yang
pertanian dan penternakan keterlaluan menyababkan manusia enggan
mendiami kawasan-kawasan ini.

Di kawasan beriklim khatulistiwa pula,


taburan dan kepadatan penduduk jauh
lebih tinggi berbanding kawasan gurun
panas dan gurun sejuk. Sungguhpun begitu,
hanya 10% daripada mendiami kawasan ini
kerana keadaan panas dan lembap yang
tidak begitu kondusif bagi menjalankan
aktiviti kerana cepat penat dan berpeluh

You might also like