You are on page 1of 22

POLA MIGRASI

I. ARAH ALIRAN (DARI MANA KE MANA)


a. Bandar ke bandar
b. Luar bandar ke bandar
c. Bandar ke luar bandar
d. Luar bandar ke badar
II. ISI PADU ALIRAN (BANYAK ATAU SEDIKIT)
III. KOMPOSISI ALIRAN
a. Jantina
b. Umur
c. Taraf pendidikan
MIGRASI DALAMAN:
JENIS/POLA ALIRAN MIGRASI ANTARABANGSA:
i. BANDAR KE BANDAR JENIS/POLA ALIRAN
ii. LUAR BANDAR KE LUAR i. MERENTASI SEMPADAN
BANDAR ANTARA NEGARA
iii. BANDAR KE LUAR BANDAR ii. MERENTASI SEMPADAN
iv. LUAR BANDAR KE LUAR BENUA
BANDAR

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


MIGRASI

KESAN AKIBAT MIGRASI KEPADA:


I. KAWASAN DESTNASI
II. KAWASAN ASAL
MIGRASI
 Perpindahan atau penghijrahan penduduk dari satu
tempat ke tempat yang lain sama ada secara
sementara atau kekal yang melibatkan ruang dan masa.
 Istilah penting:
 Migran : penduduk yang berpindah.
 Imigrasi : penduduk yang berhijrah ke sesuatu kawasan
 Emigrasi : penduduk yang keluar dari sesuatu kawasan
 Migrasi bersih : perbezaan nilai antara imigrasi dan
emigrasi
Jenis Migrasi
i. Migrasi Dalaman
 Perpindahan penduduk dari satu kawasan ke
satu kawasan yang lain dalam lingkungan
sempadan sesebuah negara
 Arah Aliran Migrasi/Pola Aliran/Jenis Migrasi
Dalaman
a. Migrasi Bandar ke Bandar
b. Migrasi Bandar ke Luar Bandar
c. Migrasi Luar Bandar ke Bandar
d. Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar
ii. Migrasi Antarabangsa
 pergerakan penduduk merentasi sempadan
antarabangsa sama ada antara negara atau antara
benua sama ada secara sementara atau kekal.
 Arah aliran/ Pola/ Jenis Migrasi Antarabangsa
a. Merentasi sempadan negara
Contoh: Indonesia ke Malaysia, Bangladesh ke
Malaysia, Malaysia ke Singapura, Malaysia ke Australia
b. Merentasi sempadan antara benua
Contoh : Asia ke Eropah, Asia ke Australia, Asia ke
Amerika
 Migrasi antarabangsa memberi memberi sumbangan
yang besar dalam pertumbuhan penduduk di Amerika
Syarikat, Kanada, Australia, Hong Kong
 Biasanya melibatkan pergerakan tenaga buruh sama
ada secara sah atau haram
MIGRASI DALAMAN
1. MIGARSI DARI LUAR BANDAR KE BANDAR
 Untuk mencari peluang pekerjaan, melanjutkan pelajaran, dan
sebagainya.
 Di Malaysia bandar yang menjadi tumpuan migran ialah Kuala Lumpur,
Johor Bharu, Bayan Lepas, Ipoh.
 Contoh penduduk (golongan muda) Pasir Puteh, Kelantan bermigrasi
ke Kuala Lumpur, Ipoh, Perak secara besar-besaran untuk tujuan
pekerjaan
2. MIGRASI DARI BANDAR KE BANDAR
 Aliran migrasi yang utama di Malaysia (61.5% bg tempoh 2011-2012)
 Faktor peluang pekerjaan yang lebih baik dan bagi mendapatkan
kemudahan di bandar yang lebih baik
 Terdaoat 2 aliran iaitu dari bandar kecil ke bandar besar (cth: Kota
Bharu ke Kuala Lumpur) dan Bandar besar ke bandar kecil akibat
dasar penyerakan industri ( cth: Shah Alam ke Gurun,Kedah)
3. MIGRASI DARI BANDAR KE LUAR BANDAR
 dilakukan oleh golongan pesara yang bekerja di bandar dan balik ke
desa untuk menikmati persekitaran yang lebih baik dan kos sara hidup
yang lebih rendah
4. MIGRASI DARI LUAR BANDAR KE LUAR BANDAR
 Pergerakan penduduk dari kawasan kampung ke kawasan
pembangunan dan penerokaan kawasan pertanian.
 Cth: pergerakan penduduk ke kawasan proram pembangunan wilayah
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI
DALAMAN (KAJIAN KES MALAYSIA)
1. FAKTOR EKONOMI
 Peluang pekerjaan luas dalam sektor ekonomi
perindustrian di bandar besar spt KL, Shah Alam, Johor
Bharu dan Ipoh.
 KL dan bandar ibu negeri juga menawarkan pekerjaan
dalam sektor perkhidmatan, perniagaan, kebudayaan dan
pendidikan.
 Penawaran gaji yang tinggi dan kemudahan
perbandandaran yang banyak juga faktor tarikan.
 Kawasan luar bandar sektor ekonomi adalah sektor
pertanian yang menjadi faktor tolakan untuk penduduk
berpindah. Peluang pekerjaan juga terhad dan gaji yang
rendah.
2. FAKTOR SOSIAL
a. Kemudahan Asas
 Kemudahan asas yang lengkap spt elektrik,air dan
telekomunikasi yang baik menjadi faktor tarikan
golongan muda bermigrasi ke bandar.
b. Kemudahan Sosial
 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
 Pusat2 pengajian awam dan swasta kebanyakkan
terdapat di kawasan bandar spt Universiti Malaya(KL),
UKM(Bangi), USM(Georgetown)
 Kemudahan pembandaran yang banyak juga menarik
penduduk bermgrasi ke bandar-bandar besar spt KL
dan JB spt kemudahan kesihatan, pusat hiburan, bank
3. FAKTOR DASAR KERAJAAN
a. Program pembangunan tanah dan program pembangunan
wilayah
 dilaksanakan pada awal tahun 1970an oleh agensi
kerajaan spt FELDA dan FELCRA.
 Melibatkan perpindahan penduduk luar bandar ke
 Penduduk ditempatkan di kawasan pembangunan wilayah
atau kawasan tanah rancangan spt di JENGKA, DARA,
KETENGAH, KEJORA DAN KESEDAR
b. Polisi Pembandaran
 Dilaksanakan pada tahun 1980 an dan 1990 an.
 Dilaksanakan ekoran dpd pembangunan pesat dan tepu
bina di Kuala Lumpur yang menyebabkan nilai hartanah
tinggi.
 Hal ini menyebabkan kawasan pinggir bandar
dibangunakan sebagai pusat bandar baharu dan moden
spt Selayang, Ampang, Cheras dan Gombak.
4. FAKTOR KEMUDAHAN PEMBANDARAN
 Kemudahan pembandaran yang lebih baik dan
menarik berbanding dgn luar bandar.
 Cth: KL dilengkapkan dengan kemudahan
hiburan, sistem pengangkutan moden, dan
perkhidmatan kesihatan (hospital kerajaan dan
swasta)
 Kemudahan sistem pengangkutan memudahkan
ketersampaian penduduk ke sesuatu tempat.
 Kemudahan sistem pengangkutan yang cekap
akan meningkat ketersampaian. Cth: Lebuh
Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Timur Barat,
Lebuh Raya Pantai Timur
 Kemudahan pengangkutan lain spt bas, kereta
api memudahkan penduduk luar bandar
berhijrah ke bandar spt KL, JB, Bayan Lepas.
5. FAKTOR-FAKTOR MIKRO
 Keputusan peribadi individu
 Antaranya:
a. Perkahwinan dan ikatan kekeluargaa,
misalnya isteri mengikut suami selepas
berkahwin
b. Pertukaran tempat kerja oleh majikan
c. Persaraan
KESAN MIGRASI DALAMAN
KAWASAN DESTINASI KAWASAN ASAL
POSITIF
POSITIF
I. KEMAJUAN EKONOMI (BYK
TENAGA BURUH- i. MENGURANGKAN TEKANAN
PRODUKTIVITI TINGGI) TERHADAP SUMBER
II. KEMAJUAN INFRASTRUKTUR ii. PENINGKATAN KUASA BELI
III. MENINGKATKAN SAIZ iii. PEMINDAHAN IDEA DAN
PASARAN TEKNOLOGI
IV. MEMPERCEPATKAN PROSES
NEGATIF
I. PEMBANDARAN
KESESAKAN DI BANDAR
II. MENINGKATKAN KADAR NEGATIF
PENGANGGURAN
III. MEWUJUDKAN KAWASAN
SETINGGAN
IV. MENIMBULKAN MASALAH I. KEKURANGAN TENAGA
SOSIAL KERJA
V. TEKANAN TERHADAP II. STRUKTUR PENDUDUK TIDAK
SUMBER ALAM SEIMBANG
KHUSNYATANAH
VI. PENCEMARAN ALAM SEKITAR
VII. KEROAKAN DAN KEPUPUSAN
KAWASAN DESTINASI
KESAN POSITIF
1. KEMAJUAN EKONOMI
 Migrasi masuk penduduk menyebabkan kawasan tersebut
mengalami pertambahan tenaga buruh untuk mengerakkan pelbagai
sektor seperti pertanian, perindustrian, pembinaan, perkhidmatan dan
lain-lain.
 Pertambahan tenaga buruh akan memajukan sumber ekonomi spt
sumber tanah, sumber mineral, dan sumber ekopelancongan.
 Contohnya, kawasan rancangan pembangunan tanah pertanian
kelapa sawit dan getah yang bangunkan oleh FELDA dan FELCRA.
 Kemasukan migran ke JENGKA memajukan ekonomi kawasan
tersebut.

2. KEMAJUAN INFRASTRUKTUR
 Infrastruktur spt perumahan, bekalan air, elektrik, jaringan
pengangkutan dan perhubungan , telekomunikasi dan lain-lain akan
dibina untuk memenihi keperluan penduduk yang semakin
bertambah.
 Juga meningkatkan kemudahan pendidikan, hospital, klinik, dan
kemudahan sukan dan rekreasi
3. MENINGKATKAN SAIZ PASARAN
 Pertambahan penduduk meningkatkan jumlah penduduk di
sesuatu kawasan.
 Ini meningkatkan saiz pasaran di kawasan itu.
 Misalnya, di kawasan tanah rancangan akibat dpd migrasi masuk
saiz pasaran semakin bertambah.

4. MEMPERCEPATKAN PROSES PEMBANDARAN


 Migrasi masuk penduduk ke kawasan bandar dan pinggir bandar
akan meningkatkan kadar pembandaran.
 peningkatan penduduk akan meningkatkan kawasan kediaman,
infrastruktur dan kemudahan kediaman.
 Peningkatan kemudahan pembandaran akan menyebabkan rebakan
bandar dan lingkungan pengaruh bandar bertambah luas.
 Contohnya, perkembangan bandar raya Kuala Lumpur akan
mewujudkan rebakan bandar seperti Ampang, Gombak, Selayang
dan Petaling Jaya.
5. PENYEBARAN INOVASI DAN TEKNOLOGI
 Migrasi masuk golongan berpendidikan tinggi
dan profesional ke kawasan bandar akan
menjadi pengerak pembangunan
sosioekonomi kawasan bandar dengan
penyebaran inovasi dan teknologi hasil
penyelidikan yg dijalankan.
KESAN NEGATIF
1. TEKANAN TERHADAP SUMBER ALAM KHUSUSNYA SUMBER
TANAH
 Pertambahan penduduk akibat migrasi akan menyebabkan
persaingan guna tanah berlaku untuk petempatan, industri,
pemabandaran, kemudahan asas.
 Ini menyebabkan tekanan terhadap tanah dan harga tanah akan
semakin meningkat seperti yang sedang berlaku di bandar-bandar
utama(KL,JB, IPOH, GEORGETOWN).\
 Kos untuk perumahan juga akan meningkat.
2. PENCEMARAN SUMBER ALAM
 Pertambahan penduduk akibat migrasi terutamanya di kawasan
bandar spt Kuala Lumpur meningkatkan pencemaran sumber alam.
 pencemaran udara semakin bertambah akibat daripada penggunaan
kenderaan dan peningkatan jumlah kilang yang melepaskan asap ke
udara.
 Pencemaran air berlaku disebabkan peningkatan pembuangan sisa
kumbahan dan sampah sarap.
 Contohnya, Sungai Gombak dan Sungai Klang tercemar akibat
3. KEPUPUSAN SUMBER ALAM
 Sumber berpotensi di sesuatu kawasan boleh diancam
kepupusan akibat daripada kemasukan migran.
 Contohnya, bijih timah di Ipoh diancam kepupusan
akibat dilombong secara berterusan.
 Hal yang sama berlaku terhadap sumber hutan di
kawasan bandar spt kuala lumpur kerana kawasan
hutan dibersihkan untuk dijadikan tapak perumahan,
pembandaran dan perkilangan.
4. KESESAKAN DI BANDAR
 Migrasi penduduk desa/luarbandar ke bandar akan
menyebabkan pertambahan penduduk.
 Pertambahan penduduk menyebabkan kesesakan
penduduk dan kesesakan lalu lintas di bandar terutama
pada waktu pagi dan petang.
5. MENINGKATKAN KADAR PENGANGGURAN
 Sekiranya penduduk yang berhijrah tidak berpelajaran
atau berpengalaman untuk bekerja menyebabkan
mereka tidak dapat bersaing untuk mendapatkan
pekerjaan.
 Peluang pekerjaan yang ditawarkan terhad dan tidak
dapat memenuhi permintaan yang tinggi akan
menyebabkan berlakunya pengangguran dan
kemiskinan.
6. KEWUJUDAN KAWASAN SETINGGAN
 Pertambahan bilangan penduduk yang berpindah ke
bandar menyebabkan wujudnya masalah petempatan.
 kekurangan perumahan kos rendah dan sewa yang
terlalu tinggi menyebabkan mereka yg berpendapatan
rendah terpaksa membina rumah-rumah setinggan di
tanah rizab kerajaan.
6. Menimbulkan masalah sosial
 pertambahan bilangan penduduk di bandar
dan penawaran kerja yang terhad
menyababkan berlaku masalah kemiskinan.
Kos hidup semakin meningkat akan
mendorong penganggur untuk melakukan
masalah sosial spt mencuri, merompak, pecah
rumah, pelacuran, penagihan dadah, dan
sebagainya.
KAWASAN ASAL

1. MENGURANGKAN TEKANAN TERHADAP TANAH


 Migrasi keluar akan mengurangkan tekanan
terhadap sumber alam terutamanya tanah-
tanah pertanian.
 Peluang pekerjaan di luar bandar dapat
menampung keperluan penduduk yg tidak
berhijrah.
 Kemiskinan dan pengangguran di kurang.
 Pendapatan penduduk meningkat.
 Taraf hidup penduduk meningkat.
2. PEMINDAHAN IDEA DAN TEKNOLOGI
 Golongan profesional yang bersara dan
berpindah ke desa akan membawa bersama
teknologi moden dalam sektor pertanian dan IKS.
 Penggunaan teknologi moden akan meningkatkan
kuantiti dan kualiti hasil ekonomi.
 Idea-idea baru dapat diterapkan kepada
penduduk desa.
3. PENINGATAN KUASA BELI
 Kuasa beli meningkat hasil dpd penghantaran
wang ke desa oleh migran yang berkerja di
bandar.
 Tabungan juga bertambah. Ini meningkatkan
kualiti hidup.
1. KEKURANGAN TENAGA KERJA
 Kawasan asal kehilangan tenaga muda yang
mahir dan produktif terutamanya untuk
sektor pertanian.
 Sumber alam akan terabai terutamanya
tanah pertanian.
2. STRUKTUR PENDUDUK TIDAK SEIMBANG
 Migrasi ke bandar oleh golongan dewasa
menyebabkan kawasan luar bandar akan
didiami oleh golongan tua dan golongan
muda. `

You might also like