You are on page 1of 9

Skema Jawapan Percubaan 1 Penggal 1 Tahun 2019

Bahagian A: Alam Sekitar Fizikal

(a) Soltis merupakan keadaan yang mana matahari tegak di Garisan


Jadi dan Garisan Sartan pada waktu tengah hari, iaitu pada 21
Jun di Garisan Sartan dan 22 Disember di Garisan Jadi. Aphelion
pula adalah kedudukan bumi dengan matahari pada jarak paling
jauh, iaitu 152 juta km.
[4]
(b) (i) Melalui gelombang pendek dan dipancar ke permukaan bumi
serta dipanaskan pada waktu siang.
(ii) Melalui proses serapan, bumi menyerap tenaga matahari
semasa sampai ke bumi dan dipengaruhi oleh jenis permukaan.
[2]
(c) Peranan tenaga suria dalam industri kecil dan sederhana
adalah dalam proses pengeringan hasil keluaran IKS. Misalnya,
industri ikan masin dan industri keropok. Dengan suhu yang
tinggi daripada tenaga suria, proses pengeringan lebih mudah
dilakukan.[3]
(d) (i) Tenaga suria dijana melalui panel solar yang dipasang di
bumbung bangunan bagi memerangkap tenaga suria. Panel solar
mengecas tenaga suria untuk ditukar kepada tenaga elektrik
solar.
[2]
(ii) Tenaga geoterma dijana melalui loji jana kuasa di kawasan
gunung berapi bagi menghasilkan tenaga geoterma untuk
mengerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik.
[2]
a) Maksud sistem endogenik ialah proses yang berpunca dari dalam
bumi yang digerakkan oleh tenaga haba yang berasal dari dalam
kerak bumi. Tenaga haba ini wujud dalam lapisan mantel bumi
(lapisan astenosfera), iaitu lapisan batuan separa cair. Tenaga
ini menghasilkan arus-arus perolakan yang panas bagi membolehkan
bentuk muka bumi terhasil melalui pergerakan tektonik, lipatan
kerak bumi dan gelinciran, proses seismik (gempa bumi), aktiviti
igneus dan pembentukan batuan (metamorfosisme) yang mempengarhi
kepelbagaian rupa bumi di dalam dan di luar kerak bumi. [5]
(b) Proses-proses utama yang berlaku dalam sistem endogenik
Proses isostasi merupakan proses pengangkatan dan penurunan blok
kerana lapisan astenosfera bersifat elastik. Apabila berlaku
penambahan berat di atas bumi maka blok bumi menurun dan apabila
berlaku pengurangan berat, beban blok bumi terangkat untuk
mencapai tahap keseimbangan.
Proses orogenesis merupakan satu proses lipatan kerak bumi yang
terhasil apabila wujud daya tolakan dari kiri dan kanan (kuasa
himpitan/mampatan). Daya ini akan menghasilkan banjaran gunung
lipat yang diselangi dengan lurah.
Proses gelinciran atau sesaran berpunca daripada daya tegangan
dan himpitan yang dialami kerak bumi. Akibatnya ada blok bumi
yang terangkat membentuk gunung bongkah dan yang jatuh membentuk
lurah gelinciran.
Proses seismik (gempa bumi). Gempa bumi berlaku apabila ada
perlanggaran atau pencapahan plat tektonik. Hal ini demikian
kerana kedudukan kerak bumi yang terletak di atas astenosfera
menyebabkannya berada dalam kedudukan terapung. Gempa bumi kuat
di laut menghasilkan tsunami.
Proses metamorfosisme melibatkan perubahan struktur dan tekstur
dan kandungan kimia batuan. Dua faktor yang terlibat ialah haba
dan tekanan tinggi. Akibatnya batuan bertukar menjadi batuan
yang lebih keras dan bernilai, Contohnya, batu kapur akan
bertukar menjadi batu marmar dan arang batu akan bertukar
menjadi granit. Batu berharga juga terjadi daripada proses
metamorfosis.
Proses volkanik (gunung berapi) merujuk pergerakan keluar asap,
debu, pirokls, dan lava dari lohong gunung berapi apabila
berlaku letusan. Dengan adanya kuasa tolakan maka bahan gunung
berapi akan dihambur keluar melalui lohong gunung berapi. Batuan
membentuk pelbagai bentuk bumi jalar luar dan bentuk bumi jalar
dalam.
(Mana-mana 5 isi x 2m =10m)

(c) Lima pengaruh bentuk muka bumi kesan daripada proses


endogenik terhadap aktiviti manusia.
Membolehkan manusia menjalankan aktiviti pertanian. Kawasan
lembah/lurah hasil perlipatan muka bumi menjadi kawasan
pertanian pembinaan petempatan. Lava gunung berapi membolehkan
manusia menjalankan pertanian kerana menyediakan tanah yang
subur. Contohnya, padi sawah ditanam di lereng-lereng
bukit/cerun gunung berapi seperti di Indonesia dan Filipina.
Menjalankan aktiviti pelancongan. Kawasan pergunungan
tinggi hasil daripada proses perlipatan menjadi daya tarikan
pelancongan seperti Banjaran Himalaya yang terdapat Gunung
Everest, Banjaran Crocker terdapatnya Gunung Kinabalu. Begitu
juga dengan bentuk muka bumi yang dihasilkan melalui proses
gelinciran telah menghasilkan air terjun yang turut menjadi
kawasan pelancongan. Contohnya, Air Terjun Niagara.
Menjalankan aktiviti perlombongan. Aktiviti metamorphosis
telah menghasilkan batuan bernilai tinggi seperti batu marmar
yang digunakan sebagai lantai, dinding bangunan, dan perhiasan
serta batu pertama seperti berlian, delima, dan zamryd yang amat
berharga sebagai barang perhiasan wanita.
Sumber tenaga. Kawasan gunung berapi turut menjadi sumber
tenaga geoterma yang boleh menjadikan sumber kuasa untuk bekalan
elektrik kepada penduduk.
Menjalankan aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan
aktiviti seismik dan volkanik. Tujuan kajian adalah untuk
memahami sifat setiap gunung, meramalkan letusan serta daya
kekuatan letupan. Hasil kajian membolehkan tindakan awal
keselamatan diambil oleh penduduk setempat.
[10]

3(a) (i)Batuan enapan terbentuk daripada proses simentasi dan


mampatan bahan-bahan mendapan (sedimen) serta fosil. Batuan ini
merupakan batuan yang terbentuk daripada bahan-bahan yang
dimendapkan oleh air mengalir, ais, dan angin. Batuan ini
terbentuk secara berlapis-lapis dan terbahagi kepada batuan
klastik, batuan kimia, dan batuan organik berdasarkan cara
pembentukannya.
[4]
(ii) Tiga jenis batuan enapan ialah enapan kimia, enapan klastik
dan enapan organik.
[3]
(b) Dua proses pembentukan batuan enapan.
Proses pemadatan/padat. Melalui proses ini, batuan enapan
terbentuk daripada pemendapan bahan-bahan organik dan bahan
bukan organik seperti pasir, lumpur, dan lain-lain yang
dikumpulkan dan dimendapkan selapis demi selapis di dasar
lautan. Proses memampat tertekan bahan enapan tersebut dan
melekat antara satu sama lain. Dalam tempoh tertentu yang sangat
lama, bahan-bahan tersebut akan membentuk pelbagai batuan.
Proses penyimenan. Proses penyimenan merujuk proses perletakan
antara mineral-mineral disebabkan perikat. Bahan enapan kasar
tidak melekat antara satu sama lain berbanding dengan bahan
enapan yang halus. Bahan-bahan enapan yang kasar seperti pasir
hanya boleh terletak antara satu sama lain apabila terdapat
bahan-bahan perikat. Bahan-bahan perikat seperti lempung,
kalsit, dan silika memasuki ruang-ruang yang wujud antar
mineral yang kasar. Tekanan dari lapisan atas menyebabkan air
keluar, meninggalkan bahan-bahan perikat tersimen bersama-sama
sebagai batuan enapan. [10]
(c)Empat kepentingan batuan enapan terhadap aktiviti manusia.
Batuan enapan seperti batu kapur digunakan sebagai bahan mentah
dalam industri membuat simen, digunakan untuk meneutralkan tanah
sawah daripada asid pembajaan, serta menjadi kawasan
ekopelancongan seperti Gua Niah dan Batu Caves.
Batuan enapan jenis batu pasir pula mengandungi silika yang
digunakan sebagai bahan mentah untuk membuat kaca.
Batuan enapan yang terluluhawa menjadi kaolin dijadikan bahan
mentah dalam industri pembuatan tembikar, pasu bunga, dan batu
bata dalam sektor pembinaan.
Batu enapan jenis batu garam pula digunakan dalam perusahaan
mengawet makanan. Fosfat pula digunakan sebagai baja.
[8]
Bahagian B: Alam Sekitar manusia
Jawapan
4(a) Penduduk sebagai sumber manusia merupakan aset, tenaga
buruh atau tenaga kerja dalam sesebuah negara yang diukur
berdasarkan kuantiti dan kualiti.
[3]
(b) (i) Penduduk sebagai sumber manusia yang diukur secara
kuantiti merujuk sumber manusia yang diukur dari aspek bilangan
atau jumlah penduduk atau saiz penduduk yang dimiliki, taburan
penduduk, dan struktur umur dan jantina.
[2]
(ii) Penduduk sebagai sumber manusia yang aukur secara kualiti
merujuk sumber manusia yang diukur melalui ciri-ciri fizikal dan
kesihatannya, tahap pendidikan, kemahiran, sikap keterbukaan,
dan mobiliti.
[2]
(c) (i) Menjadi tenaga kerja yang produktif untuk meningkatkan
pendapatan negara.
[2]
(ii) Dapat menghasilkan teknologi tinggi melalui kajian dan
penyelidikan yang dapat mengoptimumkan pengeluaran negara.
[2]
(d)(i) Melalui dasar pendidikan tinggi untuk melahirkan sumber
manusia yang berkelayakan ikhtisas dan akademik tinggi.
[2]
(ii) Kerajaan perlu memperbanyakkan program kemahiran khas dalam
bidang vokasional, kejuruteraan, sains, perubatan, dan lain-lain
bagi rakyat dan penduduk.
[2]
(iii) kerajaan juga perlu memastikan rakyat memiliki tahap
kesihatan yang tinggi memlalui program pembangunan kesihatan
Negara untuk mewujudkan sumber manusia yang berkualiti serta
sihat.
[2
] (mana-mana jawapan lain yang
sesuai)

5(a)Kepadatan penduduk merujuk jumlah penduduk yang tinggal bagi


setiap satu kilometer persegi keluasan sesebuah kawasan/wilayah.

Jumlah penduduk
Kepadatan penduduk=
Luas kawasan
Pola taburan penduduk merujuk sebaran/corak atau agihan penduduk
di atas ruang bumi. Sebaran ini menghasilkan taburan penduduk
yang tidak sekata, iaitu kawasan yang berpenduduk padat, kawasan
berpenduduk sederhana padat dan berpenduduk jarang.
[5]
(b) Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di
Malaysia.
Saiz kawasan dan jumlah penduduk. Kawasan yang luas jika
jumlah penduduk kurang akan menyebabkan taburan penduduk
sederhana padat atau jarang, manakala jumlah penduduk yang
banyak akan mempengaruhi taburan penduduk padat.
Faktor sosial seperti kemudahan pembandaran, pendidikan,
perkhidmatan, serta pengangkutan dan perhubungan. Kawasan yang
lengkap dengan kemudahan tersebut seperti Kuala Lumpur, Johor
Bahru, dan Shah Alam mempunyai taburan penduduk padat berbanding
dengan kawasan seperti Long Pasia di Sabah yang tidak didiami
penduduk kerana ketiadaan kemudahan pengangkutan.
Aktiviti ekonomi. Aktiviti perindustrian menarik migrasi ke
sesuatu tempat dan menjadikan kawasan tersebut padat. Aktiviti
ekonomi di kawasan yang menawarkan gaji yang lumayan di samping
kemudahan penginapan dan kemudahan pengangkutan menyebabkan
kawasan tersebut berpenduduk padat.
Bentuk muka bumi. Kawasan tanah pamah yang rata dan subur
(Dataran Kedah) mempunyai penduduk padat kerana tanah subur
untuk penanaman padi. Kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak
berpenduduk jarang kerana bergunung-ganang, berbukit-bukau,
berhutan tebal, dan berlurah menghalang penduduk untuk
mendirikan petempatan.
Sumber alam. Kawasan yang banyak sumber alam akan
mempengaruhi taburan penduduk padat. Penemuan bijih timah di
Kuala Lumpur, Ipoh, dan Seremban menyebabkan penghijrahan
penduduk beramai-ramai ke kawasan itu dan mempengaruhi kepadatan
penduduk di kawasan itu. Penemuan petroleum di luar pantai
Terengganu telah menyebabkan kawasan Kerteh dan Paka berpenduduk
padat. [10]
(c) Kesan-kesan kepadatan penduduk terhadap sumber alam di
Malaysia pada masa kini.
Kemerosotan sumber makanan. Kuantiti dan kualiti sumber
makanan seperti sumber pertanian dan perikanan terjejas,
ekploitasi dibuat untuk menampung penduduk padat.
Kemerosotan sumber hutan. Hutan dinyahkan secara berleluasa
bagi memenuhi permintaan penduduk yang semakin pesat untuk
petempatan, tapak bina bandar, pelbagai kemudahan asas, dan
kawasan pertanian.
Kemerosotan sumber-sumber mineral. Sumber-sumber seperti
petroleum dan gas asli serta sumber logam boleh pupus kerana
terpaksa dikeluarkan secara berlebihan untuk menampung keperluan
penduduk.
Kemerosotan sumber udara dan air bersih. Kadar pencemaran
meningkat akibat pertambahan kenderaan, industri, dan sisa
domestik.
Kemerosotan sumber marin akibat eksploitasi sumber
perikanan secara berlebihan, kawal selia yang longgar, tumpahan
minyak, dan pencemaran enfluen industri.
[10]

6(a) Migrasi dalaman merujuk perpindahan penduduk di dalam


sempadan sesebuah negara seperti sempadan antara daerah,
sempadan antara luar bandar dengan bandar, sempadan antara
negeri, sempadan antara bandar, dan sebagainya. Sebagai contoh,
dari daerah Maran ke daerah Kuantan, dari Kampung Chenor ke
bandar Maran, dan dari negeri Kelantan ke negeri Kedah.
[3]
(b) (i) Migrasi luar bandar ke luar bandar.
[1]
(ii) Migrasi bandar ke bandar.
[1]
(iii) Migrasi luar bandar ke bandar.
[1]
(iv) Migrasi bandar ke luar bandar.
[1]

(c)(i) Peluang pekerjaan yang banyak dan gají yang lumayan,


khususnya daripada sektor industri, perkhidmatan, dan
perniagaan.
(ii) Melanjutkan pelajaran, khususnya pendidikan tinggi
(pemusatan institusi pendidikan tinggi di bandar-bandar utama di
Malaysia).
(iii) Tarikan kemudahan bandar seperti pusat hiburan, prasarana
yang lengkap, kemudahan kesihatan dan sebagainya.
(mana-mana 2 isi x 2m =
4m)
(d) (i) Tekanan terhadap sumber alam, khususnya tanah. Wujud
persaingan guna tanah antara petempatan, industri, pembandaran,
kemudahan asas, dan pertanian.
[2]
(ii) Kehabisan dan kepupusan sumber alam. Contohnya, sumber
hutan di kawasan bandar diancam kepupusan kerana kawasan hutan
dibersihkan untuk dijadikan tapak perumahan, pembandaran, dan
perkilangan.
[2]
(iii) Pembaziran sumber alam, khususnya di kawasan luar Bandar
ekoran daripada krisis kekurangan guna tenaga. Hal ini demikian
kerana golongan pekerja khususnya tenaga muda berhijrah ke
bandar untuk melibatkan diri dalam sektor perindsutrian.
[2]
(iv) Pencemaran dan kerosakan sumber alam seperti pencemaran
udara akibat peningkatan jumlah kenderaan yang melepaskan gas-
gas pencemar ke udara.
[2]
(mana-mana 2 isi x 2m = 4m)

You might also like