You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Berdasarkan keratin akhbar SKAMPS “Tegas Larangan Warga asing Berniaga”


dikeluarkan pada 15 April 2019. Isu warga asing menjalankan perniagaan di Negeri Selangor.
Berdasarkan keratan akhbar tersebut EXCO Pembagunan Luar Bandar, Desa dan Kampung
Tradisi, Rodziah Ismail berkata, tindakan itu diambil bagi melindungi kepentingan peniaga
tempatan.

2.0 ISU PENIAGA WARGA ASING

Lambakan warga asing di Malaysia bukan sahaja mampu mengubah demografi


penduduk di Malaysia, malah menyebabkan wujudnya persaingan dengan rakyat tempatan
dalam dunia perniagaan dan pekerjaan. Kebanyakan warga asing di Malaysia dimonopoli
oleh bangsa daripada negara Indonesia, Thailand, Pakistan, Myanmar dan India.

Pekerja asing sepatutnya bekerja dan bukannya menjalankan perniagaan dengan


menggunakan lesen warga tempatan. Kebanyakan daripada mereka dilihat semakin
mendominasi perniagaan terutamanya bidang makanan dan minuman. Ironinya, warga
Thailand berniaga restoran tomyam, warga India membuka kedai gunting rambut, pendatang
Indonesia menjadi kontraktor binaan, warga Myanmar pula mendominasi perniagaan sayur di
pasar borong.

Jika dilihat premis milik warga asing ini kebanyakannya daif dan barangan runcit
jualan mereka juga banyak memenuhi ruang gerai sekaligus menimbulkan perasaan kurang
selesa penduduk tempatan disekitar premis perniagaan. Kebanyakan daripada warga asing ini
kurang menitik beratkan soal kebersihan. Oleh itu ianya mampu mengundang gejala penyakit
akibat persekitaran yang kotor.

Tetapi kelebihannya, jika membeli daripada warga asing ini ialah harga bagi jualan
barangan mereka lebih murah. Oleh sebab itu mereka mampu untuk bersaing dengan peniaga
tempatan sekaligus berani mengambil risiko dengan membayar kadar sewa yang tinggi
kerana sentiasa menerima ‘sokongan’ daripada pembeli warga tempatan.

Walaubagaimanapun isu ini tidak akan timbul jika pemilik premis perniagaan yang
memegang status rakyat tempatan tidak menyalahgunakan lesen perniagaan yang mereka
terima untuk disewakan kepada warga asing. Tetapi kebanyakan rakyat tempatan yang mahu
mengaut keuntungan cepat tanpa bersusah payah memikirkan modal perniagaan telah
mengambil tindakan yang drastik dengan mengenakan kadar sewa yang tinggi kepada warga
asing ini.

Kebanyakan daripada warga asing ini menyambut baik peluang yang diberikan
walaupun kadar sewa yang dikenakan oleh pemilik lesen mampu mencecah sehingga
RM2000 sebulan. Sikap warga asing yang tidak mudah berputus asa menyebabkan mereka
menerima semua peluang perniagaan yang diberikan.Sikap tamak penduduk tempatan yang
cenderung ingin mengejar keuntungan menjadi antara punca warga asing berjaya bertapak
dan monopoli ekonomi di kebanyakan perkampungan Melayu. .

Selain daripada itu tiadanya pemantauan khas atau khusus daripada penguatkuasa
tempatan. Kebanyakan daripada peniaga warga asing ini seolah-olah dapat ‘menghidu’
kehadiran penguatkuasa kerana mereka akan menutup premis perniagaan dengan serta merta
selama beberapa hari sekiranya ada serbuan yang melibatkan premis perniagaan yang disewa
kepada individu yang tidak sepatutnya.

Sikap tamak segelintir penduduk tempatan dalam mengejar keuntungan hakikatnya


bakal mendatangkan kerugian kepada ekonomi dan sosial sesebuah negara. Kehadiran warga
asing ini bukan sahaja mengundang perpektif yang negatif kepada sesebuah kawasan atau
daerah, malah ianya juga menganggu demografi sesebuah negeri dengan kehadiran mereka
yang semakin tidak terkawal.

3.0 KESAN-KESAN

3.1 KESAN KEPADA MASYARAKAT

Realitinya kehadiran warga asing yang memiliki perniagaan sendiri nyata


mengundang perasaan tidak selesa di kalangan peniaga-peniaga tempatan. Golongan ini
semakin bermaharajalela apabila mengambil alih kebanyakan premis perniagaan dan kedai
tempatan sama ada secara sewa atau beli.
3.2 KESAN KEPADA EKONOMI

Kesan negatif kebanjiran warga asing ke Malaysia dari aspek ekonomi juga adalah
oleh sebab berlakunya pengaliran wang dari dalam negara ke luar negara. Keadaan ini
berlaku disebabkan oleh penghantaran wang yang dilakukan oleh warga asing ke negara asal
mereka. Apabila keadaan ini berterusan, ia akan menjejaskan ekonomi negara. Malah,
pengaliran wang ke luar negara yang berlebihan dan tanpa kawalan juga turut menyebabkan
peluang untuk negara Malaysia mencapai kemajuan terbantut. Menurut data statistik Jabatan
Perangkaan Malaysia, sehingga 31 Julai 2008, jumlah pekerja asing adalah seramai 2.1 juta
orang dan secara puratanya setiap pekerja asing telah menghantar pulang sebanyak RM720
sebulan ke negara asal mereka. Hal ini menyebabkan kewangan ekonomi negara terjejas
seterusnya negara tidak mampu menyediakan prasarana yang baik untuk dalam negara.
Bukan itu sahaja, pengaliran keluar wang ke luar negara juga menyebabkan negara sukar
mencapai negara maju.

3.2.1 Penularan Wabak Penyakit Berjangkit.

Kemasukan warga asing juga mengancam aspek sosial negara terutamanya dari aspek
kesihatan. Hal ini demikian kerana, terdapat dalam kalangan warga asing yang membawa
penyakit berjangkit masuk ke Malaysia. Keadaan ini berlaku disebabkan kerana mereka tidak
melalui pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum memasuki Malaysia. Malah
kebanyakan warga asing yang datang ke Malaysia berasal daripada negara mundur yang
mana tahap pengawalan kesihatan mereka rendah. Maka keaadan ini menyebabkan tahap
kawalan kesihatan di negara ini terjejas. Hal ini juga mendatangkan kesan kepada rakyat
tempatan. Virus penyakit yang dibawa oleh warga asing ini seterusnya akan menular kepada
rakyat warga tempatan. Jadi taraf kesihatan dalam kalangan warga tempatan akan terjejas. Di
samping itu, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi dalam menangani masalah
penularan wabak penyakit yang dibawa oleh warga asing.

3.2.2 Masalah Penempatan Setinggan.

Kebanjiran warga asing di Malaysia juga akan membawa kepada permasalahan


penempatan setinggan. Masalah penempatan setinggan ini berlaku apabila warga asing
membina penempatan mereka di sesebuah kawasan. Keadaan ini menjejaskan pandang darat
di sesebuah kawasan tersebut. Di samping itu, terdapat juga warga asing yang membina
penempatan secara haram tanpa mendapatkan kebenaran daripada pihak berwajib.
Penempatan yang dibina oleh warga asing ini juga bukan sahaja menjejaskan pandang darat
sesebuah kawasan malah ia turut mengundang pembiakan nyamuk, tikus dan lipas. Hal ini
demikian kerana, kebanyakan penempatan setinggan warga asing didapati kotor dan tidak
diselenggara dengan baik. Contohnya, air dibiarkan bertakung dan mengundang pembiakan
nyamuk AEDES. Bukan itu sahaja, sisa-sisa pepejal juga dibuang begitu sahaja sehingga
boleh mengakibatkan masalah pencemaran. Selain itu, haiwan perosak seperti tikus akan
membawa virus penyakit dan ia menjadi agen penyebaran bagi virus tersebut. Sebagai
contoh, penyebaran virus Leptospirosis atau dikenali sebagai virus kencing tikus yang
berpunca daripada air kencing tikus adalah salah satu virus yang boleh mengancam kesihatan
masyarakat.

4.0 CARA MENGATASI MASALAH LAMBAKAN WARGA ASING

Realitinya kehadiran warga asing yang memiliki perniagaan sendiri nyata


mengundang perasaan tidak selesa di kalangan peniaga-peniaga tempatan. Golongan ini
semakin bermaharajalela apabila mengambil alih kebanyakan premis perniagaan dan kedai
tempatan sama ada secara sewa atau beli.

Isu ini bukanlah bermakna kerajaan menolak sepenuhnya kehadiran warga asing ini
untuk mencari rezeki di Malaysia. Kerajaan juga membuka peluang kepada warga asing
untuk berniaga di Malaysia, tetapi mereka haruslah mematuhi syarat yang ditetapkan. Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara dasarnya tidak mempunyai halangan untuk
membenarkan aktiviti perniagaan dan perdagangan oleh syarikat atau peniaga warga asing
yang mendapat perakuan dan kebenaran daripada agensi penggalakan pelaburan atau pihak
berkuasa kawal selia seperti MITI, KPDNKK, MIDA dan InvestKL. Malah, DBKL juga akan
mempertimbangkan permohonan lesen oleh syarikat atau warga asing dengan melihat kepada
beberapa aspek. Antaranya ialah syarikat perlu berdaftar dengan modal lebih RM1 juta dan
tidak beroperasi di lokasi yang menjadi tumpuan warga asing.

Tetapi warga asing dilarang membuka perniagaan pasar raya atau pasar mini (kurang 3,000
meter persegi), kedai runcit, pasar basah kekal, kedai kaki lima, kedai serbaneka 24 jam dan
stesen minyak. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kesan kebanjiran golongan itu dalam
sektor peruncitan dan perdagangan.

Hakikatnya perkara seumpama ini sukar untuk menemui jalan penyelesaian jika
semua pihak hanya menyerahkan sepenuhnya tugas kepada pihak berkuasa tempatan untuk
bertindak. Pihak berkuasa tempatan sering berkerjasama dengan Jabatan Imigresen dan pihak
Polis dalam melakukan serbuan dan operasi melibatkan warga asing yang menjalankan
perniagaan tanpa lesen sah ini, namun ianya masih lagi tiada penyelesaian.

Sikap rakyat tempatan yang tamak harus diubah agar golongan ini tidak boleh
menguasai ekonomi peniaga kecil di Malaysia. Persatuan peniaga juga harus menghentikan
sikap menuding jari kepada penguatkuasa tempatan. Malah mereka perlu bertindak dengan
melaporkan kehadiran warga asing yang berniaga di premis peniaga tempatan dengan kaedah
menyewakan lesen.

Kerajaan mungkin perlu bertindak lebih tegas dengan mengenakan denda atau saman
kepada persatuan peniaga di setiap kawasan yang tidak melaporkan kehadiran peniaga haram
warga asing ini. Tujuannya supaya semua pihak lebih peka untuk mengambil langkah
membendung perkara seumpama ini.

Selain daripada itu, tindakan tegas seperti menarik balik hak pemilikan kepada
penduduk tempatan yang menyewa atau menjual tanah milik mereka kepada warga asing
perlu di ambil. Hal ini ekoran sikap segelintir penduduk inilah yang menyebabkan faktor
kepada peningkatan jumlah warga asing di Malaysia.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pernah mengeluarkan kenyataan pada Mei


2016, yang pihak mereka hanya mampu ‘melihat saja’ setiap kali mengesan premis
perniagaan di negara ini diuruskan oleh warga asing. Walaupun jelas premis perniagaan
terbabit diurus atau disewa warga asing ketika pemeriksaan dibuat, namun SSM tidak dapat
berbuat apa-apa kerana tiada kuasa mengikut undang-undang untuk memeriksa mereka. SSM
hanya boleh mengeluarkan notis memanggil pemegang lesen perniagaan terbabit ke pejabat
untuk siasatan mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197).

Oleh itu, kerajaan mungkin boleh memberi ‘kuasa’ kepada SSM untuk bertindak
menahan warga asing yang didapati menyewa permis perniagaan milik rakyat tempatan.
Malah, pemegang lesen tempatan juga perlu dikenakan tindakan dengan menarik semula hak
pelesenan mereka tanpa boleh memperbaharui lesen perniagaan untuk seumur hidup.
Hakikatnya, isu ini perlu diselesaikan dengan mengambil tindakan tegas kepada pihak
yang terlibat kerana angkanya kian bertambah. Antara awal Januari sehingga Februari 2018,
Jabatan Imigresen sudah menahan 8,903 PATI atas pelbagai kesalahan termasuklah salah
guna permit pekerjaan. Daripada jumlah angka yang besar itu, lebih 1,000 kesalahan berkait
dengan perniagaan seperti kedai makan, permis perniagaan dan pasar.

Justeru, usaha untuk membanteras peniaga asing yang berniaga secara tidak sah di
negara ini mestilah dilkaukan secara berterusan oleh pihak imigresen, pihak berkuasa
tempatan termasuk orang ramai. Pada masa sama, jangan buka terlalu banyak peluang untuk
mereka berniaga. Orang tempatan mestilah menyedari dan mengambil peluang perniagaan di
negeri ini yang sangat luas seperti menjual makanan, kedai runcit, pakaian dan sebagainya.
Warga tempatan mestilah merebut peluang ini dan janganlah membiarkan isu ini menjadi
parah sehingga suatu masa nanti warga asing menguasai ekonomi negara sehingga boleh
menjejaskan punca pendapatan rakyat Malaysia.

5.0 CADANGAN DASAR AWAM

5.1 Akta/peraturan yang ketat harus dipatuhi.

Bagi mengatasi permasalah yang dihadapi mengenai isu ini akta / peraturan yang ketat
harus dipatuhi. Ianya bagi memastikan pas residen dan pas lawatan yang dikeluarkan secara
haram mendapat pemantauan daripada pihak yang terlibat ianya bagi memastikan sindiket
pemalsuan dokumen tidak akan berulang di masa hadapan. Sesuatu peraturan yang
diwujudkan perlu dipantau dan dikuatkuasakan.Oleh itu penguat kuasa amat diperlukan bagi
memastikan peraturan sentiasa dipatuhi.peraturan-peraturan yang ketat perlu diberikan
kepada mereka yang terlibat.Penguatkuasaan undang-undang semata-mata tidak memadai
untuk mengatasi masalah berkenaan sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak terutama
agensi berkaitan bagi menentukan setiap dokumen yang dikemukakan adalah sah.

5.2 Hukuman yang sewajar dikenakan.

Hukuman yang sewajarnya perlu dikenakan terhadap ejen-ejen haram yang


melakukan pemalsuan dokumen bagi membolehkan warga asing masuk ke negara ini bagi
mendapatkan pekerjaan.Hukuman yang dikenakan adalah bertujuan bagi memberikan
kesedaran kepada masyarakat agar perkara sedemikian tidak berulang lagi. Hukuman ini juga
akan dapat menginsafkan si pesalah. Hukuman yang dikenakan juga adalah bagi memastikan
negara sentiasa berada dalam keadaan selamat dan aman sekaligus memastikan agar tidak
akan wujud lagi sindiket pemalsuan dokumen pada masa akan datang.Seperti yang kita
ketahui hukuman yang dikenakan oleh individu yang terlibat dalam pemalsuan dokumen
adalah dua tahun penjara atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.Keadaan ini adalah
tidak cukup untuk menyedarkan si pesalah, sebaliknya hukuman yang lagi berat perlu
dikenakan kepada mereka kerana tindakan pemalsuan dokumen merupakan perbuatan
jenayah yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

5.3 Pemantauan daripada pihak terlibat.

Isu pemalsuan dokumen sememangnya tidak harus dipandang ringan oleh pihak-pihak
yang terlibat. Kelalaian dalam mengatasi isu ini akan menjadikan ianya masalah besar.Oleh
itu pemantauan perlu dilakukan dengan lebih kerap bagi membendung permasalahan
ini.Semua pihak perlu memainkan peranan.Sebagai contoh, pegawai-pegawai yang bertugas
sebagai petugas kaunter hadapan perlu dipantau bagi memastikan mereka melaksanakan
tugas amanah.Pihak atasan perlu memainkan peranan dalam memantau pegawai-pegawai
tersebut.Pihak atasan juga perlu memastikan pegawai-pegawai sentiasa ditukarkan setiap tiga
bulan daripada bertugas di kaunter, ianya bagi mengelakkan penyelewangan berlaku serta
rasuah dalam kalangan petugas kaunter.

Disamping itu juga syarikat-syarikat yang akan mengambil warga asing ini perlu
meneliti setiap dokumen warga asing yang memohon pekerjaan di tempat mereka. Kelalaian
bakal majikan akan menyebabkan warga asing akan mudah memperoleh kerja walaupun
hanya mengunakan dokumen palsu.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kebanjiran warga asing di Malaysia banyak memberi kesan terhadap


aspek ekonomi dan sosial. Kemasukan warga asing yang terlalu ramai ke Malaysia ini adalah
disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara salah satu faktor yang menjadi pendorong
kemasukan warga asing ke Malaysia ialah peluang pekerjaan yang banyak terdapat di dalam
negara ini. Ketersediaan peluang pekerjaan yang banyak ini telah menarik minat warga asing
untuk bermigrasi ke Malaysia. Kebanyakan warga asing yang mencari peluang pekerjaan di
Malaysia kebiasaannya datang daripada negara mundur dan kurang maju seperti India,
Bangladesh, dan Indonesia. Kemasukan warga asing tanpa kawalan akan mengakibatkan
pelbagai masalah negatif berlaku khususnya dari aspek ekonomi dan sosial. Dari aspek
ekonomi, negara terpaksa menanggung kadar pengangguran yang tinggi. Apabila kadar
pengangguran dalam negara melebihi paras 4%, maka negara dianggap tidak mencapai guna
tenaga penuh. Selain itu, kebanjiran warga asing dalam negara juga menyebabkan berlakunya
aliran wang keluar ke luar negara. Hal ni berlaku apabila warga asing mengirim wang ke
negara asal mereka. Aliran wang keluar yang banyak akan menyebabkan negara mngalami
kekurangan modal dan ekonomi negara turut terjejas.

Di samping itu, kebanjiran warga asing juga mendatangkan kesan negatif kepada
aspek sosial dalam negara. Lambakan warga asing dalam negara menyebabkan kadar jenayah
meningkat. Hal ini seterusnya mengancam keselamatan negara dan masyarakat tempatan.
Sektor pelancongan juga akan turut terjejas kerana pelancong berasa terancam untuk datang
ke Malaysia. Jadi pendapatan negara akan berkurangan. Seterusnya, kemasukan warga asing
ke Malaysia juga akan menyebabkan penularan wabak penyakit berjangkit. Hal ini demikian
kerana, terdapat segelintir warga asing yang datang ke Malaysia tanpa melakukan kawalan
pemeriksaan kesihatan. Kesannya, kerajaan terpaksa mengeluarkan dana yang banyak untuk
mencegah wabak penyakit ini daripada merebak. Bukan itu sahaja, pertembungan antara
budaya asing dengan tempatan juga akan tercetus.

Oleh itu, kemasukan warga asing ke Malaysia perlu dikawal oleh pihak berwajib agar
masalah-masalah yang sedia ada tidak terus berleluasa. Pelbagai langkah tegas perlu diambil
dalam menangani kebanjiran warga asing di Malaysia. Kerajaan perlu menguatkuasakan
undang-undang yang sedia ada dan mengenakan denda yang maksimum kepada warga asing
yang masuk ke Malaysia secara haram. Kerajaan juga perlu memperketatkan kawalan di
pintu masuk yang disyaki digunakan oleh warga asing sebagai lorong tikus untuk masuk ke
Malaysia.
7.0 BIBLIOGRAFIi

Ahmad Idris. (1988). Dasar Ekonomi Baru. Selangor: IBS Buku.


Hadow & Patrick. (1914). Labour Condition In Malaya. Filinal Albrecht & Co. Weltevredea.

Hakimi Ismail. (2014). Kebanjiran Pekerja Asing Di Malaysia Sangat Serius. Diakses pada
Oktober 30, 2015, daripada
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kebanjiran-pekerja-asing-8232-di-malaysia
sangat-serius-1.23718.

Mohamad Khalid Hj. Sharif. (2014). Kawalan Pekerja Asing Di Malaysia. Diakses pada
Oktober 29, 2015, daripada
http://www.kdn.gov.my/index.php/ms/kenyataan-media-akhbar/1976-kawalan-pekerja-asing-
di-malaysia.’

Nik Hashim Nik Mustapha. (1989). Dasar Ekonomi Malaysia. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Rusniah Ahmad, Mohamed Naiem Ajis & Saadon Awang. (2014). Permasalahan Pendatang
Tanpa Izin Ke Malaysia Dari Aspek Sosial dan Perundangan. Diakses pada Oktober 29,
2015, daripada
http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/11/2-Permasalahan-
PATI.pdf.

Sinar. (2015). Kawal Lambakan Pekerja Asing Di Malaysia. Diakses pada Oktober 30, 2015,
daripada
http://www.sinarharian.com.my/rencana/kawal-lambakan-pekerja-asing-di-malaysia-
1.367135.

Siti Hadijah Che Mat, Fauzi Hussin, Mohd Razani Mohd. Jali. (2003). Ekonomi Malaysia.
Bentong, Pahang Darul Makmur: PTS Publication & Distributors.

You might also like