You are on page 1of 5

Malaysia telah mencapai kemerdekaan hampir 62 tahun.

Dalam tempoh
tersebut sistem pentadbiran awam di negara ini telah berjaya membentuk
kerangka kerja yang berkualiti hasil daripada usaha bersungguh-sungguh enam
orang Perdana Menteri Malaysia yang berkaliber dan berwawasan. Komiten
tokoh-tokoh ini telah membantu menyediakan landasan kepada perkhidmatan
awam untuk menjadi sebuah negara yang cemerlang, terbilang dan gemilang
dalam menuju Wawasan 2020.

Kakitangan awam yang berjumlah hampir satu juta orang di Malaysia


merupakan kumpulan sumber tenaga kerja penting dalam pembangunan negara.
Jumlah tenaga kerja yang besar ini mempunyai peranan sebagai pemangkin
kepada pertumbuhan ekonomi domestik di samping dominan dalam
menentukan halatuju kemajuan Negara

Menyedari akan hakikat inilah, peranan kakitangan awam perlu dilihat secara
menyeluruh. Imej stereotaip kakitangan awam yang sering dilabelkan sebagai
tidak produktif dan inovatif, lambat, tidak mesra pelanggan dan penuh dengan
unsur-unsur birokrasi perlulah diperbetulkan. Kakitangan awam hendaklah
merenung diri akan peranan dan tanggungjawab sebenar mereka dalam
pembangunan negara. Kakitangan awam tidak boleh menjadi seperti ‘dinasour’
yang dulunya dikagumi tetapi kini tidak lagi bersesuaian dengan zamannya

LATAR BELAKANG PROGRAM GERAKAN BUDAYA KERJA


CEMERLANG

Program gerakan budaya kerja cemerlang telah dilancarkan penghujung tahun


1989, iaitu pada 27 November 1989. Umumnya pembentukan Gerakan Budaya
Kerja Cemerlang adalah merupakan salah satu tujuan panduan tentang strategi-
strategi peningkatan kualiti dalam perkhidmatan awam. Selain itu menerusi
gerakan ini, kerajaan berharap bahawa satu budaya kerja cemerlang di kalangan
pihak berkuasa dan para pekerja dapat dibentuk dan dijadikan sebagai amalan
hidup. Bersamaan tujuan itu, tujuh lagi program tambahan turut diperkenalkan.
Hal ini adalah bagi meningkatkan mutu kualiti para pekerja dalam agensi
tertentu jesturu dapat memantapkan etika dalam diri setiap kakitangan sektor
awsektor awam. Antara nilai-nilai yang ditekan dalam Gerakan Budaya Kerja
Cemerlang ialah seperti amanah, integriti, kualiti dan berdisplin. Manakala
tujuh program berkenaan lebih menumpukan kepada peningkatan kualiti
perkhidmatan atau keluaran agensi-agensi dan perkhidmatan awam secara
keseluruhannya.

“Kualiti adalah sesuatu keadaan yang cemerlang atau amat baik tetapi kebaikan
itu tidak terhad atau tetap pada sesuatu tahap. Ianya tidak statik. Ia bergerak
sepanjang masa. Justeru itu, apabila sahaja kita mencapai kualiti yang kita
mendapati ada lagi kualiti yang lebih yang mesti kita kejar. Setelah kita
mengejar dan mencapai kualiti yang baru menjadi matlamat kita, sekali lagi kita
mendapati ada lagi kualiti yang lebih baik daripada itu yang perlu kita kejar.
Dengan itu, usaha kita tidak berhabis-habisan dan tidak ada hadnya serta kita
perlu mengejar kualiti sepanjang masa.”

Berikut merupakan petikan kata-kata YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir bin
Mohammad, Perdana Menteri ketika itu semasa beliau melancarkan gerakan
budaya kerja cemerlang. Dengan memahami tujuan gerakan budaya kerja
cemerlang adalah untuk membina masyarakat yang sentiasa mengutamakan dan
mementingkan kualiti dalam segala usaha. Kakitangan sektor awam juga
hendaklah menerap nilai-nilai utama yang terkandung dalam peraturan-
peraturan perkhidmatan.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KUALITI


KAKITANGAN SEKTOR AWAM BAGI MENJAMIN ETIKA KERJA

Proses peningkatan kualiti hendaklah dianggapkan sebagai satu proses yang


berterusan dan tiada titik penghabisan. Kualiti bukan sahaja di nilai berdasarkan
daya pengeluaran atau penghasilan serta perkhidmatan yang diberi, tetapi juga
diukur dalam semua kegiatan, tingkah laku dan pekerjaan yang dibuat oleh
seseorang itu. Sehubungan itu beberapa langkah atau aktiviti telah disusun bagi
mewujudkan budaya kerja yang berteraskan kualiti dalam kalangan kakitangan
sektor awam. Aktiviti berikut adalah seperti ;
6.1 Anugerah Kualiti Perdana Menteri

Kerajaan telah memberi Anugerah Kualiti Perdana Menteri sebagai satu tanda
penghargaan kepada semua agensi yang telah menunjukkan prestasi cemerlang
dalam tahun yang berkenaan. Anugerah ini akan disampaikan setiap tahun pada
sembilan November sempena Hari Kualiti Sedunia. Satu lagi keistimewaan
anugerah ini ialah pemenangnya akan dijadikan model dalam pengurusan
kualiti. Kejayaan ini akan diberikan publisiti yang meluas di dalam
perkhidmatan awam. Jelas melalui langkah ini, adalah diharapkan bahawa
agensi-agensi perkhimatan awam dapat mengambil iktibar dan teladan
seterusnya mempertingkatkan pengurusan kualiti di Jabatan dan Agensi masing-
masing.

6.2 Panduan Pengurusan dan Peningkatan Kualiti Dalam Sektor Awam

Panduan ini menjadi rujukan asas kepada agensi-agensi kerajaan dalam usaha
mereka untuk menghasilkan perkhidmatan dan keluaran yang berkualiti.
Berpandukan kepada Panduan tersebut, kementerian-kementerian dan jabatan-
jabatan adalah dikehendaki menyediakan Panduan Pengurusan dan Peningkatan
Kualiti masing-masing.

6.3 Bengkel-bengkel Latihan

Beberapa Bengkel Pengurusan dan Peningkatan Kualiti telah diadakan bagi


Penyelaras-penyelaras Kualiti dan Produktiviti dan Pasukan-pasukan Petugas
mereka. Selepas menghadiri latihan ini, Penyelaras-penyelaras Kualiti dan
Produktiviti serta Pasukan-pasukan Petugas mereka adalah dikehendaki
melaksanakan usaha-usaha peningkatan kualiti di agensi masing-masing. Selain
itu mereka juga perlu melatih dan mendidik pegawai-pegawai dan staf di bawah
jagaan mereka tentang pengurusan yang berkualiti.
6.4 Ceramah dan Perbincangan

Ceramah-ceramah dan perbincangan-perbincangan mengenai pengurusan dan


peningkatan kualiti dalam perkhidmatan awam hendaklah diberikan iaitu
bertujuan untuk membantu meningkatkan lagi kesedaran agensi-agensi ini
tentang pengurusan kualiti.

6.5 Penngunaan Nota Serah Kerja

Salah satu daripada peraturan yang wajar diberi perhatian untuk


mencapai continuity dalam perkhidmatan awam adalah penggunaan nota serah
tugas bagi pegawai-pegawai yang terlibat dengan pertukaran, khasnya Ketua-
ketua Jabatan yang mempunyai kuasa tertentu.

6.6 Sistem Pengiktirafan

Satu lagi dari kriteria yang penting untuk menuju ke arah peningkatan kualiti di
dalam sesebuah jabatan atau agensi adalah sistem pengiktirafan bagi kakitangan
yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Sistem pengukuran
merit adalah penting dalam pengurusan sumber tenaga manusia. Bagi tujuan
kenaikan pangkat, sistem pengukuran merit adalah berasaskan kepada
kecekapan, sifat peribadi termasuk keutuhan, kelulusan dan pengalaman yang
sesuai dengan jawatan serta kekananan hanya akan diambil kira sekiranya
terdapat dua atau lebih pegawai yang mempunyai kebolehan yang sama. Selain
itu fakor kesesuaian dan penerimaan juga adalah penting bagi sesetengah
jawatan yang tertentu.

6.7 Pita Video Kualiti

Ia adalah penyediaan sebanyak dua video klip berkenaan pengurusan berkualiti


dan digunakan sebagai bahan latihan bagi Bengkel Pengurusan Kualiti. Pita-pita
video ini adalah berjudul “Ke Arah Perkhidmatan Awam Yang Produktif” dan
“Pengurusan Produktiviti Dan Kualiti Yang Berkesan”.
6.8 Pengumuman Melalui Televisyen

Bagi meningkatkan lagi kesedaran serta menerapkan quality cosciousnessdalam


kalangan orang ramai, tiga pengumuman telah disiarkan melalui televisyen.
Pengumuman-pengumuman tersebut bertajuk :

· Kualiti Memenuhi Kehendak Pelanggan

· Kualiti Melalui Pencegahan

· Kos Tidak Memenuhi Kehendak Pelanggan

6.9 Siri Panduan Pengurusan Kualiti

Sebagai sebahagian daripada usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran dan


pengetahuan tentang kualiti serta menunjukkan cara-cara yang praktikal untuk
mengurus kualiti dan produktiviti secara berkesan, satu siri Panduan Pengurusan
Produktiviti telah disediakan. Panduan-panduan ini telah diedarkan kepada
semua Ketua Setiusaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan.

Rumusannya menerusi langkah-langkah serta beberapa aktiviti yang


disenaraikan adalah diharapkan dapat meningkatkan tahap kualiti kakitangan
sektor awam umumnya dan membimbing mereka melaksanakan tanggungjawab
dengan penuh beretika khususnya.

You might also like