You are on page 1of 8

TEMA 3 : KESELAMATAN DAN PERTAHANAN

OLEH : MOHD FAISAL BIN BALANI

TAJUK : LATAR BELAKANG DAN SUMBANGAN PENGAWAL


KESELAMATAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UMAS-
UMAS TAWAU PADA 2010 HINGGA 2014

PENGENALAN

Peranan Pengawal Keselamatan di Malaysia sudah lama bertapak sejak zaman

Penubuhan Malaysia lagi atau mungkin lebih awal daripada itu. Penampilan yang tidak

menarik dipadankan dengan pakaian seragam kuning seperti ‘bush jacket’ dan jawatan

yang paling bawah dalam sektor awam yang layak dipohon oleh golongan yang tercicir

akademik dan juga pesara tentera. Di antara jabatan kerajaan yang menggunakan

perkhidmatan ini ialah hospital, sekolah dan lain-lain. Pengawal Keselamatan

merupakan orang yang berkerja untuk mengawal dan menjaga keselamatan seseorang

dan benda-benda yang penting. Pengawal Keselamatan penting untuk menjaga

keselamatan nyawa dan harta benda. Risiko pekerjaan ini tinggi kerana mereka

terdedah untuk ditembak, dipukul dan dicaci maki oleh pengunjung, perompak dan

orang yang tidak dikenali.


OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejarah penubuhan Pengawal

Keselamatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-umas Tawau. Kajian ini dapat

menerangkan kepada penduduk setempat supaya mereka dapat mengetahui sejarah

penubuhan Pengawal Keselamatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-umas

Tawau.

Objektif kajian ini juga adalah untuk mengkaji sejauhmanakah peranan yang

dilakukan oleh pengawal keselamatan dalam menjamin keselamatan Sekolah Menengah

Kebangsaan Umas-umas Tawau.

Kajian ini juga dijalankan untuk mengkaji sumbangan Pengawal Keselamatan

dalam menjamin kesejahteraan Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-umas Tawau. Hal

ini bertujuan untuk menyedarkan para penduduk setempat berkenaan sumbangan

Pengawal Keselamatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-umas Tawau

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejarah penubuhan Pengawal

Keselamatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-umas Tawau. Hal ini kerana,


penubuhan Pengawal Keselamatan dapat dikaitakan dengan aspek keselamatan sekolah

Menengah kebangsaan Umas-umas Tawau.

Kajian ini juga dilaksanakan untuk mengkaji peranan yang dijalankan oleh

Pengawal Keselematan dalam tempoh kajian. Oleh yang demikian, kajian ini dapat

melihat cabaran yang dihadapi oleh Pengawal Keselamatan dalam menjalankan tugas.

Seterusnya, kajian ini dijalankan untuk meninjau sumbangan-sumbangan yang

telah diberikan oleh pasukan Pengawal Keselamatan dalam menjamin kesejahteraan dan

keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-umas Tawau.

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga aspek, iaitu kawasan kajian, tempoh

kajian dan aspek yang dikaji. Kawasan kajian ini berfokuskan di Sekolah Menengah

Kebaangsaan Umas-umas Tawau yang terletak di Felda umas-umas Tawau.

Tempoh kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 2010 sehingga 2014. Tempoh

kajian selama 5 tahun ini dipilih kerana berlakunya perkembangan yang pesat dalam

aspek sumbangan yang diberikan oleh pasukan Pengawal Keselamatan di Sekolah

Menengah Kebangsaan Umas-umas Tawau.


Manakala aspek yang dikaji pula terdapat 3 aspek yang difokuskan iaitu sejarah

awal penubuhan pengawal keselamatan sekolah, peranan pasukan pengawal keselamatan

tersebut dan sumbangan yang telah diberikan oleh pasukan pengawal keselamatan

kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Uman-umas Tawau.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Secara umumnya terdapat banyak kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-

pengkaji terdahulu berkaitan dengan keselamatan Negara. Antaranya adalah penulisan

yang dihasilkan oleh Syed Othman Syed Omar, bertajuk “Pahlawan Angkatan Tentera

Malaysia: Satu pemerhatian dari sudut keselamatan”. Penulisan ini menjelaskan

berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada tahun 1973 hingga 1984.

Karya ini banyak menerangkan tentang keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,

kerana karya ini banyak menjamin keselamatan terhadap rakyat. Pengajaran dalam buku

ini amat menarik untuk di contohi lebih-lebih lagi orang yang ingin mengkaji buku ini.

Oleh itu, rujukan ini memudahkan pengkaji untuk menghasilkan kajian berdasarkan

rujukan daripada buku tersebut.

Selain itu, kajian tentang perjuangan orang-orang dahalu. Yang dihasilkan oleh

Mohd Faizal Bin Jamil yang bertaju ‘Kataris Perjuangan’. Buku ini menceritakan tentang
Pemberontakan rakyat Sarawak menentang Pangeran Mahkota, penabalan James Brooke

sebagai Raja Sarawak yang pertama, pemberontakan orang Cina, pendudukan tentera

Jepun dan pemberontakan terhadap pemerintahan "Crown Colony" memberikan

gambaran betapa negeri Sarawak berdepan dengan pelbagai cabaran sebelum muncul

sebagai negeri maju di Pulau Borneo. Buku ini memudahkan pengkaji untuk membuat

kajian kerana buku ini selari dengan tema kajian iaitu keselamatan dan ketenteraan.

Rujukan ini sangat menerangkan tentang tanggungjawab dan tugas yang perlu

dilaksanakan sesuai dikaitkan dengan Pengawal Keselamatan. Oleh itu, kajian ini

menarik untuk dikaji.

KAEDAH KAJIAN

Terdapat dua kaedah kajian yang digunakan dalam membuat kajian ini. Bagi

menjalankan kajian pengkaji menggunakan dua kaedah untuk mendapatkan maklumat.

Antaranya ialah kaedah kepustakaan seperti merujuk buku-buku ilmiah dan buku-buku

kajian yang lepas. Kaedah kepustakaan ini dijalankan bagi memudahkan pengkaji untuk

mendapatkan sumber sekunder.

Selain itu, pengkaji juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temu bual.

Soalan-soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini. Pengkaji
akan menjalankan temu bual dengan ketua pasukan Pengawal Keselamatan, dua orang

ahli pasukan Pengawal Keselamatan dan beberapa guru di SMK Umas-umas Tawau.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhannya, kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian

pengenalan, isi dan kesimpulan. Bahagian pengenalan ia akan menjelaskan berkaitan

latar belakang dan maksud pengawal keselamatan di SMK Umas-Umas Tawau.

Pada bahagian isi pula, pengkaji membahagikan fokus kepada tiga bahagian iaitu,

sejarah awal penubuhan pada bahagian pertama, seterusnya pada bahagian kedua peranan

yang dimainkan oleh Pengawal Keselamatan tersebut dan pada bahagian yang terakhir

pengkaji akan menjelaskan berkaitan dengan sumbangan-sumbangan yang telah

diberikan oleh pasukan Pengawal Keselamatan ini kepada Sekolah Menengah

Kebangsaan Umas-umas Tawau

Pada bahagian kesimpulan pula, penulis akan merumus hasil kajian berkenaan.
PENUTUP

Pengkaji berharap agar dapat membantu pengkaji-pengkaji akan datang untuk

menambah maklumat bagi menghasilkan karya yang lebih banyak berkaitan tajuk

keselamatan dan pertahanan ini.


Bibliografi

Sumber Primer
Laporan prestasi kerja pengawal keselamatan di Smk Umas-Umas Tawau pada tahun 2010
hingga 2014

Sumber Sekunder
Jamil, Mohd Faizal Bin. 2007. Kataris Perjuangan . Selangor Darul Ehsan: Perpustakaan
Negara Malaysia.
Othman, Syed Omar Syed. 1993. Pahlawan Angkatan Tentera. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Sumber Lisan
Temubual dengan ketua Pengawal Keselamatan Smk Umas-Umas Tawau
Temubual dengan dua orang Pengawal Keselamatan Smk Umas-Umas Tawau
Temubual dengan Pengetua Smk Umas-Umas Tawau

You might also like