You are on page 1of 27

1.5.3.

Daya tampung
Persekitaran Fizikal
DAYA TAMPUNG PERSEKITARAN FIZIKAL

Daya tampung persekitaran fizikal bermaksud keupayaan persekitaran fizikal @


sumber alam di sesebuah kwsn dlm menyokong @ menampung keperluan
penduduk di sesebuah kawasan bagi memenuhi kehidupan dan pembangunan
yang berterusan. Contohnya,  daya tampung sumber petroleum di Malaysia
dijangka tamat pada tahun 2024.  Daya tampung sumber hutan di Malaysia tidak
lagi berupaya memenuhi permintaan sektor pembinaan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi daya tampung sumber
alam.

i)Kuantiti dan kualiti sumber alam (tanah, hutan dan mineral):


Kuantiti & kualiti sumber alam yg menjadi asas penting utk menjamin daya
tampung berterusan. Contohnya, Malaysia mampu menampung keperluan
makanan penduduknya kerana adanya sumber tanah yg subur utk menjalankan
kegiatan pertanian berbanding dgn negara Somalia yg mengalami krisis kerana
tidak mampu mengusahakan pertanian akibat oleh tanah yg tidak subur.
ii)Teknologi (hutan dan mineral):
Teknologi penting utk membolehkan daya tampung sumber alam dieksplotasi.
Tahap teknologi yg rendah menyebabkan sumber hutan & kawasan tanah tidak
mampu dibangunkan dgn cekap. Contohnya, di Kalimantan , Indonesia sumber
alam hanya tersimpan sebagai stok walaupun penduduk di negara tersebut
memerlukan sumber berkenaan utk menampung kehidupan mereka.
Faktor-faktor yang mempengaruhi daya tampung sumber
alam.
iii) Pengurusan sumber cekap dan sistematik (hutan dan mineral):
Pengurusan sumber yg cekap & sistematik membolehkan daya tampung sumber
alam sentiasa berterusan . Contohnya,Malaysia menguruskan hutan secara lestari
melalui projek perladangan hutan kompenstori dan rawatan silvilkultur.
Pelaksaanaan ini menjamin keberterusan bekalan kayu utk generasi masa hadapan,
mengekalkan fauna & flora sbg sumber warisan & mengekalkan kawasan tadahan
utk bekalan sumber air bersih.
iv)Jumlah penduduk (tanah):
Keupayaan daya tampung sumber alam pd tempoh tertentu bergantung kpd
jumlah penduduk di sesebuah kawasan @ negara. Contohnya Kuala Lumpur,
Malaysia yang mempunyai penduduk yang padat yang disebabkan oleh ramai
penduduk & kawasan tanah yang kecil.
Keseimbangan Sistem (Ekosistem)

• Komponen alam sekitar fizikal berada dlm 1 sistem yg wujud interaksi antara satu
dengan satu yg lain.
• Alam sekitar fizikal mempunyai angkubah,tenaga,bahan dan sempadan sbg 1
system
• Setiap angkubah berfungsi& bertindak balas secara positif @ negatif antara satu
sama lain utk mencapai keseimbangan apabila system diganggu
Keseimbangan Sistem (Ekosistem)

Namun begitu, proses utk mencapai keseimbangan ini memerlukan tempoh masa
yg lama. Contohnya:
a)Gangguan terhadap sumber yg boleh diperbaharui (sumber hutan).
i.Ekosistem hutan terjejas apabila berlakunya gangguan terhadap hutan primer
sama ada secara semula jadi @ tindakan manusia.
ii.Gangguan yg berlaku menyebabkan ekosistem hutan mengalami perubahan
melalui pemulihan kendiri, iaitu drpd hutan primer kpd hutan sekunder & kembali
semula kpd hutan primer.
iii.Pemulihan kendiri memerlukan tempoh yg panjang & mungkin tidak sempat
dinikmati oleh generasi tertentu.
Keseimbangan Sistem (Ekosistem)

b)Gangguan terhadap sumber yg tidak boleh diperbaharui (sumber tenaga)


i.Pengurusan yg sistematik & berhemah terhadap sumber tenaga (petroleum dan
gas asli) dpt memastikan ekosistemnya seimbang.
ii.Sumber alternatif (tenaga hidroelektrik, tenaga solar dan tenaga biomas) perlu
dimajukan supaya kebergantungan terhadap sumber yg diancam kepupusan dpt
dikurangkan
iii.Utk memajukan sumber alternatif, Malaysia perlu meningkatkan keupayaan
tahap teknologi & modal.
iv.Tahap teknologi yg sedia ada juga perlu diubah suai supaya dpt menggunakan
sumber alternatif tersebut.
Keseimbangan ekosistem dpt dicapai melalui usaha berikut:

i)Pemeliharaan :
-Memelihara alam sekitar dari kerosakan& kerosakan& tidak menunggu proses baik
pulih. Contohnya mengadakan hutan simpan kekal.
ii)Pengurusan sistematik:
-Pengurusan merupakan proses melindungi, mengawal selia dan memelihara sumber.
-Pengurusan ekosistem yg sistematik & berhemah bgi mengekalkan ekosistem.
Contohnya menghadkan pengeluaran sumber yang tidak boleh diperbaharui.
iii)Penggunaan sumber gantian:
-Membangunkan sumber tenaga gantian kpd tenaga fosil seperti tenaga solar, tenaga
biomas, tenaga angin dan tenaga ombak.
Keseimbangan ekosistem dpt dicapai melalui usaha berikut:

-Penggunaan sumber tenaga gantian bgi memastikan daya tamping tenaga fosil yg
berterusan.
iv)Pembangunan lestari:
-Pembangunan yg digabungkan dgn pemeliharaan & pemuliharaan alam sekitar.
-Pembangunan yg disertai dgn usaha membaik pulih sumber seperti air, hutan,
tenaga, mineral dan sebagainya.
Kesan Pertumbuhan dan Tumpuan penduduk terhadap Alam
sekitar
Kesan terhadap alam sekitar fizikal :
1)Kesan terhadap sistem Geomorfologi:
a)Pembinaan petempatan, tapak perindustrian & jln raya di cerun bukit
i)Pembinaan petempatan, tapak perindustrian & jln raya di lereng cerun bukit
mengakibatkan tanah runtuh
ii)Pemotongan susuh bukit, penebangan tumbuh-tumbuhan litup bumi &
penarahan lereng-lereng bukit perlu dilakukan utk kerja-kerja binaan tersebut.
iii)Penebangan pokok di cerun bukit mengakibatkan tanah dihakis-angkut &
diruntuhkan oleh Gerakan jisim. Hal ini berLku disebabkan:
-Ketiadaan cegatan silara utk menahan titisan air hujan
-Ketiadaan akar pokok utk meneruskan kejelekitan ketara tanah
-Ketiadaan akar pokok utk mencengkam & mengikat butiran tanah
Kesan Pertumbuhan dan Tumpuan penduduk terhadap Alam
sekitar
iv)Keseimbangan cerun terganggu apabila lereng @ kaki bukit dipotong. Hal ini
terjadi akibat:
-Meningkatnya tegasan ricih pd jisim batuan @ regolit di atas permukaan cerun.
Keadaan ini seterusnya mengakibatkan tanah runtuh.
-Sebagai contoh, kes Highland Towers dan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa,
Kuala Lumpur.
b) Aktiviti pertanian di lereng bukit
i)Aktiviti pertanian di kwsn cerun akan mempercepatkan kadar hakisan cerun.
ii)Contohnya, kerja-kerja membajak & meratakan cerun di Tanah Tinggi Cameron
utk penanaman teh, sayur-sayuran dan strawberi.
iii)Amalan pertanian yg berikut perlu diutamakan oleh petani sekiranya
menjalankan aktiviti pertanian di lereng bukit.
-Menggunakan kaedah teresan
Kesan Pertumbuhan dan Tumpuan penduduk terhadap Alam
sekitar
-Menanam tumbuhan litup bumi
-Membina system perparitan yg sempurna
iv)Jika kaedah ini tidak dilaksanakan, lepasan tanih yg subur dihakis-angkut oleh
larian air permukaan & dimendapkan di kawasan tanah rendah
v)Kesannya kesuburan tanih di Kawasan cerun semakin merosot & kestabilan cerun
terganggu.
c)Permintaan penduduk terhadap kediaman mewah,hotel,resort,pdg golf dan
lebuh raya.
i)Utk memenuhi permintaan penduduk, cerun bukiy dipotong, ditarah dan
diratakan
ii)Cerun yg terganggu tidak akan stabil & meningkatkan kadar hakisan kerana
ketiadaan tumbuh-tumbuhan litup bumi & struktur tanih yg longgar.
Kesan Pertumbuhan dan Tumpuan penduduk terhadap Alam
sekitar
2)Kesan terhadap Sistem Hidrologi
a)Aktiviti penyahhutanan
i)Aktiviti penyahhutanan menjejaskan sistem hidrologi. Gangguan terhadap system
hidrologi akan mengakibat Kawasan tadahan air terjejas
ii)Gangguan terhadap Kawasan tadahan akan mengakibatkjan kapasiti takungan air
di kwsn empangan akan berkurang
-Bekalan air bersih utk penduduk berkurang
-Bekalan air utk sector perindustrian terjejas
-Penajanaan tenaga Hidroelektrik tidak dpt dijalankan
b)Aktiviti penurapan muka bumi utk pembinaan jln raya @ laluan pejalan kaki di
kawasan bandar
i)Aktiviti ini telah menyebabkan keupayaan kadar susupan air hujan ke dlm tanah
terhalang.
Kesan Pertumbuhan dan Tumpuan penduduk terhadap Alam
sekitar
ii)Halangan akan mengakibatkan kuantiti larian air permukaan Ketika berlakunya
hujan bertambah
iii)Banjir kilat boleh berlaku disebabkan keadaan ini.
iv)Kesannya manusia terpaksa menanggung kemusnahan akibat drpd kerosakan harta
benda & memperuntukkan wang bgi kerja-kerja pemulihan
c)Aktiviti perindustrian mengubah kualiti hidrologi khususnya di kwsn bandar
i)Aktiviti perindustrian menagakibatkan kesan pd skala mikro @ makro terhadap
system hidrologi.
ii)Kesan-kesan tersebut seperti pencemaran air(sungai,laut & air bwh tanah) dan air
hujan (hujan asid)
iii)Contohnya, system sungai & takungan air di bandar tercemar akibat drpd
pembuangan bahan-bahan toksik ke dlm sungai.
iv)Sistem saliran sungai seterusnya membawa bahan-bahan ini alu dienapkan di kwsn
laut @ tasik
Kesan Pertumbuhan dan Tumpuan penduduk terhadap Alam
sekitar
d)Pembuangan sisa kumbahan & domestic ke dlm sungai yg menyebabkan:
i)Jumlah kandungan oksigen dlm air berkurang
ii)Kandungan bakteris E.Coli meningkat
e)Aktiviti pertanian menjejaskan system hidrologi. Tindakan manusia membuang &
menyalirkan racun serangga (DDT) ke dlm sungai menyebabkan fungsi sungai
sebagai rantaian ekosistem akuatik terganggu.
3)Kesan terhadap Sistem Atmosfera
a)Penggunaan klorofluorokarbon (CFC)
i)CFC dingunakaan dlm industry pembuatan penghawa dingin,aerosol dan peti ais.
ii)Penggunaan CFC menyebabkan lapisan ozon menipis.
b)Pembebasan gas karbon dioksida (CO2) oleh kenderaan & industry.
-Gas CO2 yg dibebaskan oleh kenderaan & industry menyebabkan kesan rumah
hijau
Kesan Pertumbuhan dan Tumpuan penduduk terhadap Alam
sekitar
-Kesan rumah hijau seterusnya menyebabkan suhu meningkat.
-Peningkatan suhub pula akan menyebabkan pemanasan global & pemanasan
setempat (pula haba bandar)
ii)Pulau haba bandar
-Pulau haba bandar terbentuk apabila suhu di bandar lebih tinggi berbanding dgn
pinggir pantai.
-Perbezaan ini berpunca drpd lapisan semut gas CO2 yg terbentuk di ruang atmosfera
bandar
-Lapisan ini menghalang sinar lembayung yg dipantulkan oleh permukaan bumi bebas
ke angkasa
-Halangan ini menyebabkan haba terperangkap & berkitar di ruang atmosfera yg
sama.
-Keadaan ini lama kelamaan akan menyebabkan ruang udara bandar(Kuala Lumpur)
semakin panas berbanding luar bandar(Gombak)
Kesan Pertumbuhan dan Tumpuan penduduk terhadap Alam
sekitar
iii)Jerebu
-Pulau haba seterusnya akan mempercepatakan proses sejatan wap-wap air di
atmosfera. Kesannya udara bandar akan menjadi kering.
-Situasi ini seterusnya membentuk jerebu apabila partikel-partikel terampai seperti
debu,habuk,asap memenuhi ruang udara.
-Partikel-partikel ini akan diserakkan di ruang atmosfera & menyerap cahaya
matahari. Proses ini dinamakan serakan mie(scattering mie).
-Penyelerakan & penyerapan ini menyebabkan ruang sekeliling menjadi kabur &
tidak jelas.
c)Sistem atmosfera terjejas akibat drpd keadaan udara yang tercemar
i)Pencemaran udara ini berpunca drpd bahan-bahan cemar yg terdapat di udara
seperti gas-gas, bahan berbau, habuk, zarah dan debu.
ii)Bahan-bahan cemar ini mengubah kuantiti,kualiti dan sifat atmosfera
Kesan Pertumbuhan dan Tumpuan penduduk terhadap Alam
sekitar
4)Kesan terhadap Sistem Ekologi
a)Sistem eklogi hutan terganggu disebabkan:
i)Aktiviti penyahhutanan
ii)Penanaman spesies tumbuh-tumbuhan baharu
iii)Pemindahan masuk haiwan luar ke habitat baharu
b)Aktiviti penyahhutanan akan menyebabkan kesan-kesan berikut:
i)Rantaian makanan dlm ekosistem hutan terjejas.
-Penyahhutanan menyebabkan fungsi tumbuhan sebagai pengeluar terganggu
-Menyebabkan pengguna primer(haiwan herbivor)tidak dpt meneruskan hidup
kerana tidak mendapat sumber makanan.
- Pengguna-pengguna lain dlm satu rantai makanan juga tidak dpt meneruskan
hidup apabila keadaan ini berlaku.
- Hidupan yg terdpt dlm rantai makanan ini akan pupus dlm tempoh yg pjg
Kesan Pertumbuhan dan Tumpuan penduduk terhadap Alam
sekitar
ii)Habitat haiwan musnah
-Kemusnahan habitat menyebabkan haiwan-haiwan tertentu berhijrah ke habitat yg
baharu
-Hal ini seterusnya menyebabkan pertembungan antara haiwan yg sedia ada dgn
haiwan baharu
-Haiwan yg klh nutrient dlm pertembungan ini akan musnah & pupus
iii)Edaran nutrien dlm ekosistem hutan musnah.
-Edaran nutrien dlm keadaan semula jadi berlaku dgn lengkap & sempurna di bwh
pokok hutan
-Tanah akan terdedah kpd agen-agen hakisan & luluhawa apabila hutan ditebang
-Larian air permukaan menyebabkan nutrient diangkut & dimendapkan di kwsn yg
lebih rendah
-Kehilangan nutrient menyebabkan proses tumbesaran tumbuh-tumbuhan terganggu
Kesan Pertumbuhan dan Tumpuan penduduk terhadap Alam
sekitar
c)Penduduk juga menyebabkan ekosistem akuatik terganggu melalui aktiviti tebus
guna(paya,tasi & alur-alur sungai),penebangan hutan bakau dan pencemaran
sumber air.
d)Aktiviti-aktiviti ini seterusnya memusnahkan pelbagai biologi(biodiversity),spesies
fauna dan flora,rantaian makanan dan habitat.
Langkah-Langkah mengurangkan masalah lebihan dan
kurangan penduduk serta kekurangan sumber alam
A) Langkah Perundangan
i.Menguatkuasan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Akta ini menjadi asas undang-undang bagi koordinasi semua aktiviti berkaitan alam
sekitar. Akta ini juga bertujuan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan serta menjamin
keberterusan daya tampung sumber alam di Malaysia. Akta Kualitu Alam sekililing 1974
mempunyai peruntukan yang jelas tentang masalah pencemaran alam sekitar.
Peruntukan tersebut seperti pencemaran tanah, (seksyen 24), pencemaran perairan
daratan (seksyen 25), pencemaran minyak seksyen 29) dan lain-lain lagi. Melalui akta
ini pesalah boleh dikenakan pelbagai bentuk hukuman seperti amaran, denda, dan
penjara.
ii. Mewujudkan Akta / Ordinan / Peraturan / Enakmen Lain
Undang-undang kecil digubal bagi melengkapkan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
Contohnya Akta Pemuliharaan Tanah, Dasar Perhutanan Negara1984, Ordinan Lalu
lintas Jalan Raya 1958, Akta taman negara dan akta perikanan. Semuanya bertujuan
untuk menjamin bekalan sumber berterusan untuk generasi akan datang.
Langkah-Langkah mengurangkan masalah lebihan dan
kurangan penduduk serta kekurangan sumber alam
iii. Penubuhan Agensi Pelaksana
Agensi-agensi kerajaan ditubuhkan bagi memantau, melaksana dan menguatkuasa
akta dan undang-undang yang diwujudkan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkuasa
sepenuhnya melaksana Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (pindaan 1985) untuk
memantau, menyaman, mendenda / kompaun & mengheret individu @ syarikat ke
mahkamah. Agensi lain seperti . Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Jabatan
Pengangkutan Jalan, Jabatan Perhutanan, dan lain-lain.
iv.Penguatkuasaan Undang-undang
Tindakan tegas.perlu dilaksanakan oleh Agensi penguatkuasaan seperti Jabatan
Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain. Agensi-agensi ini perlu
membuat pemantauan, menangkap serta mendenda pesalah. Hukuman denda ,
kompaun, mengantung lesen serta penjara perlu dikena kepada pesalah-pesalah.
Contohnya. denda sebanyak RM 5,000 – RM 50,000 atau 3 bulan – 2 tahun penjara
bagi kesalahan merosakkan alam sekitar.
Langkah-Langkah mengurangkan masalah lebihan dan
kurangan penduduk serta kekurangan sumber alam
v. Perlaksanaan Prosedur EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar)
EIA satu laporan berkaitan jangkaan kesan terhadap alam sekitar serta langkah mengatasinya yang perlu
disediakan oleh pemaju sebelum projek tersebut diluluskan oleh pihak berkuasa.Pihak berkuasa boleh
menangguh atau membatal projek tersebut jika tidak menepati piawaian EIA.
B) Langkah bukan perundangan
Langkah-Langkah bagi mengawal hakisan tanih dan kelodak
i. Membina benteng konkrit, membina sangkar dawai (Groin dan Gabion), menanam tumbuhan penutup
bumi, membina alur-alur kecil, menghadkan pemotongan cerun kurang dari 45* bagi kerja pemotongan,
perataan dan peneresan bukit untuk pelbagai tapak bina.
ii. Melaksanakan pertanian berkontur, membina teres, membina benteng dan perangkap lumpur bagi
aktiviti pertanian di cerun-cerun bukit.
2. Langkah-langkah bagi menjamin keberterusan sumber air
i.Menjalankan usaha merawat senula air yang tercemar, menyediakan sistem perangkap sampah di
sungai, merawat sisa-sisa kumbuhan dan sisa industri sebelum dialirkan ke sungai dan menyediakan
kolam takungan sementara.
ii Mengawal aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air dan mewujudkan kawasan rezab tadahan air
yang boleh mencemarkan bekalan air kepada penduduk.
Langkah-Langkah mengurangkan masalah lebihan dan
kurangan penduduk serta kekurangan sumber alam
3. Langkah-langkah bagi menjamin keberterusan sumber biologi
i. Menjalankan program penghutanan semula atau mengadakan projek perladangan
hutan iaitu dengan menanam semula pokok-pokok balak yang ditebang,
melaksanakan rawatan sivilkultur, melaksanakan kaedah tebangan terpilih,
mengharamkan penebangan pokok-pokok balak yang dikenalpasti hampir pupus.
ii. Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap terhadap
usaha hasilan hutan dan merubah R & D untuk mencari sumber-sumber pengganti.
4. Langkah-langkah bagi menjamin keberterusan sumber mineral
i. Mencari gali kawasan sumber mineral yang baru sama ada dalam negara atau luar
negara.
ii. Mengurangkan kebergantungan kepada petroleum dan gas asli sebagai sumber
tenaga utama dengan cara beralih kepada sumber tenaga gantian yang lebih murah,
berterusan dan bersih seperti tenaga hidroelektrik, tenaga solar, tenaga biomas,
tenaga ombak dan sebagainya.
Langkah-Langkah mengurangkan masalah lebihan dan
kurangan penduduk serta kekurangan sumber alam

C. Pendidikan alam sekitar dan Kempen


Pendidikan alam sekitar perlu diberi penekanan dalam semua aspek. Hal ini dapat
memberi kesedaran kepada penduduk tentang pentingnya menjaga alam sekitar
sepanjang hayat sama ada secara formal dan bukan formal.
i. Pendidikan Tahap rendah
Pada peringkat ini Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KSSR) telah memperkenalkan mata
pelajaran Alam Sekitar yang diajar kepada murid-murid tahun 4 – 6. Terdapat beberapa
bahagian ditumpukan khusus kepada alam sekitar seperti kebersihan alam sekitar,
kepentingan dan tangjunggjawab menjaga alam sekitar.
ii. Pendidikan Tahap Menengah
Pada peringkat ini unsur alam sekitar diserapkan secara khusus dalam mata pelajaran
Geografi bermula dari tingkatan satu – tingkatan enam. Terdapat juga mata pelajaran lain
yang memberi perhatian terhadap alam sekitar iaitu mata pelajaran sains teras, biologi.
Tujuannya untuk pendedahan kepada pelajar kepentingan menjaga alam sekitar supaya
dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
Langkah-Langkah mengurangkan masalah lebihan dan
kurangan penduduk serta kekurangan sumber alam

iii. Pendidikan Tahap Tinggi.


Pada peringkat ini, universiti tempatan atau luar negara menawarkan kursus
berkaitan dengan alam sekitar. Contohnya Univerisiti Putra malaysia,
UniversitiKebangsaan Malaysia, Universiti Malaya. Tujuannya melahirkan tenaga
kerja mahir dalam bidang pengurusan alam sekitar bagi menjamin pengurusan
yang lebih bermutu.
iv. Pendidikan tidak formal
Disamping itu, pendidikan tidak formal juga dititikberatkan oleh agensi dan
pertubuhan seperti Jabatan Alam Sekitar yang bekerjasama dengan beberapa
badan bukan kerajaan (NGO) seperti Sahabat Alam Malaysia. Jabatan Alam
Sekitar juga telah memainkan peranan dengan melalui media massa, seminar,
forum, risalah dan penerbitan. Sebagai contohnya majalah Era Hijau telah diedar
secara percuma kepada sekolah yang membuat pernohonan bagi mendapat
naskhah tersebut.
Langkah-Langkah mengurangkan masalah lebihan dan
kurangan penduduk serta kekurangan sumber alam

v. Kempen-kempen kesedaran
Kempen perlu dilakukan bagi memberi kesedaran dan menjamin
keberterusan sumber alam. Pihak Berkuasa Tempatan dan NGO boleh
menganjurkan kempen-kempen yang berkaitan. Seperti “Cintailah
Bumi Kita”, kempen penghijauan bumi, cintailah sungai kita dan
sebagainya. Di samping itu, aktiviti gotong-royong boleh dijalankan di
peringkat kampung, daerah, negeri dan negara.

You might also like