You are on page 1of 12

--------------------------------Geografi Penggal 1: Penduduk dan Alam Sekitar---------------------

1.SUMBER ALAM KONSEP

a.Maksud sumber alam

Bermaksud, sesuatu benda yang berada di alam semulajadi yang memberi manfaat kepada manusia.

b.Jenis-jenis sumber alam (nyata)

i) Sumber yang tidak boleh diperbaharui

ii) Sumber yang boleh diperbaharui

c.Maksud sumber boleh diperbaharui

Sumber yang boleh diperbaharui adalah terdiri daripada dua jenis, iaitu sumber alam yang boleh
digunakan secara berterusan dan tidak pupus.Kedua sumber tersebut boleh diganti atau diwujudkan
semula setelah digunakan oleh manusia. Contoh sumber yang boleh diperbaharui ialah air, udara,
ombak,hutan,tanah,sinaran matahari,ombak, angin dan sebagainya.

d.Maksud dengan sumber tidak boleh diperbaharui

Sumber ini akan pupus apabila digunakan secara berterusan dan tidak boleh diperbaharui,diwujudkan
atau dicipta semula.Kejadian sumber ini mengambil masa yang amat panjang dan mungkin berjuta-juta
tahun.Sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah daripada bahan api fosil seperti arang
batu,petroleum, gas asli, bijih timah. Tembaga, emas dll

e.Contoh-contoh sumber alam yang boleh diperbaharui (nyata)

air, udara, ombak,hutan,tanah,sinaran matahari, angin dan sebagainya.

f.Contoh-contoh sumber alam yang tidak boleh diperbaharui (nyata)

arang batu,petroleum, gas asli, bijih timah. Tembaga, emas dll


g.Empat jenis komponen alam sekitar fizikal (nyata)

i) Biosfera

ii) Litosfera

iii) Hidrosfera

iv) Atmosfera

h.Huraian setiap jenis komponen alam sekitar fizikal (Huraian)

Komponen Biosfera.

Komponen ini dihuni oleh hidupan termasuk tumbuh-tumbuhan,haiwan,dan manusia.Komponen ini


penting sebagai penyedia makanan dan habitat kepada seluruh kehidupan.

Komponen Ekologi terdiri daripada ekosistem muara,ekosistem akuatik,ekosistem hutan, paya bakau
dan sebagainya.

Komponen Litosfera.

Komponen ini merujuk kepada lapisan kerak bumi yang sebahagian besarnya terdiri daripada batuan
sama ada igneus,enapan,dan metamofosis dan mineral. Komponen ini mempunyai pelbagai bentuk
muka bumi seperti tanah tinggi,kepulauan,pinggir pantai dan sebagainya. Litosfera menjadi tempat
berlangsungnya proses geomorfologi seperti luluhawa,hakisana,pemendapan dan gerakan jisim.

Komponen Hidrosfera.

Meliputi 70% daripada keseluruhan muka bumi.Terdiri daripada sumber air seperti
tasik,sungai,laut,kolam,paya dan sebagainya.Komponen ini penting untuk meneruskan kehidupan di
muka bumi.

Komponen Atmosfera.

Komponen ini terletak di luar permukaan bumi dan menjadi tempat berlangsungnya pelbagai fenomena
iklim serta cuaca. Mempunyai beberapa lapisan troposfera, stratosfera, mesosfera,termosfera,ionosfera
dan lain-lain
2. Alam Sekitar Sebagai Sumber Alam : Menyatakan kepentingan dan kegunaan sumber alam seperti:-

a. Sumber air

b. Sumber hutan

c. Sumber mineral (Bahan galian)

d. Sumber udara

e. Laut dan sumber marin

f. Tanah-tanih

2.1 Kepentingan sumber Alam kepada sosioekonomi manusia

1. Meningkatkan Pendapatan Negara;

-hasil eksport ke negara luar menyebabkan pengaliran masuk wang asing spt Dollar AS,

-Yen Jepun dan Euro Eropah ke dalam negara.

-eksport ke negara seperti Jepun, Korea Selatan, Eropah, Singapura dll.

cth, eksport petroleum Malaysia pada tahun 2000 berjumlah RM 14.2 billion.

cth, eksport kayu balak Malaysia 1990 berjumlah RM 7108 juta.

2. Membekalkan Bahan Mentah Kepada Sektor Perindustrian;

-sumber alam menjadi bahan mentah kepada industri pembuatan.

-menjadi pemankin pembangunan sektor industri dan ekonomi sesebuah negara.

-cth, getah merupakan bahan mentah utama dalam industri pembuatan tayar.

3. Menyediakan Peluang Pekerjaan;

-penerokaan sumber mewujudkan pelbagai pekerjaan seperti jurutera, juruteknik, ahli

-geologi, pengurus, buruh dll.

cth, penerokaan sumber petroleum mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 39 900 pada tahun 2000.

cth, sektor perhutanan mewujudkan 150 000 peluang pekerjaan.


4. Membangunkan Sistem Pengangkutan;

-sistem perhubungan digunakan untuk mengangkut sumber yang diterokai ke kilang² untuk diproses &
juga untuk tujuan pengekspotan.

-cth, perlabuhan Kelang dimajukan (sistem kargo) bagi tujuan pengekspotan produk dari Malaysia
seperti produk perkayuan ke Eropah.

5. Membangunkan Sesuatu Kawasan;

-penerokaan sumber mengakibatkan pembangunan sesuatu kawasan.

-kemudahan asas seperti infrastruktur dan prasarana dipertingkatkan di kawasan tersebut.

cth, penerokaan sumber bijih timah mewujudkan bandar² seperti KL, Ipoh, Taiping dll.cth, penerokaan
sember petroleum mewujudkan bandar Kerteh, Miri, Lutong dll.

cth, penerokaan sumber balak mewujudkan bandar Bentong (Pahang).

6. Menggalakkan Perpindahan Teknologi & Kepakaran;

-penerokaan sumber mengakibatkan kemasukan teknologi baru dan tenaga pakar ke sesebuah negara.

-teknologi & pakar dari negara maju seperti Britain, AS, Jerman, Jepun, Korea Selatan dll.

-cth, penggunaan alat seismik & satelit dalam kerja² pencarigalian petroleum.

cth, kerjasama Petronas dengan syarikat luar seperti Shell, Esso, Mobil bagi mendapatkan tenaga pakar.

7. Mengalakkan Kemasukan Modal Asing (PTA);

-pemodal asing meningkatkan kemampuan negara meneroka sumber alam.

cth, syarikat seperti Shell, British Petroleum (BP), Exxon melabur dalam Petronas

2.2Kepentingan Sumber Air Permukaan Yang Bersih Kepada Kehidupan Manusia

Memenuhi keperluan biologi manusia untuk menggelakkan hidrasi serta menjaga

kesihatan serta mengawal pelbagai penyakit yang berpunca dari kekurangan air.

Manusia perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari


Sumber air yang bersih juga untuk kegunaan harian seperti mencuci pakaian, memasak serta mandi.
Tanpa air permukaan yang bersih aktiviti harian manusia akan terjejas.

Sumber air permukaan yang bersih juga untuk menjana hidroelektik. Kawasan empangan kuasa
hidroelektrik perlukan bekalan air yang berterusan untuk menjana turbinnya. Contohnya Empangan
Pergau dan Empangan Kenyir.

Air juga amat penting untuk menyejukkan jentera kilang industri dan kenderaan bermotor juga
menggunakan air untuk menyejukkan enjin.

Penternakkan binatang juga memerlukan bekalan air yang bersih untuk digunakan sebagai air minuman
binatang seperti kambing, lembu , kerbau dan lain-lain. Aktiviti akuakultur juga memerlukan bekalan air
yang bersih.

Sumber air juga menjadi input kepada industri minuman. Syarikat- syarikat yang

mengeluarkan minuman memerlukan air yang bersih untuk menjalankan aktiviti mereka.

Contohnya, pengeluar minuman Coca Cola , Pepsi dan sebagainya.

Air permukaan yang bersih juga penting untuk aktiviti ecopelancongan. Kawasan pelancongan seperti
taman tema memerlukan air yang bersih untuk menarik pelancong.Contonya di kawasan Sunway
Lagoon. Kawasan perkelahan semulajadi juga memerlukan air yang bersih seperti di kawasan jeram dan
air terjun.Contoh, Air Terjun Sekayu, Terengganu.

3.Kesan penerokaan terhadap sumber alam sekitar fizikal

a.Menghuraikan kesan penerokaan sumber/ kegiatan ekonomi/kegiatan manusia terhadap alam sekitar
fizikal.

Berlaku perubahan pandang darat dan penggondolan kawasan tanah tinggi. Di kawasan-kawasan bekas
lombong terdapat lekukan-lekukan berair. Manakala dikawasan tanah tinggi berlaku penggondolan
bukit.Tanah juga akan kehilangan kesuburan, kerana selepas atau semasa aktiviti penerokaan
hutan.Misalnya akan berlaku hakisan lapisan permukaan tanih’ top soil’. Kehilangan ‘top soil’akan
menyebabkan tanah menjadi kurang kesuburannya.
Akibat penerokaan hutan juga akan menyebabkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh.Apabila
proses ini berlaku menyebabkan sungai menjadi cetek, keruh dan berlaku pemendapan yang
mencetekkan dasar sungai dan seterusnya boleh menyebabkan banjir kilat.Contoh, di Kuala Lumpur.

Pencemaran air juga berlaku kesan daripada tumpahan minyak semasa proses mencari gali dan
mengangkut minyak. Ini akan menjejaskan hidupan akuatik.

Pencemaran udara juga berlaku , habuk-habuk dan debu-debu banyak terdapat di kawasan pemecahan
kuari.

Pemanasan setempat juga berlaku apabila penerokaan hutan giat dijalankan. Pemusnahan hutan juga
akan menyebabkan berlakunnnya kemusnahan habitat flora dan fauna.

4. Daya Tampung Persekitaran Fizikal

a.Maksudkan Daya Tampung Persekitaran Fizikal

Maksudnya keupayaan sesuatu sumber alam untuk menampung keperluan penduduk pada aras dan
tempoh tertentu. Ciri-cirinya, ialah daya tampung sumber alam amat bergantung kepada kuatiti dan
kualiti stok yang ada. Keupayaan teknologi untuk menjana dan membangunkan sumber alam.
Pengurusan sumber yang cekap dan berterusan serta kawalan terhadap pertumbuhan penduduk.
Contohnya, daya tampung sumber petroleum di Malaysia dijangka tamat pada tahun 2014. Daya
tampung sumber hutan di Malaysia tidak lagi berupaya memenuhi permintaan sektor pembinaan,

b. Faktor-faktor yang mempengaruhi daya tampung sumber alam sesebuah negara

i. Kuantiti dan kualiti sumber alam

Kuantiti dan kualiti sumber alam menjadi asas penting untuk menjamin daya tampung sumber
berterusan. Misalnya Malaysia mampu menampung keperluan makanan penduduknya kerana adanya
sumber tanah yang subur untuk menjalankan kegiatan pertanian berbandingan dengan negara Somalia.
Negara Somalia mengalami krisis makanan kerana tidak mampu untuk mengusahakan pertanian
disebabkan tanahnya tidak subur.

ii. Tingkat teknologi untuk membangunkan sumber

Tingkat teknologi penting untuk membolehkan daya tampung sumber alam dieksplotasi. Tahap
teknologi yang rendah dan kekurangan modal oleh negara Indonesia, telah menyebabkan sumber hutan
dan kawasan tanah di Kalimantan dan Sumatera tidak mampu dibangunkan dengan cekap. Akibatnya
sumber alam tersebut hanya tersimpan sebagai stok sumber walaupun penduduk di negara tersebut
memerlukan sumber berkenaan lagi menampung kehidupan mereka.

iii.Pengurusan sumber cekap dan sistematik

Pengurusan sumber yang cekap dan sistematik juga diperlukan untuk membolehkan daya tampung
sumber alam sentiasa berterusan . Malaysia misalnya menguruskan hutan secara lestari melalui projek
perladangan hutan kompenstori dan rawatan silvilkultur. Pelaksaanaan ini menjamin keberterusan
bekalan kayu untuk generasi masa hadapan, mengekalkan fauna dan flora sebagai sumber warisan dan
mengekalkan kawasan tadahan untuk bekalan sumber air bersih.

iv.Mengawal pertumbuhan penduduk

Keupayaan daya tampung sumber alam pada tempoh tertentu bergantung kepada jumlah penduduk di
sesebuah kawasan atau negara. Konsep penduduk optimum (iaitu satu keadaan seimbang antara jumlah
penduduk dan sumber) perlu dilaksanakan oleh sesebuah negara khususnya bagi negara yang
mengalami masalah lebihan penduduk(penduduk > sumber)contoh bangladesh. Kurang penduduk
(sumber > penduduk) Kadar kelahiran penduduk perlu dikawal agar sepadan dengan keupayaan sumber
alam untuk menampung dan memenuhi keperluan penduduk.

c. Maksud konsep keseimbangan ekosistem dan langkah mengekalkannya.

Keseimbangan ekosistem merujuk kepada kelangsungan sumber alam fizikal (kelestarian sumber)
menampung keperluan penduduk sesebuah negara pada sesuatu masa. Keseimbangan ekosistem dapat
dicapai melalui usaha:-

i. pembangunan berterusan,

ii.pemeliharaan dan pemuliharaan sumber alam,

iii. penerokaan dan penggunaan sumber alam yang berhemah,


iv. pengurusan sumber yang berkesan.

Contoh proses kemusnahan hutan dapat mencapai keseimbangan apabila aktiviti penanaman semula
hutan.

d. Kesan yang dialami oleh penduduk sesebuah negara akibat kekurangan daya tampung sumber alam.
(tajuk tambahan)

i.Kekurangan makanan

Masalah kekurangan makanan akan berlaku apabila sumber tanah, sumber air dan sumber hutan tidak
boleh diterokai lagi. Ini disebabkan sumber tanah mengalami persaingan dengan guna tanah dengan
penempatan, pembandaran, perhubungan dan pengangkutan. Kesannya, tanah yang boleh diusahakan
dengan pelbagai jenis tanaman berkurangan. Misalnya Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) mendedahkan hasil ternakan, pertanian mengalami kesusutan berbanding dengan kepesatan
kependudukan.

ii.Wabak penyakit

Wabak penyakit juga mudah merebak di kalangan negara yang kekurangan daya tampung sumber alam.
Ini disebabkan penduduk tidak dapat memakan makanan seimbang dan berzat seperti daging lembu,
ayam, buah-buahan dan sebagainya. Negara tersebut seperti Ethiopia , Congo, dan Somalia. Penyakit
yang berkaitan kekurangan makanan seperti letih lesu, rencatan pertumbuhan badan, anemia dan lain-
lain lagi.

iii. Krisis tenaga

Kekurangan daya tampung sumber alam boleh menimbulkan krisis tenaga. Hal ini diburukkan lagi
apabila sesebuah negara tidak mempunyai sumber tenaga fosil sendiri dan bergantung kepada
pengimportan petroleum dari luar negara. Akhirnya menyebabkan harga petroleum melambung tinggi
dan menimbulkan masalah inflasi barangan dan perkhidmatan di sesebuah negara. Contohnya, negara
Bangladesh yang mempunyai penduduk 147 juta orang sedang dilanda krisis tenaga.

iiii. Krisis bekalan air bersih

Daya tampung sumber alam juga berkaitan dengan penduduk. Semakin ramai penduduk sesebuah
negara masalah bekalan air bersih pasti akan berlaku. Permintaaan terhadap bekalan air bersih akan
bertanbah selaras dengan pertambahan penduduk. Di samping itu, Penerokaan sumber hutan, sumber
tanah dan mineral dilakukan secara berleluasa untuk memenuhi tuntutan penduduk yang semakin
bertambah. Kesan penerokaan hutan boleh menyebabkan berlakunya kemusnahan kawasan tadahan
air. Contohnya krisis yang berlaku di lembah Klang pada tahun 1998 berpunca penerokan hutan di
kawasan tersebut.

iv. Kehilangan sumber warisan

Ketidakmampuan daya tampung sumber alam boleh menjejaskan sumber warisan negara.
Sumber warisan dilihat dari sudut khazanah alam semula jadi yang berharga seperti warisan hutan.
Hutan ditebang untuk menampung keperluan penduduk bagi meneroka bidang pertanian, pembinaan
bandar, lebuh raya dan sebagainya. Contohnya pembinaan lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
menyebabkan berlakunya kehilangan hidupan liar terancam seperti tapir dan gajah.

e.i. Langkah-langkah perundangan dan bukan perundangan bagi mengurangkan masalah lebihan
penduduk di sesebuah negara.

A) Langkah Perundangan;

i.Menguatkuasan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Akta ini menjadi asas undang-undang bagi koordinasi semua aktiviti berkaitan alam sekitar. Akta ini juga
bertujuan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan serta menjamin keberterusan daya tampung sumber
alam di Malaysia. Akta Kualitu Alam sekililing 1974 mempunyai peruntukan yang jelas tentang masalah
pencemaran alam sekitar. Peruntukan tersebut seperti pencemaran tanah, (seksyen 24), pencemaran
perairan daratan (seksyen 25), pencemaran minyak seksyen 29) dan lain-lain lagi. Melalui akta ini
pesalah boleh dikenakan pelbagai bentuk hukuman seperti amaran, denda, dan penjara.

ii. Mewujudkan Akta / Ordinan / Peraturan / Enakmen Lain

Undang-undang kecil digubal bagi melengkapkan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Contohnya Akta
Pemuliharaan Tanah, Dasar Perhutanan Negara1984, Ordinan Lalu lintas Jalan Raya 1958, Akta taman
negara dan akta perikanan. Semuanya bertujuan untuk menjamin bekalan sumber berterusan untuk
generasi akan datang.

iii. Penubuhan Agensi Pelaksana


Agensi-agensi kerajaan ditubuhkan bagi memantau, melaksana dan menguatkuasa akta dan undang-
undang yang diwujudkan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkuasa sepenuhnya melaksana Akta Kualiti Alam
Sekitar 1974 (pindaan 1985) untuk memantau, menyaman, mendenda / kompaun & mengheret individu
@ syarikat ke mahkamah. Agensi lain seperti . Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Jabatan Pengangkutan
Jalan, Jabatan Perhutanan, dan lain-lain.

iv.Penguatkuasaan Undang-undang

Tindakan tegas.perlu dilaksanakan oleh Agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS),
Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain. Agensi-agensi ini perlu membuat pemantauan, menangkap
serta mendenda pesalah. Hukuman denda , kompaun, mengantung lesen serta penjara perlu dikena
kepada pesalah-pesalah. Contohnya. denda sebanyak RM 5,000 – RM 50,000 atau 3 bulan – 2 tahun
penjara bagi kesalahan merosakkan alam sekitar.

v. Perlaksanaan Prosedur EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar)

EIA satu laporan berkaitan jangkaan kesan terhadap alam sekitar serta langkah mengatasinya yang perlu
disediakan oleh pemaju sebelum projek tersebut diluluskan oleh pihak berkuasa.Pihak berkuasa boleh
menangguh atau membatal projek tersebut jika tidak menepati piawaian EIA.

B) Langkah Bukan Perundangan;

i. Membina benteng konkrit, membina sangkar dawai (Groin dan Gabion), menanam tumbuhan penutup
bumi, membina alur-alur kecil, menghadkan pemotongan cerun kurang dari 45 0 bagi kerja
pemotongan, perataan dan peneresan bukit untuk pelbagai tapak bina.

ii. Melaksanakan pertanian berkontur, membina teres, membina benteng dan perangkap lumpur bagi
aktiviti pertanian di cerun-cerun bukit.

2. Langkah-langkah bagi menjamin keberterusan sumber air

i.Menjalankan usaha merawat senula air yang tercemar, menyediakan sistem perangkap sampah di
sungai, merawat sisa-sisa kumbuhan dan sisa industri sebelum dialirkan ke sungai dan menyediakan
kolam takungan sementara.

ii Mengawal aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air dan mewujudkan kawasan rezab tadahan air
yang boleh mencemarkan bekalan air kepada penduduk.
3. Langkah-langkah bagi menjamin keberterusan sumber biologi

i. Menjalankan program penghutanan semula atau mengadakan projek perladangan hutan iaitu dengan
menanam semula pokok-pokok balak yang ditebang, melaksanakan rawatan sivilkultur, melaksanakan
kaedah tebangan terpilih, mengharamkan penebangan pokok-pokok balak yang dikenalpasti hampir
pupus.

ii. Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap terhadap usaha hasilan hutan
dan merubah R & D untuk mencari sumber-sumber pengganti.

4. Langkah-langkah bagi menjamin keberterusan sumber mineral

i. Mencari gali kawasan sumber mineral yang baru sama ada dalam negara atau luar negara.

ii. Mengurangkan kebergantungan kepada petroleum dan gas asli sebagai sumber tenaga utama dengan
cara beralih kepada sumber tenaga gantian yang lebih murah, berterusan dan bersih seperti tenaga
hidroelektrik, tenaga solar, tenaga biomas, tenaga ombak dan sebagainya.

C. Pendidikan alam sekitar dan Kempen

Pendidikan alam sekitar perlu diberi penekanan dalam semua aspek. Hal ini dapat memberi kesedaran
kepada penduduk tentang pentingnya menjaga alam sekitar sepanjang hayat sama ada secara formal
dan bukan formal.

i. Pendidikan Tahap rendah

Pada peringkat ini Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KSSR) telah memperkenalkan mata pelajaran Alam
Sekitar yang diajar kepada murid-murid tahun 4 – 6. Terdapat beberapa bahagian ditumpukan khusus
kepada alam sekitar seperti kebersihan alam sekitar, kepentingan dan tangjunggjawab menjaga alam
sekitar.

ii. Pendidikan Tahap Menengah

Pada peringkat ini unsur alam sekitar diserapkan secara khusus dalam mata pelajaran Geografi bermula
dari tingkatan satu – tingkatan enam. Terdapat juga mata pelajaran lain yang memberi perhatian
terhadap alam sekitar iaitu mata pelajaran sains teras, biologi. Tujuannya untuk pendedahan kepada
pelajar kepentingan menjaga alam sekitar supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
iii. Pendidikan Tahap Tinggi.

Pada peringkat ini, universiti tempatan atau luar negara menawarkan kursus berkaitan dengan alam
sekitar. Contohnya Univerisiti Putra malaysia, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya. Tujuannya melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang
pengurusan alam sekitar bagi menjamin pengurusan yang lebih bermutu.

iv. Pendidikan tidak formal

Disamping itu, pendidikan tidak formal juga dititikberatkan oleh agensi dan pertubuhan seperti Jabatan
Alam Sekitar yang bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Sahabat Alam
Malaysia. Jabatan Alam Sekitar juga telah memainkan peranan dengan melalui media massa, seminar,
forum, risalah dan penerbitan. Sebagai contohnya majalah Era Hijau telah diedar secara percuma
kepada sekolah yang membuat pernohonan bagi mendapat naskhah tersebut.

v. Kempen-kempen kesedaran

Kempen perlu dilakukan bagi memberi kesedaran dan menjamin keberterusan sumber alam.
Pihak Berkuasa Tempatan dan NGO boleh menganjurkan kempen-kempen yang berkaitan. Seperti
“Cintailah Bumi Kita”, kempen penghijauan bumi, cintailah sungai kita dan sebagainya. Di samping itu,
aktiviti gotong-royong boleh dijalankan di peringkat kampung, daerah, negeri dan negara.

You might also like