You are on page 1of 4

Soalan Struktur

1 (a) Jelaskan bagaimana faktor semula jadi telah menyebabkan gangguan ekosistem? [4]

(i) banjir boleh menenggelamkan ekosistem hutan/darat

(ii) kejadian gempa bumi boleh menyebabkan ekosistem daratan dan akuatik
musnah

(iii) tsunami boleh memusnahkan ekosistem hutan atau daratan dengan


menenggelamkan ekosistem tersebut

(iv) pergerakan jisim seperti tanah runtuh, aliran lumpur boleh memusnahkan
ekosistem dengan menenggelam atau memusnahkan kompenan biotik dan
abiotic.

(v) letusan gunung berapi atau kebakaran hutan boleh memusnahkan kepelbagaian
diversiti di sesuatu kawasan.

(b) Huraikan tiga kepentingan ekosistem hutan tanah pamah. [6]

(i) sebagai membekal sumber kayu balak untuk hasil negara

(ii) sumber hasil hutan disebabkan kepelbagaian diversiti hutan seperti damar,
rotan.

(iii) membekal oksigen melalui proses fotosintesis

(iv) kawasan tadahan air hujan iaitu fungsi hutan seperti span menyerap air hujan

(v) pelancongan dan rekreasi iaitu gunung dan kepelbagaian fauna dan flora

(vi) mengawal hakisan tanah melalui cengkaman akar tumbuhan

2 (a) Terangkan maksud ekosistem buatan manusia. [2]

Sebuah persekitaran yang terjadi atau terbentuk akibat tindakan manusia yang terdiri
daripada interaksi antara unsur biotik dan abiotik.

(b) Jelaskan empat aktiviti manusia yang mengganggu ekosistem akuatik. [8]

(i) Aktiviti pertanian menyebabkan hasil cucuk tanam iaitu hakisan, penggunaan
baja dan racun perosak boleh masuk ke dalam ekosistem akuatik.

(ii) Aktiviti penternakan menyebabkan sisa ternakan disalur masuk ke dalam


ekosistem akuatik menyebabkan pencemaran

(iii) Aktiviti perindustrian menyebabkan sisa toksik yang tidak dirawat dibuang atau
disalur ke dalam ekosistem akuatik
(iv) Aktiviti pengangkutan air seperti feri, kapal persiaran, kapal tangki minyak
menyebabkan pencemaran ekosistem akuatik melalui tumpahan minyak

(v) penebusgunaan tanah iaitu menebusguna kawasan ekosistem akuatik seperti


paya bakau.
Soalan struktur

1. (a) Senaraikan dua sistem fizikal yang terdapat terdapat dalam sistem bumi. [2]

(i) Atmosfera
(ii) Hidrosfera
(iii) Litosfera
(iv) Biosfera

(b) Terangkan dua kesan gangguan sistem fizikal terhadap sistem fizikal yang lain. [4]

(i) kesan gangguan geomoforlogi (letusan gunung berapi) boleh mencemarkan


sistem atmosfera, gemapa bumi memusnahkan sistem ekologi. (daratan adan akuatik)

(ii) kesan gangguan sistem hidrologi (kemarau) menjejaskan system ekologi


(daratan/akuatik), banjir mengganggu biosfera (flora dan fauna tenggelam)

(iii) Kesan gangguan sistem atmosfera (pemanasan global) mengganggu sistem


ekologi, kesan rumah hijau mencairkan ais/glasier dan mengganggu sistem
geomoforlogi.

(v) Kesan gangguan sistem ekologi (kebakaran hutan) mencemarkan sistem


atmosfera dan aktiviti penyahutanan mengganggu sistem atmosfera (fotosintesis) dan
geomorfologi (hakisan)

(c) Jelaskan dua impak perubahan yang berlaku kepada sistem fizikal terhadap manusia.
[4]

(i) letusan gunung berapi menyebabkan gangguan kesihatan manusia

(ii) gempa bumi menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa

(iii) Kejadian banjir menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa

(iv) kemarau menyebabkan berlaku kebuluran dan kematian

(vi) Pemanasan global mengganggu aktiviti harian manusia, pencairan ais


meningkatkan paras air laut yang boleh menenggelamkan petempatan manusia

2. (a) Terangkan konsep pemuliharaan. [2]

Pemuliharaan ialah langkah atau usaha yang di ambil untuk memperbaiki dan
mengembalikan keadaan sesuatu alam/sumber semulajadi yang asal.
(b) Cadangkan tiga langkah perundangan pengurusan alam sekitar [6]

(i) Laporan Impak Alam Sekitar EIA untuk mengenalpasti kadar kerosakan yang
berlaku akibat sesuatu projek pembangunan.

(ii) Denda, kompaun/saman, hukuman penjara/sita berdasarkan jenis kesalahan

(iii) mewujudkan hutan simpan dan taman negara

(iv) Akta Kualti Alam Sekeliling 1974 merangkumi air, udara, hutan

(v) pemantauan JAS/PBT terhadap aktiviti manusia melibatkan kilang, penerokaan


hutan, pembangunan dan sebagainya.

(C) Huraikan dua langkah kestrukturan untuk mengatasi pergerakan jisim. [2]

(i) membina gabion untuk menguatkan struktur tanah

(ii) membina tembok konkrit mengelak/mengurangkan berlaku hakisan


tanah/tanah runtuh

(iii) menanam tanaman tutup bumi seperti rumput untuk menguatkan tanih

(iv) menutup kawasan terhakis/terdedah dengan kanvas

(v) menyimen kawasan cerun untuk mengelak hakisan

(vi) membina sistem saliran seperti paip/saluran air

(vii) Membuat teres di cerun bukit untuk menyalurkan pengaliran air semasa hujan

You might also like