You are on page 1of 5

Modul Ulangkaji 9 Geografi Alam sekitar Fizikal

Tingkatan Enam

Isi Kandungan

BAB 6 : SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM

1 a) Bagaimanakah kitaran hidrologi boleh menjalankan proses


denudasi
b) Bagaimanakah letusan gunung berapi mempengaruhi cuaca
sesuatu tempat

2 a) Huraikan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan kebakaran


hutan di kawasan Asia Tenggara
b) Terangkan kesan-kesan kebakaran hutan terhadap sistem
geomorfologi, ekologi, atmosfera dan sosioekonomi manusia

3 a) Huraikan sebab-sebab berlakunya pemusnahan hutan


b) Terangkan kesan-kesan pemusnahan hutan terhadap sistem-
sistem utama bumi dan dampaknya terhadap kehidupan manusia

4 a) Apakah maksud pemeliharaan hutan dan terangkan kadar


pemusnahan hutan pada masa kini
b) Terangkan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan
di salah satu negara tropika

5 a) Huraikan pelbagai jenis hutan tropika


b) Terangkan kepentingan hutan hujan tropika
c) Jelaskan bagaimana tumbuhan semulajadi telah menjana proses-
proses geomorfologi

6 a) Mengapakah kawasan terumbu karang perlu dipelihara


b) Bagaimanakah kawasan terumbu karang dimusnahkan oleh
kegiatan manusia
c) Huraikan langkah-langkah untuk memelihara kawasan terumbu
karang

81
SKEMA JAWAPAN : SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM

SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM

1 a) Bagaimanakah kitaran hidrologi boleh menjalankan proses


denudasi

Denudasi ialah proses penggondolan permukaan bumi. Denudasi


permukaan bumi melalui proses kitaran hidrologi ialah proses
hakisan percikan hujan, hakisan aliran permukaan, hakisan alur
sungai serta proses luluhawa

1. Hakisan tanah bergantung kepada hujan tahunan. Jika


hujan kurang hakisan air berkurang sementara jika hujan
lebat hakisan akan bertambah/giat. Jika hujan lebat tetapi
litupan tumbuhan banyak hakisan akan kurang.
2. Percikan air hujan akan berupaya mencungkil tanah dan
memercikkan air campuran tanah ini ke sekeliling. Percikan
ini akan menutup rongga tanah lalu menyebabkan proses
resapan berkurang. Air terpaksa mengalir di atas
permukaan dan hakisan meluas akan berlaku.
b) Bagaimanakah letusan gunung berapi mempengaruhi cuaca
sesuatu tempat

1. Kesan hujan asid: letusan gunung berapi akan


menyebabkan gas karbon dioksida dan sulfur dioksida
dilepaskan ke atmosfera menyebabkan keasidan hujan
bertambah membentuk hujan asid
2. Kesan hujan lebat: letusan gunung berapi mengeluarkan
silika yang boleh menjadi nukleus higroskopiknuntuk
proses pemelowapan wap air atmosfera. Hujan lebat boleh
menyebabkan kerosakan kerana banjir dan banjir kilat
3. Bahan-bahan aerosol spt silika , habuk, asid sulfurik dan
wap air oleh menghalang cahaya matahari masuk ke
ruang atmosfera menyebabkan penurunan suhu di
bahagian atas stratosfera
4. Kesan rumah hijau oleh abu gunung berapi di bahagian
bawah stratosfera yang terperangkap bersama udara
yang lebih padat memerangkap gelombang panjang bumi
lalu menyebabkan pemanasan bumi
5. Letusan gunung berapi juga akan mengubah arah angin
hurikan contohnya letusan Krakatoa di Indonesia telah
menyebabkan hurikan melanda di utara Mexico
berbanding, ke barat atau timur Mexico sebelumnya.
6. Kesan penipisan lapisan ozon akibat gas yang dikeluar
seperti klorida hidrogen(HCL) menambahkan gas HCL di
atmosfera bersama CFC, Halon,Bromide, Metil Kloroform
akan bertindakbalas menipiskan ozon
7. Kesan jerebu juga melanda akibat letusan gunung berapi

2 a) Huraikan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan kebakaran


hutan di kawasan Asia Tenggara

1. Pertanian pindah:
2. Pembukaan kawasan ladang
3. pembalakan

82
4. api batu bara di hutan tanah gambut
5. kejadian petir
6. letusan gunung berapi

b) Terangkan kesan-kesan kebakaran hutan terhadap sistem


geomorfologi, ekologi, atmosfera dan sosioekonomi manusia

1. kesan terhadap geomorfologi; kebakaran menyebabkan


struktur tanah rosak dan hakisan akan meningkat akibat
tiada tumbuhan. Tanah akan menjadi lebih berasid akibat
meningkatnya debu dari kebakaran hutan
2. Kesan terhadap sistem ekologi: kebakaran membunuh
mikrorganisma tanah yang berguna dalam meningkatkan
kesuburan tanah dan meningkatkan pengudaraan tanah
dan juga bakteria pengurai sehingga proses penguraian
dan pereputan terhenti. Haiwan juga kehilangan habitat dan
diancam kepupusan. Kebakaran juga menyebabkan luka-
luka bakar pada pangkal pokok dan ini melemahkan daya
tahan pokok terhadap serangan penyakit.
3. kesan kepada sistem atmosfera: Masalah jerebu melanda
disebabkan kebakaran hutan yang mencatatkan indeks
Pencemaran Udara (IPU) yang tertinggi di Kuching
Sarawak (1033AP)
4. kesan terhadap sosioekonomi manusia: kebakaran
menyebabkan penurunan produktiviti hutan dan jerebu
menyebabkan penghasilan tanaman menurun terutamanya
hasil kelapa sawit. Gangguan sistem pengangkutan akibat
asap tebal daripada kebakaran terutama kapalterbang
5. Masalah kesihatan seperti penyakit lelah, sesak nafas dan
radang paru-paru akibat jerebu.

3 a) Huraikan sebab-sebab berlakunya pemusnahan hutan

1. kegiatan pertanian
2. penternakan
3. sumber kayu api dan bahan mentah
4. pembalakan secara komersial
5. kebakaran dan pembakaran
6. kegiatan industri dan perlombongan
7. pembinaan infrastruktur pembangunan

b) Terangkan kesan-kesan pemusnahan hutan terhadap sistem-


sistem utama bumi dan dampaknya terhadap kehidupan manusia
1. Geomorfologi: Hakisan tanah dan aliran permukaan dan
kehilangan kesuburan tanah
2. Hidrologi: edaran hidrologi terganggu
3. Atmosfera: kesan rumah hijau dan peningkatan suhu
4. Ekologi: kehilangan biodiversiti
5. Manusia: kehilangan sumber perubatan,kesan kesihatan,
penyakit, keracunan

4 a) Apakah maksud pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

83
1. Pemeliharaan sumber alam bermakna usaha-usaha untuk
menjaga, memelihara dan melindungi sumber-sumber alam supaya
kewujudannya berterusan seperti mewujudkan Hutan simpan kekal,
Simpanan mineral, Simpanan Air, Taman Negara dll
2. Pemuliharaan sumber alam bermakna usaha-usaha untuk
melestarikan bekalan/kewujudan sumber alam melalui usaha-usaha
pemeliharaan dan baik pulih sumber-sumber yang telah diteroka
setelah digunakan oleh manusia terutamanya dalam kategori
sumber yang boleh diperbaharui seperti hutan, air dll tanpa
membiarkan sumber tersebut pupus atau tidak boleh digunakan
lagi. Contohnya melalui program penghutanan semula, sumber air
melalui rawatan semula, sumber mineral melalui kitar semula

b) Terangkan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan


di salah satu negara tropika.

1. Langkah akta dan perundangan


2. Agroperhutanan-ladang hutan
3. Ekolog
4. Hutan simpan kekal
5. Sistem pengurusan memilih
6. penghutanan semula

5 a) Huraikan pelbagai jenis hutan tropika

1. Hutan pantai
2. Hutan bakau
3. Hutan paya air tawar
4. Hutan dipterokarp
5. hutan bukit dan gunung
6. Hutan belukar

b) Terangkan kepentingan hutan hujan tropika

1. Biodiversiti-khazanah negara
2. sumber perubatan
3. kepentingan ekonomi negara
4. pembersih udara
5. menyederhanakan suhu
6. menggerakkan kitaran hidrologi
7. mengurangkan hakisan

c) Jelaskan bagaimana tumbuhan semulajadi telah menjana proses-


proses geomorfologi

1. luluhawa fizikal- tindakan akar


2. gerakan jisim- cepat atau lambat
3. luluhawa kimia- celasi oleh asid humik
4. hakisan- air larian permukaan, angin dan ombak
5. pemendapan –pokok bakau di pinggir pantai

84
6 a) Mengapakah kawasan terumbu karang perlu dipelihara

1. kepentingan ekonomi: pelancongan, kawasan pembiakan


ikan
2. Biodiversiti dan khazanah negara
3. nilai perubatan
4. penyelidikan dan kajian
5. petunjuk tahap pencemaran

b) Bagaimanakah kawasan terumbu karang dimusnahkan oleh


kegiatan manusia

1. kegiatanindustri pencemaran bahan toksik


2. pembangunan di tepi pantai
3. kegiatan perikanan
4. kegiatan pelancongan
5. kegiatan pertanian
6. pelanggaran kapal tangki

c) Huraikan langkah-langkah untuk memelihara kawasan terumbu


karang

1. Polisi kerajaan mewartakan taman laut dan rezab


2. kerjasama antarabangsa dan badan NGO
3. Akta dan perundangan
4. program pemeliharaan

85

You might also like