You are on page 1of 36

TUTORIAL 13

PROSES KITAR HIDROLOGI


1 (a) Kenal pasti proses dan tenaga haba yang
terlibat apabila wap air berubah menjadi
cecair. [3]

Apabila wap air bertukar menjadi cecair proses


pemelowapan akan berlaku dan tenaga haba akan
dibebaskan.
1 (b) Bagaimanakah kelangsungan kitar hidrologi
menjamin keseimbangan alam alam sekitar
fizikal global? [4]

Kitar hidrologi akan menjamin keseimbangan air


dunia dan wilayah secara berterusan di samping
mengekalkan keseimbangan suhu setempat apabila
kelembapan udara sentiasa bertukar ganti.
1 (c) Bezakan sejatan dengan perpeluhan di dalam
kitar hidrlogi. [4]

i. Sejatan adalah proses penukaran air daripada bentuk cecair


kepada wap air- Sejatan berlaku apabila tekanan wap pada
permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam
atmosfera yang belum mencapai peringkat tepu.
ii. Manakala pepeluhan merupakan prosas pembebasan wap-wap
air ke atmosfera yang berlaku menerusi liang-liang stoma daun.
la terjadi kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun
lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atrnosfera
terutamanya pada waktu siang yang panas
1 (d) Bagaimanakah proses sejat-peluhan
berlaku? [4]

i. Sejat peluhan melibatkan proses transpirasi wap-wap air dari


daun dan juga sejatan dari lembapan tanih. Pepeluhan berlaku
apabila tekanan wap pada selsel permukaan daun lebih tinggi
berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera
terutamanya pada waktu siang yang panas.
ii. Manakala sejatan dari permukaan tanih pula berlaku apabila Air
tanih disejatkan ke atmosfera menerusi liangJiang pore tanah.
Kombinas! antara sejatan dari lembapan tanih dengan
pepeluhan tumbuhan dinamakan sebagai sejat-peluhan.
1 (e) Nilaikan pengaruh suhu terhadap proses
sejat-peluhan. [4]

i. Suhu memainkan peranan yang penting terhadap proses sejat-


peluhan. Kadar sejat peluhan secara langsung dipengaruhi oleh
suhu sekitar. Apabila suhu meningkat bermakna tekanan wap air
atau keupayaan wap air untuk terbebas ke atmosfera akan
meningkat dengan cepat.
ii. Oleh sebab itu air yang bersuhu tinggi (panas) lebih cepat
tersejat berbanding dengan air yang sejuk. Sejatan
memerlukan bekalan tenaga haba yang mencukupi untuk
memanaskan permukaan air samada daripada lautan, sungai,
tasik, kolam dan lain-lain Pada umumnya sumber tenaga
tersebut datangnya daripada matahari.
1 (f) Takrifkan maksud pemeluwapan. [3]

laitu proses penukaran wap air kepada cecair.


Pemelowapan terjadi akibat kejatuhan suhu dalam
bungkusan udara (air parcell) apabila ia naik semakin
tinggi dalam atmosfera.
1 (g) Bagaimanakah proses pemeluwapan boleh
menyebabkan berlakunya kerpasan. [4]

Proses pemelowapan akan menyebabkan penyejukan


udara secara adiabatik yang berlaku di dalam bungkusan
udara (air parcell). Apabila penyejukan udara ini sampai
ke takat embun (suhunya 0oC), maka wap-wap air akan
bertukar menjadi cecair. Sekiranya kelembapan udara
tersebut mencapai 100%, berat bungkusan udara akan
bertambah, tepu dan akan melepaskannya sebagai
kerpasan/ hujan.
1 (h) Jelaskan tiga syarat utama bagi membolehkan
berlakunya proses pemeluwapan. [6]

i. Kandungan wap-wap air yang cukup dalam atmosfera. lni


amat penting untuk mewujudkan keadaan ketepuan atau
kelembapan bandingannya 100%.
ii. Takat embun. Berkait dengan kejatuhan suhu di dalam
bungkusan udara sehingga 0'C. lni penting untuk membolehkan
wap-wap air bertukar kepada cecair.
iii. Adanya Nukleus pemelowapan. Tujuannya adalah untuk
menggalak dan mempercepatkan proses pembentukan
titisantitisan air. Nukleus pemelowapan dikenali juga sebagai
Nukleus Hrgroskopk seperti natrium klorida, nitrik oksida,
sulfur trioksida, asid sulfurik dan sebagainya yang terhasil
melalui bahanbahan pencemar udara.
1 (i) Mengapakah terbentuknya pelbagai jenis
kerpasan [4]

Disebabkan oleh kejatuhan suhu yang berbeza-beza yang


dialami oleh bungkusan udara. Sekiranya suhu 0oC, hujan
akan turun. Suhu negatif pula salji akan turun dan jika
kejatuhan suhu secara mendadak, maka hujan batu pula
akan turun.
1 (j) Bagaimanakah proses pintasan (cegatan
silara) tumbuhan mempengaruhi larian air
permukaan. [4]

Pintasan air hujan oleh kanopi tumbuhan menyebabkan


halaju air hujan akan menimpa tanah dengan perlahan.
Apabila halaju titisan air hujan diperlahankan maka
titisan ini lebih banyak meresap masuk ke dalam tanah
berbanding dengan mengalir di permukaan. Kesannya
kadar Iarian air permukaan dapat dikurangkan.
1 (k) Bandingkan kadar susupan (resapan) air hujan
di antara kawasan lapang dengan kawasan
hutan. [4]

i. Kawasan lapang kadar susupan adalah rendah kerana


halaju larian air permukaan adalah tinggi. Titisan
hujan menimpa tanah dengan cepat menyebabkan ia
banyak mengalir di permukaan berbanding menyusup
ke dalam tanah.
ii. Manakala di kawasan hutan pula kadar susupan
adalah tinggi disebabkan oleh titisan air hujan
menimpa tanah dengan perlahan dan cenderung
untuk menyusup ke dalam tanah.
1 (l) Bagaimanakah aktiviti manusia di bandar telah
mempengaruhi kadar susupan dan larian air
permukaan? [4]

i. Aktiviti penurapan muka bumi di bandar telah


menutup liang-liang pore tanah. Kesannya kadar
susupan di bandar amat rendah.
ii. Aktiviti penghapusan tumbuhan di bandr untuk
digantikan dengan bangunan konkrit juga
mengurangkan kadar susupan kerana proses cegatan
silara oleh tumbuhan tidak berlaku lagi. Air hujan
akan banyak mengalir di permukaan berbanding
dengan menyusup masuk ke dalam tanah.
1 (m) Jelaskan pengaruh geologi ke atas proses
resapan (susupan) air ke dalam tanah. [4]

i. Geologi yang lembut dan poros seperti batu kapur


banyak menyusupkan air ke dalamnya kerana geologi
ini memiliki peratus liang pore yang tinggi.
ii. Sebaliknya geologi yang keras, stabil seperti batu
granit tidak banyak menyusupkan air disebabkan oleh
peratus liang pore yang dimilikinya adalah sedikit.
2 (a) Lukis sebuah rajah kitaran hidrologi dan
labelkan proses kitaran hidrologi menegak
dan mendatar di atas rajah tersebut [10]
2 (b) Berdasarkan rajah yang telaah anda lukis
pada soalan (a), jelaskan proses-proses
menegak dan mendatar yang berlaku dalam
kitaran hidrologi. [15]
Proses sejatan
• Sejatan adalah proses penukaran air daripada bentuk cecair
kepada wap air.
• Sejatan berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih
tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum
mencapai peringkat tepu.
• Sejatan memerlukan tenaga haba yang cukup untuk
memanaskan air dipermukaan samada daripada lautan, sungai
tasik, kolam dan lain-lain. Dengan adanya tenaga haba yang
tinggi ini molekul-molekul air boleh bertukar kepada wap-wap
air.
2 (b) Berdasarkan rajah yang telaah anda lukis
pada soalan (a), jelaskan proses-proses
menegak dan mendatar yang berlaku dalam
kitaran hidrologi. [15]
Proses pepeluhan dan sejat peluhan
• Pepeluhan juga melibatkan pembebasan wap-wap air ke
atmosfera tetapi ia berlaku menerusi liang-liang stoma daun.
• la terjadi kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun
lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam
atmosfera terutamanya pada waktu siang yang panas.
• Air tanih juga boleh mengalami sejatan ke atmosfera
menerusi liang-liang pore tanah. Kombinasi antara sejatan
dari lembapan tanih dengan pepeluhan tumbuhan dinamakan
sebagai sejat-peluhan
2 (b) Berdasarkan rajah yang telaah anda lukis
pada soalan (a), jelaskan proses-proses
menegak dan mendatar yang berlaku dalam
kitaran hidrologi. [15]

Proses pemeluwapan
• Iaitu proses penukaran wap air kepada cecair khususnya
titisan hujan (bintik air).
• Pemelowapan terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim
udara apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera.
• Proses ini dinamakan sebagai penyejukan adiabatik
(semakin tinggi suhu semakin rendah).
• Apabila suhu dalam jisim udara mencapai takat embun,
maka wap-wap air dalamnya akan bertukar kepada cecair.
2 (b) Berdasarkan rajah yang telaah anda lukis
pada soalan (a), jelaskan proses-proses
menegak dan mendatar yang berlaku dalam
kitaran hidrologi. [15]

Proses kerpasan
• Kerpasan terjadi dalam bentuk hujan, saljidan
embun. la berlaku apabila bintik-bintik air atau
ais di udara turun ke bumi setelah ia mengalami
pemelowapan sehingga ke tahap tepu.
• Dalam konteks hujan misalnya ia boleh terjadi
melalui tiga cara iaitu hujan perolakan, hujan
perenggan dan juga hujan relief (bukit).
2 (b) Berdasarkan rajah yang telaah anda lukis
pada soalan (a), jelaskan proses-proses
menegak dan mendatar yang berlaku dalam
kitaran hidrologi. [15]

Proses cegatan silara


• Proses pintasan dilakukan oleh tumbuh-
tumbuhan Pintasan atau cegatan silara merujuk
kepada halangan dari kanopi (silara ) tumbuhan
terhadap air hujan yang turun ke bumi.
• Halangan ini datangnya dari daun, ranting.
dahan, batang dan lain-lain yang menyebabkan
tidak 100% titisan hujan akan menimpa bumi.
2 (b) Berdasarkan rajah yang telaah anda lukis
pada soalan (a), jelaskan proses-proses
menegak dan mendatar yang berlaku dalam
kitaran hidrologi. [15]

Proses susupan atau infiltrasi


• Susupan bermakna resapan air hujan secara
menegak ke dalam tanah.
• Air hujan akan menyusup menerusi liang-liang pore
tanah. Justeru kadarnya amat bergantung kepada
peratus liang pore yang dimiliki oleh sesuatu jenis
tanah.
• Misalnya tanah pasir mengalami kadar susupan yang
tinggi
2 (b) Berdasarkan rajah yang telaah anda lukis
pada soalan (a), jelaskan proses-proses
menegak dan mendatar yang berlaku dalam
kitaran hidrologi. [15]
Proses susupan atau infiltrasi
• Susupan bermakna resapan air hujan secara menegak ke dalam
tanah.
• Air hujan akan menyusup menerusi liang-liang pore tanah.
Justeru kadarnya amat bergantung kepada peratus liang pore
yang dimiliki oleh sesuatu jenis tanah.
• Misalnya tanah pasir mengalami kadar susupan yang tinggi
berbanding dengan tanah liat. Air hujan yang menyusup akan
disimpan dalam tanah dalam satu sistem takungan yang dikenali
sebagai akuifer.
2 (b) Berdasarkan rajah yang telaah anda lukis
pada soalan (a), jelaskan proses-proses
menegak dan mendatar yang berlaku dalam
kitaran hidrologi. [15]
Larian air permukaan
• Iaitu baki air hujan yang mengalir di permukaan bumi s€telah
ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan
juga yang diguna oleh tumbuhan.
• Pergerakan larian air di atas permukaan ini biasanya berlaku
setelah semua liang pore tanah tepu dengan air yang telah
menyusup ke dalam tanah.
• Hujan seterusnya tidak lagi boleh meresap sebaliknya mengalir di
permukaan bumi menuju ke sungai, tasik, kolam dan seterusnya ke
Iaut.
2 (b) Berdasarkan rajah yang telaah anda lukis
pada soalan (a), jelaskan proses-proses
menegak dan mendatar yang berlaku dalam
kitaran hidrologi. [15]

Alir lintang atmosfera (Angin)


• Merujuk kepada angin yang bertiup untuk menggerak/
menolak awan dari satu tempat ke tempat yang lain.
• Misalnya awan yang terbentuk di atmosfera lautan
ditiup angin ke atmosfera daratan. Pengaruh alir
lintang ini akan menyebabkan taburan hujan berlaku
di merata tempat.
2 (b) Berdasarkan rajah yang telaah anda lukis
pada soalan (a), jelaskan proses-proses
menegak dan mendatar yang berlaku dalam
kitaran hidrologi. [15]

Aliran air bawah tanah


• Air bawah tanah terhasil me aiui proses susupan dan
seterusnya terkumpul di daiam lapisan batuan tidak telap
air yang dikenali sebagai akuifer.
• Sistem akuiler ini juga membenarkan air mengalir sebagai
aliran air bawah tanah menuju ke sungai. tasik dan
seterusnya ke laut.
• Proses pergerakan air bawah tanah ini berlaku secara
mendatar yang dikenali sebagai rembesan atau perkolasi.
3 (a) Sejauh manakah faktor hujan mempengaruhi
kadar larian air permukaan. [13]

Kuantiti/ jumlah hujan


• Semakin banyak hujan maka larian air permukaan
semakin tinggi. lni kerana bekalan air hujan yang banyak
akan menambahkan isipadu air larian.
• Justeru hujan lebat pada musim tengkujuh/ banjir
menambahkan kadar larian air permukaan berbanding
dengan jumlah hujan yang sedikit pada musim kemarau.
3 (a) Sejauh manakah faktor hujan mempengaruhi
kadar larian air permukaan. [13]

Bentuk hujan mengikut masa


• Hulan yang perlahan (renyai-renyai) dalam jangkamasa
yang lama, larian air permukaannya rendah kerana air
hujan banyak menyusup masuk ke dalam tanah.
• Berbanding dengan hujan lebat dalam jangka masa yang
singkat akan menambahkan kadar larian air permukaan.
3 (a) Sejauh manakah faktor hujan mempengaruhi
kadar larian air permukaan. [13]

Saiz titisan hujan


• Saiz titisan hujan yang besar biasanya menghasilkan kadar
larian air permukaan yang tinggi kerana kadar susupan
adalah sedikit berbanding dengan saiz titisan hujan yang
kecil.
• Saiz titisan kecil mudah meresap masuk melalui liang-liang
pore tanah.

3 (a) Sejauh manakah faktor hujan mempengaruhi
kadar larian air permukaan. [13]

Faktor geologi – keporosan batuan.


• Batuan yang poros seperti batu pasir yang bersaiz kadar, ia
mempunyai kadar susupan yang tinggi ekoran daripada peratus
Hang pore yang dimilikinya adalah banyak. Oleh sebab itu
batuan jenis ini kadar larian air permukaan ke atasnya adalah
berkurangan.
• Berbeza dengan tanah liat yang mempunyai peratus liang pore
yang sedikit dan sifatnya yang menakung air menyebabkan kadar
larian air permukaan adalah tinggi.
3 (a) Sejauh manakah faktor hujan mempengaruhi
kadar larian air permukaan. [13]

Faktor kecerunan.
• Berkait dengan cerun curam dan juga cerun
landai. Semakin curam sudut cerun maka halaju
pergerakan larian air permukaan semakin tinggi.
• Keadaan sebaliknya berlaku apabila cerun itu
menjadi semakin landai, maka halaju larian air
permukaan semakin perlahan.
3 (a) Sejauh manakah faktor hujan mempengaruhi
kadar larian air permukaan. [13]

Faktor tumbuhan.
• Hutan primer (rimba) kanopinya tebal serta berlapis-
lapis. Ia dapat memintas air hujan dengan berkesan.
Oleh itu, larian air permukaan adalah sedikit
berbanding dengan susupan.
• Manakala bagi hutan sekunder larian air permukaan
adalah tinggi di sebabkan oleh proses cegatan
silaranya berkurangan.
3 (a) Sejauh manakah faktor hujan mempengaruhi
kadar larian air permukaan. [13]

Faktor manusia.
• Aktiviti penurapan muka bumi dengan tar, simen dan
aspalt akan meningkatkan kadar larian air permukaan
kerana liang pore tanih sudah tertutup untuk proses
susupan.
• Aktiviti penanaman rumput pula akan
memperlahankan kadar larian air permukaan
sebaliknya menambahkan susupan.
3 (b) Jelaskan pengaruh aktiviti manusia ke atas kadar
susupan air hujan di sesuatu kawasan. [12]

Aktiviti penyahhutanan.
•Pemusnahan hutan secara besar-besaran
mengurangkan proses pintasan
tumbuhan, susupan dan air bawah tanah
semakin berkurangan.
•Storan air bawah tanah berkurangan
3 (b) Jelaskan pengaruh aktiviti manusia ke atas kadar
susupan air hujan di sesuatu kawasan. [12]

Aktiviti pembandaran.
• Pembandaran melibatkan aktiviti penurapan muka
bumi samada dengan tar, bitumen atau aspalt.
Akibatnya liang-liang pore tanah akan ditutup.
• Ini akan menjejaskan proses susupan air hujan ke
dalam tanah. Kadar susupan yang berkurangan akan
menggangu pula sistem akuifer dan aliran air bawah
tanah yang juga semakin berkurangan.
3 (b) Jelaskan pengaruh aktiviti manusia ke atas kadar
susupan air hujan di sesuatu kawasan. [12]

Pembinaan empangan khususnya


empangan kuasa hidro elektrik.
• Aktiviti ini boleh menggangu kadar susupan air ke
dalam tanah apabila hutan ditenggelamkan bagi
pembinaan empangan.
• Sebaliknya simpanan air di permukaan akan
bertambah/ menjadi tasik buatan manusia.
3 (b) Jelaskan pengaruh aktiviti manusia ke atas kadar
susupan air hujan di sesuatu kawasan. [12]

Aktiviti penghutanan semula/


penghijauan persekitaran.
• Penanaman semula hutan membolehkan pokok-
pokok menjalankan fungsi pintasan untuk
membantu proses susupan air ke dalam tanah
seterusnya menambahkan simpanan air dalam
tanah..

You might also like