You are on page 1of 8

Ciri-ciri Hutan Hujan Tropika / Hutan Khatulistiwa

a) Tumbuhan yang terdapat di kawasan Hutan Hujan Tropika sentiasa dalam keadaan malar
hijau sepanjang tahun kerana dipengaruhi oleh ciri-ciri iklim Khatulistiwa yang panas,lembab
dan disinari cahaya matahari sepanjang tahun, min suhu tahunan 26.7 C, min hujan tahunan
2020mm setahun, kelembapan bandingan melebihi 90% . Selain itu, tumbuhan huatan ini
mempunyai daun yang lebar dan lebat, berbatang lurus dan besar, serta ,e,puntau banyak
tumbuhan menumpang seperti tumbuhan epifit.
b) Tumbuhan di hutan ini adalah terdiri daripada pokok-pokok balak yang berbatang besar,
tinggi, berakar banir, serta berkayu keras, seperti Cengal, Meranti, Seraya, Keruing, Berlian dan
lain-lain.
c) Profil hutan ini adalah tebal dan berbentuk bentuk kanopi empat lapisan, iaitu:
i) lapisan atas munculan.Lapisan paling atas sekali yang mempunyai ketinggian 40-50 meter
yang terdiri daripada pokok yang sangat tinggi.
ii) Lapisan kedua. Terdiri daripada pokok-pokok yang sederhana tinggi 25-40 meter, seperti
paku pakis, liana, rotan dan orked.
iii) Lapisan ketiga (tengah). Terdiri daripada pokok balak yang masih muda yang
mempunyai ketinggian antara 15-25 meter.
iv) Lapisan bawah (lantai). Terdiri daripada pokok renek, herba, palma, kulat,lumut dan
cendawan.
d) Hutan Hujan Tropika menjadi habitat fauna yang terdiri daripada pelbagai spesis serangga,
unggas, dan binatang liar, seperti ular, harimau, beruang, gajah, pelanduk, dan lain-lain.

a)
b)
c)

d)

e)

Faktor-faktor mempengaruhi aktiviti pembalakan


Faktor fizikal: keadaan iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan
pertumbuhan kayu-kayan seperti pokok cengal.
Faktor ekonomi:terdapat permintaan yang tinggi dari negara-negara Jepun dan Eropah dan
penawaran terhad. Kesan harga akan tinggi dan meningkatkan harga kayu tersebut.
Faktor sosial.: terdapat rangkaian jalan raya dan jalan keretapi untuk mengeluarkan balak ke
kilang dan ke pasaran dalam dan luar negara. Terdapat pelabuhan seperti Pelabuhan Tanjung
Pelepas, Pelabuhan Kuantan dan pelabuhan Kelang.
Faktor governan: kerajaan menggalakkan aktivti permbalak dengan cara menaman semula
hutan, menubuh Lembaga perindustrian Kayu Malaysai bertujuan mencari pasaran baru.
menubuh Insitut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM).
Faktor teknologi : terdapat pelbagai teknologi yang mempercepatkan ktivtiti pembalakan
seperti, mesin gergaji untuk kayu balak, jentera penarik, lori pengangkut, helikopter untuk
memasuki kawasan sukar di pedalaman Sarawak.

Kegunaan Hutan/Hasil Hutan Hujan Tropika(nyatakan)


a) Hasil kayu balak, jenis berkayu keras, seperti Chengal, Meranti, Seraya, Keruing, Balau dan
lain-lain.
b) Hasil perubatan. Pelbagai jenis akar kayu dan herba, seperti Tongkat Ali, Kacip
Fatimah,hempedu bumi dll yang merupakan bahan mentah untuk membuat ubat herba
tradisional.
c) Hasil pelbagai spesis serangga, unggas dan binatang liar, seperti gajah, harimau, seladang,
rusa dll.
d) Lain-lain hasil, seperti rotan bahan mentah untuk pembuatan perabot, damar, spesis
tumbuhan hiasan, seperti orked dan palma. Manakala pokok buah-buahan hutan seperti, keranji,
pulasan dan salak menjadi santapan orang-orang asli di kawasan pedalaman.

Kegunaan/ Kepentingan Hutan/Hasil Hutan Hujan Tropika (huraian)


a)

Dapat dijadikan bahan mentah tempatan yang murah dam mencukupi kepada sektor

ekonomi lain, seperti sektor industri hiliran atau industri kecil dan sederhana (IKS) yang
berasaskan kayu dan rotan . Contoh, kayu balak, seperti Chengal, Meranti dan Keruing serta
rotan dapat dijadikan bahan mentah untuk kilang memproses kayu bergergaji serta papan lapis
dan kilang membuat perabot .dan industri pembuatan ubat herba tradisional.Ini dapat
menjimatkan kos pengusaha kilang serta menambahkan keuntungan kerana hasil perhutanan
yang di import adalah mahal.(ekonomi)
b)

Dapat dijadikan bahan mentah untuk industri pembuatan ubat herba tradisional. Misalnya,

Hutan Hujan Tropika kaya dengan pelbagai jenis spesis akar kayu dan herba tradisional, seperti
Tongkat Ali dan Kacip Fatimah yang telah dibuktikan secara ilmiah melalui penyelidikan dan
pembangunan IPTA dan IPTS tempatan dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik. Ini
dapat mengurangkan kepada kebergantungan kepada ubatan moden yang mengandungi bahan
kimia dan dadah tertentu.(ekonomi)
c)

Dapat dijadikan tanaman hiasan, seperti pelbagai spesis orked dan palma untuk menghiasi

rumah kediaman, bangunan, dan pejabat kerajaan serta swasta di bandar-bandar besar seperti
Putra Jaya. Ianya merupakan sumber pendapatan kepada orang asli di kawasan pedalaman yang
menjual tanaman hutan hiasan kepada pemborong atau pengusaha nurseri tanaman hiasan di
bandar.(ekonomi)
d)

Dapat dijadikan sumber makanan.Contoh, buah-buahan hutan seperti keranji,

salak pulasan dan madu lebah menjadi sumber makanan serta pendapatan sampingan orang
asli tempatan untuk dijual di bandar berhampiran atau kepada pelancong asing. Contoh, di
Pedalaman Sarawak.(sosial)
e)

Dapat membangunkan sektor pelancongan sesebuah negara. Contohnya, melalui eco

pelancongan, seperti menikmati keindahan hutan lipur, air terjun dan kepelbagaian spesis flora
dan fauna. Kepelbagaian biodiversiti hutan hujan tropika di negara kita telah menarik kehadiran
pelancong dari dalam dan luar negara. Contoh, Taman Negara Pahang,(ekonomi)
f)

Dapat dijadikan kawasan tadahan/storan air hujan semulajadi yang berkesan kerana hutan

merupakan span semulajadi yang menyerap dan menyusupkan air hujan ke dalam tanah hingga
ke lapisan akuifer. Semakin tebal hutan semakin tinggi kadar susupan air. Paras air tanah akan
terus meningkat dan dapat menjamin bekalan air yang berterusan kepada sungai, tasik dan
kolam. Contoh, Hutan simpan Belum, Perak.(alam sekitar fizikal)
g)

Hutan Hujan Tropika kaya merupakan habitat pelbagai spesis fauna. Contoh, binatang liar,

seperti harimau, gajah, beruang, seladang dll kerana hutan merupakan tempat

berlindung,tempat tinggal, tempat mencari makanan dan tempat membiak haiwan liar. Hutan
menjadi habitat utama untuk haiwan membentuk lingkungan dan meneruskan generasinya.
Contoh, di Taman Negara Pahang. Kemusnahan habitat mengambil masa yang lama untuk
dipulihkan yang menyebabkan haiwan-haiwan berhijrah ke hutan atau habitat yang lain untuk
mencari perlindungan atau habitat yang baru. (alam sekitar fizikal)
h)

Hutan dapat menyeimbangkan ekosistem,kitar tenaga, komponen biotik,abiotik dan kitaran

makanan spesis flora dan fauna. Misalnya, kemusnahan kawasan tadahan hujan dan ketandusan
tanih kesan proses luluhawa dan sinaran terik matahari menyebabkan kepupusan
sumber air dan tumbuhan hijau yang menjadi makanan dan minuman haiwan haiwan herbivor .
Ini menyebabkan binatang liar, seperti harimau dan gajah liar mengamuk dan membaham
manusia di ladang dan kampung berhampiran. Contoh, di Jeli Kelantan. (alam sekitar fizikal)
i)

Dapat mengurang dan menghalang kadar hakisan. Litupan kanopi hutan dapat melindungi

tanih daripada hakisan percikan atau hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan air
larian permukaan melalui cengkaman akar dan proses cegatan silara. Di kawasan hutan tebal ,
haluju setiap titisan air hujan yang menimpa lantai hutan akan diperlahankan oleh silara-silara
pokok. Ini menyebabkan air hujan kuantiti air hujan yang menyusup ke dalam tanah lebih tinggi
berbanding dengan larian air permukaan . Manakala akar banir yang timbul dipermukaan
tanah dapat memperlahankan kadar hakisan larian air permukaan. Ini menjadikan struktur
tanih di kawasan berhutan tebal adalah kukuh serta stabil dan kurang hakisan tanah. (alam
sekitar fizikal

MAKSUD PROSES PENYAHUTANAN


Bermaksud aktiviti manusia yang meneroka sumber hutan yang melibatkan pelbagai cara,
seperti proses penebangan, pembersihan dan pembakaran hutan secra besar-besaran untuk
dijadikan sebagai tapak pertanian, kawasan perumahan,bangunan perniagaan, pejabat, lebuh
raya, lapangan terbang, hotel, padang golf, empangan KEH,dan kawasan reakreasi.Proses
penyahutanan telah menyebabkan kemusnahan dan kepupusan sumber hutan. Contoh, proses
penyahutanan yang berleluasa tanpa mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar fizikal boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal.
Contoh, proses penyahutanan `hutan di Cameron Highland untuk dijadikan kebun teh dan sayur
telah menyebabkan hakisan tanah dan pencemaran sungai.

PERBEZAAN SEKTOR PERHUTANAN / PEMBALAKAN DENGAN INDUSTRI PERHUTANAN/


PEMBALAKAN
Sektor pembalakan melibatkan kerja-kerja penebangan hutan, pengangkutan kayu balak yang
sudah dipotong ke kawasan pengumpulan (matau).
Manakala Industri Pembalakan pula melibatkan kerja kerja pemotongan dan pengergajian kayu
kepada bentuk kayu bergergaji pelbagai saiz, papan lapis, dan pulpa.

KEPENTINGAN SEKTOR PEMBALAKAN / PERHUTANAN


Peluang pekerjaan
Dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak dan meluas kepada penduduk tempatan.
Contoh berkerja sebagai buruh kurang mahir di kawasan pembalakan , seperti penebang pokok,
pemandu jentolak dan sebagi buruh mahir kepada graduan lulusan pertanian IPTA dan IPTS
tempatan, seperti UPM untuk bekerja sebagai kontraktor pembalakan, pegawai akaun dan
pegawai R&D Perhutanan. Ini dapat menambahkan pendapatan penduduk dan mengurangkan
kadar penggangguran di kalangan penduduk tempatan. Contoh, penduduk di Gua Musang,
Kelantan.
Pendapatan Negara / KDNK
Dapat

menambahkan

pendapatan

negara/

KDNK

negara

melalui

pengeksportan

hasil

pembalakan.Contoh, kayu bergergaji dan papan lapis ke luar negara, seperti Singapura dan
Jepun.Ini dapat menguntungkan negara dari segi tukaran wang asing, iaitu pengaliran masuk
wang asing ke negara kita Malaysia
Pengurangan Import
Dapat mengurangkan import hasil perhutanan, seperti kayu bergergaji, papan lapis, rotan dan
herba tradisional daripada Thailand dan Indonesia. Ini dapat mengurangkan kebergantungan
hasil hutan import dan mengurangkan pengaliran keluar wang negara ke negara asing serta
mengurangkan

defisit

imbangan

dagangan

dan

membolehkan

Malaysia

bersiap

sedia

menghadapi risiko kekurangan sumber hutan pada masa hadapan.

Kesan Pengganda
Dapat dijadikan bahan mentah tempatan yang murah dam mencukupi kepada sektor
ekonomi lain, seperti sektor industri hiliran atau industri kecil dan sederhana (IKS). Contoh,
hasil kayu balak dan rotan dapat dijadikan bahan mentah untuk kilang membuat perabot dan
industri pembuatan ubat herba tradisional.Ini dapat menjimatkan kos pengusaha kilang serta
menambahkan keuntungan kerana hasil perhutanan yang di import adalah mahal.
Sektor perhutanan penting untuk pembangunan sektor pelancongan sesebuah negara.
Contohnya, melalui eco pelancongan, seperti menikmati keindahan hutan lipur, air terjun dan
kepelbagaian spesis flora dan fauna. Kepelbagaian biodiversiti hutan hujan tropika di negara kita
telah menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara. Contoh, Taman Negara Pahang.
Pembangunan sektor perhutanan turut mengembangkan operasi sektor perkhidmatan
pengangkutan, seperti perkhidmatan bas pelancong serta persiaran dan perkhidmatan lori kargo
balak dan meningkatkan operasi pelabuhan utama negara untuk pengeksportan hasil
perhutanan ke luar negara. Contoh,Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan Kuantan.
Mewujud dan mengembangan jaringan sistem pemngangkutan
Dapat mewujud dan memperkembangkan jaringan sistem pengangkutan yang cekap dan
sistematik, untuk mengangkut jentolak serta buruh ke lokasi pembalakan dan bagi mengangkut

hasil pembalakan segera ke kilang memproses dan ke pelabuhan. Contoh, melalui Lebuh Raya
Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh-Raya Kota Bharu-Kuala Krai Gua Musang.
Ianya juga dapat meningkatkan operasi pelabuhan antarabangsa yang menyediakan kemudahan
kontena dan kargo yang memudahkan hasil pembalakan dieksport ke luar negara, seperti
Jepun.Contoh, Pelabuhan Kuantan, Kelang dan Pasir Gudang.
KESAN PEMBANGUNAN SEKTOR PERHUTANAN / PEMBALAKAN TERHADAP ALAM SEKITAR
FIZIKAL
LITOSFERA
1.Hakisan Tanah.
Proses penebangan hutan, pembersihan hutan di kawasan tanah tinggi telah mendedahkan
permukaan tanah tinggi dan cerun bkt.terhadap agen hakisan dan luluhawa, seperti hakisan
percikan atau hempasan air hujan serta meningkatkan proses hakisan tanah. Kepupusan
kawasan litupan kanopi hutan telah mendedahkan secara langsung permukaan tanah tinggi
tersebut kepada air hujan yang menghasilkan air larian permukaaan yang menuruni cerun bukit
dengan kadar yang laju.
Ketiadaan akar-akar banir yang timbul dipermukaan tanah dapat memperlahankan halaju air
larian. Ini dapat mengurangkan cengkaman tanah yang menyebabkan struktur tanah menjadi
longgar dan mudah dihakis oleh larian air permukaan cerun. Hakisan yang berterusan telah
menyebabkan gegalur-gegalur tanah yang akhirkan menyebabkan berlakunya gerakan jisim dan
tanah runtuh. Contoh, di Cameron Highland.
2.Perubahan lanskap fizikal
Proses penyahutanan untuk membuka tapak pertanian telah menyebabkan berlakunya
perubahan lanskap fizikal kawasan tanah tinggi. Misalnya, kawasan t.tinggi yang dilitupi kanopi
daun hijau, segar, nyaman dan kaya dengan pokok-pokok balak berharga, seperti cengal telah
berubah menjadi ladang tanaman manusia yang ditanam secara berteres. Contoh, ladang kelapa
sawit di Gua Musang Kelantan dan Ladang Teh di Cameron Highland.
ATMOSFERA
1.Pemanasan Mikro
Proses penyahutanan untuk tujuan pembalakan telah mendedahkan permukaan bumi secara
terus kepada panas terik cahaya matahari kerana ketiadaan litupan kanopi daun. Di samping itu,
kekurangan proses transpirasi turut mengurangkan kelembapan udara sekitar dan secara tidak
langsung telah meningkatkan suhu tempatan atau pemanasan mikro. Contoh, di Pedalaman
Kelantan.

2.Menjejaskan Kesimbangan gas-gas di atmosfera


Proses penyahutan yang memusnahkan hutan telah mengurangkan proses fotosintesis yang
membebaskan gas oksigen untuk pernafasan manusia dan haiwan. Manakala, pembebasan gas
k.dioksida oleh manusia dan haiwan melalui proses transpirasi semakin bertambah kerana

dedaun hijau yang menyerap gas karbom dioksida telah musnah. Ini menyebabkan berlaku
ketidak seimbangan gas-gas utama di atmosfera. Contoh, di Pedalaman Sabah.
HIDROLOGI
1.Proses penyahutanan untuk tujuan pembalakan telah menghapuskan kawasan tadahan hujan
yang menjadi kolam semulajadi sumber air bagi sungai sungai utama negara. Ini menyebabkan
sumber air haiwan dan manusia terjejas.Contoh, di Pedalaman Pahang.
2.Aktiviti pembalakan yang berleluasa telah menyebabkan sungai di kawasan tersebut dicemari
dengan lumpur serta berkelodak kesan bahan/sedimen hakisan yang di angkut oleh air larian
permukaan yang menuruni kawasan tanah tinggi memasuki hulu-hulu sungai di kaki kawasan
tanah tinggi. Contoh,Sungai di Pedalaman Pahang.
BIOSFERA
1.Proses penyahutanan untuk tujuan pembalakan telah menjejas dan memusnahkan spesis
flora berharga, seperti Cengal, Meranti, Kapur dan spesis orkid dan bunga Raflesia. Ianya juga
telah menjejaskan spesis fauna seperti serangga,harimau, beruang, ular, orang hutan yang
dilkategorikan sebagai spesis yang diancam kepupusan. Contoh, di Sandakan Sabah.
2.Aktiviti pembalakan yang berleluasa turut menjejas dan memusnahkan habitat flora dan fauna
kerana hutan merupakan rumah atau tempat tinggal spesis flora dan fauna, seperti spesis kayu
balak , orked, serangga dan binatang liar. Ini bermakna kemusnahan hutan menyebabkan spesis
flora dan fauna tersebut kehilangan habitat.Buktinya, media massa sering melaporkan tentang
penoreh getah dibaham harimau dan kumpulan gajah memusnahkan tapak anak-anak getah dan
kelapa sawit. Contoh, di Jeli Kelantan.
3.Aktiviti pembalakan telah menjejas dan mengganggu ekosistem dan kitaran makanan spesis
flora dan fauna. Misalnya, kemusnahan kawasan tadahan hujan dan ketandusan tanih kesan
proses luluhawa dan sinaran terik matahari menyebabkan kepupusan sumber air dan tumbuhan
hijau yang menjadi makanan dan minuman haiwan . Ini menyebabkan harimau dan gajah liar
mengamuk dan membaham manusia di ladang dan kampung berhampiran. Contoh, di Jeli
Kelantan.

MAKSUD PERHUTANAN LESTARI /MAMPAN


Perhutanan lestari ialah aktiviti eksploitasi sumber hutan, seperti pembalakan dijalankan secara
berterusan untuk memenuhi keperluan bahan mentah sektor binaan , industri dan keperluan
tapak pembinaan jalan raya, lapangan terbang, perumahan, kilang dan projek infrastruktur lain
untuk memenuhi keperluan generasi masa kini dan generasi akan datang.Namun,Eksploitasi
hutan ini mesti mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan, seperti penanaman
semula hutan, rawatan sivikultur, penguatkuasaan Akta Kualiti Alam sekeliling 1974. Langkah-

langkah mesra alam ini penting untuk menjamin sekalan sumber hutan, seperti kayu balak,
rotan dan hasil hutan lain dapat memenuhi keperluan generasi kini dan akan datang.
LANGKAH-LANGKAH

MENGURANGKAN

KESAN

NEGATIF/

PERHUTANAN

LESTARI

MAMPAN/ PEMBALAKAN LESTARI/ PENGURUSAN HUTAN


Langkah Perundangan
i) Melalui perlaksanaan Dasar Perhutanan Negara 1978, beberapa kawasan hutan telah
digazetkan sebagai hutan simpan kekal dan Taman Negara untuk memelihara dan memulihara
sumber hutan Negara agar tidak diceroboh untuk tujuan pembalakan dan pembinaan
infrastruktur. Contoh, Hutan Simpan Pahang.
ii) Menguat

kuasa

yang menggariskan

Akta

Perhutanan

larangan

aktiviti

Negara dan

Akta

Kualiti

memotong,menebas,

Alam

menebang,

Sekeliling
penorehan,

1974,
dan

pemindahan sumber hutan simpan.


Pihak yang melanggari Akta ini, seperti menceroboh hutan simpan boleh didakwa di mahkamah,
iaitu hukuman 2 tahun penjara dan denda maksima RM 50 000 atau kedua-duanya sekali. Selain
itu, lesen pembalakan ditarik, dan menyita jentera pembalakan.
iii)

Laporan

EIA perlu

diperolehi

dan

mendapat

kelulusan

sebelum

sesebuah

syarikat memulakan kerja pembalakan di kawasan yang diberi oleh kerajaan.Khasnya,


dikawasan tanah tinggi yang berhampiran sungai dan Taman Negara. Contoh, di Taman Negara
Pahang.
iv) Pihak berwajib, seperti renjer, Jabatan Perhutanan dan Perhilitan perlu meningkatkan
rondaan menggunakan helicopter dan alatan GIS dan GPRS untuk memantau aktiviti
pembalakan, khasnya pembalakan haram di kawasan hutan simpan, seperti Hutan Simpan
Pahang.

Langkah Pengurusan
i) Melaksanakan system penebangan terpilih. Hanya pokok-pokok yang cukup matang dan cukup
ukur lilitnya sahaja yang ditebang. Dua system penebangan di Malaysia ialah, Sistem Sebaya
Malaya (MUS) dan Sistem Pengurusan Penebangan Terpilih (SMS), untuk mengelakkan
penebangan pokok balak yang belum mencapai tempoh matang.
-Mengikut sistem ini, giliran kawasan penebangan adalah 33-35 tahun.
-had tebangan yang ditetapkan, daimeter 50-60 cm bagi kumpulan kayu damar atau kayu keras
seperti cengal, meranti dan keruing.
-Manakala daimeter 45 cm bagi kumpulan bukan kayu damar seperti petai, pulai, dan mempelam
ii)Melaksanakan kaedah rawatan silvikultur, iaitu satu cara pemulihan hutan yang melibatkan
penubuhan

ladang

hutan,

tumbesaran,

membuang

dan

mencantas

tumbuhan

memanjat,penjarakkan antara pokok balak, penggunaan racun rumpai dan anai-anai , agar

pokok-pokok balak dapat membesar dengan subur tanpa saingan rumpai, pokok-pokok kecil dan
serangan serangga serta binatang perosak.
iii) Melaksanakan penanaman semula, dengan menanam semula pokok balak yang ditebang dan
membuka ladang hutan dengan menanam pokok jenis acacia, mangium, yemane dan batai yang
cepat membesar dan matang dalam jangka masa 15 tahun sahaja.
iv)Menggalakkan pengunaan bahan binaan lain sebagai altenatif, seperti penggunaan simen,
batu, aluminium, besi dalm industri pembinaan. Penggunaan kayu getah dalam industri perabot
dan kitaar semula kertas dan habuk kayu dapat mengurangkan penggunaan sumber kayu.
vi) Mengharamkan eksport kayu balak, terutamanya spesis yang lambat matang dan di ancam
kepupusan seperti kayu cengal dan kayu ramin.
Langkah Kempen
a) Hebahan Kempen Cintai dan Hargailah Sumber Hutanmelalui media massa, seperti
televisyen, radio, surat khabar, majalah, webside.
Hebahan dan pendedahan khas melalui siaran berita televisyen terhadap penerokaan hutan
haram dan kesan terhadap alam sekitar.Contoh, dalam Buletin Utama TV 3 dengan perantara
En.Karam Sigh Walia supaya pihak berwajib mengambil langkah segera memantau dan
menghadapkan penjenayah alam sekitar ini ke muka pengadilan.
b) Menyemai perasaan sayangkan alam sekitar, khasnya sumber hutan kepada generasi baru
terutama pelajar sekolah, pelajar IPTA, IPTS melalui kegiatan Kurikulum, seperti dalam sukatan
pelajaran Geografi, Sains, Pendidikan Sivik dan penerapan secara merentasi kurikulum dalam
subjek-subjek lain diperingkat sekolah dan IPTA .Demikian juga penerapan Cintai Hutan dapat
diterapkan melalui aktiviti ko-kurikulum.Contoh, melalui aktiviti Kelab Pencinta Alam Sekitar
dan Persatuan Geografi, melalui program atau pertandingan menghijaukan laman sekolah dan
amalan gotong-royong.

You might also like