You are on page 1of 2

Andaikan kamu terpilih mewakili kelas ke pertandingan syarahan.

Tajuk
syarahan yang diberikan ialah “Faedah-faedah Kitar Semula” . Sediakan
teks syarahan kamu selengkapnya.

Pendahuluan

Kata alu-aluan – perkenalkan tajuk syarahan

Isi-isi Penting

1. Isu kitar semula menjadi topik hangat dalam media massa – pelbagai
kempen kitar semula dilaksanakan untuk memupuk rasa sayang akan
alam sekitar. Terdapat banyak faedah kitar semula.
2. Dapat mengelakkan pencemaran alam – bahan buangan akan
dikumpul dan dihantar ke pusat kitar semula – alam sekitar menjadi
bersih daripada sisa buangan ini
3. Dapat menambahkan pendapatan – setiap bahan buangan ini
mempunyai nilai jika dijual semula – wang yang diperoleh boleh
menampung pembelian barangan keperluan
4. Dapat menjimatkan ruang pelupusan sampah – boleh digunakan untuk
pembangunan

Penutup
memberikan kerjasama dalam menjayakan kempen ini – kebaikan yang
diperoleh dapat dimanfaatkan oleh semua
Syarahan

Format

1. Pendahuluan ialah kata alu-aluan


a. Tuan Pengerusi Majlis – 大会主席
b. Tuan Guru Besar – 校长
c. hakim – 评审
d. guru-guru / rakan-rakan/ murid-murid/ rakan seperjuangan
sekalian
2. pilih perenggan dan dimulakan dengan kata alu-aluan.
a. Hadirin yang dihormati,
b. Hadirin yang dikasihi,
c. Warga dewan yang dihormati,
d. Contoh:
i. Hadirin yang dihormati,
Antara faedah kitar semula adalah
3. Syarahan perlu diakhiri (Sekian, terima kasih.)

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar,
para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan seterusnya rakan-
rakan yang dikasihi. Pada pagi yang indah ini, izinkan saya menyampaikan
sebuah syarahan yang bertajuk “TAJUK” .

You might also like