You are on page 1of 129

BIOGRAFI PAHLAWAN IBAN : ROBERT MADANG

LANGI @ LEFTENAN KOLONEL (B) ROBERT


RIZAL ABDULLAH

ROMUEL BENNARD ANAK ROBERTH TEOH

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2021
BIOGRAFI PAHLAWAN IBAN : ROBERT MADANG
LANGI @ LEFTENAN KOLONEL (B) ROBERT
RIZAL ABDULLAH

ROMUEL BENNARD ANAK ROBERTH TEOH

LATIHAN ILMIAH INI DISERAHKAN UNTUK


MEMENUHI KEPERLUAN PENGIJAZAHAN
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL
DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SEJARAH

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2021
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BORANG PENGESAHAN STATUS LATIHAN ILMIAH

JUDUL : BIOGRAFI PAHLAWAN IBAN : ROBERT MADANG


LANGI @ LEFTENAN KOLONEL (B) ROBERT RIZAL
ABDULLAH

IJAZAH : SARJANA MUDA

BIDANG : SAINS SOSIAL (SEJARAH)

Saya ROMUEL BENNARD ANAK ROBERTH TEOH sesi 2018-2021 mengaku


bahawa untuk membenarkan Latihan Ilmiah Sarjana Muda ini disimpan di
Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti
berikut :-

1. Latihan Ilmiah ini adalah hak milik Universiti Malaysia Sabah.


2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat Salinan Latihan Ilmiah ini sebagai
bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. Sila tandakan ( / ) :

SALIN (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan


atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah


ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan Oleh,

____________________ _____________________
ROMUEL BENNARD ANAK (TANDATANGAN PUSTAKAWAN)
ROBERTH TEOH
BA18110355

Tarikh : (Diserahkan kepada PPPS) _____________________________


(Dr. Dayang Junaidah binti Awang Jambol)
Penyelia

ii
PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa Latihan Ilmiah yang bertajuk Biografi Pahlawan Iban:
Robert Madang Langi @ Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah ini merupakan
hasil usaha dan kerja saya sendiri, melainkan petikan, ringkasan yang setiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.

15 OGOS 2021 ROMUEL BENNARD ANAK


ROBERTH TEOH
BA18110355

iii
PENGESAHAN

NAMA : ROMUEL BENNARD ANAK ROBERTH


TEOH

NO MATRIK : BA18110355

TAJUK : BIOGRAFI PAHLAWAN IBAN : ROBERT


MADANG LANGI @ LEFTENAN KOLONEL
(B) ROBERT RIZAL ABDULLAH

IJAZAH : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL


DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG
SEJARAH

TARIKH VIVA : 15 OGOS 2021

DISAHKAN OLEH:

Tandatangan

1. PENYELIA UTAMA

Dr. Dg Junaidah Binti Awang Jambol __________________

2. PENYELIA BERSAMA

Dr. Mohamad Shaukhi Bin Mohd Radzi __________________

iv
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana atas izin-
Nya saya telah berjaya menyiapkan Latihan Ilmiah ini walaupun berhadapan
dengan pelbagai dugaan dan cabaran khususnya disebabkan oleh pandemik Covid-
19 yang sedang melanda dunia. Dengan kesempatan ini juga, saya juga ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya iaitu Dr. Dg
Junaidah Binti Awang Jambol dan penasihat yang selalu memberi tunjuk ajar iaitu
Encik Abdul Rahman Mad Ali@Abang atas kesabaran, bimbingan dan nasihat yang
diberikan. Segala nasihat yang diberikan sangat membantu saya dalam proses
menghasilkan Latihan Ilmiah ini.

Diucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua insan yang saya hormati
dan sayangi iaitu Roberth Teoh Anak Eddie Jemat (Bapa) dan Muarin Anak Giman
(Ibu) kerana sentiasa memberi sokongan, dorongan juga doa sepanjang saya
menyiapkan Latihan Ilmiah dan sentiasa memberikan semangat kepada saya dalam
berhadapan dengan suasana pengajian yang banyak mematangkan dan memberi
pengajaran sepanjang bergelar mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah yang
tercinta sehingga pengajian saya dapat disempurnakan dengan jayanya. Dengan
rasa rendah diri saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pensyarah khasnya dari program Sejarah diatas pengorbanan dan didikan
yang telah dilakukan sepanjang saya berada di Universiti Malaysia Sabah.

Ucapan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sepejuangan saya iaitu
Mohd Safran Bin Omar Ismail, Slyvester Kenawang anak John, Cemalia Mading,
Ratha dan lain-lain lagi yang banyak membantu dalam memberi peringatan serta
dorongan kepada saya untuk menyiapkan Latihan Ilmiah ini. Diucapkan juga terima
kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak khususnya dari
segi pengangkutan ke lokasi kajian juga menjawab setiap pertanyaan yang saya
utarakan kepada mereka. Dengan itu, besarlah harapan saya agar latihan ilmiah
yang berjaya dihasilkan ini dapat dijadikan sebagai salah satu rujukan dan
panduan penulisan untuk generasi akan datang.

ROMUEL BENNARD ANAK ROBERTH TEOH


15 OGOS 2021

v
ABSTRAK

Maka ini merupakan satu usaha menjejaki pejuang yang telah berbakti kepada
negara. Oleh itu, usaha untuk menghasilkan penulisan ilmiah berbentuk biografi
berkaitan tokoh veteran Tentera Darat Malaysia (TDM) iaitu Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah atau nama sebenar Robert Madang Langi telah dilakukan.
Pengalaman bersama pasukan Batalion Ketiga (3) Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD)
dan “Platun Kilat” merupakan pengalaman yang luar biasa bagi seorang veteran
Tentera Darat Malaysia (TDM) bernama Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah.
Beliau telah menerima pelbagai pingat kerana jasa bakti yang tidak ternilai kepada
pasukan keselamatan negara Malaysia. Namun, walaupun sudah bersara dari dunia
ketenteraan, beliau tetap meneruskan perjuangannya dalam memartabatkan dan
memuliakan karier sebagai seorang tentera. Beliau telah memberikan sumbangan
dan menjayakan operasi terakhirnya iaitu “Operasi Mai Pulai” dengan membawa
pulang dua puluh satu (21) rangka anggota pasukan “Iban Trackers” dan “Sarawak
Rangers” kembali ke negeri Sarawak. Dalam penelitian latihan ilmiah ini, kaedah
yang digunakan ialah kajian kepustakaan, kajian arkib dan temu bual terpilih dalam
kalangan keluarga Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah dan kalangan
veteran tentera. Tuntasnya, latihan ilmiah ini akan mengimbau sejarah
latarbelakang beliau dan keluarganya serta menjelaskan penglibatan beliau dalam
semua operasi yang beliau sertai.

Kata Kunci : Penglibatan, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah, veteran
Tentera Darat

vi
ABSTRACT

BIOGRAPHY OF IBAN WARRIOR: ROBERT MADANG LANGI @


LIEUTENANT COLONEL (B) ROBERT RIZAL ABDULLAH

This is an attempt to locate fighters who have previously served the country. As a
result, efforts have been undertaken to publish scholarly publications in the form of
biographies about this veteran figure of the Malaysian Army (TDM), Lieutenant
Colonel (B) Robert Rizal Abdullah, also known as Robert Madang Langi. Lieutenant
Colonel (B) Robert Rizal Abdullah, a veteran of the Malaysian Army (TDM), had an
incredible experience with the Third Battalion (3) of the Royal Ranger Regiment (3
RRD) and the "Lightning Platoon." For his important contribution to Malaysia's
national security forces, he has received numerous medals. Despite his retirement
from the military, he continued to work to elevate and glorify his career in the
military. In his most recent mission, "Operation Mai Pulai," he contributed and was
succeeded in returning twenty-one (21) skeletons of members of the "Iban
Trackers" and "Sarawak Rangers" to Sarawak. The methods used in this scholarly
learning guide were library research, archival research, and interviews with the
family of Lieutenant Colonel (B) Robert Rizal Abdullah and military veterans. Finally,
this academic instruction will recollect his and his family's past, as well as explain
his involvement in all the missions he took part in.

Key Words: Participation, Lieutenant Colonel (B) Robert Rizal Abdullah, Veteran of
the Malaysia Army

vii
SENARAI KANDUNGAN

Halaman
TAJUK
BORANG PENGESAHAN STATUS LATIHAN ILMIAH ii
PENGAKUAN iii
PENGESAHAN iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI GAMBAR xii
SENARAI PETA xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
SENARAI GLOSARI xvi

BAB 1 : PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Permasalahan Kajian 2
1.3 Objektif Kajian 3
1.4 Kepentingan Kajian 4
1.5 Sorotan Literatur 5
1.6 Skop Kajian 16
1.7 Metodologi Kajian 17
1.8 Pembahagian Bab 18
1.9 Kesimpulan 19

BAB 2 : SEJARAH KEHIDUPAN ROBERT MADANG LANGI


2.1 Pendahuluan 20
2.2 Sejarah Kehidupan Awal (1948-1955) 21
2.2.1 Kehidupan di Kapit (1956-1957) 22

viii
2.2.2 Berpindah ke Lutong (1958-1959) 25
2.2.3 Kehidupan di Bintulu (1960-1961) 27
2.3 Latar Belakang Keluarga 27
2.4 Alam Persekolahan 30
2.5 Perkahwinan 34
2.6 Kesimpulan 40

BAB 3 : OPERASI DAN SIRI-SIRI PERTEMPURAN


3.1 Pendahuluan 41
3.2 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 41
3.3 Robert Madang Langi menceburi bidang ketenteraan 42
3.4 Operasi dan Siri-Siri Pertempuran 44
3.4.1 Catatan Operasi Sungai Kuak, Kroh, Perak Tahun 1970 44
3.4.2 Catatan Operasi Radak, Bukit Kulim, Kedah Tahun 1971 46
3.4.3 Catatan Operasi Jelaku 3, Asajaya, Sarawak Tahun 1973 50
3.4.4 Catatan Operasi Beruang 1, Serian, Sarawak Tahun 1973 53
3.4.5 Catatan Operasi Jelaku 6, Serian, Sarawak Tahun 1973 55
3.4.6 Catatan Operasi Gonzales 1 Tahun 1974 63
3.4.7 Catatan Operasi Setia, Perak Tahun 1976 67
3.4.8 Catatan Operasi Pagar, Ayer Kala, Perak Tahun 1976 67
3.4.9 Catatan Operasi Cahaya Bena 1, Thailand Tahun 1977 68
3.4.10 Catatan Operasi Jala Aman 3, Sibu, Sarawak Tahun 1983 70
3.5 Kesimpulan 71

BAB 4 : SUMBANGAN ROBERT RIZAL ABDULLAH TERHADAP


NEGARA
4.1 Pendahuluan 75
4.2 Sumbangan Kepada Negeri Sarawak 76
4.2.1 Pencetus Idea Operasi Mai Pulai 76
4.2.2 Perjumpaan Bersama Ketua Menteri Sarawak 80
4.2.3 Penempatan Semula Kubur Lans Koperal Ungkok Anak Jugam 81
4.2.4 Usaha-Usaha dalam Operasi Mai Pulai 85
4.3 Penghasilan Buku 89
4.4 Anugerah Penghargaan Jasa Bakti dalam Pasukan Tentera 90

ix
4.4.1 Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A), 1969 91
4.4.2 Pingat Panglima Gagah Berani (P.G.B), 1974 91
4.4.3 Pingat Perkhidmatan Bakti (Sarawak) (P.P.B), 1984 91
4.4.4 Pingat Kesatria Angkatan Tentera (K.A.T), 1988 92
4.4.5 Pingat Jasa Malaysia (P.J.M), 2012 92
4.4.6 Pingat Bintang Kenyalang (P.B.K), 2013 93
4.4.7 Pingat Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S), 2018 93
4.4.8 Anugerah Pisau Komando Tahun 1973 dan 1983 94
4.4.9 Ijazah Kehormat Sarjana Pengajian Strategi (UPNM), 2014 94
4.5 Kesimpulan 95

BAB 5 : KESIMPULAN
5.1 Kesimpulan 96
5.2 Saranan 99

BIBLIOGRAFI 101
LAMPIRAN 106

x
SENARAI JADUAL

Halaman
Jadual 4.1 : Senarai Nama Dua Puluh Satu (21) Anggota Pasukan Iban 86
Trackers dan Sarawak Rangers

xi
SENARAI GAMBAR
Halaman
Gambar 2.1 : Gambar Upi Anak Langi (Abang) dan Impo Anak 29
Langi (Kakak)

Gambar 2.2 : Gambar Jentang Anak Langi (Kakak) dan Linggir 29


Anak Langi (Adik)

Gambar 2.3 : Gambar Robert Madang Langi di Sekolah Tanjong 33


Lobang

Gambar 2.4 : Gambar Hari Sukan Sekolah Tanjong Lobang 33


Tahun 1966

Gambar 2.5 : Gambar YM Raja Noriah Bte Raja Sharome 36

Gambar 2.6 : Gambar Perkahwinan Robert Rizal Abdullah 36


bersama YM Raja Noriah Bte Raja Sharome

Gambar 2.7 : Gambar Puteri Azlin dan Megat Farril 39

Gambar 2.8 : Gambar Keluarga Robert Rizal Abdullah Pada 39


Tahun 1989

Gambar 3.1 : Lans Koperal Kamaruddin (Kiri) dan Renjer Rodney 45


Bayren (Kanan)

Gambar 3.2 : Operasi Kuak, Kroh, Perak Tahun 1970 46

Gambar 3.3 : Robert Rizal Abdullah Bersama Pasukan “Platun 52


Kilat”

Gambar 3.4 : Pertempuran “Operasi Beruang 1” 55

Gambar 3.5 : Gambar semasa “Operasi Jelaku 6” 62

Gambar 3.6 : Robert Rizal Abdullah Menerima “Pisau Komando” 63

Gambar 4.1 : Kubur Tepi Jalan, Lans Koperal Ungkok Anak 79


Jugam

Gambar 4.2 : Perjumpaan Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal 81


Abdullah bersama Ketua Menteri Sarawak Selepas
Pelancaran Buku Beliau.

Gambar 4.3 : Kubur Lans Koperal Ungkok Anak Jugam 84


Dipindahkan.

Gambar 4.4 : “Upacara Miring” semasa “Operasi Mai Pulai” 87

xii
Gambar 4.5 : Rangka Dua Puluh Satu (21) Anggota Tentera 89
Yang Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuching, Sarawak

xiii
SENARAI PETA

Halaman
Peta 1.1 : Kawasan Kajian iaitu Sri Aman dan Kuching, Sarawak 16

xiv
SENARAI SINGKATAN

KEMENTAH - Kementerian Pertahanan


BAKAT - Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera
ATM - Angkatan Tentera Malaysia
TDM - Tentera Darat Malaysia
TUDM - Tentera Udara DiRaja Malaysia
TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia
RRD - Rejimen Renjer DiRaja
3 RRD - Tiga Rejimen Renjer DiRaja
PGK - Pengganas Komunis
CO - Commanding Officer
MIO - Military Interligent Officer
LMG - Light Machine Gun
RAMD - Rejimen Askar Melayu DiRaja
PULADA - Pusat Latihan Tentera
PGRS - Pasukan Gerila Rakyat Sarawak
PKKU - Parti Komunis Kalimantan Utara
RSM - Regimental Sergeant Major
7 RRD - Tujuh Rejimen Renjer DiRaja
PDRM - Polis DiRaja Malaysia
CPO - Chief Police Officer
MPAJA - Malaya People Anti-Japanese Army
BPP - Polis Sempadan Thailand
SGA - Agen Khas Kerajaan
BCT - Pemusnah Jerangkap Samar
PSC - Passed Staff College
MAFSC - Kolej Ataf Angkatan Tentera Malaysia
RASCOM - Rajang Area Security Command
SBPU - Special Branch Probing Unit

xv
SENARAI LAMPIRAN

Halaman
Lampiran A : Gambar Keluarga Tahun 1991 106

Lampiran B : Anugerah Pisau Komando Semasa Operasi Jelaku 3 107

Lampiran C : Pingat Jasa Bakti, Pisau Komando dan Ijazah Kehormatan 108
Sarjana Pengajian Strategi (UPNM)

xvi
SENARAI GLOSARI

Kamunting : Kamunting merupakan sejenis buah manis yang berwarna


biru. Buahnya lembut dan jika memakannya terlalu
banyak, lidah dan mulut akan bertukar kepada warna biru
kehitaman.

Kolek : Kolek merupakan sebuah sampan buatan sendiri tanpa


mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Ruai : Ruang tamu di bahagian depan Rumah Panjang.

Operasi Mai Pulai : Operasi Membawa Pulang.

Upacara Miring : Upacara Miring merupakan salah satu adat masyarakat


Iban untuk mempersembahkan atau berdoa kepada Tuhan
atau Petara bagi memberkati permintaan dan mendapat
perlindungan daripada sesuatu ancaman. Upacara Miring
juga diadakan untuk memberkati, melindungi, membawa
kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian dalam
masyarakat Iban.

xvii
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan
Kajian ini meneliti tentang sejarah riwayat hidup atau biografi seorang tokoh yang
beketurunan pahlawan Iban iaitu Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah
ataupun nama sebenar Robert Madang Langi. Penulisan ini adalah berbentuk
biografi atau penulisan yang berkaitan dengan kehidupan dan perjuangan seorang
tokoh yang telah menyumbang bakti kepada negara. Di dalam penulisan ini,
pengkaji akan membincangkan keseluruhan riwayat dari peringkat awal
kehidupannya sehinggalah kehidupannya yang sekarang.1 Namun, kajian ini bukan
sahaja menceritakan tentang keseluruhan riwayat tokoh sahaja, malah pengkaji
juga akan menjelaskan sumbangan-sumbangan tokoh dan kerjayaan yang beliau
peroleh sepanjang beliau menganggotai pasukan tentera.

Jika dilihat sejarah negeri Sarawak sehingga tahun 1963, Sarawak boleh
dibahagikan kepada tiga zaman iaitu berkait rapat dengan pemerintahan
Kesultanan Brunei, Dinasti Brooke dan Kerajaan British. Umum mengetahui bahawa
wilayah Sarawak sejak ratusan tahun dahulu merupakan sebahagian tanah kuripan
kepada pembesar pada zaman Kesultanan Brunei dan pada sekitar tahun 1840an
wilayah Sarawak ini telah menjadi milik Dinasti Brooke yang memerintah kira-kira
satu abad lamanya. Kemudian pada 1963, negeri Sarawak telah menjadi salah satu
wilayah yang menjadi pembentuk kepada Gagasan Malaysia. Menyelusuri
perubahan fasa pemerintah Kesultanan Brunei kepada Dinasti Brooke (1841-1946),
merupakan satu sejarah penting dalam aspek ketenteraan di Sarawak.2

1
Mohamad Idris Saleh, Abdul Aziz Ishak : Biografi Politik 1955 hingga 1962, (Tesis Ph.D, UUM College
of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia), 2013. Hlm. 1.

2
Ho Hui Ling, Politik Orang Cina di Sarawak 1941-1963, (Tesis Ijazah Sarjana, Universiti Malaya),
1998. Hlm. 1.

1
Perlu diketahui juga bahawa Sarawak merupakan tempat terjadinya pelbagai
konflik antarabangsa sehinggalah dibawah pemerintahan James Brooke ataupun
White Rajah. James Brooke merupakan pemerintah pertama Sarawak pada tahun
1841. Pada zaman pemerintahan keluarga Brooke, terdapat banyak pahlawan Iban
telah bangkit bagi menentang pelantikan James Brooke sebagai pemerintah
Sarawak. Salah satunya ialah Libau Rentap dari Skrang, yang bertempur di Bukit
Sadok pada tahun 1861.3 Robert Rizal Abdullah juga merupakan salah seorang
perjuangan Iban yang telah menentang pengganas komunis di Sarawak. Beliau
melalui detik-detik yang berharga buat dirinya, apabila beliau mengetuai Platun
Kilat yang kemudiannya menjadi pengasas kepada pasukan Risik Gempur untuk
mempertahankan kedaulatan negara. Oleh itu, menyedari hakikat itu kajian ini akan
menjejaki dan meneliti biografi pahlawan Iban Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal
Abdullah ataupun nama sebenar Robert Madang Langi bagi menghormati dan
menghargai perjuangan yang dilakukan oleh beliau.

1.2 Permasalahan Kajian


Robert Madang Langi merupakan salah seorang pegawai Tentera Darat Malaysia
(TDM) yang pernah mempertahankan kedaulatan negara melalui beberapa siri
pertempuran dan beberapa operasi yang melibatkan pertaruhan nyawa. Robert
Madang Langi atau kini dikenali sebagai Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah
merupakan anak kelahiran Lachau, Sri Aman, Sarawak dan telah dibesarkan oleh
abangnya Upi yang merupakan seorang anggota Polis. Beliau dikatakan mempunyai
darah keturunan yang mempunyai sifat keperwiraan. Beliau telah memulakan
kariernya sebagai seorang tentera pada tahun 1967, apabila arahan penyertaan
Pegawai Kadet daripada (KEMENTAH) mengkehendaki beliau untuk melapor diri di
Maktab Tentera Diraja di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Sepanjang perkhidmatan
beliau sebagai seorang tentera telah memberikan pelbagai cabaran kepada Robert
Madang Langi terutamanya cabaran dari segi beberapa siri pertempuran dan
operasi yang melibatkan pertaruhan nyawa. Disebabkan oleh keberanian dan
kegagahan beliau semasa berkhidmat sebagai seorang tentera beliau telah
menerima beberapa anugerah atas perkhidmatan beliau. Beliau telah mengakhiri
sebuah kariernya pada 12 April 1992. Kini dalam menjalani usia tuanya, beliau

3
Maznan Noordin, Kanang : The Story of A Hero, A True Story, Kuala Lumpur : Malaysia, Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 2010. Hlm 1.

2
menghabiskan masa dengan membuat beberapa penulisan berkaitan
pengalamannya sebagai seorang tentera.

Berdasarkan pernyataan di atas, terdapat beberapa persoalan telah


dibentuk bagi menyelesaikan kajian ini. Pertama, siapakah Robert Madang Langi.
Persoalan ini segali gus akan cuba menjawab tentang latar belakang beliau dan
keluarganya secara mendalam sebelum dan selepas Robert Madang Langi menjadi
seorang tentera. Kedua, apakah pengelibatan beliau di dalam operasi dan
pertempuran dalam misi mempertahankan kedaulatan negara. Persoalan ini juga
turut menceritakan peristiwa-peristiwa pertempuran dan operasinya sepanjang
perkhidmatan beliau sebagai seorang tentera. Ketiga, sejauhmanakah sumbangan
Robert Madang Langi sepanjang berkhidmat sebagai seorang anggota Tentera
Darat Malaysia. Persoalan ini juga akan turut menjelaskan tentang anugerah serta
pingat darjah kebesaran yang telah beliau perolehi sepanjang berkhidmat sebagai
anggota tentera sehingga pada tahun 1992.

1.3 Objektif Kajian


Pada amnya kajian ini bertujuan untuk menjelaskan biografi dan menganalisis siri
pertempuran dan operasi yang dilakukan oleh Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal
Abdullah sehingga beliau dianugerahkan dengan beberapa pingat darjah kebesaran.
Oleh itu, beberapa objektif kajian telah dibentuk antaranya :

1. Mengetahui tentang latar belakang secara teperinci mengenai kehidupan


Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah dan keluarganya.

2. Menerangkan operasi dan siri pertempuran yang telah disertai oleh Robert Rizal
Abdullah.

3. Menjelaskan sumbangan Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah serta


merungkaikan anugerah dan pingat darjah kebesaran yang beliau peroleh
sepanjang berkhidmat sebagai seorang tentera.

3
1.4 Kepentingan Kajian
Kajian dan penulisan biografi mengenai Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah
ini penting kerana tidak banyak hasil kajian yang dilakukan secara ilmiah mengenai
beliau sebagai salah seorang tokoh pahlawan masyarakat Iban. Sekiranya ada
sekalipun penulisan mengenainya adalah bersifat umum atau sekadar sisipan dalam
sejarah Sarawak. Perlu diketahui juga akan kepentingan kajian ini kerana Leftenan
Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah merupakan salah seorang penerima anugerah
kepahlawanan Panglima Gagah Berani. Pingat Panglima Gagah Berani adalah pingat
yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada individu yang mempunyai keberanian
dan kegagahan sejati seperti Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. Oleh yang
demikian, hasil kajian ini diharap dapat membantu masyarakat umum mengenali
seorang tokoh pahlawan negara dengan lebih teperinci khususnya bagi masyarakat
Iban sendiri. Walaupun sumbangan beliau terhadap negara adalah relatif singkat,
namun ia wajar untuk diselidik kerana semua usaha dan keberanian Leftenan
Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah tetap memberi kesan kepada bangsa dan negara.

Selain itu, diharap juga dapatan kajian ini dapat menjawab banyak persoalan
tentang Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah yang selama ini begitu kabur
dan tidak diketahui ramai terutamanya generasi muda. Perkara ini seperti yang
dinyatakan kerana kekurangan kajian, penulisan dan cacatan tentang beliau.
Kekurangan ini menyebabkan segelintir masyarakat hanya mengenali Leftenan
Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah sebagai tentera yang tidak memberi sumbangan
yang besar kepada negara. Oleh itu, kajian ini, boleh dijadikan rujukan untuk
generasi muda kerana kajian ini terkandung intipati sebenar yang membawa
pengajaran tentang erti pengorbanan dan kesetiaan terhadap tugas kepada
generasi baru terutamanya. Kajian yang bertajuk “Pahlawan Iban : Robert Madang
Langi@Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah) ini, adalah sebuah penulisan
biografi seorang wira Iban yang patut dijadikan bahan bacaan wajib bagi semua
lapisan masyarakat yang sedang membentuk jati diri di mana-mana institusi
khususnya yang melibatkan latihan ketenteraan. Kajian ini juga dilakukan untuk
menyedarkan kepada masyarakat umum di Sarawak dan Malaysia bahawa
mempertahankan negara bukanlah satu tugas yang mudah dan pejuang seperti
yang dilakukan oleh Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah perlu dihormati dan
dihargai perjuangan yang mereka lakukan.

4
1.5 Sorotan Literatur
Secara umumnya, kajian mengenai Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah
masih belum banyak dijalankan. Setakat ini, pengkaji mendapati hanya terdapat
dua buah buku sahaja yang ditulis mengenai tokoh tersebut manakala kajian-kajian
lain hanya menyebutkan namanya sahaja sebagai seorang tokoh pahlawan yang
telah berjasa kepada negara tanpa menyebutnya secara teperinci. Kajian atau
maklumat beliau juga, didapati hanya banyak ditulis di laman sesawang secara
umum namun penulisan maklumat mengenai beliau sangat diragukan kerana tidak
bersifat ilmiah. Oleh disebabkan kekurangan kajian ilmiah berkaitan beliau,
pengkaji akan menggunakan contoh-contoh tesis berkaitan biografi seorang tokoh
untuk dijadikan panduan menulis biografi Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal
Abdullah.

Buku yang bertajuk Perjalananku Sebuah Autobiografi Seorang Pahlawan


Iban yang ditulis sendiri oleh Robert Rizal Abdullah merupakan buku yang
menceritakan tentang keseluruhan hidup beliau. Robert Rizal Abdullah ialah
penerima anugerah kepahlawanan Panglima Gagah Berani, yang dikurniakan atas
keberanian dan kegagahan sejati beliau, semasa Operasi Jelaku 6 di Sarawak. Di
dalam buku ini, menceritakan tentang pengalaman beliau dalam mengharungi
sebuah perjalanan hidup dan satu siri pengembaraan yang ekstrem. Dari awal
kehidupannya sudah diasah dengan pelbagai ringtangan yang membuat beliau
cekal dalam menghadapi semua dugaan. Beliau telah dibesarkan oleh Abangnya
Upi yang merupakan seorang anggota Polis. Oleh disebabkan niatnya yang murni
untuk mengurangkan beban keluarga, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah
telah membuat keputusan untuk menerima tawaran daripada Tentera Darat
Malaysia. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai seorang anggota tentera,
pelbagai pertempuran yang dihadapi oleh Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal
Abdullah dan pasukannya. Robert Rizal Abdullah sungguh berdedikasi memerangi
PGK ataupun pengganas komunis. Segala pengorbanan, peluh, tangisan dan darah
yang diperjuangankan membuat Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah berasa
berpuas hati kerana perjuangan yang dilakukan adalah benteng kepada kebebasan
yang kita kecapi pada harini ini. Namun, pengkaji akan mengisi kelompongan buku

5
ini dengan meneliti secara teperinci mengenai sejarah latarbelakang beliau dan
keluarganya.4

Selain itu, laman sesawang The Patriots Asia yang mengisahkan tentang
Robert Rizal Abdullah yang bertajuk “ Jejak Pahlawan Sarawak : Leftenan Kolonel
(B) Robert Rizal Bin Abdullah (PGB) yang ditulis oleh Haslina Bujang. Isi di dalam
laman ini menceritakan tentang Bujang Berani yang ditujukan kepada Lt Kol Robert
Rizal Abdullah merupakan pencetus idea dalam operasi “Pulai Menoa” yang
membawa 21 orang penjejak Iban dan pasukan Sarawak Rangers yang telah gugur
di medan peperangan sewaktu darurat Tanah Melayu pada tahun 1948. Menurut
penulis Haslina Bujang lagi, walaupun Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah
sudah bersara dari kariernya, beliau tetap meneruskan perjuangannya dalam
memartabatkan dan memuliakan kariernya dengan aktif dalam menulis kisah-kisah
perjuangannya. Anak kelahiran Sarawak yang berbangsa Iban ini pernah menerima
dua anugerah “Pisau Komando” kerana telah menewaskan pengganas dan beliau
juga telah menerima beberapa pingat darjah kebesaran yang diiktiraf oleh kerajaan
Malaysia dan Kerajaan Sarawak. Beliau bukan sahaja berkhidmat dan menakbur
bakti di Sarawak sahaja, malah beliau juga pernah berjuangan di bumi
Semenanjung Malaysia. Selepas beliau menamatkan perkhidmatannya dalam dunia
ketenteraan, beliau telah memilih untuk menetap di Taiping, Perak.5

Seterusnya, artikel pendek berkaitan Robert Rizal Abdullah yang ditulis oleh
Datuk Akmar Hisham Mokhles yang berjudul “Robert Rizal: Bunuh lima (5) Musuh
dalam tiga (3) Pertempuran”. Di dalam artikel ini, Datuk Akmar Hisham Mokhles
menceritakan tentang cabaran bagi Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3RRD)
dan cabaran buat Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah pada tahun 1973
dalam menumpaskan pengganas komunis. Pada ketika itu, tokoh veteran tentera
iaitu Robert Rizal masih berpangkat Kapten. Beliau telah terlibat dalam tiga (3)
pertempuran hebat yang telah menyebabkan seramai dua belas (12) orang
pengganas komunis (PGK) tumpas ditangan anggota pasukannya. Sebanyak lima (5)

4
Robert Rizal Abdullah, Perjalananku Sebuah Autobiografi seorang Pahlawan Iban, Kota Samarahan :
Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, 2019, Hlm. 1.

5
The Patriots, Jejak Pahlawan Sarawak : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Bin Abdullah (PGB). (18
Disember 2019). Dipetik dari https://www.thepatriots.asia/jejak-pahlawan-sarawak-leftenan-
kolonel-b-robert-rizal-bin-abdullah-pgb/ pada 23 Januari 2021.

6
pengganas telah tumpas di tangan beliau. Beliau berjaya membunuh seorang
pengganas semasa beliau mengetuai “Platun Kilat” iaitu Platun elit (3 RRD) dalam
satu serangan ke atas tempat pengganas Parti Komunis Kalimanran Utara. Kira-kira
tiga (3) bulan selepas serangan hendap di Nonok, beliau dan pasukan sekali lagi
terlibat dalam pertempuran di Balai Ringin, Serian. Hasil daripada itu, seorang
pemimpin tertinggi Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) telah berjaya dibunuh.
Pertempuran di Nonok sekali lagi memcacatkan sejarah yang sangat bermakna
buat Robert Rizal kerana beliau telah membunuh tiga orang komunis. Dengan itu,
kerjayaan membunuh lima orang musuh dalam tiga pertempuran dalam tempoh
sepuluh (10) bulan merupakan percapaian terbaiknya Robert Rizal. Hasil daripada
itu juga, beliau telah menerima anugerah pingat Panglima Gagah Berani (PGB).
Oleh itu, pengkaji akan menggunakan sumber ini sebagai penting untuk
menjelaskan siri-siri pertempuran dan operasi yang telah disertai oleh Robert Rizal
Abdullah.6

Di samping itu, di laman forum Panggilan Pertiwi yang bertajuk OP Jelaku:


Pertempuran Pertama Saya (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB) yang ditulis
sendiri oleh Robert Rizal Abdullah. Isi di dalam forum ini menceritakan tentang
pertempuran pertama beliau bertarikh 30 Januari 1973 di kawasan Asajaya kini
dikenali sebagai Samarahan dan di kawasan Nonok kini dikenali sebagai Kuching.
Pertempuran ini melibatkan Kompeni Pertama Pasukan Gerila Rakyat Sarawak
(PGRS) dibawah pimpinan Bong Kee Chok. Pada awalnya, pasukan Robert Rizal
baru seminggu mengambil alih tugas dari pasukan (12 RAMD) di Serian, Sarawak
dan terus dihantar ke kawasan Operasi di pendalaman Asajaya dan Serian.
Disebabkan “Kompeni C” (3 RRD) berjaya membunuh seorang pengganas komunis
(PGK)dan terbukti kawasan itu telah diduduki oleh mereka, Robert Rizal di arahkan
untuk memasuki kawasan tersebut, dengan itu beliau terus memulakan tugas
dengan mencari musuh dan menumpaskan pengganas komunis (PGK). Robert Rizal
dan pasukan juga menjalankan tugas dalam musim tengkujuh dan hal ini memang
agar menyukarkan mereka, namun berbekalkan semangat juang yang tinggi
mereka tetap mengharungi operasi jelaku itu. Pada hari kelima (5) operasi itu,
Robert Rizal telah mendengar bunyi tembakan dan tanpa berlengah lagi,

6
My New Hub, Robert Rizal : Bunuh Lima Musuh Dalam Tiga Pertempuran. (25 Mac 2018). Dipetikdari
https://www.mynewshub.tv/tag/robert-rizal/ pada 23 Januari 2021.

7
pasukannya turut membalas serangan itu. Hasil daripada itu, Robert Rizal dan
pasukan telah berjaya menumpaskan dua (2) orang pengganas komunis.7 Oleh itu,
ini sesuai dijadikan sebagai rujukan penting kepada pengkaji terutamanya untuk
melihat tugas-tugas atau menceritakan siri-siri pertempuran yang telah dianggotai
oleh Robert Rizal dan pasukannya.

Buku yang ditulis oleh Robert Rizal Abdullah (2019)8 pula merupakan hasil
karya yang memfokuskan kepada sejarah ringkas anggota separa tentera yang
dikenali sebagai The Iban Trackers yang kemudiannya diubah menjadi unit
ketenteraan sepenuhnya yang dikenali sebagai Sarawak Rangers. Melalui buku ini,
terdapat sumbangan terbesar yang dilakukan oleh Robert Rizal Abdullah sepanjang
beliau hidup. Beliau telah mengilhamkan sebuah idea yang sangat menyentuh
perasaan, dimana beliau telah mengilhamkan idea untuk membawa pulang sisa
rangka 21 wira Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang telah gugur dalam
mempertahankan negara semasa Darurat Tanah Melayu (1948-1960). Menerusi
buku ini juga beliau telah memberikan gambaran bagaimana beliau menulis surat
untuk “Launched Operation Mai Pulai” kepada Ketua Menteri Sarawak iaitu YAB
Pehin Sri Dr Abdul Taib Mahmud. Beliau telah menulis surat ini selepas beliau
menerbitkan buku berkaitan ketenteraan pada 6 November 2008. Oleh itu, buku ini
merupakan rujukan yang penting kepada pengkaji untuk mengetengahkan
sumbangan yang dilakukan oleh Robert Rizal Abdullah sepanjang beliau hidup.

Seterusnya, akhbar terbitan Astro Awani bertajuk, “Wira Negara Kanang


Anak Langkau meninggal dunia”. Isi di dalam akhbar ini menjelaskan bahawa tokoh
pahlawan negara, Datuk Temenggong Kanang anak Langkau atau dikenali sebagai
Kanag Langkau telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Umum,
Kuching. Beliau ,menghembuskan nafas terakhirnya didalam usia 65 tahun. Akhbar
ini juga, menjelaskan bahawa anak kelahiran Sarawak yang berketurunan Dayak itu
merupakam bekas anggota Rejimen Renjer Diraja yang memegang jawatan
Pegawai Waran dalam Angkatan Tentera Malaysia. Datuk Temenggong Kanang

7
Forum Panggilan Pertiwi, Robert Rizal Abdullah, Operasi Jelaku 3: Pertempuran Pertama Lk. Kol (B)
Robert Rizal Abdullah PGB. (26 Ogos 2015). Dipetik dari
https://panggilanpertiwi.forumms.net/t14-op-jelaku-3-pertempuran-pertama-saya-lk-kol-b-
robert-rizal-abdullah-pgb pada 23 Januari 2021.

8
Robert Rizal Abdullah, The Iban Trackers and Sarawak Rangers (1948-1963), Kota Samarahan:
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), 2019. Hlm. 122.

8
anak Langkau, telah dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Perkasa
oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981, oleh kerana
keberanian beliau dalam menentang pengganas komunis sehingga menyebabkan
beliau hampir terkorban akibat peluru yang hampir menembusi jantungnya.
Kepintaran beliau juga dalam selok belok gempur membolehkan beliau dan anggota
pimpinan beliau menumpaskan musuh ketika negara masih di dalam ancaman saki
baki komunis pada awal tahun 80an. Beliau juga telah diberi penghormatan untuk
mengetuai pembarisan para pejuang negara sempena Sambutan Hari Malaysia ke-
49 yang dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Razak.9 Oleh itu, pengkaji juga akan
meneliti pingat-pingat kebesaran yang dianugerahkan kepada Robert Rizal Abdullah.

Seterusnya, pengkaji juga menggunakan buku yang ditulis oleh Maznan


Noordin (2010) bertajuk Kanang : The Story of A Hero, A True Story, sebagai
panduan untuk pengkaji menulis kajian ilmiah berkiatan biografi seseorang tokoh.
Buku ini hasil karya penuh yang merangkumi aspek kehidupan beliau. Jika dilihat
didalam bab satu sehingga bab terakhir, buku ini menceritakan zaman kanak-kanak
beliau di Nanga Meluan. Beliau dilahirkan pada tahun 1945 di Rumah Panjang
Karangan Manok, Nanga Meluan dan telah dibesarkan oleh datuk dan neneknya.
Beliau hanya mendapat pendidikan awal sehingga darjah tiga sahaja di sekolah
Local Autority, daerah Kanowit. Semasa zaman remaja beliau beliau bekerja
sebagai seorang penoreh getah, tukang masak dan pengangkut arang batu. Buku
ini juga, meneliti sifat Kanang yang panas baran menyebabkan beliau tidak
mempunyai kawan rapat. Manakala pada bab ketiga buku ini, menceritakan
bagaimana Kanang Stepping Into A New World iaitu menjadi seorang askar.
Kanang telah dipelawa oleh kolonial inggeris untuk menjadi seorang askar. Pada
awalnya, beliau menolak pelawaan itu, tetapi beliau kemudiannya menyambut baik
dan telah menjalani temuduga untuk menganggotai pasukan Iban Tracker pada
tahun 1962 ketika beliau berumur 17 tahun. Pada akhir bab ini, penulis
menceritakan kehidupan Kanang selepas bersara pada tahun 1986 sebagai seorang
orang awam yang menjalani kehidupan biasa di Rumah Panjang Skra Hilir.10

9
Astro Awani, Wira Negara : Kanang Anak Langkau meninggal dunia. (3 Januari 2013). Dipetik dari
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wira-negara-kanang-anak-langkau-meninggal-
dunia-3210 pada 25 Januari 2021.

10
Maznan Noordin, Kanang : The Story of A Hero, A True Story, Kuala Lumpur : Malaysia, Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 2010. Hlm. 1-139.

9
Jurnal yang disiapkan oleh Abdul Rahman Mad Ali@Abang, Bilcher Bala dan
Ramli merupakan jurnal penulisan autobiografi tentang tokoh seorang anggota
polis bernama Sarjan (B) Jeffri Mohd Asri. Di dalam artikel ini, penulis jurnal
menyentuh dan membuat penelitian riwayat hidup atau Individual Life History
Sarjan (B) Jeffri Mohd Asri yang mempunyai pengalaman menganggotai pasukan
polis pada dua zaman yang berbeza iaitu pada zaman penjajahan British dan
semasa kemerdekaan Sabah. Sarjan (B) Jeffri Mohd Asri dilahirkan pada 13 April
1943 di Sembulan Lama, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau dikatakan mempunyai darah
campuran Bajau-Brunei dari bapanya dan darah Brunei-Dusun dari ibunya. Beliau
mula mendapat pendidikan awalnya di Government Primary English School Tanjung
Aru pada tahun 1952 dan meneruskan pengajiannya di Sabah College Secondary
Class. Pada tahun 1961, beliau mula bertugas di Department Of Civil Aviation
sebelum berpindah ke North Borneo Armed Police Constabulary pada tahun 1962.
Pengalaman beliau juga telah dinyatakan didalam jurnal ini. Sarjan (B) Jeffri Mohd
Asri telah menyertai operasi Pembersihan saki baki komunis di Baling dan Gerik
sehingga hujung tahun 1962. Kemudian beliau telah kembali ke Sabah dan pelbagai
operasi yang beliau sertai seperti Operasi Pemberontakan Brunei, Operasi Weston,
Operasi Meligan, Operasi Lanun dan Operasi Sibu. Oleh disebabkan pengalaman
beliau dalam berbakti pada kerajaan beliau juga telah dianugerahi dengan pelbagai
pingat jasa dan bakti. Antaranya, The Crown Colony of North Borneo 1963, General
Service Medal (G.S.M Brunei) 1963, General Service Medal (G.S.M, Borneo) (United
Kingdom) 1963, Peringatan (G.S.M, Malaya) (United Kingdom) 1963, Peringatan
Am (P.P.A), 1963, Peringatan Malaysia (P.P.M), 1965, Peringatan Setia (P.P.S) 1964,
Pingat Khidmat Bakti (P.K.B) 1967, Peringatan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
(B.P.P) 1997, dan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN), 2019.11

Kajian Mohamad Idris Saleh (2013), merupakan satu kajian yang bersifat
biografi mengenai Abdul Aziz Ishak, seorang Menteri Pertanian dalam Kabinet
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Beliau antara tokoh politik yang jarang
didendang, namun peranan beliau sangat penting dalam memperjuangkan
pembangunan ekonomi orang Melayu sangat penting khususnya semasa tahun
1950an. Kajian ini, merangkumi aspek latar belakang beliau, pemikiran beliau,

11
Abdul Rahman Mad Ali@Abang, Bilcher bala, et al,. Polis Dalam Dua Zaman, Sebelum dan Selepas
Pembentukan Malaysia : Penglibatan Sarjan (B) Jeffri Mohd Asri, Journal of Borneo Social
Transformation Studies, 6(1), 2020. Hlm. 258-276.

10
tindakan dan kesan politik sepanjang penglibatan beliau dalam kabinet dari tahun
1955 sehingga 1962. Jika dilihat di dalam penulisan ini, terdapat beberapa
sumbangan yang dilakukan oleh Abdul Aziz Ishak untuk memajukan sektor
pertanian. Beliau telah mewujudkan projek pemasaran padi dan ikan, memodenkan
sektor pertanian dengan memperkenalkan penggunaan baja urea, penanaman padi
sebanyak dua kali setahun, penggunaan bot dan pukat yang lebih besar dan beliau
telah menubuhkan koperasi untuk mengelakan kegiatan orang tengah dalam
sesuatu urusan. Pemikiran dan tindakan beliau merupakan satu revolusi yang
belum pernah dilakukan oleh mana-mana pihak yang menyebabkan Tunku kurang
selesa. Oleh itu, di dalam kajian biografi mengenai Robert Rizal Abdullah, pengkaji
juga akan meneliti sumbangan beliau yang membuat beliau memperoleh anugerah
tertinggi dari pihak British.12

Kajian Wan Hasni Wan Ahmad (2011), merupakan satu kajian mengenai tokoh
agama iaitu Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat. Jika dilihat
didalam tesis ini, ia memfokuskan peranan Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin
Haji Nik Mat sebagai seorang tokoh agama, ahli politik di negeri Kelantan dan
seorang pentadbir. Jika dilihat didalam bab kedua tesis ini, ia menjelaskan
bagaimana permulaan Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat berkecimpung di
dalam bidang politik. Pada awal tahun 1960an, setelah Tuan Guru pulang ke tanah
air, beliau mencari idea dalam mendaulatkan agama Islam di Bumi Kelantan. Beliau
berpendapat bahawa, Parti Islam Se-Tanah Melayu atau dikenali sebagai Parti
Islam Se-Malaysia (PAS) adalah satu-satunya parti yang bercorak keislaman. Oleh
itu, pada tahun 1958, dewan ulama PAS memutuskan untuk menegakkan negara
Islam dengan mengikut hukum Allah. Pendidikan keagamaan yang beliau peroleh
sepanjang menuntut ilmu di dalam dan luar negara telah mendorong beliau untuk
melibatkan diri dalam bidang politik. Beliau juga terpengaruh dengan gerakan
Ikhwan al-Muslimin di Mesir. Penglibatan awal Tuan Guru dalam bidang politik juga
disebabkan beliau secara kebetulan berketurunan Kerabat Diraja Jembal.13 Oleh itu,

12
Mohamad Idris Saleh, Abdul Aziz Ishak : Biografi Politik 1955 hingga 1962, (Tesis Ph.D, UUM
College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia), 2013. Hlm. 1-316.

13
Wan Hasni Wan Ahmad, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat : Ulama, Ahli Politik
dan Pentadbir 1967-2004, (Tesis Ijazah Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia), 2011.
Hlm. 1-198.

11
dalam kajian biografi Robert Rizal Abdullah, pengkaji juga akan meneliti bagaimana
beliau mula menceburi bidang ketenteraan atau pertahanan di Sarawak.

Penulisan jurnal oleh Abu Hanifah Haris dan Mohammad Redzuan Othman
(2013) mengenai sumbangan Zulkifli Muhammad seorang tokoh politik Islam yang
merupakan pelajar lepasan universiti di Mesir dan bekas pensyarah Kolej Islam
Malaya dari tahun 1955 sehingga 1964. Jurnal ini menjelaskan latarbelakang Zulkifli
Muhammad dimana beliau dilahirkan di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak pada
22 Mac 1927. Beliau dikatakan anak kedua daripada sepuluh orang adik-beradik.
Pada usianya masih bayi, beliau diserang penyakit polio menyebabakan tangan dan
kaki beliau lemah. Penyakit itu tidak dapat disembuhkan sehingga akhir hayat
beliau. Beliau dibesarkan oleh seorang bapa yang bekerja sebagai Kerani di
Hospital Umum Kuala Langsar dan seorang ibu yang hanya bekerja sebagai suri
rumah. Namun Ibu Zulkifli Muhammad, dikatakan pernah memegang jawatan
penting dalam Pergerakan kaum Ibu dalam parti United Malay National
Organization (UMNO). Zulkifli Muhammad mendapat pendidikan awal beliau di
Sekolah Melayu Parit, Perak sehingga beliau berumur 11 tahun. Kemudiannya
beliau meneruskan pengajian di Madrasah Aziziyyah Parit, Perak sehingga tahun
1937 dan meneruskan lagi pengajian agama di Universiti al-Azhar, Mesir dan
Universiti al-Azhar, Kaherah. Antara sumbangan Zulkifli Muhammad sebagai tokoh
politik islam sepanjang berkhidmat di Kolej Islam Malaya, Klang ialah
memartabatkan kegiatan intelektual dalam kalangan orang Melayu. Beliau telah
memberi banyak ceramah mengenai “Pendidikan di Sisi Islam”. Beliau pernah
dilantik sebagai Penasihat Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor. Oleh itu
beliau mempunyai hasrat yang tinggi dalam memartabatkan kedudukan sekolah
agama khususnya di Tanah Melayu.14

Selain itu, Zulkifli Muhammad turut memberi sumbangan yang penting dalam
bidang politik. Pada awalnya beliau telah menganggotai UMNO dan pada tahun
1955 beliau telah menyertai Parti PAS setelah UMNO bergabung dengan Malayan
Chinese Associstion (MCA). Kehebatan Zulkifli Muhammad dalam pembahasan
menyebabkan beliau menjadi wakil PAS dalam perbahasan parlimen yang

14
Abu Hanifah Haris, Mohammad Redzuan Othman, Zulkifli Muhammad dan Perjuangan Politik
Berteraskan Islam 1955-1964, Jurnal Usuluddin, 38(1), 2013, Hlm. 83-116.

12
berlangsung pada 23 April 1960. Beliau menegaskan bahawa perjuangan PAS
menentang fahaman dan gerakan komunis yang jelas bertentangan dengan ajaran
Islam. Beliau juga mengkritik tindakan seorang menteri Kabinet yang telah
menuduh PAS berkaitan cubaan melengah-lengahkan undang-undang pencegahan
komunis. Beliau juga pernah mengkritik Tunku Abdul Rahman yang bersikap
melampau ketika menyampaikan ucapan mengenai pembangkang. Beliau sangat
memartabatkan kedudukan agama Islam dan kebajikan umat Islam di Malaysia
terutamanya mengenai sistem ekonomi islam. Beliau juga mengangkat martabat
wanita dalam penglibatan politik di Tanah Melayu pada era Tunku Abdul Rahman.
Oleh itu, Zulkifli merupakan seorang pemimpin yang berkaliber, berketerampilan
dan bercita-cita tinggi terutamanya dalam membela kedudukan agama Islam di
Malaysia.15

Kajian M Adli (2017), mengenai sejarah Tun Seri Lanang dalam kerajaan Aceh
dan peranannya dalam menguatkuasa adat Aceh. Jika dilihat dalam bab kelima
tesis M Adli ini, beliau telah menghuraikan peranan Tun Seri Lanang dalam
pentadbiran kerajaan Aceh Darussalam. Pada tahun 1613, Sultan Iskandar Muda
telah mengangkat Tun Seri Lanang sebagai salah seorang Orang Kaya dengan
gelaran Orang Kaya Dato Bendahara Seri Paduka Tuan Seberang. Jawatan yang
diterima oleh Tun Seri Lanang sangat penting kerana peranannya sebagai Orang
Kaya adalah untuk membantu Sultan mentadbir negara. Tun Seri Lanang juga
dititah untuk menyalin semula kitab Ma Bain-as-Salatin untuk kepentingan
pentadbiran Kerajaan Aceh. Tun Seri Lanang juga pernah membantu kerajaan Aceh
dalam menghadapi ancaman Portugis di Melaka. Tun Seri Lanang telah berkhidmat
dalam kerajaan Aceh dalam tempoh yang agak panjang. Sepanjang perkhidmatan
beliau di kerajaan Aceh, beliau memainkan peranan yang sangat penting dalam
pentadbiran ekonomi Kerajaan Aceh Darussalam, khususnya dalam kegiatan di
pelabuhan dan perdagangan luar. Beliau juga memastikan kegiatan ekonomi Aceh
dapat nerkembang pesat dibawah kekuasaannya. Dalam menguatkuasaan Adat
Aceh, Tun Seri Lanang telah menghadapi pertembungan dengan kuasa asing
Belanda yang berusaha memonopoli kegiatan perdagangan di Aceh.16 Oleh itu,

15
Ibid,.Hlm. 83-116.
16
M Adli, Sejarah Tun Seri Lanang dalam Kerajaan Aceh dan Peranannya menguatkuasa Adat Aceh,
(Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia), 2017. Hlm. 1.

13
didalam kajian Biografi Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah, pengkaji juga
akan meneliti peranan Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah sebagai seorang
tentera didalam pasukan keselamatan.

Menurut laman rasmi Anugerah Akademik Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri
Dato’ Dr. Khoo Kay Kim telah menerima anugerah tokoh akademik Negara ke-10.
Laman rasmi Anugerah Akademik Malaysia ini telah menjelaskan latar belakang
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim dari segi latar belakang kehidupan
dan pendidikan beliau. Beliau telah dilahirkan pada 28 Mac 1937 di Perak. Prof.
Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim bermula dengan mengambil ijazah B.A
(Hons) dalam bidang sejarah di Universiti Malaya, Singapura pada tahun 1960.
Beliau juga menamatkan pengajian dalam bidang yang sama di Universiti Malaya
pada tahun 1964. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang sejarah, beliau
meneruskan pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran (PhD) di universiti yang
sama. Beliau dikatakan merupakan rakyat Malaysia yang pertama memperoleh
Ijazah Kedoktoran dari Fakulti Sastera di Universiti Malaya. Laman rasmi Anugerah
Akademik Malaysia ini juga, menyentuh pengalaman 50 tahun dalam bidang
sejarah Khoo Kay Kim. Khoo Kay Kim memulakan kerjaya beliau dengan menjadi
seorang tutor sehingga menjawat jawatan profesor dan menyandang Kursi Sejarah
Malaysia bermula tahun 1974 sehingga 1992. Disebabkan pelbagai pencapaian
cemerlang yang dilakukan oleh Khoo Kay Kim, beliau telah memperoleh anugerah
Fellowship Malaysian Historical Society dan The Brand Laureate Most Eminent
Brand Icon Leadership Award.17

Jurnal yang ditulis oleh Ermy Azziaty Rozali dan Mohammad Redzuan Othman
(2017), mengenai pemikiran Zainal Abidin atau dikenali sebagai Za’ba bagi
memajukan pendidikan dan ekonomi sekitar tahun 1920an. Di dalam jurnal ini,
penulis atrikel telah meneliti latar belakang kehidupan dan sumbangan Zainal
Abidin atau dikenali sebagai Za’ba ini. Jika dilihat tokoh yang dikaji ini dilahirkan
pada 16 November 1895 di Negeri Sembilan. Beliau dibesarkan oleh ibu yang
berketurunan Minangkabau dan bapa yang berketurunan Bugis. Beliau mendapat
pendidikan agama dari ayahnya sendiri dan mendapat pendidikan awal (formal) di

17
Laman rasmi Anugerah Akademik Negara, Tokoh Akademik Negara yang ke-10 : Tan Sri Dato’ Dr.
Khoo Kay Kim. Dipetik dari http://jpt.mohe.gov.my/aan/senarai-penerima/aan-ke-10/tokoh-
akademik-negara, pada 25 Januari 2021.

14
sekolah Melayu Kuala Jempol. Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di
sekolah Inggeris iaitu St. Paul Institution, Seremban. Beliau dikatakan mendapat
biasiswa sebanyak $5.00 sebulan dari kerajaan Negeri Sembilan. Sepanjang beliau
menjadi seorang pelajar, Zainal Abidin berjaya menguasai tiga bahasa iaitu bahasa
Melayu, Arab dan Inggeris. Menurut penulis jurnal ini juga, Zainal Abidin telah
memilih untuk menjadi seorang guru demi memajukan pendidikan anak-anak
Melayu. Disebabkan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan,
beliau banyak menulis tentang agama, budaya, bahasa, akhlak dan sastera. Oleh
itu, beliau dikenali sebagai tokoh pemikiran pembaharuan. Jika dibaca dalam artikel
ini, pelbagai sumbangan pemikiran melalui tulisan yang dilakukan oleh Zainal Abidin.
Antaranya penulisan mengenai ‘Kemiskinan Melayu’, ‘Teguran dan Jawaban’,
‘Keadaan Masyarakat Melayu’, ‘Rajin Orang Cina’ dan banyak lagi karya beliau yang
membincangkan mengenai permasalahan dan masa depan orang Melayu. Oleh itu,
dapat diakui bahawa Za’ba memiliki pemikiran yang jauh ke hadapan melangkaui
zamannya.18

18
Ermy Azziaty Rozali, Mohammad Redzuan Othman, ‘Jalan Keselamatan Bagi Orang-Orang Melayu’ :
Pemikiran Za’ba Bagi Memajukan Pendidikan dan Ekonomi pada tahun 1920-an, Sejarah :
Journal of The Department of History, 18(18), 2010. Hlm. 20-34.

15
1.6 Skop Kajian
Skop bidang yang diutamakan dalam kajian ini adalah bidang Sejarah Sosial yang
memfokuskan kepada sejarah tokoh. Skop kajian ini menyentuh semua perkara
yang berkaitan dengan Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah secara teperinci
dari aspek latar belakang, keluarga dan pendidikan beliau serta mendapatkan
gambaran keseluruhan tentang tokoh pahlawan ini. Oleh itu, skop masa yang
diambil bagi menjalankan kajian ini adalah bermula dari tahun 1948 iaitu dari tahun
kelahiran beliau sehinggalah tahun 2021, dimana beliau kini berada di Taiping
Perak dan masih giat dalam menulis tentang pengalamannya sepanjang bergelar
seorang tentera. Selain itu, pengkaji juga akan menjalankan kajian ini di beberapa
buah daerah di Sarawak. Kawasan ini tertumpu kepada beberapa kawasan iaitu di
Lachau ili dimana tempat kelahiran Bujang Berani Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal
Abdullah, Kapit dan Bintulu.

Peta 1.1 : Kawasan kajian iaitu Sri Aman dan Kuching.


Sumber : Ooi Keat Gin. Traumasa and Heroism : The European Community In
Sarawak during the pacific War and Japanese Occupation 1941-
1945. Kota Kinabalu : Opus Publication.

16
1.7 Metodologi Kajian
Bagi menyempurnakan kajian biografi ini, pengkaji menggunakan disiplin sejarah
sebagai asas utama kepada penyelidikan. Pengkaji menggunakan kaedah kajian
arkib yang dilakukan di Arkib Negeri Sarawak. Pengkaji juga turut menggunakan
kaedah kajian perpustakaan yang dilaksanakan di Pustaka Negeri Sarawak daerah
Kuching, Sarawak, Pustaka Negeri Sarawak daerah Sibu, Sarawak, perpustakaan
Kota Kinabalu dan perpustakaan Universiti Malaysia Sabah. Kajian kepustakaan
yang digunakan oleh pengkaji adalah untuk mengukuhkan dan meneliti tentang
biografi Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. Namun di dalam kajian ini,
sumber primer dan sumber sekunder amat terbatas kerana kebanyakan daripada
sumber yang diperolehi hanya bersifat umum.

Pengkaji juga menggunakan satu sumber primer yang tidak diterbitkan iaitu
surat rasmi. Manakala, sumber sekunder seperti buku-buku berkaitan penulisan
biografi, jurnal artikel berkaitan tokoh veteran tentera dan pelbagai jenis sumber
literatur yang berkaitan tokoh telah digunakan oleh pengkaji bagi mencari idea
dalam merangka tesis biografi Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. Hal ini
kerana, sumber berkaitan Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah amat terbatas.

Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah sejarah lisan iaitu temubual
bersama Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah, Isteri dan anak-anak beliau
untuk mendapatkan data-data yang lebih teperinci mengenai biografi lengkap
berkaitan Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah dan keluarganya. Pengkaji
juga akan menemubual individu yang rapat ataupun rakan kepada Leftenan Kolonel
(B) Robert Rizal Abdullah ini bagi mendapatkan maklumat. Oleh itu, dengan
menggunakan kaedah yang dinyatakan, penulisan biografi yang akan dilakukan
oleh pengkaji akan lebih mudah untuk menganalisis dan mencatatkan biografi
tokoh tersebut dengan lebih mendalam.

17
1.8 Pembahagian Bab
Bagi menyempurnakan kajian ini, pengkaji telah membahagikan isi kandungan
kajian ini kepada lima bab utama. Pembahagian bab ini bertujuan untuk
memudahkan pengkaji menerangkan dan menjelaskan setiap kronologi latar
belakang beliau dan keluarga beliau sehingga bahagian kesimpulan bab di dalam
kajian ini. Hal ini secara tidak langsung, dapat mengelakan pengkaji melakukan
kesilapan di dalam penyusunan maklumat. Pembahagian bab ini juga akan turut
memudahkan pembaca untuk pembaca memahami setiap bab dalam kajian dengan
lebih teperinci dan boleh dijadikan sebagai rujukan penting pada masa yang akan
datang.

Bab Satu didalam kajian ini membincangkan latar belakang penyelidikan seperti
latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, sorotan literatur, skop
kajian, metodologi kajian, pembahagian bab dan kesimpulan untuk bab yang
pertama ini.

Bab Dua pula, akan menjelaskan secara terperinci mengenai sejarah kehidupan
dan keluarganya yang merangkumi aspek latar belakang beliau dan keluarga beliau,
latar belakang pendidikan beliau, perkhawinan beliau, anak-anak atau waris beliau.

Bab Tiga akan menjelaskan penglibatan Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal
Abdullah, dalam pasukan Tentera Darat Malaysia justeru akan menerangkan siri-siri
pertempuran dan operasi yang telah disertai oleh Robert Rizal Abdullah.

Bab Kempat akan mengetengahkan sumbangan Leftenan Kolonel (B) Robert


Rizal Abdullah serta merungkaikan anugerah dan pingat darjah kebesaran yang
beliau peroleh sepanjang berkhidmat sebagai seorang tentera.

Bab Kelima pula adalah bab yang terakhir yang merupakan penutup kepada
penulisan pengkaji. Di dalam bab terakhir ini, pengkaji akan membuat kesimpulan
berdasarkan hasil dapatan kajian yang merangkumi bab satu hingga bab lima.

18
1.9 Kesimpulan
Kesimpulannya, dalam menjalankan kajian tentang biografi seorang tokoh veteran
atau tokoh veteran pahlawan Iban ini, penganalisisan terhadap keseluruhan
latarbelakang beliau dan keluarganya, penglibatan Leftenan Kolonel (B) Robert
Rizal Abdullah dalam pasukan Tentera Darat Malaysia dan siri-siri pertempuran dan
operasinya serta sumbangan Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah sepanjang
beliau berkhidmat. Pengkaji juga akan merungkaikan anugerah dan pingat darjah
kebesaran yang beliau peroleh sepanjang berkhidmat sebagai seorang tentera.
Pengkaji akan cuba mencari data-data yang lebih mendalam mengenai Leftenan
Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah agar kajian yang bertajuk Biografi Pahlawan Iban :
Robert Madang Langi @ Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah ini boleh
dijadikan bahan bacaan wajib bagi semua lapisan masyarakat yang sedang
membentuk jati diri di mana-mana institusi khususnya yang melibatkan latihan
ketenteraan.

19
BAB 2

SEJARAH KEHIDUPAN ROBERT MADANG LANGI

2.1 Pendahuluan
Robert Madang Langi dilahirkan pada 6 Oktober 19481 (daftar lewat kerana negeri
Sarawak ketika itu belum mempunyai sistem pendaftaran untuk urusan kelahiran).
Beliau mendaftar kelahirannya pada usia beliau dua belas (12) tahun. Etnik aal
beliau adalah Dayak Iban dan beragama Kristian-Anglikan. Kini beliau telah berusia
tujuh puluh tiga (73) tahun.2 Beliau lahir di Lachau Ili di daerah Sri Aman, Sarawak
iaitu dua (2) tahun selepas zaman pendudukan Jepun di Sarawak. Pendudukan
Jepun di Sarawak memberikan kesan yang mendalam terhadap penduduk
tempatan Sarawak. Namun disebabkan kedudukan geografinya yang jauh di
pendalaman dan kesukaran untuk sampai ke Rumah Panjang itu penduduk Rumah
Panjang di kampung Lachau Ili bernasib baik, kerana terselamat daripada
kemusnahan dan keganasan anggota pasukan Jepun.3 Namun, sama seperti
penduduk tempatan yang lain, sumber makanan sangat sukar diperolehi dan
orang-orang kampung terpaksa hidup dengan bergantung kepada sumber hutan.
Jika dilihat dari segi pakaian, mereka hanya mengenakan cawat yang diperbuat
daripada kulit kayu. Segala kesusahan masyarakat Iban ini disebabkan oleh
kedatangan Jepun di Sarawak. Segala pekerjaan seperti bersawah, menanam lada

1
Pada tahun 1948, Sarawak telah berada dibawah pentadbiran jajahan British disebabkan Raja Putih
Sarawak yang ketiga pada ketika itu iaitu Charles Vyner Brooke tidak lagi berminat untuk
meneruskan pentadbiran akibat kerosakan yang teruk selepas pendudukan Jepun di Sarawak.
Rujuk Chang Pat Foh, Legends and History of Sarawak, Kuching, Sarawak : Lee Ming Press,
1999, Hlm. 39.

2
Temubual secara dalam talian bersama Veteran Tentera Darat Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Robert
Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching, Sarawak pada 29 Julai 2021.

3
Pengeboman Bandar Kuching pada 19/11/1941 menandakan bermulanya tahun tragis dan
keganasan di bawah pendudukan Jepun di Sarawak dari tahun 1941 hingga 1945. Rujuk
Chang Pat Foh, Heroes of the Land of Hornbill, Kuching, Sarawak : Lee Ming Press Co, 1997,
Hlm. 29.
dan menoreh getah terpaksa mereka tinggalkan. Begitulah keadaan semasa
pahlawan Iban ini dilahirkan.4

2.2 Sejarah Kehidupan Awal (1948-1955)


Sejak kecil lagi Robert Madang Langi telah menjalani sebuah perjalanan hidup yang
ekstrem. Seawal usia dua (2) tahun, beliau telah dijadikan anak angkat selepas
kematian ibunya. Namun ianya tidak lama kerana beliau sering menangis
mengingatkan ibu yang tiada disampingnya. Oleh disebabkan itu, beliau telah
dijaga oleh kakaknya dan kemudian beliau telah dibawa oleh abangnya yang
merupakan seorang Konstabel Polis untuk disekolahkan dan tinggal bersamanya. Di
zaman kanak-kanak beliau banyak menghabiskan waktu dengan melakukan aktiviti
untuk keluarganya seperti mengutip kayu api di hutan, mengambil air untuk
bekalan minuman di sungai, membantu aktiviti di sawah, kebun lada dan menoreh
getah. Di dalam budaya masyarakat Iban, tiada istilah seorang kanak-kanak terlalu
muda untuk bekerja.5

Robert Madang Langi juga seperti kanak-kanak yang lain mempunyai


lingkungan rakan-rakannya sendiri. Antara nama rakan-rakan yang masih segar
diingatan beliau ialah Lasa, Uding, Gaun dan Lasum. Mereka berkongsi minat dan
kesukaan yang sama. Antara perkara yang dilakukan mereka secara bersama ialah
mencari buah Kamunting yang terdapat dibelakang rumah panjang mereka.6 Robert
Madang Langi dan rakan-rakannya juga gemar dengan permainan gasing,
permainan Sorok-sorok7 dan aktiviti terjun di dalam sungai dari atas pokok yang
terdapat di tebing. Robert Madang Langi juga pernah hampir kehilangan nyawanya

4
Robert Rizal Abdullah, Perjalananku Sebuah Autobiografi seorang Pahlawan Iban, Kota Samarahan :
Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, 2019, Hlm. 2.

5
Ibid., hlm. 5.
6
Buah Kamunting merupakan sejenis buah manis yang berwarna biru. Buahnya lembut dan jika
memakannya terlalu banyak, lidah dan mulut akPan bertukar kepada warna biru kehitaman.
Rujuk Robert Rizal Abdullah, Perjalananku Sebuah Autobiografi seorang Pahlawan Iban, Kota
Samarahan : Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, 2019, Hlm. 6.

7
Permainan Sorok-sorok merupakan permainan dimana mereka harus mencari rakannya yang
bersembunyi. Permainan ini merupakan permainan yang menjadi kegemaran Robert Madang
Langi. Pernah juga ketika beliau dan rakan-rakan bermain permainan ini, Robert Madang
Langi bersembunyi sehingga beliau tidak dijumpai oleh rakan-rakannya. Akhirnya, beliau
keluar dari tempat persembunyiannya dan mendapati bahawa rakan-rakannya telah pulang
ke rumah masing-masing. Rujuk Robert Rizal Abdullah, Perjalananku Sebuah Autobiografi
seorang Pahlawan Iban, Kota Samarahan : Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, 2019, Hlm.
6.

21
apabila beliau terjatuh dari pokok durian namun, beliau bernasib baik kerana orang
di rumah panjang beliau ternampak kejadian itu dan segera membantu beliau.8

Pada penghujung tahun 1954, abang Robert Madang Langi telah pulang
bersama isteri dan anaknya untuk cuti tahunan selama tiga (3) bulan. Setelah itu,
abangnya telah memutuskan untuk membawa Robert Madang Langi untuk tinggal
bersamanya di daerah Kapit, Sarawak. Tujuan abangnya adalah untuk meringankan
beban ayahnya di kampung. Sejak itu, Robert Madang Langi telah terpisah
hubungan dengan rumah panjang di Lachau Ili yang merupakan tempat kelahiran
beliau. Bukan itu sahaja, beliau juga telah terputus hubungan dengan saudara-
mara serta rakan-rakan sepermainannya. Bagi Robert Madang Langi, perkara
tersebut merupakan kenangan pahit.9

2.2.1 Kehidupan di Kapit (1956-1957)


Semasa Robert Madang Langi dibawa ke daerah Kapit, Sarawak oleh abangnya,
perjalanan yang beliau tempuhi penuh dengan cabaran kerana belum terdapatnya
kemudahan jalanraya. Pada ketika itu, sungai merupakan satu-satunya pilihan
untuk sampai ke daerah Kapit. Pada awalnya, mereka menuju ke Bazar Bandong
yang mengambil masa kira-kira dua (2) jam, melalui jalan paya dan hutan.
Kemudiannya mereka menaiki sebuah bot untuk perjalanan ke Mawang dan tiba
pada lewat tengahari. Mereka bernasib malang kerana terlepas bot sambungan
untuk sampai ke destinasi yang seterusnya iaitu Lingga. Mereka terpaksa tinggal di
Mawang dan menunggu selama tiga hari. Setelah tiga hari berlalu, sebuah bot yang
datang dari Lingga telah tiba dan perjalanan ke Lingga mengambil masa selama
dua (2) jam dari Mawang.10 Mereka meneruskan perjalanan ke Kuching dengan
menaiki kapal kargo laut yang besar.11 Namun perjalanan tersebut merupakan

8
Robert Rizal Abdullah, op.cit, hlm. 7.

9
Ibid., Hlm 12.
10
Lingga merupakan sebuah pekan yang besar dan ianya pernah menjadi lokasi berlepas ekspedisi
memburu Rentap dan Bantin yang merupakan musuh ketat kepada Raja Brooke. Rujuk
Robert Rizal Abdullah, Perjalananku Sebuah Autobiografi seorang Pahlawan Iban, Kota
Samarahan : Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, 2019, Hlm. 15.

11
Kuching merupakan pekan terbesar di Sarawak dan merupakan ibu negeri Sarawak. Di Kuching
juga tempat dimana keluarga Brooke memerintah selama 100 tahun. Rujuk Robert Rizal
Abdullah, Perjalananku Sebuah Autobiografi seorang Pahlawan Iban, Kota Samarahan :
Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, 2019, Hlm. 15.

22
separuh daripada perjalanan beliau untuk ke daerah Kapit. Kemudiannya, Robert
Madang Langi dan abangnya meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya
iaitu Sibu.12 Perjalanan ke Sibu merupakan perjalanan yang tidak digemari oleh
Robert Madang Langi kerana lautnya bergelora dan kapal tersebut terbuai-buai
sehingga membuatnya mabuk laut dan muntah sepanjang perjalanan itu.13

Robert Madang Langi dan abangnya kemudiannya tiba di Sibu dan mereka
mereka sempat menaiki bot yang hendak bertolak ke destinasi yang terakhir iaitu
Kapit. Perjalanan dari Sibu ke Kapit hanya mengambil masa beberapa jam sahaja,
namun, perjalananannya sangat memenatkan. Sebaik sahaja tiba di Kapit, mereka
terus menuju ke Balai Polis Kapit, yang berhadapan dengan Sungai Rejang14 yang
berada tidak jauh dari pekan. Bagi Robert Madang Langi, daerah Kapit jauh lebih
besar jika di bandingkan dengan Madang dan Lingga. Tidak lama selepas Robert
Madang Langi berpindah ke Kapit, abangnya telah memasukan beliau ke sekolah
rendah yang berhampiran iaitu Sekolah Methodist Kapit. Namun apa yang pelik,
Robert tidak mempunyai ramai rakan daripada kelasnya. Rakan-rakannya hanyalah
datang dari luar. Beliau tidak dapat menyesuaikan diri dengan pelajaran dan
kehidupan bersekolah.15

Bagi Robert, tidak banyak kenangan yang meninggalkan kesan kepada


beliau semasa berada di Sekolah Methodist Kapit. Beliau hanya mengingati tentang
aktiviti selepas beliau pulang dari sekolah. Biasanya beliau akan balik melalui jalan
di belakang sekolahnya yang mempunyai sebuah bukit kecil yang menyusuri
sebuah Tasik Besar. Tambahan pula, Robert merupakan seorang kanak-kanak yang
gemar dengan aktiviti lasak. Beliau telah membuat nota mental tentang lokasi
tersebut supaya pada hujung minggu beliau dan rakan-rakannya boleh bermain di

12
Sibu merupakan pusat pemerintahan Bahagian Ketiga Sarawak. Darell N.C Tren, John Then, Town
Of Sarawak 1994, Kuching, Sarawak : Desktop Publishing Sdn. Bhd, Hlm. 35.

13
Ibid., Hlm. 13.
14
Sungai Rejang merupakan sistem saliran utama untuk negeri Sarawak. Ia adalah sungai yang
terpanjang di Malaysia dengan sejauh 350 batu panjang. Sungai Rejang memainkan peranan
yang penting dalam perkembangan pembungunan sosio-ekonomi di Sarawak. Teck Yee Ling
et al., Assessment of Water Quality of Batang Rajang at Pelagus Area, Sarawak, Malaysia,
Jurnal Sains Malaysiana, 46(3), 2017, Hlm. 401-411.
15
Robert Rizal Abdullah, op.cit, Hlm. 17.

23
Tasik Besar itu. Sewaktu hujung minggu, Robert dan rakan-rakan telah menghala
ke tempat yang menjadi sasaran untuk bermain iaitu di tempat Tasik Besar.
Dengan berbekalkan kotak kertas, mereka mendaki ke puncak bukit dan kotak
tersebut dibuka dan dijadikan alas untuk mereka terjun menuruni cerun yang
menghala pada Tasik Besar itu. Perkara tersebut merupakan aktiviti yang
membahayakan nyawa, namun bagi kanak-kanak sewaktu Robert, aktiviti seperti
itu merupakan permainan yang sangat digemari terutamanya kanak-kanak yang
berasal dari kawasan pendalaman.16

Selain aktiviti lasak, Robert juga gemar menonton di panggung wayang.


Pada ketika itu, filem Melayu sangat popular dalam kalangan orang tempatan di
Kapit, terutamanya filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang sentiasa
menarik minat orang ramai. Namun apa yang menyedihkan, apabila abangnya tidak
mampu untuk membayar harga tiket untuk Robert. Tambahan pula, menurut
abangnya itu bukanlah keperluan yang harus dipenuhi dan dengan hanya
menerima gaji sebanyak seratus (100) dolar sebulan, mereka harus lebih bijak
dalam menguruskan kewangan. Harga tiket pada ketika itu, boleh dibahagikan
kepada tiga kelas iaitu untuk kelas pertama harga tiket dijual dengan satu dolar,
kelas kedua lapan puluh (80) sen dan kelas ketiga lima puluh (50) sen.
Memandangkan abangnya tidak mampu untuk memenuhi kehendak beliau, namun
perkara tersebut tidak mematahkan semangat Robert untuk menonton di panggung
wayang. Robert cuba berikhtiar mencari wang dengan mengumpulkan botol-botol
yang bersaiz kecil untuk dijual di kedai. Harga botol yang bersaiz kecil hanyalah
tiga (3) sen sahaja. Oleh itu, untuk mendapatkan tiket kelas ketiga yang berharga
lima puluh (50) sen, Robert memerlukan tujuh belas (17) botol secara
keseluruhannya. Namun untuk mengumpulkan tujuh belas (17) botol tersebut,
beliau memerlukan masa hampir sebulan untuk mengumpulkan botol tersebut.
Beliau hanya menjual botol itu apabila filem yang beliau suka akan ditayangkan.17

Pada musim monsun semua kawasan yang rendah akan dibanjiri air
sehingga semua aktiviti terpaksa dihentikan. Namun, bagi Robert dan rakan-rakan,

16
Ibid., Hlm. 18.
17
Temubual secara dalam talian bersama Veteran Tentera Darat Malaysia, Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching, Sarawak pada 19 April 2021.

24
musim monsun adalah waktu yang sangat sesuai untuk menambahkan pendapatan.
Hal ini kerana, musim monsun menyebabkan penduduk terputus hubungan dengan
pekan, sehingga memberikan peluang kepada mereka untuk menyediakan
perkhidmatan pengangkutan untuk penduduk bagi memudahkan melepasi
jambatan yang ditenggelami air. Pendapatan mereka boleh mencecah tiga (3) dolar
sehari bersamaan dengan nilai harga tiket untuk enam filem Allahyarham Tan Sri P.
Ramlee bagi kelas ketiga. Bagi Robert dan rakan-rakannya, mereka hanya
mengumpulkan wang untuk menonton filem kegemaran mereka.18

Selain itu, Robert Madang Langi juga pernah melakukan perkara yang
membahayakan dirinya. Beliau telah dicabar oleh rakannya Philip Asan untuk
mendayung kolek hasil buatannya sendiri ke hulu sungai yang berada jauh beratus
batu untuk bertemu dengan Philipi Asan. Kolek buatan Robert tersebut belum
pernah beliau cuba dan beliau sendiri tidak pasti akan keselamatan Kolek tersebut.
Robert Madang Langi dengan sifat yang pantang dicabar telah menerima cabaran
rakannya dan telah mendayung kolek buatannya sendiri. Beliau, pada awalnya
sudah menjangka akan menhadapi masalah dalam mengawal kolek tersebut.
Disebabkan pergerakan arus sungai yang perlahan Robert Madang Langi berjaya
mengawal Kolek. Namun pergerakan arus sungai secara tiba-tiba telah bertukar
kepada arus yang deras menyebabkan Robert Madang Langi telah kembali ke hilir
sungai. Setelah mengerah tenaga melawan arus, akhirnya Robert Madang Langi
sampai ke tempat rakannya. Bagi Robert Madang Langi itu merupakan perkara
yang sangat bahaya yang pernah beliau lakukan sewaktu zaman kanak-kanaknya.19

2.2.2 Berpindah Ke Lutong (1958-1959)


Pada tahun 1958, Robert Madang Langi telah berpindah ke Lutong. Beliau terpaksa
berpindah kerana abangnya telah diarahkan untuk bertugas di Lutong.
Meninggalkan Kapit merupakan suatu perkara yang berat buat Robert.20 Walaupun
hanya berada sementara di Kapit, Robert sangat selesa dan banyak perkara baru
yang beliau peroleh. Oleh itu, beliau telah menggunakan kapal laut untuk bergerak

18
Ibid.,Hlm. 20.
19
Ibid., Hlm. 24.
20
Temubual secara dalam talian bersama Veteran Tentera Darat Malaysia, Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching, Sarawak pada 18 April 2021.

25
dari daerah Kapit ke Lutong. Perjalanan dari Sibu ke Miri, bukanlah perjalanan yang
menyenangkan buat Robert. Setelah sampai di jeti kawasan Lutong itu, Robert dan
abangnya meneruskan perjalanan ke tempat abangnya ditugaskan, perjalanan
hanya mengambil masa setengah jam sahaja. Balai Polis Lutong yang terletak
berdekatan dengan kilang penapis minyak menyebabkan berlakunya pencemaran
udara. Robert dan keluarga abangnya terpaksa mengambil masa sehingga
berbulan-bulan untuk menyesuaikan diri dengan bau yang kurang
menyenangkan.21 Bagi Robert, pengalaman di Lutong tidak banyak untuk
diceritakan. Sepanjang berada di Lutong, Robert menjalankan mengumpul ikan-
ikan yang kecil yang dilempar oleh penjala dan memasukan ikan tersebut ke dalam
baldi untuk di bawa pulang. Sepertimana di Lachau ili dan Kapit juga, Robert sering
mencari aktiviti yang membahayakan keselamatan dirinya. Robert dan rakan-rakan
gemar bermain tumbuhan lalang. Namun, permainan tersebut hampir
menyebabkan Robert menjadi buta apabila luncurannya mengenai bahagian tepi
matanya b. Semenjak kejadian itu, Robert dan rakan-rakannya tidak lagi bermain
permainan tersebut itu.22

Selepas setahun Robert berada di Lutong, bapa beliau telah datang dengan
tujuan menziarah dan ingin mengetahui keadaan Robert di Lutong. Hal tersebut
telah membuat Robert rasa sangat teruja. Namun, kunjungan bapa beliau ke
Lutong tidak lama memandangkan bapa mereka tidak biasa hanya duduk di rumah.
Oleh itu, bagi mengelakkan kebosanann, abangnya telah bertindak mencari
pekerjaan untuk bapanya di sebuah syarikat kontraktor memotong rumput di
Lutong Kuala Baram. Hasil daripada memotong rumput, bapa Robert telah
memperoleh sejumlah wang untuk pulang ke kampung halaman di Lachau ili.
Namun kepulangan bapa Robert ke kampung halaman tidak disedari oleh Robert
dan abangnya Upi. Pada tahun 1960, abang Robert sekali lagi diarahkan untuk
berpindah ke pekan Bintulu.23

21
Ibid., hlm. 25.
22
Ibid., hlm. 28.
23
Temubual secara dalam talian bersama Veteran Tentera Darat Malaysia, Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching, Sarawak pada 19 April 2021.

26
2.2.3 Kehidupan di Bintulu (1960-1961)
Arahan untuk berpindah ke pekan Bintulu merupakan satu berita yang
menggembirakan Robert dan abangnya. Bagi Robert, kehidupan di Pekan Bintulu
merupakan kehidupan yang sangat bermakna buat dirinya. Di tempat tersebut,
beliau telah menyedari bahawa hidup bukan hanya untuk bermain sahaja. Beliau
membantu abangnya dalam melakukan kerja di rumah. Beliau juga pernah mencari
rezeki dengan memukat di pantai yang berdekatan iaitu kira-kira sepuluh (10)
kilometer dari rumahnya. Selain pantai, sungai juga merupakan tempat Robert
mencari rezeki dan tempat beliau menghabiskan waktu mudanya. Sungai yang
berhampiran dengan Robert ialah sungai Kemena, sungai tersebut lebih besar dari
sungai Rejang dang sungai di Kapit. Robert juga pernah berkolek bersama
rakannya untuk ke seberang sungai tersebut.24

2.3 Latar Belakang Keluarga


Bapa Robert Madang Langi bernama Langi anak Manjan. Beliau adalah anak sulung
daripada dua belas (12) orang adik-beradik. Beliau telah berkahwin dengan cicit
kepada Jagar yang juga merupakan seorang pahlawan masyarakat Iban yang di
geruni pada era sebelum ketibaan Rajah James Brooke.25 Semasa kecil lagi, Jagar
telah berhijrah ke daerah Lachau bersama keluarganya dari Malawi, Kalimantan,
Indonesia pada era sebelum pemerintahan James Brooke. Menurut Leftenan
Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah, dikhabarkan bahawa Jagar mempunyai kuasa
luar biasa. Semasa zaman mudanya, beliau menyedari kehadiran seorang “Anak
Umbong” di Malawi, Kalimantan. Anak Umbong ini telah ditempatkan ditempat
tinggi yang mempunyai tujuh (7) anak tangga dan dijaga oleh tujuh (7) orang
dayang. Dia juga tidak dibenarkan untuk keluar melihat matahari. Mandi dan
makan semuanya dijaga dan diuruskan oleh dayang-dayang. Jagar dikatakan

24
Temubual secara dalam talian bersama Veteran Tentera Darat Malaysia, Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching, Sarawak pada 19 April 2021.

25
James Brooke merupakan Rajah Putih Sarawak yang pertama. James Brooke tiba di Kuching pada
29 Ogos 1840. Pada awal pemerintahannya di Sarawak, James Brooke akui bahawa beliau
tidak mempunyai pengalaman dalam nidang pentadbiran dan beliau juga belum mahir
dengan bahasa tempatan. Rujuk Steven Runciman, The White Rajahs : A History Of
Sarawak From 1841 to 1946, Kuala Lumpur : Synergy Media, 2007, Hlm. 85.

27
melompat atau terbang ke Malawi, Kalimantan dan membawa lari anak Umbong ini
yang bernama Pandak ke Lachau untuk dijadikan isteri beliau.26

Jagar dan Pandak mempunyai enam (6) orang anak yang terdiri daripada
empat (4) orang lelaki dan dua (2) orang perempuan iaitu Tinsong, Wot, Gam,
Ganin, Lentak dan Chelengga. Salah seorang adalah datuk kepada Robert Madang
Langi yang bernama Ganin. Ganin mempunyai tiga (3) orang anak. Kesemuanya
adalah perempuan. Manakala ibu Robert Madang Langi bernama Lenyak yang
merupakan anak sulung diikuti oleh Entaya dan Lili. Ibu Robert Madang Langi telah
meninggal dunia semasa Robert masih kecil lagi. Sejurus emak Robert meninggal,
beliau telah diserahkan kepada keluarga yang tinggal berdekatan dengan rumah
panjang di Lachau Ulu. Sewaktu masih bayi Robert tidak berhenti menangis. Oleh
itu, beliau dipulangkan semula kepada keluarga asal beliau dan mulai hari itu
kakaknya Impo telah menjaga beliau sehinggalah beliau berumur enam (6) tahun
dan seterusnya beliau dibawah jagaan abang beliau Upi yang merupakan seorang
anggota Polis di Kapit.27

Robert Madang Langi mempunyai lapan (8) orang adik beradik iaitu Upi
Anak Langi (abang), Impo Anak Langi (kakak), Jentang Anak Langi (kakak), dua (2)
kakak meninggal sebelum Robert dilahirkan diikuti dengan Ali Anak Langi dan
Linggir Anak Langi yang merupakan adik bongsu kepada Robert Madang Langi.
Oleh itu, sehingga ke hari ini hanya Robert Madang Langi dan Linggir sahaja yang
masih hidup. Abang Robert Madang Langi iaitu Upi anak Langi telah meninggal di
usianya sembilan puluh (90) tahun, dan kakaknya bernama Impo dan Jentang
masing-masing meninggal pada usia tujuh puluh (70) tahun. Manakala, Linggir
anak Langi masih berada di tempat kelahiran Robert Madang Langi iaitu di Lachau.
Bapa Robert Madang Langi merupakan individu yang paling daif di kampungnya di
Lachau. Sempat juga Robert dan keluarganya merasai kelaparan sehingga
beberapa hari dan juga pernah makan nasi berlaukkan garam sahaja. Keluarga
Robert juga sering meminjam beras daripada jiran dan kemudianya akan

26
Temubual secara dalam talian bersama Veteran Tentera Darat Malaysia, Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching, Sarawak pada 19 April 2021.

27
Ibid.

28
mengantikan beras tersebut. Berikut merupakan antara gambar adik-beradik
Robert Madang Langi yang masih di simpan oleh Robert Madang Langi.28

Gambar 2.1 : Gambar Upi anak Langi (Abang) dan Impo anak Langi
(Kakak).
Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching,
Sarawak. 19 April 2021.

Gambar 2.2 : Gambar Jentang anak Langi (Kakak) dan Linggir anak Langi
(Adik).
Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching,
Sarawak. 19 April 2021.

28
Ibid.

29
Selain itu, perlu diketahui juga bahawa semenjak bapa Robert Madang
Langi telah kehilangan isterinya yang telah meninggal dunia beliau jarang berada di
rumah. Hal ini kerana, bagi menghilangkan rasa sedihnya, bapa Robert Madang
Langi telah mengerjakan kebun getah, kebun lada dan menguruskan tanaman padi
uma (Bukit) dari pagi sehingga lewat petang. Bapa Robert Madang Langi adalah
seorang individu yang sangat pendiam dan tidak pernah menunjukkan kasih
sayangnya kepada anak-anaknya. Oleh disebabkan itu, Robert Madang Langi dan
adik-beradiknya tidak pernah merasakan kasih sayang dari seorang bapa. Bapa
Robert Madang Langi juga mempunyai sifat yang agak dingin. Antara peristiwa
yang menunjukan sifat dingin bapa beliau adalah semasa bapa Robert Madang
langi sedang beristirahat di ruai dan secara tiba-tiba Robert Madang Langi
melompat ke atas belakang bapa. Hal ini menyebabkan, Robert Madang Langi di
marahi oleh bapanya. Namun, menurut Robert Mandang Langi sendiri, bapanya
juga merupakan seorang individu yang tegas. Pada setiap petang, Robert Madang
Langi dan adik-beradiknya akan dipaksa untuk mencari kayu api dan mengambil air
dari sungai untuk dibawa pulang kerumah. Mereka juga diajar untuk berkebun di
kebun lada dan di kebun getah untuk membantu bapanya membersihkan kebun
tersebut. Disebabkan ketegasan bapa Robert Madang Langi, Robert telah berdikari
sejak di zaman kanak-kanaknya.29

2.4 Alam Persekolahan


Robert Madang Langi memulakan zaman persekolahannya pada tahun 1954 di
Sekolah St. Martin’s, Lachau yang juga baru dibuka pada tahun yang sama.30 Beliau
juga memulakan zaman persekolahannya setahun lebih awal daripada yang
sepatutnya. Namun, persekolahan Robert di Sekolah St. Martin hanyalah sementara
sahaja. Hal ini kerana, pada penghujung tahun 1954, kedatangan abangnya telah
membawa Robert ke Kapit. Kemudian pada tahun 1956, Robert dimasukkan ke
Sekolah Methodist Kapit. Semasa di Kapit, Robert tidak pernah menyesuaikan diri

29
Temubual secara dalam talian bersama Veteran Tentera Darat Malaysia, Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching, Sarawak pada 19 April 2021.

30
Robert memulakan zaman persekolahannya, dua minggu selepas kawan-kawanya bersekolah. Hal
ini disebabkan oleh ekonomi keluarga yang tidak membantu. Namun, guru di sekolah itu
telah membantu Robert dengan menyediakan baju dan seluar pendek untuk meringankan
beban keluarga Robert. Robert Rizal Abdullah, Perjalananku Sebuah Autobiografi seorang
Pahlawan Iban, Kota Samarahan : Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, 2019, Hlm. 10.

30
dengan pelajaran dan kehidupan alam persekolahannya. Robert tidak bergaul
dengan pelajar lain selain rakan-rakannya yang berada diluar sekolah31.

Robert sekali lagi berpindah ke sekolah yang baharu iaitu di Lutong,


Sarawak pada 1958. Robert dimasukan ke Sekolah Rendah Lutong sehingga beliau
darjah empat. Disebabkan abangnya menerima arahan untuk berpindah ke Bintulu,
Robert juga terpaksa berpindah ke Sekolah Menengah Kerajaan Bintulu pada tahun
1960. Sekolah tersebut merupakan satu-satunya sekolah Inggeris di Bintulu dan di
sekolah tersebut juga, Robert mulai belajar untuk menyukai zaman
persekolahannya dan mengambil serius terhadap pelajarannya. Robert mula
membaca buku dan memberikan sepenuh tumpuan serta perhatian terhadap
pelajaran. Robert Madang Langi juga mengunjungi perpustakaan dan mulai
meminati buku yang berkaitan dengan peperangan darat, laut dan udara.
Keinginan Robert yang berusaha belajar bersungguh-sungguh adalah untuk
melayakkan beliau diterima masuk ke tingkatan satu dengan lulus Peperiksaaan
Kemasukan Awam (CEE).32 Pada hujung tahun 1961, keputusan Peperiksaan
Kemasukan Awam (CEE) telah di keluarkan. Robert Madang Langi telah lulus dalam
Peperiksaaan Kemasukan Awam (CEE) dan beliau ingin melanjutkan pengajiannya
ke Sekolah Berasrama Tanjong Lobang di Miri, Sarawak.33

Pada tahun 1962, Robert Madang Langi telah melanjutkan pengajiannya di


Sekolah Berasrama Tanjong Lobang.34 Keinginan untuk bersekolah disekolah
tersebut didorong oleh semangat untuk membantu abangnya Upi bagi meringankan
beban keluarga setelah berjaya menamatkan persekolahan dan mendapat
pekerjaan yang baik. Selain itu, Robert Madang Langi antara pelajar yang terpilih
untuk menyambungkan pelajarannya di Sekolah Berasrama Tanjong Lobang35.

31
Ibid., Hlm. 31.
32
Ibid., Hlm. 32.
32
Ibid., Hlm. 38.
34
Sekolah Tanjong Lobang merupakan pengkalan hadapan untuk operasi-operasi menghentikan
Pemberontakan Brunei dan berterusan sehingga Konfrontasi Indonesia terhadap penubuhan
Malaysia. Robert Rizal Abdullah, Perjalananku Sebuah Autobiografi seorang Pahlawan Iban,
Kota Samarahan : Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, 2019, Hlm. 40.

35
Temubual secara dalam talian bersama Veteran Tentera Darat Malaysia, Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching, Sarawak pada 19 April 2021.

31
Sebelum masuk ke sekolah tersebut Robert Madang Langi beranggapan bahawa
pendidikan atau persekolahan adalah sesuatu yang tidak penting. Pengalaman
Robert sepanjang di Sekolah Tanjong Lobang membuatkan Robert semakin
berdisiplin dalam mengurus masa. Robert juga mempunyai pengalaman sambil
bekerja bagi mendapatkan duit untuk membeli peralatan persekolahannya.
Disebabkan Robert faham dengan ekonomi abangnya yang agak kurang stabil,
Robert telah memilih untuk mencari kerja sambilan bersama rakannya iaitu Hajee
Muhammed.36

Antara aktiviti yang dilakukan oleh mereka bagi mendapatkan wang adalah
mereka memotong rumput, memangkas pokok bunga dan membersihkan longkang
yang tersumbat. Robert dan rakanya itu, akan dibayar sebanyak 50 sen untuk satu
jam kerja. Dengan itu, Robert akan menyimpan duit untuk membeli keperluan
seperti ubat gigi dan sabun. Robert juga pernah mengambil upah dengan penjaga
rumah api di Sekolah Tanjong Lobang. Tugas Robert dan rakannya hanyalah
membersihkan semak-samun yang tebal di kebun nanas dengan upah sebanyak
lima dolar sehari. Namun apa yang Robert dan rakannya itu adalah, apabila upah
tidak diberi dan sebagai ganti Robert dan rakannya boleh mengambil buah nenas
sebanyak mungkin yang mereka mahu.37 Di sekolah itu, Robert pernah memberi
sumbangan dan mengharumkan nama Sekolah Tanjong Lobang dengan
memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Seni dan Kraf peringkat kebangsaan
kategori pelajar lelaki bawah lima belas (15) tahun. Robert telah menerima hadiah
bernilai dua ratus lima puluh (250) dolar dan sebuah buku sebagai pembakar
semangat. Robert Madang Langi juga merupakan seorang pelajar yang sangat aktif
dalam aktiviti sukan di Sekolah Tanjong Lobang.38

36
Robert Rizal Abdullah, op.cit, hlm. 47

37
Ibid.,Hlm. 47
38
Temubual secara dalam talian bersama Veteran Tentera Darat Malaysia, Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching, Sarawak pada 19 April 2021.

32
Gambar 2.3 : Gambar Robert Madang Langi di Sekolah Tanjong Lobang
tahun 1966.
Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching,
Sarawak. 19 April 2021.

Gambar 2.4 : Hari Sukan Sekolah Tanjong Lobang tahun 1966.


Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching,
Sarawak. 19 April 2021.

Pada cuti penggal ketiga persekolahan tahun 1966, bulan Disember, satu
peristiwa berlaku yang telah mengubah perjalanan hidup Robert. Robert antara tiga
puluh (30) pelajar yang dipilih untuk menghadiri ceramah prospek kerjaya sebagai
seorang pegawai tentera yang disampaikan oleh seorang pegawai tentera yang
bernama Kapten Tony Loone. Tiga bulan (3) kemudian, Robert dan beberapa
rakannya telah menerima surat daripada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH),
dengan meminta Robert dan rakan-rakannya untuk menghadiri satu ujian pemilihan
Pegawai Kadet di Kuching, Sarawak yang dijadualkan pada 4 April 1967. Menurut

33
Robert Rizal Abdullah, seramai enam puluh (60) calon dari negeri Sabah dan
Sarawak telah menghadiri sesi ujian ini. Namun, hanya lima belas (15) orang
sahaja yang lulus dan terpilih untuk ujian seterusnya di Kuala Lumpur. Daripada
jumlah ini hanya sebelas (11) sahaja lulus untuk menjadi Kadet Tentera dan masuk
Maktab Tentera DiRaja (MTD) di Kuala Lumpur.39 Hal ini membuatkan Robert
sangat teruja kerana Robert mempunyai impian untuk mengikuti jejak pahlawan-
pahlawan Iban terdahulu seperti pasukan Renjer Sarawak.40 Sejak itu, Robert telah
hilang minat terhadap proses pembelajarannya di Sekolah Tanjong Lobang.41

2.5 Perkahwinan
Robert Madang Langi telah memeluk agama Islam pada 15 November 1972. Robert
Madang Langi telah memilih untuk menukar namanya kepada Rizal Abdullah. Beliau
telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya YM Raja Noriah Bte Raja
Sharome pada tahun 1972, ketika Robert Madang Langi berusia dua puluh empat
(24) tahun dan Raja Noriah berusia sembilan belas (19) tahun. Perkahwinan
mereka merupakan satu pertembungan dua agama, darjat, budaya dan negeri
yang berlainan. Pada awalnya, penyatuan antara Robert Madang Langi dengan
isterinya Raja Noriah mempunyai kesukaran dalam memahami agama Islam. Hal ini
kerana, keluarga Robert Madang Langi yang berlatarbelakang kepercayaan yang
berbeza. Perkhawinan Robert Madang Langi sebenarnya telah mengecewakan hati
keluarganya. Hal ini disebabkan, keluarga Robert Madang Langi tidak mahu beliau
menjadi sebahagian daripada orang Malaya.42

Raja Noriah dilahirkan di Kuala Selangor pada 26 Januari 1953. Raja Noriah
merupakan anak keempat (4) daripada lapan (8) orang adik-beradik. Kini beliau
berusia enam puluh lapan (68) tahun. Bapa Raja Noriah iaitu Raja Shahrome bin

39
Temubual secara dalam talian bersama Veteran Tentera Darat Malaysia, Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching, Sarawak pada 19 April 2021.

40
Pasukan Renjer Sarawak, merupakan pasukan yang telah ditubuhkan sejak pemerintahan Rajah
pertama Sarawak iaitu James Brooke. Penubuhan Renjer Sarawak ini disebabkan oleh
masalah dalam yang di hadapi oleh Sarawak ketika era pentadbiran James Brooke dengan
kata lain, penubuhan Renjer Sarawak adalah bertujuan untuk mengamankan negeri Sarawak.
Rujuk Buyong Adil, Sejarah Sarawak, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustakan dan
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1974, Hlm. 20.

41
Temubual secara dalam talian bersama Veteran Tentera Darat Malaysia, Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching, Sarawak pada 19 April 2021.

42
Ibid.

34
Raja Said Tauphy43 merupakan cucu kepada Sultan Perak ke-26. Raja Noriah
merupakan seorang yang sangat peramah walaupun telah bergelar isteri kepada
salah seorang tentera yang mempunyai sumbangan besar terhadap negara
Malaysia. Menurut anak lelakinya Megat Farril, Raja Noriah juga seorang yang
sopan santun dalam budi bicaranya. Sebagai seorang ibu, Raja Noriah merupakan
ibu yang tegas dalam mendidik anak-anaknya. Puteri Azlin dan Megat Farril yang
merupakan anak kepada pasangan tersebut telah dididik dengan disiplin tinggi.
Namun, didalam sifat ketegasannya terdapat juga sifat yang manja dan penyayang
akan anak-anaknya.44 Sebelum Raja Noriah menjadi suri rumah sepenuh masa,
beliau merupakan Pengerusi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT).45
Raja Noriah sangat berdedikasi dan aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Badan
Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT). Selepas persaraan Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah dari bidang ketenteraan barulah Raja Noriah menjadi seorang
suri rumah sepenuh masa.

43
Raja Shahrome bin Raja Said Tauphy merupakan anak kepada Raja Said Tauphy ibni al-Marhum
Sultan Abdullah Muhammad Shah II. Beliau juga merupakan ahli senat ataupun senator bagi
Kuala Selangor pada tahun 1960an. Parliamentary Debates : Dewan Negara (SENATE),
Official Report, Volume II No.4, 1960, Hlm. 292.

44
Temubual secara dalam talian bersama Megat Farril. 45 Tahun. Kuching, Sarawak, pada 10 Julai
2021.

45
Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) merupakan persatuan yang terdiri daripada isteri-
isteri anggota-anggota tentera. Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) berfungsi
untuk menjaga kebajikan dan hal ehwal keluarga anggota-anggota tentera. Temubual secara
dalam talian bersama Veteran Tentera Darat Malaysia, Pegawai Waran II Robert Teoh Anak
Eddie Jemat (52 Tahun) dan Mejar Jeffery Anak Langkau (53 Tahun). Kota Kinabalu, Sabah
pada 10 Julai 2021.

35
Gambar 2.5 : Gambar YM Raja Noriah Bte Raja Sharome.
Sumber : Puteri Azlin. 47 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Mei
2021.

Gambar 2.6 : Gambar Perkahwinan Robert Rizal Abdullah bersama


YM Raja Noriah Bte Raja Sharome.
Sumber : Puteri Azlin. 47 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Mei 2021.

Selain itu, perkahwinan Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah dengan
pasangannya YM Raja Noriah telah dikurniakan dengan dua (2) orang cahaya mata,
seorang perempuan dan seorang lelaki. Mereka terdiri daripada Puteri Azlin atau

36
nama timangannya Puteri dan Megat Farril. Anak sulung Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah iaitu Puteri Azlin dilahirkan pada 29 Mac 1974 di Taiping,
Perak. Menurut tokoh Veteran tentera Robert Rizal Abdullah, anak perempuan
sulungnya telah dimasukan ke Tadika seawal usia tiga (3) tahun dan pada ketika
itu, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah berada di Tawau, Sabah. Puteri
merupakan seorang gadis yang berani, satu peristiwa dimana pada tahun 1984
Puteri yang berusia lima tahun menunggu kepulangan ayahnya iaitu Robert yang
beroperasi di hutan Sarawak. Pada ketika itu, Puteri di dalam keadaan yang sedih
dan takut kerana ketika itu ada mendengar bunyi helikopter yang membawa pulang
tentera yang sama ada cedera atau yang telah meninggal dunia di perbatasan.
Dengan menunggu pengumuman nama tentera yang di bawa pulang itu, Puteri
berdoa dan berharap agar bukan nama ayahnya yang diumumkan yang telah
terkorban.46

Selain itu, sejak diusia muda, Puteri telah dididik oleh Robert Madang Langi
untuk memceburkan diri dalam aktiviti lasak dengan membawa Puteri memancing
ke laut dalam di perairan Sabah. Sewaktu Puteri Azlin berada di bangku sekolah,
Puteri Azlin seorang yang sangat aktif dalam bidang sukan dan banyak terlibat
dalam kegitan kokurikulum.47 Seterusnya, sewaktu Puteri Azlin mencapai umur
20an, Puteri Azli pernah bekerja di sebuah firma Jepun, namun itu hanya
sementara kerana syarikat itu telah ditutup. Kini beliau yang sudah mecapai usia
empat puluh tujuh (47) tahun dan beliau adalah suri rumah sepenuh masa yang
menjalankan perniagaannya sendiri.48Manakala Megat Farril merupakan anak
bongsu kepada Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. Megat Farril dilahirkan
pada 27 Oktober 1976. Megat Farril juga merupakan seorang yang aktif dalam
bidang sukan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Beliau pernah menjadi
wakil sukan untuk peringkat Sukan Malaysia (SUKMA). Selain berbakat dalam
bidang sukan, Megat Farril juga sangat berbakat dalam bidang teknologi (IT).
46
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia, Leftenan Kolonel
(B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching, Sarawak pada 19 April 2021.

47
Puteri Azlin juga pernah mewakili peringkat sekolah, zon dan negeri dalam sukan olahraga serta
sukan bola tampar. Bukan itu sahaja Puteri juga aktif dalam aktiviti lasak termasuk jungle
trekking, mendaki dan sekarang aktif di dalam aktiviti scuba diving dan menunggu dipanggil
untuk mengambil kursus sky dive. Temubual secara dalam talian bersama Puteri Azlin. 47
Tahun. Kota Kinabalu pada 19 April 2021.

48
Temubual secara dalam talian bersama YM Raja Noriah Bte Raja Shahrome. 68 Tahun. Kuching,
Sarawak pada 19 April 2021.

37
Beliau telah membangunkan salah satu teknologi keselamatan siber terkuat di
dunia pada tahun 2014 dan memenangi kategori keselamatan siber terbaik
(TERAJU). Megat Farril kini telah berusia empat puluh lima (45) tahun dan telah
mempunyai syarikatnya yang tersendiri. Di samping itu, Megat Farril telah
berkahwin dan mempunyai lima (5) orang anak.49

Bagi YM Raja Noriah, Leftenan kolonel (B) Robert Rizal Abdullah merupakan
seorang yang pendiam. Beliau tidak pernah menceritakan tentang hal pekerjaannya
ketika beliau masih berkhidmat sebagai seorang tentera. Walaupun Leftenan
Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah kelihata sangat tegas namun, beliau seorang
yang sangat penyayang. Beliau tidak pernah memukul atau mengasari anak-
anaknya.50 Walau bagaimanapun menurut Puteri Azlin, mereka jarang dapat
meluangkan waktu bersama kerana kesibukan bapanya bekerja dan beroperasi.
Robert juga sangat menyayangi binatang. Robert juga menasihati anak-anaknya
untuk sentiasa aktif di dalam aktiviti-aktiviti lasak. Robert juga rajin bercerita
tentang pengalaman ketika beliau berkhidmat sebagai seorang tentera kepada anak
dan cucu-cucunya selepas beliau bersara. Robert berubah menjadi seorang yang
sangat lembut terhadap anak-anak dan cucu-cucu. Kadangkala Robert akan bawa
anak-anak ke Kem di Bau, Sarawak pada hari Sabtu sambil mendisiplinkan anak-
anaknya.51

49
Ibid.
50
Temubual secara dalam talian bersama YM Raja Noriah Bte Raja Shahrome. 68 Tahun. Kuching,
Sarawak pada 22 April 2021.

51
Temubual secara dalam talian bersama Puteri Azlin. 47 Tahun. Kota Kinabalu pada 23 April 2021.

38
Gambar 2.7 : Gambar Puteri Azlin dan Megat Farril.
Sumber : YM Raja Noriah Bte Raja Shahrome. 68 Tahun. Kuching, Sarawak
pada 24 April 2021.

Gambar 2.8 : Gambar Keluarga Robert Rizal Abdullah pada tahun


1989.
Sumber : YM Raja Noriah Bte Raja Shahrome. 68 Tahun. Kuching, Sarawak
pada 24 April 2021.

39
2.6 Kesimpulan.
Sejarah latarbelakang Robert Madang Langi dan keseluruhan zaman kecil sehingga
remaja merupakan sebuah perjalanan yang mengagumkan dan ianya juga
merupakan sebuah siri pengembaraan yang ekstrem. Beliau merupakan individu
yang kurang merasa kasih sayang daripada kedua ibu-bapanya. Hal ini disebabkan,
seawal usia 2 tahun, beliau telah kehilangan ibunya dan telah dijadikan anak
angkat selepas kematian ibunya. Oleh itu, beliau telah dijaga oleh kakak ibunya
dan selepas itu dibawa oleh abangnya untuk tinggal bersama untuk disekolahkan.
Bapa beliau adalah seorang yang pendiam dan tidak pernah menunjukkan kasih
sayang kepada anak-anaknya. Semenjak itu, Robert Madang Langi mula hidup
berdikari. Robert juga banyak belajar erti kehidupan yang sebenar. Beliau juga
turut berusaha untuk tidak membebankan abangnya dengan mencari dan
mengumpulkan wangnya sendiri. Ketika beliau di sekolah rendah, beliau belum
mempunyai semangat untuk maju dalam bidang pendidikan, sehinggalah beliau
berpindah ke sekolah yang baharu iaitu Sekolah Menengah Kerajaan Bintulu pada
tahun 1960. Di situ, Robert belajar menyukai dan menikmati zaman
persekolahannya. Beliau juga mula mengambil serius akan pelajarannya sehingga
beliau Berjaya lulus Peperiksaaan Kemasukan Awam (CEE). Setelah itu, beliau telah
ditawarkan untuk menjadi pegawai tentera dan telah menemui jodoh dan memeluk
agama Islam.

40
BAB 3

OPERASI DAN SIRI-SIRI PERTEMPURAN

3.1 Pengenalan
Selepas berpindah dari Sekolah Menengah St Anthony’s ke Sekolah Berasrama
Tanjong Lobang di Miri, Sarawak. Robert telah memulakan satu era baru yang
banyak mengubah hidupnya. Di Sekolah Tanjong Lobang juga, Robert Madang
Langi banyak belajar mengenai disiplin dan cuba menyesuaikan diri dalam suasana
atau persekitaran asrama. Robert merupakan antara pelajar yang banyak
memberikan sumbangan dan pernah mengharumkan nama sekolah dalam
pertandingan Seni dan Kraf peringkat kebangsaan. Bukan itu sahaja, beliau juga
seorang pelajar yang sangat aktif dalam bidang sukan. Di sekolah tersebut juga,
Robert Madang Langi mempunyai peristiwa yang telah mengubah perjalanan
hidupnya, dimana beliau antara tiga puluh (30) orang pelajar dari Sekolah Tanjong
Lobang yang terpilih untuk menghadiri ceramah dalam bidang ketenteraan yang
dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH). Hasil daripada
ceramah tersebut, sebanyak sepuluh orang pelajar dari Sekolah Tanjong Lobang
telah terpilih untuk menghadiri ujian akhir pemilihan Pegawai Kadet Tentera di
Kuching, Sarawak. Semenjak daripada itu, Robert Mandang Langi telah hilang
tumpuan untuk terus belajar dan mula menumpukan kariernya dalam bidang
ketenteraan.

3.2 Angkatan Tentera Malaysia (ATM)


Angkatan Tentera Malaysia merupakan sebuah angkatan yang mempunyai tiga
perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara DiRaja Malaysia
(TUDM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). Pada awalnya, Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) dikenali sebagai Angkatan Tentera Persekutuan yang telah
ditubuhkan oleh Tentera British. Penubuhan atau nama Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) telah diubah semasa tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963. Pada
tahun 1967, pemerintah British telah menyerahkan sepenuhnya pentadbiran dan
pengurusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada kerajaan yang baru
ditubuhkan iaitu Kerajaan Malaysia. Oleh itu, bermulalah pentadbiran Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) yang ditadbir sendiri oleh anak watan Malaysia.1
Disebabkan kemunculan kumpulan komunis di Tanah Melayu kira-kira 60 tahun
yang lalu, iaitu pada tahun 1930-an telah menyebabkan penubuhan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) terjejas. Sejarah Angkatan Tentera Malaysia (ATM),
memperlihatkan tumpuan mereka pada peperangan dalam menentang insurgensi
(CIW) komunis. Ancaman yang dilakukan oleh komunis ketika darurat di Tanah
Melayu telah menjadi faktor penghalang yang utama dalam penentuan bentuk dan
saiz Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Hal ini telah mengakibatkan pembangunan
dan pembentukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi tidak seimbang.
Daripada tiga kompenan utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Tentera
Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut
DiRaja Malaysia (TLDM), pembangunan dan pembentukan Tentera Darat Malaysia
(TDM) lebih membangun berbanding dua kompenan lain.2

Selain itu, Tentera Darat Malaysia mempunyai susunan mengikut kumpulan


tertentu sesuai dengan peranan yang dimainkan oleh unit-unit yang terlibat.
Tentera Darat Malaysia diterajui oleh Panglima Tentera Darat yang berpangkat
Jeneral. Beliau dibantu oleh pegawai-pegawai kanan seperti Pengarah Perisikan dan
juga oleh pengarah-pengarah Rejimen dan Kor. Beliau bertanggungjawab
menasihati Panglima Angkatan Bersenjata mengenai perkara-perkara keselamatan
dan perihal kesediaan Tentera Darat.3

3.3 Robert Madang Langi menceburi bidang Ketenteraan


Robert Madang Langi mula meminati bidang ketenteraan ketika cuti penggal ketiga
Sekolah Tanjong Lobang pada tahun 1965. Robert Madang Langi dan dua puluh
sembilan (29) orang pelajar lain dari Sekolah Tanjong Lobang telah terpilih untuk
menghadiri ceramah tentang prospek kerjaya sebagai seorang anggota tentera
yang dikendalikan oleh Kapten Tony Loone iaitu seorang pegawai tentera. Namun,

1
Tirmizi Hj Md Isa, Sumbangan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dalam aktiviti keagamaan :
Kajian dalam Batalion Ke-12 RAMD, (Tesis Sarjana, Universiti Malaya), 2011. Hlm. 92.
2
Ibid., Hlm. 93.
3
Ibid., Hlm. 109.

42
daripada dua puluh sembilan (29) orang pelajar yang dipilih untuk menyertai
ceramah itu, hanya sepuluh (10) orang termasuk Robert Madang Langi yang
membuat keputusan untuk mengisi borang. Selepas tiga bulan, Robert Madang
Langi telah menerima sepucuk surat daripada Kementerian Pertahanan
(KEMENTAH), yang meminta beliau untuk menghadiri ujian pemilihan Pegawai
Kadet di Kuching, Sarawak yang dijadualkan pada 4 April 1967. Pada ketika itu,
Robert sangat teruja dengan tawaran untuk menjadi seorang pegawai tentera.
Tambahan pula, beliau ingin mengikut jejak pahlawan-pahlawan Iban serta ingin
menghormati kisah pejuang yang berani daripada pasukan Sarawak Rangers.4

Pada bulan Mei 1967, Robert Madang Langi telah dikehendaki untuk
melaporkan diri di Maktab Tentera Diraja. Robert Madang Langi merupakan salah
seorang daripada empat orang yang terpilih untuk menjadi Pegawai Kadet
Perkhidmatan Tetap dan berkhidmat dengan Pasukan Tentera Darat. Selepas itu,
Robert Madang Langi sekali lagi diarahkan untuk melaporkan diri di Kem Sungai
Besi. Robert telah menaiki pesawat (Dakota DC3) dari Lutong ke Kuching dan
meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat (Boeing
737).5 Pada 12 April 1969, Robert Madang Langi telah “Commissioned” sebagai
Leftenan Muda dalam Kor Rejimen Renjer DiRaja (RRD). Oleh itu, beliau terus di
hantar ke Batalion Ketiga Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) di Sarawak untuk tempoh
dua belas (12) bulan. Sebelum itu, beliau di tempatkan di Kem Rejimen Artileri
selama seminggu untuk sementara waktu. Selepas beberapa bulan bertugas di
Batalion Ketiga Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) di Sarawak, Leftenan Muda Robert
Madang Langi dan pasukannya telah diberi tanggungjawab untuk menjaga kawasan
Sungai Ngemah dan Sungai Song, Sarawak daripada kumpulan pengganas komunis
(PGK). Namun, beliau bernasib baik kerana pengganas komunis (PGK) di Sarawak
masih belum aktif pada ketika itu. Hanya pada tahun 1973, apabila Batalion Ketiga
Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) bertugas buat kali yang kedua, barulah Batalion

4
Robert Rizal Abdullah, Perjalananku Sebuah Autobiografi seorang Pahlawan Iban, Kota Sarawak,
Universiti Malaysia Sarawak, 2019, Hlm. 48.

5
Ibid., Hlm. 63.

43
Ketiga Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) mencatatkan banyak pertempuran dengan
pihak pengganas komunis (PGK).6

3.4 Operasi dan Siri-Siri Pertempuran


Leftenan Muda Robert Madang Langi telah terlibat dalam beberapa operasi dalam
membantas kegiatan pengganas komunis (PGK). Antara operasi yang telah beliau
sertai ialah Operasi Sungai Kuak, Kroh, Perak, Operasi Radak Bukit Besar, Kulim,
Kedah, Operasi Jelaku 3, Operasi Beruang 1, Operasi Jelaku 6, Operasi Gonzales 1,
Operasi Setia, Operasi Pagar, Operasi Cahaya Bena 1, Selatan Thailand dan Operasi
Jala Aman.

3.4.1 Catatan Operasi Sungai Kuak, Kroh, Perak Tahun 1970


Selepas ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan menyertai Batalion Ketiga Rejimen
Renjer DiRaja (3 RRD) pada tahun 1969, Leftenan Muda Robert Madang Langi dan
pasukan (3 RRD) telah dikerah untuk menjalankan “Operasi Sungai Kuak Kroh di
Perak” pada 20 April 1970. Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah menyifatkan
operasi tersebut sebagai “Operasi Kota Echo” ataupun “Operasi Serang Hendap”.
Operasi tersebut meliputi kawasan utara negeri Perak hingga ke sempadan
Malaysia-Thailand (kawasan kumpulan pengganas komunis).7 Semasa menjalankan
operasi tersebut, satu seksyen daripada “Kompeni C” yang dalam persiapan untuk
melakukan serang hendap telah diserang terlebih dahulu oleh sekumpulan
pengganas komunis (PGK) yang berjumlah antara tiga puluh (30) hingga empat
puluh (40) orang anggota pengganas komunis (PGK) di Sungai Kuak. Disebabkan
peristiwa itu, seramai tujuh (7) daripada sembilan (9) anggota pasukan “Kompeni C”
telah terbunuh dan terperangkap di sebuah bukit curam. Hanya Lans Koperal
Kamaruddin dan Renjer Rodney Bayren yang berjaya pulang ke pengkalan platun
mereka untuk melaporkan kejadian di Sungai Kuak Kroh.8 Menurut Leftenan Kolonel

6
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah di Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Julai 2021.

7
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah di Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Julai 2021.

8
Kompeni C mempunyai objektif untuk menyekat kemaraan komunis dari Rejimen Ke-12 Tentera
Pembebasan Nasional Malaya. Tanpa disedari bahawa “Kompeni C” telah memasuki zon
membunuh dan komunis telah melepaskan tembakan bertalu-talu terhadap Kompeni C. Itu
merupakan detik hitam buat 3 RRD. Airtimes Online, Tumpahnya darah demi negara : 7
Anggota Renjer gugur ketika menentang kebangkitan pengganas komunis. (31 Ogos 2020).
Dipetik dari https://www.airtimes.my/tag/3renjer/ pada 5 Mei 2021.

44
(B) Robert Rizal Abdullah, salah seorang daripada anggota pasukannya telah
tercedera dan kemudiannya disiksa sehingga mati. Mayat anggota pasukan
tersebut ditemui di sungai yang berhampiran.9

Gambar 3.1 : Lans Koperal Kamaruddin (Kiri) dan Renjer Rodney Bayren
(Kanan)
Sumber : https://www.airtimes.my/tag/3renjer/

Selepas mendengar berita mengenai anggota pasukannya itu, Leftenan


Muda Robert Madang Langi telah dikerah untuk meluaskan kawasan rondaan dan
menjalankan serangan hendap di kawasan bawah jagaan Leftenan Muda Robert
Madang Langi. Namun, dengan keadaan geografi kawasan yang begitu luas dan
jarak penglihatan yang terhad di dalam hutan menyebabkan anggota pasukan 3
Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) mengalami kesukaran untuk mengesan pengganas
komunis (PGK). Kejayaan dalam menumpaskan pengganas komunis (PGK)
bergantung sepenuhnya kepada ketepatan maklumat yang disampaikan oleh
pasukan yang bertanggungjawab dan pertembungan secara rawak.10 Selain itu,
tujuan utama “Operasi Sungai Kuak Kroh” adalah untuk menghalang kemaraan
komunis daripada menetap dan menghalang mereka daripada terus mendapat

9
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Julai 2021.

10
Robert Rizal Abdullah, op.cit, hlm. 92

45
sokongan masyarakat tempatan. Hal ini adalah faktor kepada kejatuhan Parti
Komunis Malaya (PKM) di bawah pimpinan Chin Peng.11

Gambar 3.2 : Operasi Kuak, Kroh, Perak tahun 1970


Sumber : https://www.airtimes.my/tag/3renjer/.

3.4.2 Catatan Operasi Radak, Bukit Kulim, Kedah Tahun 1971


Setahun selepas tragedi buruk yang menimpa “Kompeni C” pasukan 3 Rejimen
Renjer Diraja (3 RRD) semasa melakukan “Operasi Sungai Kuak Kroh” di Perak,
Leftenan Muda Robert Madang Langi dan pasukan 3 Rejimen Renjer Diraja (3 RRD)
dibawah pimpinan Leftenan Kolonel Looi Kum Choung telah ditugaskan untuk
menggempur elemen pengganas komunis (PGK) di negeri Kedah pada tahun 1971.
Menurut Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah, operasi tersebut diberi nama
“Operasi Radak” ataupun “Operasi Membalas Dendam”.12 Operasi tersebut
dilakukan kerana Jeneral Mohammed Sany Abdul Ghafar mahu menuntut bela
kematian kesemua tujuh (7) anggota “Kompeni C” pasukan 3 Rejimen Renjer
Diraja (3 RRD). Operasi tersebut juga merupakan satu operasi “Search and Cordon”

11
Chin Peng atau nama sebenar Ong Boon Hua merupakan anak kelahiran Sitiawan, Perak yang
memegang jawatan Komander Rejimen Kelima Tentera Rakyat Anti-Jepun Malaya dan
mengetuai Parti Komunis Malaysia. Beliau mempunyai cita-cita untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara republik. The Patriots, Chin Peng Si Pengkhianat Negara. (12 Julai
2019). Dipetik dari https://www.thepatriots.asia/chin-peng-si-pengkhianat-negara/ pada 10
Mei 2021.

12
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Julai 2021.

46
yang melibatkan seluruh anggota Battalion. Dengan berbekalkan maklumat dan
rancangan yang rapi13 Pasukan 3 Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) telah dibahagikan
kepada beberapa kompeni iaitu “Kompeni B”, “Kompeni C” dan “Kompeni D” untuk
operasi mengesan pengganas komunis (PGK). Manakala, satu lagi kompeni dari
pasukan 3 Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) yang di ketuai oleh Commanding Officer
(CO) Leftenan Kolonel Looi Kum Chong dan markasnya akan bergerak secara rapat
sebagai “Kompeni A”.14

Leftenan Muda Robert Madang Langi dan pasukan 3 Rejimen Renjer Diraja
(3 RRD) memulakan operasi “Search and Cordon” pengganas komunis (PGK) pada
waktu malam. Kemudiannya, lebih kurang tepat pada jam 0300 pagi, Leftenan
Muda Robert Madangdan pasukannya telah diarahkan untuk berpecah dan
mengambil kedudukan selang lima (5) meter antara kompeni. Dengan persediaan
rapi untuk operasi khas itu15, pasukan pencari telah bersiap sedia seawal jam 0500
pagi. Dalam operasi tersebut Leftenan Muda Robert Madang Langi telah mendapat
isyarat melalui set radionya dengan menggunakan kod kata. Selepas mendapat
isyarat untuk memulakan operasi, “Kompeni A” telah memulakan operasi pada jam
0645 pagi. Dengan kedudukan Platun satu (1) di bahagian kiri yang diketuai oleh
Leftenan Muda Kassim Abdul Kadir16, Platun dua (2) di bahagian tengah yang
diketuai oleh Leftenan Muda Patrick Wong Sing Nang17 dan Platun tiga (3) di

13
Pasukan Robert Madang Langi mendapat maklumat mengenai beberapa anggota (PGK) daripada
Unit Serangan Kelapan, akan mengadakan satu pertemuan dan mesyuarat di Bukit Besar,
Kedah. Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia
Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. di Kuching, Sarawak pada 26 April
2021.

14
Robert Rizal Abdullah, op.cit, hlm. 92

15
Robert Madang Langi dan pasukannya telah melakukan beberapa latihan navagasi malam untuk
membiasa diri dengan kesukaran pergerakan pada waktu malam yang akan dilakukan.
Penanda dan panduan telah di letakkan di tempat yang strategik unutk memastikan terup
yang berpecah berada dalam kedudukan yang tepat. Robert Rizal Abdullah, op.cit, hlm. 92.

16
Lt. Muda Kassim Abdul Kadir merupakan anak kelahiran Sabah yang telah melancarkan serang
terhadap musuh semasa Operasi Radak, Bukit Besar, Kulim, Kedah. Beliau telah mengetuai
Plantun 1 dan telah mengejar sekumpulan musuh setelah mendengar jeritan dari anggota
Pasukan Khas Perisik Tentera. Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia, Keberanian dan
Pengorbanan. (2019). Dipetik dari http://army.mod.gov.my/index.php/ms/15-mengenai-
kami/43-keberanian-dan-pengorbanan pada 13 Mei 2021.

17
The Star Online, Injured Army Captain Refused Tp Leave His Men Behind. (16 September 2016).
Dipetik dari https://www.thestar.com.my/news/nation/2016/09/16/injured-army- captain-
refused-to-leave-his-men-behind pada 27 April 2021.

47
bahagian kanan. Pasukan 3 Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) sudah berada di dalam
kedudukan seperti yang di rancang.18

Tepat pada jam 0905 pagi, ketika Military Interligent Officer (MIO) sedang
bergerak ke arah kedudukan Plantun 2 yang diketuai oleh Leftenan Muda Patrick
Wong Sing Nang, satu (1) das tembakan telah dilakukan oleh pegganas komunis
(PGK). Dengan kata lain, kedudukan Military Interligent Officer (MIO) dan Plantun
(2) dua telah dikesan oleh pengganas komunis (PGK). Leftenan Muda Kassim
dengan segera mengenalpasti kedudukan pengganas komunis (PGK) dan salah
seorang daripada anggota Platun dua (2) iaitu Renjer Mering Imang telah
mengesan kedudukan pengganas komunis (PGK) dan melancarkan serangan
dengan menggunakan Light Machines Gun (LMG). Renjer Mering Imang telah
dibantu oleh Leftenan Muda Kassim Abdul Kadir. Tanpa menghiraukan keselamatan
diri, Leftenan Muda Kassim Abdul Kadir19 dan pasukan 3 Rejimen Renjer Diraja (3
RRD) mula mendekati musuh dengan kaedah “Tembak dan Gerak”. Dalam
kedudukan antara sepuluh (10) hingga lima belas (15) ela dari pasukan pengganas
komunis (PGK), pasukan dibawah pimpinan Leftenan Muda Robert Madang Langi
telah melihat tiga (3) anggota pengganas komunis (PGK) telah tumpas. Selain itu,
pasukan dibawah pimpinan Koperal Basri telah berjaya menumpaskan salah
seorang daripada anggota pengganas komunis (PGK).20

Manakala, pasukan dari Platun dua (2), di bawah pimpinan Leftenan Muda
Patrick Wong Sing Nang21mengejar pengganas komunis (PGK) dengan jarak dua
ratus (200). Pada lebih kurang jam 17:00 pada hari yang sama, Platun lapan (8)
daripada “Kompeni C” telah terlihat tiga (3) anggota pengganas komunis (PGK)

18
Robert Rizal Abdullah, op.cit, hlm. 94

19
Laman Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Muda Kassim Abdul
Kadir. (2021). Dipetik dari
http://www.mod.gov.my/direktori3/index.php/mindef/category/jhev , pada 14 Mei 2021.

20
Ibid., Hlm. 95.
21
Major Patrick Wong Sing Nang (RTD), merupakan anak kelahiran Sibu, Sarawak. Beliau dilahirkan
pada 18 Mac 1947. Beliau mula menceburi bidang ketenteraan sejak tahun 1967 dengan
menjadi kadet di Royal Military College (RMC), Sungai Besi. Sepanjang perkhidmatannya
sebagai seorang tentera, beliau telah mengikuti operasi dalam menentang keganasan
komunis di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Persatuan Veteran Cina Angkatan Tentera
Malaysia, Major Patrick Wong Sing Nang (Rtd). (2017). Dipetik dari
https://www.macva.org.my/wsnang.html pada 15 Mei 2021.

48
menghampiri dua lelaki dan seorang wanita. Anggota pengganas komunis (PGK)
tersebut telah melepaskan tembakan kearah pasukan 3 Rejimen Renjer Diraja (3
RRD). Leftenan Muda Jagdeesh Singh dan anggota-anggotanya segera membalas
tembakan. Hasil daripada itu, seramai enam (6) daripada lapan (8) anggota
pengganas komunis (PGK) telah tumpas di tangan pasukan 3 Rejimen Renjer Diraja
(3 RRD).22

Pada hari berikutnya 16 Mei 1971, satu operasi "Sapuan dan Gasak
Keluar" telah dilaksanakan.23 Pada jam 15:30 petang, “Kompeni B” daripada 10
Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) telah terlibat dalam satu (1) pertembungan.
Satu (1) das tembakan telah dilepaskan oleh anggota pengganas komunis (PGK) .
Ia kemudian diikuti dengan semburan daripada selaras Light Machine Gun (LMG).
Pada ketika itu, “Kompeni C” 3 Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) berada di sebuah
lembah lebih kurang dua ratus (200) ela daripada kumpulan pelindung kanan
tersebut. Sebaik mendengar bunyi tembakan tersebut “Kompeni C” mengubah
hala ke kanan dan memanjat bukit di bahagian belakang, untuk menghalang
laluan keluar pasukan musuh24. Pada pagi 17 Mei 1971, anjing pengesan
daripada Unit Anjing Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram telah
dibawa untuk membantu25. Operasi yang dirancang untuk hanya satu (1) hari
telah berlarutan sehingga empat (4) hari. Oleh itu, kejayaan Leftenan Muda
Robert Madang Langi dan pasukannya dapat dilihat apabila mereka berjaya

22
Pada ketika itu, Jagdeesh mengambil inisiatif untk menyusun serangan segera, memandangkan
beliau berada paling hampir dengan kedudukan musuh. Dengan tiga orang anggota, beliau
melancarkan serangan dan dalam pertempuran itu, berjaya membunuh kedua-dua PGK itu.
Mereka mencari PGK yang mula-mula terkena tembakan, tetapi tidak menjumpai mayatnya.
Dia pasti telah melompat ke dalam semak samun di situ dan melarikan diri. Rujuk Robert
Rizal Abdullah, op.cit, hlm. 94.

23
Kekuatan pasukan sapuan terdiri daripada Kompeni C pasukan 3 Renjer, Kompeni B pasukan 10
RAMD dan sokongan daripada kompeni C dan D pasukan 13 RAMD. Mjr. George E. Simon,
komander bagi Kompeni C 3 Renjer adalah ketua bagi fasa operasi tersebut. Pada 1215,
keempat-empat kompeni itu mula menjalankan sapuan ke arah timur bermula daripada titik
pertembungan di mana Platun Nombor 8 telah menyerang dan membunuh 2 orang PGK itu.
Ibid., Hlm. 95
24
Sapuan tersebut berterusan hingga ke senja namun gagal menjumpai anggota wanita terakhir Unit
Serangan Ke-8. Hari semakin gelap. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, CO,
Leftenan Kolonel Kol Looi Kum Choung telah mengarahkan agar sapuan itu dihentikan dan
pasukan kembali ke kedudukan kepungan asal. Ibid., Hlm. 95

25
Malangnya, hujan lebat malam itu telah menghilangkan semua kesan dan bau badan saki-baki PGK
tersebut. Anjing tersebut tidak mampu melakukan apa-apa. Sebuah helikopter Allouette yang
dipasang dengan pembesar suara telah digunakan untuk memujuk saki-baki PGK itu untuk
menyerah diri. Risalah-risalah laluan selamat juga telah digugurkan. Ibid. Hlm 96.

49
menumpaskan tujuh (7) anggota pengganas komunis (PGK) sepanjang operasi
tersebut.26

Oleh itu, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah menyifatkan


“Operasi Radak” pada 20 April 1970, merupakan satu operasi membalas dendam
yang paling berjaya. Namun, apa yang sedikit mengecewakan Leftenan Kolonel
(B) Robert Rizal Abdullah adalah apabila beliau pada Operasi radak tersebut tidak
dapat membantu pasukan 3 Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) untuk menumpaskan
pengganas komunis (PGK). Beliau dan kompeni dibawah pimpinan beliau hanya
mendengar bunyi pentempuran tersebut dari jarak jauh. Selepas kejayaan
tersebut, Battalion 3 Rejimen Renjer DiRaja (3RRD) telah menjadi pilihan utama
untuk ditugaskan ke negeri Sarawak bagi membantu pasukan keselamatan
menangani ancaman dari Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS). Tambahan
pula pada ketika itu, pihak komunis di Sarawak semakin bergerak aktif. Selain itu,
Leftenan Muda Robert Madang Langi telah ditugaskan untuk mengetuai Platun
Khas Battalion yang diberi nama “Platun Kilat”. Pada penghujung tahun 1972,
sebelum Leftenan Muda Robert Madang Langi dan pasukan 3 Rejimen Renjer
DiRaja (3RRD) diterbangkan ke negeri Sarawak, beliau telah ditauliahkan
pangkat Leftenan. 27

3.4.3 Catatan Operasi Jelaku 3, Asajaya, Sarawak Tahun 1973


Pada Disember 1972 iaitu sebulan selepas perkahwinan Leftenan Robert Madang
Langgi ataupun Leftenan Robert Rizal Abdullah (Nama Islam) dan isterinya Raja
Noriah, Leftenan Robert Rizal Abdullah dan pasukan 3 Rejimen Renjer DiRaja
(3RRD) telah ditugaskan ke Serian, Sarawak, untuk menjalankan operasi selama
dua belas (12) bulan. Kejayaan besar yang diperolehi oleh Leftenan Robert Rizal
Abdullah dan pasukan 3 Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) di Bukit Besar, Kulim,
Kedah pastinya mempunyai kaitan dengan perkara tersebut. Pada ketika itu,
operasi menentang pengganas komunis (PGK) di Sarawak sedang giat

26
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching, Sarawak pada 07 Mei 2021.

27
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahn. Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Julai 2021.

50
dilakukan.28 Perancang Tentera Darat berpendapat bahawa Leftenan Robert Rizal
Abdullah dan pasukan 3 Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) mampu mengulangi
kejayaan di Kedah untuk operasi di Sarawak. Bagi Leftenan Robert Rizal Abdullah
situasi tersebut merupakan peluang terbaik bagi beliau untuk membuktikan
kemampuannya.29 “Operasi Jelaku 3” yang dilakukan di Nonok (Asajaya),
Sarawak pada 28 Januari 1973 merupakan pertempuran pertama Leftenan
Robert Rizal Abdullah. Leftenan Robert Rizal Abdullah dan pasukannya telah
ditempatkan di Kem Serian yang bertujuan untuk membanteras kegiatan
“Kompeni Pertama” dan “Kompeni Ketiga” Pasukan Gerila Rakyat Sarawak
(PGRS).30

Oleh itu, Leftenan Robert Rizal Abdullah telah dicalonkan oleh


Commanding Officer (CO) Kapten Edward Tay sebagai pemimpin pasukan elit
iaitu “Platun Kilat”. Sebelum “Platun Kilat” dihantar untuk menjejak pengganas
komunis (PGK), “Kompeni C” daripada pasukan 3 Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD)
telah bertempur dengan pihak pengganas komunis (PGK). Hasil daripada itu,
seorang daripada pengganas komunis (PGK) telah berjaya ditembak. Ekoran
daripada pertempuran tersebut, pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) percaya bahawa terdapat ramai lagi pengganas komunis yang berada di
kawasan tersebut.31 Oleh itu, pada 28 Januari 1973, semasa hari operasi
dimulakan, Leftenan Robert Rizal Abdullah menumpukan sepenuhnya kepada
gerak geri musuh dengan mengimbas dan mendengar sebarang tanda atau bunyi
daripada pengganas komunis (PGK). Ketika menghampiri pinggir satu kawasan
lapang, Leftenan Robert Rizal Abdullah telah mengesan seorang pengganas
komunis (PGK) yang cuba menyembunyikan diri. Leftenan Robert Rizal Abdullah
telah melepaskan dua (2) das tembakan daripada senjata rifel automatik Baretta
5.56mm milik beliau sebaik sahaja pengganas komunis (PGK) tersebut keluar dari

28
Saiful Anuar, Norazman Nordin, Transkrip Temubual Bersama dengan Encik Ahmad Bin Adnan
Mengenai Penglibatan dalam Pertempuran dengan Pengganas Komunis di dalam Operasi
Jelaku Vi di Nonok, Sarawak pada Tahun 1973, Shah Alam : Universiti Teknologi Mara
(Kursus IMR 603, Sejarah Lisan), 2005, Hlm. 60

29
Ibid.
30
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 29 Jun 2021.

31
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Julai 2021.

51
tempat persembunyiannya. Sebaik sahaja Leftenan Robert Rizal Abdullah
melepaskan dua (2) das tembakan, Leftenan Robert Rizal Abdullah dan pasukan
“Platun Kilat” telah berhadapan dengan pertempuran yang sengit. Hasil daripada
itu, Leftenan Robert Rizal Abdullah dan pasukan “Platun Kilat” telah
menumpaskan dua (2) anggota pengganas komunis (PGK).32

Menurut Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah semasa “Operasi Jelaku
3” dilakukan, Sarawak dilanda musim monsun. Hujan yang lebat telah membanjiri
kawasan rendah. Oleh itu, Leftenan Robert Rizal Abdullah dan pasukan “Platun
Kilat” terpaksa meredah kawasan bajir hingga ke paras dada. Hal ini
menyebabkan, kesukaran anggota pasukan “Platun Kilat” untuk mengesan
pengganas komunis (PGK). Namun, walaupun berhadapan dengan cuaca yang
tidak menentu, Leftenan Robert Rizal Abdullah dan pasukannya berjaya
menumpaskan pengganas komunis (PGK).33

Gambar 3.3 : Robert Rizal Abdullah bersama pasukan “Platun Kilat”


Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota
Kinabalu, Sabah pada 7 Mei 2021.

32
Robert Rizal Abdullah, Perjalananku : Sebuah Autobiografi Seorang Pahlawan Iban, Kota
Samarahan : Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, 2019, Hlm 108.

33
Ibid., Hlm. 109.

52
3.4.4 Catatan Operasi Beruang 1, Serian, Sarawak Tahun 1973
Ekoran daripada operasi-operasi agresif yang giat dilakukan oleh Battalion Ketiga
Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) di daerah Serian, Sarawak. Kompeni ketiga (3)
Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS) telah bergerak aktif dan berpecah kepada
kumpulan yang kecil di daerah Serian, Sarawak. Menurut Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah, Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS) ingin menyatukan
semula semua anggota pasukan mereka kepada satu (1) pasukan yang lebih besar.
Oleh itu, operasi di Serian, Sarawak dikenali sebagai “Operasi Beruang 1”. Operasi
tersebut merupakan pertempuran kedua (2) Leftenan Robert Rizal Abdullah dengan
pengganas komunis (PGK), selepas Operasi Jelaku 3 di Asajaya, Sarawak.34

Pada 21 Mei 1973, ketika Leftenan Rizal Abdullah sedang melakukan sesi
latihan Tang Soo-Doo, Leftenan Robert Rizal Abdullah telah diminta oleh
Intelligence Officer (IO) untuk segera menemui Pegawai Risikan. Leftenan Robert
Rizal Abdullah telah diberi taklimat berkenaan dengan ancaman pengganas
komunis (PGK) oleh Pegawai Risikan tersebut. Leftenan Robert Rizal Abdullah dan
pasukan Battalion Ketiga Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) telah dikerahkan untuk
melakukan risikan (A1). Leftenan Robert Rizal Abdullah dan pasukannya dibantu
oleh seorang Pegawai Cawangan Khas dari Balai Polis Serian, Sarawak untuk ke
lokasi tersebut.35 Tambahan pula, Leftenan Robert Rizal Abdullah dan pasukan
Battalion Ketiga Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) telah dilengkapi dengan persiapan
dan maklumat mengenai perjumpaan yang bakal dilakukan oleh Parti Komunis
Kalimantan Utara (PKKU). Maklumat yang diperolehi hasil daripada seorang
anggota pengganas komunis (PGK) yang telah menyerah diri kepada pihak polis
Serian, Sarawak.36

Sebaik sahaja Leftenan Robert Rizal Abdullah dan pasukan Battalion Ketiga
Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) menerima tugas untuk melakukan risikan (A1)
tersebut. Beliau dan pasukan mula bergerak seawal jam 03:00 pagi dan perlu tiba
ke tempat pertemuan yang bakal dilakukan oleh pengganas komunis (PGK)

34
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Julai 2021.

35
Ibid., Hlm. 115.
36
Robert Rizal Abdullah, Perjalananku : Sebuah Autobiografi Seorang Pahlawan Iban, Kota
Samarahan : Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, 2019, Hlm 115.

53
tersebut sebelum pengganas komunis (PGK) mengesan kehadiran mereka.
Leftenan Robert Rizal Abdullah dan pasukan telah bergerak ke kawasan sasaran
dengan menggunakan Land Rover. Leftenan Robert Rizal Abdullah dan pasukan
sampai ke kawasan sasaran seawal jam 06:00 pagi dan terus melakukan
pemeriksaan terhadap kawasan tersebut. Pegawai Cawangan Khas yang membantu
pasukan Battalion Ketiga Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) tersebut telah menjumpai
sebuah “Peti Surat-Mati”. Kandungan didalam “Peti Surat-Mati” tersebut adalah
satu arahan untuk anggota-anggota “Kompeni 3” Parti Komunis Kalimantan Utara
(PKKU) untuk berkumpul.37

Kawasan tempat pertemuan “Kompeni 3” Parti Komunis Kalimantan Utara


(PKKU), merupakan kawasan yang pernah diterokai oleh pengganas komunis (PGK).
Hal ini kerana, Leftenan Robert Rizal Abdullah dapat mengesan terdapat banyak
tumbuhan-tumbuhan yang telah ditebas bagi membuka jalan. Tambahan pula,
pengganas komunis (PGK) menggunakan kawasan yang berselirat bagi
mengelakkan mereka dikesan oleh Leftenan Robert Rizal Abdullah dan pasukan.
Namun, selepas lebih kurang seribu (1000) meter kehadapan, Leftenan Robert
Rizal Abdullah telah mengesan bunyi tembakan daripada Rifel automatik Baretta
5.56mm anggota pangganas komunis (PGK). Walau bagaimanapun, Leftenan
Robert Rizal Abdullah dan pasukan berjaya menyelamatkan diri dan terus menjejak
pengganas komunis (PGK) yang melarikan diri ke kawasan semak samun yang
tebal. 38

Selepas Leftenan Robert Rizal Abdullah dan pasukan menjejak anggota


pangganas komunis (PGK) tersebut. Leftenan Robert Rizal Abdullah secara rawak
telah melemparkan tiga (3) butir Grenad ke arah anggota pengganas komunis
(PGK). Hasil daripada itu, Lee Kuen yang merupakan orang keempat dalam hierarki
“Kompeni 3” Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) telah terbunuh. Oleh itu,
“Platun Kilat” yang diketuai oleh Leftenan Robert Rizal Abdullah telah berjaya
menyelesaikan Operasi Beruang 1 di Serian, Sarawak tersebut dengan menghalang

37
Laman Forum Panggilan Pertiwi, Operasi Beruang 1 : Belari mengejar Ketua No. 4 PARAKU (Lk. Kol
(B) Robert Rizal Abdullah PGB). (27 Ogos 2011). Dipetik dari
https://panggilanpertiwi.forumms.net/t15-op-beruang-1-belari-mengejar-ketua-no-4-paraku-
lk-kol-b-robert-rizal-abdullah-pgb pada 21 Mei 2021.

38
Ibid., Hlm. 2.

54
“Kompeni 3” Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) daripada melakukan ancaman
kepada negeri Sarawak. Dengan bebekalkan maklumat risikan dan galakan penuh
oleh Commanding Officer (CO) Leftenan Kolonel Philip Lee, “Platun Kilat” dibawah
pimpinan Leftenan Robert Rizal Abdullah telah menjadi kebanggaan Batalion Ketiga
Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD). Di samping itu, enam (6) bulan selepas mengetuai
“Platun Kilat” Leftenan Robert Rizal Abdullah telah dinaikkan ke pangkat Kapten
dan menyerahkan pemerintahan kepada seorang pegawai muda.39

Gambar 3.4 : Pertempuran “Operasi Beruang 1”


Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota
Kinabalu, Sabah pada 9 Julai 2021.

3.4.5 Cacatan Operasi Jelaku 6, Serian, Sarawak Tahun 1973


Sebaik sahaja Leftenan Robert Rizal Abdullah dinaikkan ke pangkat Kapten pada
bulan Julai 1973, beliau dan pasukan Batalion Ketiga Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD)
sekali lagi dikerahkan untuk melakukan operasi di Serian, Sarawak. Namun, Kapten
Robert Rizal Abdullah tidak lagi mengetuai “Platun Kilat”, beliau telah diberi
tanggungjawab yang lebih besar dan mencabar dengan mengetuai “Kompeni Rifel”
yang mengandungi tiga (3) Platun dibawahnya iaitu “Platun No. 11” dan “Platun No.

39
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel
(B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Julai 2021.

55
10” yang diketuai oleh Sarjan Zakaria. Manakala satu (1) lagi “Platun No. 12”
diketuai oleh Leftenan M. Zairil Annuar Ariffin. Menurut pihak atasan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) ketika itu, terdapat banyak laporan mengenai kelibat
pengganas komunis (PGK) yang berada di pinggir paya kawasan Nonok. Pihak
atasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga telah membuat penilaian bahawa
terdapat sebuah kem pengganas komunis (PGK) yang dijadikan pangkalan tetap
bagi “Kompeni Pertama” Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS) yang di ketuai
oleh Bong Kee Chok. Oleh itu, operasi kedua di Serian, Sarawak ini telah diberi
nama “Operasi Jelaku 6” dan juga merupakan pertempuran ketiga Kapten Robert
Rizal Abdullah.40

“Operasi Jelaku 6” di Serian, Sarawak pada tahun 1973 merupakan satu


operasi yang bertujuan untuk menghapuskan sisa-sisa kompeni North Kalimantan
Communist Party (NCKP).41 Oleh itu, Kapten Robert Madang Langi telah dilantik
sebagai Commanding Officer (CO) untuk “Kompeni Rifel”. Pada 4 Oktober 1973,
“Kompeni D”, Battalion Ketiga Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) yang diketuai oleh
Kapten Robert Madang Langi telah diterbangkan dengan pesawat Nuri dari Kem
Serian ke kawasan “Operasi Peninsular Nonok” untuk menjalankan “Operasi Jelaku
6”. Dari kawasan pendaratan di “Peninsular Nonok”, “Kompeni Rifel” telah
melakukan pergerakan dalam satu (1) kumpulan menuju ke kawasan sasaran.

Pada 5 Oktober 1973, Kapten Robert Madang Langi telah membahagikan


pasukannya untuk bergerak dalam tiga (3) kumpulan iaitu “Platun No. 11” dan
“Platun No. 10” yang diketuai oleh Sarjan Zakaria. Manakala satu (1) lagi “Platun
No. 12” diketuai oleh Leftenan M. Zairil Annuar Ariffin. Hal ini bertujuan untuk
memudahkan pasukan “Kompeni Rifel” melakukan pemeriksaan kawasan dengan
lebih meluas dan dengan lebih berkesan. Pada 6 Oktober, satu (1) kumpulan ronda
dari “Platun No. 12” telah bertempur dengan sekumpulan pengganas komunis
40
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Julai 2021.

41
Penubuhan North Kalimantan Communist Party (NKCP) ataupun Parti Komunis Kalimantan Utara
(PKKU) dikatakan pada 19 September 1971 yang dilakukan oleh Bong Kee Chok. Parti
Komunis Kalimantan Utara (PKKU) ini mempunyai dua unit tentera yang dikenali sebagai
Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) dan Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS).
Pasukan (PARAKU) bergerak di bahagain timur Sarawak, manakala (PGRS) bergerak di
bahagian barat, Sarawak. Ho Hui Ling, Orang Cina dan Gerakan Komunis di Sarawak (1927-
1974), Kuala Lumpur : Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya,
2013, Hlm. 18.

56
(PGK). Hasil pertempuran tersebut, peninjau hadapan “Platun 12” berkenaan iaitu
Renjer (930266) Mohd Salleh bin Mohd Yusof telah terkorban dan pengganas
komunis (PGK) berjaya melarikan diri. Oleh itu, Kapten Robert Rizal Abdullah telah
mengarahkan “Kompeni Rifel” untuk melakukan penjejekan anggota pengganas
komunis (PGK) dengan kadar yang segera. Hasil daripada tindakan menjejak
musuh, “Kompeni Rifel” dibawah pimpinan Kapten Robert Rizal Abdulah telah
menemui kawasan perkhemahan anggota pengganas komunis (PGK) yang boleh
memuatkan sehingga enam puluh (60) ke tujuh puluh (70) orang pengganas
komunis (PGK) yang telah ditinggalkan.42

Selain itu, pada 6 Oktober 1973 yang juga merupakan ulang tahun Kapten
Robert Rizal Abdulah yang ke dua puluh lima (25) tahun, “Kompeni Rifel” telah
menyerang tempat persembunyian anggota pengganas komunis (PGK) yang
merupakan “Kompeni Pertama” Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU). Serang itu,
menyaksikan “Kompeni Rifel” dibawah pimpinan Kapten Robert Rizal Abdullah telah
berjaya membunuh seramai tujuh (7) anggota pasukan pengganas komunis (PGK)
termasuk empat (4) orang wanita.43

Seterusnya, pada 7 Oktober 1973, Kapten Robert Rizal Abdullah telah


mengumpulkan semua anggota “Kompeni Rifel” dikawasan perkhemahan
pengganas komunis (PGK) untuk melakukan penjejakkan angota pengganas
komunis (PGK) mengikut sebatang denai (bekas jejak di hutan) dari perkhemahan
pengganas komunis (PGK) yang menghala ke arah tenggara. Oleh itu, hasil
daripada laporan anggota “Kompeni Rifel” yang membuat tinjauan terhadap kesan
yang dijumpai menunjukkan terdapat denai yang meninggalkan kesan arah tuju
anggota pengganas komunis (PGK) tersebut. Kapten Robert Rizal Abdullah
membuat keputusan untuk meneruskan penjejakan dengan kekuatan satu (1)
kompeni. Pada 8 Oktober 1973, penjejakan bermula dengan didahului oleh “Platun
No.12”, diikuti oleh “Markas Kompeni” bersama “Platun No. 11” kira-kira seribu
(1000) meter di belakang, manakala “Platun No. 10” mengekori kira-kira tiga ribu

42
Saiful Anuar, Norazman Nordin, Transkrip Temubual Bersama dengan Encik Ahmad Bin Adnan
Mengenai Penglibatan dalam Pertempuran dengan Pengganas Komunis di dalam Operasi
Jelaku Vi di Nonok, Sarawak pada Tahun 1973, Shah Alam : Universiti Teknologi Mara
(Kursus IMR 603, Sejarah Lisan), 2005, Hlm. 4

43
Zairi Channel. Pahlawan Iban 3RRD : Leftenan Kol (B) Robert Rizal Abdullah, (2021). Youtube.
Dipetik daripada https://youtu.be/83ZcVQM443w pada 9 Julai 2021.

57
(3000) meter di belakang “Markas Kompeni”, Sewaktu membuat penjejakan,
“Kompeni Rifel” dibawah pimpinan Kapten Robert Rizal Abdullah mendapati denai
yang diikuti oleh mereka merupakan laluan yang telah sering kali digunakan oleh
pengganas komunis (PGK)44.

Di samping itu, pada 9 Oktober 1973, “Komepeni Rifel” terus menjejaki


anggota pengganas komunis (PGK) dengan mengikuti jejak denai yang menghala
ke arah tenggara. Hasil daripada itu, “Kompeni Rifel” telah menemui satu tempat
rehat yang dipercayai milik anggota pengganas komunis (PGK). Pada 10 Oktober
1973, kira-kira jam 10.00 pagi, “Platun No. 12” telah bertempur dengan dua orang
pengganas komunis (PGK) serta berjaya membunuh kedua-dua anggota pengganas
komunis (PGK). Oleh itu, Kapten Robert Rizal Abdullah bersama anggotanya telah
mempercepatkan pergerakan untuk memberi bantuan perubatan kepada “Platun
No.12”. “Platun No.12” telah diarahkan untuk mengeluarkan mayat pengganas
komunis (PGK) dari tempat tersebut dengan menggunakan pesawat Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM). Dari kedudukan tersebut, Kapten Robert Rizal Abdullah
meneruskan penjejakan sehingga waktu malam. Namun, kumpulan besar
pengganas komunis (PGK) masih gagal ditemui. Pada ketika itu, Kapten Robert
Rizal Abdullah merasakan bahawa kedudukan mereka tidak begitu jauh dengan
kedudukan pengganas komunis (PGK).45

Kapten Robert Rizal Abdullah dan pasukannya meneruskan penjejakan


dengan meninggalkan enam (6) orang anggotanya untuk menjaga beg galas bagi
membolehkan kumpulannya bergerak pantas. Mereka menggunakan tiga lampu
suluh untuk membantu memudahkan pergerakan menuruti denai. Keadaan
tersebut menyebabkan Kapten Robert Rizal Abdullah dan “Kompeni Rifel” terbabas
dan kehilangan denai yang hendak diikuti. Oleh itu, Pegawai Waran II Norizan telah
menasihati Kapten Robert Rizal Abdullah agar penjejakan ditangguhkan dan
disambung semula pada keesokan paginya. Namun, Kapten Robert Rizal Abdullah
meminta kebenaran daripada Regimental Sergeant Major (RSM) untuk beliau dan
pasukannya meneruskan penjejakan dalam masa satu (1) jam dan akan kembali
kepada “Kompeni Rifel” sekiranya tidak berhasil menemui anggota pengganas

44
Saiful Anuar dan Norazman Nordin, op.cit, Hlm. 6

45
Robert Rizal Abdullah, op.cit, Hlm. 133.

58
komunis (PGK). Namun anggota peninjau hadapan “Kompeni Rifel” Lans Koperal
(928523) Peter Bat Wan Anak Wan Lejau telah mengesan bau insect repellent yang
digunakan oleh anggota pengganas komunis (PGK) dan segera memaklumkan
kepada Kapten Robert Rizal Abdullah.46

Kapten Robert Rizal Abdullah terus bergerak ke hadapan untuk membuat


tinjauan dengan lebih terperinci. Semasa membuat penjejakan anggota komunis
(PGK), cuaca dikatakan didalam keadaan hujan lebat. Dalam pemerhatian yang
teliti akan keadaan disekitar kawasan yang dilakukan oleh Lans Koperal (928523)
Peter Bat Wan Anak Wan Lejau. Beliau dan Kapten Robert Rizal Abdullah telah
melihat anggota pengganas komunis (PGK) memegang sebatang lilin dalam
kegelapan hutan tersebut. Oleh itu, Kapten Robert Rizal Abdullah mengarahkan
anggota-anggotanya berundur seratus (100) meter ke belakang bagi membolehkan
beliau dan tiga pemimpin dari “Platun No. 10”, “Platun No. 11” dan “Platun No. 12”
berbincang bagi menyusun strategi untuk melakukan serangan hendap. Hasil
daripada perbincangan itu, Kapten Robert Rizal Abdullah telah membahagikan
anggota-anggotanya kepada dua (2) kumpulan. Kumpulan pertama dengan
kekuatan seramai tujuh (7) orang anggota termasuk Kapten Robert Rizal Abdullah
akan menjadi “Kumpulan Penyerang”. Manakala kumpulan kedua dengan kekuatan
seramai lapan (8) orang yang diketuai oleh Pegawai Waran II Norizan akan menjadi
“Kumpulan Penyekat”.47

Setelah memberi taklimat mengenai strategi yang bakal dilakukan oleh


“Kompeni Rifel”, Kapten Robert Rizal Abdullah telah mengarahkan “Kumpulan
Penyekat” yang diketuai oleh Pegawai Waran II Norizan untuk mengambil
kedudukan di sebelah kanan perkhemahan pengganas komunis (PGK) pada jam
02:00 pagi. Sementara itu, Kapten Robert Rizal Abdullah bersama-sama enam (6)
orang anggota “Kumpulan Penyerang” akan melakukan persiapan untuk menyerang
pada jam 03:00 pagi. Namun, tidak lama selepas jam 3:00 pagi, Kapten Robert
Rizal Abdullah telah mengesan pengganas komunis (PGK) yang sedang

46
Saiful Anuar, Norazman Nordin, Transkrip Temubual Bersama dengan Encik Ahmad Bin Adnan
Mengenai Penglibatan dalam Pertempuran dengan Pengganas Komunis di dalam Operasi
Jelaku Vi di Nonok, Sarawak pada Tahun 1973, Shah Alam : Universiti Teknologi Mara
(Kursus IMR 603, Sejarah Lisan), 2005, Hlm. 7

47
Ibid., Hlm. 8.

59
menghidupkan unggun api kira-kira tiga puluh (30) meter dari kedudukan beliau
dan “Kumpulan Penyerang” berada. Oleh itu, Kapten Robert Rizal Abdullah
mengarahkan anggota “Kumpulan Penyerang” untuk mengambil kedudukan
masing-masing dalam keadaan berpasangan.48

Pada jarak antara lima belas (15) hingga dua puluh (20) meter pada jam
6:15 pagi, Kapten Robert Rizal Abdullah telah melemparkan sebutir (1) bom ke
arah kawasan perkhemahan anggota pengganas komunis (PGK). Namun,
malangnya bom tersebut telah jatuh ke tempat yang berair dan berlopak
menyebabkan air berkocak dan kehadiran anggota “Kompeni Rifel” telah disedari
oleh pihak pengganas komunis (PGK). Bom tersebut juga gagal berfungsi dan tidak
meletup. Oleh disebabkan itu, Kapten Robert Rizal Abdullah terpaksa melepaskan
tembakan bertubi-tubi dengan menggunakan senjata Beretta ke arah pengganas
komunis (PGK) yang berada dikawasan tersebut.49 Kapten Robert Rizal Abdullah
telah di bantu oleh anggota “Kumpulan Penyerang” dengan melepaskan beberapa
tembakan ke arah anggota pengganas komunis (PGK) dan telah menyerbu ke arah
perkhemahan pengganas komunis (PGK) tersebut. Pertempuran berlaku lebih
kurang sepuluh (10) minit. Pengganas komunis (PGK) sempat melarikan diri
merentasi paya yang terdekat. Oleh itu, tanpa menghiraukan keselamatan dirinya,
Kapten Robert Rizal Abdullah telah menjejak anggota pengganas komunis (PGK
seorang diri dan Kapten Robert Rizal Abdullah telah melihat muncung laras senjata
automatik pengganas komunis (PGK) telah dihalakan ke arah Renjer Mohd Desa.50

Namun setelah tembakan yang dilakukan antara “Kompeni Rifel” dengan


anggota pengganas komunis (PGK) berhenti. Kapten Robert Rizal Abdullah
mengarahkan “Kompeni Rifel” untuk berkumpul dengan membuat laungan "D
Kompeni berkumpul semula". Setelah tiga (3) kali beliau membuat laungan untuk
berkumpul, beliau mula membuat tinjauan secara bersendirian. Hasil daripada itu,
Kapten Robert Rizal Abdullah mendapati bahawa terdapat dua (2) orang
anggotanya berada di sebalik sebatang pokok. Dua (2) anggotanya Renjernya iaitu

48
Ibid., Hlm. 9.
49
Ibid., Hlm. 10.
50
Robert Rizal Abdullah, Perjalananku : Sebuah Autobiografi Seorang Pahlawan Iban, Kota
Samarahan : Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, 2019, Hlm. 133.

60
Renjer (28184) Md. Said bin Saad dan Renjer (930239) Rasul bin Ahmad telah
tercerdera. Kapten Robert Rizal Abdullah juga mendapati bahawa terdapat tujuh (7)
mayat anggota pengganas komunis (PGK) telah terkorban. Kapten Robert Rizal
Abdullah juga mendapati bahawa kesemua anggota pengganas komunis (PGK)
tersebut adalah berbangsa Cina. Namun, disebalik kejayaan membunuh tujuh (7)
anggota pengganas komunis (PGK) salah seorang daripada “Jurusemboyan” iaitu
Renjer Mohd Desa telah terkorban dan seorang lagi anggota “Kompeni Rifel” iaitu
Renjer (929901) Ahmad bin Adnan mengalami kecederaan yang serius di bahagian
kepala.51

Di samping itu, sebaik sahaja pertempuran diantara “Kompeni Rifel” dengan


anggota Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) ataupun anggota pengganas
komunis (PGK) berakhir. “Kompeni Rifel” dibawah pimpinan Kapten Robert Rizal
Abdullah telah berjaya menumpaskan sejumlah tujuh (7) orang anggota pengganas
komunis (PGK) termasuk empat (4) orang wanita. Walaupun pasukan “Kompeni
Rifel” telah berjaya menumpaskan anggota pengganas komunis (PGK),
pertempuran tersebut telah mengorbankan “Jurusemboyan” “Kompeni Rifel” iaitu
Renjer Mohd Desa, manakala beberapa anggota yang lain telah tercedera parah di
bahagian kepala. Oleh disebabkan itu, Kapten Robert Rizal telah mengarahkan
anggota tentera bantuan perubatan untuk segera melakukan pendaratan helikopter
bagi membantu anggota “Kompeni Rifel” yang tercedera dan membawa mayat
anggota Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) ataupun anggota pengganas
komunis (PGK) keluar dari kawasan pertempuran. Kejayaan itu memperlihatkan
ketajaman anggota pasukan Battalion Ketiga Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD).52

51
Ibid., Hlm. 133.
52
Saiful Anuar, Norazman Nordin, Transkrip Temubual Bersama dengan Encik Ahmad Bin Adnan
Mengenai Penglibatan dalam Pertempuran dengan Pengganas Komunis di dalam Operasi
Jelaku Vi di Nonok, Sarawak pada Tahun 1973, Shah Alam : Universiti Teknologi Mara
(Kursus IMR 603, Sejarah Lisan), 2005, Hlm. 11.

61
Gambar 3.5 : Gambaran semasa “Operasi Jelaku 6”.
Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota
Kinabalu, Sabah pada 30 Mei 2021.

Walau bagaimanapun, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah


menyifatkan tahun 1973 merupakan tahun paling cemerlang buat pasukan
Battalion Ketiga (3) Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD). Hal ini kerana, batalion
tersebut telah berjaya menumpaskan seramai tiga puluh (30) anggota Parti
Komunis Kalimantan Utara (PKKU) ataupun anggota pengganas komunis (PGK)
dalam tempoh satu (1) tahun.53 Manakala bagi anak Sarawak kelahiran Sri Aman
iaitu Kapten Robert Rizal Abdullah tahun 1973 juga merupakan tahun cemerlang
buat dirinya. Oleh itu, Kapten Robert Rizal Abdullah telah memperoleh anugerah
Mentioned-in-Despatch ataupun anugerah Perutusan Kepujian Perkhidmatan (KPK)
dan telah dianugerahi “Pisau Komando”.

53
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Julai 2021.

62
Gambar 3.6 : Robert Rizal Abdullah menerima “Pisau Komando”
Sumber : https://youtu.be/fstHfncT9d4

3.4.6 Catatan Operasi Gonzales 1, Tahun 1974.


Disebabkan Parti Komunis Malaya (PKM) di bawah pimpinan Chin Peng masih lagi
aktif. Kekuatan Kapten Robert Rizal Abdullah dan anggota pasukan Battalion Ketiga
(3) Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) masih lagi diperlukan. Walaupun tidak sampai
satu (1) tahun selepas kerjayaan yang membanggakan buat pasukan Battalion
Ketiga (3) Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) semasa “Operasi Jelaku 6” di Sarawak.
Pada 7 April 1974, mereka sekali lagi telah dikerahkan untuk melakukan satu
operasi yang bertujuan untuk memusnahkan Unit Serangan Ke Lima (5) anggota
pengganas komunis (PGK) yang berada di kawasan Ulu Kinta dan Sungai Siput.
Operasi tersebut dinamakan sebagai “Operasi Gonzales 1”. Operasi tersebut
melibatkan tiga (3) Briged Tentera Darat dan satu (1) Briged Polis Hutan. “Operasi
Gonzales 1” telah digerakkan ke beberapa buah negeri iaitu Kelantan, Perak, Kedah,
Perak, Pahang dan Selangor. Tambahan pula, pasukan Battalion Ketiga (3) Rejimen
Renjer DiRaja (3 RRD) dibantu oleh Rejimen Gerakhas Malaysia (RGKM).54

Sebulan sebelum “Operasi Gonzales 1” dilancarkan, orang awam, telah


diberitahu melalui media bahawa satu (1) latihan besar-besaran yang melibatkan
Tentera Darat (TDM), Tentera Udara (TUDM) dan Polis akan diadakan di Gopeng
dan Cameron Highland. Untuk tujuan ini, elemen-elemen dari “Tinjau 1”, “Rejimen

54
Robert Rizal Abdullah, op.cit, Hlm. 139.

63
2 Artileri” dan “Squadron 1” dari Rejimen Gerak Khas Malaysia (RGKM) telah
dimasukkan ke kawasan operasi pada 30 Mac 1974. Dengan ini, pengganas
komunis (PGK) menjangkakan latihan atau operasi akan hanya di fokuskan di
kawasan Cameron Highlands sahaja. Namun kawasan operasi sebenar adalah di
Sungai Siput (Ulu Kinta). Pada “D-Day” iaitu 8 April 1974, unit-unit dari tiga (3)
buah Briged Infantri Tentera Darat (TDM) dan satu Briged Polis Hutan telah mula
masuk ke kawasan tanggungjawab masing-masing untuk misi “Cari dan Musnah”
(Search and Destroy). Namun pergerakan diperlahankan oleh ancaman jerangkap
samar yang dihadapi oleh Batalion 1 Renjer. Selepas sepuluh (10) hari operasi,
beberapa pasukan ronda dari Batalion 1 dan 3 Renjer telah bertempur dengan
pengganas komunis (PGK). Pasukan komando dan pasukan anjing perang telah
dimasukkan bersama dengan helikopter untuk membantu penjejakan susulan
kepada pertempuran tersebut.55

Selain itu, pada 18 April 1974, “Platun 9” dari Batalion Tiga Rejimen Renjer
DiRaja (3 RRD) telah bertembung dengan sepasukan pengganas komunis (PGK).
“Pasukan No. 9” dari “Skuadron Z” Rejimen Gerak Khas Malaysia (RGKM) yang
diletakkan sebagai pasukan simpanan dibawah Panglima “Divisyen 2” telah
diarahkan untuk membantu. “Pasukan No. 9” berkekuatan tiga puluh (30) anggota
dan pasukan anjing pengesan telah dimasukkan bersama dua (2) buah helikopter
Nuri ke kawasan tersebut pada jam 16:00 petang. Pasukan anjing pengesan yang
dikendalikan oleh Sarjan Chandan a/k Gaing, dari Cawangan Anjing Perang, Pusat
Latihan Darat (PULADA) juga turut membantu dalam operasi tersebut. Pasukan ini
diketuai oleh Leftenan Muda Zainal Abidin bin Husein dan dibantu oleh Leftenan
Muda Anuwar bin Mohamad Daud. Manakala, Staf Sarjan Mohd Bajuri bin Mat
Rahim, Koperal Osman, Koperal Zakin Bin Nordin dan Sarjan Rahmat Suratman
masing-masing mengetuai “Seksyen 1”, “Seksyen 2” dan “Seksyen 3.

Sebaik sahaja pasukan bantuan Tentera Darat (TDM) tiba, mereka


dimaklumkan pengganas komunis (PGK) telah bertempur dengan satu (1) pasukan
ronda dari Batalion ke-5, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Batalion ke-5
tersebut telah bertempur dengan pengganas komunis (PGK) pada satu lokasi kira-

55
Maznan Noordin, Gonzales : Kenang-Kenangan Seorang Jeneral, Kuala Lumpur : Malaysia, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1988, Hlm. 45.

64
kira lima belas (15) kilometer dari kedudukan “Pasukan komando”. “Pasukan
Komando” bersama-sama “Pasukan No. 9” dan anjing pengesan telah bergabung
dengan kumpulan ronda dari Batalion ke-5, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Mereka ditugaskan untuk mengikuti jejak pengganas komunis (PGK) kira-kira
sepuluh (10) hingga (15) orang yang melarikan diri. Di kawasan operasi tersebut,
terdapat banyak jerangkap samar yang ditemui sepanjang penjejakan. Hasil
daripada itu, pasukan keselamatan menemui tempat rehat pengganas komunis
(PGK) yang telah ditinggalkan. Terdapat tanda-tanda pihak pengganas komunis
(PGK) telah bergabung dan kekuatan mereka yang dianggarkan seramai tiga puluh
(30) orang.56

Di Samping itu, dalam penjejakan seterusnya, anggota tinjau dan pasukan


anjing pengesan telah berhenti dan mengesan kehadiran pengganas komunis (PGK)
Tindakan pasukan anjing pengesan untuk berhenti telah menyelamatkan anggota
pasukan keselamatan dari masuk ke zon membunuh kawasan serang hendap yang
dilakukan oleh pengganas komunis (PGK). Bagi pengganas komunis (PGK), pasukan
anjing pengesan membahayakan mereka. Oleh itu, anjing pengesan telah menjadi
sasaran utama pengganas komunis (PGK) untuk diserang dan dibunuh. Maka
ketua-ketua seksyen dan beberapa anggota telah mengatur strategi baru dan telah
berjaya membunuh tiga (3) pengganas komunis (PGK). Pada masa yang sama
“Seksyen No. 2” dan “Seksyen No. 3” yang cuba membantu juga telah diserang
oleh pengganas komunis (PGK). Walau bagaimanapun pengganas komunis (PGK)
sempat melarikan diri. Oleh itu, mayat tiga (3) anggota pengganas komunis (PGK)
telah diterbangkan dengan Pesawat Nuri keluar dari kawasan operasi.57

Seterusnya, pada 21 April 1974, pasukan ronda dari “Kompeni A” Batalion 7


Rejimen Renjer DiRaja (7 RRD) yang beroperasi disektor Hutan Simpan Korbu,
Perak telah bertempur dengan empat (4) pengganas komunis (PGK). hasil daripada
pertempuran itu, dua (2) anggota Batalion 7 Rejimen Renjer DiRaja (7 RRD) telah
tercedera dan pengganas komunis (PGK) sempat melarikan diri. Oleh itu, “Kompeni
C” telah dikerahkan ke kawasan tersebut untuk membuat penyekatan. Pada hari
yang sama kira-kira jam 17:00 petang, semasa “Platun No. 7” membuat rondaan,

56
Ibid., Hlm. 46.
57
Ibid., Hlm. 47.

65
mereka telah menjumpai tanda anak panah yang diperbuat daripada buluh
dipacakkan diatas tanah. Hasil dari penemuan ini, “Platun No. 7” melakukan serang
hendap dengan memasang empat (4) Claymore Mines dan dua (2) Light
Machinegun (LMG). Tambahan pula, seorang anggota “Pasukan Serang Hendap”
telah melihat seramai lima (5) pengganas komunis (PGK) telah masuk ke kawasan
membunuh. Oleh itu, Claymore Mines telah diletupkan oleh Renjer Shaifudin dan
Lans Koperal Gaison. Hasil daripada itu, “Pasukan Serang Hendap” telah berjaya
membunuh dua (2) anggota pengganas komunis (PGK) dan mencederakan
beberapa orang lagi.58

Selain itu, Sarjan Harris bersama satu seksyen yang membuat sekatan telah
berjaya membunuh lagi tiga (3) anggota pengganas komunis (PGK). Bukan hanya
anggota pengganas komunis (PGK), malah Komander Pasukan Penggempur ke-5
Parti Komunis Malaya (PKM) turut terbunuh. Pertempuran terakhir yang berlaku
semasa “Operasi Gonzales 1” berlaku pada 26 April 1974, dimana beberapa
anggota dari Batalion Ke-2 Renjer yang baru pulang dari projek "winning hearts
and minds" telah terserempak dengan sekumpulan pengganas komunis (PGK) dan
mereka beriava membunuh seorang (1) anggota pengganas komunis (PGK). Oleh
itu, sepanjang melakukan “Operasi Gonzales 1” pasukan Battalion Ketiga (3)
Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) yang dibantu oleh tiga (3) Briged Tentera Darat
dan satu (1) Briged Polis Hutan telah berjaya menyelesaikan operasi tersebut
dengan jayanya. Menurut Leftenan Robert Rizal Abdullah “Operasi Gonzales 1”
merupakan antara operasi yang cemerlang di Semenanjung Malaysia. Walaupun
hanya dapat membunuh tiga belas (13) pengganas komunis (PGK), Pasukan
Batalion 7 Rejimen Renjer DiRaja (7 RRD) telah berjaya membunuh Komander
Pasukan Penggempur ke-5 Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chong Kwai Hong.
Disamping kejayaan pasukan keselamatan memusnahkan infrastruktur, rangkaian
komunikasi dan rangkaian lojistik Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah terbina di
kawasan Sungai Siput semenjak berakhirnya Darurat Pertama (Malayan Emergency
1948-1960), pasukan keselamatan juga turut berjaya merampas 6.840 kilo beras,

58
Ibid., Hlm. 48.

66
4,680 gula dan 5,080 garam dikawasan sembilan (9) buah kem pengganas komunis
(PGK).59

3.4.7 Catatan Operasi Setia, Perak Tahun 1976


Pada awal tahun 1975, Kapten Robert Rizal Abdullah telah dipindahkan ke Markas
dua Briged (2) dan telah dilantik sebagai Pegawai Staf tiga (3) Operasi oleh Mejar
Briged 2. Dua (2) bulan kemudian, Kapten Robert Rizal Abdullah sekali lagi
ditukarkan ke bahagian logistik dan memegang jawatan Kapten Staf Q. Namun
pada tahun 1976, Leftenan Robert Rizal Abdullah telah kembali ke Battalion Ketiga
(3) Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) dan telah memimpin “Kompeni C”. Oleh itu,
Battalion Ketiga (3) Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) telah terlibat dengan siri
“Operasi Setia” di Perak. Objektif utama, “Operasi Setia” di Perak pada tahun 1976
ialah untuk menyekat pengganas komunis (PGK) daripada meraih simpati daripada
penyokong mereka. Oleh itu, pada 16 Disember 1976, “Kompeni A” telah
bertembung dengan anggota pengganas komunis (PGK) di kawasan berdekatan
“Pos Tentera”. Hasil daripada pertempuran itu, Battalion Ketiga (3) Rejimen Renjer
DiRaja (3 RRD) dibawah pimpinan Kapten Robert Rizal Abdullah telah berjaya
membunuh dua (2) anggota pengganas komunis. Namun, kerjayaan itu telah
mengorbankan dua anggota dari “Kompeni A” iaitu Sarjan Mohd Basri Abdullah dan
Renjer Wahid Suratman.60

3.4.8 Catatan Operasi Pagar, Ayer Kala, Perak Tahun 1976


Pada bulan Februari tahun 1977, Kapten Robert Rizal Abdullah dan pasukan
Battalion Ketiga (3) Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) telah berperanan sebagai salah
satu tenaga dalam “Operasi Cari dan Kepung” di Ayer kala, Perak. Operasi tersebut
telah dinamakan sebagai “Operasi Pagar”. Sebelum itu, Mejar Azam telah
memberikan taklimat mengenai “Operasi Pagar” dan telah diarahkan untuk
membuat latihan mengendalikan senjata-senjata yang canggih. “Operasi Pagar” ini
turut melibatkan kerjasama daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Objektif
utama “Operasi Pagar” pada tahun 1976 ialah untuk menjejak saki baki pengganas
komunis (PGK). Oleh itu, pada 14 Februari 1977, selepas mendapat maklumat (A1)

59
Zairi Channel. Operasi Gonzales 1 : RAMD, RRD, RDK, Polis Hutan dan Anjing Perang (ATM), (2021).
Youtube. Dipetik dari https://youtu.be/azdBf3Zt6ok pada 9 Julai 2021.

60
Robert Rizal Abdullah, op.cit, Hlm. 142.

67
daripada daripada Ketua Polis Negeri Perak (CPO) iaitu Yuen Yuet Leng, anggota
pasukan yang terlibat telah melakukan perangkap dengan menggunakan Claymore
Mine. Namun, perangkap yang dipasang untuk pengganas komunis (PGK) telah
berjaya dikesan oleh pengganas komunis (PGK) dan mereka cuba untuk melarikan
diri. Oleh itu, Leftenan Muda V. Panir Chellvum telah melemparkan lima (5) biji bom
Granet M36 ke arah anggota pengganas komunis (PGK). Hasil daripada itu, tiga (3)
anggota pengganas komunis (PGK) telah terbunuh dan seorang lagi telah berjaya
dijadikan tawanan.61 Namun, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah
menyifatkan bahawa “Operasi Pagar” merupakan satu operasi yang kurang berjaya.
Hal ini kerana, terdapat banyak angota pengganas komunis (PGK) yang berjaya
melarikan diri dari kepungan pasukan keselamatan. Hal ini berpunca dari pasukan
keselamatan yang kurang berhati-hati dan terlalu bising semasa membuat operasi
tersebut.62

3.4.9 Catatan Operasi Cahaya Bena 1, Thailand Tahun 1977


Pada bulan Ogos tahun 1977, Kapten Robert Rizal Abdullah bersama Battalion
Ketiga (3) Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) telah terlibat dalam operasi bersama
Malaysia-Thailand secara besar-besaran peringkat divisyen. Operasi tersebut diberi
nama “Operasi Cahaya Bena 1”. Operasi tersebut bertujuan untuk menentang
anggota pengganas komunis (PGK) di kawasan selamat Selatan Thailand bagi
anggota pengganas komunis (PGK). Walaupun, pengganas komunis (PGK) lengkap
bersenjata dan dilatih oleh pasukan British semasa menentang Malayan People
Anti-Japanese Army (MPAJA). Namun, semangat anggota pasukan Battalion Ketiga
(3) Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) termasuk Kapten Robert Rizal Abdullah tidak
tergugat kerana berpegang pada “Motto Renjer” iaitu Agi Idup Agi Ngelaban (Kami
akan berjuang selagi hidup). Oleh itu, Leftenan Robert Rizal Abdullah dan pasukan
telah bergerak ke Selatan Thailand dengan kekuatan tiga puluh (30) buah
kenderaan. Tambahan pula, Pasukan keselamatan Malaysia telah dibantu oleh
anggota Polis Sempadan Thailand (BPP). Pada hari pertama operasi dijalankan,
terdapat banyak jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis (PGK)

61
Astro Awani, Awani Pagi : Mengenang Jasa Pahlawan Negara. (31 Julai 2021). Dipetik dari
https://www.astroawani.com/video-malaysia/awani-pagi-mengenang-jasa-pahlawan-negara-
1916011 pada 1 Ogos 2021.

62
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Julai 2021.

68
dikawasan operasi tersebut, namun tiada pertembungan diantara pasukan
keselamatan dengan anggota pengganas komunis (PGK).63

Hal tersebut berlarutan sehingga dua (2) minggu. Oleh itu, Kapten Robert
Rizal Abdullah dan pasukan Battalion Ketiga (3) Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD)
diarahkan untuk berkumpul di sebuah “Markas Taktikal Batalion”. Dalam
perjumpaan tersebut, satu strategi baharu telah dirangka oleh Pegawai Tertinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dimana hanya melibatkan unit dari Battalion
Ketiga (3) Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) untuk meneruskan operasi tersebut.
Manakala setiap empat “Kompeni Rifel” dari Battalion Ketiga (3) Rejimen Renjer
DiRaja (3 RRD) ditugaskan untuk ke sektor baru. Selain itu, Kapten Robert Rizal
Abdullah dan pasukannya dibantu oleh tiga (3) orang anggota Polis Sempadan
Thailand (BPP), seorang Agen Khas Kerajaan (SGA) dan seorang bekas anggota
pengganas komunis (PGK) untuk menjejak lokasi utama pengganas komunis. Pada
hari ketiga, “Operasi Cahaya Bena 1” dijalankan, Kapten Robert Rizal Abdullah dan
pasukan telah melihat tiga puluh (30) anggota pengganas komunis (PGK) di
kawasan kebun sayur. Namun, Kapten Robert Rizal Abdullah tidak berniat untuk
melakukan serangan kerana mereka hanya berbekalkan senjata ringan. Oleh itu,
beliau mengarahkan dua (2) anggotanya untuk kembali ke Markas untuk
mendapatkan bantuan dan beberapa senjata seperti Mesin Gan Kegunaan Am
(GPMG) 7.62 mm, Grenad dan Mortar mm.64

Kapten Robert Rizal Abdullah juga telah meminta Markas Batalion untuk
bantuan tembakan artileri. Namun, bantuan tembakan artileri dari Markas Batalion
tidak memberi sebarang maklum balas. Oleh itu, Kapten Robert Rizal Abdullah
mengarahkan Leftenan Muda Othman Baki untuk menjalankan serangan ke atas
tempat anggota pengganas komunis (PGK) dengan menggunakan senjata bantuan
Mesin Gan Kegunaan Am (GPMG) 7.62 mm, Grenad dan Mortar mm. Namun, hasil
daripada serangan tersebut, anggota Platun dibawah pimpinan Leftenan Muda
Othman Baki mendapati bahawa kebun tersebut telah kosong. Oleh itu, aktiviti
penggeledahan telah dilakukan di kawasan tersebut dan mendapati terdapat
sebuah denai yang digunakan oleh anggota pengganas komunis (PGK) untuk

63
Robert Rizal Abdullah, op.cit, Hlm. 148.

64
Ibid., Hlm. 151.

69
melarikan diri. Kapten Robert Rizal Abdullah juga telah meminta bantuan pasukan
“Pemusnah Jerangkap Samar” (BCT) dari Kor Jurutera Diraja bagi membantu beliau
dalam operasi tersebut. Hasil daripada itu, “Kompeni D” telah membunuh dua (2)
anggota pengganas komunis (PGK) sahaja. Kapten Robert Rizal Abdullah dan
pasukan juga telah diarahkan untuk kembali ke Markas dan menghentikan
penjejakan tersebut apabila gagal menjejak anggota pengganas komunis (PGK)
dalam temph yang ditetapkan.65 Oleh itu, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal
Abdullah menyifatkan “Operasi Cahaya Bena 1” merupakan satu operasi yang gagal
dilaksanakan bagi membanteras kegiatan pengganas komunis (PGK) yag berada di
sempadan Selatan Thailand.66

3.4.10 Catatan Operasi Jala Aman 3, Sibu, Sarawak Tahun 1983


Pada tahun 1982, Kapten Robert Rizal Abdullah mengambil Diploma Passed Staff
College (PSC) di Kolej Staf Angkatan Tentera Malaysia, Haigate (MAFSC) di Kuala
Lumpur untuk dinaikkan pangkat Leftenan Kolonel. Pada tahun 1983, Kapten
Robert Rizal Abdullah telah terlibat dalam operasi memusnahkan saki-baki
pengganas komunis (PGK) di Bahagian Ketiga Sarawak yang dinamakan sebagai
“Operasi Jala Aman 3”. Di dalam operasi tersebut, Kapten Robert Rizal Abdullah
telah dilantik oleh Rajang Area Security Command (RASCOM) untuk memimpin
anggota pasukan dari Lapan (8) Renjer, Sepuluh (10) Renjer dan unit dari Special
Branch Probing Unit (SBPU) dalam satu operasi yang dinamakan sebagai “Operasi
Jala Aman 3” di kawasan Bawan, Pedai dan Bob di sepanjang Sungai Rejang,
Sarawak. Oleh itu, pada 23 Julai 1983, Kapten Robert Rizal Abdullah dan pasukan
mengiringi satu (1) pasukan Cawangan Khas Polis dalam menjalankan tugas untuk
mendapatkan maklumat mengenai anggota pengganas komunis (PGK).67

Selain itu, pada 14 Ogos 1983, Kapten Robert Rizal Abdullah dan
pasukannya diarahkan untuk berundur ke pekan Kanowit dan diarahkan untuk
berjumpa dengan Pegawai Staf Senior dari Rajang Area Security Command
(RASCOM) iaitu Leftenan Kolonel James Tomlow dan Superintenden Lawrence Lim

65
Ibid., Hlm. 152.
66
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Julai 2021.

67
Robert Rizal Abdullah, op.cit, Hlm. 170.

70
di kawasan “Operasi Balai Polis Kanowit”. Oleh itu, Kapten Robert Rizal Abdullah
dan pasukannya ditugaskan untuk menyekat anggota pengganas komunis (PGK)
yang mendarat di mana-mana jeti utama di pekan Kanowit tersebut. Dalam operasi
tersebut seramai sembilan belas (19) anggota Special Branch Probing Unit (SBPU),
anggota Pengawal Sempadan, dan anggota sepuluh (10) Renjer yang terlibat
dalam operasi menyekat anggota pengganas komunis (PGK) tersebut. Hasil
daripada “Operasi Jala Aman 3”, Kapten Robert Rizal Abdullah dan pasukannya
berhasil merampas barang-barang peribadi milik anggota pengganas komunis (PGK)
dan dalam penangkapan dua (2) anggota pengganas komunis (PGK) tersebut,
Rajang Area Security Command (RASCOM) juga berjaya mendapatkan banyak
maklumat mengenai tempat persembunyian anggota pengganas komunis (PGK).68
Kejayaan didalam “Operasi Jala Aman 3” tersebut memperlihatkan Kapten Robert
Rizal Abdullah dianugerahkan sebilah Pisau Belati sebagai tanda penghargaan atas
jasa Leftenan Robert Rizal Abdullah menjayakan “Operasi Jala Aman 3”.69

3.5 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, selepas ditauliahkan Leftenan Muda, beliau telah
ditugaskan ke Kor Batalion Ketiga (3) Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) di Sarawak.
Oleh itu, sebaik sahaja beliau ditugaskan ke Kor Batalion Ketiga (3) Rejimen Renjer
DiRaja (3 RRD), beliau bersama pasukan (3 RRD) dikerahkan untuk menjalankan
operasi di Sektor Utara negeri Perak. Operasi tersebut dinamakan sebagai “Operasi
Kota Echo” ataupun “Operasi Serang Hendap”. Namun, hasil daripada operasi
tersebut, “Kompeni C” yang dalam persiapan untuk melakukan serang hendap telah
diserang terlebih dahulu oleh sekumpulan pengganas komunis (PGK) yang
berjumlah antara tiga puluh (30) hingga empat puluh (40) orang anggota
pengganas komunis (PGK) di Sungai Kuak dan seramai tujuh (7) daripada sembilan
(9) anggota pasukan “Kompeni C” telah terbunuh dan terperangkap di sebuah bukit
curam.

68
Ibid., Hlm. 172.
69
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah di Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Julai 2021.

71
Selain itu, pada tahun 1971, iaitu Setahun selepas tragedi buruk yang
menimpa “Kompeni C” pasukan 3 Rejimen Renjer Diraja (3 RRD). Leftenan Kolonel
(B) telah terlibat dalam “Operasi Radak” ataupun “Operasi Membalas Dendam”.
Hasil dari operasi tersebut Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah dan pasukan
(3 RRD) berjaya menumpaskan tujuh (7) anggota pengganas komunis (PGK).
Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah menyifatkan “Operasi Radak”
merupakan satu operasi membalas dendam yang paling berjaya. Namun, apa yang
sedikit mengecewakan Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah adalah apabila
beliau pada Operasi radak tersebut tidak dapat membantu pasukan 3 Rejimen
Renjer Diraja (3 RRD) untuk menumpaskan pengganas komunis (PGK). Oleh itu,
pada penghujung tahun 1972 beliau telah ditauliahkan ke pangkat Leftenan dan
ditugaskan untuk mengetuai Platun Khas Battalion yang diberi nama “Platun Kilat”.
pada tahun tersebut juga, beliau telah memeluk agama Islam. Pada tahun 1973,
beliau yang mengetuai “Platun Kilat” telah dikerah untuk melakukan “Operasi
Jelaku 3”. Operasi tersebut merupakan petempuran pertama beliau bersama
anggota pengganas komunis (PGK). Hasil daripada operasi tersebut “Platun Kilat”
telah menumpaskan dua (2) anggota pengganas komunis (PGK).

Seterusnya, pada tahun 1973 juga, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal
Abdullah sekali lagi terlibat dalam “Operasi Beruang 1”. Operasi tersebut
merupakan petempuran kedua beliau bersama anggota pengganas komunis (PGK).
Hasil daripada operasi tersebut, Lee Kuen yang merupakan orang keempat dalam
hierarki “Kompeni 3” Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) telah terbunuh. Oleh
itu, enam (6) bulan selepas mengetuai “Platun Kilat” Leftenan Robert Rizal Abdullah
telah dinaikkan ke pangkat Kapten dan telah mengetuai “Kompeni Rifel” yang
mengandungi tiga (3) Platun dalam “Operasi Jelaku 6”. Operasi tersebut
merupakan petempuran ketiga beliau bersama anggota pengganas komunis (PGK).
Hasil daripada operasi tersebut “Kompeni Rifel” dibawah pimpinan Kapten Robert
Rizal Abdullah telah berjaya menumpaskan sejumlah tujuh (7) orang anggota
pengganas komunis (PGK) termasuk empat (4) orang wanita. Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah menyifatkan tahun 1973 merupakan tahun paling cemerlang
buat pasukan Battalion Ketiga (3) Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) kerana batalion
tersebut telah berjaya menumpaskan seramai tiga puluh (30) anggota Parti

72
Komunis Kalimantan Utara (PKKU) ataupun anggota pengganas komunis (PGK)
dalam tempoh dua belas (12) bulan.

Di samping itu, pada tahun 1974, beliau telah terlibat dalam “Operasi
Gonzales 1”. Operasi tersebut memperlihatkan seramai tiga belas (13) pengganas
komunis (PGK) telah terbunuh, pasukan keselamatan berjaya memusnahkan
infrastruktur, rangkaian komunikasi dan rangkaian lojistik Parti Komunis Malaya
(PKM) dan berjaya merampas 6.840 kilo beras, 4,680 gula dan 5,080 garam
dikawasan sembilan (9) buah kem pengganas komunis (PGK). Manakala pada
tahun 1976, beliau telah memimpin “Kompeni C” dalam siri “Operasi Setia” di
Perak. Hasil daripada itu, (2) anggota pengganas komunis (PGK) telah berjaya
dibunuh. Pada tahun yang sama juga, beliau telah terlibat dalam “Operasi Pagar”
yang memperlihatkan tiga (3) anggota pengganas komunis (PGK) telah terbunuh
dan seorang lagi telah berjaya dijadikan tawanan. Namun pada tahun 1977, beliau
juga telah terlibat dalam “Operasi Cahaya Bena 1” dan hanya mampu membunuh
dua (2) anggota pengganas komunis (PGK) sahaja. Akhir sekali, beliau telah terlibat
dalam “Operasi Jala Aman 3”. Hasil daripada operasi tersebut pasukannya berhasil
merampas barang-barang peribadi milik anggota pengganas komunis (PGK) dan
berjaya mendapatkan banyak maklumat mengenai tempat persembunyian anggota
pengganas komunis (PGK).

Tuntasnya, dapat disimpulkan bahawa Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal


Abdullah merupakan seorang yang sangat berani. Kepahlawanan beliau dapat
dibuktikan daripada operasi-operasi yang beliau sertai. Kepahlawanan Leftenan
Robert Rizal Abdullah Robert terselah semasa “Operasi Jelaku 3”, dimana Leftenan
Robert Rizal Abdullah berjaya menumpaskan seorang musuh hasil daripada dua (2)
das tembakan yang dilepaskan tepat ke arah tubuhnya. Selain itu, kepahlawnan
terserlah semasa “Operasi Beruang 1”, apabila beliau berjaya membunuh Lee Kuen
yang merupakan orang keempat tertinggi dalam hierarki “Kompeni 3” Parti
Komunis Kalimantan Utara (PKKU). Manakala, “Operasi Jelaku 6” yang dipimpin
penuh oleh Kapten Robert Rizal Abdullah telah memperlihatkan bahawa semangat
yang bersungguh-sungguh dalam melakukan misi dan tugasnya akhirnya membawa
kejayaan kepada pasukannya. Di dalam operasi tersebut, Kapten Robert Rizal
Abdullah dan pasukannya juga telah berjaya mengesan musuh dan berjaya

73
membunuh seramai (7) tujuh anggota pengganas komunis (PGK). Oleh itu,
sepanjang dua belas (12) bulan bertugas di negeri kelahirannya iaitu Sarawak,
Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah telah berjaya membunuh seramai lima
(5) orang anggota Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) ataupun anggota
pengganas komunis (PGK) dan itu pencapaian yang terbaik sepanjang dua puluh
tiga (23) tahun berkhidmat di dalam dunia ketenteraan.

74
BAB 4

SUMBANGAN ROBERT RIZAL ABDULLAH TERHADAP


NEGARA

4.1 Pendahuluan
Pada tahun 1984, selepas dua (2) tahun mengambil Diploma Passed Staff College
(PSC) di Kolej Staf Angkatan Tentera Malaysia, Haigate (MAFSC) di Kuala Lumpur.
Kapten Robert Rizal Abdullah telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel pada
usia tiga puluh enam (36) tahun. Kenaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel
menyebabkan Leftenan Kolonel Robert Rizal Abdullah mengambil alih pemerintahan
Batalion Kesepuluh (10) Rejimen Renjer DiRaja (10 RRD). Sepanjang mengambil
alih pemerintahan Batalion Kesepuluh (10) Rejimen Renjer DiRaja (10 RRD),
Leftenan Kolonel Robert Rizal Abdullah terlibat dalam operasi menghapus saki baki
pengganas komunis (PGK). Namun, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah
menyifatkan operasi tersebut tidak memberi kejayaan yang besar kerana tidak
bertembung dengan mana-mana anggota pengganas komunis (PGK) sepanjang
beliau memerintah Batalion Kesepuluh (10) Rejimen Renjer DiRaja (10 RRD).

Pada tahun 1989 setelah insurgensi komunis berakhir, Leftenan Kolonel


Robert Rizal Abdullah telah ditugaskan memegang jawatan logistik di Markas 2
Divisyen Infantri di Pulau Pinang. Setelah dua (2) tahun memegang jawatan Staf
Logistik, Leftenan Kolonel Robert Rizal Abdullah telah menghantar surat peletakan
jawatan kepada pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) pada 12 April 1992 iaitu
pada usia beliau mencapai empat puluh empat (44) tahun. Leftenan Kolonel Robert
Rizal Abdullah telah berkhidmat didalam bidang ketenteraan selama dua puluh lima
(25) tahun. Oleh itu, kerjaya dalam pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) telah
memberikan banyak pengalaman dan kenangan yang sangat berharga buat
Leftenan Kolonel Robert Rizal Abdullah. Menyedari hakikat tersebut, pihak kerajaan
tidak lupa kepada segala jasa dan bakti yang telah diberikan oleh Leftenan Kolonel
Robert Rizal Abdullah dengan memberi beberapa penganugerahan pingkat jasa dan
bakti kepada beliau.
Jasa dan sumbangan Leftenan Kolonel Robert Rizal Abdullah bukan sahaja
dapat dilihat semasa beliau masih berkhidmat di dalam pasukan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM), malah beliau juga telah memberikan sumbangan yang sangat
besar selepas beliau bersara dalam dunia ketenteraan. Oleh itu, Di dalam bab
keempat (4) ini, pengkaji akan menerangkan secara khusus mengenai sumbangan
terbesar didalam “Operasi Mai Pulai” yang telah dilakukan oleh Leftenan Robert (B)
Rizal Abdullah setelah beliau bersara dalam dunia ketenteraan. Di dalam bab ini
juga pengkaji akan menjelaskan buku hasil penulisan Leftenan Kolonel (B) Robert
Rizal Abdullah serta merungkai pelbagai anugerah pingkat jasa dan bakti yang telah
diterima oleh Leftenan Kolonel Robert Rizal Abdullah.

4.2 Sumbangan Kepada Negeri Sarawak


Walaupun sudah bersara sebagai seorang tentera, Leftenan Kolonel (B) Robert
Rizal Abdullah tetap meneruskan perjuangannya dalam memartabatkan dan
memuliakan karier sebagai seorang temtera. Oleh itu, Sumbangan terbesar yang
pernah dilakukan oleh Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah didalam bidang
ketenteraan dan terhadap kerajaan negeri Sarawak ialah apabila Leftenan Kolenel
(B) Robert Rizal Abdullah berjaya menyempurnakan “Operasi Ngerapuh” (Operasi
memindahkan jasad mereka yang telah meninggal dunia) yang sebelum ini gagal
dilaksanakan. Namun, operasi tersebut digerakan semula selepas lawatan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Oleh itu, Veteran Rejimen Renjer DiRaja
(RRD), Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah telah mengemukakan idea
“Operasi Ngerapuh” dan menamakan semula operasi tersebut kepada “Operasi Mai
Pulai” (Operasi Membawa Pulang) untuk membawa dua puluh satu (21) rangka
anggota pasukan “Iban Trackers” dan “Sarawak Rangers” kembali ke negeri
Sarawak.

4.2.1 Pencetus Idea “Operasi Mai Pulai”


“Operasi Mai Pulai” ataupun “Operasi Membawa Pulang” merupakan idea yang
dikemukakan oleh Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah selepas salah seorang
pengguna media sosial “Facebook” iaitu Haji Karim mengetengahkan isu kubur
Lans Koperal Ungkok Ak Jugam yang berada di tepi jalan kilometer empat (4),
Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah. Operasi tersebut adalah usaha membawa pulang

76
dua puluh satu (21) rangka anggota pasukan “Iban Trackers”1 dan “Sarawak
Rangers”2 kembali ke negeri Sarawak. Operasi tersebut telah melibatkan Pegawai
Ibu Pejabat Satu Divisyen, Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri sarawak
(PVTMS), Jabatan Protokol Negeri Sarawak, Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Sarawak dan Pejabat Ketua Menteri Sarawak. Pada ketika itu, Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah sedang mengkaji mengenai anggota pasukan “Iban Trackers”
dan “Sarawak Rangers” yang terlibat semasa pemberontakkan pengganas komunis
(PGK) di Tanah Melayu pada tahun 19483 dan berakhir pada tahun 1960.4

Namun, dalam usaha-usaha Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah


untuk mengenalpasti data-data berkaitan dengan semua anggota “Iban Trackers”
dan “Sarawak Rangers” yang terlibat dan berkhidmat semasa darurat di Tanah
Melayu pada tahun 1948, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah mendapati
bahawa tiada rekod yang disimpan di Kuala Lumpur, Malaysia. Segala maklumat
hanya diperolehi oleh Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah melalui internet
dan di “Sarawak Gazettes” yang disimpan di Yayasan Kuching, Sarawak. Disitu,
Leftenan Kolonel Robert Rizal Abdullah menemui semua senarai terperinci
anggota-anggota pasukan “Iban Trackers” dan “Sarawak Rangers” yang terbunuh
semasa bertempur ataupun Kill-In-Action (KIA) dan lokasi tepat di mana semua

1
Pasukan “Iban Trackers” merupakan sebuah pasukan “Renjer Sarawak” yang pada awalnya
dikenali sebagai “Iban Headhunters”. Iban Headhunter pernah digelar sebagai “The
Wickedest Head Hunters perhaps in the whole world”. Rujuk Andrew P Vayda, The Study of
The Causes of War With Special Reference to Head-Hunting Raids in Borneo, The American
Society For Ethnohistory, 16(3), 1969, Hlm. 213.

2
“Sarawak Rangers” merupakan sebuah pasukan keselamatan yang terkenal dan pasukan yang
berbentuk ketenteraan yang pertama wujud di Asia Tenggara. Pembentukan pasukan
“Sarawak Rangers” ini mengalami beberapa fasa semenjak kedatangan James Brooke pada
pertengahan tahun 1850-an. Rujuk Dorothy Emiza Zaino, Sejarah Perkembangan Sarawak
Rangers 1862-1963, (Latihan Ilmiah, Universiti Malaysia Sabah), 2017, Hlm. 36.
3
Tanah Melayu (Malaya) telah mengalami era darurat ketika berhadapan dengan ancaman pihak
Parti Komunis Malaya (PKM). Peristiwa darurat di Tanah Melayu telah melibatkan dua fasa
ancaman (PKM), bermula dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Rujuk Mohd Kasri Saidon, Era
Darurat 1948 hingga 1960 : Strategi dan Perancangan Pihak Kerajaan Memerangi Ancaman
Parti Komunis Malaya (PKM), International Journal of Law, Goverment and Communication,
4(15), 2019, Hlm. 235-236.

4
Borneo Post Online, Akhirnya Jasad 21 Wira Iban Kembali Bersemadi Di Kampung Halaman. (25
Julai 2011). Dipetik dari https://www.theborneopost.com/2011/07/25/akhirnya-jasad-
21-wira-iban-kembali-bersemadi-di-kampung-halaman/ pada 5 Jun 2021.

77
anggota tentera itu dikebumikan di Tanah Melayu dan Singapura dari rekod yang
disimpan oleh tentera British di internet.5

Bagi Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah, kubur Lans Koperal Ungkok
Ak Jugam Lkpl Ungkok yang berada di tepi jalan kilometer empat (4), Jalan
Langgar, Alor Setar, Kedah tersebut telah menjadi pemangkin yang mendorong
Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah untuk menjadikannya sebagai salah satu
“Operasi Membawa Pulang” dan mengebumikan kembali semua dua puluh satu (21)
rangka anggota pasukan “Iban Tracker” dan “Sarawak Rangers” yang terbunuh
semasa bertempur ataupun Kill-In-Action (KIA). Sisa rangka berkenaan digali
semula dari kubur asal yang berada di Alor Setar, Kedah (Satu Rangka), Batu Gajah,
Perak (Dua Rangka), Kamunting Perak (Empat Rangka), Cheras, Kuala Lumpur
(Empat Rangka), Terendak, Melaka (Lapan Rangka) dan Kranji, Singapura (Dua
Rangka). Tambahan pula, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah menyifatkan
kubur-kubur pahlawan negara tersebut tidak dijaga dengan baik dan diabaikan.
Oleh itu, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah berhasrat untuk membawa isu
tersebut ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mendapatkan persetujuan
mereka untuk membawa kembali semua dua puluh satu (21) rangka anggota
pasukan “Iban Tracker” dan “Sarawak Rangers” ke Sarawak.6

Selain itu, perlu diketahui juga idea membawa kembali semua dua puluh
satu (21) rangka anggota pasukan “Iban Tracker” dan “Sarawak Rangers” ke
Sarawak dikeluarkan sendiri oleh Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah
semasa pelancaran dua (2) buah bukunya yang bertajuk “The Iban Trackers and
Sarawak Rangers 1948-1963” dan “My Adventure” oleh Ketua Menteri Sarawak
pada ketika itu iaitu Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 6 November 2008 di
Kuching, Sarawak. Namun, disebalik idea yang tercetus berkenaan “Operasi Mai
Pulai”, Yang Berhormat (YB) Datuk Talib Zulpilip (Timbalan Menteri Pelancongan
Sarawak) pada ketika itu, telah berperanan dalam mengatur segala perjumpaan
Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah bersama Ketua Menteri Sarawak, Pehin
Sri Abdul Taib Mahmud untuk meminta pendapat dan persetujuan berkenaan

5
Din Bakry. Last Journey To Sarawak : Iban Trackers, (2014). Youtube. Dipetik dari
https://www.youtube.com/watch?v=RSh4I_K12cQ&t=724s pada 14 Julai 2021.

6
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel
(B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 13 Julai 2021.

78
“Operasi Mai Pulai” semua dua puluh satu (21) rangka anggota pasukan “Iban
Tracker” dan “Sarawak Rangers” ke Sarawak. Pada masa yang sama, Leftenan
Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah yakin bahawa idea untuk mengembalikan dua
puluh satu (21) rangka anggota “Penjejak Iban” dan “Rangers Sarawak” ke tanah
air mereka akan mendapat sambutan yang positif oleh Ketua Menteri Sarawak dan
rakyat tempatan terutama oleh Next-of-Kins (NOK) yang telah kehilangan harapan
untuk berjumpa semula dengan orang tersayang yang mereka tidak pernah temui
sejak enam puluh (60) tahun yang lalu ketika mereka bergabung dengan “Pasukan
Komanwel” untuk memerangi pengganas komunis (PGK).7

Gambar 4.1 : Kubur Tepi Jalan, Lans Koperal Ungkok Ak Jugam


Sumber : Robert Rizal Abdullah. The Iban Trackers and Sarawak Rangers
(1948-1963). Kota Samarahan : Universiti Malaysia Sarawak.

7
Robert Rizal Abdullah, The Iban Trackers and Sarawak Rangers 1948-1963, Kota Samarahan,
Sarawak : Universiti Malaysia Sarawak, 2019, Hlm. 78

79
4.2.2 Perjumpaan bersama Ketua Menteri Sarawak.
Setelah tamat pelancaran buku yang dihasilkan oleh Leftenan Kolonel (B) Robert
Rizal Abdullah pada 6 November 2008 di pejabat Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri
Abdul Taib Mahmud di Kuching, Sarawak. Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal
Abdullah telah menyerahkan surat rasmi pemohonan untuk melancarkan “Operasi
Mai Pulai”.8 Isi kandungan surat rasmi yang ditujukan kepada Ketua Menteri
Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib adalah seperti berikut :

Yang Amat Berhormat Pehin Sri, Ibans were und still are synonymous
with bravery, prowess in the battlefields and exceptional tracking skills of
which they were acclaimed to be the world's best by Sir Gerald Templer
when he was the Director of Operations in Malaya. It is an attribute we
are very proud of and it is a tradition that we must keep alive. It is our
duty to remind our present and future generation of this. It is a legacy
that we must forever cherish and uphold - just as my colleagues and I
had done in the war with the communist terrorista in the 70s and 80s.9

I think this is an opportune time for Sarawak Government to Set up a


heroes' burial ground for her heroes in Kuching and exhume the graves
of the Iban Trackers and Sarawak Rangers, bring the remains and rebury
them in the Heroes' Grave. After a long 57 years, let their souls rest in
peace on their own homeland, where relatives and loved ones can pay
them respect. YAB, we all look up to you to do a meaningful gesture that
can be construed that you care for the Ibans and the Iban heroes. You
will always be remembered for this good deed. I am willing to volunteer
my services on this side to help out. Thank you YAB for hearing me out.
Being an ex-Ranger officer, I feel it my duty to highlight problems
plaguing Sarawak Rangers with the view to iron them out.10

8
Ibid., Hlm 79.
9
Lieutenant Colonel (Rtd) Robert Rizal Abdullah PGB, Surat Rasmi kepada Ketua Menteri Sarawak,
2008, Bring Back The Remains of Iban Trackers and Sarawak Rangers Killed During The
Malayan Emergency, Taiping, Perak Darul Ridzuan.
10
Ibid.

80
Gambar 4.2 : Perjumpaan Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah
Bersama Ketua Menteri Sarawak selepas pelancaran buku
beliau.
Sumber : Robert Rizal Abdullah. The Iban Trackers and Sarawak Rangers
(1948-1963). Kota Samarahan : Universiti Malaysia Sarawak.

4.2.3 Penempatan Semula Kubur Lans Koperal Ungkok Anak Jugam.


Pada 11 November 2008, selepas Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah
menyelesaikan majlis perlancaran buku dan perjumpaan bersama dengan Ketua
Menteri Sarawak iaitu Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Kuching Sarawak, Leftenan
Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah telah kembali ke Taiping, Perak dan menghantar
senarai nama anggota pahlawan “Iban Trackers” dan “Sarawak Rangers” serta
lokasi kubur anggota tersebut kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran
Angkatan Tentera Malaysia (JHVATB) iaitu Leftenan Kolonel Isnin Juhid. Hal ini
bertujuan untuk membolehkan pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan
Tentera Malaysia (JHVATB) tersebut mencari saudara-mara anggota pahlawan yang
terdekat dan meminta persetujuan mereka untuk membawa kembali jenazah
anggota tentera yang terkorban itu kembali ke Sarawak. Pada 12 November 2008,
Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah telah mengirim senarai nama anggota
pahlawan “Iban Trackers” dan “Sarawak Rangers” serta lokasi kubur anggota itu
kepada pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Bersenjata (JHVATB) di Ibu
Pejabat Kuala Lumpur dan pada masa yang sama memaklumkannya mengenai isu

81
kubur Lans Koperal Ungkok Ak Jugam yang berada di tepi jalan kilometer empat
(4), Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah.11

Selain itu, pada 18 November 2008, Mejar dari Jabatan Hal Ehwal Veteran
Angkatan Bersenjata (JHVATB) cawangan Kuala Lumpur telah menghubungi
Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah untuk menyatakan bahawa senarai
nama anggota pahlawan “Iban Trackers” dan “Sarawak Rangers” serta lokasi kubur
anggota tersebut telah diterima. Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Bersenjata
(JHVATB) cawangan Kuala Lumpur sangat berterima kasih atas maklumat yang
terperinci yang diberikan oleh Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. Leftenan
Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah menyatakan bahawa pihak Jabatan Hal Ehwal
Veteran Angkatan Bersenjata (JHVATB) tidak pernah menerima sebarang maklumat
mengenai kubur Lans Koperal Ungkok Ak Jugam yang berada di tepi jalan kilometer
empat (4), Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah. Oleh itu, Jabatan Hal Ehwal Veteran
Angkatan Bersenjata (JHVATB) telah membantu Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal
Abdullah dalam usaha beliau menyempurnakan “Operasi Mai Pulai” dengan
membawa kembali semua dua puluh satu (21) rangka anggota pasukan “Iban
Tracker” dan “Sarawak Rangers” ke Sarawak dan memindahkan kubur anggota
tentera tersebut ke tempat yang lebih respectable.12

Tambahan pula, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah menyatakan


bahawa, usaha seperti ini pernah dilakukan oleh Malaysian Historical Society (MHS)
cawangan Kedah dalam megemukakan perkara ini kepada Persatuan Bekas Tentera
Malaysia (PBTM) pada 17 April 2006. Namun, tiada sebarang maklum balas dari
pihak Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) tersebut. Oleh itu, sebulan selepas
Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Bersenjata (JHVATB) cawangan Kuala Lumpur
menerima senarai anggota pasukan tersebut, mereka berjaya menjejak Next-of-Kin
(NOK) Lans Koperal Ungkok anak Jugam untuk meminta persetujuannya
memindahkan kubur tersebut dan hal ini telah dimaklumkan kepada Leftenan
Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 13

11
Robert Rizal Abdullah, op.cit, Hlm. 83.

12
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 13 Julai 2021.

13
Ibid.

82
Di samping itu, pada 5 Februari 2009, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran
Angkatan Bersenjata (JHVATB) cawangan negeri Sarawak, Leftanan Kolonel Juhid
telah mendapat pengesahan dari waris anggota Lans Koperal Ungkok Ak Jugam
iaitu Irene Kilat. Oleh itu, penempatan semula kubur telah dirancang pada 28 April
2009. Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah telah berbincang bersama Jabatan
Hal Ehwal Veteran Angkatan Bersenjata (JHVATB) cawangan negeri Sarawak untuk
membawa beberapa orang dari etnik Iban dari negeri Sarawak untuk membuat
persiapan melakukan “Upacara Miring”14 semasa kubur tersebut digali. Semasa
proses mengali kubur dijalankan, terdapat beberapa individu penting dari Jabatan
Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHVATB) dari cawangan Kuala
Lumpur dan Sarawak telah melibatkan diri. Antaranya Leftenan Kolonel Juhid,
Mejar Jenaral Dato Zulkifli Mazlan dan Kolonel Stephen Mundaw. Selain itu,
terdapat juga wakil dari negeri Kedah iaitu Datuk Bandar Alor Setar dan Pengarah
Persatuan Sejarah Malaysia yang hadir untuk menyaksikan majlis tersebut.15
Namun menurut Dr. Mohd Kasri Saidon, semasa proses gali telah dilakukan, tiada
sebarang rangka yang ditemui walaupun setelah mengimbas menggunakan radius
dengan kedalaman seratus (100) meter, hasilnya tetap tidak menemui sebarang
rangka manusia. Oleh itu, setelah “Upacara Miring” dilakukan, batu nisan telah
diambil dan telah dipindahkan ke tanah perkuburan Gereja St Michael di Alor Setar
pada April 2009.16

14
Upacara Miring merupakan salah satu adat masyarakat Iban untuk mempersembahkan atau berdoa
kepada Tuhan atau Petara bagi memberkati permintaan dan mendapat perlindungan
daripada sesuatu ancaman. Upacara Miring juga diadakan untuk memberkati, melindungi,
membawa kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat Iban. Rujuk Bibiana
Motey Anak Bilon@Senang Noria Tugang, Ritual Miring dalam Masyarakat Iban di Sarawak,
(Tesis Sarjana Muda, Universiti Malaysia Sarawak), 2016, Hlm. 2.

15
Robert Rizal Abdullah, op.cit, Hlm. 85.

16
Temubual secara dalam talian bersama Penyarah Universiti Utara Malaysia iaitu Dr. Mohd Kasri
Saidon. 45 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 28 Jun 2021.

83
Gambar 4.3 : Kubur Lans Koperal Ungkok Ak Jugam dipindahkan.
Sumber : https://siakapkeli.my/2019/09/18/pewira-yang-dilupakan-kisah-iban-
trackers-berjuang-untuk-tanah-air-tapi-jasadnya-hanya-disemadikan-
di-tepi-jalan/

Seterusnya, pada 30 April 2009, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah
telah menghantar surat rasmi kepada Datuk William Mawan untuk memulakan
“Operasi Mai Pulai” semua dua puluh satu (21) rangka anggota pahlawan “Iban
Trackers” dan “Sarawak Rangers” yang berada di Tanah Melayu dan Singapura
untuk kembali ke Sarawak. Manakala, pada 24 Jun 2009, Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah telah mengadakan satu perjumpaan khas bersama Menteri
Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak. Kesan daripada itu, satu persetujuan
telah disepakati mengenai operasi tersebut dalam usaha mengembalikan rangka
anggota pasukan tersebut. Pertemuan khas bersama Menteri Pembangunan Sosial
dan Urbanisasi Sarawak juga menyebabkan telah satu jawatankuasa Ad-Hoc untuk
memperhalusi perkara-perkara berkaitan dengan operasi tersebut.17

Selain itu, pada 23 Februari 2010, Perdana Menteri Yang Amat Berhormat
(YAB) Dato Seri Mohd Najib Abdul Razak dalam lawatannya ke Sarawak berjanji
bahawa kerajaan persekutuan akan memberikan sokongan penuh dalam usaha
Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah dan kerajaan negeri Sarawak untuk

17
Borneo Post Online, Akhirnya Jasad 21 Wira Iban Kembali Bersemadi di kampung Halaman. (25
Julai 2011). Dipetik dari https://www.theborneopost.com/2011/07/25/akhirnya-jasad-21-
wira-iban-kembali-bersemadi-di-kampung-halaman/ pada 28 Jun 2021.

84
merealisasikan operasi membawa kembali kesemua dua puluh satu (21) rangka
anggota pasukan “Iban Tracker” dan “Sarawak Rangers” ke Sarawak. Hasil
lawatan Perdana Menteri tersebut juga memperlihatkan kerajaan negeri Sarawak
telah mengambil keputusan drastik dengan bertanggungjawab sepenuhnya dalam
membawa kembali kesemua dua puluh satu (21) rangka anggota pasukan “Iban
Tracker” dan “Sarawak Rangers” tersebut yang terkubur di Tanah Melayu dan
Singapura.18 Jawatan kuasa Negeri Sarawak yang diketuai oleh Setiausaha Negara
pada ketika itu, iaitu Datuk Ose Murang telah diamanahkan oleh Leftenan Leng dan
Mejar Untai untuk menghadiri perjumpaan bersama Leftenan Kolonel (B) Robert
Rizal Abdullah dan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang berpusat di Kuala Lumpur
untuk mendapatkan keterangan yang lebih mendalam mengenai usaha Leftenan
Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. Dalam perjumpaan tersebut, kerajaan negeri
Sarawak telah mengubah nama “Operasi Ngerapuh” kepada “Operasi Mai Pulai.19

4.2.4 Usaha-usaha dalam “Operasi Mai Pulai”


Terdapat tiga pembahagian tugas utama dalam “Operasi Mai Pulai” iaitu yang
pertama pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) harus terlibat dalam aspek
pentadbiran dan logistik, kedua Tentera Darat Malaysia (TDM) juga harus
menyediakan tenaga dalam membantu proses mengali kubur, ketiga mendapatkan
tenaga yang mengangkut dua puluh satu (21) rangka anggota pasukan “Iban
Tracker” dan “Sarawak Rangers” kembali ke Sarawak dan meletakannya di Kubur
Pahlawan. Selain iyu, Majlis Adat dan Tradisi (MAT) negeri Sarawak harus
mengambil alih tanggungjawab dalam aspek kerohanian dan adat tradisi untuk
mengurus semua dua puluh satu (21) rangka tersebut. Oleh itu, terdapat pasukan
khas yang terdiri daripada Majlis Kastam dan Tradisi Sarawak untuk acara
pematuhan tradisi kerohanian dan adat masyarakat Iban. Proses yang dilakukan ini
bertujuan untuk memastikan semua aspek tradisi dan adat istiadat Iban dipatuhi

18
Robert Rizal Abdullah, op.cit, Hlm. 92.

19
Operasi Mai Pulai telah melibatkan banyak individu yang berpegaruh seperti Edwin Abit yang
ditugaskan untuk mendapatkan tanah untuk menempatkan semua 21 jenazah anggota
pahlawanan, WO 1 Datuk Kanang Anak Langkau yang ditugaskan untuk mengetuai operasi
menggali kubur yang berada di Singapura. Rujuk Robert Rizal Abdullah, The Iban Trackers
and Sarawak Rangers 1948-1963, Kota Samarahan : Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak,
2019, Hlm. 93.

85
agar menyenangkan roh si mati. Setiap aspek dirancang dengan teliti dan
dipatuhi.20

900254 LKPL Ungkok Anak Jugam St Micheal’s Catholic Church


Cemetery, Jalan Sultanah, Alor Setar
Kedah.
900172 PTE Ugap Anak Utut Kamunting Christian Cemetery,
Taiping, Perak.
900601 PTE Letan Anak Kuding Kamunting Christian Cemetery,
Taiping, Perak.
600665 PTE Nyambik Anak Pasang Kamunting Christian Cemetery,
Taiping, Perak.
900815 PTE Kumpang Anak Tinggi Kamunting Christian Cemetery,
Taiping, Perak.
FF829 PTE Jaweng Anak Jugah Christian Cemetery, Batu Gajah,
Perak.
900506 PTE Unggat Anak Ujom Christian Cemetery, Batu Gajah,
Perak.
FF1253 PTE Bulan Anak Kasau Cheras Road Cemetery, Kuala
Lumpur.
FF1254 PTE Kelambau Anak Gadong Cheras Road Cemetery, Kuala
Lumpur.
FF575 PTE Untang Anak Enggan Cheras Road Cemetery, Kuala
Lumpur.
900383 PTE Rejab Anak Bagi Cheras Road Cemetery, Kuala
Lumpur.
FF825 PTE Entap Anak Tulu Terendak Military Cemetery, Melaka.
FF1083 PTE Nyatau Anak Juna Terendak Military Cemetery, Melaka.
FF792 PTE Manit Anak Cheling Terendak Military Cemetery, Melaka.
FF1507 PTE Nyaru Anak Talap Terendak Military Cemetery, Melaka.
900276 PTE Mat Anak Akit Terendak Military Cemetery, Melaka.
900148 PTE Empati Anak Dugu Terendak Military Cemetery, Melaka.
900052 KPL Adrian Anak Tadang Terendak Military Cemetery, Melaka.
Border Utot Anak Tangang Terendak Military Cemetery, Melaka.
Scout
900557 PTE Dempi Anak Berain Kranji Military Cemetery, Singapura.
900441 PTE Janggak Anak Ingkoi Kranji Military Cemetery, Singapura.

Jadual 4.1 : Senarai Nama Dua Puluh Satu (21) anggota pasukan “Iban
Trackers” dan “Sarawak Rangers”.
Sumber : Robert Rizal Abdullah. The Iban Trackers and Sarawak Rangers (1948-
1963). Kota Samarahan : Universiti Malaysia Sarawak.

20
Ibid., Hlm. 95.

86
Gambar 4.4 : “Upacara Miring” semasa “Operasi Mai Pulai”.
Sumber : Robert Rizal Abdullah. The Iban Trackers and Sarawak Rangers
(1948-1963). Kota Samarahan : Universiti Malaysia Sarawak.

Selain itu, sebelum kerja penggalian rangka anggota tersebut dijalankan,


upacara "Piring Turun 9 Keduran Tuai" dilakukan dan letakkan di setiap lokasi dua
puluh satu (21) rangka anggota pasukan “Iban Tracker” dan “Sarawak Rangers”
tersebut untuk melindungi dan memperkuat semangat orang-orang yang terlibat
dalam proses menggali dua puluh satu (21) kubur tersebut. Upacara "Piring turun 9
keduran tuai" ini juga dilakukan di pejabat Majlis Kastam dan Tradisi Sarawak untuk
memperkuat dan melindungi semangat pasukan penggalian sebelum mereka
berangkat ke Semenanjung Malaysia dan Singapura.21

Pada 23 Mei 2011, Kerajaan Sarawak telah mengadakan satu doa khas
berdasarkan adat iban yang digelar “Miring Nasih Tanah Mungkal Pendam Bujang
Berani” yang bertujuan untuk meminta izin dan berkat dari roh tanah di tempat ma
kubur pahlawan itu akan disemadikan semula. Sebelum penerbangan dua puluh
satu (21) rangka anggota pasukan “Iban Tracker” dan “Sarawak Rangers” dari
Tanah Melayu dan Singapura dibawa pulang ke Sarawak, satu taklimat terperinci
telah dilakukan di Kuching, Sarawak. Mereka didedahkan mengenai doa dan
upacara tertentu yang harus dilakukan ketika menggali kubur. Hal ini bertujuan

21
Ibid., Hlm. 96.

87
untuk memenuhi adat masyarakat Iban. Menurut adat masyarakat Iban, upacara
tersebut harus dilakukan untuk memastikan kesemua dua puluh satu (21) rangka
anggota pasukan “Iban Tracker” dan “Sarawak Rangers” tersebut tidak
ketinggalan. Setelah doa dibacakan, sebilangan kecil tanah di kubur harus diambil
dan dimasukkan ke dalam tempayan yang disediakan dan perkataan berikut mesti
diucapkan:

"This is where your spirit lie. Do not worry or be afraid because


we are bringing you back to your homeland in Sarawak"22.

Rangka dua puluh satu (21) rangka anggota pasukan “Iban Tracker” dan
“Sarawak Rangers” tersebut telah diterbangkan ke Sarawak dengan menggunakan
pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu “Hercules C130”. Di samping
itu, pada 26 Julai 2011, apabila tibanya rangka dua puluh satu (21) rangka anggota
pasukan “Iban Tracker” dan “Sarawak Rangers” tersebut rasa sedih telah
menyelubungi bandar raya Kuching, Sarawak. Acara pengebumian semula diadakan
di tanah perkuburan Gereja St Joseph yang berhampiran dengan Tugu Peringatan
Wira Perang Dunia Kedua di Kuching, Sarawak.23 Semasa proses gali kubur jalankan,
adat Iban yang di panggil “Piring Turun 5” dan “Piring Turun 7” telah dijalankan.
Menurut kepercayaan Iban upacara tersebut dijalankan adalah untuk menjadi
catuan makanan untuk si mati dalam perjalanan pulang ke Sarawak. Oleh itu,
terdapat tiga jenis upacara diletakkan di tanah perkuburan Pahlawan Pahlawan iaitu
"Piring turun 5 ungkup sebayan" diletakkan di setiap dua puluh (21) kubur. "Piring
turun 7" ditempatkan di sekitar “Heroes Grave”. Ini adalah untuk meminta izin
penggunaan tanah dari “Spirit Semerugah” dan "Piring turun 9". Kemudiannya,
beberapa anggota yang terlibat mengadakan upacara mereka sendiri yang disebut

22
Ibid., Hlm. 96.
23
Borneo Post Online, Akhirnya Jasad 21 Wira Iban Kembali Bersemadi di Kampung Halaman. (25
Julai 2011). Dipetik dari https://www.theborneopost.com/2011/07/25/akhirnya-jasad-21-
wira-iban-kembali-bersemadi-di-kampung-halaman/ pada 29 Jun 2021.

88
"Gawai Burung"24 untuk mengembalikan semangat dan kekuatan mereka yang
mungkin telah diambil atau dicairkan semasa proses penggalian.25

Gambar 4.5 : Rangka Dua Puluh Satu (21) anggota tentera yang tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Sumber : Robert Rizal Abdullah. The Iban Trackers and Sarawak Rangers
(1948-1963). Kota Samarahan : Universiti Malaysia Sarawak.

4.3 Penghasilan Buku.


Walaupun Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah sudah bersara dari kariernya,
beliau tetap meneruskan perjuangannya dalam memartabatkan dan memuliakan
kariernya dengan aktif dalam menulis kisah-kisah perjuangannya. Antara hasil
penulisannya yang berbentuk buku ialah “My Adventure : An Iban Warrior’s
Autobiography” yang diterbitkan oleh Aeon Publishing Inc pada tahun 2008. Buku
ini secara keseluruhannya menceritakan tentang kehidupan awalnya sehingga
beliau bersara sebagai seorang tentera. Buku ini juga menceritakan beberapa
operasi yang beliau sertai sepanjang berkhidmat dalam bidang ketenteraan. Selain
itu, buku “Perjalananku : Sebuah Autobiografi Seorang Pahlawan Iban”. Buku ini
adalah sebuah buku yang diterbitkan oleh Universiti Malaysia Sarawak pada tahun

24
Gawai Burung merupakan satu perayaan masyarakat Iban yang bertujuan untuk upacara
keramaian. Perayaan ini melibatkan patung yang berukirkan imej Burung Keyalang.
Masyarakat Iban akan menjadikan patung itu sebagai tempat pemujaan. Linda Anak Dagang,
Persepsi Golongan Muda erhadap Perayaan Gawai Burung Kenyalang Di Daerah LUbok Antu,
(Tesis Ijazah Sarjana Seni Gunaan, Universiti Malaysia Sarawak), 2007, Hlm. 8.

25
Robert Rizal Abdullah, op.cit, Hlm. 96.

89
2019. Isi kandungan buku ini adalah sama dengan buku “My Adventure : An Iban
Warrior’s Autobiography”. Namun, hanya ditukarkan kepada bahasa Malaysia.26

Selain itu, buku yang bertajuk “The Ibans Trackers and Sarawak Rangers
(1948-1963)” yang diterbitkan oleh Universiti Malaysia Sarawak pada tahun 2019.
buku ini menceritakan tentang sejarah pasukan separa tentera yang digelar “Ibans
Trackers” yang kemudiannya dibentuk kepada full-pledged military dan dinamakan
sebagai “Sarawak Rangers”. Buku ini juga ada menceritakan detik-detik
pertempuran anggota Veteran “Iban Trackers” iaitu Awang anak Rawing27. Beliau
juga merupakan anggota pertama yang menerima pingat keberanian British iaitu
Pingat George Cross pada tahun 1951.28 Di samping itu, Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah juga akan menerbitkan buku keempatnya yang bertajuk “My
Anthology : A Sarawak Poet, An Officer and A Gentlemen” yang akan diterbit pada
penghujung tahun 2021. Menurut Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah, buku
tersebut menceritakan tentang puisi-puisi nostalgia sepanjang berada di Sekolah
Tanjong Lobang dan semasa berkhidmat di Angkatan Tentara Malayyia (ATM).
Tambahan pula, beliau juga menyatakan bahawa terdapat beberapa cabaran
sepanjang beliau menghasilkan buku-buku tersebut. Antaranya ialah untuk
mengumpul data-data dan mengingati semula peristiwa-peristiwa lampau. Oleh itu,
objektif utama penulisan yang dilakukan olehnya adalah untuk kebaikkan generasi
sekarang dan generasi yang akan datang.29

4.4 Anugerah Penghargaan Jasa Bakti Dalam Pasukan Tentera


Kejayaan dalam pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) telah memberikan banyak
pengalaman dan kenangan yang sangat berharga. Namun, sumbangan yang
diberikan oleh Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah bukan sahaja semasa

26
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Ogos 2021.

27
Awang anak Rawing merupakan anggota Iban Tracker yang telah serang hendap oleh lima puluh
(50) pengganas komunis (PGK) pada 27 mei 1951. Dalam pertempuran tersebut beliau telah
menyelamatkan seorang anggota tentera british iaitu PTE Hughes. Beliau telah melemparkan
sebuah Grenade kepada pengganas komunis dan berjaya menyelamatkan diri bersama Pte
Hughes. Robert Rizal Abdullah, op.cit, Hlm. 15.

28
1/MR/AG/142, Surat Colonial Officer GPO Sungei Patani kepada Office of The Federal Secretary,
Kuching, bertarikh 4 Disember 1963.

29
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel
(B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Ogos 2021.

90
dalam perkhidmatan, malah selepas beliau bersara, beliau tetap memberikan
sumbangan yang terbesar kepada negara. Menyedari hakikat tersebut kerajaan
tidak lupa akan segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh Leftenan Kolonel
(B) Robert Rizal Abdullah dengan penganugerahan pingat jasa dan bakti kepada
beliau. Semua anugerah pingat jasa dan bakti yang telah diperolehi adalah seperti
berikut :

4.4.1 Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A), 1969


Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A) merupakan pingat pertama yang diperolehi
Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A)
merupakan pangkat ketiga antara empat pangkat dalam darjah Bintang dan Pingat
bagi perkhidmatan cemerlang dan kelakukan terpuji. Pingat ini juga merupakan
darjah kesembilan (9) antara sepuluh (10) darjah Anugerah DiRaja Malaysia
(ADRM).30

4.4.2 Pingat Panglima Gagah Berani (P.G.B), 1974


Pingat Darjah Panglima Gagah Berani (P.G.B.) ini merupakan pingat kedua yang
diperoleh Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. Pingat Darjah Panglima
Gagah Berani (P.G.B.) merupakan pangkat yang kedua antara lima pangkat dalam
darjah-darjah perkasa Gagah Perkasa. Darjah-Darjah Gagah Perkasa merupakan
darjah kelapan (8) antara sepuluh (10) darjah Anugerah DiRaja Malaysia (ADRM).
(P.G.B) ini dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukan kegagahan dan
keberanian yang luar biasa ketika berhadapan dengan musuh.(P.G.B) dikurniakan
kepada Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah setelah beliau menunjukan
keberanian dan kegagahan sejati semasa “Operasi Jelaku 6” di Sarawak pada tahun
1973, dimana beliau dan pasukannya telah menumbangkan sembilan (9) anggota
penganas komunis.31

4.4.3 Pingat Perkhidmatan Bakti (Sarawak) (P.P.B), 1984


Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (P.P.B) merupakan pingat ketiga yang diperoleh
Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. Pingat tersebut dikurniakan kepada

30
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel
(B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 13 Julai 2021.

31
Ibid.

91
mereka yang berkhidmat cemerlang dan gigih di dalam bidang pekerjaan mereka di
negeri Sarawak.32

4.4.4 Pingat Kesatria Angkatan Tentera (K.A.T), 1988


Kesatria Angkatan Tentera (KAT) merupakan pingat kempat yang diperoleh
Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. Kesatria Angkatan Tentera (KAT)
merupakan pingat keempat yang dianugerahkan kepada Leftenan Kolonel atau
setaraf bagi perkhidmatan cemerlang.33

4.4.5 Pingkat Jasa Malaysia (P.J.M), 2012


Pingat Jasa Malaysia (PJM) merupakan pingat kelima yang diperoleh Leftenan
Kolonel (B) Robert Rizal Adbullah.34 Pingat ini hanya dikurniakan kepada anggota
tentera atau bekas anggota tentera yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti
berikut pertama, telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan
selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari
6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi (ATM) bagi tempoh dari 1 Januari
1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM).
Kedua, telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3
bulan dan ke atas atau telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6
bulan di mana-mana pasukan atau formasi (ATM) bagi tempoh 1 Januari 1969
hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara
(PKKU). Ketiga, telah terkorban, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan
oleh tugas menentang Pengganas Komunis Malaya (PKM) bagi tempoh 1 Januari
1969 hingga 2 Disember 1989 atau Pengganas Komunis Kalimantan Utara (PKKU)
bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990. Oleh itu, Pingat Jasa Malaysia
(PJM)adalah sebuah Campaign Medal yang telah dizahirkan melalui statusnya
bertarikh 3 Mac 2004 dan telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong. Pingat Jasa Malaysia dimartabatkan sebagai pingat terkanan dan

32
Ibid.
33
Ibid.
34
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 13 Julai 2021.

92
kekanan susunan berbanding dengan anugerah-anugerah yang sama kelas
dengannya.35

4.4.6 Pingat Bintang Kenyalang (P.B.K), 2013


Pingat Bintang Kenyalang (PBK) merupakan pingat keenam yang diperoleh
diperoleh Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Adbullah. Pingat Bintang Kenyalang
(PBK) merupakan satu anugerah kepada mereka yang tinggi taraf kedudukannya
dalam perkhidmatan kepada Negeri Sarawak yang mana meskipun tidak setinggi
taraf yang diperlukan untuk pangkat kedua, tetapi boleh dianggap sebagai istimewa,
seperti satu tugas khas dan dilakukan dengan jayanya atau tanggungjawab berat
dan telah dilakukan dengan cemerlang selama beberapa tahun. Untuk Kumpulan
Pengurusan dan Profesional dalam Kategori III dan ke atas termasuk Penolong
Pesuruhjaya Polis, Kolonel (Tentera Darat), Group Captain (Pasukan Udara) dan
Captain (Laut).36

4.4.7 Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S), 2018


Pegawai Bintang Sarawak (PBS) merupakan pingat ketujuh yang diperoleh
Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Adbullah. Pingat tersebut dikhaskan sebagai satu
anugerah kepada mereka yang tinggi taraf kedudukannya dalam perkhidmatan
kepada Negeri Sarawak meskipun tidak setinggi taraf yang diperlukan untuk
pangkat kedua, tetapi boleh dianggap sebagai istimewa, seperti satu tugas khas
yang sukar dan dilakukan dengan jayanya atau tanggungjawab berat dan telah
dilakukan dengan cemerlang selama beberapa tahun. lanya sesuai untuk
dianugerahkan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam
Kategori III dan keatas, termasuk Penolong Pesuruhjaya Polis, Kolonel (Tentera
Darat), Group Captain (Pasukan Udara) dan Captain (Laut).37

35
Portal Rasmi Markas Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM)
Kepada Veteran ATM. (16 Februari 2019). Dipetik dari
https://www.mafhq.mil.my/index.php/my/2016-03-29-11-08-38/2018-01-19-09-2
33/2019/799-majlis-penganugerahan-pingat-jasa-malaysia-pjm-kepada-veteran-atm%20.
pada 29 Jun 2021.

36
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel
(B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 13 Julai 2021.
37
Ibid.

93
4.4.8 Anugerah Pisau Komando Tahun 1973 dan 1983
Selain menerima pingat jasa dan bakti, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah
juga pernah dihadiahkan “Pisau Komando” atas kejayaan dalam melakukan
beberapa operasi menentang pengganas komunis (PGK). ”Pisau Komando” akan
diterima oleh individu tersebut jika individu tersebut berjaya membunuh sekurang-
kurangnya seorang musuh. “Pisau Komando” yang pertama diperoleh pada tahun
1973 semasa Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah dan pasukan Batalion
Ketiga (3) Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) dikerahkan didalam “Operasi Jelaku 3”
dan berjaya membunuh beberapa anggota pasukan pengganas komunis (PGK).
Manakala, “Pisau Komando” kedua diperoleh semasa Leftenan Kolonel (B) Robert
Rizal Abdullah menjayakan “Operasi Jala Aman 1” pada tahun 1983, dimana
didalam operasi tersebut beliau dan pasukannya telah menangkap beberapa
anggota pengganas komunis (PGK) dan hasil daripada penangkapan tersebut
banyak maklumat yang diperoleh bagi membanteras kegiatan anggota pengganas
komunis (PGK).38

4.4.9 Ijazah Kehormatan Sarjana Pengajian Strategi (UPNM), 2014


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mempunyai polisi untuk
memberikan anugerah Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Doktor Falsafah sebagai
penghargaan kepada Jeneral anggota veteran perkhidmatan awam yang telah
memperoleh anugerah seperti Pingat Darjah Panglima Gagah Berani (P.G.B.) dan
anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) penerima pada setiap majlis. Oleh itu,
Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah telah menerima Ijazah Kehormatan
Sarjana Pengajian Strategi dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
pada tahun 2014.

38
Temubual secara dalam talian bersama dengan Veteran Tentera Darat Malaysia Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah pada 13 Julai 2021.

94
4.4 Kesimpulan
Kesimpulannya,“Operasi Mai Pulai” merupakan satu operasi yang berjaya
dilaksanakan oleh Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah dan pihak kerajaan
negeri Sarawak. Operasi terebut juga dapat membuka mata semua pihak agar lebih
menghargai perjuangan dan pergorbanan anggota tentera yang telah berjuang
demi mempertahankan tanah air. Operasi tersebut juga menunjukkan bahawa
Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah sangat prihatin terhadap kesemua dua
puluh satu (21) kubur anggota pasukan “Iban Tracker” dan “Sarawak Rangers”
yang terbunuh semasa bertempur ataupun Kill-In-Action (KIA) yang tidak dijaga
dengan baik serta diabaikan oleh semua pihak. Oleh itu, Leftenan Kolonel (B) Robet
Rizal Abdullah telah menjadikan misi membawa pulang kesemua rangka tersebut
sebagai salah satu operasinya. Oleh itu, wajarlah Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal
Abdullah menerima pelbagai pingat jasa dan bakti hasl daripada perjuangan beliau
sewaktu beliau masih berkhidmat dan selepas beliau bersara dalam dunia
ketenteraan.

95
BAB 5

KESIMPULAN

5.1 Kesimpulan
Secara keseluruhannya kajian ini mendapati bahawa Leftenan Kolonel (B) Robert
Rizal Abdullah merupakan seorang Pahlawan Iban dan seorang Veteran Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam
mempertahankan kedaulatan negara Malaysia. Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal
Abdullah mula melibatkan diri dalam dunia ketenteraan seawal usia 20an apabila
beliau bersama tiga puluh (30) pelajar dari Sekolah Menengah Tanjung Lobang
yang telah terpilih untuk menghadiri ceramah tentang prospek kerjaya sebagai
seorang anggota tentera yang dikendalikan oleh seorang pegawai tentera yang
bernama Kapten Tony Loone. Hasil daripada ceramah tersebut, Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah antara sepuluh (10) pelajar dari Sekolah Menengah Tanjung
Lobang yang memilih untuk mengisi borang tersebut. Beliau menerima surat
daripada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) untuk menghadiri ujian pemilihan
Pegawai Kadet tiga (3) bulan selepas mengisi borang sewaktu menghadiri ceramah
tentang prospek kerjaya sebagai seorang anggota tentera.

Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah menghadiri ujian pemilihan


Pegawai Kadet pada 4 April 1957. Beliau antara enam puluh (60) calon dari negeri
Sabah dan negeri Sarawak yang telah dipilih untuk menghadiri ujian pemilihan
Pegawai Kadet tersebut. Daripada enam puluh (60) calon, hanya separuh daripada
enam puluh (60) calon telah layak ke peringkat yang seterusnya termasuk Leftenan
Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. Hasil daripada ujian pemilihan Pegawai Kadet
tersebut hanya lima belas (15) calon sahaja yang terpilih untuk menghadiri
Lembaga Akhir di Kuala Lumpur termasuk Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal
Abdullah. Oleh itu, pada 11 Mei 1967, beliau antara sebelas (11) calon yang terpilih
untuk menjadi Pegawai Kadet Perkhidmatan Tetap yang akan terus berkhidmat
dengan Pasukan Tentera Darat (TDM) dan beliau telah melapor diri di Maktab
Tentera DiRaja (MTD) atas arahan daripada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).
Oleh itu, walaupun Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah terlibat
dengan pelbagai operasi menentang pengganas komunis (PGK). Namun, tidak
semua operasi yang dijalankan berjaya dilaksanakan dengan sempurna oleh
Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah dan pasukan Battalion Ketiga (3)
Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD). Antara operasi yang gagal dilaksanakan dengan
sempurna ialah “Operasi Sungai Kuak Kroh di Perak” pada 20 April 1970. Hal ini
kerana, serangan awal yang dilakukan sekumpulan pengganas komunis (PGK) yang
berjumlah antara tiga puluh (30) hingga empat puluh (40) orang anggota
pengganas komunis (PGK) di Sungai Kuak menyebabkan seramai tujuh (7)
daripada sembilan (9) anggota pasukan “Kompeni C” telah terbunuh dan
terperangkap di sebuah bukit curam. Selain itu,“Operasi Cahaya Bena 1” juga
menemui jalan buntu apabila operasi tersebut terpaksa dihentikan akibat pasukan
Leftenan Robert Rizal Abdullah gagal untuk menjejak anggota pengganas komunis
(PGK) dalam tempoh yang ditetapkan oleh Markas. Di Samping itu, “Operasi Pagar”
juga antara operasi yang gagal dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini kerana,
terdapat banyak angota pengganas komunis (PGK) yang berjaya melarikan diri dari
kepungan pasukan keselamatan. Hal ini berpunca dari pasukan keselamatan yang
kurang berhati-hati dan terlalu bising semasa membuat operasi tersebut.

Walaupun Leftenan Robert Rizal Abdullah dan pasukan Battalion Ketiga (3)
Rejimen Renjer DiRaja (3 RRD) pernah gagal dalam melaksanakan beberapa
operasi. Namun, terdapat banyak operasi yang berjaya diselesaikan oleh beliau dan
pasukannya. Antara operasi yang gagal ialah “Operasi Radak” ataupun “Operasi
Membalas Dendam”. Operasi tersebut dilakukan kerana mahu menuntut bela
kematian kesemua tujuh (7) anggota “Kompeni C” pasukan 3 Rejimen Renjer Diraja
(3 RRD). Hasil daripada operasi tersebut pasukan Leftenan Robert Rizal Abdullah
dan pasukannya telah berjaya menumpaskan tujuh (7) anggota pengganas
komunis (PGK) sepanjang operasi tersebut. Selain itu, kejayaan diterusnya dapat
dilihat semasa “Operasi Jelaku 3”. Operasi tersebut juga merupakan pertempuran
pertama Leftenan Robert Rizal Abdullah menentang anggota pengganas komunis
(PGK). Operasi tersebut memperlihatkan Commanding Officer (CO) Kapten Edward
Tay telah melantik Leftenan Robert Rizal sebagai pemimpin pasukan elit iaitu
“Platun Kilat”. Operasi tersebut memperlihatkan Leftenan Robert Rizal Abdullah dan
pasukan “Platun Kilat” telah berhadapan dengan pertempuran yang sengit. Hasil

97
daripada itu, beliau dan psukannya telah berjaya menumpaskan dua (2) anggota
pengganas komunis (PGK).

Kejayaan turut dilihat melalui “Operasi Beruang 1” di Serian, Sarawak.


Operasi tersebut memperlihatkan Leftenan Robert Rizal Abdullah berjaya
membunuh Lee Kuen yang merupakan orang keempat dalam hierarki “Kompeni 3”
Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU). Selain itu, “Operasi Jelaku 6” juga
memperoleh kejayaan. Leftenan Robert Rizal Abdullah dinaikkan ke pangkat Kapten
dan beliau mengetuai “Kompeni Rifel” yang mengandungi tiga (3) Platun
dibawahnya. Hasil daripada operasi tersebut,“Kompeni Rifel” dibawah pimpinan
Kapten Robert Rizal Abdullah telah berjaya menumpaskan sejumlah tujuh (7) orang
anggota pengganas komunis (PGK) termasuk empat (4) orang wanita. Manakala
“Operasi Gonzales 1” merupakan operasi yang paling berjaya dimana seramai tiga
belas (13) pengganas komunis (PGK) dan Komander Pasukan Penggempur ke-5
Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chong Kwai Hong telah berjaya dibunuh. Operasi
73 tersebut juga berjaya memusnahkan infrastruktur, rangkaian komunikasi dan
rangkaian lojistik Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah terbina di kawasan Sungai
Siput semenjak berakhirnya Darurat Pertama (Malayan Emergency 1948-1960) dan
pasukan berjaya merampas 6.840 kilo beras, 4,680 gula dan 5,080 garam
dikawasan sembilan (9) buah kem pengganas komunis (PGK). Akhir sekali, “Operasi
Jala Aman 3” memperoleh kerjayaan apabila hasil penangkapan dua (2) anggota
pengganas komunis (PGK) tersebut, Rajang Area Security Command (RASCOM)
juga berjaya mendapatkan banyak maklumat mengenai tempat persembunyian
anggota pengganas komunis (PGK).

Selain itu, setelah mengambil Diploma Passed Staff College (PSC) di Kolej
Staf Angkatan Tentera Malaysia, Haigate (MAFSC) di Kuala Lumpur. Beliau telah
dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel dan mengambil alih pemerintahan Batalion
Kesepuluh (10) Rejimen Renjer DiRaja (10 RRD). Enam (6) tahun kemudian selepas
dua (2) tahun memegang jawatan Staf Logistik, beliau telah menghantar surat
peletakan jawatan kepada pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) pada 12 April
1992 iaitu pada usia beliau mencapai empat puluh empat (44) tahun dan beliau
telah berkhidmat didalam bidang ketenteraan selama dua puluh lima (25) tahun.
Namun, walaupun telah bersara dalam dunia ketenteraan beliau tetap meneruskan

98
perjuangannya dalam memartabatkan dan memuliakan karier sebagai seorang
temtera. Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah telah memberikan sumbangan
dan menjayakan operasi terakhirnya iaitu “Operasi Mai Pulai”. Operasi tersebut
merupakan idea yang dikemukakan oleh Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah
selepas salah seorang pengguna media sosial “Facebook” iaitu Haji Karim
mengetengahkan isu kubur Lans Koperal Ungkok Ak Jugam yang berada di tepi
jalan kilometer empat (4), Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah. Operasi tersebut
adalah usaha membawa pulang dua puluh satu (21) rangka anggota pasukan “Iban
Trackers” dan “Sarawak Rangers” kembali ke negeri Sarawak. Operasi tersebut
telah melibatkan Pegawai Ibu Pejabat Satu Divisyen, Persatuan Veteran Tentera
Malaysia Negeri sarawak (PVTMS), Jabatan Protokol Negeri Sarawak, Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Sarawak dan Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Oleh itu, disebabkan pengorbanan yang besar terhadap negara Malaysia


Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah telah menerima pelbagai anugerah
penghargaan jasa dan bakti. Antaranya ialah Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A) pada
tahun 1969, Pingat Darjah Panglima Gagah Berani (P.G.B.) pada tahun 1974,
Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (P.P.B) pada tahun 1984, Kesatria Angkatan
Tentera (KAT) pada tahun 1988, Pingat Jasa Malaysia (PJM) pada tahun 2012,
Pingat Bintang Kenyalang (PBK) pada tahun 2013, Pegawai Bintang Sarawak (PBS)
pada tahun 2018 dan anugerah “Pisau Komando” pada tahun 1973 dan 1983.

5.2 Saranan
Akhirnya, keamanan dan keharmonian yang dinikmati kini haruslah disyukuri dan
dihargai oleh semua rakyat di negara Malaysia, kerana berkat perjuangan dan
pengorbanan semua pejuang-pejuang tanah air yang terkorban dahulu. Oleh yang
demikian, menghargai dan menghormati jasa pahlawan tanah air merupakan hal
yang wajib dilakukan oleh setiap individu dinegara ini, bagi memupuk semangat
cinta akan negara. Antara perkara yang dapat menerapkan semangat cinta akan
negara ialah dengan memupuk perpaduan diantara kaum dan bangsa. Hal ini
kerana, negara Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa seperti
bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli dan pelbagai lagi bangsa
yang lain di Malaysia. Oleh itu, anggota masyarakat pada hari ini haruslah bersikap
inteligenia dan terbuka dalam meraikan perbezaan bangsa.

99
Selain itu, antara perkara yang dapat menerapkan semangat cinta akan
negara ialah dengan menjadi teladan kepada generasi muda. Hal ini penting untuk
mengekalkan kemakmuran dan keamanan negara Malaysia. Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Abdullah telah berusaha untuk menjadi teladan kepada generasi muda
dengan menghasilkan beberapa buah buku patriotik yang menceritakan usaha-
usaha dalam mempertahankan kedaulatan negara Malaysia. Beliau yang
merupakan anak jati negeri Sarawak yang telah menyumbang jasa dan bakti
kepada negara Malaysia wajar diteladani oleh generasi muda di masa hadapan.
Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah juga menyarankan prinsip “melakukan
segala arahan dengan bersungguh-sungguh” perlu diterapkan. Tambahan pula,
beliau menyatakan bahawa “Apabila matlamat kita jelas, maka kita akan berusaha
bersungguh-sungguh. Oleh itu, masyarakat negara Malaysia perlu
memanifestasikan fikiran untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia.

100
BIBLIOGRAFI

Dokumen Rasmi yang Tidak Diterbitkan

Lieutenant Colonel (Rtd) Robert Rizal Abdullah PGB. (2008) Surat Rasmi kepada
Ketua Menteri Sarawak. Bring Back The Remains of Iban Trackers and
Sarawak Rangers Killed During The Malayan Emergency, Taiping, Perak
Darul Ridzuan.

Sumber Arkib

1/MR/AG/142. Surat Colonial Officer GPO Sungei Patani kepada Office of The
Federal Secretary, Kuching, bertarikh 4 Disember 1963.

Tesis/Latihan Ilmiah

Mohamad Idris Saleh. (2013). Abdul Aziz Ishak : Biografi Politik 1955 hingga 1962.
Tesis Doktor Falsafah. Universiti Utara Malaysia.

Ho Hui Ling. (1998). Politik Orang Cina di Sarawak 1941-1963. Tesis Sarjana.
Universiti Malaya.

Wan Hasni Wan Ahmad. (2011). Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik
Mat : Ulama, Ahli Politik dan Pentadbir 1967-2004. Tesis Sarjana. Universiti
Sains Malaysia.

M Adli. (2017). Sejarah Tun Seri Lanang dalam Kerajaan Aceh dan Peranannya
menguatkuasa Adat Aceh. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.

Tirmizi Hj Md Isa. 2011. Sumbangan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dalam
aktiviti keagamaan : Kajian dalam Batalion Ke-12 RAMD. Tesis Sarjana.
Universiti Malaya.

Saiful Anuar dan Norazman Nordin. (2005). Transkrip Temubual Bersama dengan
Encik Ahmad Bin Adnan Mengenai Penglibatan dalam Pertempuran dengan
Pengganas Komunis di dalam Operasi Jelaku Vi di Nonok, Sarawak pada
Tahun 1973. Shah Alam : Universiti Teknologi Mara (Kursus IMR 603,
Sejarah Lisan).

Linda Anak Dagang. (2007). Persepsi Golongan Muda erhadap Perayaan Gawai
Burung Kenyalang Di Daerah Lubok Antu. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia
Sarawak.

Ho Hui Ling. (2013). Orang Cina dan Gerakan Komunis di Sarawak (1927-1974),
Kuala Lumpur : Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

101
Buku

Bibiana Motey Anak Bilon@Senang Noria Tugang. (2016). Ritual Miring dalam
Masyarakat Iban di Sarawak. Kota Samarahan : Universiti Malaysia Sarawak.

Buyong Adil. (1974). Sejarah Sarawak. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka dan
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Chang Pat Foh. (1999). Legends and History of Sarawak. Kuching. Sarawak : Lee
Ming Press.

Chang Pat Foh. (1997). Heroes of the Land of Hornbill. Kuching. Sarawak : Lee
Ming Press Company.

Darell N.C Tren dan John Then. (1994). Town Of Sarawak 1994. Kuching, Sarawak :
Ministry of Environment & Tourism.

Maznan Noordin. (1988). Gonzales : Kenang-Kenangan Seorang Jeneral. Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maznan Noordin. (2010). Kanang : The Story of A Hero, A True Story. Kuala
Lumpur, Malaysia : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Ooi, Keat Gin. (2007). Traumas and Heroism: The European Community in Sarawak
During The Pacific War and Japanese Occupation 1941-1945. Kota Kinabalu :
Opus Publication.

Robert Rizal Abdullah. (2019). The Iban Trackers and Sarawak Rangers (1948-
1963), Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.

Robert Rizal Abdullah. (2019). Perjalananku Sebuah Autobiografi seorang


Pahlawan Iban. Kota Samarahan, Sarawak : Universiti Malaysia Sarawak.

Steven Runciman. (2007). The White Rajahs : A History Of Sarawak From 1841 to
1941. Kuala Lumpur : Synergy Media.

Artikel

Abu Hanifah Haris dan Mohammad Redzuan Othman. (2013). Zulkifli Muhammad
dan Perjuangan Politik Berteraskan Islam 1955-1964. Jurnal Usuluddin.
38(1), 83-116.

Abdul Rahman Mad Ali@Abang, Bilcher bala dan Ramli Dollah. (2020). Polis Dalam
Dua Zaman : Sebelum dan Selepas Pembentukan Malaysia : Penglibatan
Sarjan (B) Jeffri Mohd Asri. Journal of Borneo Social Transformation Studies.
6(1), 1-17.

Andrew P Vayda. (1969). The Study of The Causes of War With Special Reference
to Head-Hunting Raids in Borneo, The American Society For Ethnohistory,
16(3), 211-224.

102
Ermy Azziaty Rozali dan Mohammad Redzuan Othman. (2010). Jalan Keselamatan
Bagi Orang-Orang Melayu : Pemikiran Za’ba Bagi Memajukan Pendidikan
dan Ekonomi pada tahun 1920-an. Sejarah : Journal of The Department of
History. 18(18), 20-41.

Mohd Kasri Saidon. (2019). Era Darurat 1948 hingga 1960 : Strategi dan
Perancangan Pihak Kerajaan Memerangi Ancaman Parti Komunis Malaya
(PKM). International Journal of Law, Goverment and Communication. 4(15),
235-236.

Teck Yee Ling, Chen Lin Soo, Tze Pei Han, Lee Nyanti, Siong Fong Sim dan Jongkar
Grinang. (2017). Assessment of Water Quality of Batang Rajang at Pelagus
Area, Sarawak, Malaysia. Jurnal Sains Malaysiana . 46(3), 401-411.

Video

Din Bakry. (2014). Last Journey To Sarawak : Iban Trackers, 2014. Youtube.
Dipetik dari https://www.youtube.com/watch?v=RSh4I_K12cQ&t=724s
pada 14 Julai 2021.

Zairi Channel. (2021). Pahlawan Iban 3RRD : Leftenan Kol (B) Robert Rizal
Abdullah. Youtube. Dipetik dari https://youtu.be/83ZcVQM443w pada 9 Julai
2021.

Zairi Channel. (2021). Anugerah Pisau Komando : Pembangkit Semangat Robert


Rizal. Youtube. Dipetik dari https://youtu.be/fstHfncT9d4 pada 9 Julai 2021.

Zairi Channel. (2021). Operasi Gonzales 1 : RAMD, RRD, RDK, Polis Hutan dan
Anjing Perang (ATM). Youtube. Dipetik dari https://youtu.be/azdBf3Zt6ok
pada 9 Julai 2021.

Internet

Airtimes Online. (31 Ogos 2020). Tumpahnya darah demi negara : 7 Anggota
Renjer gugur ketika menentang kebangkitan pengganas komunis. Dipetik
dari https://www.airtimes.my/tag/3renjer/ pada 5 Mei 2021.

Astro Awani. (3 Januari 2013). Wira Negara : Kanang Anak Langkau meninggal
dunia. Dipetik dari https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wira-
negara-kanang-anak-langkau-meninggal-dunia-3210 pada 25 Januari 2021.

Astro Awani. (31 Julai 2021). Awani Pagi : Mengenang Jasa Pahlawan Negara.
Dipetik dari https://www.astroawani.com/video-malaysia/awani-pagi-
mengenang-jasa-pahlawan-negara- 1916011 pada 1 Ogos 2021.

Borneo Post Online. (25 Julai 2011). Akhirnya Jasad 21 Wira Iban Kembali
Bersemadi Di Kampung Halaman. Dipetik dari
https://www.theborneopost.com/2011/07/25/akhirnya-jasad-21-wira-iban-
kembali-bersemadi-di-kampung-halaman/ pada 5 Jun 2021.

103
Forum Panggilan Pertiwi. (26 Ogos 2015). Robert Rizal Abdullah, Operasi Jelaku 3:
Pertempuran Pertama Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB. Dipetik dari
https://panggilanpertiwi.forumms.net/t14-op-jelaku-3-pertempuranpertama-
saya-lk-kol-b-robert-rizal-abdullah-pgb pada 23 Januari 2021.

Laman rasmi Anugerah Akademik Negara. (2018). Tokoh Akademik Negara yang
ke-10: Tan Sri Dato’ Dr Khoo Kay Kim. Dipetik dari
http://jpt.mohe.gov.my/aan/senarai-penerima/aan-ke-10/tokoh-akademik-
negara pada 25 Januari 2021.

Laman Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia. (2021).
Leftenan Muda Kassim Abdul Kadir. Dipetik dari
http://www.mod.gov.my/direktori3/index.php/mindef/category/jhev pada 14
Mei 2021.

Laman Forum Panggilan Pertiwi. (27 Ogos 2011). Operasi Beruang 1 : Belari
mengejar Ketua No. 4 PARAKU (Lk. Kol (B) Robert Rizal Abdullah PGB).
Dipetik dari https://panggilanpertiwi.forumms.net/t15-op-beruang-1-belari-
mengejar-ketua-no-4-paraku-lk-kol-b-robert-rizal-abdullah-pgb pada 21 Mei
2021.

My New Hub. (25 Mac 2018). Robert Rizal : Bunuh Lima Musuh Dalam Tiga
Pertempuran. 25 Mac. Dipetik dari https://www.mynewshub.tv/tag/robert-
rizal/ pada 23 Januari 2021.

Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia. (2019). Keberanian dan Pengorbanan. Dipetik
dari http://army.mod.gov.my/index.php/ms/15-mengenai-kami/43-
keberanian-dan-pengorbanan pada 13 Mei 2021.

Persatuan Veteran Cina Angkatan Tentera Malaysia. (2017). Major Patrick Wong
Sing Nang (Rtd). Dipetik dari
https://www.macva.org.my/wsnang.html pada 15 Mei 2021.

Portal Rasmi Markas Angkatan Tentera Malaysia. (16 Februari 2019). Majlis
Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Kepada Veteran ATM. Dipetik
dari https://www.mafhq.mil.my/index.php/my/2016-03-29-11-08-38/2018-
01-19-09 2333/2019/799-majlis-penganugerahan-pingat-jasa-malaysia-pjm-
kepada-veteran-atm%20. pada 29 Jun 2021.

Siakap Keli. (18 September 2019). Wira Yang Dilupakan : Kisah “Iban Trackers”
Berjuang Untuk Tanah Air Tapi Jasadnya Hanya Disemadikan Di Tepi Jalan.
Dipetik dari https://siakapkeli.my/2019/09/18/pewira-yang-dilupakan-kisah-
iban-trackers berjuang-untuk-tanah-air-tapi-jasadnya-hanya-disemadikan-di-
tepi-jalan/ pada 28 Jun 2021.

The Patriots. (18 Disember 2019). Jejak Pahlawan Sarawak : Leftenan Kolonel (B)
Robert Rizal Bin Abdullah (PGB). Dipetik dari
https://www.thepatriots.asia/jejak-pahlawan-sarawak-leftenan-kolonel
robert-rizal-bin-abdullah-pgb/ pada 23 januari 2021.

104
The Patriots. (12 Julai 2019). Chin Peng Si Pengkhianat Negara. Dipetik dari
https://www.thepatriots.asia/chin-peng-si-pengkhianat-negara/ pada 10 Mei
2021.

The Star Online. (16 September 2016). Injured Army Captain Refused Tp Leave His
Men Behind. Dipetik dari
https://www.thestar.com.my/news/nation/2016/09/16/injured-army-
captain-refused-to-leave-his-men-behind pada 27 April 2021.

Temubual

Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kucing, Sarawak, Malaysia.
Temu bual. 29 Julai 2021.

Mejar Jeffery anak Langkau. 53 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Temu Bual.
10 Julai 2021.

Megat Farril. 45 Tahun. Kuching, Sarawak, Malaysia. Temu Bual. 10 Julai 2021.

Pegawai Waran II Robert Teoh anak Eddie Jemat. 52 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia. Temu Bual. 10 Julai 2021.

Puteri Azlin Bin Rizal Abdullah. 47 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Temu
Bual. 5 Mei 2021.

YM Raja Noriah. 68 Tahun. Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Temu Bual. 19 April
2021.

105
LAMPIRAN A

Gambar A.1 : Gambar Keluarga Tahun 1991


Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun.
Kuching, Sarawak. 19 April 2021.

106
LAMPIRAN B

Gambar B.1 : Anugerah Pisau Komando Semasa Operasi Jelaku 3


Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching,
Sarawak. 9 April 2021.

107
LAMPIRAN C

Gambar C.1 : Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A), 1969


Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching,
Sarawak. 10 Ogos 2021.

Gambar C.2 : Panglima Gagah Berani (P.G.B), 1974


Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching,
Sarawak. 10 Ogos 2021.

108
Gambar C.3 : Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B), 1984
Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching
Sarawak. 10 Ogos 2021.

Gambar C.4 : Kesatria Angkatan Tentera (KAT), 1988


Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching,
Sarawak. 10 Ogos 2021.

109
Gambar C.5 : Pingkat Jasa Malaysia (PJM), 2012
Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching,
Sarawak. 10 Ogos 2021

Gambar C.6 : Pingat Bintang Kenyalang (PBK), 2013


Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching,
Sarawak. 10 Ogos 2021.

110
Gambar C.7 : Pegawai Bintang Sarawak (PBS), 2018
Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching,
Sarawak. 10 Ogos 2021.

Gambar C.8 : Ijazah Kehormatan Sarjana Pengajian Strategi, 2014


Sumber : Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah. 73 Tahun. Kuching,
Sarawak. 10 Ogos 2021.

111

You might also like