You are on page 1of 14

HSR3023-PENYELIDIKAN & PENULISAN SEJARAH

PROPOSAL PENYELIDIKAN

KUMPULAN KULIAH : (A)

NAMA PENSYARAH :

PROFESOR MADYA DR. AHMAD ZAINUDDIN BIN HUSIN

NAMA NURUL UMIE LIEANA BINTI JAMALI


NO. MATRIK D20181083901
SEMESTER 6
TAJUK KAJIAN SEJARAH KEMASUKAN & PENGLIBATAN
MASYARAKAT BUGIS DALAM
PERLADANGAN DI SABAH TAHUN 1882-
2000.
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 1-2
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN 2-3
4.0 OBJEKTIF KAJIAN 3
5.0 HIPOTESIS KAJIAN 3
6.0 KEPENTINGAN KAJIAN 4
7.0 SKOP KAJIAN 5
8.0 DEFINISI OPERASIONAL 5-6
9.0 TINJAUAN KAJIAN LEPAS 6-8
10.0 METODOLOGI KAJIAN 8
11.0 PEMBAHAGIAN BAB 8-9
12.0 RUMUSAN 9-10
13.0 BIBLIOGRAFI 11-12
1.0 PENDAHULUAN

Kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji adalah berkaitan dengan masyarakat bugis di

Sabah dan penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi terutamanya aktiviti perladangan

pada tahun 1882 sehingga tahun 2000. Kajian ini dijalankan bertujuan mengetengahkan

maklumat serta pengetahuan yang lebih jelas tentang sejarah penghijarahan masyarakat

tersebut ke Sabah bermula sejak pentadbiran SBUB di sabah. Kajian ini penting dilakukan

bagi memastikan pembaca atau masyarakat dapat mengetahui mengenai sejarah berkaitan

dengan masyarakat bugis ini tambahan lagi mereka kini dianggap sebati dengan etnik yang

lain di Sabah serta menjadi penduduk tetap di beberapa kawasan. Hasil daripada kajian ini,

pengkaji berharap dapat memberikan atau menyalurkan maklumat yang berguna mengenai

tajuk ini tambahan lagi ia masih berkaitan dengan sejarah Sabah serta berkait rapat dengan

pembangunan ekonomi di Sabah. Bukan itu sahaja, kajian ini dapat dijadikan rujukan oleh

pihak yang berkaitan terutamanya pelajar sejarah yang turut membuat kajian.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Sabah merupakan salah satu negeri di Malaysia yang juga disebut sebagai borneo yg

mana merangkumi Sabah dan Sarawak. Sabah digelar sebagai Negeri di Bawah Bayu dan

merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia yang dikelilingi oleh Laut China Selatan di

bahagian barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian Timur. 1

Negeri ini juga terdiri daripada beberapa daerah yang luas bermula daripada kawasan luar

bandar sehingga kawasan bandar. Sebagai negeri yang menuju kearah pembangunan dan

kemajuan, Sabah menjalankan pelbagai bentuk kegiatan ekonomi tidak kiralah aktiviti di

1
Kerajaan Negeri Sabah,”Fakta Mengenai Sabah”, Diakses pada 15 April 2021, https://www.sabah.gov.my/cms/?
q=ms/content/pengenalan

1
lautan atau daratan. Sebagai contoh, aktiviti perikanan di kawasan laut dan sungai, manakala

di daratan pula aktiviti seperti pertanian dan juga perladangan seperti perladangan getah dan

kelapa sawit.

Pada era penjajahan British, aktiviti pertanian dan perladangan sudah mula dijalankan

semasa SBUB berkuasa di Sabah iaitu pada tahun 1882 apabila pihak British membuka

kawasan perladangan kelapa, kelapa sawit dan juga getah. 2 Aktiviti ekonomi yang giat

dijalankan ini tentunya memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk mengusahakan kawasan-

kawasan tersebut. Pentadbiran SBUB di Sabah menggalakkan kemasukan warga asing dari

luar seperti etnik bugis untuk terlibat terutamanya dalam aktiviti perladangan di Sabah.

Masyarakat bugis mula berhijrah ke Borneo pada abad ke-17 lagi dengan tujuan untuk

mencari sumber pendapatan dan mencari kawasan penempatan yang baru serta didorong oleh

pelbagai faktor. Masyarakat tersebut pada awalnya menetap di Daerah Tawau terlebih dahulu

sebelum sebahagian daripada mereka mula berhijrah ke daerah-daerah yang lain. Semasa

pentadbiran SBUB,

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Berdasarkan tajuk kajian yang dipilih, pengkaji memilih tajuk yang berkaitan dengan

sejarah dan penglibatan masyarakat bugis di Sabah yang berfokus kepada tahun 1882

sehingga tahun 2000. Pada awal penghijarahan, masyarakat tersebut mula melibatkan diri

dalam aktiviti ekonomi dan majoriti daripada mereka bekerja dalam aktiviti perladangan

terutamanya kelapa sawit. Sehingga kini, masyarakat bugis masih kekal menetap di Sabah

malah semakin berkembang di semua daerah. Meskipun begitu, perkembangan masyarakat

bugis atau disebut sebagai buruh asing ini membimbangkan kerana penghijarahan mereka

2
Siti Noor Soffera Zainuddin & Maureen De Silva.” Sejarah Sosial Komuniti Eropah di Borneo Utara (1881-1941),”
Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History) 4, no.1(2019):88. Diakses pada 15 April 2021.
file:///C:/Users/user/Downloads/1964-Article%20Text-6546-2-10-20191105.pdf

2
yang begitu ramai sehingga menimbulkan isu kewarganegaraan dan kesan pertambahan

warga asing di Sabah. Dalam kajian ini, pengkaji ingin menerangkan mengenai sejarah awal

bagaimana masyarakat bugis mula berhijrah dan mempengaruhi perkembangan aktiviti

perladangan di Sabah.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN :

1. Menerangkan sejarah penghijarahan Masyarakat Bugis ke Sabah.

2. Menganalisis penglibatan masyarakat Bugis dalam perladangan di Sabah

3. Bagaimana penglibatan masyarakat Bugis mempengaruhi perkembangan perladangan di

Sabah dari tahun 1882 sehingga tahun 2000.

5.0 HIPOTESIS KAJIAN

Dalam bahagian ini, pengkaji akan memperoleh pelbagai pengetahuan dan maklumat

mengenai tajuk kajian yang dipilih iaitu, mengenai sejarah Sabah semasa pentadbiran SBUB

pada tahun yang berikut dan maklumat yang lebih mendalam tentang masyarakat atau etnik

bugis yang wujud di Sabah bermula daripada penghijrahan, pertapakan awal di daerah

tertentu sehinggalah kaitan mereka dengan aktiviti ekonomi di Sabah iaitu aktiviti

perladangan yang menjadi antara aktiviti utama pada masa kini. Pengkaji juga dapat

memahami sejarah kawasan perladangan yang terlibat suatu ketika dahulu. Seterusnya, hasil

daripada kajian ini juga pengkaji dapat menghasilkan satu penulisan ilmiah yang berguna dan

lengkap dengan pelbagai fakta yang perlu diketengahkan kepada pembaca. Pengetahuan dan

maklumat yang diperoleh bagi menghasilkan penulisan ilmiah ini adalah melalui pembacaan

terhadap kajian-kajian lepas dan tinjauan yang dibuat.

3
6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan membolehkan pengkaji mendedahkan bagaiamana bermulanya

sejarah penghijrahan masyarakat bugis ke Sabah pada era penjajahan British, misalnya

semasa bermulanya pentadbiran SBUB di sabah. Pendedahan ini penting bagi membolehkan

pembaca mengetahui sejarah mengenai masyarakat bugis yang sebelum ini tidak

diketengahkan dengan jelas. Selain itu, melalui kajian ini juga dapat dilihat bagaimana

majoriti masyarakat bugis mula melibatkan diri dalam aktiviti perladangan sehingga

membawa kepada perkembangan dan pembukaan ladang-ladang baru di semua daerah di

Sabah.

Melalui kajian ini juga, pengkaji akan menjelaskan penglibatan masyarakat bugis dalam

perladangan yang mana memberi banyak sumbangan dalam bidang ekonomi Sabah dan

sedikit sebanyak membantu dalam aspek pembangunan serta kemajuan di Sabah suatu ketika

dahulu sehinggalah ke hari ini. Ini kerana, masyarakat bugis hanya dianggap sebagai warga

asing yang berhijrah ke Sabah secara sah atau tidak sah hanya untuk mencari sumber

pendapatan, namun ramai lagi yang tidak mengetahui bagaiamana buruh dalam perladangan

yang kebanyakannya datang daripada mereka banyak memberikan sumbangan dari segi

tenaga kerja dan juga perkembangan ekonomi. Pentingnya kajian berkaitan masyarakat ini

juga adalah kerana, masyarakat bugis semakin berkembang dan berhijrah secara meluas ke

seluruh Sabah malah ada yang menjadi penduduk tetap di beberapa kawasan sehingga

mereka mula dianggap sebati dengan etnik Sabah yang lain. Oleh itu, kajian ini mampu

memberikan pengetahuan yang lebih jelas dan mendalam kepada pembaca serta pihak yang

berkaitan untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang.

4
7.0 SKOP KAJIAN

Pada bahagian skop kajian ini, ia menerangkan tentang ruang dan masa yang digunakan

untuk menjalankan kajian ini. Skop kajian ini memfokuskan kepada negeri Sabah sahaja

yang meliputi jangka waktu bermula tahun 1882 sehingga tahun 2000. Negeri Sabah dipilih

sebagai tempat kajian kerana ia terkenal dengan pelbagai aktiviti ekonomi yang dijalankan

sejak era penjajahan British lagi. Tambahan lagi, Sabah merupakan tumpuan warga asing

untuk berhijrah dan melibatkandiri dalam aktiviti ekonomi. Misalnya, pada tahun 1882

masyarakat bugis dikatakan mula berhijrah ke Sabah disebabkan oleh beberapa faktor

termasuklah pengaruh daripada pentadbiran SBUB di sabah ketika itu. Kemudian pengkaji

memilih jangka waktu pada tahun 2000 bagi melihat sejauhmana perkembangan ekonomi di

Sabah itu berlaku disebabkan penglibatan masyarakat bugis dalam perladangan dan

bagaimana ia mampu mempengaruhi kemajuan pembangunan di Sabah ketika itu.

8.0 DEFINISI OPERASIONAL

Istilah penghijrahan bermaksud perpindahan manusia dari satu tempat ke tempat yang

lain atau juga disebut sebagai migrasi. Seperti yang disebut dalam kajian ini, ia berkaitan

dengan perpindahan atau migrasi sesebuah masyarakat itu ke kawasan yang baru sama ada

didorong oleh faktor dalaman mahupun faktor luaran. Bukan itu sahaja, juga ada disentuh

mengenai aktiviti perladangan di Sabah. Aktiviti ini merupakan aktiviti ekonomi yang

dilakukan di kawasan yang tertentu dan memerlukan kawasan yang sangat luas dan juga

besar. Ia merangkumi penanaman seperti kelapa, getah dan juga penanaman kelapa sawit.

Kegiatan ini juga melibatkan tenaga manusia yang banyak dan akan mengalami

5
perkembangan seiring dengan hasil yang diperolehi. Istilah dan konsep yang dijelaskan pada

bahagian ini digunakan dalam konteks kajian.

9.0 TINJAUAN KAJIAN LEPAS

Sebelum menentukan tajuk kajian secara tetap, pengkaji telah melakukan tinjauan kajian

lepas melalui pembacaan terhadap beberapa penulisan ilmiah serta kajian-kajian lepas yang

telah dihasilkan. Misalnya kajian yang dibuat oleh Syed Abdul Razak Sayed Mahadi, Hanafi

Hussin, Suraya Sintang & Hadayat Rahmah Binti Hasan, yang bertajuk Pengaruh Jaringan

Sosial ke Atas Migrasi Pekerja Bugis - Indonesia ke Sabah. Dalam kajian ini, ia hanya

menjelaskan tentang fenomena penghijrahan pekerja Indonesia ke Sabah terutamanya yang

berbangsa Bugis yang mendominasi beberapa daerah di Bahagian Tawau dan Sandakan serta

memberi fokus kepada peranan jaringan sosial dalam membantu proses migrasi yang

merangkumi tiga fasa iaitu fasa pra, semasa dan selepas migrasi sahaja. Ia juga menerangkan

serba sedikit mengenai definisi migrasi dan sejarah orang bugis berhijrah ke Sabah namun

tidak dijelaskan secara terperinci. Selain menyentuh tentang pekerja bugis, penulis juga

menerangkan tentang peranan jaringan sosial terhadap aktiviti migrasi ketika itu. Bagi

penulisan ini, penerangan yang dibuat lebih kepada aspek sosial sahaja.

Seterusnya, kajian yang bertajuk Perburuhan dan masyarakat bugis di sabah: Analisis

kajian terdahulu, yang ditulis oleh Abdul Hadi Mohamad Yatim, Mahadirin Hj. Ahmad &

Md. Saffie Abd.Rahim. Kajian ini pula menerangkan tentang hasil analisis terhadap

masyarakat Bugis di Sabah dalam aspek ekonomi berkaitan dengan penglibatan mereka

dalam proses perburuhan. Dimana pendekatan yang digunakan dalam kajian tersebut adalah

dengan menilai kajian-kajian terdahulu yang merangkumi dua tema utama, iaitu kajian

6
khusus Bugis dalam bidang ekonomi dan kajian umum yang melibatkan aspek budaya dan

adat resam serta hal-hal lain. Penulis menyatakan beberapa objektif dalam kajian ini iaitu

untuk menjelaskan perkembangan buruh Bugis dalam sektor perladangan di Sabah. Namun ia

tidak menyentuh sejarah penghijrahan masyarakat bugis secara menyeluruh. Kajian ini juga

tidak menjelaskan bagaimana perkembangan ekonomi di Sabah boleh dipengaruhi oleh

penglibatan masyarakat bugis dalam perladangan.

Seterusnya, kajian yang dihasilkan oleh Ramli Dollah & Kamarulnizam Abdullah

bertajuk Kepesatan Pembangunan Ekonomi dan Dasar Tenaga Kerja. Ia hanya melihat

kepesatan pembangunan ekonomi negeri Sabah serta usaha-usaha yang diambil oleh pihak

Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta pihak swasta di negeri ini untuk mengatasi masalah

kekurangan tenaga kerja pada awal kemerdekaan sehinggalah tahun 1980-an. Ia juga

memfokuskan terhadap tenaga buruh yang berasal bukan sahaja daripada Indonesia malah

juga dari Filipina. Pengkaji banyak menyelitkan kepesatan ekonomi yang berlaku di Sabah

tetapi tidak mengaitkannya dengan masyarakat bugis.

Bagi penulisan yang dihasilkan oleh Ramli Dollah & Kamarulnizam Abdullah

serta Abdul Hadi Mohamad Yatim, Mahadirin Hj. Ahmad & Md. Saffie Abd.Rahim seperti

yang dinyatakan di atas, penulisan mereka lebih menumpukan terhadap aspek ekonomi.

Melalui pembacaan yang dibuat, pengkaji mendapati penulisan yang dibuat banyak

menerangkan tentang hubungkait antara golongan bugis dengan aktiviti ekonomi di Sabah

melalui pekerjaan perburuan. Tinjauan terhadap penulisan-penulisan di atas mempunyai

pengisian yang berbeza dengan tajuk yang dipilih oleh pengkaji serta tidak berlakunya

pertembungan dari segi hasil atau dapatan kajian. Pengkaji lebih mengetengahkan sejarah

mengenai perpindahan golongan bugis dan menganalisis penglibatan mereka, manakala

7
penulisan yang lepas pula memberi penerangan secara terus berkaitan dengan golongan bugis

sebagai pekerja buruh dari segi sosial dan ekonomi.

Tinjauan terhadap kajian lepas yang dibuat oleh pengkaji memperoleh bahan atau sumber

yang agak terhad disebabkan kesukaran untuk mendapatkan bahan mengenai tajuk kajian

yang dipilih. Oleh itu, bahan kebanyakannya diperoleh melalui internet sahaja dengan

mendapatkan bahan jurnal atau artikel berautoriti yang dihasilkan oleh pengkaji terdahulu.

10.0 METODOLOGI KAJIAN

Pada bahagian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan menggunakan

sumber primer seperti dokumen, akhbar dan juga laporan tahunan. Pengkaji memperoleh

bahan-bahan tersebut melalui laman sesawang, Arkib Negeri Sabah dan Perpustakaan Daerah

Kota Marudu. Melalui bahan-bahan yang diperoleh, pengkaji akan memperoleh maklumat

yang lebih jelas mengenai sejarah kemasukan dan penglibatan masyarakat bugis dalam

aktviti perladangan di Sabah pada tahun 1882 hingga tahun 2000. Kaedah kualitatif ini juga

digunakan untuk mendapatkan sumber primer dan sekunder. Data yang diperoleh dan

dianalisis adalah bertujuan untuk menjawab persoalan yang berkaitan dengan tajuk yang

dipilih oleh pengkaji.

11.0 PEMBAHAGIAN BAB

Kajian ini dapat dibahagikan kepada 5 bab keseluruhan. Bab 1 ialah mengenai

penerangan ringkas tentang kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji, tujuan kajian tersebut

dijalankan, metodologi kajian, kepentingan kajian dan jangkaan hasil kajian yang akan

dihuraikan secara ringkas. Seterusnya pada bahagian bab 2 pula akan membincangkan

mengenai objektif pertama yang dibuat oleh pengkaji. Pada objektif pertama kajian ini,

pengkaji akan menerangkan tentang sejarah penghijrahan masyarakat bugis ke Sabah dengan

8
lebih mendalam, disertakan dengan fakta dan bukti kukuh yang diperoleh daripada sumber

primer atau sumber sekunder.

Selain itu, pada bahagian bab 3 pula, pengkaji akan memberi penerangan mengenai hasil

analisis yang dibuat tentang penglibatan masyarakat bugis dalam perladangan di Sabah,

bermula dengan faktor yang membuatkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi

perladangan sehinggalah sumbangan yang mereka berikan kepada ekonomi di Sabah.

Kemudian, bahagian bab 4 akan dijelaskan mengenai perkembangan perladangan di Sabah

yang dipengaruhi oleh masyarakat bugis. Bahagian ini akan menghuraikan dengan jelas

tentang objektif ketiga dalam kajian tersebut yang dibuat oleh pengkaji dan memastikan

huraian yang dibuat disertakan dengan bukti atau data-data yang kukuh dan benar. Akhir

sekali, pada bab 5 merupakan bahagian kesimpulan yang akan menyimpulkan keseluruhan

kajian yang dibuat.

12.0 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, kajian yang dijalankan ini mampu memberikan pengetahuan dan

maklumat yang lebih jelas serta berguna kepada pembaca pada masa akan datang. Tajuk

kajian ini tidak begitu banyak diketengahkan oleh penulis yang lain dan ia sememangnya

sukar untuk memberikan kefahaman yang lebih mengenai sejarah masyarakat bugis di Sabah

yang bermula pada era penjajahan sehinggalah mereka mampu menjadi penduduk tetap

sebagai sebuah masyarakat yang semakin berkembang di Sabah. Berdasarkan tinjauan

literatur yang dibuat, ia membantu pengkaji untuk memahami tema dan skop kajian yang

ingin dibuat serta memberikan pelbagai gambaran tentang kajian yang akan dilakukan

kemudian. Pembacaan terhadap penulisan lepas juga dapat memastikan pengkaji tidak

memilih tajuk yang serupa dan bertindih dengan tajuk kajian-kajian lepas, kerana kajian baru

9
yang ingin dilaksanakan ini haruslah memberi pengertian, penjelasan dan mengetengahkan

isu atau dapatan kajian yang baru. Meskipun tinjauan kajian lepas agak sukar untuk

dilengkapkan oleh pengkaji kerana sumber yang terhad dan agak kurang, namun pengkaji

akan memastikan hasil penyelidikan yang dihasilkan nanti masih berkualiti dengan fakta dan

data-data yang sahih serta boleh dijadikan bahan bacaan, disamping memberi sumbangan

kepada bidang sejarah. Secara keseluruhannya, kajian ini mampu memberikan manfaat

kepada pembaca dan boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang.

10
13.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Hadi Mohamad Yatim, Mahadirin Hj. Ahmad & Md. Saffie Abd.Rahim,” Perburuhan
Dan Masyarakat Bugis Di Sabah: Analisis Kajian Terdahulu,”Jurnal Of Social Sciences
& Humanities 17, no.6(2020):193-202. Diakses pada 20 April 2021,
https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/41253

Kerajaan Negeri Sabah,”Fakta Mengenai Sabah”, Diakses pada 15 April 2021,


https://www.sabah.gov.my/cms/?q=ms/content/pengenalan

Mohamad Azizie Nordin & Saiful Akram Che Cob,” Symbolism of The Sabah Bugis Motive:
Sign and Meaning: Weapon and Textile,” Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. 8
No.2(2020):1-12. Diakses pada 20 April 2021, ISSN 2289-4640

Rahilah Omar, Khazin Mohd. Tamrin, Nordin Hussin Dan Nelmawarni, “Sejarah Kedatangan
Masyarakat Bugis Ke Tanah Melayu: Kajian Kes Di Johor,” JEBAT 36(2009):41-61,
Diakses pada 11 Jun 2021, https://core.ac.uk/download/pdf/11489639.pdf

Ramli Dollah & Kamarulnizam Abdullah,” Rapid Economic Development and Labour Policies

in Sabah, 1960’s – 1980’s,” MANU 25,(2017): 49-74. Diakses pada 19 April 2021,
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/761/486

Siti Noor Soffera Zainuddin & Maureen De Silva.” Sejarah Sosial Komuniti Eropah di Borneo
Utara (1881-1941),” Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History) 4,
no.1(2019):. Diakses pada 15 April 2021. file:///C:/Users/user/Downloads/1964-Article
%20Text-6546-2-10-20191105.pdf

Syed Abdul Razak Syed Mahadi, Hanafi Hussin, Suraya Sintang & Hadayat Rahman Bintin
Hasan, “Pengaruh Jaringan Sosial ke Atas Migrasi Pekerja Bugis-Indonesia ke
Sabah,”(2018):1-21, Diakses pada 11 Jun 2021, http://journalarticle.ukm.my/12449/

11
Wan Shawaluddin Wan Hassan, Ramli Dollah & Dewi Herviani,”Tenaga Kerja Indonesia (TKI)
Bugis dalam Sektor Perladangan Kelapa Sawit di Sabah,” MANU 22, (2015): 61-79,
Diakses pada 20 April 2021,
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/download/10/5/14

Yusry Sulaiman & Bilcher Bala,” Development of the West Coast North Borneo Indigenous
Peoples in Selected Historical Records,” Jurnal Borneo Arkhailogia 5 No, 1 (2020):1-14,
Diakses pada 7 Jun 2021,
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/2844/1891

12

You might also like