You are on page 1of 12

040616-12-0366

KAJIAN KES : KESAN AKTIVITI PELANCONGAN DI BALAI SENI LUKIS

SABAH (SABAH ART GALLERY) TERHADAP EKONOMI PERNIAGAAN

SEKITAR BALAI TERSEBUT.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesan aktiviti pelancongan di Balai Seni

Lukis Sabah (Sabah Art Gallery) terhadap ekonomi perniagaan tempatan sekitarnya. Kajian ini

mengemukakan dua objektif. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengkaji jenis aktiviti

di Balai Seni Lukis yang menyumbang kepada kedatangan pelancong ke tempat tersebut.

Objektif yang kedua adalah mengkaji kesan kedatangan pelancong ke Balai Seni Lukis Sabah

(Sabah Art Gallery) terhadap perniagaan sekeliling. Lokasi kajian ialah Luyang, Balai Seni

Lukis Sabah (Sabah Art Gallery), Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 30 orang dari tempat

tersebut telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Responden terdiri daripada pengusaha

perniagaan sekitar Balai Seni Lukis, kakitangan Balai Seni Lukis Sabah dan pelawat atau

pelancong. Bagi mengkaji kesan aktiviti pelancongan terhadap ekonomi di tempat tersebut,

kaedah soal selidik, temubual dan rujukan telah digunakan. Data kajian dianalisis dan

dipaparkan secara kuantitatif dan kualitatif. Hasil daripada dapatan kajian objektif pertama,

jenis aktiviti yang mengundang kepada kedatangan pelancong ke Sabah Art Gallery ialah

Program BSLS 2023, Pameran Kaligrafi Cina Remaja, Pameran Karya Wanita Sabah Ke-14:

KESUMA, Nite Picnic@Kulung : Chapter 1’23, Pameran Bakat-bakat Baharu Ke-20 dan

Pameran Koleksi Balai Seni Lukis Sabah. Manakala bagi objektif kedua, pengkaji mendapati

bahawa kedatangan pelancong memberi kesan terhadap perniagaan sekeliling termasuklah

menjana keuntungan perniagaan. Melalui kajian ini juga, diharapkan agar seni dan kraftangan

tempatan di Sabah dapat diperkenalkan lebih luas supaya dapat dihargai oleh semua orang dan

membantu dalam menjana keuntungan ekonomi.

1
040616-12-0366

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

ABSTRAK

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 PETA

3.2 GAMBAR LOKASI KAJIAN

4.0 METADOLOGI KAJIAN

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

4.2 INSTRUMEN KAJIAN

4.3 PERSAMPELAN

4.4 PENGUMPULAN DATA

4.5 KAEDAH MENGANALISIS DATA

4.6 RUMUSAN

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

6.0 RUMUSAN / KESIMPULAN

7.0 RUJUKAN

8.0 LAMPIRAN / BORANG SOAL SELIDIK

2
040616-12-0366

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapakan terimakasih kepada pihak pentadbir Sekolah

Menengah Kebangsaan Limbanak khasnya Pengetua SMK Limbanak, Penamoang, iaitu Encik

Jackson Sigo@Siga dan Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Connie Laurenco Marlag kerana

sudi memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus pengajian

am ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Cikgu Mohd Alwi Bin Derin selaku pensyarah guru Pengajian Am. Beliau

telah meluangkan banayak masa dalam memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan kepada

saya sepanjang menyempurnakan kerja kursus ini.

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu baya saya yang saya

kasihi, iaitu Encik Alex Tobini dan Puan Lina binti John@Suin yang telah banyak berkorn=ban

untuk saya dari segi tenaga, dorongan moral serta dari segi kewangan dan pengangkutan bagi

memastikan kerja kursus ini berjalan dengan lancar.

Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya

kera sudi membantu dan memberi nasihat sepangjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua responden yang telah memberi komitmen

semasa menjawab borang soal selidik yang telah saya edarkan.

Akhir kata, ikhlas saya ucapankan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi

kerjasama tidak kira secara langsung atau tidak langsung dalam menyaipkan kerja kursus ini.

3
040616-12-0366

1.0 PENGNALAN

Pelancongan di Malaysia mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Pelancongan

mempunyai komponen yang melengkapi unsur kehidupan komuniti, budaya masyarakat,

proses pembangunan, impak pembangunan, warisan dan alam sekitar. Tidak dinafikan lagi

bahawa aktiviti pelancongan yang pesat dapat membantu dalam perkembangan ekonomi

sesebuah negara.

Menurut kamus dewan, pelancongan berasal daripada perkataan lancong atau melancong

yang membawa maksud melawat sambil melihat-lihat (bersenang-senang). Dalam bahasa

Inggeris Pelancongan diertikan sebagai tourism manakala melancong pula diertikan sebagai

“travel” atau “journey”.

Pertubuhan Pelancongan Dunia atau World Tourism Organization (WTO) mendefinisikan

pelancongan sebagai orang yang pergi atau tingal di tempat-tempat yang diluar kebiasaan

mereka untuk bercuti dengan tidak melebihi tempoh satu tahun. Manakala, Islamic Tourism

Centre atau Pusat Pelancongan Islam di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia pula telah

mendefinisikan pelancongan yang beragama Islam sebagai suatu bidang atau industri atau

aktiviti yang berkaitan dengan pengembaraan untuk melawat tempat-tempat yang mempunyai

sejarah Islam, mengenali budaya serta warisan Islam, dan juga untuk memahami dan

menyelami cara hidup masyarakat Islam.

Melancong juga didefinisikan sebagai meninggalkan tempat tinggal menuju ke sesuatu

destinasi dengan tujuan tertentu dan berhasrat untuk kembali semula ke tempat asal (Noresah

Bt Baharom, 1997).

Manakala pelancong pula diertikan sebagai orang yang bermusafir ke sesuatu tempat

dengan tujuan tertentu dan tidak bertujuan untuk berhijrah atau berkerja di tempat tersebut

4
040616-12-0366

untuk jangka masa yang lama. Pelancongan turut didefinisikan sebagai satu kegiatan

multidimensi dan pelbagai yang menyentuh dalam aspek kehidupan dan aktiviti ekonomi.

Secara terperinci, bukan sahaja aktiviti pelancongan dapat memberi impak positif

terhadap ekonomi sesebuah negara, tetapi ia juga dapat membantu seni dan budaya tempatan

diperkenalkan secara luas. Ini dapat menyediakan peluang kepada sesebuah masyarakat

tempatan untuk lebih dikenali dengan seni dan budayanya yang berbagai serta memberikan

peluang kepada perniagaan-perniagaan berasaskan pelancongan lebih berkembang lagi.

Walaupun Galeri Seni Sabah diasaskan pada tahun 1984, ia tidak mempunyai rumah

tetap sehingga baru-baru ini. Selama lebih dua dekad galeri itu terpaksa berkongsi kemudahan

dengan Muzium Negeri dan mengadakan pameran di pelbagai tempat di dalam dan sekitar Kota

Kinabalu. Tahun ini Galeri Seni Sabah akhirnya mempunyai rumah.

Terletak di Batu 2, Jalan Penampang, Kota Kinabalu di atas tanah seluas 1.7 hektar,

bangunan yang dikenali sebagai Pusat Konservasi Galeri Seni Sabah (Pusat Konservasi Balai

Seni Lukis Sabah) itu menjadi idaman bekas pengarah, Allahyarham Datuk. Mohd. Yaman Hj.

Ahmad Mus, yang juga pengasas Galeri Seni Sabah. Impian itu akhirnya direalisasikan dengan

pembinaan bangunan yang bermula pada Julai 2010 siap pada Ogos 2012.

Sabah Art Gallery sering dipilih untuk menjadi destinasi pelancongan kepada semua

orang tidak kira penduduk asing mahupun pelancong asing yang datang ke negara kita. Sabah

Art Gallery bukan sahaja tempat pelancongan bagi memperkenalkan seni dan kraf tangan tetapi

ia juga merupakan tempat yang memperkenalkan budaya tempatan masyarakat Sabah.

Disamping menjadi tumpuan pelancongan dari segi kesenian dan budaya yang dipamerkan

melalui hasil seni, Sabah Art Gallery juga menjadi tumpuan pelancong mahupun masyarakat

tempatan kerana keunikan seni bina bangunan tersebut. Motif tradisional Sabah dilihat di

5
040616-12-0366

seluruh Galeri, khususnya corak lantai halus di kawasan pintu masuk dan empat panel hiasan

di dinding luar yang merangkumi motif biasa digunakan oleh banyak kumpulan etnik seperti

Murut, Irranun, Bajau, Lotud dan Rungus.

Sabah Art Gallery merupakan bangunan hijau pertama di Sabah. Perkara ini telah

mendorong kepada penganugerahan klasifikasi Perak daripada Panel Penilaian Indeks

Bangunan Hijau pada tahun 2012. Ia merupakan bangunan Hijau pertama yang diiktiraf secara

rasmi di Sabah dan galeri awam Hijau pertama di Malaysia, lengkap dengan panel solar, pasif.

reka bentuk, sistem penuaian air hujan dan lampu sensor pergerakan.

Disebabkan oleh keunikan dan keistimewaan bangunan tersebut, pengusaha berpeluang

untuk menyerlahkan peranan seni di Sabah serta menjadi bahan perbincangan dan tarikan

kepada pencinta seni dan pelancong.

Rasional kajian ini dijalankan kerana pengkaji ingin mengkaji kesan aktiviti pelancongan

di Sabah Art Gallery terhadap ekonomi. Apakah jenis aktiviti yang menyumbang kepada

peningkatan jumlah pelancong yang datang ke tempat tersebut. Adakah aktiviti yang

dianjurkan menyumbang kepada kedatangan pelancong.

Kedatangan pelancong akan memberi impak kepada ekonomi, khasnya perniagaan-

perniagaan di sekeliling kawasan tersebut. Apakah infrastruktur dan kemudahan yang

disediakan atau ditawarkan untuk kemudahan penduduk dan pelancong tempatan mahupun

pelancong luar.

6
040616-12-0366

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan kepada dua objektif iaitu :

1. Mengkaji jenis aktiviti di Balai Seni Lukis yang menyumbang kepada kedatangan

pelancong ke tempat tersebut.

2. Mengkaji kesan kehadiran pelancong ke Balai Seni Lukis Sabah (Sabah Art Gallery)

terhadap perniagaan di kawasan sekeliling tempat tersebut.

7
040616-12-0366

3.0 LOKASI KAJIAN

SABAH

Peta 1 : Negeri Sabah

Sumber : Google Maps

Nama Sabah telah digunakan sejak sebelum kedatangan British ke Pulau Borneo lagi.

Pihak British menukarkannya sebagai Borneo Utara dan digunakan secara rasmi semenjak

tahun 1881. Sabah telah digunakan semula pada tahun 1963 setelah Sabah masuk ke dalam

Malaysia.

Terdapat banyak variasi bagaimana nama Sabah diperolehi. Sabah pernah dikenali

sebagai ‘Sudang’ yang pernah tercatat dalam puisi Jawa Negaraketagama yang ditulis oleh

Prapancha pada tahun 1365. Nama Sabah pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh

pedagang yang mengembara di antara Pulau Sulu dan Brunei.

Selain itu, nama Sabah diperolehi daripada tanaman pisang yang dipanggil ‘Pisang

Saba’. Pada masa sekarang ‘Pisang Saba’ dikenali sebagai ‘Pisang Menurun’. Jenis pisang ini

biasa tumbuh di sepanjang pantai barat Sabah. Dialek orang tempatan yang menyebut ‘saba’

seperti menyebut ‘Sabah’ telah menyebabkan nama Sabah diperolehi. Sabah merupakan negeri

yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Pentadbiran Sabah dibahagikan kepada lima

bahagian iaitu Bahagian Pantai Barat, Bahagian Sandakan, Bahagian Tawau, Bahagian

Pedalaman dan Bahagian Kudat.


8
040616-12-0366

Peta 2 : Peta Daerah Luyang

Sumber : Google Maps

Peta 2 di atas menunjukkan daerah Luyang yang terletak di sebelah timur pusat bandar

Kota Kinabalu. Kedudukannya di pusat bandar menjadikan Luyang antara tempat tarikan

pelancong di Sabah, terutamanya untuk melihat sejarah-sejarah perkembangan seni dan budaya

tempatan.

Luyang ialah bahagian pilihan raya negeri di Sabah, Malaysia, yang diwakili di Dewan

Undangan Negeri Sabah. Kawasan ini dimandatkan mengembalikan seorang ahli Dewan

Undangan di bawah sistem undi pemenang undi terbanyak.

Luyang merupakan sebuah lokaliti di Kota Kinabalu. Ia terletak di sebelah timur pusat

bandar. Kawasan Luyang adalah kawasan yang didominasi kaum Cina. Kebanyakan orang

Cina di sini adalah Hakka. Terdapat beberapa taman perumahan di sini antaranya Taman Desa,

Taman Harrington, Taman Town House, Taman Seri Gaya, Taman Seri Menanti, fasa-fasa

Taman Luyang, Taman Layang-Layang, dan banyak lagi.

Tarikan pelancong di sekitar Luyang termasuk Muzium dan Galeri Seni Negeri Sabah,

Pusat Sains & Teknologi, Muzium Tamadun Islam Sabah, Katedral Sacred Heart, dan Taman

Memorial Tun Fuad dengan Tugu Pahlawan.

9
040616-12-0366

Peta Lokasi Kajian : Sabah Art Gallery

Sumber : Google Maps

Galeri seni itu diasaskan pada 1984 oleh Datuk Mohd. Yaman Hj. Ahmad Mus. Pada

tahun 2012, ia telah diperakui sebagai bangunan hijau oleh Panel Akreditasi Indeks Bangunan

Hijau. Pada 9 November 2013, Ketua Menteri Sabah Musa Aman merasmikan bangunan pusat

pemuliharaan galeri seni sempena ulang tahun ke-50 penyertaan Sabah ke dalam persekutuan

Malaysia.

Bangunan galeri seni terletak di atas tanah seluas 1.7 hektar dengan bangunan berbentuk

bakul oktagon. Ia telah dibina dengan kos sebanyak MYR16 juta.Bangunan ini terdiri daripada

dua ruang galeri. Pameran tetap galeri seni itu menempatkan lebih 3,000 karya seni oleh artis

tempatan dan antarabangsa dengan jumlah anggaran nilai sekitar lebih MYR10 juta. Galeri

sementara menempatkan pelbagai pameran.Selain pameran, galeri ini kerap menganjurkan

bengkel, seminar, pertandingan dan lain-lain.

10
040616-12-0366

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian

ke atas subjek yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian,

instrument kajian, pensampelan, pengumpulan data dan prose atau prosedur menganalisis data

bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang ditemukan lebih awal. Metodologi

penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data

supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian (merumuskan apa

yang dikaji). Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu

kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi adalah untuk membantu memahami

dengan lebih luas (terperinci) lagi tentang pengaplikasikan kaedah dengan membuat huraian

tentang proses kajian.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk kajian gabungan dua kaedah kajian iaitu

kuantitatif dan kualitatif. Kuantitatif adalah berdasarkan pengiraan dan menganalisa data

dengan menggunakan kaedah peratusan dan pengiraan data yang didapati melalui reponden.

Kaedah kuantitatif ini dijalankan dengan menyediakan borang soal selidik untuk mendapatkan

reaksi daripada responden. Kaedah kualitatif pula adalah kaedah di mana kajian dijalankan

melalui proses pemerhatian sebenar di lokasi kajian seperti sesi temu bual debgan informan.

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis aktiviti di Balai Seni Lukis yang menyumbang

kepada kedatangan pelancong dan mengkaji kesan kedatangan pelancong terhadap ekonomi

perniagaan di sekitar kawasannya.

11
040616-12-0366

4.2 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen ialah alat untuk mengukur data yang dikehendaki bagi menjawab soalan

penyelidikan yang telah ditetapkan. Instrumensi ialah proses menyediakan alat mengumpul

data, Maka, instrument merupakan proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep

yang berkaitan dengan sikap, persepdi, pandangan dan keteranagn latar belakang. Dalam kajian

ini, instrument digunakan untuk mendapatkan data dengan menggunakan borang-borang temu

bual, borang soal selidik dan kaedah rujukan.

Kaedah Instrumen kajian

Kualitatif Borang temu bual, rujukan (perpustakaan, internet)

Kuatitatif Borang soal selidik

4.3 PERSAMPELAN

4.4 PENGUMPULAN DATA

4.5 KAEDAH MENGANALISIS DATA

4.6 RUMUSAN

12

You might also like