You are on page 1of 16

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN STELLA MARIS (M)

01000 KANGAR, PERLIS

KERTAS KERJA

PROGRAM
SENI PENCETUS INSPIRASI
Anjuran :
Panitia Pendidikan Seni Visual
SRK. STELLA MARIS (M), KANGAR

1. PENGENALAN
Aktiviti pameran ini secara amnya bertujuan untuk mendedahkan tentang hasil karya seni
kepada murid-murid, guru-guru dan juga warga sekolah. Seni mungkin seringkali
dipandang sepi terutamanya di sekolah rendah. Hal ini mungkin berlaku disebabkan
kurangnya pendedahan tentangnya. Dengan adanya pameran sebegini ia menjadi satu
platform bagi menaikkan lagi martabat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah
rendah seterusnya dapat memupuk minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
khasnya dalam kalangan murid-murid.
Melalui projek pameran ini juga kreativiti murid-murid dapat ditingkatkan melalui
pelbagai garapan idea penghasilan seni daripada karya yang dipamerkan. Ia secara langsung
akan mendorong minat murid untuk menghasilkan karya seni dengan lebih baik pada masa
akan datang seterusnya dapat menonjolkan bakat yang terpendam dalam kalangan muridmurid.

2. LATAR BELAKANG
Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu mata pelajaran yang memberi peluang
kepada murid mengeksploitasi emosinya sebagai sebahagian daripada sumber kandungan
yang menggalakkan keupayaan imaginasi khususnya untuk kanak-kanak sekolah rendah ke
bawah. Pendidikan senilah yang memberi peluang kepada mereka sebagai tempat pelarian
sementara daripada kurikulum yang penuh dengan peraturan. Matlamat Pendidikan Seni
Visual yang tercatat

dalam Sukatan PelajaranPendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

menyatakan:
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni dan Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni
visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa

serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kepentingan pendidikan seni visual adalah penting dalam merealisaikan masyarakat ke
arah kehidupan yang lebih sempurna sepertimana kepentingan mata pelajaran lain. Antara
peranan Seni Visual dalam pendidikan pertama ialah memupuk kreativiti kanak-kanak.
Mengikut Kamus Dewan (1993), kreativiti bermaksud kemampuan (kebolehan) mencipta
daya kreatif , kekreatifan. Mengikut Victor Lowenfeld (1975), kreativiti ialah suatu naluri
(instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Seseorang yang kreatif
lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang dilihat atau dialaminya.
Ia mungkin menggunakan metafora dan analogi memproses pengalaman tampak ke bentuk
tampak yang baru. Menurut Helbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak
mengetahui, tetapi juga pada masa yang sama, mengajar mereka mencipta. Kebanyakan
kanak-kanak, yang baru mengenali dunia, ciri-ciri kreativiti mereka lebih terpengaruh dengan
keadaan sekeliling. Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini bersifat mengikut atau meniru apa
yang mereka lihat dengan kerap kalinya di persekitaran mereka. Maka, disebabkan hal inilah,
Panitia Pendidikan Seni Visual mengambil keputusan untuk membuat satu projek pameran
dan kertas kerja bertajuk Seni Pencetus Inspirasi
3. MATLAMAT
3.1 M enerapkan minat dan kecintaan dalam mempelajari subjek Pendidikan Seni
Visual.
3.2 Melahirkan generasi yang kritis, kreatif dan berkemahiran dalam menghasilkan karya
seni.
3.3 Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan guru dan murid, di samping
menambahkan pengetahuan tentang seni visual.
4. OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual melalui karya
yang dipamerkan.
4.2 Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis karya seni dalam
empat bidang seni mengikut sukatan pelajaran.

4.3 Meningkatkan daya kreativiti melalui idea-idea yang diperoleh daripada karya yang
dipamerkan.
4.4 Memperkembangkan bakat seni dan juga mencungkil bakat yang terpendam melalui
pameran dan aktiviti pertandingan yang dijalankan.
4.5 Memberi peluanag murid meneroka pengalaman baru melalui aktiviti pameran yang
dilaksanakan.
4.6 Memupuk semangat persaingan yang sihat di kalangan murid-murid.

5. RASIONAL
Penganjuran program Seni Pencetus Inspirasi ini merupakan satu wadah bagi semua
warga Sekolah Rendah Kebangsaan Stella Maris (M), khasnya

murid-murid

dalam

meningkatkan kreativiti dan juga minat terhadap Pendidikan Seni Visual. Karya-karya yang
dipamerkan adalah dari pelbagai sumber termasuklah hasil karya murid, guru pelatih dan
juga karya-karya individu tertentu. Oleh itu, dengan melihat pameran ini, minat murid
terhadap Pendidikan Seni Visual dapat ditingkatkan. Murid-murid juga akan memperoleh
idea baru dalam penghasilan karya seni melalui karya-karya yang dipamerkan. Oleh itu, ia
secara langsung akan dapat meningkatkan daya kreativiti di kalangan murid dan juga
warga SRK.Stella Maris, serta dapat menjadi satu lonjakan bagi mencungkil bakat seni yang
terpendam di kalangan murid-murid.

6. KAEDAH DAN PROSEDUR


6.1 Tarikh
24 September 2014 (Rabu)
6.2 Tempat
Dewan Terbuka SRK. Stella Maris (M), Kangar Perlis.
6.3 Anjuran
Panitia Pendidikan Seni Visual, SRK . Stella Maris (M)
6.4 Tema
Seni Pencetus Inspirasi
Tema ini dipilih bertepatan dengan objektif pameran ini iaitu untuk meningkatkan
minat dan juga kreativiti murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Inspirasi secara amnya bermaksud contoh, idola, ikutan dan sebagainya. Oleh itu,
tema ini dipilih bertepatan dengan tujuan pameran ini dilaksanakan iaitu bertujuan
untuk memupuk minat, meningkatkan kreativiti melalui idea daripada karya-karya
yang dipamerkan serta mencungkil bakat seni yang terpendam dalam kalangan murid.
6.5 Kumpulan Sasaran
Semua warga SRK. Stella Maris (M), Kangar

6.6 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pameran Seni Pencetus Inspirasi.

PENAUNG
En. Rahim bin Hassan
(Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Stella Maris (M)

PENASIHAT
Pn. Rosmani bt ( GPK 1 )
Pn. Ruzihan bt ( GPK HEM )
En. Mohd Ezani Zamani bin Khairan ( GPK KOKURIKULUM)

PENGERUSI
Pn. Hanita bt Abdullah (Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual)
NAIB PENGERUSI
En. Azlan bin Arshad

SETIAUSAHA

Cik Noraini binti Yaakob

NAIB SETIAUSAHA

Cik Siti Noor Afiqah binti Mohd Ghawi

BENDAHARI

Pn. Aminah@Rosnida binti Mohd. Noor

AHLI JAWATANKUASA
KECIL

1. KURATOR PAMERAN

Cik Noraini binti Yaakob

Cik Siti Noor Afiqah binti Mohd Ghawi

2. JAWATANKUASA
HADIAH Pn. Siti Hajar binti
Ismail@Ahmad Pn. Hjh. Marinah binti
Bajuri

3. URUSETIA

Semua guru Pendidikan Seni Visual dan guru pelatih.

11. Belanjawan

Rujuk lampiran 1

12. Tentatif program

Rujuk lampiran 2

13. Penutup
Jawatankuasa penganjur berharap agar pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Pedas
menyokong penuh pelaksanaan pameran ini. hal ini penting bagi memberi peluang kepada
warga SKP terutamanya murid murid dalam meneroka pengalaman baru melalui
pameran ini. semoga dengan penganjuran pameran ini akan memberikan satu pengalaman
baru kepada warga SKP dan juga dapat meningkatkan minat dan kreativiti dalam kalangan
murid seterusnya dapat mencungkil bakat bakat yang terpendam dalam kalangan murid
dan warga SKP.
Kerjasama dan penglibatan yang aktif daripada semua pihak amat diperlukan
bagi

memastikan

program

ini

berjalan

dengan

jayanya.

Atas kerjasama dan

perhatian daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

. (HAJI

( NORAINI BINTI YAAKOB )

MOHAMMAD ANUAR BIN IDRIS) Guru

Setiausaha,

Besar

Program Inspirasi Seni 2013

Sekolah Kebangsaan Pedas

Sekolah Kebangsaan Pedas

Lampiran 1
ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM PAMERAN INSPIRASI SENI
HARGA
BIL

PERKARA

KUANTITI

SEUNIT
( RM )

1.

HARGA
( RM X UNIT )

JUMLAH

Hadiah
Pertandingan menganyam
ketupat

Tempat pertama

12.00

12.00 X 1

RM 12.00

Tempat kedua

10.00

10.00 X 1

RM 10.00

Tempat ketiga

8.00

8.00 X 1

RM 8.00

Pertandingan membentuk
pasu kreatif

Tempat pertama

12.00

12.00 X 1

RM 12.00

Tempat kedua

10.00

10.00 X 1

RM 10.00

Tempat ketiga

8.00

8.00 X 1

RM 8.00

7.00

7.00 X 3

RM 21.00

Pertandingan membuat
boneka

Tempat pertama

5.00

5.00 X 3

RM 15.00

Tempat kedua

3.00

3.00 X 3

RM 9.00

Tempat ketiga

7.00

7.00 X 3

RM 21.00

Pertandingan membuat
penanda buku

Tempat pertama

5.00

5.00 X 3

RM 15.00

Tempat kedua

3.00

3.00 X 3

RM 9.00

Tempat ketiga

6.00

6.00 x 3

RM 18.00

Pertandingan membentuk
doh ( kuih )
Tempat pertama
sahaja.

JUMLAH RM 168.00
2.

Modelling clay

50

1.30

1.30 x 50

RM 65.00

3.

Board

4.

Meja

10

5.

Kertas crepe

10

0.50

0.50 x 10

RM 5.00

6.

Stapler gun

32.00

32.00 x 2

RM 64.00

7.

Dawai kokot ( saiz besar )

2 kotak

10.00

10.00 x 2

RM 20.00

8.

Tali

1 gulung

2.50

2.50 x 1

RM 2.50

9.

Span

10

1.00

1.00 x 10

RM 10.00

JUMLAH RM 166.50
JUMLAH KESELURUHAN RM 334.50

PANJAR WANG RUNCIT

BIL.

PERKARA

KUANTITI

HARGA

HARGA

JUMLAH

SEUNIT
20.5 meter

( RM )
2.80

( RM X UNIT )
2.80 x 20.5 m

RM 57.40

Dawai bunga

1.50

1.50 x 3

RM 4.50

3.

Tepung

1.35

1.35 x 3

RM 4.05

4.

Pewarna makanan

0.50

0.50 x 4

RM 2.00

5.

Garam

1.00

1.00 x 3

RM 3.00

6.

Pensil ( 12s )

3.50

3.50 x 6

RM 21.00

7.

Buku nota kecil

10

0.63

0.63 x 10

RM 6.30

8.

Pen ( fancy )

1.75

1.75 x 1

RM 1.75

1.

Kain ( scallop )

2.

JUMLAH RM 100.00

* sumber kewangan adalah daripada yuran khas- SENI

Lampiran 2

TENTATIF PROGRAM PAMERAN INSPIRASI SENI


Tarikh

: 19 Julai 2913 (Jumaat)

Tempat

: Dataran Bestari Sekolah Kebangsaan Pedas.

Masa

Aktiviti

8.00 a.m

Pameran bermula

8.00 9.00 a.m

Pertandingan murid ( tahun 1 & 4 )


Membuat boneka
Membuat penanda buku
Demonstrasi
Teknik pualaman
Teknik garam

9.00 a.m. 10.00 a.m.

Pertandingan murid ( tahun 5 & 6 )


Membuat boneka
Membuat penanda buku
Demonstrasi
Teknik pualaman

8.00 a.m. 10.00 a.m

Pertandingan guru *

Anyaman ketupat
Membentuk pasu

10.10 a.m 10.50 a.m.

Rehat

10.50 a.m. 12.10 p.m.

Pameran

12.10 p.m. 2.30 p.m.

Rehat

2.45 p.m. 3.15 p.m.

Demonstrasi
Teknik pualaman

3.15 p. m. 4.00 p.m.

Pameran

4.00 p.m.

Pameran selesai

*pertandingan dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut


kesesuaian masa guru guru.

You might also like