You are on page 1of 1

Bincangkan Kebaikan dan Keburukan Sebutan Baku Bahasa Melayu.

Sebutan baku bahasa Melayu bukan sengaja diperkenalkan untuk kepentinganindividu-individu tertentu atau demi kepentingan politik golongan-golongan tertentu.Ahli-ahli bahasa berpendapat dengan adanya penyeragaman dari aspek sebutan baku iniakan wujudlah sebuah masyarakat Melayu yang beridentitikan Melayu dan menggunakan bahasa yang seragam dalam semua acara rasmi. Jika dihalusi tentunya terdapat kebaikandan keburukan apabila sebutan baku bahasa Melayu diperkenalkan.i) Kebaikan Sebutan Baku Bahasa Melayu a) Sebutan baku sebagai sebutan rasmi dalam situasi formal Penyeragaman dalam sebutan akan menyebabkan bahasa Melayu dapatdigunakan di dalam pelbagai situasi yang formal. Malah bahasa Melayu akandapat menjadi bahasa ilmu di dalam bidang pendidikan apabila terdapatkeseragaman dari segi sebutan. Bahasa yang sebutannya seragam akanmenjadi lebih mantap dan dapat berkembang pesat. Secara tidak langsung, bangsa Melayu mempunyai sebuah bahasa yang boleh dibanggakan di peringkat antarabangsa sebagaimana yang berlaku kepada bahasa-bahasaasing seperti bahasa Inggeris, bahasa Indonesia dan bahasa Jepun.Penggunaan sebutan baku bahasa Melayu dalam acara-acara rasmi di berbagai peringkat pasti boleh memartabatkan bahasa Melayu di kalanganmasyarakatMalaysia. b) Sebutan baku sebagai alat perpaduan Penggunaan sebutan baku melalui media-media elektronik sekurang-kurangnya dapat merapatkan jurang di antara penutur-penutur berbilang dialek yang terdapat di negara kita. Dengan adanya hanya satu jenis sebutan, kaum-kaum atau kelompok-kelompok sesuatu dialek akan mudah berinteraksi danseterusnya akan wujud perasaan saling hormat menghormati. Malah penuturpenutur dialek yang berbeza ini akan cuba membuang cara pertuturan masing-masing bagi memudahkan interaksi berlaku. c) Sebutan baku memudahkan pembelajaran Bagi yang hendak mempelajari bahasa Melayu, sebutan baku akanmemberikan kemudahan kepada mereka. Ini disebabkan sebutan baku bahasaMelayu adalah dituturkan berdasarkan ejaan memandangkan telah ditentukankeselarasan vokalnya. Jadi tidak timbul kekeliruan untuk menyebut sesuatu perkataan. Bagi seseorang pelajar, penguasaan ejaan akan dapat ditingkatkanapabila mereka bertutur dalam sebutan baku bahasa Melayu. d) Sebutan baku memberikan identiti Malaysia Apabila terdapat keseragaman di dalam sebutan, pasti wujudlah sebuahmasyarakat yang mempunyai identiti Malaysia. Bagi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia, aspek bahasa amat penting supaya Malaysia dapatmenonjolkan bahasa Melayu yang hanya terdapat satu jenis sebutan sahaja.Masyarakat antarabangsa akan mengenali Malaysia melalui bahasa Melayu yang mempunyai identitinya sendiri iaitu sebutan baku. Jadi penggunaan dialek-dialek daerah serta bahasa pasar akan diminimakan sekiranya segenaplapisan masyarakat bertutur dengan sebutan baku bahasa Melayu.

You might also like