You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS SELANGOR

KERTAS KERJA KECERIAAN BILIK SENI VISUAL

PROJEK INTERNSHIP GURU PRAKTIKUM (BERKUMPULAN)

PISMP PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

AMBILAN JANUARI 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS


KERTAS KERJA KECERIAAN BILIK SENI VISUAL

1.0 NAMA PROGRAM


Keceriaan Bilik Seni Visual

2.0 PENGENALAN

Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual ini, guru memainkan


peranan amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan
ruang yang selesa dan selamat kepada murid. Program keceriaan ini
melibatkan pembersihan, menyusun atur, menghias dan mengemaskini peralatan
yang terdapat dalam bilik seni.

3.0 MATLAMAT

Mengadakan gotong-royong membersih, menyusun atur, menghias dan


mengemaskini peralatan bilik seni SKPK Selangor.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan tidak
membosankan.
4.2 Meningkatkan keceriaan dan keselesaan kepada warga sekolah dan
murid-murid untuk menggunakan bilik seni.
4.3 Menjadikan kelas seni visual lebih kondusif.
4.4 Mewujudkan kelas seni visual yang selamat digunakan oleh semua
murid.
4.5 Menyusun atur alatan Pendidikan Seni serta hasil kerja murid
dengan cara yang betul dan sistematik.
5.0 BUTIRAN PROJEK
Tarikh : 1 Ogos 2016 5 Ogos 2016
Masa : Mengikut kesesuaian masa di sekolah
Tempat : Bilik Pendidikan Seni Visual SKPK Selangor
Bilangan guru pelatih : 5 orang
Aktiviti Projek : Menceriakan bilik pendidikan seni visual
6.0 SASARAN

Guru pelatih ambilan Januari 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu
Khas.

7.0 JAWATANKUASA INDUK AKTIVITI KECERIAAN BILIK SENI


Penaung : Encik Mohd Asari Bin Omar Guru Besar
Penasihat 1 : Encik Anuar Bin Ujang Penolong Kanan Pentadbiran
Penyelaras : Pn. Nor Shazihan Binti Abdul Rahim -Ketua Panitia
Pendidikan Seni Visual
Guru Pembimbing : Pn. Siti Zarina Binti Sabri
: Pn. Mahizam Binti Mad Arof
: Pn. Sumalatha A/P Summugan
: Cik Jayamani A/P Jayaraman
: Encik Faizal Bin A. Rahman

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Siti Norhazeah Binti Suhailin

Naib Pengerusi : Mohamad Thayyib Bin Razali

Setiausaha : Siti Norhazeah Binti Suhailin

Bendahari : Nurul Afiqah Binti Mahyuddin

Ajk Keceriaan : Amir Izzuddin Bin Abdul Shafri

: Mohd Uzair Bin Yahya

9.0 PELAN TINDAKAN

BIL. TARIKH AKTIVITI CATATAN


1. 1 Ogos 2016 Perbincangan bersama Tindakan
Ketua Panitia PSV. setiausaha ajk
Membuat kertas kerja pelaksana.

keceriaan bilik seni.


2. 2 Ogos 2016 Membersihkan bilik seni. Tindakan semua ajk

Mengasingkan peralatan pelaksana

yang rosak. keceriaan.


3. 3 Ogos 2016 Menyediakan alat dan Tindakan semua ajk
bahan yang diperlukan pelaksana
untuk aktiviti keceriaan. keceriaan.
Membaiki pili air bilik seni.
4. 4 Ogos 2016 Menggantungkan hasil kerja Tindakan semua ajk
murid. pelaksana
Menghias bahagian luar keceriaan.

bilik seni.
5. 5 Ogos 2016 Menyusun atur kedudukan Tindakan semua ajk
meja. pelaksana
Membersihkan bilik seni keceriaan.
selepas proses keceriaan
selesai.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA


1. Kertas A4 (warna) 20 RM5
2. Kertas manila 10 RM20
3. Gam 2 RM5
4. Kain satin 4 meter RM10
Jumlah RM40

11.0 PENUTUP

Diharapkan dengan terlaksananya projek keceriaan bilik Pendidikan Seni Visual


ini akan dapat memberi manfaat kepada warga sekolah terutamanya kepada
murid-murid dan sekaligus dapat meningkatkan keselesaan dan keselamatan
kepada murid-murid ketika menggunakan kelas Pendidikan Seni Visual ini.
Dengan harapan yang tinggi kepada pihak sekolah supaya dapat memberi
kerjasama dalam menjayakan projek ini. Semoga segala sumbangan, kebaikan
dan jasa baik pihak sekolah yang sama menjayakan projek ini diberkati dan
dirahmati.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

_____________________________ _____________________________

( SITI NORHAZEAH BINTI SUHAILIN ) ( PN. MAHIZAM BINTI MAD AROF)

Setiausaha Pelaksana Keceriaan Guru Pembimbing

Disahkan oleh :

_____________________________

(EN. ANUAR BIN UJANG)

Penolong Kanan Pentadbiran

You might also like